Thursday, April 15, 2010

Numbed

First of all, thanks to Yasmin, my blog friend and reader yang met up with me kat KLCC siang tadi.

Heh.. for those yang tau pasal my blogshop in my Facebook fan page, Yasmin da cup dan beli beg Coach satu. Heh... booking yang pink, tapi end up beli yang brown bila dia nampak.

Sorry ek Yasmin aku kesibukan bagi ko tunggu bagai. But hope you really like the bag. Keep in touch with me ok. Was fun talking to you, dan anak ko memang comel sangat!

Keletihan meeting bagai, it's taxing to be rushing about like this. Banyak sangat keja nak abihkan... tapi my mind is elsewhere.

Tapi dalam keletihan malam tadi singgah kat training ground jap layan last meeting. Ada rehearsal Gempak. Terhibur gak layan bebudak ni semua rehearsal.


Dari keluarga Akademi Fantasia ada Fitri, Zahid, Yazer, Afiq, Toi, Hazama, Idayu, Akma, Farhan dan Nadia. Also si Farish and Alam pon ada.

Takes a little bit off my mind... sorry la cam depress sangat entry aku. No mood. I need to get away from all this.

Wednesday, April 14, 2010

Yeah yeah!

Tadik siang rush gi press conference untuk Anugerah Industri Muzik 17 yang akan diadakan 2 Mei nih.

Tuk info korang, yang akan wat persembahan tahun ni ialah - Dato’ Siti Nurhaliza, Dato Sheila Majid, Krisdayanti, Faizal Tahir, Zee Avi, Ayu, Shila, Yuna, Riz, Aizat, Alif Satar, Altimet, Dafi, DJ Fuzz, Iqwal, Jaclyn Victor, Mila, Point Blanc, Andrew Tan, Karen Kong, Preeta Prasad, Vince dan Juwita Suwito.

Penyampai termasuk Amanda Imani, Hafiz, Diana Danielle, Colabr8, Basil (FlyFM), Jo-Anna Henley, Liyana Jasmay, Mawi, Prema Yin, Ruffedge, Soo Wincci, Tini (Hot FM) dan Shruthi.

Ni some pics aku sempat snappy. Memang tak banyak!



Aku beberapa hari ni serious tak cukup tidur. Keja tak berkurangan gak sebab abih satu, masuk satu. Aduh... rezeki, rezeki gak... tapi pening sapa nak jawab.

Tapi malam tadi memang best sebab pas abih meeting bagai wrap last call at 9.30pm, aku gi lepak ngan kengkawan kat Rasta.

Kali pertama aku rasa geng Rasta ni leh nak dekat kalahkan geng Pelita ngan jumlah yang berkumpul.

Yang pentingnya...

Tuh dia.. sapa nak jawab. Aku maintain merah pink gituh pala (sila abaikan tanda tanda gugur rambut yer... sebab tu rambut berminyak, yang menipis nampak ala nak botak lak - plus pendek ok!) sementara si Rudy dah berbalung ayam!

Merasalah...

Anyways, it was enlightening to learn some things tonight.

All I can say is, let God judge. Sapa la aku nak hukumi tindak tanduk sesetengah manusia yang tak sedar untung. Syukur je atas rezeki apa aku ada, dan pada yang rasa dengki melihat walaopon tak usaha nak capai apa meka nak - aku doakan meka sendiri nampak kesilapan mereka dari terus menyalahkan orang lain.

Takpe...

Apapon.. esok another day. Merasalah.

Apapon... like I said, no review of Diari yer. Geli bijik cita cinta nan hado. Focus cinta katanya... tak perlu. Jadik Akademi Maksiat ek. Heh... tak campo! What it does is show how poyo and berangan some can be. And how retarded too sampai nak tunjuk ngan motor agik. Kowser!

Oh by the way - to all my lovely friends and readers of this blog, wonder if you guys saw this in The Star yesterday?

Recognize anyone? Kalao korang nak tau lebih, just head on over Project Alpha season two. Will blog more about it later, ok. Gotta sleep now...


PS - Korang layan Glee tak malam tadi? Aku da download lom layan... tapi meanwhile... here's the much hyped Vogue video by Sue Sylvester/Jane Lynch

Before anything else... layan the original first.


And then... the Sue! Yeay! Tak sabar aku... next week - The Power of Madonna!

Tuesday, April 13, 2010

Renungkan

Hari ni nak post some pics from event Alibi Music tadik.

Tapi sibuk sangat, bajet nak wat short entry jer... esok sambung sebab nak tidur. Esok dari pagi again ada benda nak wat, pastuh ada event bagai, termasuk PC tuk AIM akan datang.

Tapi masa wat keja, ngadap laptop, terlayan Diari lak. Camna terlayan? Sebab Astro Ria was on and ulangan was on. Alamak.... heh... Takpe... nak gak tau apa lagu bakal di hancurkan.

And here are the songs.

Lagu tugasan pelajar
MAULANAKu Bukan Aku (Tilu)
NADMy Happy Ending (Avril Lavigne)
ADIRASeri Mersing (Datuk Sharifah Aini)
SHAHIRAnggapanmu (Ziana Zain)
AINHalo (Beyonce)
IWANOh Juwita (Nubhan)
DAUSBenar-Benar (Adam)
FARINAMana Mungkin (Dayang Nurfaizah)

Lagu bonus
Konsert Akademi Fantasia - Kau & Aku (Akim & Mila)
Konsert Debaran - Pergi (Aizat)

Tuh dia... banyak lagu yang best bakal dirosakkan... dan lagu azab tambah azab. Bersedia la lagu Halo bakal dihanjkan oleh Ain... dari practise dia dalam Diari pon nangis da screaming senselessly away some random notes that vaguely sound like Halo.

Masih tertanya kenapa kat Debaran nak nyanyi lagu sedih, konon bagi mood. Ertinya someone screwed up la masa semua melompat terkinja-kinja wat Generasi Hebat?

Anyway... saja nak share a few thoughts pas tengok ulangan Diari tadik (tertengok masa wat keja and geram lak rasanya nak gak blog pasal what I saw)

When you start something - with a disclaimer right at the beginning, then seriously... something's wrong.

Sebenarnya aku tak heran langsung kalao Shahir nak dapat lagu Anggapanmu pon.

I mean... people have been doing it for the longest time. That whole gender switcheroo thing. Tak uncommon pon kalao laki nyanyi lagu pompuan dan sebaliknya.

HOWEVER, this has to be done well.

Forget the usual individuality and personal touch needed... you also need a new arrangement that is suitable to the singer in question.

Tapi memandangkan minus one ala ala Audio One karaoke zaman dulu... entahlah... key pon ada yang cam struggle... ni apa agik nak harapkan.

Personalized la orang kata.

Tapi jangan sampai feeling lagu Benar-Benar nak kata di indiekan sebab Daus jiwa indie as said by Norman.

Again people... indie maksudnya INDEPENDENT. Maksudnya seseorang artis tuh indie ialah dia merakam, menerbit dan menjual albumnya atau hasilnya secara independent... maksudnya wat sendiri la. It's DIY - maksudnya Do It Yourself. Takde fancy schamncy recording outfit bagai.

Walaopon the independent scene is more synonymous with rock and it's many variants, takde orangnya di dunia nak kata indie sebagai genre muzik yer. Harap maklum.

There is no such thing.

Indie has many genres... so Norman paham tak bila dia katakan Daus jiwa indie?

