Showing posts with label fizz fairuz. Show all posts
Showing posts with label fizz fairuz. Show all posts

Monday, August 27, 2012

Raya Raya Raya

Oleh kerana aku masuk raya saja demam hari tu... memang tak lah aku nak beraya ke rumah orang. Jadi penyebar virus je keja!

Setakat ni pun dua rumah je sempat aku lawat. Jadi bila dapat pelawaan akak Umie nak beraya, apa lagi... tu lah peluang nak catch up ngan kengkawan lama. Maklumlah... sudah tak kerja sebagai wartawan ni... dah lah fokus lebih pada bidang muzik... lama tak jumpa ramai kengkawan dari bidang filem dan TV.

Sempat snappy pics sikit...celah celah catch up session dengan teman-teman pelakon dan wartawan.






I am glad despite leaving the journalism field, I still have many real friends among the industry yang genuinely kawan dengan aku on a personal level.

Always nice to know that in a very plastic industry, friendship does still exist.

Plus, they're also a source of inspiration for me to be more creative and keep pushing the limits when it comes to creativity.

Always good to be reminded of why I'm doing all this in the first place after 16 years.

Thursday, November 25, 2010

Natrah

Owh gumbira! Akhirnya malam tadi ku berjaya nak tengok gak pementasan Natrah. I missed the first round. Tak ingat sebab apa, but yang aku ingat masa tu aku outstation, balik je da abih pementasan.

So kali ni, preview je aku tengok teruih. And my verdict?

Walaupun ada beberapa flaws secara teknikal sebab cuma preview. But ada beberapa scene yang aku rasa pas borak ngan kak Erma akan diubah sana sini kot. Kira final touch up pasnih.

But memang aku suka gila... sebab abih je, emosi marah melanda. Aku jadi marah sebab isu Natrah dipolitikkan individu tertentu tuk kepentingan peribadi sampai kecoh, marah sebab pihak Belanda begitu gampang perangai, marah sebab Aminah tak sanggup lepaskan Natrah tuk kepentingan peribadi walaupun pelbagai alasan, marah sebab Adeline tanak mengalah walaupun Natrah membuat pilihan, dan marah sebab rasakan Natrah, yang pas baca cita hidup dia, begitu lemah dan menyerah pada takdirnya.

Tak ada ke yang penah tertanya kenapa Natrah, atau Maria - tak bersungguh jikalau benar wujud kekeliruan dari soal agama? Apa usahanya?

I mean, she was obviously torn - but I saw her as a weak person who blamed others for her fate and did nothing to change it.

Betul atau salah pandangan peribadi aku, tu emosi dan persoalan, antara banyak lagi yang membanjiri pala aku nih.


Because it got me thinking - for me, Natrah was a success! Anything that makes you think - and not just to merely entertain, is a success for the storyteller. And Erma memang berjaya pada mata aku.

Tahniah pada cast, walaupun ada sorang dua yang sipi sipi ku rasa tidak add anything to the staging.

Jap.. nak snappy jap.






Hope you guys manage to catch Natrah kat Istana Budaya. Siapa yang tengok musim pertama, aku dengar banyak perubahan (dari kawan yang penah tengok). For me, tengok kali pertama aku suka gila. Korang tengok and come to your own conclusions. I'm sure everyone will have their own take of things.

Apapun, tahniah to kak Erma and the whole cast, especially to Umie Aida yang memang aku tak nampak atas pentas - aku cuma nampak Aminah.

Sunday, October 24, 2010

FFM 23

Where do I start.... ok korang start ngan results and pics dulu lah sebelom aku meroyan on some irrelevant tangent.

Filem Terbaik
Magika

Pengarah Filem Terbaik
Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)

Pelakon Lelaki Terbaik
Bront Palarae (Belukar)

Pelakon Wanita Terbaik
Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan) (Pemenang)

Lakon Layar Terbaik
Jumaatun Azmi (Haq)

Cerita Asal Terbaik
Ahadiat Akashah (Lagenda Budak Setan)

Sinematografi Terbaik
Raja Mukhriz (Niyang Rapik)

Penyunting Terbaik
Hisham Jupri (Evolusi KL Drift 2)

Skor Muzik Asal Terbaik
Edry Abd Halim (Magika) (

Filem Animasi Terbaik
Buas









Er... ok so now on to my comments. Nak cakap camna.

Tahniah la pada semua yang menang. Everyone, every film - semua orang work hard kan? SO takde isu 'aku menang, aku keja keras'. Takde gak isu dengki ke, haper ke... sebagai alasan bila orang kritik. So lame.

