Tuesday, November 30, 2010

Condition, bitch!

Malam tadi rajinkan diri nak angkut bontot gi panggung wayang. Da lama tak gi nonton wayang.

Tak kisah local or foreign, yang penting sekali sekala kena movie night out, kalao tak sorang (saja menggila kekadang nak my 'me' time) atau ngan kengkawan.

Anyway semalam gi layan pilem 3D katanya ngan kengkawan.


Apa lagi kalao bukan Tangled - from Disney.


I thought it wouldn't amount to much, but I was taken aback with what I saw. Never mind the 3D presentation or the animation or stuff.

But overall, the simple translation of Rapunzel's classic tale to screen was Disney classics revisited. It had the essence of every single classic out there and yet still feeling fresh with one-liners and all.

Even the music was haunting - walaupun I still feel something missing there.

Alan Menken - was responsible for bringing back the magic of Disney with music when he teamed up with Howard Ashman for The Little Mermaid. I can still sing along to the songs today.

Then there was Beauty and the Beast before Ashman passed away in 1991, and Tim Rice took over to help complete Aladddin. But by then the magic was gone (for me), especially when it moved on to Pocahontas, The Hunchback of Notre Dame and so on.

But Menken gets a little bit of his mojo back and I have to say couple with the stunning visuals, it was beautifully emotional.

Lama gila tak tengok animated stuff like this - I left smiling.

Ni bukan review., Just my thoughts that I came out with after watching Rapunzel.



PS - Why name it Tangled? Rapunzel's hair looked silky smooth. Heh!

PPS - Ni a little update. By the way, kalao nak tengok 3D ni, tengok la kat GSC. TGV screen aku tengok Rapunzel esoknya gelap, sound tak best dan seat kecik tak comfy at all. Nyesal.

Monday, November 29, 2010

Ouch

Siapa pernah jumpa aku - mesti perasan satu benda pasal aku.


Yes, that is my hand. Kedua tangan aku, bela kuku panjang gila feeling pontianak kum-kum bagai.

Actually letih gak nak jawab kat orang kenapa I keep my nails long.

So biar ni kali pertama dan kali terakhir ku abihkan masa cita. Dulu tabiat aku gigit kuku. Orang kata geli, pengotor dan seterusnya, aku tak abih pot pun. Sehingga satu hari, aku terjumpa orang yang sama perangai - aku lak naik jijik tengok tangan dia.

So masa tu nekad stop my bad habit of biting nails.

First step - potong semua rata, kira cantikkan mana mampu. Bab yang ada part berdarah bagai sebab da gigit dalam bagai takleh wat per la.

Pastu, aku colour my nails black. For two reasons. Satu - sebab aku memang memang partial to more Jap street fashion with a touch of goth dari dulu, zaman clubbing gituh. Tapi yang paling penting wat camtuh sebab, orang yang gigit kuku nih kekadang sampai da sumbat tangan dalam molot pun tak perasan sebenarnya apa yang dibuat sebab out of habit.

So kira kalao tergigit, makan la kaler itam tuh. Sungguh tak sedap ok, walaopon lapar mana. Heh!

Lama-lama da panjang, pandailah jaga. Tanak trim. Sebab kalao da trim, gatal nak gigit mai balik. Bila da panjang, rajin la manicure bagai. Apa? Sapa kata jantan takleh manicure pedicure? Aiyo... da 2010.

So anyway, pic atas tu pic terakhir kuku mengancam menakutkan sebelom ku potong. Sebab?


Tuh dia.. nampak? Da patah katanya... akibat keja berat (berat la sangat amik shopping bag nak beli barang umah).

So in the end, hari ni, dilema camna pon - potong semua!


Ye, aku tau. I have fat short, stubby fingers. Anugerah Tuhan... ku terima nya. Dari takde jari terus. Heh.

And yes, my other hand pon potong pendek kuku camni. Tapi nak pegang kamera so amik pic sebelah je la.

Motif nak kongsi cita nih?

Suka ati la.. da blog aku. Matilah ko!

