Showing posts with label lotter. Show all posts
Showing posts with label lotter. Show all posts

Friday, September 15, 2006

Flashback!

Lega abih...rupanya function tadi tuh senang je.

Layan delegasi daripada serantau Asia Tenggara from Disney Channel.

It's amazing how for just swirling champagne and socialising I can make RM400 in two hours. Dream job for many... matilah ada yangmakan hati nak risik camna nak feeling elitist tuk get the position.

Yang pentingnya... tak sabar-sabar nak ke Manila lak (sebab meleop delegasi dari sana). And... uhm... of course because I want to broaden my horizons and experience other cultures, kan... (merasalah takut feeling bimbo sangat kena cover line)

Aku sampai lambat sikit tadik, tapi baru nak start so ok ler. Aku risau tak fit in... biasalah sebab semua corporate figures gitu... aku lak jenis too streetwise takut sangat orang susah nak tima.

Hah... two hours flew past just like that.

Yang bestnya, au banyak lepak ngan model-model yang bertugas je. Nanti aku scan kan Polaroid aku amik ngan meka (malas kuarkan Nokia nak amik pic). Cantik-cantik semua. Some local... some kalau tak salah aku Singaporean. Meletup! Semua nak dekat-dekat tinggi aku...and at 179cm... that's tall for a woman!

Had fun...but abih je terus ler gerak.

Jumpa bebudak kat Shah Alam. Merasalah katanya abang Bad ada... keji tau! Kata admitted hospital tapi sempat mai Shah Alam lepak. Keji seribu keji! Tapi best gak! (matilah cover line takot kena marah agik) Eh... ada tamu dalam ramai-ramai... Leen! Fiebie keji pun ada...sibuk denying pada Leen dia tak nangis masa kita semua tengok Heart semalam. Penipu tol!

Bak kata abang Bad... mata Fiebie da bengkak cam ikan emas. And ten minutes after the kredit pelbagai...dah keluar panggung, nak isap rokok, masih tengah kesat air mata yang berlinangan.

Over emo... datang bulan kot.

Anyway sesi carutan terhadap Gina berterusan sebab menjadi pengganggu ketika nonton wayang smalam. Kesian lak... tapi keji... jangan tak keji.

Drop by Internet cafe with the rest of the crew sebab nak update blog nak penuhi janji tertunggak. Sebab card reader tak jumpa, pinjam dari abang tokei kat sini to transfer my pics.

Here are just a few (tanak letak semua)

Ni one of my favourites. Merasalah kalau dulu Mawi nak yang bertudung... ni Mawi sendiri bertudung! (ampun Mawi!!! kami kidding-kidding saja ek - motif Fiebie gelak??!!!)

Gambar ni aku amik masa rehearsal last Friday.

On that day ler paling banyak gambar nak rakam sebab full force kehadiran mereka yang membuat persembahan untuk Anugerah ERA nak wat run-through.

Kelako pic ni... I think he looks very the Jedi knight. Or Yoda?
Yoda takleh laa... sebab Astro dah ada Yoda lain yang feeling lebih mind control gitu.

Sessions like the rehearsals are always fun to atend sebab masa tu, seperti time-time anugerah is where semua artis dapat berkampung sekali to meet together and hang out. Yerlah... jadual memasing bukan mengizinkan socialising sangat, so this is as great as it gets ler to assemble a large group of stars together kan?

Ni couple of shots of Nikki dan Yanie tengah tunggu turn meka. Sambil-sambil tu, Loter join... abis! Keluar segala slang Sabah ngan local dialct meka.

If that's not enough... sat agik Yazer muncul (merasalah Fiebie tension sebab Yazer bagik aku chocolate milk dia tak dapat)

Rupanya Lotter puji puji Yanie seksi! Aiyak... ada peminat nih. Here's the pictues of the Sabahans' fraternizing.

Merasalah Lotter...jangan gatal tau. Tuh.. aa yang jeling dari from not so far tuh.

Ning sibuk je SMS dan layan phone dia nak amik pics... tapi sambil tuh sempat lak jeling kearah budak-budak ni.

Very the motherly! Ke sisterly sebab ada sorang nih yang feeling bling bling yang lebih motherly (senior dari segi umo - matilah aku pas ni!)

I'm sharing most of the best pics I have, and most yang tak personal sangat sebab malas ler kan personal collection diedarkan. Besides sometimes ada gak bab privacy takut pics disalahgunakan... that and the golden rule initiated by the Iban princess (bukan aku yang bagik title ni tapi abang Bad)

Here's another one of my favourite pictures to share. Atas kanan tuh...

Ni especially wat ZA8FC untuk membalas sokongan padu meka... definitely the best Akademi Fantasia related fan club ever, sebab tak penah over tapi pas dua tahun tetap going strong ngan angota-anggota yang tak penah gila glam tapi keja keras dalam diam support kerjaya Zahid!

You guys rock.

Handsome tak Zahid pose camni?

Walaupon topi tak muat katanya...

Pic ni diamik time during the rehearsals. I was carrying boots Nikki dan Yanie selain props lain yang digunakan, like the whip, hat and cane. Si Zahid lak main-main ngan the hat and cane... terus aku jadikan props photography.

The caption for this picture is - "yesssssss inspectorrrrr saaaaaaaaabbbb!!"

Very the smart si Zahid lak... cam polis berpangkat ngan topi dan tongkat.

Hah... apa-apapun ada back-up career nampaknya.

The next few pictures I have sapayang tak soka tutup mata dan scroll ke bawah sikit ek past these next few. Aku takde ler keji sapa sapa (sambil jeling orang ni dan orang ni yang dok jeling wat moka nak montah)

Aku nak amik pics empat champion lagik tapi mesti ada sorang missing punya.

Last-last dapat kepung tiga orang ni, si Vince lak hilang.

Redah jer la... ok ler.. three out of four ain't that bad ler kan. So anyways... this is for fans of Akademi Fantasia. The three champions tengah layan gila (tengok je Mawi dan Zahid in the first pic main jeling-jeling garang dan blur)

Semua muka keletihan sangat... terpancar kat muka memasing tak cukup tidur. Only dalam kes Zahid lain sikit. Dia ni boundless energy like very the sugar rush sangat.

Codename : Energizer Bunny lain kali kalao refer kat dia nampaknya...

Dalam banyak pics aku... pics ni lain sikit.

Dalam terkejar nak rakam gambar-gambar kenangan kekecohan preparations backstage and in the dressing rooms, malam Anugerah ERA itself... ada ler seseorang ni yang sebab tengah gila bloggin sekarang... dan malam tuh menampakkan dia ada kuli dan amah, sibuk carik posed shots to pass off as candid memories (matilah aku).

