Showing posts with label lagu. Show all posts
Showing posts with label lagu. Show all posts

Saturday, May 15, 2010

Rights

After my last entry, I got this email. Click on it to read the full email.

I will not delete the entry as I put forward both claims, and did not make any allegation of fraud and I have explained to Mr Francis Cobb, who says he is the arranger of the song, and licensed it to Natasha to use (following what is said in the email)

I said in the previous entry Miss Natasha claimed to have written the song, and put forward Miss Kimberly Chuah's claims too using the word CLAIM. In no way did I intentionally or unintentionally refer to the matter nor did I allege that either party had committed fraud.

Kim's claims are on Youtube by the video linked, while Natasha's claim of co-composing the song with Cat Farish is recorded in press articles like this one below from mstar (CLICK HERE for original article) which I have highlighted in red.

Natasha Menyanyi Bukan Sekadar Lepaskan Batuk Di Tangga

Aksi terbaru Natasha Hudson di Konsert Alibi kelmarin yang turut mengumumkan kemunculannya sebagai penyanyi. - Foto The Star oleh RICKY LAI

SEMPENA kedatangan 2010, aktres Natasha Hudson bertekad untuk membuang jauh-jauh semua 'episod duka' yang pernah membelenggu dirinya sebelum ini. Untuk tahun ini, Natasha Liana Hudson ingin lebih fokus pada karier seninya.

Terbaru, pelakon dan model ini bakal melebarkan cabang seninya ke bidang nyanyian pula.

Ujar Natasha, keyakinannya terhadap strategi promosi dan pemasaran serta fleksibiliti yang dipraktikkan oleh syarikat Alibi terhadap imej dan konsep albumnya telah menawannya untuk bernaung di bawah syarikat itu.

"Sebenarnya, saya sudah menjadi artis mereka sejak November lalu. Cuma, kebetulan di Konsert Alibi, malam semalam (kelmarin) baru saya diperkenalkan kepada umum.

"Penyertaan saya dalam Alibi, berikutan hubungan rapat saya dengan Cat Farish. Mengikut perancangan asal, album saya sepatutnya diterbitkan oleh Cat, beberapa tahun yang lepas.

"Tapi, disebabkan oleh beberapa masalah dan kesibukan kerja, projek itu tertangguh begitu sahaja hingga hari ini.

"Kebetulan pula, Cat dan kumpulannya The Fabulous Cats juga bernaung di bawah Metadome.

"Apabila Alibi bertanya kepada saya jika saya berminat untuk bernaung di bawah mereka, saya terus bersetuju kerana saya sudah mengenali beberapa rakan artis di bawah label itu dengan rapat termasuklah Cat Farish.

"Saya selesa dan yakin dengan strategi pemasaran pasukan mereka. Tambahan pula, aliran muzik dan konsep yang dipertaruhkan Alibi menerusi artis-artisnya terkini dan menepati selera pendengar masakini.

"Mereka juga terbuka dalam banyak perkara. Saya senang dengan budaya kerja mereka yang terbuka untuk perbincangan dan sesi brainstorming idea lagu-lagu dan konsep untuk saya.

"Perkara yang menyeronokkan berada di bawah label ini adalah saya diberi kebebasan untuk campur tangan dalam proses penerbitan lagu-lagu saya.

"Selain dapat berkongsi idea untul lagu, saya juga terlibat dalam penghasilan lirik lagu.

Bercerita lanjut mengenai imej dan konsep lagu yang bakal ditampilkan, Natasha berkata, dia dan beberapa rakan menelaah banyak rujukan bagi mencari konsep lagu dan imej yang bersesuaian untuknya.

"Saya selalu mahu tampilkan sesuatu yang berbeza setiap kali saya muncul.

"Memandangkan ini usaha pertama saya untuk serius dalam bidang nyanyian, saya perlu tampil dengan imej tersendiri dan lagu-lagu yang bukan sahaja dapat memikat pendengar tapi juga memberi impak kepada industri.

