Showing posts with label astro. Show all posts
Showing posts with label astro. Show all posts

Friday, June 18, 2010

Freaky Friday

Ari ni walaopon end of the week and everyone's going TGIF, aku rajinkan diri rush about. Dari Damansara, sampai ke Astro ada keja nak siapkan.

Was a fun night though... amik ko lama da tak post pics Datuk Siti Nurhaliza. Malam tadik recording Raya special kat Astro skali ngan Akim ngan Shahir as guest artistes.

Ampunkan kualiti pics ye, sebab pakai Blackberry je dari jauh. Malaih nak dok dekat-dekat. Heh... sibuk mengumpat backstage lagik seronok.



Siti salin baju tiga kali - I love this particular one, her first outfit yang itam nih. Merasalah make-up Nurul Shukor yang meletup! Ke hasil pakai SimplySiti. Matilah aku!


Tak suka second outfit nih. Serious, I think looks too much like baju ala ala saree balu India yang dipakai masa anugerah dulu. Matilah Rizman Ruzaini carot aku (ampun nok, aku tak kata baju ko hanya leh dijual di kasino kat Pulau Sentosa jek - matilah Hatta dan Zery lak maki aku pasnih.. ampun!!!)

Tapi pas baju nih, salin one more yang aku suka.

I think green looks fab on her. Cutting biasa je, but I think Siti looks hawt in this.

And of course, dare I forget the guest artistes? Amik ko, mood Raya da. Woi! Akim! Utang posa da bayar kah? Matilah!!! Memang set-up nak kena carot nih.

Heh... dah dah... tu je pics nak share.

Apapon it was nice fraternizing with everyone. I haven't been out too much, so now kena start balik aktif seperti dahulukala. Macam la berkurun tak turun padang tuk event.

Pe pon... have a good weekend, guys. And stay safe.

Wednesday, May 26, 2010

AF8 -Siri Autopsi 3

"You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time."

I believe it was Abraham Lincoln who said that.

Selepas keluar Siri Autopsi, banyak reaction aku dapat from a lot of people.

Strangely enough - the negatives a handful, the ones in agreement jauh lebih banyak (yang handful pon dari IP sama je, tapi tukar nama - matilah!!!)

What you have to remember is - this analysis wasn't against the show. Just this crap season. Heh... ada beza tuh.

Takkan la peminat takleh critical ngan program dia follow, kan? Do we really live in a society where you have to hold your silence if your programme (yang hidup hasil kaut keuntungan dari public) does not cater to the public anymore but to the syok sendiri nature of the production.

Bak kata seorang blogger tersohor, "Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong". Tuh dia kata orang kertu! Matilah aku!

Tak kisah la orang nak judge apa pon... hakikatnya, masa memula aku da cakap this is some the show is going to be affected, orang kata takde bukti. Dah bagik bukti lak, ada lak yang melatah.

No matter how much PR spin you put into it - AF8 was a failure for so many reasons.

As a show - it failed. The figures and AFUNDI was judge of that.

Perubahan rancangan membunuh AF8 dengan sendirinya. The production were not too wise (in a polite manner of speaking) for screwing up on that.

1. Change of format (dari waktu Diari di tayangkan, duration setengah jam yang memang WTF, editing yang takde perisian etc)
2. OverBranding the show sampai nak hard sell. Orang advertising zaman batu kah diupah untuk nak conceptualize how branding should be incorporated? Seriously? Nak pakai tali kasut masa konsert, berlakon minom benda ala pati ayam and lampu hijau?
3. Obvious control more than ever ke atas juri yang diarahkan 'positif'. No one learns from pujian alone. You have to point out a person's fault for them to realize - though in the case of production, bila point out defensive and hado nak menerima walaopon peminat sendiri cakap?
4. Execution of drama too staged sampai tahap menghazabkan bebudak tu sendiri.
5. Debaran tak cukup perisian sampai kesian tengok Sarimah struggle nak hype kan.
6. Jimmy yang menyerlah ngan Trek Selebriti, hambar dan terlalu kanak kanak Ribena ngan Diari (and konsert lak Zombi Kampung Pisang)
7. Lagu-lagu persembahan dipotong sampai iklan Brand pon lebih panjang and minus one semua seperti muzik iringan oleh orang buta yang main keyboard kat Kotaraya.
8. Too much smoke and mirror. Dah ler persembahan semua underperformed dari segi time - ni lak ada yang dibantu sampai tahap gaban backing vocal dan penari (especially time final). Mana gi their so-called performance ability.
9. They rolled out so much pay content nak on bufet la on tu la on nih la... semua demi nak mobile content revenue. This show's budget has been cut gila-gila (production pon tau hakikat ni benar) and this has greatly affected their ability to put on a better show than ever. Ini ibarat RTM feeling nak wat Gah 1 (what a name) nak kalahkan TV3 nya AJL padahal bajet AJL tak silap aku RM3.5 juta dan RTM nya bajet - hado? Matilah! Motif aku tau?
10.Lack of people who are really capable of scouting for talent. Throughout the audition process - meka gunakan orang dalam industri ni, yes (walaopon ada terselit yang hado tau pasal muzik skalipun). There is a difference between people merely in this business and talent scouts. Look at Idol. Simon Cowell and Randy Jackson are producers and talents scouts. They don't have to sing.. du-uh! Kara is known for her songwriting and ability to redirect talent... and create a whole new sound for them. These are people who make a talent what it is. The problem is there is a lack of understanding on who shapes the talent for the mainstream market - so in the end they just want a public face - even though hado know anything.

I could go on...

As a talent scouting avenue - it failed, because it didn't manage to unearth any talents we haven't seen before.

The kids are all talented - but are they unique?

Talents banyak kat luar tuh. And unless you're a couch potato yang dok ngadap TV je keja, you would agree that there is little special about the talents they've showcased.

I hear thousands of new talents in various competitions, and performances that are low key, and I hear a lof of fantastic singers out there too. With package too. But the sad reality is something doesn't go right for them in being discovered.

So - there has not been something groundbreaking this season. I guess people will say, that's subjective. And that's true. It is.

But AF8 - has become a horrible clone of Idol, meets Sehati Berdansa versi hado.

Takpe la... lantak ko la labu.

Ada yang kata kenapa nak sibuk? Just turn it off. My answer to that is - some people are just born to be sheep. Grow a brain, dickwads. If you want to wallow in stupidity to be able to have your own thought processor working, don't blame the world for being able to analyze and digest things in a more intelligent manner that is PR free.

So... aside from the show, what can I PERSONALLY see in their future.

Ada yang tanya aku - sapa yang ada potential to succeed.

Ok. That's the tricky question. In REAL life... there are a lot of factors that make for the success of a talent.

Honestly - kalao tak produk skema, familiar and tried and tested - and a lot of effort, and a little bit of money pumped in - dan bukan dilayan seperti MLM nak cepat returns jer, the kids can get somewhere.

Honestly, I've maintained Shahir as a commercial package from the start. Adira pon leh if given the right A&R (tapi bawah AESB/KRU I doubt). The rest? Possible, but seriously it takes a lot more effort than just 10 weeks to shape them.

So who knows... what is clear is - I say AF8 gagal. When I say AF8 failed - I don't mean Akademi Fantasia - just AF8. And when I say it failed - I mean programming wise. Post show talent? Left to be seen.

Tu je. Ok la... nak tutup buku AF8 yang hado. Hope music lovers continue to support our local industry kalao sesuatuh produk boleh dibanggakan. Don't be be bullied and guilted into buying a product or service, something of substandard quality. Know your rights, because blind buying doesn't help anyone but the people who put it out in the first place.

Ok... signing off.


PS - Yes, my Comments are moderated and auto ban on IP is still on. Tak kuasa balaci dan binatang yang masuk. Heh! Tough! Stupidity is not tolerated here, thank you.

Monday, May 24, 2010

AF8 -Siri Autopsi 2

Hah... hari ni lak kita nak tengok soal rating yang vast kebaboom yang dicanang.