I mean, immediately aku dengar beberapa orang defensive mode sebut pasal 'ni lah orang Melayu nak dengki etc hasil keja orang sendiri' or 'we worked hard for this' or 'suka tau ada bangsa sampahkan hasil keja orang lain' etc.

Excuse me? Masuk industri di mana hasil keja ko akan dinilai - pe halnya nak camtuh? Stupid, moronic mentality tol bila camtu. Nama nak iktiraf yang TERBAIK?

Kalao da ada yang BUKAN yang terbaik perlu ke.

I have been dissatisfied with nominations dari start. Muallaf, Ice Kacang Puppy Love dapat consolation prize la kiranya ngan Anugerah Khas Juri. Merasalah la kan... tak layak bertanding kononnya sebab not enough content dalam bahasa kebangsaan. Nama FESTIVAL FILEM MALAYSIA. Siapa yang wat filem-filem tuh? Orang asing ke? Does it make those two films any less Malaysian - sedangkan filem-filem tu gak angkat nama Malaysia at an international level?

I think Shamsul and Lisa are very talented, but I think it's not their time yet. There were more people yang lom recognized yet.

Magika as Best Film? Interesting... but no valid reason. Kenapa? Sebab fantasi yang promosi watak mitos/fiksyen local? Sebab CGI? Oh well... lantak la.

Camni je la. Aku tak suka dunia seni baik filem atau muzik, dipolitikkan. Dan aku tak suka kalao this ends up being JUST a business. Mana penghargaan nilai estitika hasil seni?

Ok... da la meroyan bab tuh. Letih. Sepanjang malam, and the last two weeks memacam da dengar dan bertukar dari mulot ke mulot. FFM SUCKS. Period.

About the event itself - ni pemerhatian aku sendiri, dan juga kompilasi complaints dari artis dan orang industri sendiri. Sapa nak terasa ke haper ke, stop being a defensive idiot. Nak wat better kan? Learn from your mistakes. And you can only learn when you admit the mistakes.

*Majlis penuh dengan orang entah siapa pon, tak kenal. Kata ni ibarat Raya orang filem. Tapi kenapa ramai jemputan nan hado? Datang lak cam kereta berhias lak...bad fitting suits and cheap, skanky dresses.
*Nampaknya 'silent boycott' menjadi. Tak ramai artis nama top meletop muncul including nominees. Yang mai KEBANYAKKANNYA either penyampai, or artis suam-suam kuku je nak promosi diri.
*SACC sungguh tak glam dan tak sesuai nak feeling jadi home pada majlis yang konon prestij. Kecik dan semak ala Kompleks PKNS.
*Dah la venue kecik, tak bagi orang masuk dewan kena berlegar kat luar, sampai tiap rongga SACC diisi pelok sakan sekor-sekor.
*Red carpet glamour trafik jam sebab jalan pendek nak penoh berapa interview, pentas bagai. Last-last, stop sana stop sini, red carpet lom abih, majlis da start mengakibatkan artis ada yang sangkut luar kena jeling masuk lambat.
*Hezrey tu menyemak. Ngan rambut pacak senget penuh glitter, merapu je staff RTM ni. Sharifah Shahira dan Zizan meletop tapi dicacatkan oleh penyertaan sekor tuh.
*Opening Hikayat Merong Mahawangsa. Motif promosi filem KRU akan kuar? Apa relevance? Tarian tu not our culture ke haper pon as it's a work of fiction. Unless ada something I missed and Merong tuh dance musical yang nak diketengahkan.
*Performance semua haus! Shamsul as a rapper? Really? Nyemak je dia dan ensemble dia. Radhi lak tenggelam.
*Performance best - Angkatan Pemuda Indie atau API (AJ - Popshuvit, Lan - Azlan & The Typewriter, MonoLoque, Jipie - Pesawat, Greg Henderson, Din - Estranged) paling meletop. Appallam pun best. Dayang dan Lan ok la. Lain - erm.. production RTM typical.
*Penyampai trofi semua - entah asal usual planet mana. Up sikit dari penyampai trofi puteri bunian kat pre-awards jek.
*Pas abih event konon ada post party. Hado? Makan-makan kat luar lobby jek.
*Press conference takde. Juri semua ilang dan tidak dapat dikesan media tuk ditanya soalan.
*Sekuriti tak dibayar overtime kot semua pon sama ilang. Orang luar semua masuk, kesian artis da la berasak makan minom sparuh mati pas event hado... kena layan peminat.
*Dalam kesempitan SACC dan keadaan kelam kabut, cam pasar malam da. Kesian yang feeling pakai kain panjang kena pijak bagai.
*Ramai artis dan berangan artis tak tahan keadaan lantas angkat kaki berkompol mamak-mamak. Glamer sungguh mamak Shah Alam malam tadi.

