Monday, July 31, 2006

Aku ingin menjadi...

Ari ni lepak sikit so leh update pasal Diari. The first episode aku tak tengok sangat sebab time iklan time America's Next Top Model baru switch to Ria.

Elok lagik nak tengok Tyra dan anak-anak didiknya...

Diari first bosan dan meleret sangat. Cuma terkejut bab nak tengok rambut memasing.

Mana taknya... rambut Farhan cam mandi lumpur. The sandy colour tak kena tul ngan dia, nampak muka dia lagik karat dan beso!

Si Velvet lak rambut cam wig lawak badut, kemerahan yang tebal sangat.

Lotter sama jer except lighter shade rambut dia, Haziq tetiba dapat red tints tuh perhal???

Boyan sangat!!!

And Faizal? Rambut tetap stail baru bangun tidur. Paling kuat kalau slick back, you can go back to the 60s.

What the hell is going on lah. Sapa sponsor yang bangang sangat colour kan rambut meka burok sangat?

Meka ni amik specialist mana lak ni nak wat styling? Dari Jinjang selatan ke??? (orang Jinjang pun marah terasa hina aku sebut sebab syling burok nak mampos!)

Tak keep in touch ngan trends tul ler.

Patutnya for the girls, they experiment more with wavy, textured hair for a more tousled, feminine look, more textured and shaped.

Kalau nak color, patutnya lebih sexy, feminine highlights. The spring 2006 look is the return of the popular multi-tone highlights and lowlights for several shades of color that adds dimension and reflects the light.

Ni rambut Velvet dan Farhan cam tertumpah lak tong berisi cat ICI kat pala. Apa da.... baik takyah. Very the!!!

Budak laki lak semua cam potong rambut kat mamak ngan colour cam pakai mascara kaler instant tuh.

Arghhh!!!

Nak cita panjang tension lah. Tu baru satu bab. Second Diari lebih ngarut.

Cuma part Dr. Eveready aku suka sikit sebab laser bebudak punya perangai burok.

About time they heard it!

Sebut blur je dah tau sapa yang direfer. Eh... tengok je lagu tugasan lagik elok.

Tugasan final Akademi Fantasia
Faizal
: Hujan - Sudirman Hj Arshad dan Lihatlah - M.Nasir/Loloq
As expected, Faizal dapat ler lagu yang power kan? Mana pernah dia tima lagu lemau, sebab Astro nak sangat harapkan dia jadi Mawi kedua. Tengok jerlah lagu baru dia untuk single final... M.Nasir dan Loloq.

I have no doubt Faizal leh perform, sebab dah memang makanan dia. From the start, dah dibantu all the way. What else can you expect.

But then again, bila wat burok camnapun untuk Smells Like Teen Spirit pun leh dapat standing ovation... what can you say.

Can you blame Astro if they make money from people who don't know the difference between a quality performance dan persembahan badut.

Farhan : Spain - Al-Jerreau dan Aku Sahaja Yang Tahu - Ajai/Ajai
Spain in a decent song, though aku tak pasti if it can be considered a competition song. The choice is suspect.

Diberikan lagu Ajai tak mengejutkan, sebab kalau lihat dari final dulu, lagu semua mesti hasil dari tenaga pengajar.

Haven't heard the song, but sure it'll be staple Ajai punya lagu.

Farhan should have no problem, and the only challenge from her is baju burok apa lak yang akan dipakaikan atas pentas kang.

Haziq : Cubit-Cubit Sayang - Datuk M.Daud Kilau dan Gurindam Anak Muda - Ramli Sarip/Ramli Sarip

Blah blah blah.... lagu Ramli Sarip ek. Tak ngejutkan langsung pilihan. Mmm... dapat lak lagu M. Daud Kilau?

Seriously typecast. Tak ada versatility langsung mamat ni.

What a bore, at least time dia perform orang kat stadium dan orang kat rumah leh amik kesempatan gi toilet sat.

Lotter : In The End - Linkin' Park, lagu baru belum diumumkan.

Abihler lagu Linkin Park jadi lagu lawak. But pandai punya pilihan sebab da tau peminat dia sanggup layan apa saja, and plus give him a popular song cam masa meka bagi Faizal lagu Nirvana, burok mana pun orang akan enjoy.

Cliched and predictable choice.

Apa patut lagu tugasan dia untuk final?

Lagu happy birthday pun aku takkan mintak dia nyanyi. Mintak ala Gali Lubang dari Salih Yaacob je la (Salih Yaacob punya kan... eh...ke Harun Salim Bachik)

Ala... nampak sangat Astro mengharap sentimen kali ni serupa tahun lepas dimana Mawi lawan Felix. Meka nak gak sorang budak laki dari Semenanjung dan sorang dari Sabah ler to square it off. Kan sentimen cam tuh yang leh wat duit, perah AFUNDi dari mereka yang emo?
Hardly surprising sebab da takde idea Astro untuk musim ni yang hambar.

Velvet : Rembulan - Kris Dayanti dan Simfoni Janji - Sharon Paul/Fedtri Yahya
Rembulan is another questionable choice, because tatau ler sesuai untuk lagu pertandingan yang dapat menunjukkan kelebihan Velvet, but I like the choice in Sharon Paul punya composition, sebab memang hasil kerja dia bagus. She is a new composer yang sebenarnya banyak hasil dah, cuma nama je tak dikenali sangat je secara komersil.

Let's hope Velvet dapat perform malatop supaya orang Sabah sedau buang duit je AFUNDI Lotter untuk final.

Sickening is the word. Tak pernah aku demoralised abih gini time nak masuk final. Tak rasa seronok langsung.

Walaupun aku tak suka Haziq, tengok si Lotter pintas Haziq dok tempat keempat dah cukup menyakitkan hati.

Popularity most of the times tak melambangkan kualiti, and this is the perfect case.

Nampaknya Velvet akan jadi mangsa seterusnya sebab Lotter punya undi semakin naik.
Next victim? Farhan.

Kalau ikutkan agenda Astro, seperti mana di konsert AFMASUK, takkan ada kejutan apa pun, dan posisi pertama dan kedua nampaknya akan menjadi antara Lotter dan Faizal.

What the...

The worst choice of top two dalam empat musim Akademi Fantasia! The most undeserving and definitely will be the fastest to die off in the local music industry. Kalau betul terjadi, eloklah.
Bintang Akademi Fantasia sekali lagi akan memberi inspirasi kepada semua untuk menggunakan term mee segera simply because they do not have the qualities or the tenacity to last.

Is there hope? Pepandai ler korang AFUNDI pompuan dua orang tuh... aku lebih suka tengok meka top two, ngan Faizal dok tempat ketiga. Sapa dok empat lima aku tak heran, because between Haziq dan Lotter, kedua sama burok.

Bosan sangat... sehabisnya Diari aku surf kejap layan forums.

Korang usha forum gossip CARI, dalam ruangan Akademi Fantasia.

Aku dok gelak...

Ni hasilnya (ni aku ngaku dari CARI ek so korang jangan tuduh aku curi ek... kredit to them). Props to KAFAIL (Kelab Anti Faizal) untuk hasil usaha kerja grafik dibawah.

Aku gelak tengok cover art ni. Ampeh... tapi memang rumusan segala yang aku rasakan pasal Faizal ni... benar atau tidak? Well.... read betweent he lines lah kan. Kalau korang nak lebih info, korang masuk thread KAFAIL ngan KLIK DI SINI!

Kreatif tul bebudak ni... aku pun surrender abih!

Kredit pic atas kepada Pengkid dari KAFAIL.

Gambar ni pulak menerangkan sesuatu yang sudahpun lama didebatkan. Iaitu daripada berlambak statement Faizal konon dari keluarga yang seolahnya 'kampung' dan 'susah', kalau iikutkan, betul ke cara Faizal gambarkan dia ni kampung dan kurang berada sangat?

Aku selalu kata tengok jer Tirai masa meka nak wat kejutan. Ayah bak four wheel drive meletup, dia lak bak Proton... teruk sangat ke kedudukan kewangan family?

Nak manipulasi minda lemah ler tuh nak act kampung manjang... tak penah makan tuh... tak penah tengok tu... please lah! Zila dulu pun tak markonah sangat! And she's got a sadder story to tell than him!

Blah blah blah... malas layan si Faizal memanipulasikan minda yang lemah konon 'I'm one of you guys' tapi sebenarnya just that... manipulasi demi undi.

Tima kasih kepada DTECCONAN dari KAFAIL untuk bukti pic keta Faizal dan ayah dia.
Which bring us to the third pic...

So seru nak tolong ek ngan bagi kad prepaid sponsored? Erm... Terengganu ni maju sangat dah ker sampai bab Akademi Fantasia leh kutip duit, tuk pembangunan negeri lak tak penah dengar beriya-iya.

I mean seriously, Majlis Belia Daerah Marang ni kenapa?

Mungkin meka harapkan kot kalau Faizal menang, Marang jadi glamer sekali kot.

Eeww... as if!!!

Dah dah... goliiiii!!!

Time kasih kepada kazz dari KAFAIL for the contibution of pic.

And ada lagik last punya. Ni hasil forummer bernama Pengkid yang kreatif gila babs untuk KAFAIL.
Gif ni aku suka sangat....because it appears to explain a lot.
Teringat lirik Dealova - ..." aku ingin menjadi...sesuatu"
Go KAFAIL!!!

Merasalah ekspresi si Zila. Gelak...jangan tak gelak. Eh... ok lah, nak gi dinner sat.



Sunday, July 30, 2006

Selagi ada...

Ok...aku kena banyak recap sebab beberapa hari tak update, kan?

Bukan apa, tapi menyibukkan diri sendiri sangat the whole week with work, thought I deserved some time off from blogging.

Ala... sehari dua je. Tu pun 'cuti' tak sengaja.

Sebab tetiba banyak lak planning muncul.

Contohnya on Friday.

Only had assingment with Jericho Rosales. Sampai photography lambat, call bilik manager Echo si Kish, Echo lak yang jawab sebab bilik takde dalam nama dia pakai nama manager.

Tengah tidur katanya kul 12 tengahari.

Terus mintak maap... sebab dia kata ngantuk sangat sebab wat breakfast programme earlier so nak curi tidur sementara tunggu. Ok jer... kesian lak dia sora tak larat, tapi nak wat apa... keja kena buat gak.After dia bersiap and all, kita wat photo session express (express haper... tahan sejam lebih gak ler) and then aku cakap kena ciao sebab nak rush. Sempat tukau email ngan Echo to keep in touch along ngan member dia si Kyle.

Pas abih everything, jemput Fiebie, ajak temankan sekali ke Astro nak tengok Dari Studio 1 : Zahid. Mana taknya, lama gak tak support aktiviti adik oren. Plus lagik, Nikki antara artis undangan untuk perform Caramu.

Sampai je, nampak mama dan papa Zahid. Rindunya tak jumpa my parents angkat. Berbulan kiranya. Also geng dari ZA8FC yang da lama tak join... sorry ek semua. Sibuk lor.

Anyway sempat tanya mama pasal operation hari tu and warded and all. So happy mama seems well. Then gi drop by dressing room jumpa Zahid sat. Sekali ngan Nikki and then jumpa lak si Edlin yang jugak jadi tamu untuk show tuh. Happy gak tengok Edlin ni... all I can say is, vocals dia banyak improve sejak the days of Akademi Fantasia. I guess all things are possible when you're hardworking and focused (merasalah bebudak musim ni yang pemalas).

The show akan tunjuk aku dengar pas Raya je, so nak ulas pepanjang pun tak guna, but I had fun to the max.

Masa nak gerak, singgah sat tengok Ning mati. Yeap... you heard me right. Ning masa tuh tengah shoot final scene filem Diva kat hallways of Astro. Aksi mati dia tahan selama dua minit (nak mati pun lama, rupanya ek?)

