Showing posts with label sahri. Show all posts
Showing posts with label sahri. Show all posts

Tuesday, October 21, 2008

Wiwi ♥ Kikin

So today was the day of the big announcement!

Finally so many things put to rest. Lega hati. Tatau camna nak pegang rahsia da sebab banyak yang dengar tu, sebenarnya tau lama da. Matilah insider news katanya.

Sampai je Palace of the Golden Horses, si Mawi lom sampai. So lepak, and jumpa kengkawan, camwhoring and so on just to pass time. After buat dosa ngumpat dan kongsi gosip, went out for a smoke kat reception area.

Botak sampai shortly. He looks happy alright. So memang today is his moment. Sempat cakap ngan dia jap je before he was whisked to the waiting room tuk get ready for the big announcement.

And then it came. Am happy for Mawi, honestly. Setuju ke tidak pilihan dia, tidak ada sesiapa yang berhak bersuara. Ramai tanya what I think since I know him personally.

My answer is - the boy deserves someone who he believes is the right one, and kalau Ekin pilihan hati dia, doakan sajalah yang terbaik. Bukan kita daam keadaan dia kan? So mintak je la yang elok.

Mawi, aku kenal hang dari Konsert Prelude. Banyak aku borak ngan ko dari dulu. Sampai penah nasihat, gaduh (takde la teruk.. manja manja je) and so on. You celebrated my birthday, siap penah belikan present tuk aku bila gi Australia. Heh... dalam popular ko pun, botak... sempat lepak kita nak berendam swimming pool tengah malam kat Mauritius beramai ramai kan.

Despite ko superstar camna pon, aku bangga ko masih mampu bukak telinga ko, dan hati ko pada nasihat aku. Yerla... ko kan raja SMS (dan kini bakal raja sehari) For me however, you will always be Asmawi.

Aku rasa ko satu satunya artis yang bawah tekanan camna pon, you are more real than a lot of the hypocrites out there yang plastik depan orang and cover memacam.
Keep being yourself, and I am more proud to say of you have been a friend.

Walaupun magic aku masih lebih hebat dari ko. Matilah aku...

So now you are going to end your bujang days, aku mintak la yang elok, and hope you made the right choice, and wish you all the best in everything.

Everyone's entitled to be happy. You too... so the whole media circus aside, aku sokong ko botak and I hope ko akan bertahan bersama sehingga ke akhir hayat!

Anyway, just in case korang tatau, here are some facts about the announcements siang tadi,

Pasangan Wiwi dan Kikin (matilah aku kan panggil Wiwi dan Kikin) akan bernikah di salah sebuah masjid di Johor Bahru pada 20 Disember dengan persandingan pihak perempuan di Stadium Tertutup Johor Bahru pada sebelah malamnya dengan berkonsepkan moden kontemporari.

Majlis resepsi pihak lelaki pula akan diadakan pada 28 Disember di Dewan Felda Taib Andak, Kulai dengan tema Jawa.

Dijangkakan kira-kira 15,000 tetamu termasuk para peminatnya akan hadir memeriahkan majlis itu memandangkan lokasi yang dipilih itu sesuai untuk kehadiran jumlah tetamu yang besar.

Sehari sebelum resepsi itu, Mawi juga bakal mengadakan konsert istimewa bersama rakan-rakan Akademi Fantasia (dipercayai lebih kepada mereka yang dari musim ketiga, satu 'generasi' dari Mawi, secara percuma untuk peminatnya pada 27 Disember di Padang Felda Taib Andak, Kulai sebagai 'hadiah' untuk peminat-peminatnya yang banyak memberi sokongan terhadap karier seninya itu.

Resepsi istimewa bercirikan ala-Arab di Palace of The Golden Horses juga bakal diadakan pada 11 Januari depan yang bakal dihadiri oleh tetamu-tetamu jemputan khas termasuklah rakan-rakan artis.

Mawi dan Ekin akan turut menghadiri kursus kahwin pada 4 November ini di Masjid Putrajaya yang mana kursus khas yang disediakan oleh pihak Astro Oasis itu akan turut dirakam dan disiarkan di saluran tersebut di dalam tiga segmen bermula pada 17 hingga 19 Disember.

Saluran itu akan turut menyiarkan secara langsung majlis akad nikah pada 20 Disember bermula jam 11 pagi manakala pada 28 Disember, Astro Prima pula akan bertindak selaku penyiar rasmi majlis resepsi Mawi pada jam tujuh malam.

