Showing posts with label linda jasmine. Show all posts
Showing posts with label linda jasmine. Show all posts

Sunday, October 24, 2010

FFM 23

Where do I start.... ok korang start ngan results and pics dulu lah sebelom aku meroyan on some irrelevant tangent.

Filem Terbaik
Magika

Pengarah Filem Terbaik
Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)

Pelakon Lelaki Terbaik
Bront Palarae (Belukar)

Pelakon Wanita Terbaik
Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan) (Pemenang)

Lakon Layar Terbaik
Jumaatun Azmi (Haq)

Cerita Asal Terbaik
Ahadiat Akashah (Lagenda Budak Setan)

Sinematografi Terbaik
Raja Mukhriz (Niyang Rapik)

Penyunting Terbaik
Hisham Jupri (Evolusi KL Drift 2)

Skor Muzik Asal Terbaik
Edry Abd Halim (Magika) (

Filem Animasi Terbaik
Buas









Er... ok so now on to my comments. Nak cakap camna.

Tahniah la pada semua yang menang. Everyone, every film - semua orang work hard kan? SO takde isu 'aku menang, aku keja keras'. Takde gak isu dengki ke, haper ke... sebagai alasan bila orang kritik. So lame.

I mean, immediately aku dengar beberapa orang defensive mode sebut pasal 'ni lah orang Melayu nak dengki etc hasil keja orang sendiri' or 'we worked hard for this' or 'suka tau ada bangsa sampahkan hasil keja orang lain' etc.

Excuse me? Masuk industri di mana hasil keja ko akan dinilai - pe halnya nak camtuh? Stupid, moronic mentality tol bila camtu. Nama nak iktiraf yang TERBAIK?

Kalao da ada yang BUKAN yang terbaik perlu ke.

I have been dissatisfied with nominations dari start. Muallaf, Ice Kacang Puppy Love dapat consolation prize la kiranya ngan Anugerah Khas Juri. Merasalah la kan... tak layak bertanding kononnya sebab not enough content dalam bahasa kebangsaan. Nama FESTIVAL FILEM MALAYSIA. Siapa yang wat filem-filem tuh? Orang asing ke? Does it make those two films any less Malaysian - sedangkan filem-filem tu gak angkat nama Malaysia at an international level?

I think Shamsul and Lisa are very talented, but I think it's not their time yet. There were more people yang lom recognized yet.

Magika as Best Film? Interesting... but no valid reason. Kenapa? Sebab fantasi yang promosi watak mitos/fiksyen local? Sebab CGI? Oh well... lantak la.

Camni je la. Aku tak suka dunia seni baik filem atau muzik, dipolitikkan. Dan aku tak suka kalao this ends up being JUST a business. Mana penghargaan nilai estitika hasil seni?

Ok... da la meroyan bab tuh. Letih. Sepanjang malam, and the last two weeks memacam da dengar dan bertukar dari mulot ke mulot. FFM SUCKS. Period.

About the event itself - ni pemerhatian aku sendiri, dan juga kompilasi complaints dari artis dan orang industri sendiri. Sapa nak terasa ke haper ke, stop being a defensive idiot. Nak wat better kan? Learn from your mistakes. And you can only learn when you admit the mistakes.

