Ok. Where do I start?
Let me start dari hari Ahad ok.
Petang tu aku diajak ke suprise birthday Jimmy Shanley. Aku malu gak sebab aku ok ok ngan Jimmy, tapi aku rasa takder ler layak aku nak gelar kawan sebab bukan kami rapat sangat.
Tapi bebudak production Trek Selebriti ajak gak, so aku pun iyakan ler kehadiran aku.
Seharian aku risau akan terserempak seseorang kat sana, memandangkan dia ada kat konsert malam sebelum. Bukan apa... aku memacam emosi terbuku I don't want to jumpa dia.
Awal pagi call Nana, sebab ingat leh gi ngan dia, tapi Nana kata dia keja ari ni tugas... tuh pun sebelum tu ada outdoor event ERA kul 3pm.
Mmm... tukar plan, aku ajak ler member sorang tuk temankan aku sebab tatau sapa agi akan kesana.
Sampai sana, kami terpaksa ikut entrance belakang, orang Menara Kuala Lumpur kata Jimmy dah pun sampai, so kita kena lalu dtaff entrance nak naik.
Sampai kat staff elevator tuh, jumpa Marsha dan Adi dari Maestro. Apa lagi... naik gila terus ler ada gang.
Sampai atas dalam bilik sederhana besar, ada kawan-kawan production dari Astro. Eh eh... Adi Fashla pun ada. Happy terus.
Lepas kejap, Leez lak masuk bersama ayah dia.
Besh!!!
Aku, Adi, Marsha and Leez pun lepak ler one side ngan beberapa orang kawan sok sek.
Aku korek ler sikit info pasal bebudak dalam Akademi.
Dua soalan penting aku tanya.
Satu.
Sapa yang paling plastik dalam Akademi... kira baik ataupun buruk, time dari meka kat Holiday Villa, sampai ke tahap ni di dalam Akademi.
Jawapannya tak mengejutkan aku. Walaupun kalao aku tulis kat sini mesti ramai membantah sebab orang tuh takkan disangka sedemikian.
Bukan aku pancing jawapan dari Leez. Aku cuma nak kepastian jujur darinya. And aku tak bagitau dia pun nama yang bermain dalam pala aku.
All I can say is, depan kamera, jangan ingat yang innocent, bendul tuh... adalah sedemikian sebenarnya. Lain aku no komen. Kalau nak memilih atas peribadi, ingat sahaja, peribadi sebenar bebudak ni korang takkan tahu.
Dari tiga musim Akademi Fantasia sebelum ni, aku tengok dalam-dalam, dan aku masih rapat ngan sapa yang true to themselves.And I am thankful aku hanya sekali silap dalam tafsiran aku pasal peribadi seseorang tu.
Masuk second question lak. Pasal adakah sorang tuh gibeks (tatau maksud perkataan tuh, takper... ini relevant pada siapa yang paham je)
Again, jawapan sama ngan seperti apa yang aku bayangkan. Nama yang sama.
Kesian che ki yang akan terkesima sebab begitu idolise dia sebab ala lelaki Melayu terakhir gitu. Aku hanya mampu gelak.
Kedua soalan mendapat jawapan yang sama.
Whatever lah... sempat ler bual panjang ngan Leez gak, ditemani Marsha.
Marsha lak kena laser pasal isu orang perkatakan ngan Mawi. Aku bab tuh aku nak katakan, aku rapat ngan Marsha dari Konsert Prelude.... MENGARUT cita dia bercinta ngan Mawi. Tu je.
Trust me.
Kalau mereka yang pernah ikut blog aku, atau pernah bertanyakan benda ni pada aku face to face, tahulah cerita sebenar keakraban mereka.
Suka tak pic Marsha dan Adi menggila tu?
Lepak punya lepak, Lotter lak di bawak masuk oleh Man, pemenang Resume Untuk Mawi tu, yang kini bertugas kat Maestro.
Tak sempat cakap ngan dia, time Jimmy nak masuk bilik da. So semua standby.