Astro Ria pula akan menyiarkan resepsi istimewa di Palace of the Golden Horses pada pukul 7.30 malam.

Ni some pics from the event today. Heh.. silly trivia question. Kalao korang nak tau apa ringtone Mawi - it's Kuch Kuch Hota Hai. Matilah ko botak... heh.. aduh... pening nak dengar tiap kali call private line ko! Ekin pun leh carut kan pakai ringtone tu. Tukau!

Enjoy the pics guys, and please kalau nak amik tempek mana mana, silakan. TAPI please kredit and tambahkan a link here.

The stage is set!


Beberapa minit sebelum pengumuman


The happy couple - soon to be wedded






Ekin's twin in Aein


Kesian Ali. Aku nak tempek pic ko gak sebab slama ni pic Wan je aku post sini. Heh! Wei bos lu mau kahwin da!


Ngan kak Haina (motif seronok sangat aku nak letak pic ni dalam blog???). Siap ada extra dalam shot ni

Also kalao korang minat to know more, ni ada short Youtube message kepada peminat semua dari Mawi dan Ekin. Layan...


Pas abih the press conference, me moved to Polo Lounge with Sarimah (ye, kak Mah Gali uols), Amir and Juan tuk discussion pasal work related stuff. Takleh cita apa apa dulu.

Oh by the way, lupa nak cita. Aku nya projek TV mengalami kelewatan sikit tapi syukur sebab aku dapat postive feedback that it's definitely, confirmed on. Cuma glitch sana sikit. Things are working out. But before that, aku dapat an offer yang buat aku tersenyum. Heh.. looks like me going to work with me passion soon. Nantikan pengumuman. Coming VERY soon.

Anyway pas babai pada Mawi and all, and hit the Polo Lounge for the meeting, it was time to perah the creative juices. Ado...

Couldn't help but be distracted by Sarimah's bag... and it's contents.



Amik ko! Vaseline!!! Yes, people. According to Sarimah, she keeps the lubricant handy because she likes to keep her lips moist! Eeew!!! Get your mind out of the gutter ok!

Kira lip balm la. Ada yang berangan kan pakai memacam brand. Kak Mah pakai yang simple jerk.

Besides tak mampu aku nak carut dia cause she had to put up with all of us smoking away like chimneys!

Yang pentingnya, siap kena distracted lagik. Can you all spot what the alien item in the ash tray is? No, it's not the watermelon piece from Amir's juice. Look closer.



Amik ko! Bulu mata pelesu katanya! Kak Mah cabut sebelah main buang je. Ceh! Tak sanitary langsung! Kang terbakar harus la bau gam bulu mata lak kang.

Once we were done with the meeting, sent Amir back for him to get on with his extremely busy life (corporate sell-out!!! matilah aku!!!) we headed to Fizi's house sebab dia wat rumah terbuka. Ala... sapa yang ikut review konsert Akademi Fantasia musim lepas mesti ingat Fizi yang penah jadi model tuk rating dan ulasan konsert kan. Forgot how he looks? Cak!!!



Amik ko pose maut! Fizi ni sebenarnya manager Khai dan Rosma. Dan open house kat rumah dia ni merangkap open house pasangan Sehati Berdansa ni gak.

Sampai umah Fizi kul 7 tepat as invited. Matilah dah la gi in the pouring rain. Sampai lom siap pon kelam kabut dia exclaiming here and there kata kami awal lak. Keji! Dok sejam tunggu ler. Dalam the next five hours lepak ramai ramai yang sampai in the heavy rain, sempat ler layan channel baru kat Astro yang Variasi tu, yang tayangkan ulangan Konsert Akademi Fantasia musim keenam. Merasalah Yana dan Ika yang terkeluar first and second week jadik mangsa carutan kami. Ampun ladies. For fun jerk!

Ni some pics of the hanging out kat rumah Fizi. Tak sempat snappy Haziq je. By the way, kesian si Khai. Sakit belakang dan sebagainya. Rigorous training al kisahnya tuk bersedia show Sehati Berdansa first akan datang ni. Amik ko! Lom first show da camni. Nak tahan sampai end of the season (kalau ada rezeki ek) camna???

Anak buah Fizi. Zafri ke Zafrim... main game layan tunggu orang melawat

Zila, Salima, Ika, Yana, Sahri dan Rizal. Antara geng Akdemi Fantasia yang hadir (sorry Haziq tak sempat snappy ko)



Ala ala... manjanyaaaaaa...


