So today was the day of the big announcement!
Finally so many things put to rest. Lega hati. Tatau camna nak pegang rahsia da sebab banyak yang dengar tu, sebenarnya tau lama da. Matilah insider news katanya.
Sampai je Palace of the Golden Horses, si Mawi lom sampai. So lepak, and jumpa kengkawan, camwhoring and so on just to pass time. After buat dosa ngumpat dan kongsi gosip, went out for a smoke kat reception area.
Botak sampai shortly. He looks happy alright. So memang today is his moment. Sempat cakap ngan dia jap je before he was whisked to the waiting room tuk get ready for the big announcement.
And then it came. Am happy for Mawi, honestly. Setuju ke tidak pilihan dia, tidak ada sesiapa yang berhak bersuara. Ramai tanya what I think since I know him personally.
My answer is - the boy deserves someone who he believes is the right one, and kalau Ekin pilihan hati dia, doakan sajalah yang terbaik. Bukan kita daam keadaan dia kan? So mintak je la yang elok.
Mawi, aku kenal hang dari Konsert Prelude. Banyak aku borak ngan ko dari dulu. Sampai penah nasihat, gaduh (takde la teruk.. manja manja je) and so on. You celebrated my birthday, siap penah belikan present tuk aku bila gi Australia. Heh... dalam popular ko pun, botak... sempat lepak kita nak berendam swimming pool tengah malam kat Mauritius beramai ramai kan.
Despite ko superstar camna pon, aku bangga ko masih mampu bukak telinga ko, dan hati ko pada nasihat aku. Yerla... ko kan raja SMS (dan kini bakal raja sehari) For me however, you will always be Asmawi.
Aku rasa ko satu satunya artis yang bawah tekanan camna pon, you are more real than a lot of the hypocrites out there yang plastik depan orang and cover memacam.
Keep being yourself, and I am more proud to say of you have been a friend.
Walaupun magic aku masih lebih hebat dari ko. Matilah aku...
So now you are going to end your bujang days, aku mintak la yang elok, and hope you made the right choice, and wish you all the best in everything.
Everyone's entitled to be happy. You too... so the whole media circus aside, aku sokong ko botak and I hope ko akan bertahan bersama sehingga ke akhir hayat!
Anyway, just in case korang tatau, here are some facts about the announcements siang tadi,
♥ Pasangan Wiwi dan Kikin (matilah aku kan panggil Wiwi dan Kikin) akan bernikah di salah sebuah masjid di Johor Bahru pada 20 Disember dengan persandingan pihak perempuan di Stadium Tertutup Johor Bahru pada sebelah malamnya dengan berkonsepkan moden kontemporari.
♥Majlis resepsi pihak lelaki pula akan diadakan pada 28 Disember di Dewan Felda Taib Andak, Kulai dengan tema Jawa.
♥ Dijangkakan kira-kira 15,000 tetamu termasuk para peminatnya akan hadir memeriahkan majlis itu memandangkan lokasi yang dipilih itu sesuai untuk kehadiran jumlah tetamu yang besar.
♥ Sehari sebelum resepsi itu, Mawi juga bakal mengadakan konsert istimewa bersama rakan-rakan Akademi Fantasia (dipercayai lebih kepada mereka yang dari musim ketiga, satu 'generasi' dari Mawi, secara percuma untuk peminatnya pada 27 Disember di Padang Felda Taib Andak, Kulai sebagai 'hadiah' untuk peminat-peminatnya yang banyak memberi sokongan terhadap karier seninya itu.
♥ Resepsi istimewa bercirikan ala-Arab di Palace of The Golden Horses juga bakal diadakan pada 11 Januari depan yang bakal dihadiri oleh tetamu-tetamu jemputan khas termasuklah rakan-rakan artis.
♥Mawi dan Ekin akan turut menghadiri kursus kahwin pada 4 November ini di Masjid Putrajaya yang mana kursus khas yang disediakan oleh pihak Astro Oasis itu akan turut dirakam dan disiarkan di saluran tersebut di dalam tiga segmen bermula pada 17 hingga 19 Disember.
♥ Saluran itu akan turut menyiarkan secara langsung majlis akad nikah pada 20 Disember bermula jam 11 pagi manakala pada 28 Disember, Astro Prima pula akan bertindak selaku penyiar rasmi majlis resepsi Mawi pada jam tujuh malam.
♥ Astro Ria pula akan menyiarkan resepsi istimewa di Palace of the Golden Horses pada pukul 7.30 malam.
Ni some pics from the event today. Heh.. silly trivia question. Kalao korang nak tau apa ringtone Mawi - it's Kuch Kuch Hota Hai. Matilah ko botak... heh.. aduh... pening nak dengar tiap kali call private line ko! Ekin pun leh carut kan pakai ringtone tu. Tukau!Enjoy the pics guys, and please kalau nak amik tempek mana mana, silakan. TAPI please kredit and tambahkan a link here.
The stage is set!