*Majlis penuh dengan orang entah siapa pon, tak kenal. Kata ni ibarat Raya orang filem. Tapi kenapa ramai jemputan nan hado? Datang lak cam kereta berhias lak...bad fitting suits and cheap, skanky dresses.
*Nampaknya 'silent boycott' menjadi. Tak ramai artis nama top meletop muncul including nominees. Yang mai KEBANYAKKANNYA either penyampai, or artis suam-suam kuku je nak promosi diri.
*SACC sungguh tak glam dan tak sesuai nak feeling jadi home pada majlis yang konon prestij. Kecik dan semak ala Kompleks PKNS.
*Dah la venue kecik, tak bagi orang masuk dewan kena berlegar kat luar, sampai tiap rongga SACC diisi pelok sakan sekor-sekor.
*Red carpet glamour trafik jam sebab jalan pendek nak penoh berapa interview, pentas bagai. Last-last, stop sana stop sini, red carpet lom abih, majlis da start mengakibatkan artis ada yang sangkut luar kena jeling masuk lambat.
*Hezrey tu menyemak. Ngan rambut pacak senget penuh glitter, merapu je staff RTM ni. Sharifah Shahira dan Zizan meletop tapi dicacatkan oleh penyertaan sekor tuh.
*Opening Hikayat Merong Mahawangsa. Motif promosi filem KRU akan kuar? Apa relevance? Tarian tu not our culture ke haper pon as it's a work of fiction. Unless ada something I missed and Merong tuh dance musical yang nak diketengahkan.
*Performance semua haus! Shamsul as a rapper? Really? Nyemak je dia dan ensemble dia. Radhi lak tenggelam.
*Performance best - Angkatan Pemuda Indie atau API (AJ - Popshuvit, Lan - Azlan & The Typewriter, MonoLoque, Jipie - Pesawat, Greg Henderson, Din - Estranged) paling meletop. Appallam pun best. Dayang dan Lan ok la. Lain - erm.. production RTM typical.
*Penyampai trofi semua - entah asal usual planet mana. Up sikit dari penyampai trofi puteri bunian kat pre-awards jek.
*Pas abih event konon ada post party. Hado? Makan-makan kat luar lobby jek.
*Press conference takde. Juri semua ilang dan tidak dapat dikesan media tuk ditanya soalan.
*Sekuriti tak dibayar overtime kot semua pon sama ilang. Orang luar semua masuk, kesian artis da la berasak makan minom sparuh mati pas event hado... kena layan peminat.
*Dalam kesempitan SACC dan keadaan kelam kabut, cam pasar malam da. Kesian yang feeling pakai kain panjang kena pijak bagai.
*Ramai artis dan berangan artis tak tahan keadaan lantas angkat kaki berkompol mamak-mamak. Glamer sungguh mamak Shah Alam malam tadi.

Ni bukti post part hado.


Aku pon ciao ngan kengkawan nak makan dan wat post mortem. Kesian ada kawan sorang ni. Asik wat keja, tak sempat melantak dalam huru hara, sampai kena nasi ayam banyak ni nak isi tangki.


And that, my friends, is how films are judged in Malaysia - in a presitigious manner katanya. Walaupun...

Wednesday, August 25, 2010

Senyum

Kurung dan terus berkurung! Ya ampun... seksanya nak tulis kalau writer's block ni. Harus aku wat gila agik nak naik Genting pose ngan laptop sorang diri tuk carik ilham cam arituh....

Takpe. Walaopon I SHOULD have done everything by now - aku bagi masa diri ku sampai ujung minggu ni. It's a long weekend with Nuzul Quran and all...

So my day ari nih started with majlis berbuka puasa kat umah Mawi kat Bandar Baru Bangi. First time jenguk umah botak yang nih.


Masa aku sampai... sebab jam bagai... da kol 7 malam. Sampai skali ngan Que Haidar ngan Linda Jasmine ngan dua anak meka.

Ni sempat snappy pic Linda ngan Ratu. So cute, baby dia.


Owh by the way. I have to admit, lagik satu sebab aku lambat sikit sebab singgah nak pick up sesuatu. Terus pakai...


Alamak! Aku tau la aku janji takkan shopping agik... but this was big.. roomy.. and erm... Gucci.

Akibatnya ujung minggu ni ada warehouse sale FJ Benjamin aku rasa aku tak gi la walaopon bajet nak cari baju keja Raoul sikit. Tengok camna (tak insaf shopping agik ni.. ish ish ish)

Sambung cita. Ni masa Pak Nil nak balik. Pose nampak candid - tapi Aznil saja pose bagi nampak candid katanya. Ngan rambut tak blow... heh! Ada ku perasan pon? Aznil lepas photo shoot tuh... dia tweet kata kena bukak dalam keta sebab rushing. Tapi dia sampai I think about 7.45pm ke kol 8pm. Takde la lewat sangat.. ok la tuh.