Camna la tenaga pengajar pon sendiri keliru soal genre bagai.

Kalao kata dak tuh minat indie pop ke indie rock ke... aku leh tima sebab the variants of the independent scene basically means there is no commercial leanings in its sound.

Yuna is indie cause she did it on her own. Kalao nak katakan betul betul... Aizat is indie cause he got his album up on his own. Najwa pon. Hujan may have been indie when they started.. but now together with Bunkface, meka ni indie crossover. Da masuk mainstream da.

So for the last freaking time - indie bukan genre muzik. Harap maklum! I know this won't be the last I hear of it sebab thanks to uninformed people who rule the music industry with an illusion of knowledge, there are those who believe willingly without doing their own homework.

Jangan diperbodohkan yer.

Muzik India ada... muzik indie... lagu indie... kat Malaysia je bersepah muzik 'indie' sebab orang ingat it's the SOUND. Indie bukan genre. Titik.

Berbuih mulot (ke lebam jari) when I keep stressing indie is not a damn genre.

Lebam agik layan drama buatan.

Aduh... da takde drama dalam Akademi (ke sebab on cameras lambat kol 12 dan off nak kena tepat jam 6 sebab takde overtime bajet kena potong kena create drama - ooops motif aku tau?) - meka wat drama lak.

Baha gi main selongkar hostel bebudak and their personal belongings.

Erm... ada contraband ke? Dadah? Hanpon? Rokok? Terdesak sampai korek tiap keping kertas skalipon...

Ek eleh.. surat cinta ek?

Dari Nad ke Iwan. Ain ke Maulana (kalao tak silap aku dengar la). And Daus and Adira kan? Sesuatuh!

There must be some rules lah... takkan sampai camtuh demi nak carik bahan nak wat drama?

Privacy is privacy! Kalao da bebudak 'selamat' dalam Akademi, jangan sampai their personal space pon ko nak go through camtuh. Ish ish ish.... silly...

And what's with the Ain treasure hunt. Banyak sangat masa kan nak wat spot check nak wat treasure hunt.

And now that stupid talking motorcycles da kena kutuk gila babiks sebab fans semua rasa very the terencat, they're going back to the cameras. Hadiah Ain? feather boas (or at least one with another some sort of cheap tinselly boa) with ribbons and sticky shit. Nak hiaskan kamera lak... siap bagi nama Lulu.

Actually kan.. rewind sikit. Like the ulterior motive.. tujuan sebenar nak feeling hias camera sebab Bebot lahar bodoh tuh dah memang hina, and they want to bring back the cameras as a feature (sila nyanyi... recycle... that's what you do.. recycle... macam semua lagu) - sebenarnya bab spotcheck tuh ada sebab.

Nak dengar (ke baca) spekulasi aku tak.

Camni.

Semua peminat Akademi Fantasia tau.. sepanjang sejarah Akademi Fantasia, kalao ada pasangan bercinta, especially kalao sorang tuh dak ensem ke jambu sikit, yang pompuan mesti tersingkir. Pikir betul-betul... dari musim pertama da camtuh. Memang faktor dalam penyingkiran, especially when the female population forms majority of the voting power (this is obvious to fans).

So, spekulasi aku, terdesak sangat sebenarnya meka nak usir Nad dari Akademi. Selective termination gituh. So secara tak langsung, main sentimen camni, by highlighting the 'relationship' - walaopon sebenarnya nampak ala ala ada tiga pasangan (Shahir dan Farina aje du-uh) tapi fokus kat Nad dan Iwan... rasanya apa akan berlaku?

Dah Norman pon direct bodyslam camtuh... kata patut Nad keluar. Tak pernah ada pengetua yang cakap ada student yang patut kuar camni. Sampai nak bagi nama. Da kalao student gagal - kegagalan sapa? Tukang pilih pelajar?

Ish ish ish.. macam-macam.

So no surprise la kan kalao Nad keluar minggu nih. Memang agenda la. And kalao betol Nad terkeluar kang - leh la meka bagi alasan pengundi yang decide. Padahal kalao ada yang favourite (walaopon kita kat luar nih geli bagai) tersepak keluar, leh sentap mentap bagai camla meka ni talented tahap dewa.

And then comes more cheap drama... konon relationship setengah jalan la.

Are you enjoying this? The production believes so. Yeay!!!

On the plus side, Glee is back!!! Yeay! No need for cheap rip-offs on local TV!



And as you can see from the online promo - Glee is going... MADONNA! Yeay!

And also Lady Gaga! Yeay... can't wait for tomorrow to watch it!

They're on the cover of the new TV Guide where they did a photoshoot to promote the episode where they'll pay tribute to Madonna called - The Power of Madonna. Here's the video below of the photoshoot session. Awesome!!!



Check it out!

The new Glee soundtrack kicks off with a seven song EP from the cast of the remakes of Madonna's songs! Yeay!

Ah... Glee! Can't wait for America's Next Top Model and Project Runway to hurry up with their finale. I want to focus on V (two awesome episodes already in continuation after the break) and GLEE!

Monday, April 12, 2010

Dash

Screw it! Hari ni melampau sangat aku berkejaran!

Dahla semalam tidur terlalu awal, terjaga terlalu awal. Bila da rushing about seharian, letih tahap gaban paling utama gituh.

Awal pagik da gerak. Ada meeting. Kat mana? Amik ko!

Motif kat Sunway Lagoon. Biasa la.. ada projek. Syukur beribu kali syukur! Rezeki...

Lepas tuh gegas ke Alibi Music kat Damansara. Kecoh jap layan kengkawan sana (merasalah bebudak sana semua keja cam tak keja... KC take note! - heh!)

Abih tuh, rush nak recce location lak tuk agik satu projek akan datang. This is the actual project next in line of the few lined up. Can't reveal any details, tapi korang tunggu je dalam lebih kurang dua minggu. Flash mob alert!!!

Headed Low Yat layan nak settle benda sana pastuh. Amik ko - merahkan laptop lak. Skang matching ngan lighter, beg, rambut, tali pinggang... cam Chinese New Year lak rasanya semua feeling merah. Matilah aku kalao tetiba terserempak lembu nih!

Had one last meeting later in the night sebelom headed home. Seriously letih... tapi pasni banyak agik keja nak siapkan nak email bagai.

Hopefully things slow down sikit sebab I am feeling really drained.

Oh by the way.. mulai skang, memang tak kuasa aku nak link Diari Nan Hado... oops.. Diari Akademi Fantasia agik. Ataupun Debaran yang juga sewaktu dengannya bab tahap membuang masa gila babs.

Only the Konsert. Tu pun for now... if it keeps getting worse, I'm not even attending, mintak dak lain cover and I can do much more on a Saturday night. It is getting tedious, and boring. Tak penah aku sampai tahap rasa camni.

Tatau la peminat lain. Selama ni kita katakan leh lawan musim keempat tahap hampeh, tapi tuk aku musim ni da memang juara dari segi Akademi Fantasia paling lemau dalam sejarah - even worse than musim keempat. It's the fifth week and there are absolutely no signs that things are going to get better.

Tu la akibatnya bila nak bikin program nak syok sendiri dan bukan demi peminat (yes... kalao ada yang tak puas ati statement ni, that is a fact - do your homework and see what made the other Akademi Fantasias work).

But tadik ter-tengok lak (TV on masa wat keja) Diari and sempat raise a few questions. Such as...

