Showing posts with label ziana zain. Show all posts
Showing posts with label ziana zain. Show all posts

Wednesday, October 20, 2010

Alam dan manusia

Ok... where do I start this entry. Mesti ada yang marah pas baca ni. So let me start with something silly. Tadik lepak kat Q Bistro ngan kengkawan. Yang kat Curve dan Tesco tuh.

Azab tak?


Matilah ko! Internet cafe skang pon da caj RM2 tuk sejam, ni baru nak pakai letrik je camtuh. Gila ke haper.

Anyway, tadi gi pelancaran Festival Filem Malaysia 23 (FFM).

Hah.. tu da nak undang pelbagai carotan. Sapa follow Twitter aku tau, aku memang tak stuju banyak benda pasal kali ni. Mana taknya. Organization hampeh - ramai sangat complain, termasuk anak-anak seni yang sendiri dipinggirkan dalam apa yang sepatutnya majlis meraikan hasil keja mereka.

Mualaf leh tak capai walao sat pencalonan pon, tapi filem cam Pulau Asmara? Matilah ko again gituh.

Ok.. tolak tepi soal tu. Sebenarnya tak kuasa nak gi, tapi pergi sebab ni jek.


Yer.. filem 2 Alam yang dikompangkan akan mengaut RM40 juta. Katanya... walaupun... takpe. Aku cuba objektif dalam menilai pas tengok.

Tengah makan layan akak Ziana yang baru sampai.


And it was on to the show. Pelancaran FFM 23 dan pengumuman beberapa pemenang dulu pra-malam Kemuncak.

And here's where all the problems begin.

Persembahan artis - kenapa pembukaan ngan Zehra Zambri? Very Citrawarna versi takde bajet. Selain tu, mic Hafiz masa nak perform technical issue, and yang pentingnya semua lagu yang dipersembahkan aku tak nampak relevance to the event.

The nominations memang aku ada problem sikit. Magika dalam kategori filem komedi? Fazura untuk pelakon pembantu tuk Lagenda Budak Setan dan buka pelakon wanita terbaik dalam Pisau Cukur?

Shamsul dalam pelakon lelaki terbaik?

So many things wrong kan?

Tapi kembali pada majlis.

It was held at Cineleisure, kat e-Curve. Ada ke patut majlis konon prestij, walaopon cuma pra-anugerah, di adakan di shopping mall? Yang sempit lak tuh.

Dah la memang tak eksklusif camtuh, lokasi pon tak kena.

On top of thatm, kelam kabut, bising, dan no traffic control

Soal jemputan? Leh tak Afdlin Shauki dan ramai anak seni tak dijemput - walaopon merupakan past winner yang meletup?

Yang ramai? VVIP dan VIP yang tajuk albumnya - SIAPAKAH?


Ada pihak akan kata - banyak la rungutan ko! Hakikatnya - it's true that there are so many problems with FFM 23, da hilang da any prestige to the awards yang sepatutnya tahap Oscar tuk Malaysia.

Aku dapat senarai juri malam ni. Gila.. lima orang? And mereka yang menentukan terbaik dalam industri kita? Seriously?

Patut lah 'bagus sangat' hasil.

Inilah masaalahnya bila seni dipolitikkan.

And the results? Ni keputusan malam tadi.

Filem Komedi Terbaik
1. Adnan Sempit
2. Kapoww
3. Magika
4. My Spy
5. Pisau Cukur

Pengarah Harapan
1. Edry Abd Halim (Magika)
2. Farid Kamil (V3: Samseng Jalanan)
3. Jason Chong Chia Shien (Belukar)
4. Jor Chee Leong (Haq)
5. Rosihah Zain (Hooperz)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
1. Bront Palarae (V3: Samseng Jalanan)
2. K.S Maniam (Estet)
3. Que Haidar (Lagenda Budak Setan)
4. Shaheizy Sam (Evolusi KL Drift 2)
5. Zul Suphian (Santau)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
1. Lisa Surihani (V3: Samseng Jalanan)
2. Norliana Shamsudin (Adnan Sempit)
3. Nur Fazura (Lagenda Budak Setan)
4. Raja Farah (Haq)
5. Ziana Zain (Magika)