Fiebie bangga kerana statement trademarknya iaitu, "matilah mak...matilah mak..." beribu lemon diadaptasikan dalam lakonan Ning yang seolah ucapkan kata-kata tu melalui aksinya yang time tuh (wataknya bernama Kartika... so kalau jumpa Ning panggil Kartika ek) nak mati punya lah lama.

Gelak tahap babun tengok... last-last they apparently decided to reshoot sebab even they realised it took too long for her to die.

'Dia' singgah sat jumpa sebab singgah balik opis nak amik keta pas ada keja luar sikit.

Nothing much happened after that.

Siang tadi kuar awal sebab ada Malay Mail Big Bash kat Berjaya Times Square. Yang perform Nikki, Radhi, Ruffedge, Joe Flizzow... ramai ler gak. Aku layan camtuh jer sebab tak tahan panas. Last-last ujan lak.

Nuts. The weather is so extreme.

Best sebab Joey Channel [V] ada. Lama tak jumpa dia. Since he's Terrina's cousin (bini Emmett dari Butterfingers yang dok satu tempat keja) aku ok ngan dia.

Lepak lepak lepak... tengok jam pun da kul 5 lebih. Jalan terus ke dewan sivik. Patutnya jumpa Fiebie, tapi orang gila sibuk drama swasta kat rumah ngan trauma peribadi nya.

So lepak dalam keta layan lagu baru.Yerlah... semenjak dua menjak dah pasang DVD/VCD/MP3 player dalam keta ni. takyah usung kaset ke, portable CD player... ataupun minicompo (keji Fiebie!!!)

Cuma tinggal nak install screen je (tu je tinggal sebab feeling nak yang ala Pimp My Ride - automated katanya)

Hah...nak tau lagu apa aku layan over and over again?
Layan repeat je single baru bertajuk Drama - nyanyian gabungan diva dan divas to be in Ning, Nikki dan Yanie.

Kalau korang lum dengar, layan ERA sebab it's exclusive on stesen nombor satu Malaysia. It's a quirky, upbeat pop-opera dance song. Rancak gila, tapi jenis lagu funky yang vocals meletup.

The single started rotation tengahmalam Jumaat (pagi Sabtu) and you guys can catch it on ERA cause lagu tu sekarang asik repeat. Kalau nak lebihkan, apa lagi.. request ler kat Pilihanmu Di ERA dan naikkan lagu tuh kat Carta ERA. Speaking of the charts, lagu Caramu masih maintain tempat kedua! Not bad... thanks to everyone yang asik dok request lagu tu. Keep it up guys.

Dahler hari tu da naik nombor satu, keep it in.

By the way, Drama, akan dipersembahkan Ning, Nikki and Yanie masa Anugerah Era nanti, so watch out for that.

Kembali ke cerita aku, tunggu punya tunggu, sorang-sorang mula sampai bila hujan da reda. Termasuk Juan (yang kena samun minggu lepas, pas konsert) dan abang Badrul (baru balik Phuket - tunggu buah tangan apa dia bawa balik, kalau takde nak rajuk)

Hung around and then masuk dewan layan sembang sat ngan Umi. By the way, congrats Umi sebab daughter dia dapat Astro Scholarship untuk meneruskan pembelajaran.

Konsert pun bermula. Untuk aku, no real suspense because I knew Lotter would be in.

Did he deserve it? Well... first of all, benda tu kan SMS... nak wat apa kalau orang sanggup habihkan duit tuk masukkan dia kan?

But personally, I think he deserved it sebab aku nampak dia all out nak masuk balik.
In fact almost all of them perform begitu semangat sekali. Aku nampak semua usaha untuk do their best for the first time dalam siri Akademi Fantasia musim ni.

All except for Amirul yang memang cam tak kuasa. Sampai ditanyakan Adlin pun dia ngaku tak kisah masuk ke tidak.

Well... that just speaks volumes of the future for the boy.

Apapun, aku applaud each and every one of them, even though tempat duduk aku 'berubah'. By the first commercial break, actually aku bosan walaupun show semua ok, tapi cam malas lak sebab takde suspense seperti aku katakan.

Dalam isap rokok, last-last decided dok belakang to get a different view of the show.
I love time Menuju Puncak, sebab aku rasa buat kali pertama aku nampak setiap orang all out nak menari. Bukan cam sebelum ni.

Three quarter way into the show, bahagian belakang dewan, belah kiri kecoh, sebab ada kucing terlepas. Lor... ingat tikus ke apa... kecoh sangat. Rupanya kecoh sebab kucing tu 'ganas' dan main serang dan cakar orang.

Kucing sama yang jadi star naik pentas (promosi Friskies ke?...merasalah subtle advertising katanya) menghidupkan suasana BOSAN time medley Hail Amir dan Uji Rashid dari empat orang finalists.

If you thought orang terhibur kat dewan, I think most people were just having fun with the cat. That and the fact that semua tengah sibuk tatap aset si Faizal yang erm... stood out. Makcik-makcik dekat area aku dok gatal cita pasal 'bakat terpendam' Faizal. Bakat apa? Alah.... yang bakat besar tu...

Alaaa makcik. Kain seluar tuh camtuh ler. Ingat laki sikit ek.The only thing that threw me off the show apart from the predictability of it (the theme of Akademi Fantasia musim ni) was the OVERDOSE of programming tactic yang menjadi irritating konon nak nampak konon naya Aznil

Nak tunjuk result kali ketiga baru nak on. Apa da... it's not funny... it's just stupid.

I have to salute Aznil for the way he handled things though cause hidupkan suasana ler, especially time dia bak payung time letupan confetti tuh. Cool (meletup Julia xfresh punya idea)

How will this affect the whole scenario?

Well, all I have to say is this. Aku tetap mengharap Farhan dan Velvet akan finish sebagai juara dan naib juara (tak kisah seriously pasal who's first and who's second). And kemasukan Lotter akan pecahkan undi orang Sabah which is influential (which is obviously true cause the two AFMASUK tertinggi is Lotter and Rich, both Sabahans).

I just hope the Sabahan voters realise they need a quality act ler.

Apapun, jangan lupa ler AFUNDI FARHAN dan AFUNDI VELVET!!!

It's not impossible, and peratusan tak jauh. Jangan tunggu last minute lagi. Kerah AFUNDI sekarang jugak.

To a question from someone who reads my blog, apa kata kalao bebudak pompuan tak jadi?

Well then... kali ni mee segera yang terhasil bebetul mee segera lah.

Tu je.

Apapun, I think ALL of them (termasuk Lotter - and KECUALI Amirul) deserve applause because semua wat show yang begitu menhibur dan bertenaga serta bersungguh-sungguh. Ni tribute aku pada meka. It's not entirely your fault that Akademi Fantasia season four is kinda lame. And also Aznil too! *tepuk tepuk*

Alamak... tak sedar lak panjang gila babas posting aku. Entry balas dendam biasa lah kan... tu la akibatnya kalau da lama tak masuk blog (sekarang dua hari pun kira lama da)
Abih konsert je, gerak gi amik si drama queen sekali ngan ratu ambush ke Rebung untuk surprise birthday party untuk Bob (ala... Yusrizan Usop ler... Bob Akademi Fantasia musim kedua). Lama tak jumpa Bobo, ingat birthday dia sebab dekat aku punya. Ramai gak kawan lama tak jumpa. Yeay!!! Diddy ada sekali untuk meriahkan... sempat ler puji performance dia yang memang patut dipuji.

Alamak... dapat berita kurang elok, seseorang yang tak ingin jumpa ada call dia kata nak datang. Rasa nak balik je. Seb baik dia tak muncul sehingga kita balik.
Sibuk je... birthday ko esoknya lantak la ko!

The good thing though is that I bumped into my ex. Erm... tapi misteri menyelubungi sapa pasangan dia sekarang (gelak evilest!)

Sebelum end entry terlampau panjang ni, one more thing aku nak share, yang tak ada bloggers bebetul kongsi.

Pasal baju perkahwinan Siti Nurhaliza. Yerlah kan... ada yang sibuk jadi press release cita tuh dan nih. Kita yang dok tahu diamkan sebab benda tu kita cita dalam medium lain je.

Anyway sebab da pun kuar story, pada meka yang miss, ni ler info yang ramai mintak. Yang penting first hand ok.

Aritu aku ada sebut kan... pasal jumpa Natrah dari Embun. Story dia tetap tak pasti baju sapa akan menjadi pilihan Siti - but my bet is on the designer yang DIBAYAR untuk membuat baju.

Oops!!!

Michael Ong dan Khoon Hooi tak silap aku wat western wedding dress, manakala wardrobe aspek traditional akan dibuat oleh Embun, Radzwan Radzwill dan Anna Avanti (designer Indonesian yang meletup).

BUT I don't know about Anna sebab last dengar khabar meka punya side takde info pasal benda ni (ke rahsiakan) manakala Radzwan sibuk siapkan segalanya (tapi aku not a fan of his work, so not bothered).

As far as Embun goes, aku da tengok kain untuk tiga pasang baju untuk Siti yang direkanya.Dua daripada kain tuh adalah UNIQUE, memang takkan ada samanya daripada Christian Dior.

Harga spekulasi adalah RM15,000 untuk semeter for the one on the left yang patutnya untuk baju akad nikah dan mungkin sanding while the other is supposed about RM5,000 for the one on the right.

Mind you, setiap helai kain yang one-of-a-kind and unik tuh berukuran 5.5 meter, so teruskan spekulasi ler harga baju Siti tu ek. Hah... this is where mathematics come in handy.

Yang ceritanya RM15,000 tu aku suka sangat dan harap Siti pakai masa akad nikah sebab leh bayangkan kebaya moden ngan kain tu. Memang wedding of the year lah kalau jadi because dahler warna ala golden-beige brown, pastu trimmings dia lak Swarovski dan pearls. Pening tengok... cantik sangat. Memang dream wedding gila babas!!!

Atas ni sketch of how the dress will be, so korang dapat ler idea camna baju dia kang. Kalah wedding Erra Fazira pasni as Siti's wedding will be the dream wedding (judging by preparations lah)

Aku takleh cita apa details lagi aku peroleh sebab survey sana sini, banyak pihak mintak aku rahsiakan apa yang patut. Tapi memang lavish lah bab baju.

Sayang je pelamin bukan Pak Abu yang buat.

Eh ok ler... panjang gila babas. Kang kena hamun lak sebab meroyan sorang-sorang.

Eh... wait a minute. Ni blog aku. I can!

Tapi ngantuk lak. Esok maybe ada date lak.

Ok ler... kalau korang nak lebih komen pasal bab Akademi Fantsia punya konsert kesembilan @ konsert kemasukan, try these lovely sites :
mentallydisturbed (drama queen to the max)
badrulaftersix (patut berbangga Diddy pun perform bagus)
maddox24 (mesti tengah tepuk tangan Lotter masuk balik - berbaloi AFMASUK katanya)

Thursday, July 27, 2006

Sleepless in.. erm.. Selayang?

Letihnya tiga hari tak cukup tidur. For the past three nights balik office past midnight. Takperler... pikir overtime yang berlambak da enough.

Anyway, got great news today. Walaupun syarat kat opis no leave until September, memang aku da plan last weekend of August nak ke Hatyai with some friends, taking advantage of the weekend and the following National Day public holidays.

The sweet part is, got an SMS from my boss. Ada keja sikit on 2nd, 3rd and 4th of August. Kena cover Mentor versi Indonesia. Which means I will be in Jakarta for three days!!! Yeah!!!

Tak sabar! Dahler I really do need some time off, what better place than Jakarta! Miss it so much. Last time was there da two years ago. Wonder how much has changed. Terus call Leo to let him know I'll be there, at least dapat orang leh bak sana-sini ngan kengkawan during free time and leh lepak malam daripada holed up in some hotel room. Try call dia tak dapat, so sent him an SMS... malam nanti try call lagi.