Sunday, November 28, 2010

Believe it.. or not

Bersepah iklan dan endorsement dalam paper, tepi jalan bagai. Ni ada satu that I spotted along Jalan Ampang.


Erm.. jap! Aku pelik kenapa pic abang Rosyam yang before tu buruk benar! Tak cam abang Rosyam yang ku jumpa live pon. Dan yang after tuh, erm.. kenapa aku rasakan (ini bukan fakta, cuma perasaan ku jek yek) adalah hasil kehebatan Photoshop dan make-up masa photoshoot.

Lain bebenor before and after. Heh... just proves to show, that these before and after pics kekadang mengarut.

Rosyam looks good for his age, nonetheless, with or without the help - but I guess it doesn't hurt when it comes to endorsement.

Saturday, November 27, 2010

Sensasi!

Beriya je nak scandalous entry nih. Title beriya. Pic lak? Merasalah!


Heh... gila-gila la abang Amy dan Awie nih. Heh! Pecah perut sorang-sorang layan meka berdua nih. Sebenar ni masa lepak wat lawak bodoh ngan meka masa sidang akhbar Konsert Gemuruh Double Trouble - Search & Wings yang akan datang bulan depan.


Tuk sapa yang minat kedua band legend gila - take note, Konsert Gemuruh Double Trouble kat Penang di Tapak Ekspo, Seberang Jaya pada 18 Disember dan yang main, besar-besaran kat Surf Beach, Sunway Lagoon pada 25 Disember.


Ni last pic wat peminat Awie. Jangan lupa - si Awie muncul dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah yang akan mula ditayangkan 9 Disember. Pecah perut, confirm!


Friday, November 26, 2010

Sikit lagi

Siapa yang tak pernah lalui era 80an, mesti tak familiar - or at least tak recognize the fabulousness of one Francissca Peter.

Yang kenal pun mesti selalu eja nama dia salah. Ejaan atas tuh yang betul ye.


Anyway, semalam jumpa kak Fran kat Sri Pentas interview dia. Sapa yang minat jangan lupa ek, tahun depan bulan dua, dia akan adakan anniversary concert. Konsert tiga jam ko! Merasalah lepas geram.

Lepas tiga dekad, dia dapat gak merasa wat konsert grand gituh. It's going to be awesome. Sorry kalao aku nya posting lambat sikit tapi memang nak keep on updating walaopon slow.

Malam smalam pun gi sidang akhbar tuk Double Trouble. Nanti aku post pics from there. Tunggu!

Thursday, November 25, 2010

Natrah

Owh gumbira! Akhirnya malam tadi ku berjaya nak tengok gak pementasan Natrah. I missed the first round. Tak ingat sebab apa, but yang aku ingat masa tu aku outstation, balik je da abih pementasan.

So kali ni, preview je aku tengok teruih. And my verdict?

Walaupun ada beberapa flaws secara teknikal sebab cuma preview. But ada beberapa scene yang aku rasa pas borak ngan kak Erma akan diubah sana sini kot. Kira final touch up pasnih.

But memang aku suka gila... sebab abih je, emosi marah melanda. Aku jadi marah sebab isu Natrah dipolitikkan individu tertentu tuk kepentingan peribadi sampai kecoh, marah sebab pihak Belanda begitu gampang perangai, marah sebab Aminah tak sanggup lepaskan Natrah tuk kepentingan peribadi walaupun pelbagai alasan, marah sebab Adeline tanak mengalah walaupun Natrah membuat pilihan, dan marah sebab rasakan Natrah, yang pas baca cita hidup dia, begitu lemah dan menyerah pada takdirnya.

Tak ada ke yang penah tertanya kenapa Natrah, atau Maria - tak bersungguh jikalau benar wujud kekeliruan dari soal agama? Apa usahanya?

I mean, she was obviously torn - but I saw her as a weak person who blamed others for her fate and did nothing to change it.

Betul atau salah pandangan peribadi aku, tu emosi dan persoalan, antara banyak lagi yang membanjiri pala aku nih.