Alamak... jerit surprise bila pintu terbuka, tapi dia tak masuk agi. Damn..rosak kejutan.
Jimmy celebrate tak silap aku birthday dia on 13 July, aku 17 July, tapi I think he's 26 (ampun ler kalao silap) aku lak beza bukan je empat hari pada tarikh, but also empat tahun in terms of the number of birthdays.
Makan-makan, kena serang ngan bebudak Trek Selebriti yang wat recording. Damn... perlu ke.
Segan. Tanak kena label seperti sparuh orang gila glam bangga muka masuk TV. Perlu ke?
Makan-makan and all, sempat ler sembang ngan Lotter.
Had to sebab budget the next day ada press conference Siti Nurhaliza aku memang tak kan ke Astro untuk elimination press conference Lotter.
Ok ler...dia down to earth and honest.
One thing I can say for Lotter is that he realises kekurangan dia, which is a good sign.
"Lagi baik saya keluar daripada duduk dalam , bang sebab saya tahu ramai tak suka saya."
Aku ngaku aku pun bukan peminat dia, and ada show dia yang hancus nak mampos.
But at the same time, aku pun puji dia wat show cam Azizah, and Chow Kit Road yang berjaya menghiburkan orang, walaupun aku tak impress.
Dia terima memacam teguran dan nasihat. Hah... pepandai ler belajar ek Lotter pasni.
Tak sabar nak belah pas everything da settle.
HAPPY BIRTHDAY JIMMY.
Ni lagu besday istimew aku untuk Jimmy.
Happy birthday to you,
Ko memang kertu,
Tak mungkin lagi jambu,
Teruskan hidup sebagai andartu!!!
Pecah perut tengok reaksi Jimmy... amik ko!
By the way, gambar dia pegang telinga tuh bukan apa... bukan karaoke yang nak bagik letop gegendang telinga ok!!! Sebenarnya, Jimmy chicken siot when Lotter started popping the balloons dalam bilik. Aiseh.... tu pun seram ke Jimmy. Serves you right...ko selalu nak surprise ngan microphone ko kan. Merasalah kena torture... (gelak evil tahap Omen)
Gerak sekali ngan Marsha and Adi yang nak bergegas ke KL Sentral nak amik ticket flight untuk Felix.
Aku hantar member balik, then lepak sat kat Shah Alam ngan orang gila.
Esok nya, aku takleh ke Astro untuk PC Lotter... last-last kelam kabut seharian wat cita Siti, my column, as well as extra story pasal Saleem.
Mmmm... apa komen aku pasal Siti Nurhaliza nak kawin Datuk Khalid Mohammad Jiwa?
Selamat pengantin baru to them is all I can say.
Apa pun pandangan masyarakat, they have the right to choose what they want to in their lives. Orang nak kata apa pasal beza umur, taste Siti dan sebagainya... honestly, I myself wouldn't want people to judge me on who I choose to spend my life with.
Siti, kalau awak baca ni seperti aku pernah singgah sini... congratulations, seikhlasnya daripada saya. Aku ngan ko penah ada salah faham, but I hope everything's ok now. And I support your decision.
Cuma aku harapkan ko jangan terus tinggalkan dunia seni.
Semoga ko dan pilihan hati bahagia selamanya.
Aku rasa orang kena hayati apa yang Siti lalui selama ni. Aku letak pantun yang di ucapkan ayah Siti masa press conference tuh, because I think ada yang tersurat dan tersirat in it.
Masing-masing faham lah apa yang patut. What I think of it, is the same as ada comment yang memberikan tafsiran dalam posting lepas. Korang usha dan renungkan.
Abih je keja da dekat kul 9 malam.
Rushed over to Nikki and Yanie's place, sebab ada small gathering of friends and 'family' to celebrate my birthday.
Full guest list?
Vernon (dia posting sini sebagai Mr. Manager), Fiebie (yang kurang waras), Juan (dah kembali blogging selepas bertapa untuk straightenkan rambut tanpa rebonding), Hatta Dolmat (member designer yang wat baju untuk Fasha Sandha dan Jac masa Anugerah Bintang Popular - ala yang cam pokok Christmas tuh), Rudy, Reza, kak long Zakiah, abang Badrul (my all in one family member), and Jolyn.