Kenapa ada fakulti rasa orang terpengaruh cakap Adlin? Bukan ke minggu lepas dia puji Anum bagai nak rak, kena sepak gak? This just proves tak kisah sapa, rightfully so, peminat undi sapa meka rasa layak dapat duit meka la. Simple as that.

Kenapa Norman kata selama ni Akademi Fantasia takde sora cam Alif. Darn right there (sila gelak in private ek). No one sounded that bad. Wait a minute! Did Norman watch semua musim Akademi Fantasia? Apa beza Stanly dan Alif time Akademi?

Kenapa all this fuss about Alif? Or any of the kids yang terkeluar? Aiyo... cakap cam semua hebat hebat belaka. Padahal semua memang skang competition tengok sapa tak tergolong in the worst jerk... and not seeking the best. (Speku supaya AFMASUK dapat diadakan walaopon takde orang mintak kecuali segelintir terlampau kecik)

Kenapa bebudak yang average in their early 20s, perlu ada aktiviti yang make them look like 12 year-olds. Erm...

Kenapa aku dibuktikan betul dengan lagik lagu KRU jadik tugasan? Aiyo seriously. Apa deal ngan Astro nih sampai camnih. I mean honestly there are a lot of songs, so chill with the KRU compositions la. Bukan takleh... tapi come on. Every week (kecuali minggu lepas) macam kewajipan! Kalao camni wat tribute week KRU terus jerk. Senang. get it over with.

Yang pentingnya.. merasalah la minggu akan datang nih, lagu seperti Seri Mersing, Halo dan Pergi bakal dihancurkan. Oh well.. you expected something more? Can't blame me for being pessimistic. Halfway point and still amateur karaoke night. Undeserving of the status of Akademi Fantasia. Period.

Sunday, April 11, 2010

Tangisan beberapa ekor buaya

For the first time.. aku willingly tak nak ke venue nak layan Akademi Fantasia.

Aku da berkali cakap aku semakin letih nak layan drama perah duit SMS orang nih... because that's what it's becoming. And a desperate one too.

Betul ke sumber aku katakan yang memang AFUNDI tahun ni hado kutipan?

Merasalah ada yang rasa nak carot aku bawah nama Anonymous sebab tak kisah pasal apa asalkan dapat laharkan aku. Heh... bring it on la... da berapa musim. Lali da dowh!

Apapon... the announcement of bottom five and all... pretty pathetic because it looks like attempt bersungguh nak timbulkan suspen nak wat duit sebab tak kena kuota nak saing ngan musim Akademi Fantasia lain.

Oh well...

Kalao keluarga dan peminat semua bijak, simpanlah duit SMS korang skang. Kalao you really believe in talent bebudak nih, jimat duit tuh nak wat kan single yer from the best producers around.

Kalao tak hasilnya kang dapat single express hado jerk paling kuat... dalam sehari dua lepas elimination. Hah.. si Alif dah keluar. Dia dapat wat single tak rasanya? Heh... KRU nak wat single tuk semua ke?

Amik ko... borong! Semua pau skali. Pada awal musim, tak ngaku lak masa ditanya apa kaitan KRU dengan Astro Entertainment Sdn Bhd dan betul kah part of the deal is preparation single borong bagai tuk KRU.

Well... one down... we'll see how many more.

Sama la ngan sebelom ni katakan we won't we inundated, dihujani gituh ngan lagu-lagu KRU ketika Konsert. Tapi minggu ni jerk stay away from lagu KRU. Heh...

Apapon.. mai kita kelas Bahasa Inggeris hari ni yer, adik adik.


Hah.. apa ni? In English - ni la namanya CROCODILE TEARS. Merasalah translation air mata buaya (ada ke saying ni in Bahasa Malaysia)

Maksudnya, tangisan palsu, lakonan hado untuk nak tunjukkan simpati... katanya... walaopon!

And dengan tersingkirnya Alif (opocot!!!! terkejut!... katakauuuuuuu), kita dapat lihat... eh jap... semua tak nangis pon. Nampak sorang dua cam Nad (tu pon pastu joget terkinja kinja) dan Farina (nangis sebab lega terselamat dari tersepak kuar) yang keluar.

Maulana yang biasanya nangis cam balu filem Tamil mati laki pon konsep ceria ceria kanak kanak Ribena.

So maksudnya?

Sila pilih jawapan spekulasi dibawah :
a) Dr Fazley da counselling awal-awal supaya tak cenggeng
b) Konsep 'Ada Aku Kisah' bila Alif keluar dikalangan bebudak sebab memang rasakan dia awal-awal patut keluar dah
c) Segala tangisan selama ni pelesu saja da masuk empat minggu da letih nak berlakon perah airmata
d) Sila isi ruang kosong ngan jawapan peribadi anda.

Heh.. crocodile tears kah adik-adik?

Lantak pi la...

The question now is. With the desperate attempt nak naikkan AFUNDI minggu nih, apa kah tindakan selanjutnya produksi nak ningkatkan kutipan AFUNDI. Mari spekulasi.

Awal-awal meka da kompang pasal AFUNDI. Padahal dari nak masuk minggu keempat saja. Sesuatuh! Tak penah awal camni... and it's not like this year such a phenomena that it gets called on lak tetiba. In fact, ada beza kah one screamer from another?

What do you guys think will be the next action of the production nak try and get people to vote?

We'll see la lepas ni.

Apapon - aku lega ari ni tak ke Dewan Sri Putra. Dapat rehat seminggu, takyah nak rush sana for a half hour show yang hado.

Pada mereka dalam produksi... pikir-pikirkan la pasal perisian dalam Debaran.

Orang carot, korang sentap. Tapi hakikatnya ini hanyalah salah satu rintinhan peminat yang dah sokong Akademi Fantasia dari mulanya.

Bring Akademi Fantasia back to the fans. They poured money into the show and make it big. Respect them.

For now... the show is just... another show. Baik tengok Mentor dari Debaran bila malam minggu camni. Heh...

Next week nak try kot konsert pon dok rumah je. Cam tak penting lak da nak tengok konsert cam dulu-dulu. We'll see how (seronok kekadang kompol ngan kengkawan demi nak gelak... )

Eh.. anyway... tadik ada meeting pasal projek baru. Yeay... Cikgu Siti Hajar on board. And band Pesawat on board (yang wat lagu Mirage as how it should be performed not versi haus).

Looks like things kicking off. It's going to be hectic... but hey... what's life without a little stress kan?

Ok la... nak tidur awal. Esok kena recce location.


PS - Video akan diupdate later.

Saturday, April 10, 2010

Jiwa kacau

Sebelom apa-apa... mai kita layan nih...

Tuh dia! Masih jelasssssss!!!!!! Setiap garisan halusssssss...

Merasalah! Motif props ni ada kat Dewan Sri Putra? Mau recycle kah untuk konsert mingguan? Aiyo!!!

Ke sebenarnya nak recycle tuk Debaran sebab akan ada mini konsert/persembahan dari Hafiz, selain dari Aril, Akim, Isma Dafi dan Mawi.

Apapon.. mai kita layan video for Konsert Akademi Fantasia minggu keempat. Sambil play tuh korang layan la pemerhatian aku.



Aku sebenarnya tanak kejam sangat la minggu nih. Bukan apa... korang pon mesti letih kan sebab carotan aku teramat menguji kreativiti aku nak carot bagai sebab berulang je benda sama.. the same mistakes week in and week out... but let's try anyway la ek.

