Some parts edited as this is my blog and I reserve the right to publish what I choose. Ning called me up tadi to chat, and here is her statement made masa press conference tadi.
I just hope with this statement, takde yang kata dia lupa diri and all which is a picture I see being painted by some. Who says Ning takkan do the same for herself if not better being independent. Tuk aku, sh*t happens, and that's life. To everyone involved, good luck and all the best.
Meanwhile, to everyone reading, add Ning on facebook. Just search for Ning Baizura Hamzah Dalton. Now on to Ning's words.
Salam..
Terlebih dahulu, saya minta maaf kalau saya kena refer pada nota saya, kerana ini bukan pekara yang mudah untuk saya lakukan.. Jadi dalam situasi ini saya nak pastikan yang saya tak merepek dan membuang masa semua orang hari ini.
Selama 16 tahun dalam bidang seni, saya telah lalui berbagai pengalaman, pahit manis, positive and negative. Alhamdullillah saya sentiasa bersyukur kerana dikurniai oleh Allah dengan bakat yang seadanya, kematangan, keyakinan, kekuatan dan keinginan untuk sentiasa menambahkan ilmu untuk terus berjaya dalam bidang yang sangat saya sayangi ini.
Saya amat berterima kasih kerana dapat melakukan semua itu dengan adanya seorang sahabat, abang, business partner dan pengurus seperti *****. Hasil dari segala tunjuk ajar, kasih sayang, semangat yang beliau berikan dan segala pengalaman yang kami timba bersama selama lapan tahun telah memberi saya kekuatan dan keyakinan untuk berdikari.
Dengan ini, saya dan ***** telah bersepakat untuk membubarkan Ning & Assoc. yang kami sayangi demi memulakan episod baru dalam kerjaya kami masing-masing. Ning & Assoc. yang kami bina bersama akan sentiasa menjadi tanda kejayaan ***** dan Ning Baizura.
Artiste United Records juga telah saya serahkan bulat-bulat kepada *****, dan sesungguhnya saya yakin artiste-artiste di bawah naungan label ini akan terus berjaya dengan segala bimbingan dan tunjuk ajar seorang yang berkaliber seperti *****. Tetunya mereka akan mendapat yang terbaik yang pernah saya sendiri peroleh bersama beliau dulu.
Saya percaya, di lubuk hati *****, beliau pasti berbangga dengan kekuatan, keberanian dan azam saya untuk menguruskan kerjaya saya sendiri mulai dari sekarang. Namun ini tidak bermakna kami tidak akan bekerjasama lagi kerana industri kita ini kecil and we will always support each other.
Dari itu, dengan secara rasmi, saya ingin mengumumkan bahawa mulai hari ini, saya mulakan tanggungjawab utama saya iaitu menguruskan dan mengendalikan show-show saya sendiri. Ini bererti, sesiapa yang ingin menjemput saya membuat persembahan, sila hubungi nombor; 012-**** *** atau email kepada ningbaizura@rocketmail.com.
Saya akhiri dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada pihak media, teman-teman rapat, dan tentunya ***** yang selama ini sentiasa memberi saya semangat dan sokongan yang tidak putus-putus. Saya harap anda semua akan terus menyokong dan berdoa untuk kejayaan kami masing-masing.
Ikhlas
NING BAIZURA HAMZAH DALTON
1 comments:
ahhhh really??
Post a Comment