Because it got me thinking - for me, Natrah was a success! Anything that makes you think - and not just to merely entertain, is a success for the storyteller. And Erma memang berjaya pada mata aku.

Tahniah pada cast, walaupun ada sorang dua yang sipi sipi ku rasa tidak add anything to the staging.

Jap.. nak snappy jap.






Hope you guys manage to catch Natrah kat Istana Budaya. Siapa yang tengok musim pertama, aku dengar banyak perubahan (dari kawan yang penah tengok). For me, tengok kali pertama aku suka gila. Korang tengok and come to your own conclusions. I'm sure everyone will have their own take of things.

Apapun, tahniah to kak Erma and the whole cast, especially to Umie Aida yang memang aku tak nampak atas pentas - aku cuma nampak Aminah.

Wednesday, November 24, 2010

Randomness

Memacam akademi ada.. merasalah ni akademi yang baru ke? Spotted masa kat hotel siang tadi kat Holiday Villa Subang Jaya.


Kelas kan? Lembu, kambing dan ayam kampung pun kena dilatih tau. Bukan semua binatang perangai gitu semulajadi. Aku kenal ramai binatang pun yang perangai gitu semulajadi je. No training required. Matilah...

Anyway, sebenarnya tadi gi for the first press conference for Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.


Tuh dia barisan artis yang hadir. Tak umum pe sangat pun. Pasal voting, senarai panjang, dan launch online pasai voting je.

Ini snappy some pics nak share.


Si Shahir ni nampak letih gila. Don't you guys think he needs a shave? Da scruffy sangat camni.

Ni pic tuk peminat Datuk Siti Nurhaliza. Yang pentingnya dia touch up tu pakai brand sendiri, SimplySiti ok. Bukan cam sparuh artis tuh, endorse bagai tapi pakai brand yang vogue yang mahal-mahal je. Salute Siti.


Jap... usha kasut dia sat. Motif kasut Siti pun nak snappy. Ye la.. dari orang nak blog letak pics yang pose biasa-biasa, biar ku letak pic yang ikut suka aku jek.


Hah.. ni si Lan. From Azlan & The Typewriter ler. Tengok mata tuh lebam. Akibat arituh masa Shout! dia stagedive terlanggar makcik mana ntah, lobam jadiknya. Smakin teruk mata tuh. Kesian lak... all in the name of rock and roll katanya.


This week is so packed and I have so much to juggle...

Tuesday, November 23, 2010

Kopek!

Tadi gi layan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Panjang gila dan ngarut title, kan?

Tapi sumpah, the sequel to Zombi Kampung Pisang is awesome. Kalau ko enjoy Zombi Kampung Pisang ko akan suka la ngan Hantu Kak Limah Balik Rumah. I absolutely love it - and I think it rocks socks, sebab dalam celah lawak cam gampang - ada gak messages inserted, so you can watch it in a popcorn manner, or you can just intellectualize it. Matilah katanya...


I don't want to give away anything about the film, but it's DEFINITELY worth a watch - especially tang hantu kopek muncul. I like! The first ten minutes semua da gelak guling gila babiks da - bukan menggigil cam tengok 2 Alam (bak kata dDR Rozmey lah...)

Aku impressed with how they did it - sebab aku masa gi shooting ada nampak potential in a lot of the scenes, tapi risau gak merapu gak kekadang.

Pas abih PC sempat kita semua lepak borak-borak. I love creative minds like Afdlin Shauki dan Mamat Khalid because sitting down and talking to them is simply inspiring.


Ok... sometimes like Afdlin they give me weird pictures to dok pelik korek hidung to post in my blog - but hey... ok pe.

Anyhoo, ni lak si kak Vee. Tambah cantik. Tapi tengok balik pic aku snappy ni cam Fauziah Latiff lak rupanya. Anyway next year da la nak ganti Maya Karin tuk Nona, ni lak dia bagitau pasal dia akan jadi antara pengacara Anugerah Skrin. Semakin meletup!