Sebelom kita mulakan diskusi (matilah monolog sebenarnya), mai kita imbas kembali apa yang dikatakan. Roll VT! (macam betul jerk) Artikel dari mstar.
Kritikan Biar Adil - Norman

Hanya tinggal lapan peserta yang akan melangkah ke minggu seterusnya. Foto The Star. Oleh SHAARI CHE MAT

BIARPUN banyak kritikan dilemparkan di dalam blog-blog hiburan yang memberi persepsi buruk terhadap prestasi pelajar-pelajar Akademi Fantasi 8 (AF8), namun pengetuanya, Norman Abdul Halim mempunyai pandangan berbeza.

Menurutnya, persembahan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajarnya kini semakin meningkat berbanding minggu pertama, malah katanya, reaksi positif turut diterima daripada kaum bukan Melayu di luar.

"Saya tidak rasa prestasi mereka lemah, bagi saya pelajar-pelajar yang dianggap lemah juga semakin menunjukkan prestasi yang baik. Saya lihat kualiti mereka semakin meningkat.

"Katika saya berada di sebuah restoran, saya didatangi seorang lelaki bukan Melayu yang ingin mengucapkan tahniah dan menganggap persembahan pelajar-pelajar malam Sabtu kelmarin adalah yang terbaik.

"Persembahan pentas mereka lebih matang, seperti yang semua maklum, ini bukan pertandingan nyanyian semata-mata. Saya menganggap mereka seperti berlakon teater.

"Dalam satu masa mereka perlu menyanyi sambil melakukan gerakan-gerakan badan dan tarian yang telah diajar. Sedangkan baju mereka sendiri juga bukan pilihan mereka.

"Jadi, saya rasa tidak adil jika mereka terus dikritik terutamanya di blog-blog. Kritikan biarlah adil, saya rasa masyarakat luar masih ramai yang menyokong dan mempunyai pandangan positif," jelasnya.

Norman selaku pengetua AF8

Dalam pada itu, Norman turut memberitahu peningkatan terhadap penonton rancangan ini lebih 40 peratus berbanding AF7 lalu.

"Kita baru menerima maklumat bahawa peningkatan penonton melebihi 40 peratus berbanding musim lalu, ia menunjukkan AF8 masih mempunyai pengikut dan sokongan.

"Kita bukan nak lahirkan penyanyi tetapi penghibur, sekarang pun ada bekas pelajar yang telah tersingkir sedang merakamkan single mereka," jelasnya.

Sementara itu, dia turut mengakui Diari AF8 mempengaruhi tanggapan segelintir masyarakat terhadap pelajar-pelajar.

"Saya sedar ramai yang menonton Diari AF8 menganggap pelajar banyak main-main berbanding belajar, namun itu hanya drama. Di sebalik itu mereka belajar dengan bersungguh-sungguh.

"Kami tidak pernah main-main mengajar, namun masyarakat tidak nampak perkara itu, sebab ia tidak tunjuk di televisyen," katanya.

Tiada Penyingkiran, gimik AF8.

Kejutan yang sudah dijangka apabila tiada sebarang penyingkiran dilakukan pada minggu ke lima ini. Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, pihaknya sengaja merancang tidak mengadakan penyingkiran pada minggu ini bagi menampilkan kejutan terhadap AF8.

"Ia sudah menjadi sebahagian permainan kepada AF8 dan saya berharap keputusan ini akan meningkatkan mutu persembahan para pelajar untuk bersaing pada minggu seterusnya," ujarnya.

Seramai lapan pelajar lagi akan meneruskan perjuangan mereka iaitu Adira, Ain, Farina, Iwan, Daus, Maulana, Shahir dan Nad akan meneruskan perjuang


Abaikan semua statement yang tidak relevan, except for the one highlighted in bold red lettering yer. Tu yang kena pay attention.

40% tuh lebih dri AF7... gila hebatnya AF8.

But... 40% of what? Jumlah orang menonton wat minggu kelima tu? Or jumlah orang setakat tu? Atau jumlah peningkatan orang yang layan iklan Brands? Merasalah...

Sebab meka suka sangat bandingkan ngan AF7 - mai kita compare figures dari Arianna TV ratings system dari Nielsen. Ni tuk sembilan concert (tak termasuk final lagik)

Untuk AF8, here is the breakdown penonton (ni ikut sistem ek, bukan jiran aku yang wat kan)

AF8 AF7
Tirai Akademi Fantasia - 835,943
Konsert 1 - 803,598 Konsert 1 - 937,915
Konsert 2 - 810,478 Konsert 2 - 1,119,390
Konsert 3 - 748,816 Konsert 3 - 1,051,299
Konsert 4 - 639,156 Konsert 4 - 994,402
Konsert 5 - 679,768 Konsert 5 - 1,020,011
Konsert 6 - 617,260 Konsert 6 - 1,010,973
Konsert 7 - 590,012 Konsert 7 - 812,477
Konsert 8 - 729,095 Konsert 8 - 786,810
Konsert 9 - 733,556 Konsert 9 - 990,923

Mungkin aku tak pandai Matematik... tapi aku tak nampak pon peningkatan 40% yang dikatakan. Korang nampak ke?

Mereka tak berikan angka untuk jumlah penonton bagi konsert akhir, tapi aku dengar dalam lingkungan 1.1 juta orang. Konsert akhir AF7 pun 1.24 juta orang. Masih takde peningkatan 40% pun?

Aku diberitahu pihak Astro masa meka insist ni raw data... and lom dipecahkan. Merasalah... takkan nak kata menang 40% peningkatan dalam masa seminit bagai? Lagikpon, selama ni meka kuar statistik main suka ati pon. Tak penah nak transparent ngan penonton.

Penonton pun kekadang dipropah bagai kan? Bila kata ningkat caya buta-buta. Hype katanya... nak jual produk hype je lebih.

Minat data dan figures? Ni dari AF3 sampai AF8 - trivia nih. Mai tengok AF mana paling hambar. Sebab data tuk AF8 secara rasmi la kira aku dapat sampai ke minggu kesembilan, aku wat kesimpulan logik dari sembilan minggu musim lain.

By the way, channel share ni maksudnya peratusan tontonan pelanggan Astro ek ke atas program. Sebab sejak lepas AF2, melonjak berjuta subscriber Astro, nak ikut rating saja iaitu jumlah tontonan orang pun not fair kan? So nak dapat gambaran sebenar kita ada rating dan channel share.

Ni rumusan dapat aku wat. Based on data received.

AF8 (nilai dalam bracket is jumlah penonton/channel share)
Highest rating - (Tirai – 835,943/42.1%)
Lowest rating - (Konsert 7 – 590,012/35.8%)
Lowest channel share – (Konsert 6 – 617, 260/32.45)
Average – 798,632

AF7
Highest rating – (Konsert 2 – 1,1119,390/57.1%)
Lowest rating (Konsert 8 – 786,810/44.1%)
Lowest channel share – (Konsert 8 – 786,810/44.1%)
Average – 993,356
FINAL – 1,242,192 (57.9%)

AF6
Highest rating – (Konsert 3 - 1,382,188/66.8%)
Lowest rating – (Konsert 9 – 946,168/63.2%)
Lowest channel share – (Konsert 7 – 1,171,055/60.1%)
Average – 1,229,884

AF5
Highest rating – (Konsert 2 – 1,045,197/68.5%)
Lowest rating (Konsert 9 – 916,244/57.5%)
Lowest channel share – (Konsert 9 – 916,244/57.5%)
Average – 1,002,242

AF4
Highest rating – (Konsert 9 - 1,196,416/76.5%)
Lowest rating (Konsert 5 – 832,355/68.4%)
Lowest channel share – (Konsert 1 – 880,122/67.9%)
Average – 985,075

AF3
Highest rating – (Konsert 8 – 1,043,758/82.1%)
Lowest rating - (Konsert 1 – 603,680/73.3%)
Lowest channel share - (Konsert 1 – 603,680/73.3%)
Average – 851,086

Hah... tengok tu. Sehazab AF4 pon lebih tinggi. Seteruk AFUNDI AF6 pun ratings meletop. Sebusuk meka compare ngan AF7 pun kalah... so mana mai nya 40%? Persoalannya... apakah yang berjaya mengenai AF8.

Aku diam sejak minggu kelima sebab aku da katakan tunggu aku dapat official figure, walaopon masa tu kompang yang AF8 tinggi gila angka-angka.

Now you see?

Tunggu autopsi siri ketiga. Sementara tu, layan rumusan dalam The Malay Mail.