Of course, Nikki dan Yani, my baby sisters, ada sekali (siap masak ok tunjuk skill!!!) and a surprise guest in Diddy!!! (tima kasih abang Badrul sebab bak dia)
Gambar bawah ni (from left) Nikki, Diddy, Yanie dan Hatta (feeling mata merah kena silau)
Aku sedih sebab Ning tak sempat abih shooting Diva, and call time awal lak esok, so tak join, but it was nice she called and wished me still. Zahid, my baby bro, too tak jadik mai sebab mesej aku kata mom dia warded nak kena operate, so malam tuh or next day kena rush balik.
Oh... and 'dia' ada sekali. Sebenarnya walaupun aku gembira dia ada sekali, merunsingkan aku gak kehadiran dia. Takyah sebut kenapa. Cuma cukup ler mentraumakan aku for the rest of the night and the next day.
It was a nice, simple birthday with people I love and have helped me much through life, so it made 30 a bit easier to digest.
Yang besh... hah ni nak pecah lobang.
Anugerah ERA nanti ada surprise performance (tak surprise lagik ler aku pecah lobang sini).
Ning akan di back kan by Nikki and Yanie for a new song which will be out soon exclusive on ERA. Tajuknya?
Drama!
Lagu memang lagu dance yang rancak aku full of attitude. Trust me, kita semua lak nari sakan dengar lagu tuh. Tak sabau aku nak dengar kat radio.
And then (walaupun tak dibenarkan cakap ni) dengar dua lagu baru untuk album Ning yang akan datang.
Awmigawd.... walaupun aku tengah tak tul emosi.... suddenly I was carried off by the music and Ning's vocals. If you guys love album Erti Pertemuan, ngan lagu cam Awan Yang Terpilu - you guys are going to be amazed by this album. Another album to look forward to this year selain album Siti Nurhaliza yang dah pun released, Transkripsi.
Ooh... and jangan lupa album Yanie gak... ada surprise (baca balik sapa tamu-tamu malam besday celebration aku ni and you might guess what it is)
Balik tu, aku happy campur sedih. Entah... emosi aku memang tak stabil.
Sepanjang ari tak stabil je emo aku... I don't know how to settle into being 30.
I feel like I'm ten years younger. Masa time aku jumpa bebudak sekolah rendah aku recently pun, aku rasa ler aku paling bebudak antara meka sebab aku masih cam carefree and so upbeat. Erm... maybe it's all in the mind je kot.
Anyway today was a sombre day spent gathering my thoughts.
Apapun aku kena wish ler everyone of you out there, too many to name, yang hantar aku ucapan birthday, and all your lovely messages that made things so much more easier for me to go through. Sorry I can't reply anyone sebab ramai sangat!!!
So for everyone yang wish aku (and yang tak sempat walaupun berhajat), I love you guys!!!! You guys rock!!! Thanks so much for being a part of my life, even those of you who may be strangers to me in real life.
Pada mereka yang inginkan ulasan dan carutan Akademi Fantasia aku, sorry cause the last two days aku tak sempat. Ari ni aku kembali, (hopefully) ngan lebih statement kebinatangan... aku will do my best ok!
Lagu tugasan minggu aku takkan ketinggalan post, so here it is. Lagu tugasan minggu ni.
Amirul - Jatuh (Adam AF2)
Faizal - Smells Like Teen Spirit (Nirvana)
Farhan - Emosi (Sheila Majid)
Haziq - I Need To Know (Marc Anthony)
Velvet - Penantian (Harmoni)
Lagu Bonus - Bila Rindu (Ruffedge)
Lagu Bonus - Aku Sudah Jatuh Cinta (Norsheila Amin)
Lagu Bonus - Cinta (Melly Goeslow & Kris Dayanti)
Komen aku?
