Why are some people so predictable?
Because memang meka ni jenis stok skema dan kekurangan kasih sayang sampai tahap apa meka wat tuh driven out of desperation gituh.
Matilah paham-paham sendiri ek sapa yang terasa.
Aku da agak last entry aku mesti ada yang panas hati. But yes, it's not the first time in Akademi Fantasia history yang ada pelajar rasa lagu mereka tidak sesuai dengan diri mereka. It's happened before... surprise... surprise. Bukan sorang... mungkin tak penah air... mungkin tak penah orang baru tengok Akademi Fantasia tak sedar.
But that's not the issue.
And no the issue is not changing songs. Tak menuntut pe pon. But I suppose some people limited comprehension bab nih, so takpe la. Dari explain why I thought he had a right say something about LAGU BARU bukan lagu tugasan biasa dia, ada je nak fire.
Bottomline is ada orang yang saja nak cari pasal dengan show ni kan? Biasalah Akademi Fantasia, popular... kenalah carut. Datuk Siti Nurhaliza popular pun ada yang carut. Orang yang mencarut tu yang melangut dok tepi, bitter dan very kekurangan kasih sayang nak cari attention dengan carutan tidak berasas.
Matilah ko. Heh!
Banyak gila komen dalam last entry. I like! I knew some people would go ballistic with my take on what happened, and true enough, ramai yang meroyan. Peliknya ramai yang anonymous yang camtuh...
Takpe la. Musim Akademi Fantasia. You guys have fun venting ok. Jangan kuar and take someone out ngan anger korang yang terpendam tuh. Kalau da gaji atau duit saku tak cukup nak AFUNDI, lepas sajalah geram korang tuh sini free. Just understand these words, "IP" dan "police report".
Amik ko.
Setakat nih aku tak heran. If you guys wonder why I ignore most of the comments, sebab I hate repeating myself. Tuk aku yang tak paham bahasa, ko terangkan ke explain secara rasional camna pon tak guna. And I don't think they even want an answer but attention.
Bottomline, aku nak tengok yang feeling dakwa peminat nih, ada lagik ke tak when these kids come out. Ni jenis kalao follower game bola nih nak sorak kutuk, padahal pasal team pon tatau apa. Saja nak join mencelah nak carik perhatian. Matilah metaphor tengok bola lak. Maksud aku, time ni ada je ramai 'pengkritik kedai kopi' dilahirkan. Meka lupa lak 'kritikan' mereka dengan AFUNDI, bukan ngan air liur.
Anyway, yang 'peminat' nak meroyan nih adalah sama stok ngan peminat yang disebut dalam Diari hari ni yang bebudak jumpa ketika trip HOHO pada hari Ahad. They nit pick, dan bith about everything without love for the show.
The real fans talk about anything and everything, but they support all the kids in spirit of fairplay walaopon mencarut.... kerana ada batasan dalam apa meka lakukan.
I am glad the kids had that episode of seeing some people yang feeling berangan jadik peminat tapi dalam sekelip mata leh kutuk hanya kerana meka tak dapat apa meka nak. Orang camni la yang takleh pakai.
Tak caya? Tunggu dalam masa enam bulan skang. Kita tengok sora fanatik semua yang da hilang kewarasan ada lagik ke tak.
Ok ok... lighten up cita sikit... hari ni kat Akademi bebudak semua nampaknya da more focused. Ketepikan kesedihan nak over da, ketepikan stress nak final, ketepikan frustration pasal orang-orang kurang siuman.
Am glad... isu lagu Aril dengar abang Acis da come up with a power arrangement. Hopefully it'll make fans happy.
Apapon... aku happy bukan je kerana bebudak semua happy hari nih masa lepak ngan meka, aku happy gak sebab dapat borak ngan someone pasal cita something unrelated to Akademi Fantasia. Besh gila dapat info! Nantila aku habaq. It's something quite a lot of people have been talking about.. but not mentioning it here for now. Ramai yang skodeng. Shhh!!!!
