Showing posts with label amirul. Show all posts
Showing posts with label amirul. Show all posts

Wednesday, August 23, 2006

Catatan Duka - dan sedikit yang menceriakan

A little trackback.

Ari Isnin, belah malam, pas abih segala kecoh belaka, aku drop by ofis ayah Farhan, sebab Farhan Friends' Club sekali ngan family Farhan wat surprise bagi dia and menjemput aku join.

Semua keluarga Akademi Fantasia musim keempat hadir, kecuali Faizal dan Lotter yang memasing sibuk.

Masa aku sampai pun da lebih kurang 10 malam da. Kebetulan sampai pun da nampak Diddy, Haziq dan Amirul nak ciao.

Sembang tepi jalan je la...

Sekali ngan birthday girl... naik atas tengok si Rich dan Velvet masih ada.

Meriah gak ler... sorry kalau tak sempat say hi ngan everyone, tapi pada sapa yang tegur tu, sorry ek kalau nampak tak larat sikit sebab memang tak larat sebenarnya pun.

Tak larat, dok sampai 2 lebih pagi sembang memacam ngan parents Farhan. Mak dan ayah dia memang mesra, dan yang aku paling salute, they really want the best in terms of Farhan's career.

Kekadang bila benda tuh berlaku, nampak cam campurtangan, tapi pengalaman ayah Farhan tak boleh diperlekehkan, and since he does know what he's talking about, it made me realise just how far Farhan will go with the support of her family.

Aku tak banyak amik gambar sebenarnya... nak kata betul-betul ni sekeping je amik. Bukan apa... tapi letih tak terhingga... balik malam tuh yang kena Xanax terus sampai KO.

But malam tuh ler si Rich, Velvet dan Farhan ada bagitau pasal rakaman Dari Studio 1 Akademi Fantasia 4 yang akan jalan esok, and they ajak to join, so I said I would think about it.

Yesterday pas blog semua, ajak orang gila join, tapi dia tak sempat, sebab banyak keja nak abihkan sebelum kami reramai cuti ke utara (padan muka tanak abihkan keja cepat!). Juan join lak sebab dia tengah pree pun.

Akibat dia feeling dia, janji nak join kul 7.30pm, aku dok terlopong nunggu sampai 8.40pm baru dia sampai.

Terus gegas ke Astro, berlainan keta sebab dia ada urusan pastu.

Abang Badrul da calling tanya kat mana, dan that they were going to start.

Jalan masuk ke entrance, ada sekumpulan rempit yang agaknya datang bukan sebab tarikan Akademi Fantasia, tapi sebab no life (entah warga Astro mana lak kutip kot ajak mai) because they were just uncouth, heckling at everyone walking past. Idiots...

Farish (mamat Durian Runtuh) kat entrance ngan Nana yang kalau tak silap aku wat Brek!, tegur... sempat ler dalam kelam kabut Hi Hi Puffy Amiyumi katanya.

Masuk je, terkejut ngan ramai gak yang mai nonton. Puas lak tengok Farhan Friends' Club turned out in large numbers.

Again, more Hi Hi Puffy Amiyumi, pastu tengok abang Badrul da peluk tubuh jeling sebab memang show masa tuh nak start.

Meriah punya meriah! Marsha ada sekali ngan abang Adi dari Maestro. Eh , Tasha ngan Hazama pun ada. Apa lagi... show jadi lagik meriah ler ngan pesta kat bahagian belakang studio kami semua joget lambat... sesi ngumpat etc.

The show was fun... nak ulas pun tak guna kan, sebab lambat agik sebelum tayang (mesti stok Raya), so korang tengok je kang.

Masa final song retake sekali lagi, kami semua gerak amik angin supaya elak crowd, and then lepak kat wardrobe area tunggu yang lain.

Dalam 10 ke 15 minit pastuh, bebudak semua muncul. Aku malas nak bangun sebab Farish tengah channel surfing the new channels yang akan ditambah kat Astro (dalam Astro da leh tengok dulu, kalau pelanggang 31 August je la dapat nonton). So layan...

Keluar je jadik mangsa. Terima kasih pada Marsha yang suka cubit aku, especially perut (mentang-mentang aku bulat!), semua bebudak ikut tabiat especially Lotter Amirul, Haziq, Faizal... aiyak... even Salima.

Abih lebam aku!!!!! Arghhh!!! Nasib baik doktor bagi ointment sekali.

Faizal mintak maap tak balas SMS wish dia Happy Birthday, ngadu dia letih. Kesian lak tengok budak ni.