"Lagu-lagu yang bakal diterbitkan untuk album pertama ini adalah kombinasi elemen pop dan beberapa genre muzik yang lain. Boleh dikatakan ala-ala muzik Natalie Imbruglia.

"Setakat ini, saya sudah siap rakam sebuah single bertajuk Hanya Tuhan Yang Tahu hasil nukilan bersama saya dan Cat Farish. Rakaman lagu ini hanya mengambil masa selama dua hari.

"Kami masih mengumpulkan lagu-lagu lain untuk album saya nanti. Manakala, lagu Hanya Tuhan Yang Tahu dijangka akan mula kedengaran di radio dalam masa terdekat ini," ceritanya lagi.

Mendengarkan saja judul lagu itu, Natasha lantas diusik adakah judul itu merupakan refleksi kepada kisah peribadinya yang berkocakan sebelum ini.

Sebelum menjawab, Natasha sempat ketawa dan mengakui, sebagai penulis lirik, kisah hitam dalam hidupnya sedikit sebanyak memberikan ilham kepadanya untuk menulis lagu itu.

Sebagai percubaan sulung bergelar penyanyi, dia perlu muncul dengan kelainan yang bukan sahaja tersendiri, malah yang penting mampu memberi impak positif kepada peminat dan industri hiburan tanah air.

"Apa yang penting pada saya adalah untuk tampil dengan imej dan konsep lagu yang berbeza dan unik.

"Saya tidak mahu kemunculan saya dalam industri seni suara ini sekadar melepaskan batuk di tangga. Kalau boleh, saya mahu beri impak dan teringin untuk menyertai pertandingan seperti Juara Lagu di masa akan datang," ujarnya.

Ditanya, adakah dia tidak akan aktif berlakon lagi selepas bergelar penyanyi, Natasha menegaskan, lakonan sudah sebati dengan jiwanya dan tidak mungkin dia akan meninggalkan bidang itu selagi diperlukan.

Sementelah, bidang itu turut memberi pendapatan yang besar kepadanya selama ini.

"Sebagai kemunculan semula saya ke dalam industri seni, saya akan terus berlakon dan menyanyi pada masa yang sama.

"Terus-terang saya katakan, kedua-dua cabang seni ini amat saya sukai," katanya.

Natasha turut mengakui pengalaman menyertai dua cabang seni membolehkannya berkawan dengan lebih ramai artis.

Jika sebelum ini, kelompok kawan hanya terbatas kepada pelakon sahaja, kini kawannya semakin bertambah melangkaui golongan penyanyi pula.

Mengulas serba ringkas jurnal kehidupannya di fasa pasca-penceraian, ibu kepada Nessa Helena, 1, berkata, dia kini bahagia dan gembira menjalani kehidupannya sebagai ibu tunggal.

Natasha merasakan dia kini dapat melakukan semula perkara-perkara yang pernah ditinggalkannya sebelum ini termasuklah menyanyi dan aktif berlakon semula.



So moving on - maybe these two parties want to come forward and talk this out with a public statement.

Whatever legal action, I have put forward mere facts available on the Internet, hence I see it as unnecessary that I am asked to remove the entry before this.

Hopefully the legal firm involved will contact me directly if they wish to concern themselves with a blogger's observation of the situation.


Right or wrong?

Korang ingat tak kes ni? It was highlighted by The Malay Mail. I did a story on it. Lagu Secebis Harapan nyanyian Nora... bore too many similarities to another song.



Lagu tu has too many uncanny resemblance to this song performed by Ishtar, titled Horchat Hai Caliptus.



So... pas kes tu tutup sikit masa lepas Anugerah Juara Lagu sikit masa dahulu, ingat da takde la yang kes-kes yang lagu sama akan timbul (walaopon memang ada yang rajin curi hooks sana sini, at least takde la full song persamaan agik kan)

Yerla... negara kita takde laws yang ketat bab nih. Enforcement agik jauh.