Nad - Realiti Dewi
Opening pon backing vocal semua da sumbang very the lahar dah. First song of the concert da nak bagi sakit hati!!!
She didn't do too bad - given every week cam sampah persembahan dia. Minggu ni kira elok la sikit, an improvement from the tortured, forced and very constipated attempts.
Tapi still bunyi cam itik tercekik sana sini yang aku tak paham why. I mean, they have at least three to four days to perform for only about three minutes. Memang la stress bagai, tapi aku yakin kalao focus, takkan sampai melalak ta tentu arah camni. So sebenarnya apa masaalah nih?
Tenaga pengajar da bersungguh... kenapa students kali nih takleh deliver sebenarnya?
Beriya Norman kata takde yang malas... but the truth is, Nad and her friends semua memang hampir semua malas nak mampouih...
To cram for that short performance, takkan tak mampu nak perform better?
Oh well... aku kesian serious gila kat Nad nih. Uji tak uji sama je... apa tujuan sebenarnya nak masuk Akademi Fantasia? Nak jadik penyanyi? Are you sure? Tak nampak pon minat nak nyanyi dan dalami seni persembahan. Contrived and simply parroted je performances dia semua.
Can she make ten weeks? God help us if she does lah...

Shahir - Always Be My Baby
Dak ni... aduh. Minggu ni minggu bunuh dia. As is every time ada lagu tugasan Bahasa Inggeris diberikan dak yang lemau bab English nih.
Seperti dak lain, dia karaokekan lagu nih jerk. No original twists to make the song his.
David Cook made the Mariah song his own, tapi si Shahir ni try so hard nak emulate David's version. In the end, bunyinya cam some cheap-rip off.
Backing vocal lagik azabkan lagu as in every song.
To be positive, he has a voice... but then again, a lot of voices out there, camna nak compete bila da kuar Akademi kang.
His tone reminds me of a nice 80s-esque rock singer. Dia kalao leh belajar bebetol, ada harapan... tapi wat skang tetap NAN HADO.
We'll see lah how he performs, but I think for now, dia relying on his looks and nothing else.

Alif - Hanya Di Radio
Merasalah! Honestly... aku empthathize that he is trying. But let's get real. he's a lost cause.
Tak ke mana walaopon cuba camna pon.
As long as nak feeling simpan sora Giant dia (sebab ramai da wat sora Nobita)
Performance cam Amelina tengah selsema and in man-drag.
There might be those who claim to be 'entertained' by his showing, tapi this kind of entertainment takkan berikan masa depan unless you're in a freak show.
Someone tell him to use his speaking already and stop slurring for goodness sake. He's already sounding irritating enough dah as it is.. don't have to make it worse!
That faux bass thing he does does nothing for him. I suspect kalao betol la dia nak compete, he wouldn't sound as bad kalao dia nyanyi betul-betul ngan guna sora sebenar dia tanpa kepit-kepit meneran sora feeling jejants... walaopon...

Adira - Biarlah
Aku betul-betul ingat dia ok masa verse. Then masuk chorus lagu aku suka gila nih... dia start mengilai! Aiyak!!!
Apa hal! Aku rasa dia kalao dapat pujian pon dari kuntilanak pontianak bagai yang makan hati kemampuan dia menjerit mengilai tak tentu arah!
Overdramatic, with little actual performance substance. Nampak paksa, rehearsed bagai... Erm... entahlah.
Ada harapan kot.. tapi sedihnya da masuk konsert keempat masih takleh up agik ability dia.
Kalao ada tenaga pengajar bagi dia penampo lima kali sehari, and dak ni betul betul focus on what she is taught, I honestly think she can be serious competition.
Tapi buat sekarang, she's getting away with being noticeable for competing with many horrible wannabes jer.

Daus - Mirage
Si Haus masuk salah competition. Kalao dia masuk Raja Lawak aku rasa ada harapan kot.
Some people are naturally funny. Some people just try to hard nak bagik orang gelak. And when people do laugh, it's not people laughing WITH them, but AT them.
He has a pleasant tone. Tapi tak nampak dia usaha langsung gak nak applikasikan tuh pada nyanyian dia. He tries to get away with what he has. Whole performance dia nampak trying too hard. Rupa dia seperti fokus... bila nak menapak.. bila nak angkat tangan...
I mean it's like the whole performance dia da kena choreograph and dia sibuk nak ingat celah mana nak gih dan sebagainya.
There is no heart in this kind of performance. Memang tahap persembahan Hari Penyampaian Hadiah.
And can someone explain to me what the point of taking the jacket off was? And that psychotic staring???

Ain - Kawan
I have no idea why you would want to try and make it appear like you are playing the guitar when a) it distracts you.. menggangu nyanyian ko yang lom betol pon b) trying so hard to look cool but the guitar looks like it weighs more than you and c) stakat for show... as it wasn't a totally acoustic attempt.
Powerful voice, but all over the place sebab like the others, dia nih ada tool yang tak reti pakai and empat minggu cam tak mengajar dia apa-apa.
I remember masa AF2 Linda wat Leaving On A Jet Plane. Aiyo! Langit dan bumi. Bukan je dari segi performance quality, but also emotional quotient. Dalam kes Linda, feel dia very the menusuk kalbu. Dak Ain ni takde feel langsung. Cam penyanyi pub yang da malas nak make an effort with all the intoxicated patrons.

Farina - Teruskanlah
Eeeeee!!! Dak ni kan... aku rasa dia da naik lemak da.
Bertahun da pengalaman, dapat lagu makanan aku ingat dia akan ok. Opening pon da quivering away... tak stable langsung vocal dia in the attempt to come out with that breathy, sexy voice. Why? Kita takkan tau...
She actually looks overconfident. Mungkin sebab lagu ni makanan dia, dia terlebih yakin sampai lupa kemampuan dia in just grasping techniques taught to her, tak kesampaian langsung.
Horrible. Not the worst.. but close.

Iwan - Kekasih Gelapku
Nangis lima baldi... punggah ke longkang dan kosongkan.. pastu sambung nangis agik..
Sila ulang proses lima kali tuk paham efek persembahan Iwan.
Bukan sebab emo dan feel ok... tapi sebab LAHAR sangat persembahan dia.
Memula stakat breathy breathy nih (sama je semua nak skema... dari persembahan sampai the approach of every song).
Menyampah lak aku gila babas ngan dak nih semakin lama semakin teruk.
When he contorted his face in pain and failed to hit the hight notes, memang rasa cam layak Gucci melayang ke atas pentas!
Dia nih memang empty shell. Takde perasaan... nyanyi lagu yang senang nak grab feel pon tak mampu.
Aku syorkan KRU gandingkan dia, Dafi dan Adam for a boyband.
Some people are meant to be solo. Others are meant to be in the background.

Maulana - Biarkan
This boy is the perfect example of how likeability menentukan masa depan.
Malam tadi dia perform the best. Tuh tak dapat nak nafikan.
Tapi sayang... perangai dia tuh... bermula dari statement "We're the best AF ever had" sampai ke something like tak kisah pengkritik cakap apa, yang penting peminat berjuta-juta luar tuh...
Haiyo... hado?
Dia nih same boat ngan Aizat dan Aril.
Except dalam kes Aizat, he's multi talented, and he can lose weight.
For Aril - dia da banyak pengalaman hosting bagai, and 'keangkuhan' dia as perceived by many is more of a cheeky kenakalan.
Ngan Maulana? He has no package and he should work harder. He has an ok voice, and can perform well kalao dia betol betol put his heart to it.
Just he will never do well kalao dia tak work on his likeability.
And penyokong dia dalam Dewan tuh is not helping him sebab bagi orang menyampah je tiap kali pengkritik cakap meka menyampuk bagai. Bagus sangat la tuh... dari orang geli... jadik menyampah terus.
Pikirkanlah...

