After my last entry, I got this email. Click on it to read the full email.
SEMPENA kedatangan 2010, aktres Natasha Hudson bertekad untuk membuang jauh-jauh semua 'episod duka' yang pernah membelenggu dirinya sebelum ini. Untuk tahun ini, Natasha Liana Hudson ingin lebih fokus pada karier seninya.
Terbaru, pelakon dan model ini bakal melebarkan cabang seninya ke bidang nyanyian pula.
Ujar Natasha, keyakinannya terhadap strategi promosi dan pemasaran serta fleksibiliti yang dipraktikkan oleh syarikat Alibi terhadap imej dan konsep albumnya telah menawannya untuk bernaung di bawah syarikat itu.
"Sebenarnya, saya sudah menjadi artis mereka sejak November lalu. Cuma, kebetulan di Konsert Alibi, malam semalam (kelmarin) baru saya diperkenalkan kepada umum.
"Penyertaan saya dalam Alibi, berikutan hubungan rapat saya dengan Cat Farish. Mengikut perancangan asal, album saya sepatutnya diterbitkan oleh Cat, beberapa tahun yang lepas.
"Tapi, disebabkan oleh beberapa masalah dan kesibukan kerja, projek itu tertangguh begitu sahaja hingga hari ini.
"Kebetulan pula, Cat dan kumpulannya The Fabulous Cats juga bernaung di bawah Metadome.
"Apabila Alibi bertanya kepada saya jika saya berminat untuk bernaung di bawah mereka, saya terus bersetuju kerana saya sudah mengenali beberapa rakan artis di bawah label itu dengan rapat termasuklah Cat Farish.
"Saya selesa dan yakin dengan strategi pemasaran pasukan mereka. Tambahan pula, aliran muzik dan konsep yang dipertaruhkan Alibi menerusi artis-artisnya terkini dan menepati selera pendengar masakini.
"Mereka juga terbuka dalam banyak perkara. Saya senang dengan budaya kerja mereka yang terbuka untuk perbincangan dan sesi brainstorming idea lagu-lagu dan konsep untuk saya.
"Perkara yang menyeronokkan berada di bawah label ini adalah saya diberi kebebasan untuk campur tangan dalam proses penerbitan lagu-lagu saya.
"Selain dapat berkongsi idea untul lagu, saya juga terlibat dalam penghasilan lirik lagu.
Bercerita lanjut mengenai imej dan konsep lagu yang bakal ditampilkan, Natasha berkata, dia dan beberapa rakan menelaah banyak rujukan bagi mencari konsep lagu dan imej yang bersesuaian untuknya.
"Saya selalu mahu tampilkan sesuatu yang berbeza setiap kali saya muncul.
"Memandangkan ini usaha pertama saya untuk serius dalam bidang nyanyian, saya perlu tampil dengan imej tersendiri dan lagu-lagu yang bukan sahaja dapat memikat pendengar tapi juga memberi impak kepada industri.
"Lagu-lagu yang bakal diterbitkan untuk album pertama ini adalah kombinasi elemen pop dan beberapa genre muzik yang lain. Boleh dikatakan ala-ala muzik Natalie Imbruglia.
"Setakat ini, saya sudah siap rakam sebuah single bertajuk Hanya Tuhan Yang Tahu hasil nukilan bersama saya dan Cat Farish. Rakaman lagu ini hanya mengambil masa selama dua hari.
"Kami masih mengumpulkan lagu-lagu lain untuk album saya nanti. Manakala, lagu Hanya Tuhan Yang Tahu dijangka akan mula kedengaran di radio dalam masa terdekat ini," ceritanya lagi.
Mendengarkan saja judul lagu itu, Natasha lantas diusik adakah judul itu merupakan refleksi kepada kisah peribadinya yang berkocakan sebelum ini.
Sebelum menjawab, Natasha sempat ketawa dan mengakui, sebagai penulis lirik, kisah hitam dalam hidupnya sedikit sebanyak memberikan ilham kepadanya untuk menulis lagu itu.