Also dalam lepak ngan Principal Datin Seri Tiara Jacquelina tadi, puji skirt dia pakai cantik. Givenchy ok! Merasalah! Cantik! Tapi.. erm... cam familiar kan? Terasa cam jaket Isma pakai Sabtu lepas! Heh! Sekali macam beg aku gak. Thank you Pincipal sporting jadik model aku gak nih ek. Heh!
Ok lah. Nak berhenti meroyan. Korang layan je lah Diari hari ni kalao lum layan.
PS - Jangan lupa! AFUNDI Akim, AFUNDI Aril, AFUNDI Hafiz, AFUNDI Isma dan AFUNDI Yazid.
PPS - Kalao minat bukan stakat minat ngan air liur ngan seribu alasan, AFUNDI10 terus lah ek.
38 comments:
wah..principal TJ nampak kurus dlm gambar tu..
CUKUP CUKUPLAH NAK MENCARUT PASAL PEMINAT AF NI JOE. Yang mencarut ni pun hang punya peminat jugak. tak minat hang takderlah dorang nak singgah sini. Ko carut pembaca kat sini aku pun terasa jugak.... Jangan suka jadik haters... kitaorang ada perasaan jugak. Kami kat sini nak sokong U, sebab kamilah AF ada, Sebab AF lah Blog ko ni glamor, Sebab AF lah ko ada kerja... Duit Afundi ni jugaklah pembayar bonus hang tu. Kena respek watever we say... sama respek gua kat u all produksi... gua terhibur sebab u all... but dont hate us becos kita bersuara... kita bersuara agar kita semua terhibur... jgn jadik syok kendiri jer...
But for u Joe.. i respek kat u, but dont hate us just becos kita bersuara. Pandai-pandailah terima pandangan kitaorang K. and jgn sekali kali menanyakan berapa yang i dah labur utk AF.. sesungguhnya nak byr sebuah kancil pun tak banyak lagi nak tambah sepanjang AF ni... but still u all tak respek ngan kita.
Luv u JOe...
ps: rasanya komen i ni tak kategori report polis yeak... takut juga. Asyik sebut pasal IP and report polis gak. Cam tak der kebebasan pulak. He he we want freedom freedom... MY IP is..... joe tau
joe...well said, well said! kedua2entry u pasal AFMASUK ni i suke! :D
takde kaitan dgn aril, but penjelasan ttg hak pemilihan lagu baru (single) utk student adalah perlu utk pemahaman bersama.
thanks joe!
luvsushi...
Kira settle la lagu Aril tu...peminat tak payah meroyan lagi..Semua dah HAPPY. Don't kill the spirit of AF la. Musim dah nak abis, lepas ni kita tengok siapa pelajar yg SURVIVE in industry dan laku kat magazines..Nak buat camne kan, then you guys and gals? Layan pulak Anak Wayang?
Anyway sebelum terlambat nak ucap SYABAS pada:
1.Principle Tiara sebab berjaya menerapkan sesuatu yg baru dan memberikan kelainan pada pelajar dlm AF7.
2.Cikgu Acis sebab arrangement music AF7 BEST bangat.....
3.Cikgu Aris sebab koreografi tarian Menuju Puncak BEST.
4.Sarimah sebab tak kering gusi tengok telatah dia dlm diary.
5.Cikgu Safi & Cikgu CT sebab bersungguh dlm membetulkan nyanyian pelajar.
6.Angelina sebab ada idea dgn pot pet yg menghiburkan dlm diary.
7.Cikgu Fati & Ida sebab membuatkan penghayatan pelajar lebih baik.
Joe...special thanks sebab post citer-citer yg enjoy utk dibaca...
wah...bestlah kalau lagu ARIL dah ok....hmmmm tugasan minggu akhir chekdee....... nak terus mengundi jer ....
CHEKDEE MASEH PERCAYA, JARI JADI PENENTU.
Chekdee akan terus mengundi ARIL.
Sambil mengundi...chekdee pun leh nyanyi-nyanyi skit.....hehehe hiburkan hati......cuaca le ni panas giler ........