Pemerhatian
- Lagu-lagu sebenarnya terlalu pendek nak menilai bebudak nih. Selain kesampahan bagai minus one yang nan hado, entah sapa punya keja yang malas nih... yang langsung tak membantu bebudak nih, I really think they should focus on the performances as they did previously. The length is one thing that is necessary. Tapi in a way, ni kira hidden blessing. Ni pendek pendek persembahan pon da berdarah. Kalao panjang? Nangisssss!!!
- Apahal la pergerakan bebudak ni skema jerk semua. Dok lantai la... dok tangga la... angkat tangan ala Karam Singh Walia la... they really have no idea in bringing out yang perlu tuk enhance persembahan mereka langsung.
- Dalam potong lagu bebudak nak cukupkan time slot, production dengan mengongnya gih wat bodoh nya drama and sketch yang level of originality and creativity sama ngan taking a dump while having diarrhea. I mean.. seriously... bab Bebot tuh TERENCAT nak mampos! Who the fuck thought this would be entertaining? To who la? 12 year-olds??? Ingat Akademi Fantasia tayang kat Astro Ria.. ni cam Astro Ceria (tu pon aku rasa ada bebudak pon mesti garu pala tanya kenapa spastic sangat sketch nih) And the Adnan Sempit one? Horrible! Tiap minggu bersepah iklan bagai dalam Akademi Fantasia nih.
-The styling... erm... paham paham sendiri. Letih aku carot da.
- Apa hal muzik Menuju Puncak di pakai lak minus one instrumental versi sodih lak. Bukan patut yang upbeat ke? Save la versi nak nangis leleh airmata hingus bagai tuk Debaran, ngok. Aiyo!
-Lampu hijau... memang takde fungsi! Geli bijik nak promosi je keja ngan benda nih. There is absolutely no function.
- Norman is in denial. The only way to get better is to be harder on the kids. Not manjakan ngan kata bebudak nih tak malas.. did their best effort bagai. I can say only two or three of the kids actually bothered to work at their assignments.
- Dalam usaha nak naikkan AFUNDI, meka tayangkan kedudukan lima terbawah bebudak! Aiyo.. perlu ke. Nampak sangat AFUNDI hado tahun ni. Sampai nak wat camtuh... on top of that bebudak nampak... so much for the Akademi Fantasia tradition of not letting these kids know their position. Baik tunjukkan real time results terus!

Dah.. mai kita de-stress ngan tunjuk Sarimah yang comel.. yang dressing meletop.. ngan selipar jepun dia tuh. Heh!

You just gotta love her.

Hah... tuh dia panjang lebar nya entry. Terbalas tak kemalasan/kesibukan update beberapa hari nih?

Esok one more ok.

Nak tidor. Esok ada full day. Nak abihkan ngan family pastuh ada meeting projek terbaru. Kena jumpa semua pihak terlibat. Tak sabar!!! Memang best la event akan datang nih.

Friday, April 09, 2010

Perhatian!

Saja nak cakap tuk hari ni. Sapa lom join klubbkidd.com on Facebook, tunggu apa lagik. Cepat!

Kenapa korang patut join up? Well, simply because Facebook senang sikit nak connect and sampaikan apa saja selain daripada kat blog aku via Comments or the chatbox.

Besides, sini ramai yang segan, sana tak. And plus, aku suka nak privatize my personal Facebook tuk jaga kengkawan artis dan orang industri yang dalam Facebook aku, but I still want to connect with you guys, so this is the best way.

Satu lagi sebab, kerana aku da bukak mini blogshop!

Aku letak harga istimewa tuk pembaca blog aku tuk barang-barang yang branded saja, with free shipping and handling for benda-benda yang harga umpph sikit.

Still, if you are not a member, and I will check, the prices don't apply, ok. Kira korang kena member dulu baru aku layan.

So tunggu apa lagik.. cepat add. I have the Coach bags, ada kasut Guess and Lewre and also sunglasses Dior dan Prada. Items adalah brand new ataupon pre-loved. Pada kawan-kawan pembaca blog aku, kalao nak add items pon leh... kita wat our own little marketplace.

All items guaranteed original (tak main la ciplak nih).

So layan....



klubbkidd.com on Facebook


Thursday, April 08, 2010

Imma Bee!

Mode pemalas nak update blog sudah tiba!

Bukan pemalas sangat sebenarnya just been running about ngan kerja nak siapkan.

My company got another project (syukur rezeki pas aku tolak dua tiga project sebelom ni sebab kureng kesesuaian). And dalam tuh, ada lagik offer one more. Syukur beribu kali syukur... segala rezeki dari Nya terus melimpah datang.

Untung hari dan esok, kesibukan masih tahap cipan sebelom penderaan diri self-torture ala fetish ngan layan Akademi Fantasia ujung minggu nih.

Will try to update, ok, guys? Meanwhile... layan...!!! You know why that stupid Tik Tok song sounds familiar? Check out this dude on Youtube. He's called De Storm and he makes smacking videos! Awesom!

Wednesday, April 07, 2010

Insomnia no more

My day has was REALLY packed today.

Spent whole day with the guys from Project Alpha 2. The media launch was in the morning at Cineleisure and caught up with the other six bloggers (well five actually.. minus one.. selain dari aku) yang terlibat in this season.

In case you don't know who they are, they're Niki, KY, Ninie, Shaolin Tiger, Azwan Ali and Cheesie (yang takde cause heard she's in Japan). And completing the seven deadly sins... I mean the seven bloggers involved.. who else lah... me, myself and I... aku, aku dan aku lah!

With Niki, Azwan and Ninie
That's us too!
Rasa nak curi bawak balik je bunting ni!
After the launch, Ninie, Xiaxue and I headed to P1 office at Greenpacket in PJ. Alamak...depan je opis lama aku. Got a tour of the place (awesome.. they obviously took inspiration from Google's excellent offices), met the staff (friendly gila) and also tired ourselves out there. The two ladies especially kept me company... seronok layan kerenah dedua... Ninie with her endless yoga poses yang very the mencabar as well as Xiaxue (first time meeting her.. and also hubby Mike) who kinda clicked with me (she thought I was and I quote "flamboyant").

Camwhoring with Wendy aka Xiaxue on the rooftop garden of the P1 office
Then headed back to Cineleisure for the blogger's launch. And then for a movie (thanks to Nuffnang) I think we all had low expectations for the movie, Kick Ass, but WOW... were we wrong. Damn good popcorn movie.

Was out by 10.30am and only arrived home at midnight. Ridiculous. Need sleep. Esok ada banyak keja... morning for Atilia's video shoot, and three meetings (one at lunch, one in the evening and one at night... nangis


PS - Thanks to the folks at Adidas Action 3. Hope the plans go as planned for the coming weeks *wink*

PPS - A very special thanks to the LOVELY folk at P1 who hooked me up with the Mac driver for the P1 W1GGY! Yeay! I'm one of the first people with it on Mac cause it just came out of the beta testing phase. Those of you using Mac, you can now turn to P1 W1GGY now! Oh and by the way... tested their 20mbps line. GILA SIOT!!!!! Movie dalam 800mb leh abih dalam masa lima minit gituh! NAK!!!!