Pelakon Harapan Lelaki
1. Kamal Adli (Niyang Rapik)
2. Redza Minhat (Pisau Cukur)
3. Remy Ishak (Evolusi KL Drift 2)
4. Shashi Taran ( Estet)
5. Sheikh Bolkiah Sheikh Ahmad (Pulau Asmara)

Pelakon Harapan Wanita
1. Daphne Iking (Belukar)
2. Nik Adrea Nik Abdullah (2 Alam)
3. Nur Ashiqin Kamal (Lagenda Budak Setan)
4. Putri Mardiana (Santau)
5. Shasha Arsheela (Pulau Asmara)

Pelakon Kanak-kanak Terbaik
1. Amirul Adli Mohamed Norin (Haq)
2. Ammar Adli Mohamed Norin (Haq)
3. Farisya Fatin Faisal (Santau)
4. Fimie Don (Magika)

Penataan Seni Terbaik
1. Anuar Paharudin/Johan Lucas (Magika)
2. Irwan Idris (Lagenda Budak Setan)
3. Irwan Mazwan Ibrahim/Johan Lucas (Jin Notti)
4. Sapri Ibrahim (Estet)
5. Shah Aznan Zainun (Evolusi KL Drift 2)

Penataan Bunyi Terbaik
1. Brian Ng (V3: Samseng Jalanan)
2. Brian Ng (Santau)
3. Brian Ng (Adnan Sempit)
4. James Baun 9Evolusi KL Drift 2)
5. Edry Abd Halim/Amaluddin Syukri/Mohsin Othman (Magika)

Lagu Tema Asal Terbaik
1. Edry Abd Halim/Penyembuh Rindu (Magika)
2. Farish Ramli/ Syurga Seketika (Niyang Rapik)
3. Edry Abd Halim/ Menggegar Dunia (My Spy)

Pereka Kostum/Busana Terbaik
1. Rosada Abd Hamid (Haq)
2. Hasnan Yaacob (Jin Notti)
3. Hasnan Yaacob (Magika)
4. Shen Imageneering (My Spy)
5. Zarina Abu Sidik (Santau)

Poster Terbaik
1. Belukar (Preston Zaidan)
2. Estet (Naga VXS)
3. Magika (KRU Studios)
4. Pisau Cukur (Primeworks)
5. V3: Samseng Jalanan (MIG Production)

Tu dia. Pemenang highlighted. Do I agree? Penting ke aku setuju ke tak.

Just orang industri tahu - tiap tahun kalao ada pihak yang ada kena mengena dengan penganjuran, ada je keputusan yang menyebelahi pihak tertentu. Takyah la cita. Everyone knows... some things in this business are open secrets.

So for FFM 23? Ni baru pelancaran camni... I shudder to think of Sunday.

Now on to 2 Alam.


Ok. First of all you have to admit mamat Rozmey ni memang genius dua benda.

Dia berjaya nak brandingkan diri dia, biar sut dia yang warna-warni pelangi ala Paddle Pop ke apa, ke rambut dia yang begitu vogue - he has established himself as a brand.

Second bab dia genius - dia berjaya yakinkan orang yang 2 Alam worth watching ngan berangan nya mengatakan leh RM40 juta kat box office.

So... aku bagi can. Aku nak tengok kehebatan 'fenomena dDR' as dia sendiri kata.

Alamak.. siap bagi soundtrack pree katanya masa premiere. Owh yeah... aku masuk premiere 2 Alam, sebab the other movie is Estet dari abang Mamat Khalid. Aku pilih 2 Alam bukan sebab 2 Alam lagik bagus - tapi kerana aku sanggup bayar tuk menonton hasil kerja Mamat Khalid yang terbukti kualiti.


Alamak... ni bagi prepaid card apa lak ni? Branding sakan kaw kaw...



Sebelom pe-pe... kononnya tiket premiere 2 Alam habis, kan?

HADO?!