Sunday, May 23, 2010

AF8 -Siri Autopsi 1

Aku katakan autopsy selepas selesai because for me (and this is personal), AF8 died!

Forget post-mortem, aku katakan ni autopsi terus nak bedah siasat apa yang jadik.

But wait a minute!!! Bukan ke production yang hebat canang kata betapa berjayanya AF8! Tanpa concrete facts and figures. Tapi ada siap dalam laporan media kata 40% increase tu in penonton. Siap student dalam tu kata best ever!!!

Hold on a minute right there.

This was the scene that greeted us masa gi Stadium Putra. These pictures were taken at 8.15pm.



Dahlah arena nya seat memang kurang gila, spaced out - nak bagi ilusi ramai... walaopon...

And masaalahnya kenapa jam 8.15pm still camni? Sapa penah AF final sebelom sebelom ni tau la beza nya. Yang jenis nak mempertahankan without knowing tu - understandable akan meroyan je kang.

Anyway.. moving on - stage? Recycle! Xanadu tetap. Tapi tak nampak addition cuma side nya lampu angkat higher, and stakat sumbat screens here and there. Erm... tak rasa final pon kalao tengok set-up.

Production ingat ni Sehati Berdansa ke?

Ok ok... anyway the show ended. Kita ramai yang terpinga-pinga. What just happened. Erm.. no energy. Takpela... bak alasan paling hebat abad ni yang repeated ly diberi - IT'S SUBJECTIVE (kata kau....)

Apapon.. sebelom aku kemukan apa-apa bits and pieces I think semua peminat hardcore Akademi Fantasia should know - congrats pada bebudak. Tapi it's going to be... welll... let's going to be a very bumpy ride.

AF8 - is now officially - THE WORST musim dalam sejarah Akademi Fantasia. Sapa ikut walaopon beberapa minggu pon could have felt it. Sapa gi final lagik tau hazab celakanya perasaan kalao banding kemeriahan dulu (walaopon yang tak penah rasa tu bagaikan baru dapat sesuatu yang mewah katanya). What else? Tunggu je...

For now - let the figures do the talking.

Jumlah AFUNDI sepanjang AF8 yang konon sebegitu fabulous! Meningkat kah? Betul ke the best ever?

Mai kita recap. Ni jumlah AFUNDI musim-musim sebelum ni.

AF1 (4.5 juta)
AF2 (15 juta)
AF3 (10.9 juta)
AF4 (7.4 juta),
AF5 (6.6 juta)
AF6 (3.9 juta)
AF7 (5.5 juta)

Aiyo... haus gak AF6 kan... tapi kan AF6 rating antara paling tinggi, so offset la sikit kan kalao nak kata success. AF8 yang hebat tahap hampagas?

3.75 juta undian keseluruhan musim. Wow. Memang hebat! First dari belakang....

Tunggu next entry lak ye...

Wednesday, March 17, 2010

Raja Lawak

Firstly. Diari hari ni - erm.. lagu lagu tugasan akhirnya diumumkan.

Jap.. sebelom tu nak tanya sikit. Adakah aku sorang je rasa seperti kali ni melampau lak penjualan bebenda download ni - album bagai. Perlu ke nak download pic Jimmy ngan Mok the Monyet. Haduh... show ni cam iklan panjang lak da.

Anyway... ni senarai lagu tugasan and what I think's going to happen.

SHAHBengang (Akim)
Vocally ala ala mampu kot dia deliver, just don't expect too much. Visually - it's going to be quite a pain.

ALIF - Kau Aku (Aizat)
There goes my favourite song. Merasalah bakal berdarah telinga katanya sora gargantuan akan kedengaran lagik bila dia nyanyi.

SHAHIRKhatimah Cinta (6ixth Sense)
I don't think he's going to hit the notes and sebab mamat ni cam takde emosi ala ala Zombi Kampung Pisang, there goes another nice song in the karaoke session.

IWANHaven't Met You Yet (Micheal Buble)
Help! I'm sorry but mamat ni moka dan gaya Raja Lawak. Aduh... he's a good copycat though, no doubt. Mampu bak lagu... but don't expect him to bring anything new to it.

MAULANAExtravaganza (Bunkface)
Owh have mercy. Can someone tell these people INDIE is not a genre???? Berkali kali aku ulang tapi masih ada yang confident band indie la... lagu indie la... aduh... bangap sungguh. This is so salah.. nama Akademi yang deal with music but basic pon tak paham.

Indie - or independent - can be from any genre, baik rock ke pop ke, as it basically refers to the state of being INDEPENDENT from mainstream major producers. Ada paham?

Ertinya kalao Ramlah Ram esok wat album pop, tapi dia guna duit sendiri nak rakam album, dan edar sendiri album itu - dia pon INDIE. Paham?

Bunkface pon kalao da sign ngan major label, dan segala pembiayaan rakaman, edaran dan publisiti bagai di tanggung syarikat dan bukan diri sendiri - itu namanya dah BUKAN INDIE.

Bangap bin Atang sungguh la bila orang main throw about terms about indie ni tanpa paham. Geli ketiak aku. Takde muzik yang leh dikategorikan INDIE ok. Muzik from India ada...

Panjang lak meroyan. Anyway.. Maulana. Hado mampu nak rock it out. Doubt he can carry this song. He doesn't have the attitude to dan mesti poseur gila.

DAUSCari Jodoh (Wali)
Lagu yang sesuai ngan dia. Apa lagik dia mampu nyanyi? Bagi simple simple sing-a-long jer. Haussss.....!!!

AINHey Ladies (Rossa)
Poppy. No problem for her. I think sebab dia comfortable onstage and all, this song senang je dia tackle kalao dia tak overconfident.

FARINAPaparazzi (Lady Gaga)
Ni pon takde masaalah. Cuma, she has the ability to deliver vocally, tapi performance dia I hope the tenaga pengajar don't stifle her by asking her to do things a certain way - instead match it with her ability.

ANUMAku Tak Percaya Cinta (Liyana Jasmay)
Sungguh ketara dia tak suka lagu ni. Memang lagu ni susah (apa gelak... !!!! Heh!) Mampu? Ko rasa?

NADERT (Farah Asyikin)
I don't blame her for not liking this song as well. Good luck je la. Lagikpon bukan dia sodap sangat pon last concert.. so sesuai la ngan lagu.

EMAYang Terbaik (Marsha)
I think lagu ni sesuai ngan dia, and dia paling luckiest antara semua. Whether or not she takes it to heart, instead of nak cukup makan je will depend on how successful she manages to execute the song.

ADIRA – Bertamu Di Kalbu (Jaclyn Victor)
HELP! Tak confident aku langsung dia ngan lagu ni... too powerful for her and the song is so going to overshadow her.

Perlu ke lagu group tahap ni? Spend more time on solo jer. Tuh pon tak mampu camna.

Nak... layan Diari ari ni. Jimmy! Ko ting tong ke apa time recording? Sungguh! Jangan marah, Jimmy but you need a chill pill man. Too hyper dan sungguh very the bouncing of the walls ok cam sugar high. Chill a little.



Kowser la... some of these kids sungguh tak sesuai in the Akademi. I really wonder how selection was done.

Aku predict - some of them akan hilang lebih cepat dari zaman kehausan musim keempat dulu. Good luck je la ngan harapan palsu yang diberikan yang meka ni bakal bintang.

Eh dahla... ari ni short entry again. Aku nak abihkan keja. Esok ada sidang akhbar untuk AIM 17. Juga pelancaran album Bunkface baru. Dua-dua pada masa yang sama, tapi aku gi for AIM kot.

Updates later!

Tuesday, March 09, 2010

Menuju Puncak... or somewhere towards the peak at least

Ok... so the start of the day was pretty shitty - no thanks to the stupid ass event that was called The Biggest Loser Asia finale.

Dahla nak gi sana da sekian hal. Please note kebijaksanaan sapa entah yang pilih to do contruction on a very busy stretch on the LDP on a freaking Tuesday morning.

Will go on about that later (about program lahar tuh... not the traffic situation). Malas nak meroyan skang... kang banyak result bagai aku bagitau sebelom tayang kol 9 malam kang. Ala... tayang tuuuu... yang kononnya live bagai tapi sebenarnya rakaman hanjeng belaka. Nanti je la aku carot kenapa.