Balik a day before final Akademi Fantasia, so takyah ler layan Diari tiga hari terus masuk final.

Takde ler terseksa jiwa layan lawak bangang,

Smalam after got back caught the repeat of the performance show of Rockstar : Supernova.

Hurrah!!!! Phil kena sepak kuar. Seriously among all the the rockers, only Lukas and Dilana je yang stand out. The others are just... tiresome.

Dilana did this weird take of Cyndi Lauper's Time After Time and Lukas did The Verve's Bittersweet Symphony. Awesome. Both of them are just so different.

Dilana is the calm and collected rock diva while Lukas comes across as almost a boyband image of a hard-assed badboy rock god.

I love the clinic Tommy Lee, Gilby Clarke and Jason Newsted did for the rockers in the mansion in the earlier episode. And the assignment where they all had to come up with melodies and lyrics for a song of Supernova's.

Kenapa lah Akademi Fantasia tak wat camtuh. At least instil the spirit of creativity sikit... not kuar je become manufactured pop stars yang nyanyi lagu orang lain without any identity.

Time ni nampak Lukas wat perangai, but despite his eccentricities, he came up with a rocking tune and lyrics to match. Dilana lak is so awesome, because she's such a total opposite of Lukas, yet picked him on her team. And she kept a level had througout his diva episodes.

I hope both of them square off in the final, though I see Dilana as the only rocker possible of heading Supernova. Not just in terms of vocals and image, but alse from the aspect of aristry and direction.

No surprise Zayra was in the bottom three AGAIN. Tu nunggu masa je. She is slightly improving, but considering the fact that she can't even sing, it's a case of it may a little bit too late. She just looks gorgeous, but what else can she do?

I don't understand this week's attacks on Dana on her not being rock enough. Sure she's no supreme rock goddess tapi aku rasa ramai gik rockers who are not hard or edgy enough.

Especially that butt hole Ryan who thinks so much of himself.

Bleurgghhh!!!

Watched the second episode of Ejen 016, though it was recorded. Yes, some people still have VCRs in their homes (technology sometimes is better in retro mode). Had quite a bit of work, so had to make sure tak miss. Hah.. minggu ni nampak ler sikit twist in the plot. As cik Fiebie put it so aptly, it was quite an intelligent twist which was unpredictable unlike most parts.

Kinda cool to watch that in he second episode and gives hope that the series will pick up from here on.

Apapun, I go to bed visualising the Lotus Elise in yellow and black. Snazzy! If being a cool agent gets me that, damn.

Acting was slightly better, having eliminated the boardroom members in the first episode. Too little to guess what's going to happen in terms of plot as it's still quite in the stages of developement.

Tapi setakat ni ok ler, cause again it doesn't look like the cheesy stuff we see pada drama bersiri lain.

As for parts where it gets tedious in terms of plugging Nokia phones, well, at least they didn't overdo the DiGi bit. Apapun, I think the second episode kurangkan da bab-bab tuh. Kira kalah lah pada Diari Akademi Fantasia daripada segi tu (yang memang win hands down in terms of ignorance of the word subtle).

Well, let's see, keja da ampir nak abih. Nak balik... lepak rumah member carut lagi Diari kot.
Not sure yet... esok pagi ada photography session ngan Jericho lagik. Mmm... korang ada suggestion apa-apa tak? What kind of pics of Echo you guys would like to see? (kena U rated ok... jangan 18SX lak)

Leave it in the comments area and aku get him to pose kang.

From the office, head to Shah Alam jumpa memember yang lain yang tengok Diari.

Aku tak sempat watch the first episode, tengok second punya je.

Dengar ulasan orang gila boikot Akademi Fantasia nyampah angkara Faizal, first Diari pasal lapan orang ceria, bukan cam second Diari yang start je ngantuk da.

Aku dok tengok second Diari ni... erm. Entahlah mana aku nak start carut.

It was slow paced, until sesi Umi where they did role playing. Sempat ler gelak. Gelakkan Faizal ler that is.

Honestly, aku tatau ler. Aku start the season promoting F&F dari start, daripada pengenalan 20 orang bebudak lagi sebab aku suka talent dia. Problem is, I really got turned off midway because of his 'strategy'. If you have to ask me what it is, then memang korang tak nampak ler.

Guess it's true what they say.

There's a sucker born every minute.

Anyway, promosi Petals tuh, erm... ok ler sikit. Subtle la tunjuk meka wat penggunaan product tuh dari bebudak. Tapi baru nak puji, bab Velvet dan Farhan puji pujian Petals da tunjuk. Expected.

Dahler...focus tanpa bebudak jadi iklan takleh ke?

Erm... masuk commercial break, tunjuk skin care products Sendayu Tinggi, terlintas lak kat fikiran kenapa Astro tak bagi products camtuh kat Faizal. Baru la endorsement bebetul kan?

At least kalao muka Faizal jadi fair and lovely gitu, then kita pun leh pakai kan?Tengah melayang fikiran akibat kebosanan.... tetiba terlintas lak, mana gi nya Mr. Carbs selama ni ek?

Tak nampak lak.

Aku rasa kena buang kot (gelak evil teramat evil tahap Fiebie). Mana taknya, kali pertama Akademi Fantasia ada pakar nutrisi katanya, tapi terus semua tambah teruk.

Sibuk ada yang naik buncit la... ada yang sakit la...

Haziq tuh... cam skema je sakit. Sakit haper? Selain anxiety disorder, timing dia sakit ni cam kena je time yang crucial kan?

I wonder... kalau tu laa taktik gak nak pancing undi. Jangan marah... spekulasi tu datang dari Fiebie gak.

OWWW!!! Aku sibuk type dia hamun aku sebab letak nama dia... katanya statement off record. Mampos! Ko ingat apa??? Ko diva nak on and off record. (Lawak tol layan orang kurang siuman)

Aiyo...sakit perut layan lawak bangap akibat kebosanan. Ok ler... nak online chat ngan memember kat Jakarta dulu... nak tengok sapa free kang nak jadik tour guide. Ramai kawan kat Jakarta yang nak jumpa balik ni... counting the days down...

To end today's entry, korang da tengok ke frontpage The Malay Mail hari ni? Kalau nak... CLICK SINI for the full story.

Ok... really have to head for my bed da.

Bila la nak tidur ni...

*yawn*

Wednesday, July 26, 2006

Echoing away

Yeay!!!!

Hari ni so exciting!

First launch Mawi - yang berejam tak abih sebab beribu ucapan yang berejam dari VVIP.

Then gi showcase Jericho Rosales sat sebelum kembali ke opis. Hah... jangan marah... ada nak kutk memacam, at least Echo bagik aku birthday present gak.

Ada ler yang nanti kata aku desperate lak nak hadiah dari artis katanya kan... (gelak sat mangkuk hayun dengki - janji aku dapat gak sebab orang tuh ingat)

Sampai balik opis rush back halfway through the show, nak wat story, layan Akademi, ooo... so seronok.

First tengok aksi bebudak tu dapat peluang untuk gi Genting Highlands. Ah ah... untungnyaa... dapat duduk budget hotel terbesar kat Malaysia in the First World Hotel.

Pastu siap welcomed by some freaky looking animal mascots yang jadik simbol Genting lak.

Sponsors nampaknya da mula kembali wat penampilan ke Diari.

Kembali ke Akademi lak, Chef Ismail lak ada tuk masak tuk meka.

Tak perlu sebenarnya, tapi seronok kan semua tengok the endless promotions yang tak abih-abih ni (note to the blur : I was being sarcastic)

Ending Diari pertama : promosiiiiiiiiiii... jangan tak promosiiiiiiiii.... Genting Highlands da sponsor, kena laa tunjuk bebudak guna facilities, makan etc....

Zzzzz

Second Diari cam takde ler beza lak. I seriously tatau sapa lebih bosan, empat orang finalist ni punya life dalam Akademi ke, lapan orang yang dok nak rebut masuk balik sebab two days of Diari, are so horribly boring.

And then pastuh lak, tertanya aku bebudak ni ker yang boring nak mampos sampai nothing watchable? Ke bebudak yang tugas editing yang tatau nak tampil apa lagik?

Even the advertistments are getting boring...same ol' same ol'.

I dread this week's concert sebab lagu lagu tugasan bonus untuk finalists dalam tribute to Hail Amir dan Uji Rashid ni bukan tak sedap tapi tak sesuai untuk live show.

Astro dok nak pikat makcik-makcik jer ker nak tengok? Lupa lak meka programme ni tarikan pada younger crowd lak mainly.

The second Diari seems to focus a lot pada choreography efforts. As usual, Faizal kongkang tetap kongkang.

Takperlah Faizal, bak kata fanatik, ko pun ada aura.

Tapi tertanya gak aku, Mawi ada aura, kongkang camnapun, dalam minggu ketiga da leh nari.

Takperlah Faizal... camna kongkang ko pun ada yang buta tetap kata tarian kongkang kangkang tuh comel. Jangan meka gak yang carut ko setahun dari sekarang bila ko masih tak ubah dah ler ek.

Vocal... drama classes... seseronok lagu-lagu bonus.

Memang konsert ujung minggu ni aku rasa yang paling tahan terlelap ler jawabnya ngan pemilihan lagu (termasuk tuk lapan orang) yang lembab.

Eh eh... da abih ke Diari. Dan dan jer...

Sat... eh eh Umi karaoke nyanyi skali. Aku suka.. aku suka!!!!

Tolak Haziq kuar of the scene, it was the only 30 seconds of the whole hour worth watching.

Ok ler, nak sambung keja sat.

Tuesday, July 25, 2006

Another one....

Aku ari ni nomthing much to say.

Very quiet day pas hectic semalam. Awal pagi pun da dikejutkan ngan SMS pasal Hani Mohsin meninggal kat LCCT kat Sepang lebih kurang kul 10 pagi.

Masuk office nak wat obit.

Mmmm... may he rest in peace...

Sempat catch both episodes of the Diari Akademi Fantasia, the first on ein the afternoon and the second kat 9 malam.

First one tak banyak tunjuk per-per, tapi tetiba rasa geram lak kenapa nak focus sangat Papa Rock. I don't think he really understands what's going on.

Moving on, banyak ler scene meka jalani kelas, nampaknya dalam kelas vocal cikgu Syafi, Lotter tak ingat langsung apa pun yang diajar walaupun dua minggu je dok luar.

I think Zila was the most attentive throughout the classes.

The only scene that was 'out of routine' ialah masa pengawas sekolah rendah si Jamal, kelentong Rich kata Velvet yang tengah kendalikan cam so that dia leh kem pesan kat Velvet.

Blah blah blah... boring.

The only time aku enjoy the first Diari ialah masa closing scene masa Rich nyanyi lagu Kinabalu tuh, ngan petikan gitar dan iringan dari Lotter siap ber back up dancer with Nora.

Semangat Sabah sangat. Lain dari tu, the whole Diari was a waste of time.

Second Diari lak lebih kurang... kelas... emo... pancing undi... blah blah blah.. make more money for Astro, please etc.

Abih je Diari kedua, alamak, Muzik@Ria pun sibuk tampilkan lapan orang untuk promo merayu undi ek.

Erm... nampaknya Astro tak sampai kuota kot AFUNDI kali ni. It will be interesting to see the accounted for numbers of SMSes received this season and how it matches up to tiga musim Akademi Fantasia sebelum ni.

Seronok tengok lak peminat Amirul yang bersatu seru boikot AFMASUK kat @15 sebab tanda nak protes cara Astro nak perah duit. Sedau pun orang pasal perancangan Astro ek...

Nothing much to blog about, because it seems to be a lazy, slow day.

Nak balik sambung mimpi. Esok busy day.

Awalnya rancang nak gi tengok Pussycat Dolls punya konsert sebab ada kawan ajak, siap post party dan jumpa PCD lepak (ada member orang dalam). Nak gak sebab last jumpa meka tak silap aku 2003 masa meka wat opening tuk MTV Asia Awards kat Singapore.