PS - Poyo tak sapa tengok Diari hari ni.. si Maulana. Arituh da wat statement feeling "we're the best AF ever had".. skang feeling tak penting lak pengkritik nya pendapat asalkan "peminat berjuta-juta suka." Hado?!

Tuesday, April 06, 2010

Happiness at your feet

Kalao ikutkan hari nih memang bad mood babas!

Mana taknya... dalam kesibukan aku... ada yang nak undang kemarahan aku dengan perangai cam lahanat.

Kita sibuk kejar sana sini, pikir kawan nya pasal yang da kenal lama ajak lunch skali, kita pon usaha berkejaran. Ada lak dia yang ajak, dia yang ok.. pastuh dia yang kencing entah ke mana bagi kita tunggu kat umah dia nak jemput agik.

Padahal dia dah kuar! Aiyo... memang mintak penyepak! Pastu nak salahkan kita lak.. kata kita yang beriya ajak la.. kita yang slalu lewat la... kita tuh kita nih... susah orang camni bodoh sombong babiks!

Hasilnya dalam aku ngamuk sakan, dah... buang! Tekan butang DELETE je orang camni! Walaopon aku kenal dari sekolah, nak dekat 20 tahun, kalao perangai tuh macam bebudak tak reti hormat masa orang - gi mampos lagik baik. I don't need unnecessary drama and all this negativity, so memang aku tak sayang dan tak rugi nak buang 'kawan' kalao camni.

Letih nak melayan yang feeling diva... WALAOPON!!!!

But today memang serious sibuk berkejaran meeting bagai. Memang balik ni nak terus KO. Esok lak awal pagik da kena kuar... berapa hari ni memang aku look forward to the weekend je. I am so stretched, that it's not funny.

Tapi kan... satu je benda wat aku senyum ari ni.

These are my most comfortable Gucci mocassins. Signature olive and red webbing with silver horsebit.. aku suka sangat. Kasut malas yang memang selesa gila of the four (oops!) I own (matilah.. gila kasut sampai nak empat!)

Dalam aku sayang gila ngan kasut ni, I was catching on upcoming releases, and there was this movie from 1987 - Wall Street, which will be remade. The 'sequel' Wall Street : Money Never Sleeps (or also known as Wall Street 2) is slated for release September 2010.

It stars Michael Douglas, Josh Brolin, Carey Mulligan, as well as Shia Labeouf. Yang pentingnya... perasan tak pics dari movie nih, si Shia ni pakai kasut apa? Aku suka! Aku suka! Aku suka!


Matilah katanya benda camni pon leh make my day. Yes, shoes are therapeutic.

Eh.... meanwhile. Korang kalao pelik kenapa aku tak link videos Diari, jangan tanya. Aku seriously rasa Diari Akademi Fantasia skang memang buang masa. Kalao korang nak tengok, layan sendiri kat Youtube. Once in a while aku akan komen perkembangan... tapi da masuk empat minggu nih... aku rasa pemerhatian aku semua sama da... da nothing different.

Cuma aku akan terus link video Konsert (for now) pada ujung minggu, serta Debaran hado so korang leh layan review aku sambil tengok video tuh compare kebenaran (gituh!)

By the way... if you are interested ... nih lagu tugasan bebudak tuk minggu nih

Alif - Hanya Di Radio (Headwind)
Daus - Mirage (Pesawat)
Iwan - Kekasih Gelapku
Maulana - Biarlah (Vince)
Shahir - Always be My Baby (David Cook)
Adira - Biarlah (Nidji)
Ain - Kawan (Ruhil Amani)
Farina - Teruskanlah (Agnes Monica)
Nad - Realiti Dewi (Alyah)

Ok la.. aku nak tidur sangat. Tak kuasa dah.... zzzz

Monday, April 05, 2010

Horror on the hill

Gempak tak tajuk? Cam title filem seram.

Sebelom kita mulakan apa-apa cerita... harus aku ingatkan. Sapa yang memang tak suka story seperti benda alah yang jenguk kat bumbung ketika Anugerah Juara Lagu lepas yang aku snap photo dan luas tersebar tuh, takyah baca.

Kang korang tak suka nak ngadu bagai.. sapa yang susah? Ko gak.. sebab ko dah bazir masa dan bandwidth bukak blog aku. Heh...

Sebelom apa-apa... lihat lihat pada gambar ini... apakah???

Heh... sebelom ada yang carot aku, ni pic aku snap dari bilik member aku kol 11 pagik.

Mana taknya... aku takleh tidur nya pasal, da kejutkan roomate aku, gi ketuk tiap bilik paksa kengkawan semua bangun sekali. Konon bangun awal...

Anyway masa aku gi tiap bilik dan ugut nak siram memasing ngan air kalao tak bangun, terperasan ada jiran bilik didepan bilik member aku.

Sekali tengok horror.

Kali kedua tengok, kesian lak... mana taknya.. kejung semacam je rambut. Member-member semua pon wat servis komuniti ngan menjerit nak kejutkan akak tuh sambil speku kalao dia jaga dan toleh, kalao takde muka.. semua nak lari camna. Heh...

Dua tiga kali akak ni terjaga, tapi leh stakat pandang ke tingkap - pastuh sambung tido. Aiyo!!!!

Heh... ni la akibatnya kalao takde keja nak wat. Sakat orang je.

Kisahnya, aku tidur pon nak dekat 5.30 pagik pas lepak ngan member-member.

Biasalah... lepas post party pun da kol brapa. Tu pun aku tak lepak lama. Balik bilik salin baju, then kami ramai-ramai keluar menikmati udara segar Genting Highlands.

Anyway after menggila ngan kengkawan (sebab meka semua tak keja besoknya), headed back to my room.

Sebenarnya takde benda pelik berlaku sangat. AKu ni jenis dok hotel ni... bukan senang.

Al maklumlah.. hotel ni kan ramai penah duduk sebelom kita... entah apa yang berlaku dalam katil tu, bilik tu sebelom kita dodok. Tak kisah la hotel lima bintang ke hotel lima binatang.

So anyway this room I was in, memang sesuatuh.

Ever get the sensation of being watched? While you sleep?

And that it's sitting at the foot of your bed, or looking down at you?

Camtuh la perasaan aku. Except in my case bukan saja perasaan... sebab memang sixth sense aku nih pelik sikit (bagi sapa yang baca blog aku tau la semua insiden aku yang tak abih abih merata tempat)

Aku terlelap je... mesti terjaga mengejut. Tak nampak apa... tapi tau ada something there. Berapa kali.

First two times, aku da fed up. Ngantuk dan letih... tapi kena usik.

Tanya la sesiapa yang nampak benda halus ni. Meka akan bagitau ko. Meka dicarik sebab kengkawan kita itu dapat kesan kita yang kita sedar mengenai kehadiran mereka.

Ingat subuh da ok... ni sampai kol 9 aku asik terjaga mengejut sebab rasa ada orang sebelah aku, kat kaki katil aku, dan sebagainya.

Tension!

Last-last kol 9 tuh aku mandi, gi breakfast bagai.

Sekian cita yang nan hado horror kecuali di alami korang sendiri.