Ni some random snaps of Wanda dan Opie, member wartawan pala gila. Love preview belah malam ni sebab dapat rilek semua tak kejar masa sangat - unlike most previews yang wat pagi buta.


Sempat snappy Pekin yang ada small role too. Da potong rambut ni nampak cam Ijoy lak, laki kak Shirah.


Sebut soal rambut... korang leh teka tak sapa ni?


CAK! Tuh dia, rambut konsep Goldilocks bagai dari Awie. Ni ngan Fiza, wartawan tuk DIVA kat RTM. Anyway happy birthday Awie who turns (umur dirahsiakan gituh) at the stroke of midnight!


Going for long mamak session pas ni nak borak pasal banyak benda. Biasalah kalau semua dalam bisnes ni kumpul mesti ada tukar-tukar cita.

Toodles, all.

Monday, November 22, 2010

Backstage

Hari ni the day they decided on sapa layak Anugerah Juara Lagu 25 lepas the final semifinal. Aku separuh akhir ni, layan persembahan semua dari belakang pentas, nak amik feel camna debaran semua.

And also sebab dapat gosip dan lepak ketika show, borak-borak ngan semua kengkawan.

And here's your peek at what happens backstage.


Propkesayangan ramai ni. Kaki ala ala Upin dan Ipin ni da kena basuh la berkali bebudak pakai. Heh! Si Black dan Hafiz dan macam kembar Siam melekat kat badan da.


Sempat snappy si Tomok dan Black bersama... sebelum Tomok dihalau untuk tugasan dia... iaitu...


Tuh dia. Tugas Tomok? Nak jadi aerial bagi satu-satunya TV yang hado kat belakang pentas ni, yang bergantung live feed. Reception lak hado, so azab la semua kena harap reception ok. Ni si Tomok kena dera sebab dia berdiri sebelah TV tetiba baru ada gambar dan sound. Merasalah dia dipaksa jadik aerial demi kepuasan semua menonton backstage.


Comel tak kak Dibah pose dok rileks je. Si Ana dan Yuna pon ada, sempat snappy pic ni just before meka panggil semua onstage.


Belakang pentas lak ramai berkumpul. Ni snap pic API - Angkatan Pemuda Indie, three members at least ngan Din (Estranged), Loque (now known as monoLoque dan AJ (Popshuvit) sekali ngan Sam dari Bunkface.


And some others in Lan, Stacy, Adira, Ana dan Shahir.


And then - the announcement. Well, not yet. Ni masa semua tunggu ketika nak umum. Sempat agik tuh main-main atas pentas. I like this year sebab all the performers (most of them anyway) can get along and mesra, performing for the fun of it - and rileks je. Takde feel competition sangat sebab semua tak tekankan soal bersaing.


And finally - ni semua yang layak.


And ni full list semua yang layak. Especially pada anak-anak muda yang singer-songwriters yang represent the future of the music scene. You guys rock!

Sofea Jane - Black / Shah Kamikaze & Iswandy / Farril
Pelita - A.P.I / Loque / Loque
Cinta Sempurna - Yuna / Yuna / Yuna
Tolong Ingatkan Aku - Ana Rafali / Ana Rafali / Ana Rafali
Ku Ada Kamu - Adira / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim
Hanyut - Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
Jahat - Stacy / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim
Kebahagian Dalam Perpisahan - Shahir / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim
Mencari Konklusi - Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
Selamat Malam - Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
Drama King - Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja
Extravaganza - Bunkface / Sam Bunkface/ Bunkface
Noktah Cinta - Hafiz / Ajai/ Shah Qalam
Berlari - Tomok / Audi Mok & Shahzee Ishak / Tomok

And yes, aku malas nak komen apa-apa lebih about what happened. Biarkan. Orang lain dapat nilai. Diam tak bererti mengalah, sama seperti mengkritik bukan bererti dengki atau menuduh. Cuma kadang-kadang ada pihak yang menjadi penyampai tak bertauliah - but que sera sera.