Pastu ngadu kena kacau orang. Mana taknya... nombor handphone dia yang baru beli aritu masa dia call aku, rupanya da tersebar dan orang pelik-pelik entah dari mana call. Takde privacy. Seb baik dia dapat nombor baru private line seperti aku nasihatkan (sorang-sorang semua double line dah pun).

Dari kat belakang wardrobe, kami semua berpecah.

Farhan ikut family dia yang jemput. Bebudak pompuan lain in Zila, Salima, Karen da Nora ikut transport yang di bawa Man dari Maestro. Lotter naik ngan Rich, manakala Haziq dan Amirul naik ngan Diddy.

Selain dak pompuan ikut transport, bebudak rancang nak gi makan kat McDonalds kat luar highway tak jauh dari Astro. Diddy, Rich dan Haziq ajak join sekali.

"Abang, ikut kereta abang ek."

Eh eh... apa salahnya Faizal. Tapi masaalahnya Faizal nak balik, so aku bagitau ler kita nak gi melantak dulu beramai. Lagikpun dia ngadu lapar sebelum tu.

Tapi sebab dia ada rakaman Dari Studio 1 esoknya (ari ni) dan juga dia kata kena pindah rumah (dia skang dok serumah Haziq, Amirul dan Lotter) sebab kena dok ngan sedara mara dari Melaka or something like that, dia kena lah forego the plan.

Kesian lak...bagus la ada sedara mara tengok-tengokkan dak tu, tapi kekadang tengok rasa terkongkong lak.

Dia lagikpun da of legal age, he needs to be allowed to mature ma.

No harm to our plans.... kami semua yang lain serang McDonalds, termasuk Farish and friend

Ni pics kemeriahan kat sana. Pas abih baru terperasan, alamak pic Rich takde lak. So Rich, sorry dude....tak sengaja!!! Peminat Rich jangan marah kata aku saja tak amik pic dia lak tau!

The best pic aku suka? Si Amirul perli berlakon on the phone, sebab Velvet kena laser ngan aku sebab hobi bergayut dia.

Aduh.. pecah perut semua gilir-gilir dikenakan macam-macam. Eh Dora... ada gak? Rajin speeding katanya nak join sebab member bagi tip-off pasal kehadiran bebudak kat McD (Dora ni pembaca blog aku). Hah... sempat... jangan kata aku tak introduce!

Adi... ko jangan panas ek!!!Asik kena mangsa je ngan semua... (gelak evil of the evilest!!!)
Balik malam tuh, berSMS ngan Faizal ngan nombor baru dia yang diberikan, yerlah... kesian dia ditinggalkan camtuh. Nak wat per, da nama champion, tugas dia yang diaturkan tak munasabah pun, terpaksa.

Faizal ajak gi sokong dia tuk Dari Studio 1, aku pun tak pasti nak cakap apa. Try jer lah ek Pejal... apapun ko ramai peminat, tak kurang jeritan. Tapi sempat ler marah dia gi tido... da kalau tak muka kelebaman pastuh.

Why tell all these details? Sebab fanatics... korang nak cakap apa, silakan je. (gelak sambil tercekik asap rokok ni)

Ari ni ada assignment. Pelancaran buku Catatan Duka Diana Naim.Yeap... Ina (lebih dikenali sebagai Bert disini), ada release buku pasal kisah trauma dia. Suka atau tak suka, I think you guys should pick up the book.

Setiap masaalah ada dua belah cerita, and keduanya ada kebenaran. So I think you just need to listen to the other side too.

Aku bukan kesian ngan Ina, tapi kagum in a way sebab she is strong, no matter how you look at it.

Aku rasa kesian... simpati... semua tuh takyah la.

Ina cukup tabah tanpa sebarang keperluan tuk tuh semua... she has to prove herself, and I'm glad to say that she is appearing to be more independant, away from nama Mawi.

Malah buku ni katanya akan menjadi kali terakhir tuk dia sebut nama Mawi, tuk give her side of the story.

Pas interview , saja usik amik pic kak Shana layan interview ngan Ina (tagline : Entahlah kak Shaaanarrrrr - merasalah carutan Farihad).

Today kalao sempat abihkan keja, singgah ler usha show Faizal (atas jemputan tuan badan, bukan merempuh - lawak...lawak)

So I'll end today's entry ngan tribute to Siti ni in photographs. Terima kasih, and credit to TV3 as well as teman-teman lain for these photographs. Bermula ngan saat cincin disarungkan, the planted kiss of the husband on the bride on the forehead until their first pics as husband and wife. Enjoy....and again, selamat pengantin baru Datin Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa.

By the way, pada meka yang mulot poaka (termasuk aku) tapi especially Fiebie, ni pesanan penaja dari Siti kat sebelah.

Jangan nak carut-carut tiara dia tau!