Hah... ni one example.

Dia tengah layan Ning sekali ngan Erra Fazira masa kat dressing room pas Drama da finish. Classic shot. A photographer taking a shot while being taken a picture of.

Sorry tak amik pic Betty Banafe sebab time tuh dia ada dalam bilik... tapi aku tak amik pic dia when meka amik pic bertiga... tak elok kata orang-orang tua nak amik pic bertiga (sebenarnya baju dia keji sangat aku tak larat amik)

Speaking of Drama... korang punya feedback camna pasal Drama. Cuba tengok video dalam the previous two postings video youtube tuh... korang review sikit dalam area comments aku.
Nak gak pendapat orang ramai pasal performance malam tu.

I am proud of Ning, Nikki dan Yanie seab meka buktikan, just as we all hoped they would, that they are true representations of performers, vocally and visually.

It's definitely not easy to wow vocally, and pada masa yang sama, exert yourself to physically put on a show yang menarik.

Kalau ada sapa-sapa rasa tarian Drama tuh senang... mai sini kita ajarkan. Kalau leh wat sambil nyanyi... hah baru komen tau. Pic trio ni aku amik time pas baru abih Drama.
Letih tuh.

Letih lagi sebab time ni tengah feeling kena lecture ngan nenek kebayan bukan dari Astro. Terlampau efficient ni terus instant post mortem! (keji sangat tak bagik artistes dia rehat pun!)

Yang paling sibuk antarameka bertiga was of course Nikki sebab cam beribu lak interview dia kena wat. Tapi kemenangan bersama Zahid seolah memberikan tenaga kat dia nak continue...so was proud of her ler nak soldier on while the rest of us groged ourselves at the post party yang by invite only after the press conference.

Aku ada take quite a few fun pics at the party... too few actually sebab lighting dalam tuh tak berapa mengizinkan phone punya camera nak amik quality pics.

Kalau ngan flash keji lak kan? Natural lighting the best ler per pun... tapi natural lighting kalau keji camna kan.

Two of my fave pics for the night is with Faizal and Nana. Tapi pic Faizal tanak ler letak muka aku... so aku crop kan.

Cukup ler aku simpan je. Kalau aku letak sini bukan nak jaja pun... cuma sebab blog aku equals my little diary, I do want to put it here... tapi sebab perangai binatang-binatang SEDIH yang patut di put to sleep... malas ler nak posting Faizal's pic with mine.

Kesian lak pathetic creatures yang think too much of themselves. Anyway that night was a night to celebrate for many reasons, and you guys would know too if you read the posting about what happened the day before the awards.

My pic with Nana lak... aku suka sebab manja. I've always liked Nana... daripada dalam Akademi Fantasia... walaupun orang nak carut suara dia pun... at least she has character.

Pose vogue overdose lak si Nana... keji tau.
Tapi cantik dia malam tuh. Kalau nak ikutkan the dressing of the presenters, I think Nana was easliy one of the paling cantik.
Yang lain takder ler burok... just that baju Nana meletup satu hal... at least she carried it really well.

Ada ler presenter yang berangan teramat pun... baju meletop hasil kreativiti designer, tapi bila kena kat badan dia rupa cam batang penyapu di letakkan kain.

Not carut-ting anyone in particular... tapi kalau nak salahkan fitting lak... aku rasa that's just not it.

In cases like this... you either have it or you don't.

Yerlah...separuh orang kalao da vast... pakai barangan Petaling Street pun meletop. Ada kalau da burok... pakai brand name apa pun... tetap nampak rupa Petaling Street kan.

Merasalah pakai Chameleon or Sinma nampak RM65,000 punya gems. Oops!

Ni ada gambar yang ada sikit... tak banyak... sikit je... kena mengena ngan persembahan Drama.

Walaupun ada yang tak dapat menghadirkan diri sebab sibuk cur kat Port Dickson malam anugerah... kena thanks gak seab contribution dia time sesi latihan trian tuk Drama.
Yerlah...sambil diva-diva pusing sana pusing sini... lentik sana.. lentik sini... ko ingat sap nak turn on, off, mute repeat track CD tuh... kena laa ada orang kan yang buatkan? Benda tu amik skill tau! Bukan calang-calang ok! Hah...ni dia.. mai aku perkenalkan our music maestro yang tokang jaga CD player....*jeng* *jeng* *jeng*... FIEBIE!

Tergelak aku terjumpa pic ni.

Aduh... walaupun entry ni takde ler panjang sangat... tapi letih ler setiap kali letak banyak gambar. Seperti mana korang letih nak loading page (siapa mintakmasih pakai dial-up...padan muka!!!)... aku pun letih sebab nak resize ler.. crop ler.. tul kan brightness etc pics ni semua.

Lom agik upload dan link..placement pelbagai kat blog aku.. kan aku particular sikit susunan semua ni.

Yang sakit hati kekadang PC lain ngan browser lain jadik keji yang sakit hati.

Anyway... the last two pics aku nak letak... is from masa aku gi sanding kat Kuala Lipis. Yer yer... kat the wedding of the year Part III - selepas tunang dan akad nikah kat Masjid Wilayah dan Part II kat KLCC.

Ni hiasan meja kat tables sana... aku paling suka that wooden handle holder yangbulky with the rattan frame. Rasa cam nak wat door gift je... tapi rupanya bukan aku sorang yang planning. Last-last semua termalu... semua biarkan.

Siti....kalau ko baca ni aku nak benda tuh leh?

Matilah beli sendiri je...mesti jawapan dari Siti. The other is the bunga telur yang dalam a little mesh wire basket with little jewels stuck on it.

Still have it kat rumah.. siap bak balik dua agik sebab historic.

Harus ler aku auction kat ebay je. Sapa nak (err...natang telur tuh) sila wat bid kat bawah dalam Comments section tuh ek.

Ke patut aku auction je invitation aku tuk all the events yang orang dok cari-cari.

Any buyers?

By the way.. pic pertama tuh... kalau ko perhatikan tul-tul... tema malam tuh is purple and white.. sampai air pun purple! Keji!

Tanya bebuak serving tuh air apa... meka pon tatau. Cam rendam kain purple lari kaler je... keji keji keji...

OK ler...semua nak ciao da. Nak gerak sekali...esok aku ke Johor sebab temankan Nikki tuk show kat sana belah malam. Sapa yang nak jumpa (aku ler) call aku ek. My number's on my blog kat tepi-tepi tuh... da!!!