Once we were done, headed to Pelita sebab dapat call dari geng KEPITA (matilah KEPITA atau lebih dikenali Kelab Pelita). Bebudak 6ixth Sense semua ada. Antara yang lain si Ayien join, skali si Misty dan kawan dia, as well as Alif and Ika and friends. Motif snappy berdua si Adi dan Ika ni? Biasalah.. cinta nak berputik kan (lari sebatu nak elak dituduh mulakan spekulasi meka bercinta.. oops!)


All in all, walaupon letih banget, had fun and time just flew by today. Tomorrow nak rejuvenate balik. In other words... sleep!

Kalau sempat ada event nak gi. Be posting more tomorrow...

Sunday, November 18, 2007

Flawless!

Sampai tadik kat Alam Sentral awal, tapi sebab lautan manusia yang muncul nak masuk ke Sri Pentas 2 di Plaza Alam Sentral, I thought it would be wiser kalau kami ramai ramai masuk dulu.
Kami ramai berkumpul nak masuk sekali. There was me, Ted, Nuffie, Anas, Mozac and Juan.

Ramai gila hari ni... bukan macam minggu lepas half empty seats. Hari ni, kira tempat duduk tak cukup, ramai gak penuhi standing room lak. Ni mesti nak datang tengok Datin Seri Siti Nurhaliza in action.

Ni aku amik shot masa time mereka start buka pintu nak bagi fan club masuk tak silap aku. Or something like that... crazy crowd!

Masuk jer lepak la about, just killing time. Last last, aku naik upstairs ler nak wish kengkawan semua sapa kenal all the best! Support ler katanya kan! Naik jer serempak ramai ler. So dari casual rounds konsep lintas hormat, suddenly menjadi lawatan sambil belajar kena make stopover sana sini.

Sambil singgah dressing rooms and make-up rooms, nih serempak ngan Datin Seri gituh.

Lawa tak pic ni? Ni masa Siti tengah bersiap, ngan Kay Azman fussing all over her getting her ready. I love this pic sebab kebetulan masa amik tuh, cam cantik lak background blurred tapi muka Siti still stunningly in focus. Ni bukan pic konsep konsep Photoshop yer. Original gituh!

Owh kepada kengkawan yang minat Siti, kalau nak curi pic ni nak share, silakan, but please kredit dan link kan blog aku tau.

Anyway, here are some more pics masa Siti tengah bersiap. Tima kacih madam sebab bagik can photography walaupun ngadu belum siap pelbagai. Heh... kalao lum siap pun sudah flawless, apa lagik bila sudah.





And selain Siti, here are several other friends I bumped into before the show. Ingat lambaian ratu kejap je, lama lak sangkut sana sini. So apa lagik, alang alang stop sana sini, each hentian tuh aku amik pic jer la tuk blog.

Ladies (Chery and Nieyl) and gentleman (Diddy and Fazli)



Two lost looking Chinese guys. Left is maestro Audi Mok and right is Schonny from f-tersix. Congrats Audi on Mahakarya Cinta.


Four of the judges (from left) : Adam Salleh, Khairil Johary Johar, Azhar Borhan and Amran Omar.


Moved back in to enjoy the show, tapi macam takde fire langsung tahun ini punya separuh akhir. For some reason, I found the performers semua mediocre saja.

Yang feeling tarik suara samaada tercekik or end up screaming. Takde seorang pun yang betul betul bagi performance yang WOW!

So midway kept sneaking in ciddy breaks. After Jac and Lah were done with Ceritera Cinta, singgah jumpa dia jap. Heh... kena la jumpa wish her well sebab aku harap sangat Ceritera Cinta masuk sekali.




Siap sempat turun ke Dunkin' Donut sat nak beli makan sambil Jamal Abdillah menyanyi. Malas lar nak sit through it. Came back just in time, sebab orang baru nak start tepuk tangan. So with several donuts, a bottle Raspberry (tak silap aku) of Esprit, layan jer results.

And these were the songs that layak untuk Kasih Tercipta, (Ajai/Shuhaimi Baba/Faizal Tahir), Mahakarya Cinta (Audi Mok/Mohd Shariza Shamsiri/Faizal Tahir), Ceritera Cinta (Ross Ariffin/Habsah Hassan/Jac & Lah), Izinku Pergi (Azlan Abu Hassan/Sulu Sarawak/Kaer) and Harapan (Hazami/Hazami/Fazli Zainal).

Congratulations siapa yang dapat ek.



By the way, aku tau mesti ada spekulasi yang Siti takde kat pentas masa meka nak umumkan lagu lagu yang layak, tapi tak de apa lah.