So nevermind lagu Secebis Harapan was contested in Anugerah Juara Lagu 2006 - and Horchat Hai Caliptus was in Ishtar's The Voice of Alabina released in 2000. Erm....

And then this happened.

Here's a song by Natasha Hudson - Hanya Tuhan Yang Tahu - which was CLAIMED that it was penned by Natasha herself.


Nice song isn't it... too bad the lyrics bosan sikit. But wait a minute... watch this. It's a song titled Right Or Wrong by Kim Chuah.



Miss Chuah claims this in her Youtube channel.

NATASHA HUDSON HAS PERFORMED MY SONG WITHOUT MY PERMISSION, THE VIDEO WAS UPLOADED JAN 2010 AND 4 MONTHS AFTER SOMEONE CONTACTED ME ASKING ME IF THEY COULD USE THIS SONG AND I GET THE ROYALTIES AND NAMED...BUT THEY HAVE ALREADY USED MY SONG PUBLICLY AS THEIR OWN SINCE JANUARY....THIS IS MY SONG AND I WROTE IT....THERE FOR NO ONE HAS THE RIGHT ESP WEN I HAVEN'T MADE IT OFFICIAL TO SEND IT TO ANY ARTISTS TO USE....ITS WRONG SO STOP NOW!!!

Merasalah ko!

This is not the first time we're hearing something like this involving Natasha. CLICK HERE to read about 'her poetry'.

Perhaps we should just listen to Miss Kim. Her Youtube channel has this description of her.

"Iam 20 Years old and i'm a singer songwriter and musician form West Yorkshire UK. I have been playing guitar since the age of 12, singing since the age of 3 and songwriting since the age of 9.
At the age of 12 i taught myself how to play guitar and drums and at the age of 12 I was already descovering how to really structure catchy songs. One of my first proper Pop/rock tunes was 'Right or Wrong' which you can watch in my uploaded videos.
I recorded my first ever demo in Malaysia of 'Right or Wrong' and now I have started using Logic pro to create my backing arrangements for my new material.
At the age of 14 I entered a local competition called 'Popstars' and was placed in the final 5, that same year I entered the 'Young Songwriter' Competition and came 3rd against 19 + year old songwriters."

So I wonder what Natasha will say now. And if anyone doubts what Kimberly Chuah has to say, this is a video of her performing an acoustic version of the song uploaded on Youtube on June 22 2008!



So sapa yang salah sekarang? Bak tajuk lagu 'milik' Natasha Hudson - Hanya Tuhan Yang Tahu! Though Youtube is helping us shed a little light on this.

Thanks to Max Lim from my Facebook fan page for the heads up on this. Can't wait to see how Natasha explains this one.

Saturday, August 29, 2009

Oh well...

Malas nak post panjang. After my last entry, seriously takde mood. It's hard not to feel angry when the authorities seem to not be taking this more seriously than it should.

Kelakarnya... I guess the papers were asked to downplay the event. My morning papers just came. The Star had the Prime Minister's comment on Page 24!!!

Aiyo!...

Oh well.. malas lah nak komen lebih. Some things will never change.

I just want to see justice before believing that 1Malaysia exists.

Moving on... semalam gi rakaman Melodi Raya. Meriah abih. I didn't snap too many pics. And malas nak upload sebenarnya.

What I have instead is this. Aku janji korang video dari majlis berbuka hari tu kan. Ni ada tiga. There's Faizal Tahir's AMAZING acoustic performance of Bencinta, lagu baru yang memang besh gila from Datuk Siti Nurhaliza - Ku Percaya Ada Cinta dari album kerohanian Tahajjud Cinta and also a duet by both of them on Cahaya Aidil Fitri.

Korang layan dulu la. Aku nak gi tidur jap. Dari sahur tadi sampai sekarang, masih sengkang mata depan laptop. Enjoy... until later...