Sebenarnya majlis kat umah Mawi kecil-kecilan ni ada beberapa sebab. One sebab nak buka puasa la.. siap jamu anak yatim.

One more reason kira Mawi nak tunjuk hasil keja directorial debut dia tuk telemovie Pak Nil Ibu Kirim Salam yang akan ditayangkan kol 12, hari Jumaat pada raya keenam di Astro Prima.

And one more reason? Nak doa selamat tuk birthday si botak.




Sempat jenguk isi rumah botak. Aku paling suka ada satu almari nih, dak ni simpan barang magic dia. Ada agik barang aku bagi. Terharu aku si Mawi ni hargai pemberian orang (ko tak hargai aku bantai ko gila - benda aku bagi tu bukan senang dapat) Heh!

Linda Onn pon ada.... actually quite a few yang lakon dalam telemovie Mawi ada tapi malas aku snappy jek.


Nak gerak tengok jam mak aih. da dekat kol 12!

Next destination - sahur awal. Ngan kengkawan as usual.

Pilihan lokasi?


Ye... sapa follow aku kat Twitter mesti tau aku usik orang time semalam posa aku asik sebut nak sangat A&W root beer.

Merasalah.. ni first round lepas kempunan gituh.


Ok.. nak sambung sesi gosip! Esok ada something EXCITING! Yeay! Nanti je aku cita...

Wednesday, February 10, 2010

Lock, stock.. and 10,000 reasons to be happy

Ok, this is going to be quite a loaded entry, so sit back, relax, dan korek pusat ketika membaca entry nih.

Malam tadi pengumuman pengetua, pengacara dan tenaga pengajar Akademi Fantasia.

As I share the announcements, ni beberapa komen aku sebagai peminat Akademi Fantasia dari musim pertama. Bear with me.

Let's start with pengetua untuk AF8.

Norman Abdul Halim. Otherwise big boss man of KRU and the businessman. Also the person I said would head Akademi Fantasia from the end of December da - for those of you who read my column in the The Malay Mail.

Aku sebenarnya tak nak komen panjang sangat Norman ni. He has the skills, but my only concern is he will stress to much on the need for for the necessary commercial appeal sampai lupa how to guide these kids into being artistes in all sense of the word.

Still... giving him benefit of the doubt.. mana tau kan. He couldn't do worse than what we've seen in eight seasons, so let's hope he exceeds expectations.

Next - guru vokal teknikal, Siti Hajar.

Da enam musim Siti Hajar da ajar... perlu ke pertikaikan. Undoubtedly a regular for a reason - simply being she gets the job done, plus it is interesting to always follow her classes. Cuma sayang takde geng in Syafie this year. Mintak mintak tahun ni takde la bangang yang start speku kata tenaga pengajar bias cam dia dan kak Fati kena last year. Bodoh tol... gosip beragenda sangat.

Moving on... guru vokal persembahan, Adnan Abu Hassan.

Tak silap aku da lima musim. Abang Dee memang has the ears for it. Berapa ramai diva hari ni yang discovery dia, so again, tak perlu dipertikaikan.

Moving on guru drama baru, Que Haidar dan guru tari, Linda Jasmine.

Merasalah 2 for 1 package. Takde maknanya... they're only the second couple to be in the Akademi together and I think Que deserves a break.

Dia memang a good dramatic character actor and I am kind of interested to see how he will teach. Just because he hasn't done it doesn't mean he can't.

As for Linda, tiga bulan pas bersalin dia da menyandang tugasan nih, kena puji la. Hope she brings something new and fresh to the performances and makes it more interesting that ever.