JOE ...chekdee yang dah tua ni....kalaulah ada peluang...nak gak rasanyer dok semeja..berbual-bual dengan joe..dan student af...terutama aril....hmmm... agak-agaknyer ada peluang tak..... hehehehe (dengan muka tak malu menyatakan hasrat....hehehe...cewahhhh)
Apa-apa pun...think positif...sure aril akan buat persembahan yang terbaik. Kalau aril bukan pemenang pun....setidak-tidaknyer....aril telah membuatkan 4 finalis yang lain terasa tercabar......aha....bagus tu
Tapi...mana tau....undian chekdee banyak juga... hehehehehe.... tup-tup....ARIL JUARA..... jangan marah.....
ape2 pon org komen ko joe..ko punyer blog TETAP dlm favorite list aku...bkn sbb AF je aku baca blog ko..sbb x sume af aku follow pon.i like the way you explain n story satu2 issue..make my mind thinking hinking & thinking...
chekdenoor:kalo joe ajak ko,jgn lupe ajak aku skali..wanna have a good talk with arill too...!!Hafiz as well..he is good..
chekdee tol kata ko tu..... walaupun aku sokong Hafiz tapi aku terima kemunculan Aril kerana itu yang buat finalist rasa tercabar untuk buat lebihhhhhhhhhhhhhhhhhh baik
Thanks 4 Produksi AF7/Joe Lee kerana membuat hari2ku indah selama 10 minggu.
org yg kutuk2 tu tak cukup blajar..
papepun i sokong youu.
hihihi joe, suka la methaphor pasal bola. hihihi (^_^)
IP and police report...wtf! hahahaha
Joe...cadangan agar student yg terkeluar buat persembahan time final yea...cam AF1 ngan AF2 dulu...pas tu letak lah clip video time diorng dlm akademi ye......
Sokong Tok Sky!
(kecuali tang Angelina tu, hayyoooo plis)
Aku ade la rasa ko sometimes refrain diri ko untuk carot lebih-lebih (mati la kena zass ngan joe) obviously because of your professional ties with Astro, tapi kita semua pun takkan nak carot the hand that feeds us kan?
janji you tak ubah pendirian you, sudah.
Can't wait for AF to be over so we get to have our usual fix of entertainment rants & raves, Your Royal Carotness.
*lariiiiikkk*
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Joe : Saya tahu ini blog awak dan awak ada hak mengatakan apa apa yang awak suka tetapi saya harap anda dapat juga melihat dari persepsi mereka yang datang melawat blog anda.
Mereka menganggap anda sebagai wakil pihak Astro sebenarnya dan mereka terguris apabila anda 'seakan akan' memihak hanya pada seorang pelajar. Niat anda mungkin di salahanggap tetapi dek kerana anda sudah di cop sbg wakil, maka perasaan tidak puas hati terus di lemparkan dgn hrpn anda dan pihak produksi akan mendengar.
Macam kat dunia politik gak, apabila BN (produksi) asyik memberi pelbagai alasan dan rakyat (penonton) demand bermcm mcm. Saya harap Joe faham apabila mereka meroyan di sini ya. Amat besar sbnrnya tanggungjwb joe kt sini sbb anda dilihat sbg wakil utama pihak Astro. ;)
KakJahku : Saya hormati semua peminat² AF, dan saya rasa KakJahku juga begitu kan. Disebabkan saya rasa Kakjahku seorang yang matang saya berharap KakJahku dpt menjadi wakil kelab peminat Aril utk Menasihati ahli ahli untuk stop menyalahkan peminat Hafiz dan Hafiz sendiri.
Bukan semua mereka diva yg sering di gembar gemburkan itu. Seperti peminat Aril mempertahankan Aril yg dituduh poyo dan demand lagu begitu juga peminat Hafiz yang cuba mempertahankan Hafiz. Kita sama saja sebenarnya. Harap korang juga dapat buka hati dan minda kenapa peminat Hafiz merasakan dia disisih.