Abih event puaka tuh, aku gi pengenalan 12 pelajar untuk Akademi Fantasia musim ke lapan.

Nampaknya, benar ek tilikan aku. Heh... no komen. Sapa yang da baca whether in chat ke on my fan page ke column aku, da tau seminggu dua lepas kan?

Anyway kali ni aku rasa hampeh dot com sikit la suasana AF8. Tatau la... bak kata juri tertentu dulu, I deserve my comment (matilah aku!) Kita tunggu je betol ke tak janji produksi kononnya takde sekor pon tone deaf ek! baru start carotan panjang berjela.

Tak kuasa aku nak biodata penoh bagai so here it is.

Pelajar perempuan - empat orang dari Sabah (berlakon pengsan terkejut) dan adalah Nadiawati Ainul Basir (Ain) - 23, Dayang Nor Anum Arjuna Aharun (Anum) - 19, serta sepasang adik beradik (is this even realistic???) Erma Suhaimi - 21 (Ema) dan Siti Adira Suhaimi - 19 (Adira).

Selebihnya peserta perempuan, seorang dari Sarawak iaitu Zafarina Jamhari (Farina), 28, dan Nadia Emilia Roselan (Nad), 21. Nad ni dak Klang... budak kampung aku nih... awas la carotan lebih tiga bakul dari peserta lain kalao malukan kampung halaman kita yang traffic jam tiap pagi cam armageddon lahar itu.

Skang sila cuci mata atas wajah-wajah kaum Hawa dalam Akademi Fantasia musim kelapan.

Please note - HAVE SOME RESPECT for the owners of the copyright of these pictures. Credit should be given to Astro and Akademi Fantasia, dan jangan pandai-pandai watermark gambar-gambar ni ngan URL atau logo blog atau website korang yang nan hado. Honestly... that is infringement of the owners' rights. Beretika sikit ketika nak melayari Internet (ramai sangat bangsat pandai on PC tapi tak pandai baca kat luar tuh)

Ain
Anum
Ema
Adira
Farina
Nad

Bebudak laki reverse lak... as I revealed much earlier. Hanya seorang dari East Malaysia iaitu Muhd Shahril Firdaus El (Daus) - 22 dari Sarawak.

Ni sorang agik dak Klang iaitu Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein (Shah) 26. Harap awas ye... jangan malukan orang Klang.

Remainder are Muhammad Alif Kadim (Alif - berapa banyak Alif da nih... ni kedua dalam AF, pastuh keluar pakai nama Alif agik tambah pening la semua bersepah yang bernama Alif) - 18 dari Kuala Lumpur, Ahmad Shahir Zawawi (Shahir) - 21 dari Perak, Emirza Awan Zulazrin Chew (Iwan - panggil je Emi kan better... heh!) - 20 dari Negeri Sembilan dan Muhd Firdaus Maulana Mohamed (Maulana) - 22 dari Johor.

And here are how the boys look like.

Daus
Shah
Alif
Shahir
Iwan
Maulana

So are you guys convinced?

Buat kali pertama dalam aku ikut Akademi Fantasia sejak permulaan lagi di musim pertama... I am not in the least excited.

I like the Sarimah and Jimmy combination. Tapis selain itu, soal programming, cast list bebudak ni... langsung tak meyakinkan aku sebagai peminat that it will be... well.. interesting to watch.

In fact, I have this impending feeling of doom which I had masa AF4... only worse.

Apapon aku tanak komen lebih (walaopon rasa berbakul nak carot da - dan sebab aku tak terlibat tahun ni dan bebudak ni bukan student aku cam musim lepas, aku leh bagi teguran - abih la blog aku ni kena serang karats lagik pasni). To be fair, aku tunggu first show - tu pun kalao aku rasa nak gi sebab tak kuasa ada konsert pastuh results show lak feeling Idol. Aduh!!!!

Some people just don't understand what is sacred to Akademi Fantasia.

AF8 bermula dengan Tirai AF Sabtu ini 13 Mac 2010 at 9 pm di Astro Ria. Diari bermula the the following Monday pada jam 7.30 malam (solat Maghrib tak nih?).

Apapon kita wait and see je.


PS - Aku ada sorang kawan dalam Akademi antara bebudak ni, tapi memang sah takde bias. Tapi untuk elakkan binatang-binatang bakal menyerang aku diam kan sapa dan hanya akan bagitau ujung musim atau bila orang itu sudah tersingkir.

PPS - Kongsi sikit pendapat korang pasal bebudak ni dan programming. Nak tengok apa pendapat korang.

Monday, January 18, 2010

Tips ujibakat Akademi Fantasia 8


Sebab aku tak berapa sihat melangut kat dalam bilik je to nurse myself to health, I thought, hey, it's finally time nak wat tips ujibakat tuk mereka yang nak gi audition.

The tips will come in especially handy for those yang nak ke ujibakat di Sabah and Sarawak this coming weekend, serta ujibakat kat Kuala Lumpur the following week. Sapa nak gi tuh, please, please, please (ala ala lagu busuk gedik itu) read through this, and take note of what I have to share, compiled through my experience of things to do, or not to do.

Trust me, it will help you. Seandainya ko tak gi, pass la kat sesapa yang nak cuba nasib ok.

First of all take note. Here are necessary details yang korang wajib tau sebelom nak melangkah pergi pon.

Waktu pendaftaran :
9 pagi hingga 1 petang (sampai lagik awal, lagik cepat la ko masuk line tuh)

Sesi ujibakat :
9 pagi hingga 5 petang (tapi bersedia la tuk dok sampai tengah malam kalao ko lepas Stage 4)

Umur :
Antara 18 hingga 45 tahun pada 9 Januari 2010

Lokasi :
- Kuala Lumpur (9 & 10 Januari dan 30 & 31 Januari, 2010, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur

- Johor
16 & 17 Januari, 2010, The Zon, Johor Bahru, Johor

- Penang
16 & 17 Januari, 2010, Redbox Gurney, Plaza Gurney, Pulau Pinang

- Sabah
22, 23 & 24 Januari, 2010, Hotel Promenade, Kota Kinabalu

- Sarawak
23 & 24 Januari, 2010, Hotel Merdeka Palace, Kuching, Sarawak

- Kuala Lumpur
30 & 31 Januari, 2010, Stadium Nasional Bukit Jalil

Ingat... ni kira free consultation. Kalao ko lepas stage four because of this, let me know ok because it will be nice to know I've helped someone.

Ok... so let's start the Survival Guide To Akademi Fantasia - Tips Ujibakat kali nih ek. Ada part yang recycle dari advice sebelom ni, da yang fresh berdasarkan spesifikasi ujibakat nih.

CHECKLIST
Apa yang perlu dibawa/What you need to bring (merasalah siap translation takut ada yang tak paham maki aku lak) dan apa persiapan perlu dilakukan sebelum langkah ke ujibakat.

*Salinan fotostat kad pengenalan (kalao ko takde kad pengenalan, please note penyertaan tuk warganegara Malaysia). Kalao ko ilang IC takde nak wat salinan, bak ler sijil beranak atau paspot dan salinan skali ek. Kalau leh pakai, ok lar tuh. Tapi make sure tuh last kopek.

*Bawa DUA keping gambar berukuran 4R. Kalau leh pepandai ler pastikan pic tuh bukan ko tengah pakai kostum badut ker haper la. Moka ko yang meka nak tengokl

*Pastikan ko berumur antara 18 dan 45 tahun pada 9 Jan 2010.

*Bak makanan/minuman tuk bertahan sekiranya anda takde 'runner' nak belikan atau lokasi uibakat jauh dari memana nak bungkus.

*Kalau leh bak ler CD player (gedabak sangat... baik lagik ada phone ke MP3 player) ker haper tuk latih lagu ko nak persembahkan time bosan nunggu. Practise makes perfect
.
*Bring salinan baju just in case ko audition lambat. Kang pakai cantik cantik kena hujan time nunggu ke basah kuyup ngan peluh, naya jerk masuk ujibakat ropa cam haper.