PS - Sedih sikit Dilana tak menang Rockstar : Supernova... but at least she came in second ler. Lukas memang pun aku suka from the first week apart from Dilana.. so dia menang pun aku ok je...even though I would have REALLY preferred it have been reversed and Dilana won with Lukas in second. But ok ok jer laa...


Tuesday, September 05, 2006

Recap!

Aku honestly pening gak tak blog dekat seminggu ni.

Actually genap seminggu since my last posting, so there's a lot I want to recount balik about my week...

Tapi camna... dah wat posting, tak keluar-keluar lak.

Even my last posting keluar sehari lambat, and then esok dan lusanya lak, blogdrive wat hal, so none of my postings could go online.

To make matters worse, dah taip berjela already, masa posting hilang gituh je. Sampai naik frust lak nak posting sampai the whole system ok balik.

Mmmm.. mai aku recount balik what I did for the past week, susah nak recap nih sebab banyak kena ingat balik. Aku dahler very selective memory pulak tuh.

Trackback to Wednesday, on Merdeka eve. Worked till late

Not that late lah actually... sampai kul 8 lebih kot. Met up with Juan sebab nak cover konsert Merdeka kat KLCC.

Terkejut sebab ingat dah mesti jalan sesak gila... as experienced for the past few years. Tapi I was taken aback because the roads were suddenly the way they were something like 20 years ago (if there were roads there 20 years ago lah... you know what I mean).

Kosong... jalan rilek je, breezed through from Bangsar to KLCC within 15 minutes or so. Cam tak caya lak! Hmmm...

Anyway sampai tuh, meriah ler gak.

Malas cita panjang sebab ada episod binatang-binatang berangan gila kuasa (matilaaa ko aku SMS boss ko gak kan?) Yang banyak temankan aku malam tu berborak si Velvet dan Farhan as well as Zahid. Faizal pun ada ler selit-selit masa dia nak borak... sempat aku passing barang yang dijanjikan.

Pastu jadik kontroversi molot-molot poaka berangan lak kan? Matilaaa ko menyibuk jaga tepi kain orang. I seriously think, orang-orang ni sexually repressed. Tu laa akibatnya sibuk sangat with other people's lives and thinking they're better sampai meka end up so anal retentive sangat.

Whatever! Janji stok-stok gila glamer yang nak feeling rapat ngan bebudak ni sampai dengkikan orang lain akan campak je bebudak ni pas niat gila glamer meka exhausted. I think after four years of Akademi Fantasia, dah biasa dah ngan memacam bangsa yang nak dekati bebudak ni.

Abih konsert, lepak ngan Farhan dan Velvet banyak sekali ngan Syed from Maestro. Malam tu, cadang nak balik awal, tapi sebab party punya pasal, alamak, tertidur bangun 10.30 pagi!!!!

Gilos!!!!

Pastu dahler kelam kabut nak tepati janji to Yasmin that I would drop by for a private preview of Mukhsin. Sebenarnya berat nak gi tuh.. one because I prefer to watch the complete product on screen for an unbiased view of how the film really is, and secondly... erm...sebab ras anak sambung tidur.

Tapi balik terus mandi, lantak sesuap dua nasi, and then gerak to pick up Miss Olympia dan gegas ke Leo Burnett.

Sampai 1.30pm. Lum start agi rupanya.... tunggu beberapa kengkawan sampai. Aleya and Nani were there. But it was a nice gush of excitement the moment the offline version of Mukhsin rolled on which was for a small group of friends, most of whom were close to Yasmin, tapi aku tak kenal sangat. Tapi kalau the music maestro ada harusler merembes sebab 'Alan' ada, kan?

What do I think of the film. As the usual standards for Yasmin's films...a bloody MUST WATCH!

In true tradition of her work, there is no repeat performance of the 'usual strategy' employed by other film-makers. Kalau the last film in Gubra was dark and rather melancholic (at least it was depressingly so personally for me), and Sepet was mor MTV-esque and yet not even as remotely close to a certain Professor punya filem... Mukhsin is... simple.

A straightforward story of first love.

Without revealing too much, all I can say is the film is fantastic for the excellent casting (walaupun kid actors but they execute their characters better than a lot of existing pelakon ok!), the music (mencemar budaya ke nak promo keroncong) and the simple manner of delivery, and yet without pandering to the expected formula of popcorn movies.
In true Yasmin style, I had tears in my eyes by the time the lights came on. Suka tau Yasmin nak bagi orang nitis airmata. Not since the Eighties when I used to temankan my mom to watch these Chinese drama serials (remember Heaven Knows My Heart?), could I so easily shed a tear or two. Aku pun da kebelakangan ni dah 'membatukan' hati aku to avoid being too sensitive in this challenging industry, so that says a lot when watching Mukhsin, aku masih lagik mampu terbuai ngan segala perasaan yang terkandung dalam jalan cerita dan dialog...emosi dan sentimen yang ingin di ketengahkan.

It would be almost rude to simplify if, but Yasmin's movies, are like the Petronas ads (if you're wondering why, I'll smack you)... they just state something that's obvious, but you've never really picked up on.Sentimental fool. Had a short tea session after the movie and some interesting conversation before moved to KLCC again for Konsert Reunion.

Malas cita lebih, kang ada lak pihak dengki agik kan? So all I can say it was simply fun!

Though I suspect not for some people la... biasalah kalau kuli dok sakit ati je kot tengok orang lain seronok. Kalau da inferiority complex, da dengki...da no life and yearning to berangan with other people's lives camtuh ler.

Whatever...

Tapi yang penting nya... ni ada few pics nak share... meletop tak shading Faizal? Kesian gak keletihan tahap gaban tuk, tengok muka da terbayang jadual dia packed camne. Lum agik keja tambahan hasil penyibuk (gelak sendiri sebab sendiri paham...)

Yang penting, dalam banyak gambar aku, malas nak post semua kat sini sebab ada yang masih tak paham what a personal blog is, while others yang tak dapat kata nak show off lak pulak (entah apa yang ditunjuk-tunjukkan pun... padahal dengki sebab bertahun aku wat camni takde lak yang bising... tetiba akibat dengki...)

Tapi pic atas ngan Haziq tuh aku nak letak sebab tu first real pic aku mgan dia. Merasalah... sapa kata kita tak ngam! Cili mulot baru tau....

Ini ada a few more pics nak share. Just a couple of my favourites lah from malam Merdeka Eve concert and also Konsert Reunion Akademi Fantasia. Enjoy guys!

Just a little explanation. First pic - Velvet. Dalam usik mengusik dia suka wat muka kelakar, ni one of the 'poses' diabadikan. Character dia dan Marsha sama. Very bubbly and upbeat!