Peminat Hafiz: Minggu ni dah minggu last AF7. Kepada peminat yang masih ada rasa terkilan atas apa yang berlaku sepanjang AF 7nie,hentikanlah semua itu kerana ini tidak akan menguntungkn siapa siapa.
Peminat Hafiz yang setia, saya tahu tidak mudah tersentap. Hanya segolongan kecil shj namun Saya faham apa yang mereka smua rasai. Jika boss saya: seorang setiausaha kanan kepada Menteri dapat merasa wujud favouritism ketika menonton diari, inikan penonton lain kan? (Yes joe, saya benarkan anda trace ip ini kerana saya menulis di pejabat).
So peminat Hafiz, lupakan apa yang dah berlaku dan sekarang misi anda semua- AFUNDI. Jika sudah rezeki Hafiz, Alhamdulillah. Jika tidak, mungkin Allah ada plan lain untuk dia.
Astro AF7 crews dan konco konco: Berhentilah menyalahkan peminat dan meletakkan peminat sebagai orang dungu muzik atau dunia hiburan. Bukan semua mereka buta hati, mata dan telinga. Ingatlah satu - Mereka adalah PELANGGAN ANDA! Hargailah mereka. Without them, AF tidak akan kemana mana.
Salam dan Selamat Afundi.
-Afundi Hafiz-
..................................
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya sangat tertarik dengan komen di atas oleh peminat hafiz. Sebagai seorang peminat hafiz dan akim saya juga terpanggil untuk menyatakan perasaan dan pendapat saya mengenai AF7.
Sebagai seorang penonton yang mengikuti AF7 dari awal hinggalah sekarang saya seperti juga berjuta-juta penonton sememangnya merasakan ada unsur favouriteisme dalam AF7. Apatah lagi setelah Aril tersingkir yang menjadi kejutan dalam konsert ke 7 dan dalam konsert ke 8 drama yang dilakukan oleh Prinsipal Tiara dengan penyingkiran Aishah dan Claudia secara serentak menguatkan lagi kepercayaan saya bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam perjalanan AF7 kali ini. Bukan saya seorang sahaja yang melihat drama prinsipal Tiara dalam penyingkiran konsert ke 8 itu dengan mengumumkan AFmasuk tetapi begitu ramai penonton yang merasakan perkara yang sama sehingga menjadi kecoh bukan sahaja menjadi bahan perbualan seluruh rakyat Malaysia, malah menjadi tajuk-tajuk utama akhbar-akhbar arus perdana dan menjadi pertikaian di chanel @15 dan blog.
Kepercayaan berlakunya drama yang dirancang akhirnya terbukti apabila produksi AF terkantoi apabila tersiar sarimah mengumumkan dua pelajar tersingkir sehari sebelum konsert pada ketika akim sedang melakukan rehersel dalam diari INT. Pada ketika itu rasa hormat saya pada prinsipal tiara dan produksi AF7 hancur sama sekali dan saya percaya penonton-penonton juga merasakan begitu kerana merasa seperti ditipu dan diperbodohkan dengan drama sedih dan terkejut prinsipal tiara dengan penyingkiran Aishah dan Claudia rupa-rupanya hanyalah lakonan yang telah dirancang. Apatah lagi melihatkan penjelasan demi penjelasan yang tidak konsisten sama ada oleh prinsipal Tiara dan pengurus saluran astro ria Kharul Mizan. Tambah melucukan apabila dalam Gala TV disiarkan Khairul Mizan yang sering gelabah dengan bahasa badan yang menjelaskan segala perancangan drama kantoi dan tidak mampu merungkai segala persoalan yang dilontarkan.
Pada saya dan begitu ramai mereka yang menyaksikan AF7 bukan menyalahkan aril tetapi lebih kepada manifestasi perasaan tidak puas hati dengan drama murahan yang dicipta dan dirancang astro sehingga pelajar lain menjadi mangsa dan penonton-penonton seolah-olah buta mata dan hati sehingga boleh diperbodohkan seperti itu.