*Girls, bring make up nak touch up dan kelengkapan dandanan, tapi jangan sampai berat terlampau barang diangkut. Essentials or things you MUST have include lipstick or gloss, loose powder and whatever necessary just nak elak moka cam kuali leh goreng telor kalao panas (those sweat absorbing thingies and a brush would complete the list).
Boys, a comb would be nice, and a handkerchief nak wipe down that oily face. Boys especially, sila pastikan anda MANDI ek... sebab sebelom ni ada rempit yang nak ujibakat, satu bilik leh bau!!! Add a deodorant or perfume, sebab pas tunggu lama lama bau leh cam ikan kering ok.

*Makcik atau pakcik yang berumur yang nak audition tahun nih, bak ler Power Root ke vitamin skali ek, supaya leh keep up energy.

*Leave your attitude behind. Jangan nak mengarut nak marah marah tunggu lama ker haper ker... masok ujibakat moka cam cuka. Not very appealing. Kalao ko takleh tunggu, tak larat atau rasa ko superstar sangat tak patut ko tunggu berejam - just GO HOME!

*Pastikan kalao ko tompang family ke haper, jangan bagik meka tunggu sebab mungkin seharian ko lepak tempat ujibakat nunggu giliran. Tell them you'll call them, or go for auditons in a group di mana ada yang ada transport.

Now that you have the necessary, ni refresher apa yang anda akan lalui. Here are the usual peringkat peringkat ujibakat yang anda akan lalui.

Stage 1
Peringkat ni simple...dan confirm ramai yang lepas kecuali memang bangap melampau tatau nak tulis nama! Even that you can probably get someone to write for you. Dulu leh print out borang, skang takde.

Website Akademi Fantasia pon tak update.


Segala dokumentasi diri diberikan pada penyelia ujibakat and TADAA!!!!! You're past Stage 1!!!


Hah...kan senang...


Stage 2
Here's where it gets tricky.

Peringkat kedua....


Disini, vocal, presence dan kebolehan memberikan persembahan yang menarik secara keseluruhan penting. Juga tak dilupakan kebolehan nyanyi ikut music ek.


Ni nak test sapa tone deaf ke takde ritma.


Tapi kalau anda mampu membuktikan anda mempunya vocal yang bukan sahaja menarik dari segi tone suara, tapi juga kebolehan basic mengawal pitching dan tempo...dan TAK SUMBANG, then you're in. Kira very basic requirements.

Pada mereka yang serious, sila sediakan pilihan lagu sendiri selain lagu dalam senarai ujibakat kalau-kalau pengadil mahu mendengar sesuatu kelainan dari anda untuk lebih menilai your vocals secara acapella, atau tanpa music, untuk lebih meyakinkan mereka.

Please prepare at least between 5 to 10 songs. Kata nak jadi penyanyi... mesti dalam pala tuh banyak lagu yang korang slalu layan kan? So kalao orang mintak nyanyi lagu lain - kena be able to switch fast. Show you are prepared!

Please take this stage seriously sebab aku perasan ramai yang main-main jer time ni. Takkan untuk tak sampai seminit dua takleh wat preparation betul-betul kan?


Sila ingat video yang diamik tu bukan setakat tayangan kat @15 tau, tapi akan digunakan untuk penilaian juri kemudia kalau anda lepas stage 4 untuk decide whether or not anda akan jadi pelajar Akademi Fantasia pas masuk shortlist.


Stage 3
If you've made it this far, congratulations. It means there is something about your voice that people do bother with, and you're more than just penyanyi tepi longkang bertemankan kapok.

Cabaran seterusnya diadili lebih mendalam.


Peringkat ni melibatkan interview untuk discover your personality. Peringkat ni, selain dari tu, anda mungkin diminta menyanyi lagi, ataupun menari untuk menyakinkan juri anda layak.

Seperti mana stage 2, please note that sesi ni juga divideokan, walaupun bukan untuk tayangan, tapi untuk tontonan juri sebagai sebahagian proses evaluasi.

Please be interesting. And honest. Be true to yourself.


Aku penah tengok orang yang da letih nunggu time ni bagik alasan memacam for their boring appearance. Don't. Be prepared. Kalau nih pon tak tahan, merasalah ko feeling nak masuk Akademi Fantasia.

Pada yang pompuan - jangan gedik, ke malu ke.. kena lempang 50 kali la je moka ko layak camtuh. Pada yang jantan, jangan feeling poyo atau control macho. Memang hancur jawabnya.

The important thing is - dan ingat ni betul betul ye... BE YOURSELF! Tonjolkan diri anda yang sebenar. Every last bit of you. Maybe someone will find it interesting, no matter how boring what you think you have is.

Stage 4
Semakin ler cerah masa depan anda (sial jer statement ni... cerah ke?) kalao da sampai peringkat ni kerana anda telah dishortlistkan.

Kalau ikutkan tahun tahun sebelom ni, lebih kurang seratus hingga dua ratus orang dari beribu yang sampai ketahap ni.


Pada mereka yang lepas stage 3....samaada anda akan diberitahu...terima kasih...apa apa nanti we call you...dan ditunjuk pintu keluar (in other words, get lost, you suck)...ataupun anda akan mendapat borang (meaning we have to find out if you suck after further evaluation and may still tell you to get lost)


Mengisi borang tu adalah peringkat seterusnya. Jangan perlekehkan peringkat ni walaupun nampak simple.


Apa yang anda isi dalam borang tu, akan memainkan peranan juga dalam bab pemilihan.


And then what? Kalau anda da berjaya sampai tahap isi borang...the only thing you can do is wait, and hopefully, the sessions videotaped will have something that will yakinkan para juri anda layak menjadi pelajar Akademi Fantasia.

Untuk membantu korang...ni aku wat guide tuk korang supaya korang lebih bersedia menghadapi ujibakat. Print this out this page if you have to and bawa sekali untuk ujibakat..

This will really help you...so laugh if you must, but take it seriously if you are going for the audition.

PS - The above audition routine is standard Akademi Fantasia routine - mungkin ada perubahan minima. Tapi kalao anda bersedia, takde hal punya la.

The do's and don't of auditioning for Akademi Fantasia.
*Pastikan you're dressed to be impressed. Tapi takyah terlampau fashionable, sebab kalao packaging meletop tapi isi tarak pun tak guna. It's only one of the ingredients...looking good... Dress to impress, but don't overdo it. Make sure you look as good as you sound (a lot of people listen to this, as far as I can see sebab ramai yang look as bad as they sound).

Choose a look that goes with your personality, tapi pastikan pada masa yang sama anda selesa, ok, as the audition process could take very long. Kalau baju ke seluar baru, kang gatal-gatal ke tak selesa lak kang...but it's always worth investing in doing something to your hair, like getting a cut.

Guys, pastikan jangan rupa serabai especially rempits (atau gel sampai cam tiga kilo) while girls...don't look like hookers (no one listens to me on this}...atau make up nak kalahkan opera Cina.

Like I said, preparations help. Kalau anda bukan antara batch yang awal, you may have to wait for up to 12 hours, based on my experience. So observe these helpful tips nak senangkan diri korang sendiri..

*Tunjukkan minat anda. You're one of thousands, dan naya je bukak mulot je, juri da kata tima kasih leh cuba tahun depan. Jangan terlampau bodek...kang nampak bodoh lak bakat tak sampai tapi yer yer nak butter up the judges. It will NOT work...trust me. Say what is necessary while maintaining an honest representation of yourself. Jangan lak nak tipu ngan berlakon menjadi something else nak impress. They WILL know.

Professionals can see through your acting. I mean it. Dan control your nervousness. Jangan membebel atau meracau. Taking a breath before you say anything. It'll calm you down. No chewing gum ke apa apa. Nampak kurang ajor da.

And jangan jawab sepatah bila disoal. That's just irritating. Also look interested as you should be.

*Anda tidak akan didiskriminasikan. So be comfortable in who you are, and how you are. Faking it will not help. So you have nothing to lose.

So jangan ingat ada apa pun pasal diri anda yang akan menjadi bahan tuk juri memandang serong at you. As long as you're decent in every way, you'll get the same respect from the judges.

*Panik? Buang masa...baik takyah audition. Pada yang beragama Islam...erm...tauler what you have to do kan. Yang other religions pun can say a short prayer before you start. Calm yourself down, and jangan stress. Fokuskan your energy of being afraid into preparing yourself.