Tak jadi lak planning sebab late noon tomorrow ada pelancaran album Mawi, and then belah lewat petang lak ada function dan showcase Jericho Rosales (ala... yang yang Sanay Wala Nang Wakas punya hero).

Yawn... night all...

Monday, July 24, 2006

Jangan buat benda pelik-pelik waktu malam

"Benda-benda pelik tu macam Haziq suka manja waktu malam."

Erm... that is what Amirul kata pasal pesanan dia sebelum mengusung beg kuar dewan malam tu.

Er... ok.

Anyway, ari ni ada press conference lapan orang yang terkeluar, sebelum meka masuk ke Akademi kembali untuk bersiap untuk AFMASUK.

Malas ler nak tulis apa-apa lebih pasal lepak-lepak, nanti ada fanatik salah tafsirkan lak kang. Pada peminat sesapa pun antara lapan orang ni, hah...amik ko!


Tak larat nak explain konsep berpuluh kali pada meka yang tak paham bahasa.

All I have to say is this.

"Never underestimate the power of stupid people in large groups".

Matilah aku mencarut katanya...

Masa kat Astro, 'dia' call nak jumpa. Mmm... selepas seminggu tak bertegur sapa, we finally had a heart to heart talk.

Hati menyanyi lega sebenarnya... but tak nak ler beriya-iya sangat.

Abih tuh balik ofis abih kan two stories. Tak sempat abih column, sebab gi butik Embun kat Petaling Jaya.

Jumpa kak Natrah aka Betty yang besh punya pala nak wat cita pasal baju Siti rekaan dia. Mak aii!!! Cantiknya kain! Harga? Tak leh sebut sini. Off record katanya.

Tapi cukup katakan, satu baju Siti Nurhaliza cukup nak tampung perkahwinan orang biasa.

Sampai balik opis, tengah layan Diari, update blog dan juga nak abihkan keja.

Mmm... Diari ari ni as usual... membosankan.

I don't get it why they have to have the Toyota Eco Youth competition (selain daripada obvious sponsorship) focused on in the Diari.

Aduh... takleh ke wat endorsement yang ada kena mengena sikit ngan program.

Bebudak ni cam main pakai endorse product je keja.

Agak-agak ler sikit.

Takde exclusivity ler kali ni Akademi Fantasia bebudak ni sibuk wat promo sana sini. Hish...

What's with the meet the fans session semua. Arghhh!!!

Bebudak cakap pasal AFMASUK, paling tak kuasa ngan Haziq punya statement.

Memang ler ko gembira pas sangkaan tiga orang ko tuh meleset, sebab ko second last next to Amirul. Ikutkan ko da kena dush keluar Akademi da.

Nasib je Astro nak wat duit simpan ko dan sekali amik sorang agik.

Lum agik si Faizal, yang "aku tak rasa apa-apa pun".

Mmm... no feeling langsung mamat blur ni.

La la la... forward on, Dr Fazley punya sesi... blah blah blah.

Khabar gemira Dr Eveready - nak makan angin kat luar untuk nak carik makan.

Makan kat Melaka lak. Gila ke haper. Ni kedai kawan-kawan production ke haper?

Apa laa... takkan lah kedai burok pun nak promosi kat Akademi Fantasia.

Gila ke aper!!!!!!

Argggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!

What the @#$%^&!!!!

Seronok ler nak tengok tangkap ikan ke haper at that little drain you call a river?

PAMPERED!!!

Mana taknya bebudak ni tak naik tocang! Kualiti of the show sebelum ni sedikit sebanyak was better simply because the kids got to focus on the tasks at hand, dan bukan asik kena manja tuh ni je manjang.

Buat show burok pun nak bagi treat.

Meluat lak tengok... kalao bebudak ni wat bagus bagi reward ok ler gak kan.

And that was all they showed for the Diari.

Start Diari kedua tunjuk kongkang miming lak to Kurt Cobain. What the.....

Tak abih-abih nak rosakkan lagu tu.

Terpaksa layan sebab tak sempat capai remote.

Masa yang terbuang ngan bebudak main-main sebab takde benda buat, apa kata tenaga pengajar dikerah tuk sound sikit these kids?

Meka masuk final lagik ler degil nak layan takyah wat keja untuk final kang.

I thought it was sweet that the two girls wrote the message on the white board for those they can't contact.

La la la... apa nak tulis ek. Wasiat audio lak pastu. Yawn... nak terlelap.

Tapi aku perasan ada something about contrast of emotions.

Faizal nampak beriya-iya sedih, tapi Haziq gelak-gelak je.

Mmm... nak kata Faizal berlakon ke, atau si Haziq yang takde emosi?

Part mesej Amirul jangan nangis pada Velvet, aku tersentuh sebab Velvet time tu memang nangis. Aku nampak dia dan Farhan seem to have developed this stronger bond, which I think is so beautiful.

Slowly the message turned into full waterworks, ngan Amirul pesan kat tenaga pengajar lak.

Amik ko... extended pesanan katanya.

Evaluation time, aku rasa komen entah sapa yang tak nampak tapi dengar sora je sesuai... Kurt Kobis katanya.

Terpaksa lagik melayan visual Faizal memalukan ngan merosakkan lagu Nirvana. Erm... promote agik. Tak abih-abih promosi kata Faizal hebat katanya. Itu lah agenda sebenarnya, kerana juara seolah telah dipilih bukan oleh pengundi, tapi mereka yang berkuasa memanipulasikan the masses into thinking something is good.

Elok ler.

Lagu Tugasan
Amirul - Kurniaan Cinta (Adi Fashla)
Lotter - Pria Terhebat (Sheila On 7)
Diddy - Diari Seorang Lelaki (Pretty Ugly)
Salima - Nour El Chams (Pascale Machaalani)
Zila - Bisikan Hati (Siti Nurhaliza)
Rich - The Reason (Hoobastank)
Karen - Jejaka Idaman (Raja Ema)
Nora - Berpaut Di Dahan Cinta (Dayangku Intan)

Lagu Bonus finalis
Hujan - Hail Amir & Uji Rashid
Tanda Kasih - Hail Amir & Uji Rashid
Hendak Ku Tanya Terasa Malu - Uji Rashid
Berilah Kasih Sayang - Uji Rashid

Aku tanak komen pasal apa lagu tugasan bebudak eliminated tuk AFMASUK sebab lagu-lagu tuh semua dari wish list bebudak. Tapi terkejut gak sebab Diddy kata banyak lagu dalam wish list dia lagu lama tapi dapat lagu Pretty Ugly.

Tak puas lagu Karen dan Nora sebab aku rasa cam tak sesuai lagu competition, tapi production nak lagu yang macam-macam element ler tuh kan.

Lagu bonus? Buang masa tul lah.. apa ni!!!

Semua Hail Amir dan Uji Rashid ni kenapa!!!

Adus.... I really don't get it.

Orang bayar bil Astro.

So konsert tuh patutnya menghiburkan, bukan self indulgent belah production. Hish... tapi seolah wat concert syok sendiri je....

Entah lah.... selamat menonton konsert last kopek buat duit untuk Akademi Fantasia sebelum final je lah ek.

Camna nak umphhh kalau lagu tak sesuai lak.

Alamak, Dr Eveready bak lak Furby untuk menyampaikan mesej katanya.

No komen. Bebudak lak dimintak decipher message katanya.

UWARGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!

Nak sambung keja, then tunggu 'dia' ajak supper.

Esok jangan lupa beli The Malay Mail kalau nak dapat gambaran camna baju wedding Siti Nurhaliza kang.

*Tiket final akan mula dijual dari 26 August at all Music Valley outlets pada harga RM20, RM30 dan RM50

Sunday, July 23, 2006

$%^& you!!!

First of all, aku cuma nak katakan, aku disappointed sangat ngan Astro.

Aku harap sangat they won't go through ngan kejutan meka ni, tapi nampaknya wat gak demi nak meraih SMS.

Yerlah kan... entah berapa SMS setakat ni meka tima.

Whatever... memang aku kecewa sangat.

Teramat sampai aku nak meraih Amirul keluar pun, takde mood. Dahler Haziq second last patut dia pun berambos sekali, tapi terselamat sebab Astro masih nak duit dari AFUNDI rich backers dia.

Well, money talks kan... ni bukan lagi pencarian bakat as far as I'm concerned.

Who cares kalau meka kena label mee segera? Who cares if they don't survive in the real world?

Janji meka leh bak masuk SMS....

Aku terasa tuk belah pihak Umi yang nitis air mata kekecewaaan perangai bebudak lima orang yang bertanding wat show semalam, because they didn't perform at all as thought.

Lantak ler peminat fanatik yang nak kata apa pun. Aku rasa hanya tenaga pengajar je tau perasaan sebenar bila menurunkan ilmu dan seolah tak dihargai sebab bebudak da tau, dok top five da dapat hadiah. Cuma hebat mana hadiah tuh je.

Screw it...

Aku support people who are really dedicated towards the artistry of the job, cam Siti Hajar.

Jelas daripada kritikan dia, and as well pas jumpa dia, dia katakan sayang sebab bebudak ni semua memang ada potential tapi tidak mahu usaha.

Aku kalau ikutkan malas nak blog pasal Akademi Fantasia, but then again... aku pikirkan ni adat competition.

Well, it may not go as I hoped, but like I said, the last laugh is on the fanatics who destroy the kids; futures by giving them false hope that they'll succeed.

Cam aku kata kena hamun ngan peminat Mas dulu (sapa lama kat blog nih leh ingat le...) tapi last-last, who ate their words, walaupun kat sini meka tinggalkan pelbagai kutukan dan kata-kata benci.

It's just sad that a lot of people salah ertikan emosi dan sentimen untuk dijadikan sebagai 'biasiswa' untuk meka yang tak layak.

Ok ler... malas go on. This is my evaluation.

Lagu Bonus - Aku Sudah Jatuh Cinta (Norsheila Amin)
Ok. Sebelum apa-apa, time ni untuk evaluation baju.

Hanya Velvet terselamat dari angkara the evil designers who decided to dress them.

Burok sungguh baju Haziq yang ala pinjam dari channel Vaanavil. And what's with the fluorescent red laces for the white shoes and the topi yang cam nak turun bendang? Tak sesuai at all.

Amirul punya pesen rambut tuh kenapa? The I got caught in the rain an rambut aku basah kuyup look? Atau the my hairdryer broke down motif?

Sodih!!!!

And Farhan tuh per hal ala tank top yang couple with this drapings of red sequinny thingies!

Hish...

And by the way, orang grunge tak pakai boots cam si Pejal.

Entahlah...Faizal sucked big time on this, while Farhan dan Velvet were the saving grace. Melodious harmonies were wishful thinking and ala ala je la performance meka. Nothing great.

And if that was bad... how about the 'wardrobe malfunction yang suar Farhan terlampau ketat kot sampai terlondeh nampak part of her ass?

Aku suka komen Siti Hajar yang aku rasa tepat kena. I think she focused especially on Farhan and Faizal sebab based on the quality of their voices, and I felt a frustration from her on them not utilising it to the max.

At this point, aku da mula persoalkan apa fungsi Tiara yang membebel...
Rating klubbkidd : (Buat cukup syarat je bebudak ni, so rating pun tangkap muat)

Farhan - Emosi (Sheila Majid)
What the hell are they trying to do tiba-tiba nak padankan Farhan ngan Haziq tuh.

Eeeewwww!!! As if!!!

Keji tul!

Farhan started out on bad footing. She had problems surprisingly on her lower notes out of what sounded like nervousness.

She excelled on the bridge and chorus parts.

Again Siti Hajar made the best comments sebab she stressed on vocal placement and projection.

Tiara was just occupying an empty seat and I didn't get what Adlin merapu.
Rating klubbkidd : (Malas.... and caving under some unseen pressure)

Haziq - I Need To Know (Marc Anthony)
I thought he started bersemangat and menunjukkan ability.
Seriously even I was surprised!