Sebagai percubaan sulung bergelar penyanyi, dia perlu muncul dengan kelainan yang bukan sahaja tersendiri, malah yang penting mampu memberi impak positif kepada peminat dan industri hiburan tanah air.
"Apa yang penting pada saya adalah untuk tampil dengan imej dan konsep lagu yang berbeza dan unik.
"Saya tidak mahu kemunculan saya dalam industri seni suara ini sekadar melepaskan batuk di tangga. Kalau boleh, saya mahu beri impak dan teringin untuk menyertai pertandingan seperti Juara Lagu di masa akan datang," ujarnya.
Ditanya, adakah dia tidak akan aktif berlakon lagi selepas bergelar penyanyi, Natasha menegaskan, lakonan sudah sebati dengan jiwanya dan tidak mungkin dia akan meninggalkan bidang itu selagi diperlukan.
Sementelah, bidang itu turut memberi pendapatan yang besar kepadanya selama ini.
"Sebagai kemunculan semula saya ke dalam industri seni, saya akan terus berlakon dan menyanyi pada masa yang sama.
"Terus-terang saya katakan, kedua-dua cabang seni ini amat saya sukai," katanya.
Natasha turut mengakui pengalaman menyertai dua cabang seni membolehkannya berkawan dengan lebih ramai artis.
Jika sebelum ini, kelompok kawan hanya terbatas kepada pelakon sahaja, kini kawannya semakin bertambah melangkaui golongan penyanyi pula.
Mengulas serba ringkas jurnal kehidupannya di fasa pasca-penceraian, ibu kepada Nessa Helena, 1, berkata, dia kini bahagia dan gembira menjalani kehidupannya sebagai ibu tunggal.
Natasha merasakan dia kini dapat melakukan semula perkara-perkara yang pernah ditinggalkannya sebelum ini termasuklah menyanyi dan aktif berlakon semula.
So moving on - maybe these two parties want to come forward and talk this out with a public statement.
7 comments:
Clearly the ex-producer has breached the song/publishing rights of the writer by using this song without the writer's permission. And it's fraud if Natasha claims she wrote the song.
The producer/arranger does not have rights to the instrumental track unless if it was agreed between songwriter and arranger that the arranger can reuse the music tracks.
This is a simple case of stupidity and arrogance in action.
Sejak bila pulak si Natasha ni pandai nyanyi..? Boleh compose lagu pulak tu? Cukuplah dgn si Liyana Jasmay, suara tak sedap pun nyanyi entah ape2.
tak paham aku weh ..how can someone can own the rights to his/her own song and NOT owning the copyrights to that same song?
oh well, hope the truth will be known soon..
by the way, that Kim Chuah is one heck of a talent! Malaysia needs more singers like her ...
have a great day Joe
Boleh disaman ke?
dont think natasha is at fault here..her label bought the song from the composer n she is just the singer n tajuk lagu beza plus maksudnya liriknya juga.in the end natasha jadi mangsa..
too bad she said in the paper she co-wrote the song. she talks without thinking. or is she going to say the papers are wrong now when the real composer has come forward.
We know that NH plagiarized in the past. so it's not such a big surprise she's doing it again. Although her argument this time macam selamat sikit, bila tengok Cat Farish terlibat, aku terus rasa mcm "Hayo kannnnnn"
I mean, Fabulous Cats pun hebat gak menciplak etc kan? First it was Pengganti Airmata from their 1st album, tiru sebijik2 lagu Ballin' by Snoop Dogg dari Album Paid Tha' Cst To Be Tha Boss. Lepas tu the obvious Kosmik Cinta yang tiru Moloko's Sing It Back.
i wrote about it here:
http://azyze.blogspot.com/2008/04/caca-marba.html
http://azyze.blogspot.com/2010/02/sing-it-back-atau-cinta-kosmik.html
so, what gives, NH? ko ingat zaman skang ni orang dengar top40 je ke? kitorang takde internet ke?
Post a Comment