Jangan torture diri sendiri. Kalau anda cukup bersedia, anda takkan menghadapi sebarang masaalah, so kenapa nak risau?

*Bayangkan kenapa anda audition in the first place. Kalao ko takde sebab...padan muka ler. Kalao ko cuba nasib sebab yakin anda ada bakat...then you will have no problems. Focus on making it.

Maintain keyakinan anda dan sentiasa pastikan diri anda tenang, supaya tak affect persembahan anda. Pastikan ada keseimbangan dalam personalii dan suara anda. Don't let one outshadow the other.

*Pilih lagu yang sesuai untuk anda. INI TERAMAT PENTING! Jangan pilih lagu yang anda minati saja. Pilih lagu yang bersesuaian ngan suara anda. Juga yang mampu anda persembahkan tanpa sora ke laut, tiba kat pulau, dan berenang balik ke daratan.

Interpretasi adalah penting. Jangan nak fotostat lak! Tak guna kalao lenggok sebijik nak ikut CD. Wat pe? Kalau anda klon terhebat sekalipun, peluang anda immediately kurang da.

*Kalau suara power, jangan lak sampai menjerit nak robohkan lokasi ujibakat. Impress with your vocals, tapi jangan sampai berserabut sehingga melody pun da takde. Pada mereka yang tak mampu, jangan ler nak melalak. Suara yang kuat, lantang atau nada tinggi tak semestinya sedap!

Banyak lagi faktor yang menjadi pertikaian. Show what you have....but remember...don't overdo it...dan ikut kemampuan...

*Paham tak apa tu emosi? Kalau bak lagu sedih, jangan sengih cam kerang busuk! If it's an upbeat song you're singing, look happy, have some energy. If you're crooning a love ballad, do it with feeling so you embody the words coming out of your mouth.

Kalau tak mampu nak hiburkan setakat dua anggota juri dan teman teman seperjuangan...camna nak menghiburkan Malaysia?

*Body language is important too. Jangan lak tengah nyanyi tu, tangan tergantung cam mayat je...ataupun nak wat aksi garu tempat tak patut. Choreography is not just about dancing.

You already chose your song awal-awal. Jadi persembahan anda dari segi gerakan anda patut dirancang juga supaya ko tak dok setempat sambil tenung spotlight, ataupun jalan kehulu hilir nak merentas desa sebab gementar tatau nak wat apa. Practise depan cermin.

*Be honest. The judges want to see you! Bukan lakonan semula video clip mana ko tengok yang ko nak over-over lak nak tiru. Feel the song and concentrate on delivering it.

*Dalam menunggu giliran (kecuali nasib ko ler jadik yang first) sembang ngan teman-teman sekeliling. Find out what they're singing. Pastu, kalao ada yang nyanyi lagu sama, compare notes. Mana tau, ada idea ko leh curi sana sini to adapt to your presentation.

*Your attitude is important. Samaada ko leh wat perangai yang elok, dan memikat hati juri, atau wat perangai yang bagi orang meluat atau menyampah dimana juri akan terus mintak ko berambos!

Lack of confidence is another thing yang sering menjadi penyebab kegagalan. Yakin pada diri anda dan kebolehan anda (masaalahnya ada lak yang terlebih confidence tapi kekurangan bakat!)

*Pada saat anda akan membuat persembahan, cari sesuatu dalam diri anda sebagai motivasi!

*Don't let anything or anyone intimidate you. Kalau takut sebab tak penah nyanyi pakai mic ke apa, buat-buat je cam ko kat karaoke (tapi nyanyi jangan ler camtuh...style sambil lewa!) Kalau takut judges...wat pe...meka bukan nak marah ke nak gigit ke.

Kalao ada contestant yang ko dengar sora power, so what? Rilek and do your best. The best voice is not the only thing necessary and just think that the person might not have something you do. Silap haribulan ko kagumi orang tuh, bukan dia yang masuk tapi ko.

*Ini adalah rancangan televisyen. X-factor adalah penting. Find out what is yours, or if it is too late, confidence will be enough to fake it for the moment.

*Your best-selling point has to be something in you. And if you try too hard it will always work against you. You want to be yourself, but at the same time, you want to have something that distinguishes you from someone else. Jangan jadi sesiapa kecuali diri anda sendiri. Be yourself.

*Which brings us to...be honest. AGAIN. Jangan nak kelentong kata pandai wat lenggok asli ke R&B kalau it's not your thing. Admit your kelemahan so the judges know and you don't make a fool out of yourself. Dan educate yourself ok...kata R&B tapi sound pun asli...kena gelak kang...

*Be patient. Kalao ko ingat dok 12 jam baru dapat nyanyi 30 saat stressful sangat...dok rumah je ek. Ramai lagi sanggup. Jangan terbawak your impatience or your unwillingness tuk bersabar into the audition. It makes you look really ugly. Lagipun kalao ko ingat tension dok tunggu berejam...bayangkan ler pening dan stressful nya tuk juri nak layan lalakan meka yang pekak badak!

*Kalau anda mempunyai banyak masa, jangan habiskannya ngan melalak. Practise is fine. Tapi aku perhatikan yang datang satu group mai lalak tak abih-abih...tapi masuk studio ilang sora. Ko datang tuk ujibakat...bukan sesi jamming. So try conserving a little energy, enthusiasm and voice ek for the audition.

*Jangan skali wat alasan tuk your lack of ability to sing. It turns the judges off. Alasan paling original aku dengar dari one of the judges yang told by one of those yang ujibakat, "Saya takleh nyanyi sebab da malam. Saya malam memang takde sora." Kepala hotak ko!

*I cannot stress enough the need to be confident! Tapi...kekadang...untuk sesetengah yang aku tengok....aku kena gak cakap...jangan lak overconfident!!!

*Have fun! That's the first thing before you can have confidence, and also the much needed ingradient that will make you look more like a pro (doesn't make you sound like a pro, but at least it won't affect your voice if you're nervous)

Ini lagu-lagu WAJIB. Make sure you know at least one of the songs. A minimum ability to perform TWO would be better to be more prepared.

Wanita
1. Gagap – Stacey
2. Jika Kau Ubah Fikiran – Mila
3. Tak Mungkin Kerana Sayang – Alyah
4. Dan Sebenarnya – Yuna
5. Di Taman Teman – Siti Nurhaliza
6. When You’re Gone – Avril Lavinge

Lelaki :
1. Situasi – Bunkface
2. Hujan – Sudirman
3. Ada Untukmu – Nubhan
4. Berdendang Dalam Tangisan – Jamal Abdillah
5. Fikirlah – Aizat
6. I’m Yours – Jason Mraz

Girls, if you want to dazzly, Gagap would be good. Sebab tak ramai orang bak nih kat ujibakat. BUT, pastikan you have the vocal ability and stamina and natural ability to dance to the song (bukan mengeliat cam cacing kena simbah air garam sebaldi). OR When You're Gone, and then nyanyi Di Taman Teman nak tayang your versatility gituh.

Boys, it's all fair game.

Apapon lagu pilihan - please... PLEASE make sure you can sing it. If you suck, then you just wasted 15 minutes reading this sebab I'm no miracle worker and this guide wouldn't help you either.

Sekian... hope you guys have fun. Ada pada semua yang akan ujibakat di Sarawak, aku jumpa korang kat sana! I will be departing from Kuala Lumpur on Saturday night, so by Sunday morning aku da ada kat sana. Orang Sarawak gak will be in for something special cause I'm bringing a camera crew along. Untuk apa?

Join up my Fan Page at Facebook and I'll be telling you more in time.

Until then... have fun preparing for the last two weeks of audition.

Monday, December 28, 2009

Dozing off

Alamak, baru terjaga pas koma sejak dari petang tadi. Ngantuk sangat pas balik dari TV9. Pening punya pening, terus tumbang and went to sleep walaopon try nak control.

Ni just woke up, nak dinner makan sikit jap, rehat bagi digest, and then nak KO balik sebab esok nak jalankan resolusi tahun baru (practise run lagik ni) yang pertama dan kedua. Which is firstly, wake up early and work out in the allotted time frame (very the hidup cara sihat) and secondly nak get to the office early like any normal drone. Matilah... drone katanya.