Tapi lum abih first chorus da mula karam da budak ni.

I don't know what accent he was singing in, with that pitchy and occasionally flat voice. Erm... tak nak belajar agik ler tuh pasal breathing orang dok sibuk ajar.

Camtuh ler hasilnya. Semput semacam. Haziq is the posterboy for the laziness of the other students yang degil dan malas tuk tima pengajaran mereka yang bertauliah dan berpengalaman dalam Akademi yang dok nak kongsi ilmu.

All in all, I thought it was a 'decent' effort from Haziq, tapi performance yang sesuai kalau ni konsert kedua dan bukan kelapan.

By the way, suka sangat Aznil kata baju dia 'sesuai' sangat ngan dia... read between the lines...

AZNIL ROCKS!!! Carut... jangan tak carut....

Oh by the way...kenapa Haziq semangat ek sangat time show dia?
Secara jujur aku terpegun dengan kesungguhan dia dan semangat never say die dia time show dia!!!

Apa pembakar semangat dia untuk mengatasi kesukaran membawa lagu bahasa lain, irama lain daripada apa yang dia biasa ek???

Lihat gambar disebelah untuk jawapannya...
Rating klubbkidd : (Average performance sebab second part hancur gila babas)

Velvet - Penantian (Harmoni)
I though she was the best solo performance of the night, which doesn't say much for this concert.

I didn't feel the magic at all.

Don't really know what to say because it was such an empty performance.

I like apa Siti Hajar cakap pasal orang kita yang tak reti nilaikan jeritan ngan nyanyian dan naik gila hanya kerana orang dish out a high note.

Tiara was taking up too much oxygen than needed but Adlin made sense with the agreeable statement that Velvet cam langsuir mengilai.
Rating klubbkidd : (Still nothing special)

Amirul - Jatuh (Adam)
I'm sick and tired of video playbacks showing Amirul act all monkey... we all know he's not really acting and just showing his true self... but what else can he do?

Yes, it was amateur karaoke night ngan dia pakai seluar tidur. Oh by the way, blusher dia overdose sangat... dan apa natang yang sangkut kat seluar dia yang ijo tuh???

Erm... sesuai ler kan stail rambut dia yang begitu... err.... mmm... ahh... yang sebegitu... aaaa... vogue... (gelak tak tahan ni)
He may have been honest time dia ngaku dia tak wat bubbling exercises and all, tapi aku bayangkan kalao tenaga pengajar mesti rasa nak pelempang kalao leh je sebab malukan meka depan satu negara.

Makes the faculty look like bad teachers when the students suck.

Setiap pengkritik yang tegur Amirul, dia wat muka toya ngan menjawab baik secara bosan tak kuasa, "ok... alright..."

Sheesh...

Mmmm... Tiara kata believe in Amirul's performance. Well... she also believes she can sing....
Rating klubbkidd : (The sad part is this is not the worse)

Faizal - Smells Like Teen Spirit (Nirvana)
Nak nyanyi sangat lagu ke laut, last last nyanyian memang ke laut!

It was THE WORST PERFORMANCE OF THE WHOLE SERIES OF AKADEMI FANTASIA!

Kurt Cobain is seriously rolling about in his grave with that defiling of a generation's anthem.

But at least now I understand why they gave him this song. The tune is so strong kalao dia tak nyanyi pun (which he didn't), people would still be pumped.

And sorakan tuh... jangan samakan ngan persetujuan yang persembahan berkualiti.

Again, performing monkeys get applause too.

Siti Hajar pointed a sad reality about Akademi Fantasia.

See how they fare nanti when they come out.

Big fishes in small pond, which usually don't amount to anything sebab overconfident ngan 'kepercayaan' fanatics.

Oh by the way, nampak sangat Astro nak tolong sapa. Kan da kata earlier, recording pasal ngan Lotter ngan Faizal mesti nak tunjuk. Undi simpati... jangan tak undi simpati ek... peminat Mas dulu pun abih duit kayakan Astro camtuh.

Pada mereka yang fanatik... amik ler wajah seorang juara!!! (tengok kat bawah)
Rating klubbkidd : (Dapat satu bintang bonus sebab orang terhibur ngan aksi lawak bodoh)

Lagu Bonus - Cinta (Melly Goeslow & Kris Dayanti)
The only real performance worth watching and listening. Tapi yang nih yang orang tak sorak semana nya.

What the f..... are you joking?

Kongkang gila kena sawan feeling Kurt Kobeng leh standing ovation, ni tepuk pun malas???!!!
Farhan and Velvet had their weak points but managed to put together a decent duet.

Agree with Adlin for the need on more interaction between the two, but loved the comments on bebudak laki tuh konon wat backing tapi takde sound pun.

Da memasing malas tahap gaban... and walaupun aku nak kutuk meka ni a trio of bums, tapi aku bersyukur gak tak dapat dengar sora meka yang mungkin menyumbangkan lagu tuh.
Rating klubbkidd : (Aku suka!!!!... tapi lepas satu malas sakit telinga, no wonder gak ler kan?)

Lagu Bonus - Bila Rindu (Ruffedge)
Yerlah tuh orang Astro. Kayakan Ruffedge lagik ek. Asik lagu bebudak tuh jer. Sapa ler yang pilih lagu ek... dan apa hubungan meka ngan Ruffedge agaknya.\

Tapi suka lak meka tunjuk video clip Faizal and Lotter dalam meluat sebab tuh antara yang menimbulkan tanda soal. Pasal apa?

Refer pada lyrics Dealova yang Faizal nyanyi... "Aku ingin jadi sesuatuhhhhhh!!!"

Nak gelak pecah perut... if I wasn't so mortified by their damn show.

The boys just didn't contribute except in the minimal harmony bits.
Aku tanak feel the emotion and shut myself off from it sebab it wasn't worth it. Another effort nak sympathise with the students.... hello... korang sedar tak seminggu lebih je lagi dua orang will be driving with a VIOS?

Korang berapa lama nak dapat keta tuh? And what did you have to do or what do you have to do to get it?

And korang nak melenting kalao bebudak ni sesenang tuh dapat keta dan hadiah lumayan tanpa usaha? Gila ke haper???!!!

Hajar again sent a very real message on the realities of the REAL WORLD dan bukan setakat kehidupan atas pentas Akademi Fantasia.

Tiara menyibukkan diri asik sebut terima kasih... terima kasih... terima kasih... mmm... very the masyarakat berbudi bahasa!
Rating klubbkidd : (bonus satu bintang gelak orang lain nangis dan tercari-cari tissue Premiere yang disponsor tuk lap airmata cover line)

So what did I think?

The concert sucked.

Tak pernah dalam musim-musim Akademi Fantasia sebelum ni, aku so many concerts in a row aku rasa haus sangat!

Sebabnya?

Aku rasa blatant favouritism dari pihak production untuk beberapa contestant dari semua segi, dari pilihan lagu ke pilihan baju. Dari pada triggers dan kejutan, sampai line-up of other elements which contribute.

Another is simply because bebudak ni semua, sejak tiga empat konsert yang lalu, semua da stop growing. Memasing yakin da mampu.... da akan menang....

Wat pe nak usaha kan?

Forget the hadiah for a moment, betul kata Siti Hajar pasal peluang mereka dalam Akademi.
Oh well.. tunggu enam bulan dari sekarang, tengok sapa berjaya di dunia nyata lor. Komen sini lelebih pun fanatik iya iya jer.. pastu ilang bila bintang atau binatang pilihan meka da ilang entah kemana.

Erm... kalau awal minggu ni aku da sebutkan pasal seseorang gibeks, aku rasa korang kena notice beberapa perkara.

Dahler nyanyi lagu yang menjadi indicator, aku suka bila Amirul masa terkeluar tuh, dia sempat ucapkan (aku tak pasti pada Haziq atau Faizal) sesuatu yang maknanya begitu mendalam.

"Jangan buat perkara pelik malam-malam."

Mmmm... renung-renungkan lah ek!

And check out these other blogs
mentallydisturbed (dia tak gi konsert minggu ni - tunggu carutan apa lak dia bagi)
badrulaftersix (sibuk happy Diddy dapat second chance tuk mungkin masuk balik Akademi)
maddox24 (sibuk AFMASUK Lotter... keji!!!)

*Bebudak empat orang tu akan membawa lagu bonus berkumpulan sahaja untuk konsert kesembilan. Waktu latihan mereka 9am sehingga 3pm setiap ari.
*Lapan orang lagi akan masuk ke Akademi mulai Isnin dari 3pm sehingga 8pm setiap hari untuk latihan lagu memasing yang akan dipersembahkan untuk konsert kesembilan. Meka akan dok luar, dan takkan serempak ngan bebudak lain. Lagu adalah dari wish list memasing.
*Undian AFMASUK bermula setelah tamat konsert semalam. Aku syorkan - Diddy, Zila, Karen ataupun Nora, tapi nampaknya lawak bangang bakal berlaku kalao ikutkan kedudukan AFMASUK sekarang.
*Diari akan memaparkan aktiviti kedua kumpulan.
*Sebaik masuk sahaja pada penghujung konsert kesembilan, peserta yang layak masuk final, akan memulakan dengan jumlah undian baru. That means zero... handicap yang diberikan pada mereka yang empat orang yang lain yang mempunyai advantage AFUNDi selama seminggu.

Friday, July 21, 2006

One girl.... two GIRLS

Eh eh aku lupa lak. Semalam ending Diari aku tak komen lak pasal last shot tunjuk si Faizal memberikan mesej kat cam sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu.

Erm... patriotic...

Or sucking up for state votes?

Dunno la... that just stuck to my mind into today sebab I think he is trying so hard to seel the exclusivity of him being the first proud son ofthe state to be in Akademi Fantasia.

Good for you lah, tapi agak-agak sikit ler... every opportunity he gets, laungkan cam orang lain takde negeri. Petty, I know, but it gets tiring.

Ke ada orang mintak dia but ucapan tuh, cause can that boy really remember the date? Astro nak naikkan jualan decoder dalam negeri Terengganu kot.

Anyway ari ni kusut fikiran sikit pasal bab kerja, but sempat tengok Diari.

Orang mesti persoalkan, kalau tension sangat tengok Diari, wat apa asik tune in so religiously.

Biasalah... kalau nak tau tengok Diari mesti ada carutan yang akan dikongsi kan? And not surprisingly ada je bahan nak laser.

Didn't you guys know it's therapeutic to swear.

In fact, I once came across this article that read, "Swearing Is A Good Form Of Anger Management'.

The other reason aku tengok is of course sebab aku camna pun tetap peminat siri ni, and personally, as a fan of the show, I think I have the right, and the duty, just like any other person who's followed the siri dari musim pertama to share their feelings about it.

So how did Diari hari ni go?

Oooo... Syafi hari ni stress kat bebudak the importace of terms like slur (she had to spell it for them), key transpose, modulation, score, interval... wait a doggone minute!!!!

Shouldn't that be stuff that should have been taught to them as the basic of their musical knowledge?

I'm sorry cause I just think that bebenda camtuh should have been in the syllabus of the teaching module right from the start. Oh well... we can make a wish list, but whether or not it happens is always another matter.

Pejal kena laser ngan Corrie kerana again tarian kongkang (semalam punya Diari, siap kena pukul ngan Corrie with a slap on the shoulders repeatedly).

I don't know lah... walaupun Faizal dan Farhan favourites aku dari awal, Faizal's attitude of taking everything as a joke and coming acorss as the village idiot more often that not menggeramkan aku.

Oh by the way, sapa yang berani kata aku kutuk Faizal sebab tak minat leh gi mampos. Aku rasa dalam Utusan aku da awal-awal nyatakan sapa pilihan aku selain daripada kat Trek Selebriti mana aku nyatakan aku sokong F&F.