Next, counsellor and English teacher, Fatimah Abu Bakar.

Kak Fati kira sesuai la for this post, and like Linda, da tujuh musim in total wat Akademi Fantasia. Memang veteran abih bab AF nih. No questions need be asked about her ability.

And then there's the pengacara.

Of course happiness and applause all round sebab as I said, the two new hosts will be Sarimah Ibrahim (alamak.. tak sempat snappy pic sebab dok gosip je... sorry babe, kang kita lepak I snappy), and Jimmy Shanley.

Bab Sarimah memang happy gila sebab dia more than layak, in fact we've been waiting for her to get the job since Aznil stepped out.

As for Jimmy, dia ni untested so don't know how he'll do. And besides dia tak penah live hosting so kena tengok.

Ok, so it's going to be a shared responsibility. How? Here are more changes.

Sarimah akan start by hosting Tirai Akademi Fantasia. Jimmy akan hos kan Diari Akademi Fantasia. Konsert lak akan menjadi tugas dikongsi mereka berdua, dan Debaran Akademi Fantasia akan di jaga oleh Sarimah.

What is Debaran.... kejap ek dik non. I'll get to that in a while.

Konsep tahun ni, 2 in 1, so kongsi tugas. I don't really see the need for it, and I think ni da lari dari konsep Akademi Fantasia - as we know it, so I'm not favourable to the idea.

Why don't they trust a woman to be in charge of the show? Too risky ke? We've seen Sarimah do The Biggest Loser Asia and it's no problem for her. We've also seen her handle two years of Diari Akademi Fantasia and many awards shows - no problem there either.

So why? Demi perubahan? Entahlah... tapi memang aku tak setuju. Some things about Akademi Fantasia TAK PATUT diubah.

It's not about resisting changes, just some changes are not necessary for the sake of changes.

Period.

And here's how Akademi Fantasia will be presented.

Pada 13hb Mac, Tirai Akademi Fantasia pada jam 9 malam, Tirai akan memperkenalkan barisan pelajar as a sort of prelude. Don't know how they'll do it, but dalam sejam setengah, both Sarimah dan Jimmy akan hos.

Diari AF lak akan dihos oleh Jimmy, bermula 15hb Mac.

Ni yang pening sikit. Diari akan ditayangkan jam 7.30pm. Erm... don't people have things to do then? Waktu tak kena sangat. Nak early dinner, nak semayang, nak tuisyen, nak balik rumah dari kerja. Banyak alasan kenapa time slot ni tak kena.

Pastu setengah jam je tiap hari. Erm... boring! Kalao editing meletop ok la.. which will be left to be seen.

Moving on...

Konsert AF akan ada dua pengacara in Sarimah dan Jimmy kongsi tugas. Tiap Sabtu bermula 9 malam dari Stadium Putra Bukit Jalil, bermula 20hb Mac.

Ok.. ni perubahan yang aku rasa tak perlu gak.

Pada penghujung konsert, undian TAK AKAN ditutup, dan tiada penyingkiran.

Instead, konsep feeling fotostat Idol, hari Ahad esoknya, akan ada Debaran Akademi Fantasia jam 9 malam nak umumkan siapa yang tersingkir yang akan di hoskan oleh Sarimah. I hate this most - the fact they split the program in two.

Idol started this, and I don't see why Akademi Fantasia kena ikut. Peminat AF ni lain... kenapa nak tiru? Feeling Sehati Berdansa? Perlu ke? Aku serious rasa cam ni soal rating sangat plus soal perah undian gila-gila. Kononnya memberikan masa orang nak evaluate.. but seriously.

And setengah jam je... so cam no build up or suspense on Saturday, pastu Ahad , ala ala quickie and it's over (very the get it over quick).

As a fan of Akademi Fantasia, I think this sucks... but entah la. Program orang biarlah. Kalao tak suka jangan tengok. Tapi serious, aku rasa cam perah sangat. Chances are, I'm not going to vote sebab it comes across as a lame effort to capitalise on votes sangat.