Tapi kalao nak horror, kat Genting ni takyah la cita pasal urban legends yang ada kat Pangsapuri Ria tuh (especially Selangor tower), cita berlambak dari kengkawan dok Amber Court.

Aku penah tengok Amber Court dari tingkap bilik tempat aku stay sebelom ni.

Awal sikit tadik, gi jenguk sana sebab ada member kesian... keja siapkan artis, artis tuh bagi bilik kat tempat yang nun jauh dan scary mary nih!

Lihat je keadaan ko pon da paham...


Dahlah perjalanan nak ke sana sesuatuh. Jalan sempit, bengkang bengkok. Tengok lampu jalan pon tau kalao waktu malam nak gi nih pon - lagik rela aku dok dalam keta dari check in apartments nih.

Heh... bila tengok close up, ngan sound effect pelik bagai kat dalam carpark (bunyi ala menangis), ngan takde orang sangat (tempat ni kita nampak dua tiga keta naik, selain tuh nampak guard sorang) memang horror. Leh shooting sini for filem seram ni....

So sesapa nak check in Genting, aku cabar korang dok sini.

Eh dah la.. panjang lak entry merapu aku nih.


PS - Genting ni horror biasa la.. tapi pemandangan hebat. Ni sempat snappy masa wat 'photography' session yang hado.


Sunday, April 04, 2010

Menuju Puncak - versi tak azab

Da pasti korang tau result Anugerah Bintang popular Berita Harian 2009 kan? Sorry ler kisahnya aku nak live blogging takleh sebab battery Blackberry low, hawau lupa nak caj dalam kelam kabut naik Genting. Tensi!!!

Sampai nak live coverage kat Twitter pon manja-manja pon je...

Anyway, first of all ni keputusan penuh.

Penyanyi Lelaki Popular - Aizat
Penyanyi Wanita Popular - Datuk Siti Nurhaliza
Penyanyi Duo/Kumpulan Popular - Bunkface
Penyanyi Nasyid Popular - Rabbani
Pelakon Filem Lelaki Popular - Que Haidar
Pelakon Filem Wanita Popular - Liyana Jasmay
Pelakon TV Lelaki Popular - Remy Ishak
Pelakon TV Wanita Popular - Tiz Zaqyah
Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
Pengacara Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
Artis Komedi Lelaki Popular - Nabil
Artis Komedi Wanita Popular - Noorkhiriah
Artis Baru Lelaki Popular - Black
Artis Baru Wanita Popular - Yuna
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk Khadijah Ibrahim

And now.. some pics of the winners. Aku try amik semua, tapi time tu kelam kabut, so ampon la kalao ada yang tak lengkap.









Heh... skang pics yang aku suka! First of all - Tiz Zaqyah yang comel tanpa baju dia yang hazab tuh.

Oops! Noh rupanya... heh!

Professor Klon nya keja kah? Noh and Reza.. cousins yang moka sepesen.

Ni lak hot mama yang memang wow... Nabila. Dia ngan Dynas aku tengok, mothers to be yang time ngandung, seri lagik naik.

Good luck to both of them on their delivery soon!

Irma nya baju bagi aku teringat baju Beyonce masa tour dulu (yang kena ban tak dapek masuk Malaysia but aku dapat tengok kat Bangkok). Baju skin tone, pastu diamante bagai kat tempat tempat yang perlu untuk memberikan ilusi.

Faizal - antara ramai artis yang berfesyen sunglasses the whole night. Ada kawan aku carot, kenapa ramai artis pakai spek itam waktu malam.

Tuk aku senang je reason - tuk aku yang pakai gak malam tu. First of all - sebab silau bagai spotlight. Alasan...

Secondly, and sebenarnya paling penting, my Guccis were not for day wear jerk. Amik ko! Member terima alasan aku yang sebenarnya hado sebab aku pakai nak cover eye bags aku yang tak cukup tidor tuh.

Miss Melbourne, USA. Ampun Scha!!! Kesian dia... heh.. sasul nya pasal sebut jadik isu. But I have to say, Scha ni sporting gila. Kita usik dia pastu pon dia shrug off and laughed it off to.

At least dia ngaku silap dan leh laugh at her own mistake.

Ainul - kesian lak kena wat medley lagu KRU/ Feminin yang disukai ramai tapi performance malam tu meka beramai-ramai hado sangat. Aduh... apa tak kena pon tatau.

Ni lak hero-hero Malaya masa backstage. Abang Rosyam ngan Farid Kamil skali tengah borak gurau tepuk tampar bagai.

And my rock diva for the night - Jac. Aku paling suka dia ngan Dayang (kalao female vocalists) pada malam tuh. Yang lain biasa-biasa jerk.

All in all, show kira ok la. Cuma bab tengah je. Opening, closing meletop. Tribute Kau Pergi Jua memang tangkap feel dan most of the other performances ok. Yang hado cuma tribute KRU tu yang walaopon ramai terlibat - tak seorang pon aku leh maapkan hancurkan lagu-lagu tuh.

Who would have thought.. selama ni kita ingat no one could sing as bad as Feminin. Hari tuh konsert Akademi Fantasia da buktikan ada yang mampu. Ni, established singers pon da mula tahap Akademi Fantasia. Eh established ke.. bebudak agik ramai... sabar je la. Nervous kot (alasan nak bagi sedap dengar).

Apapon, congrats, especially to Siti for regaining her crown back again.

And all the winners too in their categories. There is a reason why you guys won. Apapon, your popularity memang tahap sky high agik and it's been proven. Skang jaga fans ek... kalao tak kang kena boo lak.

Sebut bab tuh.. teringat Fasha dan Mawi kena boo. Erm... usaha la lebih keras nak menang balik hati peminat. Siti pon lepas genggaman kat title Bintang Paling Popular for berapa tahun... last menang 2004.

Tapi atas usaha dia, dapat balik... so this just proves, hard work and perseverance pays off.

Eh dah la.. nanti aku update panjang lebar agik.

Saturday, April 03, 2010

A truly WTF moment

Ok, it's now official.

Akademi Fantasia musim kelapan adalah musim paling HADO in the history of the show. And we're just three concerts in.

Kalao tak caya... layan konsert dulu. Aku sambung hari ni ngan Akademi Fantasia pas break semalam. Memang takde mood bagi analisis Diari... still hurting over the passing of Din Beramboi... God bless his soul.



I don't know how it was for all of you at home but in the Dewan Sri Putra itself... erm.. it was boring as all hell.

It was one big amateur karaoke night. And three concerts in, none of the kids have shown any promise whatsoever of being anything more than just average ho-hum singers yang takleh offer anything that the industry doesn't already have a hundred of.

For that achievement, semua pelajar layak dapat Anugerah Jamban Emas!



Seriously aku nak review pon pening je. Tuk aku semalam kira yang ok ok je pon sorang dua. Tuh pon minus personality of any sort.

Aku nak komen kang repetitious because most of them I would say boring, karaoke-esque dan takde personaliti or connectio atas pentas tuh. Kira ratu-ratu Red Box Ria la nih.

So aku speed commentary saja la.

Alif - Yang sesuatuh nya bukan saja tajuk lagu, tapi dia sendiri. It looked painfully rehearsed dan memang takde individuality or ability at all. Lemau at best, and lahar at worst, choosing whatever you want to say in between. Sora dia memang takleh blah and I still have no idea why anyone would think that faux bass tone intrigues Adlin.