Just that he's way too lazy for me to digest. Tapi kalau ada peminat yang nak rasa dia ni hardworking, tu tafsiran peribadi korang ler.

For most parts of the Diari, there was virtually no interaction among the students, so much so they had to show a lot of shots of Jamal amusing himself by playing with the pussy (Fifi the cat...get your minds out of the gutter) as well as with a guitar.

Other parts of the Diari were simply unimaginative.

Tunjuk Faizal lap skrin TV tuh apa motifnya? As with the scene mana Ajai bagik bebudak teka teki masa makan.

Yawn...
More free promotion for Faizal in today's Diari.

Walaupun bebudak lain dimintak tafsiran lagu memasing, aku fokus kat apa yang Faizal cakap, cause he seemed the most clueless of them all.

"Kisah remaja yang ganas," katanya.

"Dia ganas, cikgu," he added.

Oh wow!!! So deep and insightful.

Can someone tell him the song is the anthem for a generation of youths? Can someone tell him about the spirit of rebellion etc?

I've said it once and I'll say it again. Kurt Cobain is just rolling about in his grave right now.
Haziq yang tak betui tuh pun, leh gelakkan dia!

Again more on Faizal. Time tunjuk meka backing kan Haziq, I can distinctly hear Faizal going, "Tell me baby GIRLS!"

Dia ni standard apa English dia?

Takkan singular dan plural pun tak reti! Hish... kalau tatau pun da ada lirik takkan takleh hafal.
Dahler flat sumbang mambang tanah (courtesy of Amirul)... mana taknya ler Sham ngamuk ngan meka. Reaksi Faizal? Kerut dahi wat muka blur je ler...

I want to point out something, aku tatau korang perasan ke tak.

Sejak Lotter out dari Akademi, korang perasan tak, takde sense of togetherness langsung antara Haziq, Faizal and Amirul.

Lain dari Farhan dan Velvet yang semakin rapat with every female student eliminated.

Oh well.

Anyway, melencong kejap, aku nak share cita kelakar yang aku bagitau kat abang Badrul. Tanpa sebut sapa ler, korang ingat tak dalam beberapa minggu yang lepas, ada ler sorang kaki tinggalkan comments ni kutuk aku, defend Haziq.

Bila the rest of you regular readers sound dia balik kalao minat Haziq, masuk je Haziq FC punya site je, dia lak kata dia bukan sokong Haziq, tapi tak suka nak tengok aku main kutuk bebudak.

Well... the joke is, dah ler mamat poyo ni orang lain dia dok kutuk kat blog orang lain, kat abang Badrul punya blog, dia lak tinggalkan statement, "Kami dari Haziq FC". Uwaa... siap mewakili. You be representin'!!!

Tapi poyo tak poyo nya.

Aku lebih rela mulot longkang, molot jamban tak flush, dari HIPOKRIT demi FANATIK!

Diari kedua sambungan rehearsal backing for I Need To Know, lagu Haziq.

Sham sambung hentam ngamuk hangin satu badan. Haziq siap lupa melodi lagu tugasan sendiri, sibuk layan backing vocals.

Linda sambung sesi, kali ni psycho meka lak, kali ni fokus pasal the lack of competitiveness among them.

Datuk A. Samad Said mai singgah, sambil bebudak blur.

Fast forward, alamak... sesi nak rayu undi.

Yeap... Dr. Eveready mintak meka luahkan perasaan untuk dapatkan keyakinan. With parents photos in tow, sorang-sorang start ler sesi 'Ku Mohon' meets ' Jejak Kasih'.

Haziq janji tanak main-main lagik (yerlah), Velvet dan Farhan luahkan their rindu for their parents, Faizal mumbles something, and Amirul yang nangis tak abih (bleuurghhh!!!)

"I'm going to make you all proud of me," kata Amirul between crocodile tears (if you wanted to do that, you could learn to sing ma).

Last call tunjuk si Amirul on the guitar nyanyikan Iris... and why???

Nak layan AC DiSini yang busuk sat... kalau bosan nak balik ke gi jalan-jalan ler...
AFUNDI VELVET & AFUNDI FARHAN!!!

Normality

Keadaan kembali normal! YEAH!!!

Normal in the sense that aku ari ni berjaya nonton kedua edisi Diari Akademi Fantasia buat kali pertama minggu ni.

And my verdict?

Memang lawak... aku gelak sampai perut sakit. Kenapa aku gelak? Tu isu lain.

It started normal enough. Nothing out of the usual.

Tengok kelas Umi ok jer, best pun ada discuss pasal emosi dan sebagainya ketika bebudak ni perform, tapi on to the most important thing.

Persembahan.

At least ari ni punya Diari dapat ler tengok progress setakat mana bebudak ni ngan lagu tugasan memasing.

Faizal start lawak ari ni.

Aiyooo... mengguling tension rasanya Kurt Cobain dalam kubur ngan Faizal punya desecration of the anthem of Gen-Xers everywhere.

Aku tatau dia nyanyi dalam bahasa apa, Bugis ke, Jawa ke....music je bunyi Smells Like Teen Spirit dahler tengok body language pun cam orang mabuk je nak cuba joget.

What did they teach him ler. What is the world coming to? Dulu Mawi dapat lagu Beautiful Maria pun ok lagik. Ni? Kansel... tapi dari tensen, aku dok tergelak gelak Faizal yang melonjat cam badut kena sawan.

Haziq elok sikit command of English, tapi ya ampun... dia nari cam @#$%^&.

Seksi kata Linda Jasmine. Hasilnya? Seksa!!!! Gelak gak aku sebab da nak naik gila ngan prestasi kosong bebudak dua ekor ni.

Minggu kelapan da... setakat ni ke kemampuan mereka?

Amirul aku gelakkan sebab tak larat agi nak dengar sora dia. Memang cam Adam lah... versi sakit tekak. Dahler Adam's vocals nothing to shout about, tu pun Amirul seksa sangat nak bawak lagu tu cam lagu Josh Groban lak.Challenging sangat ke. Kalau jawab ya, sila enrol untuk program lain yer... rosak nama Akademi Fantasia dapat 'bakat' camni.

Kalau orang kata aku bias bab Velvet dan Farhan... aku ngaku aku biased.

AKU BIAS MENYOKONG MEREKA YANG ADA BAKAT SUARA DAN PERSEMBAHAN DAN BUKAN UNTUK JADIK BADUT!!!

Kedua gadis ni did their assignments pretty well, tapi aku suspect meka ni holding back their all to save for the concert kang nak meletup.

Yang penting lagu group show meka membosankan, as expected (especially ngan tarian kongkang) kecuali lagu Cinta which will definitely showcase the talents of the girls to the max.

Rasanya sekali lagi le pelajar lelaki setakat menjadi penonton lagi baik.

Eh eh....what a surprise (sarcastic tone nih). Adamlah datang lawat Amirul!

It's so hard to tell what's the difference between the both of them. Hmmm...

Matilaa katanya kan pecah lobang Amirul da ada awek (cakap ada yang tak caya).

Merasalah Shaggy mendapat lesson yang berguna oleh Adam iaitu... jeng jeng jeng... banyak tengok cermin!!!!

Yelahhhhh tuhhh!!!

Masa mereka nyanyi bersama, sama je standard vocal (Amirul hanj lagik), but at Adam nampak slebih self assured. Hmm... do we see another Adam clone happening?

Eh jap... korang perasan pattern tak. Setiap kali ada tamu, kena ending wat endorsement ngan merayu undi untuk bebudak tuh (down ke jumlah SMS) and then in the background bebudak nyanyi (actually menari) Menuju Puncak.

Well... ok... anything that gets your goat babe.

Masa wat lagu group, bebudak pepandai (Faizal tunjuk rajin) nak ulang balik rehearsal one more time, tapi Haziq tarik muka. Instead (kalau leh caya editing, tapi bab ni aku rela caya), si Haziq gi tido pastuh.

Rajin sangat kan dia... memang hebat laa... 'tak rugi' ler yang habihkan duit beribu AFUNDI dia tuh (gelak keji)

Uwaaa... teruja Dr Eveready bak sifu dia nak tunjuk sikit taekwondo punya move.

Tapi yang penting, aku lebih teruja dengar sora sir tuh bernama Jaswant. Sasa tapi sora 'comel'.

Matilah aku sir taekwondo pun mau evaluate vocal katanya!!!

Hmmm... motif Amirul tak pakai uniform? Tak ada tuk dia ke? Ke tanak destroy kan one good uniform pas dia pakai? (gelak ala Fiebie)

Sakit hati tengok Haziq ngan hobi yang dia yang dikongsi ngan Amirul, iaitu tidur.

Hah, kan Pak Tam dari ERA da masuk tuh. Wat malu je ada guest masuk kena tegur! Eh.... Nana ada sekali!!! Aku suka aku suka!!!

Happy to see ada gak yang berkongsi realiti ngan meka. At least ngan kata kata Nana bebudak ni sedau sikit (mintak la) that not ALL of them are destined to sing (some not even in the music industry), and that it's ok.

Here's hoping their fans will realise they're not meant to as well and takyah bazir duit AFUNDI yang tak layak.

Trauma sangat gelak bebudak tiga ekor jantan ni.

Tapi dari sakit hati memanjang...

Biarkan meka jadi badut pun ok... cause that's what they will be in the music industry nanti.

Thursday, July 20, 2006

Kesunyiang?

First thing I would like to start off with with posting delayed ari ni is pengumuman.

Pada mereka yang sama risaukan keadaan mama Zahid yang warded for an operation hari tu, you'll be glad to know that mama ari ni dah pun discharged.

Aku call Zahid dalam 3.30 petang tadi and asked him about mama.

Dia pun cam happy dan lega mama ok, so thank you everyone for your prayers for mama ok.

By the way, Zahid masih kat kampung sampai ujung minggu. Masa call, dia kata tengah sibuk memancing! Aiyo... merasalah kena laser, mancing ok tapi jangan lak antar ikan kul 6 pagi.

Oops!!!!

Kan mintak kena carut... "kat kampung ni nak antar ikan kat sana wei".

Gelak gak aku ari ni selepas suasana suram menyelebungi hari-hari aku beberapa hari ni.

It's been slightly traumatic. Late yesterday night, I finally made a decision. Aku SMS 'dia' dan memberitahu yang I'm just backing off, tapi kalau dia nak sorang kawan for anything at all, I'm just a call or SMS away.

No reply.

Well... whatever ler kan... in matters of love, everyone is selfish. Everyone thinks about themselves. And maybe it's my time to think about MYSELF.

Tarik nafas sikit.

Ok... aku semalam tak sempat update pasal Rockstar : Supernova, but I think I don't really need to delve too much into the details of it since elimination dah pun ari ni.

Padan muka kerek Josh yang beriya-iya walked off with Nirvana's Come As You Are. For some reason he reminds me of Haziq. He actually managed to turn the tune into this southern blues funk attempt. What the.... he sucked big time for me. Merasalah Dave kata "Just remember that these guys are going to be playing at Wembley Stadium and not at a coffeehouse."

Laser gak si Dave ni... in the words of Fiebie, "Aku suka... aku suka... aku suka" sambil maniacally tepuk tangan.

Lukas may have got stuck with The Rolling Stone's Let's Spend The Night Together and it was the BEST show for the night.

Second best, was my prsonal favourite (though perhaps for the night's show it didn't come across on TV) was Dilana with The Cranberries' Zombie.

Patrice and Jill were ok walaupun they fought over The Beatles's Helter Skelter with the. Jill had to do Free's All Right Now, which I thought was more suitable for the female rockers, so there was really no need for the drama masa pilihan lagu. But they did decent, better than the previous weeks. As did Storm who was ok too with Just What I Needed from The Cars

Ryan aka Mr Bean sucked with Credence Clear Water Revival's Fortunate Son. Bottomline - he looks boring, he sounds boring. When is HE going to be eliminated. And what's with that smile??? He looked constipated.