Second, of course, The Orange One, my baby bro, Zahid. Tetap smart (tapi berat badan tuh da naik balik sikit ler bro... jaga ek)

Third of course si Rich dan Lotter tengah feeling santai sebelum start Konsert Reunion Akademi Fantasia. Sekali tengok dalam pic ni sebab blur kerana movement, si Lotter aku feel cam character Guilde dalam Street Fighter lak (kuat imaginasi).

Yang keempat, dak yang dipeluk Faizal tuh namanya Haziq yang perform sekali masa konsert Merdeka KLCC. Haziq ni kelakar...pandai dia nak tiru perangai setiap watak dalam Akademi Fantasia. Dari tiru Adlin sampai ke Faizal sendiri, Haziq was just so cute. Anak sapa lah ni... bertuahnya.... dia paling favourite temankan Velvet yang kesunyian sepanjang malam when Zahid sibuk dan Faizal dan Farhan di bawa lak ke Dataran Merdeka.

Anyway... a little belated, but HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA!

Friday keja sikit... Saturday lak met up with Diddy and Lotter as well as kak Aina and a couple of friends. My guardian angel (and Diddy's too) ada personal situation sikit, so selepas dimarah, aku call them. Patutnya Haziq ada sekali but entah kata dia kuar ngan family, so tak sempat join. Ajak Juan sekali and met Diddy, Lotter, kak Aina and gang kat Madam Kwan's Mid Valley Megamall.

Tima kasih kak Aina and friends (segan tak ingat nama) sebab belanja dinner. Sentap aku tak sempat bayar... only could pick up a round of coffee je.

Banyak gak dapat gossip... celah-celah tuh, Nana walked in together with Ann (Ann68 yang dok mai singgah sini kekadang) along with a friend walked in for dinner. Riuh for a moment...

Anyway pastu they wanted to go back, so the four of us decided to watch My Super Ex-Girlfriend. Last-last sebab takde seat yang cantik, we settled for Snakes On A Plane.

Aku decide nak gi Gold Class sebab penuh sangat time tuh panggung,
Gelut ngan Lotter sebab dia nak belanja... last-last dia settle belanja main game kat this amusement centre nearby because we had one a half hours to kill before the movie.

Merasalah aku lama tak Daytona da! Lotter finish first twice, aku twice. Hah... tu laa akibat tak pandai main nak crash kan keta orang (gelak jahat...sorry ek Lotter sebab asik nak bagik ko babas - sambil sumpah Juan bagi aku babas one game sampai aku masuk last!)

Diddy main game ala gendang tu aku gelak sebab mula-mula dia gelak aku... hah.. baru tau letih mana nak ikut rentak pukul benda alah tuh.

Sampai time, watched Snakes On A Plane yang memng menjerit je la keja aku asik terkejut. Binatang punya pilem... tapi best gak sebab aku suka scare movies camni.

Sunday mula-mula ingat nak gi acara Hotlink Akademi Fantasia sebab ada finalists and Diddy, but malas lak for several reasons. Apapun, aku siap ke TV3 je, sebab ikut rombongan ke Kuala Lipis.

Mak aih... very the rombongan cik Kiah! Siap Anne Avantie naik satu bas ok. Her and team dia yang 10 orang total. Vogue gak dia ni, but very the standard rupa datin dari Indo. Friendly nonetheless...

We reached just over two and a half hours later, dijamu ngan some bites, before Siti Nurhaliza herself mai welcome us. And that's when we saw it. The love bite.

Suka tengok the fact that Siti can be human enough to have something like that. I hate the way ada peminat yang letak Siti ni cam dia ni, tak pernah dan tak leh cam orang lain...

She's only human kan? So leave her be lah...

Apapun, pastu kami gerak Centrepoint Hotel & Apartments nak wat story semua. Kul 8 malam da siap story, sekali with Zul dan Farihad from Berita Harian dan juga Marliah dan Rafie from Kosmo!, tapi WiFi wat hal takleh send story.

Tension... so gerak ler ke Dataran Lipis tuh for the event terus. Stayed for about over an hours je.

Datin Siti dan Datuk Khalid sampai about 8.45pm, and we left about 9.45pm or so untuk nak hantar story. Kelam kabut, pas touch up story with some new details, couldn't find a line. Last-last guna reception hotel punya CCTV punya online PC nak hantar. Leh?

Matilah katanya alasan tuk rompak lain kali... apapun ada ler gak sebab aku nak layan gi cuti Kuala Lipis pasni (oops... takleh cita... nanti orang dengki because they have no lives nak sibuk hidup orang lain lak).

Gerak about midnight, and reached back TV3 about almost 3am. Dropped by Hatta's place to check on dia dia dan Wanie. Meka masih gigih ler siapkan baju untuk Anugerah ERA. Gina yang nak balik kampung esok, tengah sibuk wat aku punya lak... best nya creatuve design team ni. Tbey're really the best. Nanti tengok je hasil kerja meka kat Anugerah ERA.

Balik KO. Cadang nak ke rumah meka siang, sebab aku memang da bagitau opis aku akan masuk lambat sebab balik pun kul berapa da. Tapi jaga pun tengahari. Had tea cum dinner with Fiebie, Hatta and Wanie. Ada yang sibuk dok merembes abang sorang ni. Merasalah maskul tapi muka ala ala pusat penternakan jejentik kalau ujan sebab air bertakung!

Planned nak gerak ke Chow Kit with Fiebie sebab nak pick up costume material etc...(rahsia kerajaan takleh dedah nanti tau material semua dapat dari mana), but had to drop by Bangsar for rehearsal lagu Drama with Ning, Nikki dan Yanie.

Tak penah tengok step choreographer, si Boboy lagik, and aku risau sebab aku yang suggest dia nak try kelainan. Sampai je mother chicken pun da ada, sekali Jovian, Max dan sorang agik yang tak tangkap nama.

Vernon kata Jovian ni wat baju tuk Rossa dan Ratu, so kira stylo la diva bertiga ni nanti sebab baju red carpet disponsor dia. Cantik gak tengok dia fitting baju-baju dia... sesuai ngan tema leather and denim.

Anyway, Drama looks FANTASTIC! Look out for the show masa Anugerah ERA nanti sebab it will definitely be one of the best performances for the night, vocally as well as visually. Ning, Nikki dan Yanie won't only be belting out the song, meka jugak akan menari! And the steps are based on the artform of Vogue (contrary to straight beliefs, vogueing was not introduced by Madonna, but is an dance inspired sometime in the 70s after films like Paris Is Burning etc)

Tengok jam pas gelak, tepuk tampar... dah 12.30am. Alamak... shit!