Ni bukti post part hado.


Aku pon ciao ngan kengkawan nak makan dan wat post mortem. Kesian ada kawan sorang ni. Asik wat keja, tak sempat melantak dalam huru hara, sampai kena nasi ayam banyak ni nak isi tangki.


And that, my friends, is how films are judged in Malaysia - in a presitigious manner katanya. Walaupun...

Tuesday, September 21, 2010

Magika

Went for the gala premiere of Magika tadik. Dah dua kali ku tonton, dari preview sebelom ni berbulan lalu.

Again, kalao nak mintak aku review, tak larat lor. Bukan aku entertainment website. I'm just a blog - a personal blog, which is just my personal opinion of things. Things that I choose to talk about.

But kalao nak mintak opinion aku, depending on what you're looking for. It's a good family popcorn movie. Nak kata rugi, takkan la kalao beli tiket. Would I buy a ticket to watch? Yes.

But maybe simply because aku memang suka tengok lakonan Ning sebagai Puteri Gunung Ledang, Ziana sebagai Nenek Kebaya, Nani dan Leya sebagai Bawang Putih dan Bawang Merah, Pak Nil sebagai Pak Pandir. Kira amusing la to have our own version of Alice In Wonderland with all our favourite artistes.

Star power memang kaw kaw. Ada Mawi, Diana Danielle, Maya Karin, M Nasir... aduh. Ramai la. Dah.. malas nak taip panjang. Baik korang layan pics at the premiere.











Kalao korang perasan aku perangai kemalasan menulis. Tapi ni sebab kesibukan aku so paham la ek. Pe pon, aku kejar rezek ni, blog peribadi ku menjadi tanggungjawab semakin berat nak maintain. Especially since aku lebih meriah ber-micro blogging via Twitter. So add aku sana lagik up to date.

But I am not getting rid of my blog, and I won't stop. But just that kekadang malas tulis panjang ke, ataupon lambat update, mintak paham-paham la ek. Heh...

Goodnight all... time for some shut eye now.

Friday, August 20, 2010

Raya!!! Raya!!! Raya!!!

Iyolah ko pepandai je nak headline entry raya katanya. Posa pon lom sparuh jalan feeling nak raya. Maksud aku raya... semalam ke rakaman Melodi Raya wat kat PWTC.

Jap... arituh da skodeng kasut Gucci Mawi, ari ni kita wat sesi skodeng kasut Gucci artis agik.

Sapa leh teka sapa. Jawapan ujung entry ni as always.


Masuk je Dewan Tun Hussein Onn, amik ko... decor ala kampung. Teringat 'Kampung Nikmat', perkampungan yang diwujudkan tuk wedding Ning Baizura. Cuma Melodi Raya ni takde kambing dan ayam hidup je.


Yang pentingnya...dalam dewan... selamat datang ke Melaka!!!


Matilah aku allergic tengok lampu lip lap. Teringat Melaka je. Anyway, ni some pics kengkawan aku snap. Enjoy the pics!



















Hah! Cukup tak aku snappy. Banyak tuh! By the way jangan terkejut ada kumpulan Nico. Meka wat reunion performance masa Melodi Raya.

And by the way... pic awal kasut Gucci. Da dapat jawapan? Kasut tu adalah milik....
Yer... Fizz Fairuz!

Seronok gak Melodi Raya kengkawan ramai. Cuma sesak sangat sebab ramai yang tak perlu dan tak dijemput sibuk menyelit.

Pas abih Melodi Raya, gi Yok Sahur Murai kedua sama gak. Sesak... yang tak dijemput pun wat kemunculan. Tu takpe lagik...

Yang artis sendu nan hado pon sibuk bak enam orang perhal?

Macam-macam lah... penganjur beradab tak sampai hati nak refuse entry, tapi kesian penganjur kedua majlis kena layan orang tak reti malu semua nih. Konon pose sana pose sini gila glam nak makan free bagai.

Oh well... busuk la nama sendiri.

Apapon, to the TV3 family as well as Murai - you guys did good. Happy sangat malam ni.. it was fun indeed.