Apart from Ryan and Josh, the other overall did quite well this week. Oh wait a minute. I missed Dana. Ok... she was THE worst for the night. She did a simpler poppier It's My Life by Bon Jovi, and as Tommy put it, she looked more like Celine Dion (with really bad vocals) attempting a Bon Jovi impersonation.

Phil had Jason Newsted along on the show, and kept the pace with Jefferson Airplane's White Rabbit.

Toby didn't too well with Soul Asylum's Runaway Train, but I kind of liked the improvisation and the new take he had for it. Magni performed one of my favourites in Plush by Stone Temple Pilots and did it as good as Scott Weiland, which actually raises a fear on the question of originality.

Zayra, the worst vocalist in the competition, actually did quite decent with R.E.M.'s Everybody Hurts. Jenny's Drive was ho hum.

I didn't really care sapa kuar, as long as it wasn't Dilana or Lukas of course.

Bottom three were Josh, Jenny and Dana yang memasing performed the elimination numbers in Nirvana's Heart Shaped Box (rosak a good tune je), Vaseline by Stone Temple Pilots and Sass Jordan's High Road Easy before it was bye bye Jenny.

You will not be missed.

Watched the repeat of the show just to catch Dilana and Lukas again... then teringat Faizal wat Nirvana's Smell Like Teen Spirit, one of the cult rock tunes of my generation.

Tergelak sat, because the song seems doomed to be a poser's anthem.

Which brings us to Diari Akademi Fantasia semalam. Ok... honestly I missed the first episode, and I only managed to catch the second Diari masa time repeat tengah malam.

I really don't understand the need for the producers nak bak Lotter to come back as 'a voice'.
"Ko nangis ek," tanya Faizal masa Lotter terdiam sat. Instead of feeling emotion, aku tergelak pecah perut lak sebab dia ni cam so blur. And he had to kind of be led into understanding, that ni ler time nak sedih gituh.

It was induced tears, and as real as the freindship is (aku percaya ler bab persahabatan meka), Faizal was just hamming it up, tau ada kamera nak nitis air mata. Aduh... come on ler. You guys really think dia tatau ke benda ni kalao emo lebih akan di pakai sebagai VT time Konsert ke. It' amazing to think ada lagik orang yang senang nak di manipulasikan ngan adengan seperti ini.

Pening...

When they repeat that Diari, tengok bebetul. Yang tersentuh samaada terlampau sensitif, ataupun just desperate for drama like the production, atau just wanted ANYTHING to break the monotony.

And if you didn't fall into any one of those categories, the only way ko leh rasa benda tuh touching is if ko tengah sibuk merembes ngan Faizal sampai sanggup nitis air mata kerana aksi seorang lelaki sensitif. Boo!!!

Some people would have thought the whole thing showed an innocent side to Faizal.
Look deeper and you would see he does comee across retarded at time. Time dia ketuk speaker, he looked mental and playing with an imaginary friend. Aduh... I don't think I laughed so much for so long now.

Lawak babs sangat!

It was just plain silly of them to go all the way hanya kerana nak perah airmata penonton.

Lotter is out. Dahlah.... focus on sapa dalam. Tu je.

Adakah semua drama tu menolong pembelajaran mereka? I don't think so.

It was funnier to see Faizal ala Forrest Gump lari panggil bebudak, pastu sora Lotter ilang, si Haziq sempat tergelak kat Faizal.

The laughs continued with Faizal punya rehearsal ngan Linda Jasmine nak headbang. Aiyo...dia ni... takde coordination of his limbs at all ke.

Headbang pun tak mampu ke? Dia nampak pelik semacam, in a semi bobbing motion, cam some psychotic joget tak jadik.

Haziq simple step lak tak dapat emulate Linda Jasmine tunjuk step, tapi bab top Linda turun sikit and dia kelam kabut tarik, sempat lak si Haziq focus.

What do I think Haziq looked like?

Honestly? Cam the saddest stripper in the cheapest act in the dingiest, seediest bar in Patpong.
Elok ler pastu Haziq tido.

Eh da lama Jamal pengawas sekolah ilang kan, tak enter frame. Jangan risau, confirm muncul punya, hah, tuh dia.

Masa time surprise tamu, aku nak gelak.

The kids obviously tak heran, tak kenal ataupun tak kisah Tiara Jacquelina dan Stephen Rahman Hughes masuk. You think these kids went to watch Puteri Gunung Ledang The

Musical ke?

Things got simply surreal with Stephen sebab bebudak cam Haziq dan Faizal tengok muka pun da obvious meka haram paham apa omputeh celup tuh merepek.

What was the significance of that scene? Aku tengok Diari Akademi Fantasia ni dah sink as low as the level of Auditions dah kekadang.

Tell me just how the hell is everything liek that going to help Pejal yang nak sebut English sepatah pun haram sebut betul.

Gelak muka Haziq terblur, gelak lagi time si Haziq mata merayap bila sebelah Tiara.
Tiara and Stephen just didn't know how to communicate with the kids, and I doubt the effectiveness of the visit apart from some cheap promotion of the upcoming restaging of the musical.

Very the torture ngan kesunyiang as Faizal would say. Let these kids have a choice, who they want advice from, bak sapa yang meka nak ke....

Bak ler people yang dalam keadaan sama tapi advanced. I think the three champions bersama cam Vince, Zahid dan Mawi would be nice, sebab pengalaman memasing berbeza and it would be nice to see all three together.

Kalau susah sangat, bak ler finalist musim lain BERSAMA, contoh dalam musim kedua, Bob, Farah, Adam, Kaer... (Zahid da sebut, Linda lak da menghilang kan).

Let them share pengalaman time sampai perignkat competition ni, apa yang usual or unusal to go through, dan apa kehidupan meka skang.

So many things... and yet so little ideas actually implemented.
Entahlah...
Caught the first episode of Ejen 016 semalam, and I must say it looks better on the TV sebab masa preview tengok kat big screen cam tak nampak jelas, tambah ngan sound kat tempat awam bising sikit.

Ni aku sempat tul leh focus pada the the pilot episode.

Aku gelak bab Apek ler. Seriously dia sorang enough nak jalankan show tu.

I have to admit walaupun aku uncomfortable sikit shots dia sebab execution kurang kemas and editing memeningkan bji mata aku, but the shots were quite well done for a TV production. Again like I said, very the CSI and 24.

I think there was a lot of varied influences in direction so dia punya shots narik ler.

Cuma camera work kekadang overdose sikit so it does set a little painful after a lengthy period to watch the show.

The sets nampak ler ada budget banding ngan the usual badly implemented props time siri based on fiction on local TV ni.

Acting? The main cast were ok, but the extras were simply scary lor acting meka. Kayu tahap gaban. Kekadang rasa gak nak sumpah bila tahap lakonan meka tahap TV Pendidikan pun tak lepas menyakitkan hati sebab spouting lines like the script was stuffed in their faces.

But it was all worth it just so see the three agents keluar keta ala dramatic and then Apek lak kuar keta libas rambut. Siot je Apek... kelakar.

Check out the official website of Ejen 016, banyak gak downloads dia.

Not bad ler, first time ada ler TV series yang ala interactive. Babeng tul profile... aku baca pun pecah perut. Good move by DiGi on that bit because it does take advantage of the wholesome approach towards making the showmore appealing.

I have high hopes for the other episodes so here's hoping that the fusion of sci-fi action comedy series takes off.

Oh God... letihnya...

Is it the work related stress ke everything else that's getting to me. Tak sabar nak gi cuti.
Ke stress jadi couch potato balik.

Selain Akademi Fantasia, follow lak Rockstar : Supernova, then Ejen 016, pastu America's Next Top Model. Banyak sangat progam menarik. Lum agik Project Runway yang aku tak sempat tengok agik musim baru. So many TV shows, so little time.

Feel really tired out, rancang bulan depan nak gi Hatyai, mintak-mintak jadilah.

I really, really need a break soon.

Ok ler guys... setakat ni jer posting kali ni. Tak larat nak taip banyak sangat.

Wednesday, July 19, 2006

Suicidal tendencies

Ok. Where do I start?

Let me start dari hari Ahad ok.

Petang tu aku diajak ke suprise birthday Jimmy Shanley. Aku malu gak sebab aku ok ok ngan Jimmy, tapi aku rasa takder ler layak aku nak gelar kawan sebab bukan kami rapat sangat.

Tapi bebudak production Trek Selebriti ajak gak, so aku pun iyakan ler kehadiran aku.

Seharian aku risau akan terserempak seseorang kat sana, memandangkan dia ada kat konsert malam sebelum. Bukan apa... aku memacam emosi terbuku I don't want to jumpa dia.

Awal pagi call Nana, sebab ingat leh gi ngan dia, tapi Nana kata dia keja ari ni tugas... tuh pun sebelum tu ada outdoor event ERA kul 3pm.

Mmm... tukar plan, aku ajak ler member sorang tuk temankan aku sebab tatau sapa agi akan kesana.

Sampai sana, kami terpaksa ikut entrance belakang, orang Menara Kuala Lumpur kata Jimmy dah pun sampai, so kita kena lalu dtaff entrance nak naik.

Sampai kat staff elevator tuh, jumpa Marsha dan Adi dari Maestro. Apa lagi... naik gila terus ler ada gang.

Sampai atas dalam bilik sederhana besar, ada kawan-kawan production dari Astro. Eh eh... Adi Fashla pun ada. Happy terus.

Lepas kejap, Leez lak masuk bersama ayah dia.

Besh!!!

Aku, Adi, Marsha and Leez pun lepak ler one side ngan beberapa orang kawan sok sek.

Aku korek ler sikit info pasal bebudak dalam Akademi.

Dua soalan penting aku tanya.

Satu.

Sapa yang paling plastik dalam Akademi... kira baik ataupun buruk, time dari meka kat Holiday Villa, sampai ke tahap ni di dalam Akademi.

Jawapannya tak mengejutkan aku. Walaupun kalao aku tulis kat sini mesti ramai membantah sebab orang tuh takkan disangka sedemikian.

Bukan aku pancing jawapan dari Leez. Aku cuma nak kepastian jujur darinya. And aku tak bagitau dia pun nama yang bermain dalam pala aku.

All I can say is, depan kamera, jangan ingat yang innocent, bendul tuh... adalah sedemikian sebenarnya. Lain aku no komen. Kalau nak memilih atas peribadi, ingat sahaja, peribadi sebenar bebudak ni korang takkan tahu.

Dari tiga musim Akademi Fantasia sebelum ni, aku tengok dalam-dalam, dan aku masih rapat ngan sapa yang true to themselves.And I am thankful aku hanya sekali silap dalam tafsiran aku pasal peribadi seseorang tu.

Masuk second question lak. Pasal adakah sorang tuh gibeks (tatau maksud perkataan tuh, takper... ini relevant pada siapa yang paham je)

Again, jawapan sama ngan seperti apa yang aku bayangkan. Nama yang sama.

Kesian che ki yang akan terkesima sebab begitu idolise dia sebab ala lelaki Melayu terakhir gitu. Aku hanya mampu gelak.

Kedua soalan mendapat jawapan yang sama.

Whatever lah... sempat ler bual panjang ngan Leez gak, ditemani Marsha.

Marsha lak kena laser pasal isu orang perkatakan ngan Mawi. Aku bab tuh aku nak katakan, aku rapat ngan Marsha dari Konsert Prelude.... MENGARUT cita dia bercinta ngan Mawi. Tu je.

Trust me.

Kalau mereka yang pernah ikut blog aku, atau pernah bertanyakan benda ni pada aku face to face, tahulah cerita sebenar keakraban mereka.

Suka tak pic Marsha dan Adi menggila tu?

Lepak punya lepak, Lotter lak di bawak masuk oleh Man, pemenang Resume Untuk Mawi tu, yang kini bertugas kat Maestro.

Tak sempat cakap ngan dia, time Jimmy nak masuk bilik da. So semua standby.