Panggung 2/3 kosong hawau! Beriya je cakap tiket abih, tiba-tiba tiket bersepah. Tayangan Estet betul-betul penuh sampai takde ruang masuk. 2 Alam cannot even fill the seats masa premiere. Camna tuh? Marketing strategy kata penuh - walaupun? Pastu terus update Facebook konon riuh orang nak tengok - sampai penuh. Propah sungguh demi marketing.

Hasilnya?

Inilah antara filem paling SAMPAH aku pernah tonton in my whole life.

Why?

Segi teknikal - hancus! Visual berterabur, siap ada banyak shot out of focus dan kabur. Editing choppy, sampai menggangu storytelling. Impak dan elemen kejutan meka cuba ketengahkan hado menjadi kerana tu dan juga adunan audio yang level tahap orang psycho keja kan ngan fluctuate sana sini. Hanya beberapa babak cinematography aku leh maapkan, but even then not original.

Segi lakonan - hancus! Lakonan kayu dari kebanyakan cast yang over. Tahap drama RTM 80an. Bayangkan ada satu scene nak rogol... ada ke watak tu gesel anu dia, "Boss aku la dulu boss... air tak tahan naik pala ni... biar lah aku main dulu" or something like that. Apakah???

Storytelling - hancus! No plot development, and no character development. Bayangkan, Aaron Aziz je la aku sanggup tengok - tapi tu pon hanya satu scene je yang meka cuba nak ikat watak dia pada watak si Amy. Apakah? At the end of the day, ko tak rasa pe pe pon bagi any of the characters. No emotion.

So many things wrong it will take forever kalao nak go on.

Bayangka camni je kalao ko nak imagine 2 Alam camna. Bayangkan music video karaoke Audio One yang paling hazab (betol ni.. siap ada scene music video cliche karaoke dalam kolam), campor soft porn 3GP yang censored, dan drama paling hazab ko penah tonton. Itu lah 2 Alam.

At the end of the day - Rozmey may be a good businessman, but dia bukan anak seni dan dia harus akur, produk ini bukan sesuatu yang leh dibanggakan.

2 Alam adalah bahan gelak dunia seni Malaysia. And God help us kalao Rozmey nak pakai duit dia hantar festival bagai. Malu dowh!

Perlu ke filem tunjuk adengan nak kuburkan, pastu scene main, kubur, main, kubur, main, kubur, main.. tu je.

Menggunakan the worst cliches dunia kaum ketiga - bayangkan fokus pada front page Kosmo! yang watak Amy ni sebenarnya asal seorang lelaki. Familiar? Or scene wedding Amy kahwin Mat Salleh di England ala style gereja siap pakai gaun putih yang takde kena mengena jalan cita. Familiar?

All these have made the papers before.

It's one big cliche.

And badly executed at that.

Malu gila! Aku dari gelak sebab kebodohan filem ni jadik marah in the end.

Sumpah ranah aku kenapa orang memperbodohkan industri perfileman negara kita. Memang betol la apa diperkatakan selama ni. In this business, yang ada duit - hado sense of making proper films, dan mereka yang kreatif lak - nak carik modal tuk fund their productions struggle gila.

Hmphhh.. sapa nak gi tengok 2 Alam, gi lah. Aku rasa baik korang derma RM10 lagik baik. Ada gak berkatnya dari mengalakkan kebodohan camni.

Status 2 Alam? Sama pangkat ngan filem filem sampah seperti Misi 1511, Mendam Berahi, Pulau Asmara dan Lembing Awang Pulang Ke Dayang.

Again. SAMPAH!

Dah panas-panas.. korang layan la pic Aaron.


And with his beautiful wifey (kalao ada sequel nak ke tima? AHAHAHAHAHAHAHA), Diyana Halik.


By the way, Diyana and I had the same penchant for accessories. Check out our ring.


Abih je, kita semua ramai-ramai ke Rasta. Ramai orang kuat pembikin filem skali. We all talked and laughed about this. Here's hoping Rozmey akan menggunakan duit dia dengan cara betul, salurkan pada anak seni yang betul-betul mampu melahirkan hasil membanggakan.