Rush... rush... rush. Sempat drop by ngan music maestro yang keja pegang remote control CD untuk ulang (tunggu gambar bukti dikemukakan), kat Seksyen 7 nak melantak ngan Hatta and Wanie sekali ngan Lan (menjadi mangsa rembesan maestro)

Sempat drop by their place nak fitting baju aku... yeay! Only minor alterations needed. Tapi ada errands lagik nak run ni to complete it.

Merasalah dapat inspiration King Of Fighters ala cosplay!

Siang tadik jejak opis sampai sekarang, keja banyak nak wat... sekali on the phone ngan someone from Astro nak settle kan beberapa masaalah orang yang mengundang malapetaka.

Yes, final keputusan? Aku akan wat formal complaint in black and white.

Dah time nak ajar dah meka ni.. dok diam ingat sedap-sedap nak pijak je kan.

Moving on, just had a chance to blog lah ni... banyak keja balas dendam. Still following Rockstar : Supernova dan Ejen 016 walaupun aku follow nak blog more about it memang tak sempat. Salahkan the whole media circus I got caught up in with headlines Siti dan Mawi increasing more and more.

For Rockstar : Supernova, I am hardly surprised Ryan busuk tuh dah kuar. Aku da berminggu kata da dia mesti out punya... Tengok je, aku yakin Dilana dan Lukas akan top two. They are the best, and most suited to Supernova.

As for Ejen 016, aku follow pun nak blog lebih aku rasa cam wat summary program je keja....

You guys really have to catch it on your own. It is a pretty cool.

Trivia question!

What do Amber Chia and Linda Onn have in common?

They're both guest artistes with cameos on Ejen 016!

Pas minggu lepas Amber dah muncul, episod minggu ni which will be aired over TV3 at 9.30pm tomorrow night will feature Linda in a cameo.

That's one thing interesting about the whole series. The amount of star-gazing you can do in a night... dah ler regular cast pun leh tahan semua nama.

So jangan lupa lak nak tune in tomorrow to catch the developements... dan pada sapa yang menang handphone Nokia in the Ejen 016 competition, tuh nak sedekahkan kat aku... semoga dimurahkan rezeki... (gelak cam haper jer....)

Pening tul...aku ni memang TV addict. Dalam time kesibukan, aku camna pun kena catch certain series. Tak sabar aku nak dapat decoder Astro yang baru tuh leh main pause dan rewind as well as pelbagai lagi functions to toy with.

I however think kena carik lobang dulu sebab tak sanggup bayau mahal... since I'm not going to use it that much walaupun I really do need that function.

Tunggu dah lihat je bila aku dapat decoder baru tuh...

By the way, merasalah Fiebie makan jati tengok pose Linda Onn ngan Power Root - Pearl Kacip Fatimah kat bawah.... uols kan ratu kemuts feeling spokesmodel Pearl gaks.

Merasalah balas dendam carut kuku itam aku dalam posting entry ko!

Anyway... dalam kelam kabut, and rushing to finish these entries, there are a couple of my favourite pics aku nak share...

The first masa time kami makan-makan beramai-ramai sometime a week ago. Masa tu we saw this sign outside this electrical shop. Ingat owner dia owang Pantai Timur, sebab tulis washing machine as WASHING MACHING!

Amik ko bahasa baku ala reverse kot... write as pronounced.
After we saw the shop was owned by a Chinese family, Fiebie kata mesti tokei Cina ni orang Besut. Keji!!!

Tapi kami gelak sampai pecah perut. Diddy sampai nak tergolek dibuatnya, tak henti gelak dekat 10 minit, manakala abang Badrul lak tunjuk skill how to shoot teh ais from the nostrils teknik nak gelak cepat sangat time minum.

Merasalah a sign in Shah Alam made in Ganu. Yes... washing machings are available here katanya.

Pic yang kedua belah kanan lak nak tau apa? Tu lah apa aku rasa nak wat ngan Motorola Fiebie yang baru. Keji tau setelah mendapat phone baru yang ada kamera rajin update blog terover-over lak! Gambar washing maching tuh contohnya da berkurun lama dia update dalam blog dia. Uwaa!!! Matilah camni blog aku menjadi blog past tense! Oops! Merasalah Ratu Diet!Anyway, the last picture I have to share is ala ala 18SX - mempunyai unsur lucah dengan patung mainan akibat kreativiti orang mana ntah (and I swear it wasn't me).

Sometime last week aku dan Wanie nak carik barang kat Shah Alam for costumes and all, we happened upon the soft toys area, then nampak ni.

Bukan aku buat ek... aku setakat menangkap pic tuk jadikkan wallpaper dan gelak sorang diri je. The things twisted minds dream of...

I suppose I've managed to capture the whole week in this posting yang berejam aku wat... kalau aku tinggalkan apa-apa yang penting nanti aku tambahkan... masih ada keja sikit nak abihkan, esok lak off sebab akan sibuk ngan banyak preparations untuk Anugerah ERA.

Nanti aku akan update blog balik. Don't worry...

Apapun minggu ni nak rajinkan diri update blog kembali. Rindu gak kekadang ada benda nak coretkan kat sini or posting pic ke haper... because this is still my 'theraphy' at the end of the day.

This is my life... and people who can deal with it... are welcome here.
For those who can derive that little bit of joy from what I feel are my boring daily musings... keep bearing with me.

Your support means a lot to me. Blogging for me is not about numbers. It's about the amount of people who I have touched, who have touched me...

Friends I have made, that I can depend on...

Emotional support even from people who are technically strangers, but who know me more than some people who think they actually do.

In these times.... this blog is an extension of me that I only partially expose.

Pada si pengusik - you're still on my mind. Hopefully things will work out.
We can only hope...

Ok... nak ciao gi tengok rehearsal. Mak minah dah membebel tanya kul berapa nak mai da.

Tuesday, August 22, 2006

Sour grapes!

Hari ni kurang kerja, sebab Siti pun da kawin, and we're all just taking a breather before the next circus over her preparations for the reception.

So sempat ler aku updatekan blog. After the tonnes of medication I took, I am feeling slightly better... and pas paksa diri untuk nak rajinkan diri, I have finally, yes, finally put up a proper update selepas beberapa hari.

Ok... first of all, aku nak deal with several issues yang timbul hari Jumaat lepas.

Of course, firstly, pasal sesi Lepas Geram kat ERA.