Beberapa minit sebelum pengumuman
The happy couple - soon to be wedded
Ekin's twin in Aein
Kesian Ali. Aku nak tempek pic ko gak sebab slama ni pic Wan je aku post sini. Heh! Wei bos lu mau kahwin da!
Ngan kak Haina (motif seronok sangat aku nak letak pic ni dalam blog???). Siap ada extra dalam shot ni
Also kalao korang minat to know more, ni ada short Youtube message kepada peminat semua dari Mawi dan Ekin. Layan...
Pas abih the press conference, me moved to Polo Lounge with Sarimah (ye, kak Mah Gali uols), Amir and Juan tuk discussion pasal work related stuff. Takleh cita apa apa dulu.
Oh by the way, lupa nak cita. Aku nya projek TV mengalami kelewatan sikit tapi syukur sebab aku dapat postive feedback that it's definitely, confirmed on. Cuma glitch sana sikit. Things are working out. But before that, aku dapat an offer yang buat aku tersenyum. Heh.. looks like me going to work with me passion soon. Nantikan pengumuman. Coming VERY soon.
Anyway pas babai pada Mawi and all, and hit the Polo Lounge for the meeting, it was time to perah the creative juices. Ado...
Couldn't help but be distracted by Sarimah's bag... and it's contents.
Amik ko! Vaseline!!! Yes, people. According to Sarimah, she keeps the lubricant handy because she likes to keep her lips moist! Eeew!!! Get your mind out of the gutter ok!
Kira lip balm la. Ada yang berangan kan pakai memacam brand. Kak Mah pakai yang simple jerk.
Besides tak mampu aku nak carut dia cause she had to put up with all of us smoking away like chimneys!
Yang pentingnya, siap kena distracted lagik. Can you all spot what the alien item in the ash tray is? No, it's not the watermelon piece from Amir's juice. Look closer.
Amik ko! Bulu mata pelesu katanya! Kak Mah cabut sebelah main buang je. Ceh! Tak sanitary langsung! Kang terbakar harus la bau gam bulu mata lak kang.
Once we were done with the meeting, sent Amir back for him to get on with his extremely busy life (corporate sell-out!!! matilah aku!!!) we headed to Fizi's house sebab dia wat rumah terbuka. Ala... sapa yang ikut review konsert Akademi Fantasia musim lepas mesti ingat Fizi yang penah jadi model tuk rating dan ulasan konsert kan. Forgot how he looks? Cak!!!
Amik ko pose maut! Fizi ni sebenarnya manager Khai dan Rosma. Dan open house kat rumah dia ni merangkap open house pasangan Sehati Berdansa ni gak.
Sampai umah Fizi kul 7 tepat as invited. Matilah dah la gi in the pouring rain. Sampai lom siap pon kelam kabut dia exclaiming here and there kata kami awal lak. Keji! Dok sejam tunggu ler. Dalam the next five hours lepak ramai ramai yang sampai in the heavy rain, sempat ler layan channel baru kat Astro yang Variasi tu, yang tayangkan ulangan Konsert Akademi Fantasia musim keenam. Merasalah Yana dan Ika yang terkeluar first and second week jadik mangsa carutan kami. Ampun ladies. For fun jerk!
Ni some pics of the hanging out kat rumah Fizi. Tak sempat snappy Haziq je. By the way, kesian si Khai. Sakit belakang dan sebagainya. Rigorous training al kisahnya tuk bersedia show Sehati Berdansa first akan datang ni. Amik ko! Lom first show da camni. Nak tahan sampai end of the season (kalau ada rezeki ek) camna???
Anak buah Fizi. Zafri ke Zafrim... main game layan tunggu orang melawat
Zila, Salima, Ika, Yana, Sahri dan Rizal. Antara geng Akdemi Fantasia yang hadir (sorry Haziq tak sempat snappy ko)
Ala ala... manjanyaaaaaa...
Once we were done, headed to Pelita sebab dapat call dari geng KEPITA (matilah KEPITA atau lebih dikenali Kelab Pelita). Bebudak 6ixth Sense semua ada. Antara yang lain si Ayien join, skali si Misty dan kawan dia, as well as Alif and Ika and friends. Motif snappy berdua si Adi dan Ika ni? Biasalah.. cinta nak berputik kan (lari sebatu nak elak dituduh mulakan spekulasi meka bercinta.. oops!)
All in all, walaupon letih banget, had fun and time just flew by today. Tomorrow nak rejuvenate balik. In other words... sleep!
Kalau sempat ada event nak gi. Be posting more tomorrow...
4 comments:
gorgeous! but, the eye little bit over do la.scary little bit
Joe,bole tak plsss tolong tanya rosma apa rahsia dia jadi kurus mcm tu!!
joe...
aku nak amek beberapa gambar mawi & kikin utk jomgempaq.com ye :D
aku akan kreditkan blog ko kat sana... :D
thanks :D
anonymous : good diet katanya
dealovafan : ok je...
Post a Comment