Hah... hari ni lak kita nak tengok soal rating yang vast kebaboom yang dicanang.
BIARPUN banyak kritikan dilemparkan di dalam blog-blog hiburan yang memberi persepsi buruk terhadap prestasi pelajar-pelajar Akademi Fantasi 8 (AF8), namun pengetuanya, Norman Abdul Halim mempunyai pandangan berbeza.
Menurutnya, persembahan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajarnya kini semakin meningkat berbanding minggu pertama, malah katanya, reaksi positif turut diterima daripada kaum bukan Melayu di luar.
"Saya tidak rasa prestasi mereka lemah, bagi saya pelajar-pelajar yang dianggap lemah juga semakin menunjukkan prestasi yang baik. Saya lihat kualiti mereka semakin meningkat.
"Katika saya berada di sebuah restoran, saya didatangi seorang lelaki bukan Melayu yang ingin mengucapkan tahniah dan menganggap persembahan pelajar-pelajar malam Sabtu kelmarin adalah yang terbaik.
"Persembahan pentas mereka lebih matang, seperti yang semua maklum, ini bukan pertandingan nyanyian semata-mata. Saya menganggap mereka seperti berlakon teater.
"Dalam satu masa mereka perlu menyanyi sambil melakukan gerakan-gerakan badan dan tarian yang telah diajar. Sedangkan baju mereka sendiri juga bukan pilihan mereka.
"Jadi, saya rasa tidak adil jika mereka terus dikritik terutamanya di blog-blog. Kritikan biarlah adil, saya rasa masyarakat luar masih ramai yang menyokong dan mempunyai pandangan positif," jelasnya.
Dalam pada itu, Norman turut memberitahu peningkatan terhadap penonton rancangan ini lebih 40 peratus berbanding AF7 lalu.
"Kita baru menerima maklumat bahawa peningkatan penonton melebihi 40 peratus berbanding musim lalu, ia menunjukkan AF8 masih mempunyai pengikut dan sokongan.
"Kita bukan nak lahirkan penyanyi tetapi penghibur, sekarang pun ada bekas pelajar yang telah tersingkir sedang merakamkan single mereka," jelasnya.
Sementara itu, dia turut mengakui Diari AF8 mempengaruhi tanggapan segelintir masyarakat terhadap pelajar-pelajar.
"Saya sedar ramai yang menonton Diari AF8 menganggap pelajar banyak main-main berbanding belajar, namun itu hanya drama. Di sebalik itu mereka belajar dengan bersungguh-sungguh.
"Kami tidak pernah main-main mengajar, namun masyarakat tidak nampak perkara itu, sebab ia tidak tunjuk di televisyen," katanya.
Tiada Penyingkiran, gimik AF8.
Kejutan yang sudah dijangka apabila tiada sebarang penyingkiran dilakukan pada minggu ke lima ini. Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, pihaknya sengaja merancang tidak mengadakan penyingkiran pada minggu ini bagi menampilkan kejutan terhadap AF8.
"Ia sudah menjadi sebahagian permainan kepada AF8 dan saya berharap keputusan ini akan meningkatkan mutu persembahan para pelajar untuk bersaing pada minggu seterusnya," ujarnya.
Seramai lapan pelajar lagi akan meneruskan perjuangan mereka iaitu Adira, Ain, Farina, Iwan, Daus, Maulana, Shahir dan Nad akan meneruskan perjuang
Abaikan semua statement yang tidak relevan, except for the one highlighted in bold red lettering yer. Tu yang kena pay attention.
AF8 (nilai dalam bracket is jumlah penonton/channel share)
Highest rating - (Tirai – 835,943/42.1%)
Lowest rating - (Konsert 7 – 590,012/35.8%)
Lowest channel share – (Konsert 6 – 617, 260/32.45)
Average – 798,632
Highest rating – (Konsert 2 – 1,1119,390/57.1%)
Lowest rating (Konsert 8 – 786,810/44.1%)
Lowest channel share – (Konsert 8 – 786,810/44.1%)
Average – 993,356
FINAL – 1,242,192 (57.9%)
AF6
Highest rating – (Konsert 3 - 1,382,188/66.8%)
Lowest rating – (Konsert 9 – 946,168/63.2%)
Lowest channel share – (Konsert 7 – 1,171,055/60.1%)
Average – 1,229,884
AF5
Highest rating – (Konsert 2 – 1,045,197/68.5%)
Lowest rating (Konsert 9 – 916,244/57.5%)
Lowest channel share – (Konsert 9 – 916,244/57.5%)
Average – 1,002,242
AF4
Highest rating – (Konsert 9 - 1,196,416/76.5%)
Lowest rating (Konsert 5 – 832,355/68.4%)
Lowest channel share – (Konsert 1 – 880,122/67.9%)
Average – 985,075
AF3
Highest rating – (Konsert 8 – 1,043,758/82.1%)
Lowest rating - (Konsert 1 – 603,680/73.3%)
Lowest channel share - (Konsert 1 – 603,680/73.3%)
Average – 851,086
7 comments:
Konsert finale AF8 paling bosan, ntah ape2, kalo x de Adira memang aku x tengok pon....AF6 pun lagi terasa aura konsert finale dia.... Nape ek org Astro still in denial, pendapat fans x nak pedulikan, nak perubahan konon, my foot...
Masa saya sampai Stadium Putra pon agak pelik dengan "kemeriahan" yang ada... Biar kurang meriah, AF8 ok la jugak.. At least ada sket perubahan dalam AF di mana semua ada single masing2... kan... :p
betul2! HAZAB giler... nasib baik ade adira.
af7 lg tinggi..i like af7
Kenapa AF8 hambar berbanding dulu?
1.Paling menjadi punca adalah bila hanya 6 pelajar dari semenanjung yg dipilih walaupun ada 11 negeri tak termasuk wilayah)tapi ada 4 dari Sabah dan 2 Sarawak. Ini dah potong stim orang Semenanjung nak menonton.
2.Konsep pecahkan hari Konsert dan hari Debaran keputusan tanpa pengisian yg baik.(Nak tiru tapi tak pandai).
Anyway, good luck for AF9 (kalau ada).
Adira..? Overrated tapi she is a nice girl. Suara lantang tapi banyak kena improve utk membulat dan memerdukan suara supaya bila telinga orang tua macam Tok dengar rasa sedap je.
we want autopsi 3! we want autopsi 3! hahaha...peace!
Post a Comment