Makcik meroyan yang ngadu pasal blog wartawan yang kutuk Faizal sebagai orang kampung.

Aku mula-mula geram abih... but then aku tergelak sorang.

Yerlah... tima kasih ler makcik sebab naikkan nama blog aku pada satu Malaya... dan membodohkan diri sendiri.Aku dedicate gambar ni kat ko.

Ko memang OKU dari segi mentaliti!

Buat kali terakhir aku akan ulangi... time competition berjalan, aku akan say what I feel is necessary in evaluating the students of Akademi Fantasia. Secondly, apa aku cakap atas dasar pemerhatian - backed by what I feel is the reason for what I feel.

Thirdly, da Akademi Fantasia pun da abih... penting ke nak berbalah pasal sokon-sokong sapa lagi? Sekarang kalao sokong, sokong bukan ngan mulot. Sokong ngan beli album.

Tu je.

Orang kutuk aku memacam, bebudak tu semua ok je ngan aku. Seperti musim-musim Akademi Fantasia yang lain... dalam Akademi aku anggap meka as TV characters, but once out, depending on their real character, aku anggap as friends. Aku tak terkejar nak berkawan seperti separuh orang. Aku tak menggunakan tugas sebagai alasan. Aku tak berkepit ke mana saja dan sanggup habiskan wang Ringgit untuk nak rapatkan diri.

And that's the truth.

Faizal is more than ok with me. Kalau dia boleh call tengah malam (time tu dia pree sebab celah recording) nak tanya khabar... kalau Haziq leh call aku sebab nak tanya khabar.... kalau Lotter mintak nombor aku.... and bila jumpa je melompat peluk terus.

Mereka lah yang paling aku kritik dalam Akademi, tapi meka sendiri leh tima... apa kelemahan mereka aku say it face to face je. Nak terasa terpulanglah kan?

Kalau aku pun dalam keadaan mereka, aku lebih rela orang terus terang cakap apa saja kelemahan aku, supaya aku boleh perbaiki diri.

Bukan nak memuji ke tak abih-abih padahal standard tak sampai kemana.

Farhan... Velvet... Diddy... all of them... sampai yang terkeluar awal dan aku penah kritik hebat cam Salima pun maintain je.

Yang makcik meroyan tuh kenapa?

Lepas geram konon... makcik oi... kalau nak lepas geram... mai sini. AKu ajar ko wat blog ek!

Pastu ko meroyan la sepuas ati. Orang mengkritik takleh konon... abih ko kritik aku leh? In English, we say that's the 'pot calling the kettle black'.

Atau kalau tak paham bahasa, paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih!

Anyway, ko nak kritik etika kewartawanan aku, sila bagitau ko ni keja apa makcik... ko tau ke pasai etika kewartawanan?

Lagipun, ko paham tak blog tuh apa? Blog ni memaparkan pendapat individu... so apa kena mengena nya ngan kerja aku?

Kalau tak paham... gi belajar dulu sebelum nak komen orang. Cermin muka sendiri.

Dahler tiba-tiba meroyan konon pasal menghina orang Terengganu kampung la... ko baca ke tak baca? Ke ko tengok gambar je?

Mangkuk hayun tul...

Anyway... tu first issue. Second is of course, gossip thread yang muncul dalam beberapa forum pasal Media Appreciation Night Akademi Fantasia.

Orang tak penah bising pasal masquerade party lah... company dinner la.. even hari penyampaian hadiah.... klau ada cross-dressing.

The event organised by Astro, yang dihadiri media dan juga bebudak Akademi Fantasia, serta ramai kaki penyibuk was for fun.

Well, again, people can say what they want to lah... bab tu aku tak heran langsung walaupun personal attack memacam pun, aku ok je.

After all, for one night of having fun... aku walk away with a four days three nights full board at Cherating worth RM1,500.

No hal je...

So to friends and to my blog family, yang risau aku stress ke apa-apa pasal tuh, don't worry lah.

Small matter.

Little things like that are not worth the stress.

So anyway, picking back up... on Friday, aku teman beberapa orang kawan tuk photography untuk portfolis finalists Akademi Fantasia musim ni.

Thanks to a mix up in Maestro, sesi yang patutnya mula 11 pagi, hanya akan berjalan pas semayang Jumaat. So since we were in Subang Jaya, we thought singgah ler sat kat Mydin Mall (ya ampun.. siap bukak MALL katanya).

Lihat gambar di bawah... kami shopping tuk snacks for Fiebie.

Wanie posing ngan snacks kami beli tuh Fiebie

Sebenarnya shopping trolley tuh ala ala gimik je kat Mydin Mall. Pemegang rekod as the biggest shopping trolley in Malaysia katanya (why bother???!!!)

Pastu kami pun kembali ke studio Click. Bebudak preparekan for sesi photography manakala aku lepak je menunggu bebudak sampai.

As soon as we reached the stuio, tengok Rich kat luar, so caught up with him on several thing dan sembang. Sat agi... si Lotter lak join. Turns out Rich yang hantar Lotter ke studio sebab Lotter dok melepak rumah dia malam sebelumnya. Yang dijadualkan sampai lagi, si Haziq, Farhan dan Velvet sebab si Faizal masih kat Terengganu ada show.

Tengah Lotter di make-up, si Haziq lak sampai.

Kecoh sekejap pasal semua hoo-ha menggila.

Time antara shoot Lotter punya next shot, wig yang dalam koleksi bebudak jadi mangsa bila Lotter feeling rockstar sat.

Amik ko... rupa cam haper ntah.

Aku tengok bebudak kali ni pandai lagik posing daripada bebudak Akademi Fantasia musim lepas. Kira natural gak ler depan camera feeling top model.

Bergilir mereka berdepan ngan kamera, sempat ler sembang ngan Haziq pasai peminat dia ada yang tak puas ati ngan aku.

Yerlah... bukan tak sokon ke apa... kan da kata, apa kritikan dari hasil konsert, is for that period only. Masih ada yang tak paham... bebudak ni semua da ok jer ngan apa pun kritikan.

Nama pun nak jadi artis. Ingat semua orang akan minat ke sampai takde yang mengkritik.

Namakan satu artis yang takde kelompok yang akan mengkritik. Aku puas ati gak sebab bebudak ni pijak bumi nyata, dan sedar tu asam garam kehidupan mereka sebagai artis.

Sempat ler meka tanya nasihat memacam.

Alamak... rambut Haziq cam penyapu siot. Kering... very dry and brittle.

Tu la akibatnya Astro dapatkan khidmat 'stylist' murahan nak kalerkan rambut meka... kan da hancur.Mintak dia gi treatment kalao leh sebab risau umur muda da gugur semua kang.