Besides, esok ada something interesting. Tomorrow ada sidang media pengumuman ujibakat Akademi Fantasia 8.

Hah... kan da kata it was coming. So sapa nak audition kang, bersedia. Time to pull out my yearly tips to share.


Sapa nak ujibakat kang, good luck. Esok aku post full details sini ok. Along with some other details about this season.

Also, Anugerah Juara Lagu preparations are under way. Nanti story sikit pasal tuh gak kang.

Ok.. time to call it a night.


PS - Sedang nak tido dapat panggilan dengan gosip panas! Mungkinkah? Esok nak calling nak dapat story lebih. Kalau betul memang BUSUK!

Tuesday, September 15, 2009

Decisions...

First pada yang minat Sehati Berdansa. Semalam buka puasa kat Bijan kat Jalan Ceylon (malas amik pic). Ada acara mengumumkan sapa bakal mengacarakan Sehati Berdansa musim ketiga.

You know the hype and all that of the show and sapa akan gantikan Linda Onn kan? No surprise, seperti dijangka, Scha Alyahya akan step in and fill Linda's shoes untuk host the program along with Fahrin Ahmad dan Awal Ashaari.



So skang tunggu je meka umum sapa pasangan-pasangan yang akan ambil bahagian.

Anyway, pas berbuka tadi rush balik nak siapkan ada keja tertangguh sikit. Need a clear mind. Stressed sebab ada client belum settle payment walaopon Raya da dekat. Feel bad cause I so want to pay some of my subs awal as a Raya bonus. Nak wat camna.. ni la kalau deal ngan corporate bodies. Sabau jer la...

About 3 pagik tadi gi lepak rumah Ed, dak junior aku masa skolah yang aku jumpa balik (haven't met for years until serempak shooting Jalan Lama hari tu). Biasalah... nak berguru ngan dia pasal special effect. For those of you yang tengok my Halloween outfit last year aku wat DIY nya effect, that's pretty close to professional treatment da... cuma nak betulkan teknik sikit. Tak sabar Halloween ni aku da ada idea aku nak wat pe da.

Yang pentingnya, si Ed ni gi London nak study all this, so not only aku dapat curi sikit ilmu dia... yang pentingnya... dia ada complete box set Little Britain!!! If you guys haven't watched this, you should.



Hilarious! Sebenarnya aku da ada pun DVD rips of the UK punya three seasons, the Christmas special in Little Britain abroad and the special Comic Relief episode - so kira aku nya koleksi da complete.

But tamakkan DVD commentary and extra bits sebab aku nya ada yang missing some of that, PLUS Ed had the Comic Relif LIVE show. Aiyo! Lengkap! (balasannya aku pass kat dia my one season of US series Little Britain and the special Comic Relief episode)

Owh by the way.. lari topik sikit. What do you guys think... aku selama ni blogging dari laptop yang aku beli beberapa tahun lepas. My trusty HP Compaq Armada. Which I have to say is still working without much problems.

But aku dapat lobang tuk dapat a new 'toy' which is also for me an investment. What do you think? Should I?



Now... aku ni bukan peminat Mac, but I have to admit Mac ni lebih superior la performance dia dari PC. Especially kalao nak edit benda alah yang memberatkan seperti gambar ke, music ke, video ke...

And unlike some people I know, aku bukan nak Mac sebab status symbol (walaopon BUTA IT dan hanya nak TAYANG ada Mac - merasalah ramai terasa) tapi tuk flexibility kerja.

So the question now is, do I get a Macbook? Or a Macbook Pro? Should I settle for something like 13 inches, or go all the way for a not very mobile 17 inches yang gargantuan tapi puas hati?

Aku tunggu pas Raya dapat specs penuh dari supplier dengan harga 'discount'. Tak sabar... until then, I have a week or so to make up my mind. Let me know guys.... what do you think?

Be updating later... from my PC.


PS - Watched the MTV VMAs. Janet and Madonna... I love you! Taylor Swift, sorry gurl over what happened (walaopon tak minat ko) and Kanye West - ko memang pukimak sial yang kurang ajar. Totally fucked in the head! Artis camni takyah la wat show kat Malaysia lagi... geli.

Thursday, August 27, 2009

Pay day!

Today was a good day!

Pay day! It's been a year plus since dapat regular pay cheque susah nak percaya. Back to makan gaji! Sort of... since I still have my own outfit to run. So, this is like the basics, and the rest I earn is more of loose change (and for the folks, as well as savings and a little extra shopping)

But apart from that, hari ni berbuka kat event Astro.

Majlis untuk unveil the programming by Astro channels for the Raya period. Banyak wo! Some kelakar tak kena.. but some really good.

Ni some pics of the event. Sapa nak lepas rindu kat Mawi dan Datuk Siti Nurhaliza sebab da lama aku tak update about them, here they are, along with some other pics I snapped.

The best part was bumping into kak Nita and hubby abang Mahathir sebab da lama tak jumpa meka. They make me feel so good because they always talk about my column. Bangga la ada diva cam dia ni, puji hasil kerja. Anyway, had a good chin wag with them, and the rest was more to santai.

Memula nak disaster sikit sebab the outdoor event tu kena pindah indoors sebab hujan. Ada orang lupa ke nak upah khidmat bomoh hujan? But all in all - despite the cramped conditions and all - it was fun still.

Farid looks better clean shaven


Hah... tuh dia... kak Nita dan abang Mahathir pon dok bersila ok!


Datuk Siti - sweet as always


Ketika bergambar kenangan bersama anak-anak yatim yang turut hadir kat majlis tu


Ekin dan Aien


Sedondon... haru biru! Eh... serba biru!


Marsha pon ada


Ada la spoil mood sikit bila serempak binatang sekoq ni yang keja kuli kat Astro ni. Dia ni dari penah keja sekali ngan dia da memang rasa nak bagi makan tapak kaki da.

Berangan je lebih keja tak penah vast. Anyway, to cut a long story short... hari tu, lepas shooting AF Raya di Melaka, ada gosip keluar kat Harian Metro.

Walaopon aku takde kena mengena, biasalah... aku la jadik prime suspect. Sabar je lah...

Aku tak kisah la sebab aku selama ni kunci mulut kalao aku dok kat dalam ketika Akademi Fantasia, so sebab takde rasa feeling of guilt, ada aku kisah? Kan! So aku pon tak kisah kalao orang nak tuduh ke fitnah.

Tapi yang aku sakit hati, binatang tuh ni dok perli aku. Aku wat bodoh je lah. Benda camni kang melayan lagik menjadi. Batal niat posa seharian. Eh... erm... anyway, I think some people kan, seriously threatened by me, sampai they just find it easier to bitch than try and improve themselves.

Oh whatever... dalam hidup ni, berkali kali aku jumpa da orang camni. Wat bodoh je... kita keja keras dengan ikhlas, God willing, adalah hasilnya. Besides, as I always say, karma will take its course.

Wat baik ngan orang pun camni.. huh.

Anyways, lepak sampai tengah malam tuh! Da habis event layan kuih muih borak ngan Aishah, Chi dan Metra. Ngumpat.. eh.. berborak je keja. Tak lupa kak Izan pon join. Merasalah dia kena carot je. Heh! Ampun kak Izan!

Eh ok la... nak tidor!

Esok ke lusa aku upload performance Siti dan Faizal Tahir. Besh woo!!!!! Malas nak transfer, convert, edit dan upload skang. Soon... tunggu!!!

Saturday, May 16, 2009

Goodbye Diari 2009




So the last day has come about. Sedih gila actually semalam. Mana taknya, setelah sepuluh minggu berkampung, it was time to pack up and leave for the final Konsert.

It's almost the end, and it's curtains for musim ketujuh after the results tonight.

Dalam sedih kerana Diari tamat, ada kesedihan lain... tapi nanti je la kalao perlu cita, baru I tell you guys about something that happened. Banyak sangat benda sedih tak guna pon. Just for seorang kawan yang begitu tabah menghadapi keadaan sepuluh minggu kerja, walaopon memacam dugaan, be strong, and I know you're stronger than anyone gives you credit for. You're a true professional, and someone yang deserve so much better.

Balik Diari... after the last shots were acquired, memang it was a bittersweet moment when it came time for the last time to hear the words, "It's a wrap!"