So there you have it. Aku kurang rasa debaran Akademi Fantasia kali ni, unlike every year, and it's simply because aku rasa da lari sangat AF dari asal usul ketika program ni diperkenalkan. Again, changes for the sake of changes are not worth it... but entah la.. tengok je la camna.

Anyway, since tahun ni aku tak terlibat - dan bebudak bukan anak murid aku cam musim lepas, rasanya patut tak aku all out carot agik. Ke nak maintain polite gituh. Let me know.

Ok la.. nanti aku story lebih pasal Akademi Fantasia.

Ni cita lain. Remember I told you guys about the Power Over Cervical Cancer Campaign a week or so ago? You ladies da amik the online risk assessment test tak? Kalao lom - then do your bit for yourself and others. It takes only seminit dua for you to take the test, find out how much you know about cervical cancer. KLIK SINI tuk amik ujian mudah nih.

Sarimah is also duta tuk kempen ni.. along with someone else familiar. Aku la... This is from The Star on Monday (click on the pic to enlarge it and to read).

And guess who was on the cover of the Utusan pull out semalam? Sekali with other blog ambassadors? Again, klik pada gambar tuk besarkan.


Bangga aku for such a worthy cause. Aku dan kak Mah serta kengkawan lain memang sokong kempen ni tuk tujuan menyedarkan kaum Hawa tuk realise the threat of cervical cancer and to hopefully spread the word so korang leh equip yourself with the power of knowledge to prevent yourself from being a statistic.

Remember... everyone always thinks it's someone else. That someone could be you.

So CLICK HERE to find out more. To the ladies, do it, and spread the word. To the guys, pass it on to a relative, a friend... you may just help them from going through a lot of unnecessary suffering.. or worse.

Ok la.. esok blog agik. Aku nak sambung tido. baru abih keja sikit nih. Night (or morning) to all of you.


PS - Got a few more pics of Kris Allen to share. Next entry je la ek.

Monday, September 07, 2009

Sudah

Ni baru bangun nak sahur pas dua hari tak posa. Which brings the grand total to lima hari aku tak 'sempat' posa. Respek my Muslim friends who stick to theirs. Bukan senang ok nak posa pastuh nak function as usual in the day. I know for me, tak merokok tuh yang paling teruk... time keja stress, automatic je capai rokok.

Anyway, ni some pics I uploaded of the shooting kat Belum on Saturday.



The picture above is part of a village created.

Story Jalan Lama ni is quite interesting. Very fantasy! I like!

Basically it's about two brothers on a roadtrip. Both Que Haidar dan Hans Isaac play the brothers, who pas their father passes away, si Hans nya watak ni kena bawak balik watak Que untuk di 'kembalikan' to asal usul dia on his 25th birthday (something his dad would have been supposed to do tapi sebab da kiok takleh) - to a perkampungan belonging to a tribe deep in the forests.

A lot of strange, spooky stuff happens before and during the roadtrip and Que's character realises who he really is.

Best jalan cita dia.

And a lot of other names involved too. Afdlin and Christina, his wife was responsible for the script if I'm not mistaken. Afdlin directs too and holds a small part in the movie.

Starring is Que, Hans, Vanidah Imran... and ramai involved termasuk Namron, Ahmad Tarmimi Siregar, Liyana Jasmay, Corrie... ni some pics of the scenes masa shooting at Belum.

Que arrived about 6pm. Ni the start of the day about 6pm


Gaya, Afdlin... why is there an abandoned Giant shopping trolley in the middle of Belum? *larikkk*


11pm - Gaya pops out the M&Ms. Seb baik beg dia very the kuasa Doraemon. Ada je makanan.


10pm on. Que moving into second ke third scene.