Mana taknya dia pakai tiara, designer pun Radzwan Radzwill (merasalah jadi crown IQP ke Miss Wilayah akan datang terus! - matilah aku kena bunuh che dung dan mama Rossa)

Ok guys... am signing off today. Got a little more work to finish off.
Plus tomorrow gotta go Immigration, nak renew balik passport (gi Jakarta tuh pun da kurang dari enam bulan - kena valid for another six months at least from tarikh expiry kalau nak travel)

Thursday one more day of work, Friday is usually more laid back (mintak nothing happens) and then belah malam, I'm off to a short, but still well-deserved holiday to Thailand!

Yeah!!!

Pada Pak Besaq and his soulmate : jangan ler komen apa-apa pada media lagik ek. Nak cuti sangat ni... kalau tak, kena kelam kabut mai opis dok sampai tengah malam agik....

PS - Pada peminat Farhan, anda leh join Farhan Friends' Club dengan CLICK DI SINI!

If you are facing problems signing up for membership, please let me know either via my comments box ataupun ruangan msjbox and I will highlight this to the club.

Benefits nak join banyak (more than any other fan club aku tengok) so join now.
Besides... we all love Farhan anyway!

PS Pt II - Baru call Faizal at 6.44pm.
Tak jadik nonton persembahan dia kat Dari Studio 1.
Jangan marah ek Pejal... mintap maap sangat. Ada meeting tuk show tuk Anugerah ERA. Lagikpun, aku yakin show ko mesti best dan peminat mesti ramai menyerbu tuk sokong. Do your best!

Last note : (banyak jer tambahan!!! nampak sangat indecisive!)
Jangan lupa untuk menonton Ejen 016malam ni.
Seperti hampir setiap minggu, ada cameos from big names.
Minggu ni, sapa lagik kalao bukan sifu sendiri yang moncol!
Check it out.
For more info on Ejen 016 - CLICK DI SINI!!!

Monday, July 24, 2006

Jangan buat benda pelik-pelik waktu malam

"Benda-benda pelik tu macam Haziq suka manja waktu malam."

Erm... that is what Amirul kata pasal pesanan dia sebelum mengusung beg kuar dewan malam tu.

Er... ok.

Anyway, ari ni ada press conference lapan orang yang terkeluar, sebelum meka masuk ke Akademi kembali untuk bersiap untuk AFMASUK.

Malas ler nak tulis apa-apa lebih pasal lepak-lepak, nanti ada fanatik salah tafsirkan lak kang. Pada peminat sesapa pun antara lapan orang ni, hah...amik ko!


Tak larat nak explain konsep berpuluh kali pada meka yang tak paham bahasa.

All I have to say is this.

"Never underestimate the power of stupid people in large groups".

Matilah aku mencarut katanya...

Masa kat Astro, 'dia' call nak jumpa. Mmm... selepas seminggu tak bertegur sapa, we finally had a heart to heart talk.

Hati menyanyi lega sebenarnya... but tak nak ler beriya-iya sangat.

Abih tuh balik ofis abih kan two stories. Tak sempat abih column, sebab gi butik Embun kat Petaling Jaya.

Jumpa kak Natrah aka Betty yang besh punya pala nak wat cita pasal baju Siti rekaan dia. Mak aii!!! Cantiknya kain! Harga? Tak leh sebut sini. Off record katanya.

Tapi cukup katakan, satu baju Siti Nurhaliza cukup nak tampung perkahwinan orang biasa.

Sampai balik opis, tengah layan Diari, update blog dan juga nak abihkan keja.

Mmm... Diari ari ni as usual... membosankan.

I don't get it why they have to have the Toyota Eco Youth competition (selain daripada obvious sponsorship) focused on in the Diari.

Aduh... takleh ke wat endorsement yang ada kena mengena sikit ngan program.

Bebudak ni cam main pakai endorse product je keja.

Agak-agak ler sikit.

Takde exclusivity ler kali ni Akademi Fantasia bebudak ni sibuk wat promo sana sini. Hish...

What's with the meet the fans session semua. Arghhh!!!

Bebudak cakap pasal AFMASUK, paling tak kuasa ngan Haziq punya statement.

Memang ler ko gembira pas sangkaan tiga orang ko tuh meleset, sebab ko second last next to Amirul. Ikutkan ko da kena dush keluar Akademi da.

Nasib je Astro nak wat duit simpan ko dan sekali amik sorang agik.

Lum agik si Faizal, yang "aku tak rasa apa-apa pun".

Mmm... no feeling langsung mamat blur ni.

La la la... forward on, Dr Fazley punya sesi... blah blah blah.

Khabar gemira Dr Eveready - nak makan angin kat luar untuk nak carik makan.