Astro AF7 crews dan konco konco termasuklah joe klubkidd (silakan trace ip saya dan buatlah laporan polis dan saya bersedia menjadi orang pertama dalam sejarah AF7 didakwa kerana meluahkan perasaan tidak puas hati): Berhentilah menyalahkan peminat dan meletakkan peminat sebagai orang dungu muzik atau dunia hiburan yang boleh diperbodohkan. Bukan semua mereka buta hati, mata dan telinga. Ingatlah satu - Mereka adalah PELANGGAN ANDA! Hargailah mereka. Without them, AF tidak akan kemana mana.
Kepada semua peminat Hafiz dan Akim bersabarlah. Jika sudah rezeki Hafiz dan Akim, Alhamdulillah salah seorang dari mereka pasti akan dinobatkan sebagai juara bersandarkan bakat dan kebolehan yang dikurniakan Tuhan bukan atas faktor kesian. Anda berdua telah membuktikannya dalam persembahan hebat anda. Jika tidak berjaya bergelar juara, mungkin Tuhan ada plan lain untuk mereka kerana titik mula perjalanan seni akan bermula di luar nanti dan semoga mereka tabah mengharungi dugaan dan cabaran menjadi insan seni tanahair.
Hafiz di mana kan kucari ganti dan Akim I'm Yours.
hauhauhaua... jangan panas. aku dedicate pada sesetengah orang yang cam tak skolah (ke sebenarnya bawah umo - susah nak tau sebab anonymous kan).
and my blog ni extension of myself je. tak kena mengena aku dapat keja ke tak. dan aku tak dapat bonus no matter how good af7 perform (so motif kata aku dapat bonus)
but i love you guys for coming in and sharing your thoughts. just letih kalao adayang tak pikir secara waras dan meroyan cam nak nak masuk tanjung rambutan.
apapon - i think IP and police reports are effective words in minimising crap. LOL!
azyze lama tak nampak...
kantoi kantoi kantoi.. tu alasannya tak puas hati afmasuk.
1. da explain dalam papers oleh pala. 2. dari dulu biasa da afmasuk je ada peminat lain threatened. rasanya kalao bukan aril yang masuk tapi student yang mungkin tak kuat langsung... camna ek? ada tak yang meroyan?
2. ko masih tak paham ek konsep? sapa salahkan peminat. AKU di dalam blog aku, tegur yang menggunakan bahasa yang indah sekali. baca balik komen2 pada entry lepas.
PS - here comes another self righteous pelanggan excuse. sigh... ni yang aku malas. which part of RATIONAL don't they get
peminat hafiz tak habis meroyan.muntah!
Tok menyokong AKIM dan tidak meroyan. Terus afundi pukal for AKIM sebab dia dedikasi, fokus, hardworking, ada keinginan dan kemahuan untuk berjaya dan sentiasa memantapkan diri dan persembahan seperti yg telah dibuktikan sehingga kini. So apa lagi, AFUNDI 10 AKIM berkali-kali sehingga malam konsert.
I SOKONG Incik JOE!!! (^_^)
peminat Hafiz..
JAWAB KOMEN U
'KakJahku : Saya hormati semua peminat² AF, dan saya rasa KakJahku juga begitu kan. Disebabkan saya rasa Kakjahku seorang yang matang saya berharap KakJahku dpt menjadi wakil kelab peminat Aril utk Menasihati ahli ahli untuk stop menyalahkan peminat Hafiz dan Hafiz sendiri.'
!~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
xde..fan ARIL xde salahkan sume fan hafiz..cuma kadang2 rs xpuas ati dgn sesetegh fan hafiz yg kuat sgt mengutukk..tu je..buktinya..u dok mengadap @15 kol 10 mlm(pas diari af)..from cenel tuh..u akan tau yg sesetgh fan Hafiz agak melampau..
hope..u sbg wakil fan hafiz..nasihatkanla kenkawan u tuh jgn meroyan sgt..sampai kutuk2 cikgu2 hafiz kat af..apa hal??...
FAN aril XPENAH SALAHKAN HAFIZ PON..
bukan niat nak gadoh..cume luahkan perasaan yg dah lama terbuku!Sekian..