By the way, I'd rather keep my money and watch banyak lagi filem Afdlin (Misteri Jalan Lama) dan Mamat Khalid (Estet, Kak Limah Pulang Ke Rumah - sekuel Zombi Kampung Pisang) dari layan filem SAMPAH!

Tuesday, September 21, 2010

Magika

Went for the gala premiere of Magika tadik. Dah dua kali ku tonton, dari preview sebelom ni berbulan lalu.

Again, kalao nak mintak aku review, tak larat lor. Bukan aku entertainment website. I'm just a blog - a personal blog, which is just my personal opinion of things. Things that I choose to talk about.

But kalao nak mintak opinion aku, depending on what you're looking for. It's a good family popcorn movie. Nak kata rugi, takkan la kalao beli tiket. Would I buy a ticket to watch? Yes.

But maybe simply because aku memang suka tengok lakonan Ning sebagai Puteri Gunung Ledang, Ziana sebagai Nenek Kebaya, Nani dan Leya sebagai Bawang Putih dan Bawang Merah, Pak Nil sebagai Pak Pandir. Kira amusing la to have our own version of Alice In Wonderland with all our favourite artistes.

Star power memang kaw kaw. Ada Mawi, Diana Danielle, Maya Karin, M Nasir... aduh. Ramai la. Dah.. malas nak taip panjang. Baik korang layan pics at the premiere.











Kalao korang perasan aku perangai kemalasan menulis. Tapi ni sebab kesibukan aku so paham la ek. Pe pon, aku kejar rezek ni, blog peribadi ku menjadi tanggungjawab semakin berat nak maintain. Especially since aku lebih meriah ber-micro blogging via Twitter. So add aku sana lagik up to date.

But I am not getting rid of my blog, and I won't stop. But just that kekadang malas tulis panjang ke, ataupon lambat update, mintak paham-paham la ek. Heh...

Goodnight all... time for some shut eye now.

Thursday, February 11, 2010

Magika and the secret of Avatar

Tadik gi preview for filem Magika, the star studded musical from KRU Studios.

Pas finished my errands and all (and sempat wat shopping - Dolce & Gabbana be thy name), popped by Cineleisure to check out the much hyped movie.

And the verdict?

Honestly, it's going to be hard since a lot of comparisons will made against Alice In Wonderland, which is coming out in 3D and will have Johnny Depp.

Magika, not very imaginatively named, has Mawi.

Erm... but kena puji because of several reasons. So sebelom sesi carotan, mai aku bagi pujian dulu what I liked about the film which I think will help sell it.

Obviously first thing is the whole line-up of big names involved. Mawi, Ziana Zain, Ning Baizura, Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Vanida Imran, Nabil, Diana Danielle, Adibah Noor, Aznil Nawawi, Datuk Jalaludin Hassan, Marsha Milan Londoh... so many. Pening nak namakan sorang-sorang.

Tarikan Magika gak will be because of the local references. Vee jadik Mahsuri, Marsha jadik Puteri Santubong, Mawi as Badang... you get the idea. So it's our own Alice In Wonderland where many of the characters are popular names in our own local folklore.

And Edry in the director's chair, aku kena puji.

After the horror of Cicakman 2 : Planet Hitam (bosan), Jin Nott (muntah darah)... aku tak tengok My Spy so takleh komen - it's nice to see finally that Kru are back on track with Magika.

It's wholesome family entertainment, and quite enjoyable.

Now the bad parts. The script walaopon holds promise wasn't executed to its full potential. The songs were mostly forgettable (I only seriously loved M. Nasir sebagai Naga Tasik Cini) and the lyrics were patchy, repetitive and tangkap muat.

Camera angles were dodgy and acting overall was not up to par.

And I know this is going to sound silly, but as much as I like Diana Danielle, she needed to wax her upper lip in the movie. Da berkumis da... to the point in the romantic scene with Mawi, aku rasa cam tengok Brokeback Mountain da.

Tapi kan, having said that, I would actually recommend people to watch Magika sebab it's worth the RM10 or so you're going to pay to watch.

No regrets, pasti.