Makan kat Melaka lak. Gila ke haper. Ni kedai kawan-kawan production ke haper?

Apa laa... takkan lah kedai burok pun nak promosi kat Akademi Fantasia.

Gila ke aper!!!!!!

Argggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!

What the @#$%^&!!!!

Seronok ler nak tengok tangkap ikan ke haper at that little drain you call a river?

PAMPERED!!!

Mana taknya bebudak ni tak naik tocang! Kualiti of the show sebelum ni sedikit sebanyak was better simply because the kids got to focus on the tasks at hand, dan bukan asik kena manja tuh ni je manjang.

Buat show burok pun nak bagi treat.

Meluat lak tengok... kalao bebudak ni wat bagus bagi reward ok ler gak kan.

And that was all they showed for the Diari.

Start Diari kedua tunjuk kongkang miming lak to Kurt Cobain. What the.....

Tak abih-abih nak rosakkan lagu tu.

Terpaksa layan sebab tak sempat capai remote.

Masa yang terbuang ngan bebudak main-main sebab takde benda buat, apa kata tenaga pengajar dikerah tuk sound sikit these kids?

Meka masuk final lagik ler degil nak layan takyah wat keja untuk final kang.

I thought it was sweet that the two girls wrote the message on the white board for those they can't contact.

La la la... apa nak tulis ek. Wasiat audio lak pastu. Yawn... nak terlelap.

Tapi aku perasan ada something about contrast of emotions.

Faizal nampak beriya-iya sedih, tapi Haziq gelak-gelak je.

Mmm... nak kata Faizal berlakon ke, atau si Haziq yang takde emosi?

Part mesej Amirul jangan nangis pada Velvet, aku tersentuh sebab Velvet time tu memang nangis. Aku nampak dia dan Farhan seem to have developed this stronger bond, which I think is so beautiful.

Slowly the message turned into full waterworks, ngan Amirul pesan kat tenaga pengajar lak.

Amik ko... extended pesanan katanya.

Evaluation time, aku rasa komen entah sapa yang tak nampak tapi dengar sora je sesuai... Kurt Kobis katanya.

Terpaksa lagik melayan visual Faizal memalukan ngan merosakkan lagu Nirvana. Erm... promote agik. Tak abih-abih promosi kata Faizal hebat katanya. Itu lah agenda sebenarnya, kerana juara seolah telah dipilih bukan oleh pengundi, tapi mereka yang berkuasa memanipulasikan the masses into thinking something is good.

Elok ler.

Lagu Tugasan
Amirul - Kurniaan Cinta (Adi Fashla)
Lotter - Pria Terhebat (Sheila On 7)
Diddy - Diari Seorang Lelaki (Pretty Ugly)
Salima - Nour El Chams (Pascale Machaalani)
Zila - Bisikan Hati (Siti Nurhaliza)
Rich - The Reason (Hoobastank)
Karen - Jejaka Idaman (Raja Ema)
Nora - Berpaut Di Dahan Cinta (Dayangku Intan)

Lagu Bonus finalis
Hujan - Hail Amir & Uji Rashid
Tanda Kasih - Hail Amir & Uji Rashid
Hendak Ku Tanya Terasa Malu - Uji Rashid
Berilah Kasih Sayang - Uji Rashid

Aku tanak komen pasal apa lagu tugasan bebudak eliminated tuk AFMASUK sebab lagu-lagu tuh semua dari wish list bebudak. Tapi terkejut gak sebab Diddy kata banyak lagu dalam wish list dia lagu lama tapi dapat lagu Pretty Ugly.

Tak puas lagu Karen dan Nora sebab aku rasa cam tak sesuai lagu competition, tapi production nak lagu yang macam-macam element ler tuh kan.

Lagu bonus? Buang masa tul lah.. apa ni!!!

Semua Hail Amir dan Uji Rashid ni kenapa!!!

Adus.... I really don't get it.

Orang bayar bil Astro.

So konsert tuh patutnya menghiburkan, bukan self indulgent belah production. Hish... tapi seolah wat concert syok sendiri je....

Entah lah.... selamat menonton konsert last kopek buat duit untuk Akademi Fantasia sebelum final je lah ek.

Camna nak umphhh kalau lagu tak sesuai lak.

Alamak, Dr Eveready bak lak Furby untuk menyampaikan mesej katanya.

No komen. Bebudak lak dimintak decipher message katanya.

UWARGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!

Nak sambung keja, then tunggu 'dia' ajak supper.

Esok jangan lupa beli The Malay Mail kalau nak dapat gambaran camna baju wedding Siti Nurhaliza kang.

*Tiket final akan mula dijual dari 26 August at all Music Valley outlets pada harga RM20, RM30 dan RM50