And the eleven cameras went off, leaving blue screens and colour bar dan test signals came on. Time tuh baru it hit home for everyone that, fifty episodes of Diari had come to an end.

"And that's a wrap!!!"


And it comes to an end


The cakes come out


And it's farewell to the workspace... where the lives of 14 kids have dominated our 10 weeks like yours


Tapi it didn't end there. Semua tunggu wrap lak tuk shooting host links for Sarimah tuk Diari, which would close the day's session before we move out to the Konsert.

Pas da shoot the last scene, meka radioed in ada benda tak kena. Konon Sarimah kena rakam balik. Without her suspecting semua da komplot. Dalam diam semua berkumpul luar studio Diari... and surprise! It was snow in May!

If you guys tengok Diari kat atas, you'll see how Sarimah kena. I'll also upload a video on Youtube on how dia kena. Heh!

Everyone plotting


Snow!


In tears


Farid ngan aku record the moment


Everyone takes turns for one for the album


And so it was officially over as Diari was concerned.

Yeap.. penat lelah sepuluh minggu, it was all worth it. And to cap it off, everyone in production then naik ke Akademi, dan diperkenalkan kepada tenaga produksi.

I think the kids terkejut sebab ramai sangat yang bertugas at one go. Believe it or not, there is no less than 30 people working on the show at any given time. And I think the kids were taken aback yang ramai sangat berjaga dengan mereka when all this time they think they were alone, save for a handful of people. And I think they were pretty sad too at it all ending...

When it was all over, aku nak sangat balik tidur. Mana taknya...

Bayangkan I had not slept dari sound check malam sebelum. Abih 1 lebih pagi, I spent some time planning with friends for today, and sampai umah pon da 5 lebih pagi.

From there, tak tido sebab nak ke Akademi awal sebab last day... until this point.

Pas abih about 2pm smalam kat Akademi, gerak ke Astro untuk rakaman Diari EXT episod akhir at 5pm. Sempat la curi 1/2 jam tidur dalam kereta.

Da abih tuh lak, at 8pm, atas jemputan Cham, ke studio Era ngan dia dan Rey to talk about Konsert Akhir Akademi Fantasia. About an hour later when we were done, gerak lak ke Stadium Putra Bukit Jalil for the rehearsals sekaligus layan bebudak Gafim dan Aril Lovers yang da rancak wat persiapan tuk booths meka kat tapak Stadium.



Finished about 3 or 4 am. Keletihan nak mampos. Sempat curi dua jam tido, then rajinkan diri update.

It's hectic today. Aku kena kuar awal nak get lots of stuff, and then have to be at the Stadium by lunch or so nak layan semua kelab peminat. These people, all the fan clubs never cease to amaze me with their dedication. Ni la jenis peminat yang bukan stok air liur je, fanatik kompang je lebih anonymously, but put their money where their mouth is, spending their own time and resources to promote their favourites.

Tukang komen lebih sini dari stok fanatik, tak perlu la masuk sini kalao nampak keburukan je ye. Hakikatnya semua tuduhan korang dua tiga kerat tuh yang sememangnya yang bias takleh tima kenyataan orang lain punya hak tuk pendapat.

Pathetic.

Whatever it is, idiots aside, it's going to be great. Aku ada banyak pics bebudak punya last day kat Akademi, but we keep that for later. By the way... tonight, behave people! You reflect the kid you champion, so let's all have fun and not allow beberapa orang batu api to get the better of us.

Malam ni pas Konsert, I will try and update as soon as possible, but it's definitely going to be late. Pics, pics and more pics. Of the last day kat Akademi, of the concert, of the behind the scenes...

And hari Ahad, sambil semua da tak betui tak cukup tido, we have kenduri kat Akademi where the kids will officially be handed over to their families. More pics of that too.



And then hopefully life returns to normal... well, normal as it can be...

See you guys at the Stadium hari nih! And remember AFUNDI!!!


PS - Peratusan akhir kat Diari tadi - Hafiz 35%, Yazid 22%, Aril 22%, Akim 12% dan Isma 9%. Tapi peratusan ni pas Diari sekali lagi da berubah. Some peratusan turun dan ada kedudukan pelajar da berubah. So keep voting guys sapa pon korang sokong. Sebab that's the only way to make a difference.

Wednesday, April 01, 2009

The ring




Hambik ko! Sehari lambat update... mengada berterusan lak perangai aku menjadik-jadik teros aku lambat nak update kan. Cam kesial aku ni bila da kena penyakit malas update cepat.

Sebenarnya smalam lepak besh sangat. Anggota KEPITA berkongsi cerita la ngan Obri kongsi pengalaman, and hopefully to give guidance sikit. Yerlah... walaopon da terkuar Akademi, aku tetap anggap anak didik. Merasalah katanya after sales service. Kalao Adila dan Rini ada skali besh, tapi al malkumlah, kita ni pree time yang tak senonoh tengah malam. Takkan la nak ajak anak dara orang kuar time tuh.

Akibatnya aku sendiri hari nih tak betui jadiknya nak keja. Heh.. ngantuk. Tapi takpe. Masih mampu katanya.

Hari ni ada tamu mai Akademi. Korang tengok je Diari esok nak tau sapa. Aku takde time tuh. Eh jap. Penghujung Diari malam ni pun da tunjuk! AmySearch masuk Akademi.... merasalah!

Aku pun bak tamu, tapi takleh bagitau sapa... and mungkin tak penting pun sebab korang tak dapat tengok. Heh... tapi tuk bantu bebudak in terms of pengalaman, as well as memberikan pertolongan apa yang patut untuk membantu vocal. Eloknya, time tuh pun Cikgu Syafie wat extra class, so gabung je lah.

Lagikpon aku hari ni nak one on one evaluation for their weakness and strengths, so lebih focused sikit dari general analysis of their abilities bab berkomunikasi nih. So bergilir sorang sorang kena 'dera'... sampai ada yang drama kuar je sesi aku ngan moka nak nangis. Amik penderaan kaw punya. Nih baru realiti... hopefully bila da berdepan ngan my former colleagues from the Press kang, they will be able to carry themselves well enough to make me proud.

Sebenarnya, aku da pun bangga sebab majoriti bebudak Akademi Fantasia kali nih nampak media savvy. Mungkin ada sorang dua jerk yang bebetul kekok time nak berhadapan media.

But God willing, they'll get over their weaknesses fast.

Ada student lak mintak nasihat pasal soal confidence, body language, facial expression.... the very things that are so important in the art of an interview. Ada yang mintak aku 'jawapan' bocor. How I would face certain questions... sensitive ones. And I can see some of them digging deeper to understand themselves, to learn how to answer, and not just fake it. Syukur!

Overall, today's class yang memeningkan sebab extend sampai TIGA JAM, memang best. Sedih lah sikit sebab da rasa kekurangan da tinggal 11 orang.

I can see some of them taking what I teach them seriously. Ulangkaji some notes they took down from first class pon, ada nampaknya bukan je ingat, siap da melatih diri sendiri to know by heart.

I am very proud of kids like this. Bersungguh meka.

Apapon... ada yang da sendiri janjikan aku perubahan... dan ada yang da mula mendedahkan diri meka yang sebenar to reveal things I think people will see in the Diari soon about themselves.

The thing is, the kids skang paham, soal perception. How what you might be, and what people might think of you, as two very differing things.

Abih kelas, memang letih, tapi sempat gi makan kat Shah Alam, and then jenjalan Uptown sat lawat member wat magic aku. Lama da tak main magic nih. Karat! Kena berlatih balik la. Tambah lagik ada bebenda trick baru besh nih. Damn! I would kill for more time now.

Rini call borak, then gayut ngan Obri sat.

Sampai balik rumah, sedar that it was April Fool's Day. Merasalah tahun ni tak hengat pun sebab takde orang play a trick on me or anything. So this year, pass like that jerk. No loss...

Ok guys... I promise sehari dua nih more pics and stuff. Semalam sibuk borak tak sempat amik. Hari ni lak time pass gituh je tak sempat amik. I promise rajinkan diri update blog ngan lebih bahan ok pasnih.

Apapon... aku nak tido skang. Tak larat....


PS - Happy tak korang isu Hafiz dan Akim dah settle? Small matter jerk!