Still - it was a happy night, save for Aizat takde which cam lacking lak with the whole gang. It's going to be a great AJL - here's hoping for the best jury to make the right choices when the show is on next year (cam lama sangat padahal sebulan lebih je)

Sunday, November 21, 2010

Jalang-jalang carik makang

Hari ni pas keja, da plan ngan kengkawan nak makan ramai-ramai. Sesi melantak katanya. So we finally decided on Wau Penyu at Solaris Dutamas. Authentic Terengganu cuisine katanya. Tak penah try, so jejakkan kaki sana nak have a go.


Ni menu dia. Classy! Siap ada sejarah sikit-sikit pasal asal usul owner kedai ni or something like that la.


Tuh dia. Bukan je makanan Terengganu je, tapi ada makanang orang puteh katanya. Heh!


Cepat adik-adik. Apakah maksud senek. Maksudnya ala ala senak ke? *gelak sorang diri sat* Comel la menu dia.


And here's some of the stuff we ordered. Kerepok lekor, cucur udang, laksam, nasi lemak ayam goreng, murtabak daging... tak ingat semua, ataupun harga, sebab aku tak curi menu yang class tuh wat koleksi. Matilah!







Not a bad meal. Authentic yes, sedap - had better before. Price? A bit too much, but ok kot.

Sekiang, liputang jalang-jalang carik makang.

Saturday, November 20, 2010

Make me wanna shout!

Had so much fun at the Shout! Awards malam tadi. Thanks to everyone over at 8TV as well as the Media Prima family for the improved hospitality this year. Slight glitches here and there but a pretty impressive show nonetheless.

I didn't focus on much and had too much fun to recount anything else. Heh...

The post party was whacked though as it was too packed and hot. Didn't snap too many pics.


That's Nora Danish dan Betty Rahmad. Cantik kan dua-dua? Sujud! Natural beauties. I can't stand women who pile on too much make-up and I think both of them memang au naturel pon lawa gila.

Jap.. mai main teka teki sikit. Kasut artis manakan ini? Tinggi wo! I think we're talking five inches easily (could be more)


Sambil korang jawab, ni snappy pic Vanessa dan Moots dari Popshuvit. Can't wait for this happy couple to get hitched next year.


Funnyman of the night - Zizan. Orang nak kata lawak kampung ke haper ke, he was easily the funniest man of the night and spontaneous!


Dah dapat jawapan kasut sapa tadi? Ni dia, supermodel of the world gituh pose sakan! Congratulations to Yuna for being the big winner of the night.


Apart from her music, I applaud Yuna because she does have good fashion sense. In fact, I think girls in tudungs can now feel stylist because of someone like Yuna yang tutup abih, tapi tetap maintain rupa stylo and edgy.

Not the easiest of a mix, but still it so works!

And finally, last but not least - 6ixth Sense. They won for Mobile Artist of the Year. Tang download tuh meka memang vast!


The full list of winners are as follows.

SHOUT! AWARDS 2010
Break Out Award (The Ultimate Shout! Award) - Yuna
Rockstar Award - Bunkface (also in 2009)
Popstar Award - Yuna
Power Vocal Award - Faizal Tahir
Flava Award - Mizz Nina
Music Video Award - Prom Queen (Bunkface)
Best On Screen Chemistry Award - Afdlin Shauki & Liyana Jasmay (Papadom)
Fresh TV Series Award - Nur Kasih
Breakthrough Feature Award - Lagenda Budak Setan
Favourite TV Program - Showdown 2010
Favourite TV Personality Award - Zizan Raja Lawak (Raja Lawak 4)
Coolest Radio Announcer Award - Phat Fabes (Fly FM)
Favourite Radio Show Award - Hot FM AM Krew (Fara, Faizal & AG)
Hot Chick Award - Scha Al-Yahya
Hot Guy Award - Henry Golding
Mobile Artiste Of The Year Award - 6ixth Sense (Tanpa)

Left the post-party early. It was too crowded with too many people bringing an entourage, Iyaz was a bore and tried to get everyone's attention (oh well) and it was hot! Still got to catch up with friends though (especially to laugh at THAT thing that's been talked about the past week).

Oh well... time for some sleep.