FAN ARIL..UPKAN LAGIK UNDI..
AFUNDI10 ARIL KE 32999.
FAN aril XPENAH SALAHKAN HAFIZ PON..
statement tidak tepat........
sebenarnya mana mana pun sentiasa ada wujud salahkan pihak lain untuk diri sendiri... scroll balik kat atas pun boleh nampak....
Apa yg x tepatnye??
penah ke aku kutuk Hafiz...
tahun nih aku xkutuk sesapa pon kecuali RINI,,,tuh pun time awal2:P
fan ARIL hanya tahu mengundi dan bersabar jek membaca sebarang komen yg menyakitkan hati..
AFUNDI10 ARIL KE 32999
SILA TAU BEZAKAN PEKATAAN
'FAN HAFIZ' N 'HAFIZ'..
ok..
matilah aku sebut nma Hafiz pulak kan..matilah kang fan dia meroyan lagi..:P
sebab ko tak cantik macam Rini tu yang ko kutuk dia, kes cemburu lah ni kakjahku oi...yuck,sudahlah kau
hebatnya penangan AF :D
joe why so defensive???
kenape ada word police report dan ip ni???nikan dunia hiburan tak payahlah nak dipolitikan,kan???believe after this af things will cool down,its just the heat of the moment lah joe!!!
masa ada dalam af, confident x nak undi..
dah kene kuar af, terhegeh2 nak undi..
dah masuk balik af.. kecoh2 nak undi..
x perlu nak terhegeh2 dan x perlu nak kecoh2..
undi sajork!!!
itulah peminat hafiz semua emo!!!!!!!!!
itu menunjukkan Hafiz telah berjaya menawan hati berjuta-juta rakyat malaysia....
korang gadO2 kat sini pun xde gunannyee...yg kaye rayee tokeh AstrOK....muahahahaa
ade aku kate aku shantek ke anon???
Anon kat blog joe nih biasanye bebudak je..yg meroyan kat @15 pon bebudak je..adoi..camnela aku leh layan dorg neh..
matilah bebudak attention seeker katanye..
joe,
ade je... ttiap ari masuk sini.
tapi malas nak komen pasal banyak sangat yang meracau meroyan kat sini.
lagipun since your appearance in the idiot box makin rancak (matila ko ingat aku carot ko idiot kan hahah larikkk), wohoo banjiran "peminat abang Joe" bagai badai gittew huhahahaha. Seram pun ade gak ;)
we keep it cool lah kan brother :)
kakjahku said...
Apa yg x tepatnye??
penah ke aku kutuk Hafiz...
tahun nih aku xkutuk sesapa pon kecuali RINI,,,tuh pun time awal2:P
fan ARIL hanya tahu mengundi dan bersabar jek membaca sebarang komen yg menyakitkan hati..
AFUNDI10 ARIL KE 32999
----------------------------------
yes, maybe ko tak kutuk Hafiz... tp fan Aril yang lain kat atas ada juga mengutuk.... so perbetulkan statement ko aje.... adalah perkara normal tiap tiap tahun AF fan pelajar pelajar saling kutuk mengutuk.... aku tak defend sepa2 punya fan.... tp statement kakjah more to bias.... statement tepat "setiap fan saling kutuk mengutuk" dan ianya termasuk fan Aril dan fan Hafiz..... ayat kakjah lebih kepada shield diri sendiri... kerana labelkan diri sebagai fan Aril....
P/S: kalau dah terjun ke kolam biar mandi sampai pucat.... itu baru peminat sejati.... terima aje segala kutukan.... Peace!
matilah terjun kolam pulak..adehla
matilah terjun kolam pulak..adehla
biarlah kakjah.fanatik hafiz je bijak pandai.peminat yazid,isma,aril dan akim semua bodoh.hafiz diva kalahkan anuar zain,siti nurhaliza,mawi dan lain2.
Amin..sesungguh nya kata2 tu satu doa..Amin..Afundi Hafiz!!
itu dia peminat hafiz bodoh lagi.
Post a Comment