Alamak... jerit surprise bila pintu terbuka, tapi dia tak masuk agi. Damn..rosak kejutan.
Jimmy celebrate tak silap aku birthday dia on 13 July, aku 17 July, tapi I think he's 26 (ampun ler kalao silap) aku lak beza bukan je empat hari pada tarikh, but also empat tahun in terms of the number of birthdays.

Makan-makan, kena serang ngan bebudak Trek Selebriti yang wat recording. Damn... perlu ke.

Segan. Tanak kena label seperti sparuh orang gila glam bangga muka masuk TV. Perlu ke?

Makan-makan and all, sempat ler sembang ngan Lotter.
Had to sebab budget the next day ada press conference Siti Nurhaliza aku memang tak kan ke Astro untuk elimination press conference Lotter.

Ok ler...dia down to earth and honest.

One thing I can say for Lotter is that he realises kekurangan dia, which is a good sign.

"Lagi baik saya keluar daripada duduk dalam , bang sebab saya tahu ramai tak suka saya."

Aku ngaku aku pun bukan peminat dia, and ada show dia yang hancus nak mampos.

But at the same time, aku pun puji dia wat show cam Azizah, and Chow Kit Road yang berjaya menghiburkan orang, walaupun aku tak impress.

Dia terima memacam teguran dan nasihat. Hah... pepandai ler belajar ek Lotter pasni.
Tak sabar nak belah pas everything da settle.

HAPPY BIRTHDAY JIMMY.

Ni lagu besday istimew aku untuk Jimmy.

Happy birthday to you,
Ko memang kertu,
Tak mungkin lagi jambu,
Teruskan hidup sebagai andartu!!!

Pecah perut tengok reaksi Jimmy... amik ko!

By the way, gambar dia pegang telinga tuh bukan apa... bukan karaoke yang nak bagik letop gegendang telinga ok!!! Sebenarnya, Jimmy chicken siot when Lotter started popping the balloons dalam bilik. Aiseh.... tu pun seram ke Jimmy. Serves you right...ko selalu nak surprise ngan microphone ko kan. Merasalah kena torture... (gelak evil tahap Omen)

Gerak sekali ngan Marsha and Adi yang nak bergegas ke KL Sentral nak amik ticket flight untuk Felix.

Aku hantar member balik, then lepak sat kat Shah Alam ngan orang gila.

Esok nya, aku takleh ke Astro untuk PC Lotter... last-last kelam kabut seharian wat cita Siti, my column, as well as extra story pasal Saleem.

Mmmm... apa komen aku pasal Siti Nurhaliza nak kawin Datuk Khalid Mohammad Jiwa?

Selamat pengantin baru to them is all I can say.

Apa pun pandangan masyarakat, they have the right to choose what they want to in their lives. Orang nak kata apa pasal beza umur, taste Siti dan sebagainya... honestly, I myself wouldn't want people to judge me on who I choose to spend my life with.

Siti, kalau awak baca ni seperti aku pernah singgah sini... congratulations, seikhlasnya daripada saya. Aku ngan ko penah ada salah faham, but I hope everything's ok now. And I support your decision.

Cuma aku harapkan ko jangan terus tinggalkan dunia seni.

Semoga ko dan pilihan hati bahagia selamanya.

Aku rasa orang kena hayati apa yang Siti lalui selama ni. Aku letak pantun yang di ucapkan ayah Siti masa press conference tuh, because I think ada yang tersurat dan tersirat in it.

Masing-masing faham lah apa yang patut. What I think of it, is the same as ada comment yang memberikan tafsiran dalam posting lepas. Korang usha dan renungkan.

Abih je keja da dekat kul 9 malam.

Rushed over to Nikki and Yanie's place, sebab ada small gathering of friends and 'family' to celebrate my birthday.

Full guest list?

Vernon (dia posting sini sebagai Mr. Manager), Fiebie (yang kurang waras), Juan (dah kembali blogging selepas bertapa untuk straightenkan rambut tanpa rebonding), Hatta Dolmat (member designer yang wat baju untuk Fasha Sandha dan Jac masa Anugerah Bintang Popular - ala yang cam pokok Christmas tuh), Rudy, Reza, kak long Zakiah, abang Badrul (my all in one family member), and Jolyn.

Of course, Nikki dan Yani, my baby sisters, ada sekali (siap masak ok tunjuk skill!!!) and a surprise guest in Diddy!!! (tima kasih abang Badrul sebab bak dia)

Gambar bawah ni (from left) Nikki, Diddy, Yanie dan Hatta (feeling mata merah kena silau)


Aku sedih sebab Ning tak sempat abih shooting Diva, and call time awal lak esok, so tak join, but it was nice she called and wished me still. Zahid, my baby bro, too tak jadik mai sebab mesej aku kata mom dia warded nak kena operate, so malam tuh or next day kena rush balik.

Oh... and 'dia' ada sekali. Sebenarnya walaupun aku gembira dia ada sekali, merunsingkan aku gak kehadiran dia. Takyah sebut kenapa. Cuma cukup ler mentraumakan aku for the rest of the night and the next day.

It was a nice, simple birthday with people I love and have helped me much through life, so it made 30 a bit easier to digest.

Yang besh... hah ni nak pecah lobang.

Anugerah ERA nanti ada surprise performance (tak surprise lagik ler aku pecah lobang sini).
Ning akan di back kan by Nikki and Yanie for a new song which will be out soon exclusive on ERA. Tajuknya?

Drama!

Lagu memang lagu dance yang rancak aku full of attitude. Trust me, kita semua lak nari sakan dengar lagu tuh. Tak sabau aku nak dengar kat radio.

And then (walaupun tak dibenarkan cakap ni) dengar dua lagu baru untuk album Ning yang akan datang.

Awmigawd.... walaupun aku tengah tak tul emosi.... suddenly I was carried off by the music and Ning's vocals. If you guys love album Erti Pertemuan, ngan lagu cam Awan Yang Terpilu - you guys are going to be amazed by this album. Another album to look forward to this year selain album Siti Nurhaliza yang dah pun released, Transkripsi.

Ooh... and jangan lupa album Yanie gak... ada surprise (baca balik sapa tamu-tamu malam besday celebration aku ni and you might guess what it is)

Balik tu, aku happy campur sedih. Entah... emosi aku memang tak stabil.

Sepanjang ari tak stabil je emo aku... I don't know how to settle into being 30.

I feel like I'm ten years younger. Masa time aku jumpa bebudak sekolah rendah aku recently pun, aku rasa ler aku paling bebudak antara meka sebab aku masih cam carefree and so upbeat. Erm... maybe it's all in the mind je kot.

Anyway today was a sombre day spent gathering my thoughts.

Apapun aku kena wish ler everyone of you out there, too many to name, yang hantar aku ucapan birthday, and all your lovely messages that made things so much more easier for me to go through. Sorry I can't reply anyone sebab ramai sangat!!!

So for everyone yang wish aku (and yang tak sempat walaupun berhajat), I love you guys!!!! You guys rock!!! Thanks so much for being a part of my life, even those of you who may be strangers to me in real life.

Pada mereka yang inginkan ulasan dan carutan Akademi Fantasia aku, sorry cause the last two days aku tak sempat. Ari ni aku kembali, (hopefully) ngan lebih statement kebinatangan... aku will do my best ok!

Lagu tugasan minggu aku takkan ketinggalan post, so here it is. Lagu tugasan minggu ni.

Amirul - Jatuh (Adam AF2)
Faizal - Smells Like Teen Spirit (Nirvana)
Farhan - Emosi (Sheila Majid)
Haziq - I Need To Know (Marc Anthony)
Velvet - Penantian (Harmoni)
Lagu Bonus - Bila Rindu (Ruffedge)
Lagu Bonus - Aku Sudah Jatuh Cinta (Norsheila Amin)
Lagu Bonus - Cinta (Melly Goeslow & Kris Dayanti)

Komen aku?
Amirul dapat lagu yang vocal range sewaktu ngan dia iaitu Adam. Please-lah.. haiyo!!! Ramai lagik ler betina bawah umo yang ngundi dia pakai kredit/bil mak bapak.
Faizal dapat Nirvana aku tak heran. In fact, aku nak thank Astro sebab finally bagi dia dan Haziq lagu omputeh.
And on my birthday too!!!
Aku kira tu hadiah daripada Astro tuk aku ler...
But Nirvana dia leh cover dia punya vocal flaw banyak, and even lyrics. Wish it had been more challenging. Kalao nak tolong dia vocal aspect bagi rock pun, bagi ler Coldplay ke or something yang bukan lagu budak 13 tahun pun tahu. Sheesh... meka bagi lagu omputeh bagi yang cukup syarat je nak tolong. If he fails this, memang patut kena sebat je.
Farhan? I think it'll be up her alley, and after berminggu di uji, I think she deserves a song like this which is averagely up her street.
Haziq will be a laugh and that's all I can say.
Lagu Velvet susah aku nak judge sebab aku tatau (ataupun tak ingat). Nanti aku carik or tonton Diari tengok camna.
Aku tak stuju tul... tak paham asik lagu Ruffedge jadi pilihan musim Akademi Fantasia kali ni.
Lagu Aku Sudah Jatuh Cinta bakal jadi lagu joget lambat presentation ala Hari Penyampaian Hadiah cam minggu lepas ketika Saya Anak Malaysia, while Cinta akan menampilkan hanya, again, kekuatan Farhan dan Velvet, ngan Amirul vocally jauh tecicir banding ngan Haziq dan Faizal.
Oh one more thing. Malam tadi aku tengok preview tiga episod siri terbaru yang akan mula ditayangkan tonight over TV3, iaitu Ejen 016.


Cita ni aku tengok tiga siri masa preview semalam, best gak ler.Aku akan update on it as they show it, sebab tanak ler jump the gun.
First of all, the ad campaign for this show is amazing. Kelakar gak ler.
Meka kuar iklan program ni yang kelakar aku dengar, sampai ada sekolah yang nak gi camping Ulu Yam leh call pihak akhbar nak sahkan tul ke tak sebab trip meka upcoming.
Either the ad is really good, or really the saying is true that there's a you know what born every minute.
Visually, for the small screen, it's quite a breath of fresh air ler sebab bosan ngan memacam drama swasta nak layan.
Daripada shots dia, nampak influence CSI, 24 and even a bit of Baywatch (korang tengok korang pahamler bab Baywatch tuh - in slow mo lagik ok).
The plot centres pasal meteor ni. Experts from Indonesia, Malaysia, Thailand, Cambodia and Vietnam predict the coming of the meteor.
What's so special? Said meteor comes with legend that memang kehebatan meteor tak terkata ler nilai dia.
Bad guy steals meteor knowing of its power, pastuh a special unit (headed by Apek... aduh!) is sent to retrieve it as unknowingly pada the baddie (Mustafa Kamal yang nampak cam Amitabh Bachan lak - or DJ Dave kalao ko ingat posting aku sebelum ni) that the world is going to go ka-boom soon.
Aku tanak review lebih... korang kena la tengok sendiri.
Cast list dia impressive abih! Tapi aku punya personal favourite sebab ada Saiful Apek and Ida Nerina and Aleeza Kassim (with a new hairdo ala Natalie Imbruglia).
Ramai lagik ler... babe factor dia dapat ler five star ranking.
Pada peminat Akademi Fantasia, tunggu kemunculan Adam. Ada banyak cameo dalam siri ni so setiap episode korang betul-betul kena watch out.
Lawak tul Apek. Favourite scene aku tetap tima semua ejen kuar libas rambut, Apek lak sekali.... (gelak jatuh kerusi sat)... korang usha sendiri la.
Malam ni at 9.30pm.
Ok ler...panjang tol aku punya posting. Tomorrow posting lagik ler.
Hope korang puas entry balas dendam dua ari senyap ni.
Going to sleep now... 30 year-olds can't take the pace lasting until 4am ni...