Ain - Boring and just drives me to sleep. Technically, stiff and trying too hard and basically cam Zombi Kampung Pisang je level emosi dia. Kalao Brands nak wat dia jadik duta, terus rugi, sebab ramai tak hingin nak lembab and tak bermaya cam dia atas pentas.

Farina - Told you lagu Cantik ni lagu paling membunuh. It takes technical ability, stamina and a whole lot of attitude to carry this song - none of which Farina has displayed.
True, there was a slight improvement, but judging how bad she's been the past weeks, kena ingat... once you hit rock bottom, there is no other way to go but up... and tuh pon not much.
I think she was rapping badly or just speaking more than singing, especially soal lower register.

Shahir - One of the more listenable ones for the night. But again major karaoke session. No originality atau individuality in his performance. Not having an identity is a guarantee orang takkan ingat ko dalam industri nih.

Iwan - Biar adik-adik ke makcik-makcik nak jerit sokong dia bagai, but honestly, he's just another wannabe yang tried hard. Tahniah la for effort, but if you don't have it, you just don't have it. And Iwan is a standout in this competition only because the others are totally HADO. Doesn't make him good.

Nad - Walaopon tak seteruk minggu-minggu sebelom, I am honestly confused kenapa meka nak asik bagi dia tugasan yang nak lembutkan dia. Dah cara dia camtuh.. biar la. Find something more adept to her style. Dia ngan Alif tuh bio tukar lagu tugasan dan rutin leh tak? Yang sorang lembut nak cuba dikeraskan dan sorang keras kejung nak dilembutkan. Sungguh tak natural ye...

Maulana - Wat lagu Ne-Yo... tapi feeling Usher/Justin Timberlake/Michael Jackson without the smoothness. Again, masaalah bebudak ni takde projection of their identity at all. Semua trying hard to imitate artis tuh nih, tapi they can't stand on their own at all dari segi persembahan. It was horrendous for me dan rasa cam peserta pertandingan nyanyi di Kazakhstan lak ngan the way dia nyanyi. Tak paham.. apa la non stop hampeh je semua.

Adira - If you thought that no one could sing worse than Feminin, Adira proved us all wrong. Who would have thought lagu Kini pon leh menjerit bagai kalahkan mangsa dalam filem horror Grade B.

Daus - There are songs that are beautiful in their simplicity. Separuh Jiwaku Pergi is one of those. It doesn't need great vocals. Just an understanding of the underlying emotion (feeling la tuh) and an ability nak project it. Instead.. it was cliched, boring and just trying too hard. Bebudak ni semua masaalahnya diajar memacam tapi hasilnya they come across as bad acting. And dare I mention the singing? Melodi pon tak mampu...apa lagi nak harapkan interpretasi lain dari si haus nih.

Anum - Tolong la. She's a screamer with no potential. Period.

This show was just scarily boring. Nak carot pon rasa lemah je sebab cam repeat je memacam kritikan dari minggu-minggu lepas. Nama belajar tapi tiap minggu benda sama je tengok. Menjerit, kosong, takde emosi, tiru... arghhh!! Stress! Serious rasa cam nak stop review Akademi Fantasia pasni (top kedai je da takde blogger besau nak wat keja ni da pas yang lain semua pon da bersara).

My main problems I discovered from this concert -
*Betol kata Adlin. Lagu tugasan semua tak kena. These kids are not challenged. Bagi yang senang pon takleh excel... malas... so semua cukup makan... ataupon kebulur. Leh?
*Feeling nak pupuk semangat setiakawan bagai... no sense of competition, which this show essentially still is. Semua kena psycho nangis je keja. In the real world, you have to be competitive. Doesn't mean nasty... but it does mean you want to be the best. Ni semua la la la je...
*Lampu hijau nan hado tuh.. perlu ke? Dulu da perkenalkan lampu-lampu nih.. cuma kali ni feeling promosi Brands yang bagi kembang tekak aku - sama reaksi bila mendengar dan melihat persemabahan bebudak nih. Too much promotion (pose minom in between, and then pakai tali tali sungguh gampang dan murahan itu etc) and that must have been the idea behidn it. Because seriously takde fungsi. Aku deduce, lampu hijau tuh semua diberi tanda hijau muntah bila dengar bebudak ni.. kalao ikutkan, jumlah lampu ijo tuh menunjukkan jumlah kali aku nak muntah ijo ngan performance tersebut. Yang tak dapat lampu, muntah gak... cuma kaler lain (ada yang kaler rainbow pon ada)
*The chemistry between Jimmy and Sarimah on off. Both are trying... but Jimmy's lack of experience is showing too much.
*Minus one... erm... tak sampai tahap polifonik dulu... tapi memang tak kena ngan bebudak ni. For some reason, almost all of them can't seem to develop a sense of one-ness with the music for their song.
*Pengkritik jemputan lak nak play nice... ni yang tak best ni. Aku lagik suka cam Deja last week. Bukan sebab dia laharkan bebudak, tapi dia cakap benda substantial. Jemputla orang yang leh komen from a real world perspective... bukan syok sendiri cakap je. Apa guna pengkritik tetap? Untuk monitor progress bebudak ni.. jemputan patutnya tak compare performance yang lepas and judge based on what is performed and tegur accordingly. Ni hado...
*Tenaga pengajar perlu diberi rotan untuk gunakan kat bebudak nih. Naik lemak da... ajar camna pon tak masuk langsung. Tak hargai peluang keemasan langsung.
*Sekor-sekor da la emo lebih, performance LEMAU... tapi aku perasan most of them berangan. Kekwat feeling that meka ni disalah kritik. Tak ada elemen keinsafan meka gagal langsung, and I think somehow, they really think they're the best... katanya... WALAUPUNNNN!!!!

Dah... malas nak panjang agik review. Wat sakit hati je... seriously... Akademi Fantasia kali ni letih nak komen.

Aku da kata dari awal da pemilihan peserta memang SALAH. This has to be the WORST (bukan cam Maulana feeling tuh kata the best ek...) selection. None of them would survive and Akademi Fantasia All Star kalao ada.

I honestly think this is the worst season sebab, cam aku kata, bersaingan ngan AF4 je... AF5 pon busuk light light.. but not as bad.

AF4 - ramai talent but no personality.

AF5 - more personality than talent.

AF8 - talent? Kalao menjerit tuh bakat.. meka ada la. Kalao sombong berangan tu kira personality trait adalah personaliti...

Sudah! Nak tidur jap. Esok nak naik Genting Highlands. Yeay! Kota Keriangan gituh. Aku riang ria sikit sebab takyah tengok Debaran wat minggu kedua. Wat noya je kang layan sebab kecewa bukan semua termasuk Jimmy yang mengusung beg murahan yang dibawa ke atas pentas.

Aku try blog dari Anugerah Bintang Popular Berita Harian ASAP! Kalao mampu aku live blogging. Tapi yang confirm nya, sapa yang ikut aku kat Twitter, leh ikut perkembangan acara tuh ngan aku - live gituh! So if you have Twitter, add me on @klubbkiddkl - and thank you semua yang balas membalas memeriahkan malam-malam minggu ku didera di konsert Akademi Fantasia sebab layan korang memang best dan mengurangkan sikit impak malapetaka dan musibah penyeksaan ke atas telinga aku entah atas dosa silam apa entah...

Akademi Fantasia tetap di hati... bukan Idola Fantasia (ke Akademi Idola... sebab ciplak Idol da sangat).