Especially kalao ko nak bak anak ke anak buah ke anak sedara. Pacing of the film tak macam Jin Notti yang you wonder when the hell it's going to end.

Final verdict - Magika, a good watch and one of those few movies yang cater to a lot of people. It's not quite musical contoh, but it is a very good start for me to come up with more along the genre.

Kudos to KRU for it (susah aku nak cakap nih.. dan mesti ada yang tak caya)

Anyway... ni some pics from tadik of some of the cast members yang sempat aku snap. Susah nak amik banyak pic sebab asik dok borak ngan Vee, Shidi, Nani and Gavin (oops! - borak ngan Nani usik Gavin je adalah).

So for those of you who want to get a feel of what the movie is like, here's the trailer.



Now enjoy the pics...

Nani and Gavin - so sweet (matilah Nani carot aku pasnih!)
Marsha - sexxxxaaaaaaaay!
Vee and Shidi - the coolest couple I know
Pak Nil - happy and bubbly as always
Ning flashing those pearly whites
Kak Vee pon nak camwhore ngan Mawi - heh!
On his own - tak nampak Ekin in sight
Kesian Ziana - tangan luka dua belah (and peha as well as perot sikit) sebab kena air panas masa bancuh air bagi minum pagi anak-anak katanya...
Divaaaaaaa!!!! Me love Adibah Noor!
Nak banyakkan pics lagik but malas. Anyway... the title of this entry mentions the secret of Avatar. You wanna know what it is?

Here's what I saw in Cineleisure. Some of you who have gone there may have seen this....

But did you take a closer look?

Matilah!!!!!!! Upskirting gituh! Gelak cam babun jap. Aduh... lawak bodoh. Had an informal meeting after it was all over, which ended VERY late. Ni baru sampai umah nih.

Nampaknya for 2010, ramai kawan da bukak company sendiri. Semua dapat gabung networking. I like! Nak pose Adam dan Stacy la... bergabungggggg malaaatopppppppp!!!!

Eh nak tido la... berat da mata.

Saturday, December 06, 2008

What can I say...

So the results of the Balada punya separuh akhir has been announced.

What more can I say.

I left Sri Pentas 2 a little bitter over the selections.

Aku sebelum ni ada katakan, I didn't really mind who qualified, as most of the songs were really good.

I retract that statement.

The result semalam was bullshit. Plainly, short and sweet... merepek tol keputusan untuk separuh akhir Balada Muzik-Muzik kali nih.

I'd already guessed at least one of Audi's songs would get in. Both, Sampai Syurga dan Cuba layak, which is fine by me, because memang they're among the strongest in the competition. So no argument there. Walaupun ada yang katakan takyah la bagi dua lagu masuk.. satu da cukup, I disagree with that strongly sebab tuk aku, ni competition for compositions.. da kalao lagu bagus, masuk keduanya pon apa salah? Da tu yang antara terbaik. Both songs were fresh, different from the current crop and encompassed everything about a good song, from the structure of the composition to the lyrics.

Lagu Aizat, Lagu Kita was deserving too. I say that sebab tuk aku, Aizat ni wakil one of the new generation of songwriters and composers yang deserve to be noted. Lagu Kita is a breath of fresh air, and memang layak pun, no matter what anyone says.

But how about the other two songs yang layak ke Anugerah Juara Lagu?

First of all, Bila Nak Saksi. Nothing personal against Spider, but this is NOT one of their best songs. It's a weak tune compared ngan lagu lagu lain. Leh anggap lemau kalao banding ngan lagu lagu yang lain. Honestly.... I know Spider are favourites with the Anugerah Juara Lagu series, but this is ridiculous. Lagu ni dated nak mampos.. ketinggalan zaman and there is absolutely nothing great about this song to justify it being selected for the final.

Kalao lagu Mabuk tuk kategori Pop Rock aku anggap kuat, Bila Nak Saksi dalam kategori Balada is so salah! Lom masuk kategori Pop Rock pon ada yang mabuk da nak select lagu ni tu represent kategori Balada.

