Sunday, July 02, 2006

Goodbye...

Ketika persembahan terakhir di konsert Akademi Fantasia semalam, di mana kita begitu gembira bersorak persembahan Farhan, berita sedih telah disampaikan.


Sejurus selesai sahaja usaha Farhan menghiburkan semua dengan Biarlah Rahsia, kami diberitahu oleh beberapa teman berdekatan yang ayah Mawi, Pak Atan telah pun meninggal dunia.

Berita itu sedikit sebanyak telah menyuramkan keadaan, dan persembahan seterusnya tidak dapat dihayati. Kemeriahan usaha pelajar-pelajar Akademi Fantasia tidak bermakna.

Ketika saat mereka hendak memulakan tarian Menuju Puncak, Freddie Fernandez called me to let me know the news, and that he was on the way nak gi Institut Jantung Negara. I told him I would come over the moment selesai konsert.

We got there past midnight, by which mereka sudahpun brought the remains out, and was on the way back to Johor.

I have to say this... bukan apa... aku tetap anggap kesemua anggota keluarga Akademi Fantasia sebagai adik-adik saya. And it saddens me when the impact of them losing somone so near and dear, comes at such a trying time of their lives.

The last time I met Pak Atan was quite some time ago... I know one of the last was in Brunei where we travelled together, and after that just one more time. Never did I think it would be those few final moments.

Pada mereka yang beragama Islam, tolong sedekahkan doa dan Al-Fatihah buat roh arwah. For everyone else.... please do say a prayer.

And to Mawi... be strong. Nothing else I can say could change anything... but saat-saat menguji seperti ini comes for whatever the reason, and you have to believe it's for the best. God knows best...

Pak Atan... rest in peace and God bless.

"Though I walk through the valley of the shadow of death, I will not fear; Thou art with me." (Psalm 23:4)

*I will be leaving for Kulai at 7am bersama ngan Freddie Fernandez to pay our last respects to the late Pak Atan.
**Update petang Ahad - Aku telah kembali ke Kuala Lumpur bersama Freddie dari Maestro dan Rozina dari Astro. Sempat mengikut upacara pengkebumian Mawi's later father kat Tanah Perkuburan Islam Felda Taib Andak lebih kurang 10.45 pagi. Beberapa warga Maestro dan Astro turut menghadirkan diri to pay their last respects.

Selesainya everything, we all moved to rumah jiran Mawi di mana ibu Mawi is staying for the moment. Nampak rumah separuh siap yang menjadi idaman allahyarham... sedih terkenang dia tak sempat melihat rumah itu sempurna didirikan.

Lega hati dapat menyampaikan takziah pada Mawi, dan duk bertanya keadaan dirinya. Jelas pemikiran dia tengah kusut ngan pelbagai isu yang melanda, disamping pemergian ayahanda tercinta.

Apapun... be strong Mawi. As a friend... I wish you all the best.

Untuk pengetahuan peminat Mawi, dia akan direhatkan oleh Maestro selama tiga minggu, jadi setiap aktiviti yang dijadualkan dalam tempoh tu akan dibatalkan atau ditunda.

0 comments: