Showing posts with label sharifah zarina. Show all posts
Showing posts with label sharifah zarina. Show all posts

Thursday, September 20, 2007

Clues

Yesterday was another event.... Gawd...there's a string of them this week. And I already have another line of events for next week. Pening siot. Everyday ada jerk.

But bayangkan kalao aku yang keja yang berderet event, camna lah hidup artis time bulan posa nih. Dok kena usung sana sini for event berbuka posa yang neverending for a whole month.

Anyway...hah...ni ada story sikit. I mentioned ada some projects in work, well actually ada dua.

But here's one of them. And here's the clue...

The Fabulous Cats - ngan pose memacam...


Ahli Fiqir - Tukang Kata lak takde...


Dayang Nurfaizah - finally.... a pose worth it!

And that's the clue. What do The Fabulous Cats, Ahli Fiqir and Dayang Nurfaizah have in common? Well, apart from being at the rakaman Rumah Terbuka Melodi semalam?

Well, it's not confirmed, but these three names are in the list at the moment for a little project I'm helping out with, and tunggu confirmation subject to dates. Not to mention that several more (Adam and Jac perhaps?), kalao jadik. Kalao nak tau kena tunggu lar ek dalam seminggu dua nih tuk aku confirm.

Until then, I am not going to give away much. The second lagik ler rahsia, so can't even give any clues about that.

And by the way Cat, kalao ko read this, about that offer to join up for your project, just buzz me ok and let me know.

Meanwhile, since entry ni akan banyak gambar, let's get on with it.

Antara my two favourite divas - Aishah and Adibah Noor!



The two sisters kick off their shoes for a pic.


Yazer tetap maintain...


Fasha Sandha.. manis nyaaaa (jangan marah ah..Fasha yang nak amik pic ngan aku)



Sweet couples... Khai dan Rosma... dan Sarah dan tunang dia.


Favourite diva Boo Boo... Ziana Zain. Tetap vogue...


Ayu dan manis, Amy Mastura and Nora.


Misha...


Nita dan Farhan...


Sharifah Zarina... so cute and girlish...comeinya!


Ramai lagik yang hadir semalam tapi aku tak larat nak amik pics bebanyak sangat (dreading pikir nak upload seketul seketul...pening) Lagikpon, dalam seminggu dua nih dah banyak sangat event, kena gi, so there will be a lot more pics and videos from that, cukup ler wat entry nih ek.

Just make sure kalao korang nak amik pics ni nak tempek mana mana, please credit me and add a link to here ok... again it's only fair to respect the source kan?

Semalam was a weird day. My not too distant past haunted me. First someone who was in my life and decided to disappear, decides to reappear and make like everything was alright. Not angry, just confused... what makes someone think they can do that without explaining themselves or apologising?

And the cheek to blame us on being angry for making like nothing happened. Oh well... time will tell.

Then there's this Dia... whose been b****ing about me ton kingdom come. Oh well... entah lah. For me, it's simply obvious now that there are small minded people about, and I can only do my best to tolerate it.

Tengok camna la...ok...popping a Xanax and going to bed with my newest read, Undead and Unwed by Mary Janice Davidson (not to be confused with Janice Dickinson).

Until tomorrow...

Sunday, January 22, 2006

Help! I'm going deaf!

Sebenarnya, ni tengah pening-pening sikit...tapi still gigih nak wat posting. Kenapa pening? I'll get to that part soon.

The weekend has been quite productive for me, banyak aktiviti ler nak keep me occupied...sampai tak cukup rehat.

Tapi dalam kesibukan tu, I still have time and space to feel bored...don't ask me why.
Friday kelam kabut sikit even though it's usually a relaxed day for me. Started off with a little work, and then malam, kuar ngan the entrepreneur tuk gi Hits 1 kat RTM. Dia kali pertama jejak Angkasapuri katanya! So terkejut sikit ler ngan the rundown state of the place. Dari kertu-kertu (don't ask) yang keja kat sana, sampai the rundown state of the backstage to the horrible sets, it was nice to see Muzaffar shocked. Aku lak dah lali ngan the state of RTM...or Angkasapuri to be more accurate that I've lost all hope da.

Mana taknya...budget entah kemana. Dari bina pintu gerbang besar gedabak yang burok tu, baik spend some money on their studios. After all, a TV station is not judged by the archway into their place but by the production content. And sadly...no one told those old folks at RTM that.

Hits 1 takder ler menarik sangat sebab aku da pun tengok full dress rehearsal malam sebelum. The whole night sakit hati sebab terpaksa dok lantai kerana bangang punya production crew leh bagi orang lain dok tempat reserved. PR sana sibuk jadi GRO dok melayan yang tak mengena that they didn't notice how uncomfortable we were. Lum agi staff selangkah masuk kubor yang berangan nak jeling-jeling kita. No wonder ler I (along with sane individuals) prefer Astro anyday.

The show was ok...and the results tak mengejutkan langsung. Proud of Jac...about time she won something.

Takyah laa kan aku nak review panjang-panjang. Takkan nak post sini kan. Tunggu je review aku dalam paper (yang tu berbayar ma...ni personal)

After finished lepak dressing room sat. Masa kat sana bump into Sharifah Zarina kesian lak tengok dia. Anugerah Juara Lagu dia tak make it...Hits 1 pun tak menang...padahal untuk aku, she is extremely talented and aku rasa Langit Ke-7 tu is such a strong song.

Well...what to do...it was against another strong song...and in another case, fans who don't know better. And also blame RTM sebab backing dancers meka menyemak je. Dahler baju burok...choreography pun burok....execution burok...memburokkan segalanya je.

Also too bad was for Adam yang aku rasa show dia entertaining, apart from V.E. and Jac...nice moves though I think dia punya dance break a little contrived.

Balik anto warga emas (lepas kul 10 malam kira lewat ler tuk dia) selepas jamuan yang di join sekali ngan pusat kebajikan bergerak yang sampai ala diva grand entrance seperti biasa. Hung out with some friends and went home to sleep it off.

Tengahari tu sepatutnya start 12pm nak gi AF & Catering, restoran baru dibuka milik Bob, Sahri dan Zarina. Very enterprising kids. Bangga aku! Anyway...aku malas nak gi awal-awal so sampai pun just as ended at 3pm. Masa gerak, call Nana, dia bagitau that she had just left with Reza and tak silap Fitri sekali.

Tawaf 50 kali last-last jumpa ler parking. Tu pun parking haram yang nasib baik keta tak kena saman atau tarik.

Masuk tengok Iqram ada...and then famili Akademi Fantasia yang masih lum balik masa tu Yazer, Ekin dan Elliza (selain tokei tiga orang tu.
Sempat ler merasa makanan...not bad! You guys should try ler kedai meka ni. Kalau nak cari senang je. Kalau tau studio Linda Jasmine, ngam ngam kat belakang je. If you're not familiar with it, use Ampang Point sebagai landmark je. Dia kira tepi Ampang Point je. Kalau tau drive sana, parking dekat-delat Ampang Point dah very the walking distance. If you take a cab, dari KL menghala Ampang, stop just upon reaching Ampang Point, masuk slip road tepi tu da sampai. The restaurant's orange in colour. You can't miss it. Kalau alamat, yang aku ingat the road is Jalan Mamanda 5.

Lepas melantak, lepak ler with Yazer (merembes ler si Fiebie) sat sebab tak jumpa dia dan member serumah Felix da lama da dengan semua sibuk with urusan sendiri.Rupanya banyak perubahan dan update that I missed! Haiyo! Baru sebulan lebih je tak meet da left back in news.

Apa cita? Takleh ler bagitau...tanya Yazer sendiri. Si Yazer mai tu ngan Ekin and her sister, so lepas habis celoteh with him, joined Ekin lak. Gelak cam orang gila je wat lawak tak henti-henti ngan Ekin. Haiyo! Pecah perut gelak tak henti-henti.

Sempat ler celah-celah tu amik pic meka tengah gayut...tapi takde ler with each other...but with their friends, tapi lain je kalau tengok pic meka gayut!Sempat ler usik seribu lagi aku...biasalah kalao ada bahan nak kenakan! Terus memulakan projek menyelamatkan my phone book ngan mengumpul kembali nombor sorang-sorang yang aku hilang masa mobile phone aku kena virus.

Sampai time, si Yazer nak balik, si Ekin tengah melayan sembang....si Ekin ngan sister dia nak gerak si Yazer lak dok sok sek ngan orang. Pening aku jadi tukang panggil sorang tu...pastu tukau lak panggil sorang lagi.

Dari start nak gerak...ada ler setengah jam sebelum any movement.
Time meka nak beredar lak...si Zarina pun decide nak leave...eh sat...Zarina...siapa yang jemput tu...

Oops!!!

Mereka gerak je...si Adi Fashla pun sampai. Lambat sikit ler...selepas tu, Farah sampai ngan sister and ayah dia. Abang Askrul pun mai ngan orang rumah dia. Lama gak ler juga semua dok sembang. Sekali-sekala jumpa Farah, so bak sembang gak with her awhile...sempat ler nostalfgia pasal AF II (Sori Adi...AF II tetap the best! AF I ok ok je...AF III...erm...no komen) Aku gerak pun da lewat petang da...about 5pm ke 6pm gitu. Alang-alang da ada kat KL, decide to just hang out sebab kalao balik mesti KO awal-awal.

So hung out in Cheras with some friends sembang and lepak until about 11pm. Singgah makan dan sesi bak mulot sampai dekat 2 pagi baru headed home.
Hah...ni balik pada permulaan posting...yang aku kata pening tu. Nak tau pening apa? Patut 8.30am I should have been in KL da...tapi jaga pun da time tu, so kelam kabut ler bersiap and then rush to Concorde Hotel untuk final judging Anugerah Industri Muzik 2006.
Inilah peringkat di mana top 5 akan dipilih (and of course, subsequently the winner is determined ler)

So kami awal-awal dah ada idea siapa akan menang walaupun tidak tahu pemarkahan orang lain. Agak-agak jer ler ikut sentimen...sebab final result hasil audit firma dilantik. Usually the top five is very obvious, and occasionally the winner too...disebabkan competition kurang dari segi kualiti produk.

This time around, I think there has been another slump in terms of overall quality even though there were quite a couple of interesting albums of the many trashy items that had to be listened to, inflicting much pain!

Erm...sambung story sat...eh sat..ada one story yang takde kena mengena about the whole thing tapi aku rasa nak kongsi anyway (not like you have a choice in deciding that - you can only stop reading the most...or choose to skip this part). Masa aku sampai rupanya ada lagi yang lum tiba. It is Sunday morning after all.

Decided against having breakfast, so just setakat alas perut je sebelum briefing bermula. Time briefing lak...(hah ni nak ala poetic sikit) tengok lak ada lalat besau - (cam lalat buah lak) da fall into orange juice. Sebab da biasa ngan briefing, cam lebih interested lak pay attention to the fly. Dia dok dalam orange juice tu struggling berapa lama nak keluar.

Interesting! Cam tengok Animal Planet lak. Camna la tengah-tengah function room Concorde Hotel ni ada lalat sebesau ni...ni issue cleanliness ni! Sib baik ler no one mistakenly dranf the orange juice which I cordoned off with silverware (tatau ler lepas aku tinggalkan meja) Mana tau ler ada yang minum ingat orange juice Peel Fresh ler katakan....ngan sirat-sirat tambahan (yak!)

Ok now...back to the event. The judging rooms were divided into a lot of rooms with some six judges in a group, judging either one, or two categories. Semua yang selected di masukkan dalam category where they were ascertained to have no personal interest to ensure a fair judging.

As usual, aku kena dua kategori, tapi takleh cita lah here which category I was part of judging...sebab rahsia!!!

Yang pentingnya...balik beginning of my posting yang aku pening tu...di sebabkan jumlah entry kita terpaksa layan. Berpuluh ok!!!

Seperti biasa...ada yang draw a "WOW!" reaction...manakala ada yang leh naik pekak dan buta melayan! No komen artis mana atau album mana yang very the penyebab kepeningan tambahan.

My head was throbbing by the time we were done more than three hours later. Masa lunch tu, sempat ler sembang ngan orang industri lain pasal the overall kualiti.

Ternyata AIM 2006 ni, will belong to newcomers dan orang yang tak pernah diiktiraf kerana ramai orang lama atau artiste yang established takde rakaman terbaru yang layak dalam tempoh, ataupun they were just too far in terms of standard by comparison with a lot of new artistes.

All in all...still...it was worth getting up early for as we got the full representation over what the last calendar year for the local music industry has been like. After all...there are a lot of locally released albums that don't get enough publicity yang bagus-bagus.

These underrated albums, will get due recognition not for the popularity factor but for its sheer approach to quality. Kan orang kita suka kelirukan keduanya...popular doesn't mean quality, and vice versa.

Ok ler...nak offline...esok ada program launching Akademi Fantasia EVO album dan tour. Pastu ada event ngan ERA...tu aku try blog by tomorrow night sebab banyak cita menarik...dan juga sebab nak clear stok blogging awal sebelum gi Sabah dan kesibukan Raya Cina akan datang ni.

Ciao...