Siti memang lepas dia habis perform saja, dia gerak terus dari Plaza Alam Sentral. Bukan atas sebab takut kalah ke, elak peminat ke siapa ke, dia memang ada show so she had to rush. Even TV3 officially mentioned that.

So takyah lah kata macam macam pasal orang tu, sudah dia pun officially bagitau TV3 dan perubahan dibuat supaya giliran dia awal.

Kalau ikutkan dia antara yang terakhir to perform actually, but dua hari lepas cabutan kedudukan arituh, dia sudah pun maklumkan TV3.

Eh ok la...enjoy the pics and be with you guys tomorrow. Mata sudah berat...

Friday, May 26, 2006

Caramu...dan caranya berbeza...

Sorry ler guys kerana tak posting untuk beberapa hari ni. I've been really bogged down with work and various commitments. Lagikpun, aku lum kena bahang Akademi Fantasia, so cam tak semangat sebenarnya nak posting apa lelebih sangat pasal musim ni.

Maybe after Konsert Prelude Ahad ni, I'll change my mind, but until then, I still think this is pretty much the least promising lot. Well...judging by what I see lah so far kan.
So sebelum apa-apa, just a quick recap of my week.

Last Friday, paper aku kembali di relaunch ngan new look. Yeah...we're back bigger than ever. Boo...it means back to the nose to the grindstone routine etc.

Apapun, hope you guys checked out the new Malay Mail dah cause it is definitely more colourful. And for those yang kerap follow column aku (you know which one - kalau tatau takyah ler tanya ek), it's no longer on Monday, but on Thursday.

Ni because kalau dulu Buzz, the entertainment pullout was daily, this time around it's only on Thursdays disebabkan they've introduced more lifestyle based pullouts daily.

Tapi...watch from next week sebab nak bagi column tuh new look sikit...so tunggu!!!

The relaunch itself was fun! We had it as the KL Convention Centre. Nak ucap tima kasih ler bebanyak kat Freddie Fernandez, keluarga Maestro sebab sudi tunaikan permintaan aku tuk keluarga Akademi Fantasia menghadirkan diri.

Thanks ler so much to the ladies, Akma, Farah...as well as the gents in bro Zahid, Mawi, Sahri kerana sudi ler memeriahkan majlis. Yanie pun mai ngan auntie Stella, mak Ning. Nikki sibuk ngan album launch dia kat Sabah manakala si Ning tengah soundcheck lak tuk show malam tuh.

Still terima kasih ler bebanyak semua yang hadir...kak Deja Moss and all.

Apapun, untuk mereka yang masih menghargai bakat-bakat daripada Akademi Fantasia, and not just preoccupied with yang akan datang, ni some of the pics of them on last Friday tuh.



Wokei....this bit is cool! The best guests for the evening were of course, Joey G..and oh...JP too dari Channel [V] (Bid It! and Popparazzi). It was extra cool that they were there because they were the first edition punya cover story for our entertainment section.

So kalao ada yang minat Joey...and ehm...JP, here are some pics of them, promoting themselves and of course, The Malay Mail. (Think Joey looks cute like Shane from Westlife - and nuts to whoever likes them cause both pun married da!)

So after the event, pegi lepak KLCC with Halim, Sangheetha and partner as well as Dawn nak tengok wayang. Lepak abih pekena kopi sat, then went to watch Over The Hedge. It was absolutely hilarious!

As animated movies go, this one had everything too. Definitely a must watch in my books!

Now let's see. The weekend wasn't that eventful, but quite restful. Which I think I'm definitely going to need because suddenly, in the rush to prove something (though I haven't quite figured out what) before my birthday where I won't be celebrating turning the big 3-0...I seem to have a lot of stuff lined up.

This week itself memang taken up gila babas....and aku sampai takde masa nak ikut Nota Prelude. Even Tirai Akademi Fantasia pun aku tak sempat menonton, but then again, usually, I don't think I'd miss much because the programmes are usually more the direction of what programming wants us to believe about the kids.

So, when I watch Konsert Prelude ahad ni, I will definitely be watching in totally free of bias. Erm...tau ler sudah ada cheerleaders untuk Didi in head cheerleader, choreographer cheerleader and pom pom specialist (merasalah DAZZLING katanya...), but I don't really fancy him, unless something changes my mind later.

At the moment, kalau dulu I supported the M&M movement (Mawi dan Marsha ler) I think this year, I'm going for the F&F!!! Faizal and Farhan!