After all, tetiap kali meka photoshoot dan sebagainya, biasalah nak kena hairdryer... iron... gel... etc.

Smart Haziq posing... tengok hasil photography memang dia one of the best when it comes to it.

He's definitely a natural in front of the camera.

Pas bebudak abih, dan nak pulang, Farhan dan Velvet masih tidak kelihatan. Aku tertidur dan terjaga about past 7. Rupanya miscommunication punya pasal! The two girls ada press conference earlier, so memang tak sempat ler, tapi da bagitau.

Ada yang bangang yang tak sampaikan pesan.

Whatever lah... sempat gak aku lelapkan mata sat.

When they arrived, again kecoh...riuh rendah semua sibuk hi hi puffy amiyumi katanya.

The make-up and photography session went well enough. Cita banyak pasal bebenda that's been happening and all. I love the way the girls are. Sebenarnya nampak keletihan meka teramat, tapi jejak masuk je studio, semua orang di salam.

Hah... camtuh beb PR baguih. Biarlah orang nak kata sombong ke diva ke... tapi ko tak camtuh da cukup.

Sebagai orang baru, jangan ngalah ngan kritikan... jangan mabuk ngan sokongan... malah bekerja lah lebih keras nak membuktikan tanggapan orang salah belaka.

Ni some of the shots I took with the girls (tanak amik pics ngan bebudak tu with my mobile, walaupun Haziq paksa gambar ngan dia tuk handphone dia)

Kalau nak tau beberapa budak Akademi Fantasia ni, hobi bergayut!

Tengok tuh... kantoi si Velvet!!! Hah... aku da ada photography evidence, bah!!!

Pandai gak Farhan pose!

Gayut ngan sapa???
With the REAL Velvet and Farhan (kenapa spek itam?... sebab tak cukup tidur...)

Went back terus berehat sebab keletihan teramat.... tambah agik satu badan sakit je. Effect umur kot....

KOed terus tanpa maaf!

Eh by the way, hari sebelum tuh singgah Thomas & Guys, sponsor rambut bebudak Akademi Fantasia (bukan ketika rancangan - tu buruk!)Thomas & Guys yang baru ni located kat Petaling Street, so lepak kat sana sebab bebudak Prelude ada ler sana. Atas jemputan Hazel dari Maestro, aku singgah ler.

Bukan nak wat rambut pun... aku tengah syok nak panjangkan tanak wat per per.

Time kat sana, serempak ngan the best people in the world!!! The ones who actually deserve the term mesra.

Sapa lagik kalau bukan majoriti moderator untuk @15. Ala korang selalu chat ni, meka laa yang lidah manis tapi raja tebas mesej, pastuh kaki apikan pasal isu tuh ni.

Tapi meka ni semua baik-baik ok!!!

One of my closest friends, si Qenari (kena ikut nickname) Korang kalao tengok dia chat, ni lah gambar dia ek! Comel tak?

Kalau dia kat msjbox, aku perasan yang suka ayat dia si BlackList (mak aih... mana leh BL, dia tuh minat Mawi tau!)

Ni gambar Qenari yang aku amik dulu kat Astro tapi tak jadi-jadi. Bawahnya pics konon make-over dia yang vast. Ramai mod sebenarnya aku tak kenal lagi... dulu kenal laa seketul dua. Kali ni aku serempak si HipoKiutSgt, DakArab... sapa agik ek. Watie....

Sorry ler kalao ada yang aku tak perasan atau tak ingat lak... jangan marah ek. Aku sempat amik pic Qenari tengah makeover (hasilnya takde sebab aku da ciao sebab tak sanggup tunggu berzaman dia nak cantikkan diri... dan Hipo sebab dia sibuk posing tunggu turn dia nak wat rambut)
Tapi since Qen kata nak SMS rambut dia yang dia feeling cantik sangat... nanti aku letak atas izin dia kalao dia benarkan ek.

By the way, Qen... tul ke gossip koda ada boypren??? (matilah aku kena lanyak sikicik ni bila jumpa kang... dia ni ganas gak tau!)

Cantik ke??? Ni lah Qenari @15. Erm... comel laa kot!!!

Siapa mod yang pusing pala tuk elak di kesan, dan gambar ala ala curi HipoKiutSgt

Lain kali chat, pandai-pandai ler ayat ek moderators comel-comel ni. Ni ramai lagik yang kiut miut, Tapi nanti aku amik pic letak sini so korang leh bombard @15 ngan kata kata manis tuk ayat meka ek.

Sambung cita... now where was I. Oh yes...well Saturday and Sunday was actually more of a rest day. Asalnya cadang nak ke Melaka tuk perkahwinan kakak Hatta, tapi malam minggu tuh janji ngan Mr. Manager lepak sekali kat Yogyakarta Quake Aid 2006.

Pegi bukan seperti separuh orang atas dasar nak carik makan... tapi atas undang kawan. Uwaa... lama da tak pakai tag Artiste - All Access.

Dapat ler merentas desa satu area ek.

Masa sampai, keta aku tetiba breakdown secara misteri. Lantak ler. Time tu Padi tengah perform, so sebab keta tak jauh dari tapak konsert, layan dua lagu dulu before check keta.

Takde apa dapat dikesan, tengok pas kejap lak ok je. So whatever.

Lepak tunggu Ning sampai ngan her mom, tengok-tengok sia sia je sebab meka da jalan ke backstage rupanya. Aiyak...terpaksa aku dok layan my cold pizza and bersemuka seseorang yang aku tak ingin.

Pada orang tu - I know you're reading this. I'm not mad anymore. But it hurts everytime I see you. You know what you did. At least apologise. Apapun, at least ler dia salam ngan aku dan senyum, walaupun aku rasa plastik.

Made my way backstage je, saw the people I wanted to meet the most.

PADI!!!

Aku dua regional bands aku memang gilakan, Padi dan Sheila On 7! They're the best, and most intelligent rock acts for me.

Aku tak tegur ke apa, tapi it was nice to see time meka kena interview, Padli, vocalist of the band, angguk dari jauh dan senyum.

Mak aih!!! Ingat aku lagik. Last I met them was years ago, and I've only met them I think twice, sekali sini dan sekali di Singapore.

Pas abih kena interview ngan TV semua, he walked up to me and talked to me. Aku memang admiration aku tuk Padi max lah. Manager meka pun rileks je layan aku.

The other two Indonesian artistes I met, sorang leh ingat aku , sorang tak.