And the final song yang layak, which is the first song called and the most controversial for a lot of people out there. Lagu Aubrey Suwito, dengan lirik dari Habsah Hassan, Hanya Di Mercu yang dinyanyikan Ayu.

All I can say is... what the #$%^&*???!!!!

Spekulasi mengatakan pihak penganjur meletakkan lagu ni dalam final tuk promosi Ayu yang nan ado.

Ayu is a sweet girl with potential. But this song does NOT deserve to be in, just like Bila Nak Saksi.

I mean, are you seriously saying these two songs are better than Teman Terulung, Dingin and Cinta Terhalang among so many of the better songs performed malam semalam?

Honestly... how do some people sleep at night. Busuk tau camni....

Kalau sebelum ni aku katakan kategori Balada akan hasilkan juara for this event, skang nampak goyah sebab this is not the best representation of the ballads.

But you know what.. ni event orang. So suka hati la meka nak pilih sapa. The public knows what's actually better... so it just looks $%^& pathetic for selections to end up like this.

From the entry of lagu Tanpa dari 6ixth Sense which is so salah (sebab patut Pop Rock tuh), to the mic glitches like with Ziana's performance... the competition is by year, becoming irrelavant.

There was a glimmer of hope when Itu Kamu won... but now all that seems to be fading.

At the end of the day, it's true what has always been whispered backstage. Tengok je juri sapa. Orang leh tangkap apa personal preference meka and from there guess whether the results are going to be good or not.

Thank you to Johan Nawawi, Adam Salleh, Yasin Sulaiman, Amran Omar, Fauzi Marzuki and Azhar Borhan for the results. Semua memang hebat... just I think that so many people forget the relevancy of what makes a good composition is also the freshness of a tune - especially when a category cam Balada ni banyak sangat yang strong and IT DOES boil down to approach and direction of the song in terms of freshness.

You reap what you sow... so this year's Anugerah Juara Lagu is going to be SO exciting (note the sarcasm)

Dah... apapon... thank you to production TV3, korang memang besh (the production memang besh pon... and they have nothing to do with the results) So to kak Kelly, kak Huda, Boboy... and all you people yang aku tak sempat list hingga ke Mommeh yang hostess with the mostest gituh, thank you for making it memorable for the RIGHT reasons.

Now on to the pics... none of performance. Backstage and before and after event je.

Pria terhebat aka penjantan tangguh - from left - Aizat, Adi, Gjie, Ayooi, Sarol and Faizal


Production family


Akak security, kak Habsah tak silap nama dia.. lama kenal da. Lama wo khidmat ngan TV3


Atan dan Wan 6ixth Sense lepaking


The crowd lining up...


...all the way out


Kak Kelly demonstrates how to have a cuppa the right way with pinky entended


Like... whateverrrrr... Cheryl goes Valley Girl in this pose


Ni bukan pesen Feminin ok. Ni Dina tengah siap.


Shorts and Crocs. Dafi channels my lazy fashion sense. Heh!


Aizat!!! Shading kurang sket! Heh!


Kak Ziana undergoing the transformation to a glossier diva


Adi 6ixth Sense... new hair


Alamak.. Joe amik pic... pecah lobang tak wat pe pe


Cover line semua wat keja sat


Selipar jamban is so salah.. heh


Bang Nuar getting ready relaxed je


Syuib manager Bob multi tasking ok!


The best vocals of the night Bob, Ziana Zain and Anuar Zain (Dina pon patut)


Aku ngan bapak jin dan raja toyol Ramli MS


Aizat and Faizal... something so wrong with this pose la Superman


That's better! The two WORTHY contenders for Anugerah Juara Lagu


Nih apa lak nih


The last pic actually pas kami ke Pelita as usual. Ngan Bob, bebudak 6ixth Sense and our 'families and friend' (cam promosi DiGi lak). I think there were about thirty of us in total.

It had been a good night, though not the ending we hoped for... tapi takpe. Rezeki kat mana-mana... so what to do lor.

Apapon, congrats to Aizat on Lagu Kita and Audi Mok and Faizal Tahir for Sampai Syurga and Cuba.

Lain? Takyah la...