Amirul dapat lagu yang vocal range sewaktu ngan dia iaitu Adam. Please-lah.. haiyo!!! Ramai lagik ler betina bawah umo yang ngundi dia pakai kredit/bil mak bapak.
Faizal dapat Nirvana aku tak heran. In fact, aku nak thank Astro sebab finally bagi dia dan Haziq lagu omputeh.
And on my birthday too!!!
Aku kira tu hadiah daripada Astro tuk aku ler...
But Nirvana dia leh cover dia punya vocal flaw banyak, and even lyrics. Wish it had been more challenging. Kalao nak tolong dia vocal aspect bagi rock pun, bagi ler Coldplay ke or something yang bukan lagu budak 13 tahun pun tahu. Sheesh... meka bagi lagu omputeh bagi yang cukup syarat je nak tolong. If he fails this, memang patut kena sebat je.
Farhan? I think it'll be up her alley, and after berminggu di uji, I think she deserves a song like this which is averagely up her street.
Haziq will be a laugh and that's all I can say.
Lagu Velvet susah aku nak judge sebab aku tatau (ataupun tak ingat). Nanti aku carik or tonton Diari tengok camna.
Aku tak stuju tul... tak paham asik lagu Ruffedge jadi pilihan musim Akademi Fantasia kali ni.
Lagu Aku Sudah Jatuh Cinta bakal jadi lagu joget lambat presentation ala Hari Penyampaian Hadiah cam minggu lepas ketika Saya Anak Malaysia, while Cinta akan menampilkan hanya, again, kekuatan Farhan dan Velvet, ngan Amirul vocally jauh tecicir banding ngan Haziq dan Faizal.
Oh one more thing. Malam tadi aku tengok preview tiga episod siri terbaru yang akan mula ditayangkan tonight over TV3, iaitu Ejen 016.
Cita ni aku tengok tiga siri masa preview semalam, best gak ler.Aku akan update on it as they show it, sebab tanak ler jump the gun.
First of all, the ad campaign for this show is amazing. Kelakar gak ler.
Meka kuar iklan program ni yang kelakar aku dengar, sampai ada sekolah yang nak gi camping Ulu Yam leh call pihak akhbar nak sahkan tul ke tak sebab trip meka upcoming.
Either the ad is really good, or really the saying is true that there's a you know what born every minute.
Visually, for the small screen, it's quite a breath of fresh air ler sebab bosan ngan memacam drama swasta nak layan.
Daripada shots dia, nampak influence CSI, 24 and even a bit of Baywatch (korang tengok korang pahamler bab Baywatch tuh - in slow mo lagik ok).
The plot centres pasal meteor ni. Experts from Indonesia, Malaysia, Thailand, Cambodia and Vietnam predict the coming of the meteor.
What's so special? Said meteor comes with legend that memang kehebatan meteor tak terkata ler nilai dia.
Bad guy steals meteor knowing of its power, pastuh a special unit (headed by Apek... aduh!) is sent to retrieve it as unknowingly pada the baddie (Mustafa Kamal yang nampak cam Amitabh Bachan lak - or DJ Dave kalao ko ingat posting aku sebelum ni) that the world is going to go ka-boom soon.
Aku tanak review lebih... korang kena la tengok sendiri.
Cast list dia impressive abih! Tapi aku punya personal favourite sebab ada Saiful Apek and Ida Nerina and Aleeza Kassim (with a new hairdo ala Natalie Imbruglia).
Ramai lagik ler... babe factor dia dapat ler five star ranking.
Pada peminat Akademi Fantasia, tunggu kemunculan Adam. Ada banyak cameo dalam siri ni so setiap episode korang betul-betul kena watch out.
Lawak tul Apek. Favourite scene aku tetap tima semua ejen kuar libas rambut, Apek lak sekali.... (gelak jatuh kerusi sat)... korang usha sendiri la.
Malam ni at 9.30pm.
Ok ler...panjang tol aku punya posting. Tomorrow posting lagik ler.
Hope korang puas entry balas dendam dua ari senyap ni.
Going to sleep now... 30 year-olds can't take the pace lasting until 4am ni...
0 comments:
Post a Comment