But apapun, semua akan terbukti dalam Konsert Prelude.

On Tuesday, aku singgah ke Akademi di lokasi konon rahsia untuk membuat laporan tuk paper.

Sesiapa yang baca The Malay Mail, you would have seen the story on mananya lokasi Akademi kali ini di Shah Alam, iaitu dengan menggunakan gudang yang lama dah dikosongkan. Ni beberapa gambar yang ada dikeluarkan dalam The Malay Mail. By the way, masa aku lalu awal pagi, signboard besau Akademi Fantasia da naik. Tapi petang tengok meka cover lak dah. So dalam gambar tak nampak signboard ler...tapi at least sah tau tempat dah. Merasalah...kalau nak info paling upated dan review yang pedas....apa agik...pick up ler The Malay Mail (promo...jangan tak promo!)

There are a lot of things I've been hearing ler about bebudak baru nih, so a simple glance through would be easier ler kan.

*Yang berpunya sudah termasuk Didi, Leez, Amirul (sendiri ngaku masa jumpa), Jeff (carik ler online...ada info), Tasha (sapa tatau dia kan awek Aqasha...carik ler bukti sendiri online). Yang lelain tarak info kukuh so no comment.
*Dengar khabar si Salima ni tak bertudung sebelum Akademi Fantasia. Entahler bila dia kenakan tudung...so no komen kecuali ada info kukuh.
*Haider ni...erm...korek ler info pasal tahun lepas. Banyak gak story...
*Shaz adik-adik...pepaham ler sendiri

Banyak lagik sebenarnya...but who knows where the truth lies. Jangan nanti esok star baru melenting kena korek abih private. Dah tau awal-awal itu syarat nak glamer...tak suka baik quit skang. No one forced you into picking up the phone...or going for the auditions (pinjam P. Diddy punya line dari Making The Band 3)...so tima ajalah ek kang...

By the way...I hate all this sentiments thing going into the choice of candidates. Memang ler duit korang...tapi pepandai ler sikit memilih. Contoh, Salima...ramai suka hanya sebab imej...adus...ni bukan competition cam Pengaca Jemputan Nona laa...korang ni. Ni Akademi Fantasia....

Ada ler someone ni (malas sebut nama) yang sebut-sebutkan pasal Zila ni dari Felda. Bukan tak berhati perut dia datang dari keluarga susah...tapi untuk aku semua itu tak patut diamik kira.

Judge them by their talent. Kalau tadi aku kata ini bukan Pengacara Jemputan Nona...pada masa yang sama, Akademi Fantasia juga bukan program Bersamamu!

Tak paham-paham konsep ke???

Aiyo...seriously...bab aku sokong? Erm...selain F&F aku da pun nyatakan sokongan aku untuk sapa berdasarkan kritiria vocal, personality and commercial package (in that order).

Apapun, let's hope the worthy ones get in.

Miracles do happen and the good do get through. Cam tengok American Idol semalam.Puas ati Taylor Hicks menang. Go soul patrol! Kowser Katherina McFarter...McPheever konon...ptoiii (lodah sikit). The same ones yang sibuk pasal charity in talent competitions ni ler yang sibuk sokong dia...seriously...

Again Mandeesa, Paris and Chris...McPhee tuh bosan nak mampos. Nyanyi sumbang mahram. Thank God Taylor won.

By the way...last bit of addition to this entry. Look out for the Caramu music video soon. Meletop!

It's a dance video so memang tight and punchy gila. So keep voting for the song on all radio stations ek. ERA dah naik lagu tu ke No. 3 setelah sembilan minggu dalam carta!!!

Si Nikki shooting tuk video tu on Wednesday. Si Zahid ada sekali. Adoi...kesian Zahid ilang wallet dari malam sebelum tuh kat event Karyawan kat Dewan Felda. And just found out mama dan papa dia dah pindah balik ke Teluk intan lor....mama....papa...tak bagitau kita pun...sedih....uwarghhh!!!

Erm...esoknya, shooting untuk single seterusnya pun dijalankan, iaitu untuk music video Imaginasi.

Keep an eye out for the video ler...

Ok ler...nak ciao. Ada keja lagik nak abihkan...sebelum the weekend. Tuh pun dapat relax only on Saturday. Sunday dah Prelude...ok...be posting soon.

By the way, on Sunday night (or early Monday morning) look out for my review and comments on Konsert Prelude. Ada apa-apa yang hangat aku postkan on the spot lak ek....so keep checking for updates...