Melly memang tak penah ingat aku... nevermind... I love her songs. I've only met her three times, sekali AIM berzaman dulu... and she wasn't much of a talker back then either, and the last masa Fiesta Media Idola earlier this year.

But the best thing was, Kris Dayanti nampak aku dari jauh, terussenyum and excitedly waved.

"Rambut kamu udah panjang!"

I giggled aja lah. What else do you do when Kris Dayanti talk s about your hair. Erm...

Sempat sembang sikit je sebab masa tu dia nak naik pentas da. Also with Anang, her husband.

Cantik tak rambut Ning wat camni?

Walaupun tetap maintain pesen sama dia yang short bob light light tuh, dia gel kan and blow, meletup!!! Very the revival of the Eighties!

Aku pantang ler nak amik pcis of them both together. Mak aih, bila dua diva bertemu, dan posing sakan... ni rupanya hasilnya!

Sunday was absolutely a day of rest for me lah. Forget everything about Sheila On 7. Aku memang berhajat nak gi, tapi pikirkan keperluannya nak berehat sebab esoknya pertunangan dan akad nikah Siti awal pagi.

Tak larat!

Kena gak tidur. The only real activity was fixing up the car (there was nothing to fix - like I said.. rosak misteri - suspen tak?)

Drop by gi Mentor sat je, then ke Hartamas jumpa Nana and friend and then ke Sampaikan Siti kat Sri Pentas. Abih tuh semua pun da pukul berapa da.

So hit the sack the moment I got back. Tak larat lah...

Of course, esoknya aku gi Masjid Wilayah Persekutuan... banyak ler nak cita. But aku rasa, ramai pun da cita benda yang sama da.

Bukak setiap paper dan majalah ari ni... you get to see everything. Takyah ler aku nak bagi laporan basi.

For me, it was fun - tapi tak kuasa sebab ramai gatecrashers sangat. Dari 1,000 jemputan, dekat 2,000 yang muncul. Wartawan dan media yang diutamakan - tiba tiba bertambah jumlah ngan ada mereka yang tak bertauliah.

And that's what I want to talk about.People selalu cakap... wartawan hiburan tu lah... ni lah...

First off all, aku da penah wat news, politics, features, crime and even sports.

But my background, aku ada amik Diploma In Sound and Audio Engineering.

The point of saying that?

Sebab orang suka kutuk low class la wartawan cam kami ni etc. You don't know what we have to go through everyday....

Tapi yang kelakarnya, kutuk camtuh camni... tetap beli gak nak tau cita kan? The media gives what the people want. People talk about educating your readers... but do the readers want to be educated?

Every magazine, newspaper or even TV show, has a target audience... so why bitch about what the medium is providing.

And that's the same with my blog. Camni lah... lain kali nak ngumpat, cermin je diri sendiri.

Nak kata tak professional? Try coming in as an intern, just mesej or call me. Tengok ko leh tahan tak lifestyle camni?

Dapatkan scoop atau cita yang leh jual... mampu ke?

You don't like a certain brand of reporting? Don't buy the paper, Don't watch or listen to the station... and for blogs, click that little 'X' kat ujung window tuh tuk close it. Senang je.

So bab Siti punya marriage, first of all, aku nak dedicate this to the entertainment reporters which were so dedicated and very gigih in covering the event, without which korang kena jadik antara gatecrashers to know what happened.

Ni sebahagian mereka yang bertugas ketika lunch. Tu Farihad dari Berita Harian dan Hafidah dari New Straits Times. The next pic tu Marliah dan the other end tuh Shaharudin from Kosmo! Tengah tu photographer meka tak kenal nama. Ramai lagi nak amik, tapi tak sempat snappy. You know who you guys all are.
Yang last bawah tuh, yang start isu Ina tuh, Serimah dari Berita Harian gak. Superstar tuh!

So how the wedding? I'm glad for Siti obviously.

So... selamat pengantin baru kepada Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa.

I thought baju Siti ok ler, tapi sarat sikit ngan diamante, but boleh lah. Make up dia aku rasa terlampau tebal, especially around the eyes, sampai nak kata hampir tak kenal lak.

But as horrible as I thought Radzwan Radzwill's ensemble was, I thought the tiara was the MOST HORRIBLE THING aku penah nampak. Ala rupa bargain bin kat Semua House ok!

Perlu ke? Tak penah aku nampak orang tunang dan nikah kat masjid pakai camtuh. Kalau sanding ok ler, walaupun tetap rupa markonah sikit. Still, seb baik Siti cantik, so seburuk mana Radzwan Radzwill punya keja pun... she's still pretty!

Aku dapat ler close up ngan dia masa she spent some time ngan media. Aku dok depan sekali dekat ngan dia, and I could say she really was extremely happy.

Aku sempat wish her congratulations, walaupun sekadar dari jauh.

Siti hanya mouthed the words "Terima kasih", senyum dan angguk.

That was enough. I have buried my hatchet with her. I wish her all the best in her new life as wife, hopefully mother, apart from daughter and pop star. She deserves that happiness in her life. Everyone does.

Rugi je yang tak dapat invite. Tengok kat TV je does no justice to the wedding.

Me?

Semalam I decided to do some things, celah kesibukan coverage tuk Siti punya wedding. One was going for a medical check-up. Banyak tak kena, and I got many types of medication, plasters, creams and much more.

By the end of the first night semalam, aku da pekena semua ubatan aku, and then topped it off with Xanax (sleeping pills), terus aku aman semalam dibuai mimpi.

Lega... tidur dalam kul 4 pagi.

Aku sedar saja...

AWWWMIIIGAWDD!!!!!

Da kul 2 petang! Aiyo... that's the last of the Xanax! No more sleeping pills. Tidur lebih-lebih lak! Aku tanak amik lagik la. Kang terus tak sedar da siang bangun the next night camna?

But I least I feel a lot better now, and I'm thankful that I actually took the time to go to the doctor. Kelegaan dari kesakitan yang biasa (fizikal dan emosional), aku hari ni lebih ceria je.

My mom got into a slight accident yesterday... but I was happy simply because she didn't get hurt.

Damn bloody rude drivers who slam into the rear of 60 year-old women's cars and swear like an uncouth asshole. Hope your mom gets rundown by a steam roller soon.

Arghh!!! Tak perasan da kul 7.30pm dah! Dah dekat dua jam lebih aku blogging ni. Ok ok.... to be continued soon ok with more (yes a lot more) pictures of Siti's wedding... ciao!

PS : Esok aku letak beberapa agik pics Siti kat sini, along with cita pasal birthday party Farhan semalam. Sabar ek. Kerajinan update da kembali so no worries about no entries now.