11.30pm or so... Afdlin perah otak jap. Getting his creative mojo


Helmi - a killer director of photography


Some of the extras in one of the village scenes


Setting up for Hans and Que nya scene with the mysterious tribe


1am - just before the wrap of the scene to move into the fight scene


A very preggers Linda. Maintain cantik walaopon tengah ngandung (and she spent the whole time on set... loving sangat)


Extras sempat cam whore sat sementara menunggu set up


Helmi sempat tea break...


Sebelom lari balik ke station dia


Vanidah... fresh walaopon da masuk 2 pagi!


Que pondering his scene, Linda borak ngan Juan and Hans gets a back rub from the crew


Gaya - still cheery!


What a job! Dress up scary, in the middle of the jungle - in the middle of the night... rehearsing lines


Being fitted for her look




Rocking the horror freak look


It was fun walaopon tiring.

First of all, one thing I have to say. Nak shooting dalam hutan tengah malam is HORRIFIC! Memang bukan aku je, tapi everyone I think, could pretty much sense we were being watched.

Tapi takde benda pelik berlaku, even though aku as usual 'nampak' lelebih.

Seronok nya pasal though, tak perasan pe pe sangat. The last set of pics tuh, Vee tengah siap make up prosthetics tuk watak dia. Nice!

Make up artist nya si Edd. Kebetulan, si Edd ni dak junior aku masa ACS Klang. And memang dulu rapat gila ngan dia. Dengar khabar dia da gi London ke haper dua tahun lebih belajar make up. Tup tup... after years tak jumpa, serempak once dia balik ni.

Memang dia effects work cantik. Takde main campak sos tomato je ok. Sebab aku into effects make up, especially more to horror and gore (tengok je my Halloween pics last year yang wat sendiri), banyak la curi tips dari dia.

I think the end result is going to be quite grand.

Tanak give anything away for the moment. The movie is expected to be out only in 2011 tahun depan.

Aku lepak on location for the shoot (yang delay because hujan ketika berbuka - sempat rush balik resort) sampai takleh tahan.. ngantuk sangat.

Tapi the 50 something strong crew, and the artistes, serta over 80 extras bertahan. Salute!

Pagi smalam masa aku nak gerak da, heard bebudak semua balik pas wrap scenes kat Belum about 9am or so. Aiyo! Koma la sekor sekor nih. Plus, Monday dengar meka da sambung shoot balik kat KL. Dengar ada lagik shots kat hutan kat Gombak dan Hulu Langat lagi nak settlekan.

Wrap shoot by 8hb. Hans ajak tuk PC Cuci The Musical di, while Afdlin reminded of the preview screening of Papadom on 10th.

Takde masa lor nak cuti sebelom Raya nih. Pe pon, story banyak nak abih. Esok.. make it later today, banyak nak abihkan. Nanti je update lagik.

Masuk utan ni stressful lak. Heh... tapi nak sangat balik cuti kat Belum. Cantik abih! Everything was so... green!

Ok la.. nak sahur jap pastuh nak tido. Ta all.


PS - Tengah layan single baru Samsons - Tak Ada Tempat Seperti Surga. It's been on permanent repeat for the past few days dah sejak Irfan bagitau. Heh... Bams messaged too. Samsons the best! Siap hapal da nyanyi skali. Heh! Memang their songs semua simple, but poetic dan mendalam.

Samsons – Tak Ada Tempat Seperti Surga
Tak ada tempat seperti Surga
Untuk kuhabiskan hidupku denganmu
Senandung alunan terindah
Akan kulakukan teruntuk dirimu cinta
Separuh darah hidupku

Tak ada tempat seperti Surga
Untuk kuabadikan hidupku denganmu
Barisan syair yang terindah
Akan kulakukan untuk dirimu cinta
Separuh sukma jiwaku

Ku persembahkan hidupku
Tuk selamanya padamu
Kan kuserahkan cintaku hanya untukmu
Selamanya

Ku abadikan hatiku
Tuk selamanya padamu
Kan kuserahkan ragaku hanya untukmu
Selamanya