Showing posts with label kefli. Show all posts
Showing posts with label kefli. Show all posts

Wednesday, July 02, 2008

Kelab Pop

Sampai je Wisma Ali Bawal tuk shooting Kelab Pop, bumped into lots of people! Mana taknya... bukan je satu episod nak shooting. Banyak skali harung. Aku nya slot yang last for the day.

Team aku, apart from myself, si Juan dan Rudy. Harus lah havoc katanya. Our challengers? Ifa Raziah, Serina Redzuan dan Fazli Zainal.

Semua mulot leh tahan.

Once, the final episod before ours finished (sempat usha, tapi akibat tuh tambah nervous), congratulated the winners! Siapa lagi kalau bukan team Triple Z (no, that was not their team name - tapi sebab memang tiga tiga nama start ngan Z).

The winning team for the shoot before ours was bro Zahid, skali ngan Zain formerly of RuffEdge (kira former ker) and Zed Zaidi. Uwaa... julang trofi ngan bangga tuh!

Mana taknya, dengar musim lepas, piala adalah piala pusingan yang passed on.

Musim ni semua pemenang dapat individual trophy.

Triple Z - Zain, Zed Zaidi and Zahid - eksyen ngan trofi tuh!


Uwaa... adik da dapat trophy, the pressure is on to meet expectations. Sebenarnya aku tak kisah pun mula mula nak menang ke apa... lagikpon appear pun ada saguhati da. Merasalah dijemput sebagai selebriti wakil media. Matilah... nak good impression ni.

Plus, adik da menang, aku pun nak ler. And it didn't hurt that the trophy cantik gak and nampak mahal. Heh!

So masa game, memang all out. Tapi round random question memang no hal. Seb baik tak terbodoh aku. Tapi round CD rosak aku tension. Tak pick up langsung. Juan banyak jawab.
Tapi yang kelakar, satu yang berjaya aku jawab tuh, tak sampai beberapa saat aku da tekan buzzer dan jerit jawapan. Lagu tu memang familiar - lagu hit yang kerap berkumandang radio.

Kalau tak kenal memang aku patut kena pancung - matilah malu kalao aku tak cam. Sebelum sesiapa sempat, aku tekan dan jerit STACY!!!! AKU STACY!!!! Heh! Tak ler aku malu sangat tak jawab speed round tu.

Round humming dan karaoke maut tuh memang pecah perot. Aku sampai nak jatuh pentas gelak!

Aku takleh cakap apa apa la... korang tengok kang bila episod tu on air. Not sure when... but memang kelakar!

Fazli, Serina, Reza, Juan, Rudy and me, myself and I. Kak Ifa terpaksa rushing balik cepat sebab anak dia sakit.


Pas abih gi lepak Pelita as usual. Tak plan apa apa pun. Dan dan... ada orang tegur. Rupanya Marsha dan Kefli ada 'discussion'. Hah... habihla korang kuar lagik la cita korang kuar berdua. Sebenarnya kira business meeting sebab ada hal nak bincang. Last last meka join satu meja.

Banyak ler aku nak borak ngan Kef sebab cita Gaia yang aku tarik diri. Then borak ngan Marsha pasal bab lain yang takleh sebut sini.

Kef and Marsha


Jauh tuh duduk!


Sibuk borak, tetiba lak ramai sampai kat Pelita tu. The ones aku sempat snappy Mila dan secara berasingan, Jac. Bangga ngan meka. Takde nya feeling kekwat takleh lepak mamak. Ada sesetengah nih pandang mamak ni cam hina sangat. And kalao lepak kat kedai mamak, rasa cam kena bagitau satu dunia seperti Fear Factor lak. Amik ko!

Mila lak sampai


Then Jac...


Hung about dari I think about 10pm, sampai almost 4am! Penat gila by the end of it all.
If I neglected to tell you the result of the episode Kelab Pop I was in. Sebenarnya... kami.. MENANG!!!!!

Amik ko! Trofi yang dok kat ruang tamu rumah skang. Nothing much to be proud of... biasa biasa je. Yang penting, we all had fun, and with friends.

Apa dia? Bolos? You'll never get me into that skin tight baju. Nangis kang Fitri tengok baju dia buat tuh kena stretch ngan aku! Nangis lagik tetiba Bolos kena rating sebagai horror film lak nampak lebihan aku semua. Matilah...

Over and out... for today...

Saturday, May 17, 2008

Mmmm..... seriously?

Aku malas nak ulas panjang panjang. Sebab ulas pepanjang carut to kingdom come pun tak guna kan? Not like anyone listens to me. If I could make a difference, perhaps this is worth going on about. Instead, even pengkritik pun da cam tak betol at times... yang angsa tak ditegur malah dipuji.

Letih wo! They're supposed to critic. Doesn't mean it has to be all bad, but obviouly someone forgot to tell them they're supposed to evaluate the kids. I think Afdlin saw what many people see, So what's wrong with the picture,

Tak guna angguk setuju time pengkritik jemputan mengkritik, when you should have said it during your turn, and not puji like it was an acceptable performance.

Weirdness.

Anyhoo, this is the second last concert, so takyah nak go on further nak ulas lelebih as usual. Just short comments of what I think of each performance and their rating. Rating kali nih nak pakai lain lak system.

The bad ratings bukan lagik pam jamban as usual or any of the usual stuff I use. Instead, it will be represented by how many angsa or geese they get. The good ratings represented by a butcher's knife, nak tengok tahap mana dan setakat mana meka berjaya sembelih keangsaan meka tuh.
Let's start.


STACY
Beat It
Mmm... I am trying to sa hard to say something nice but in truth, it was an ok performace saja. Aku tetap kagum Stacy mampu control pernafasan dia relatively well with the lousy dance routine and dancers yang very distracting.

But there was no kick to the show and I think the song, and the arrangement was a et down.
Good effort nonetheless, but lousy choice of tune for a show that is deciding the final outcome.



TOI
Kau Yang Bernama Seri
I hate to admit it, but dia managed to improve banyak.. finally! Tapi walaupun I give him credit for that, I disagree with pujian melambung diberikan seolah dia memberian persembahan yang sebegitu hebat jerk padahal kali pertama membuat persembahan yang sekadar boleh laaaa.....

Nothing to shout about at all... especially since after you hit rock bottom, there is no where to go but up. He had to improve sooner or later.. he sure as hell couldnt get worse.

Now this is really standard peserta pertandingan karaoke kat Plaza MPK di Klang. And the choreography... yang dia gerak hulu hilir feeling improvisational theatre tuh perhal. So RTM in the early 80s.



STANLY
Kerana
Ridiculous. Painful. And honestly, should have been out weeks ago. What took him so long to leave? Bung Ramli jangan marah! Komen aku tak penting pon! Matilah aku!!



NADIA
Lelaki Buaya Darat
Something was just wrong with the arrangement. The song dari a full on pop party anthem became a sullen piece of karaoke minus one yang tahap muzik cam musim lepas punya polyphonic standards.

And Nadia? Entahlah.. minggu ni aku inclined to admit she's on a decline slowly.

For some reason she's not delivering up to par.

Takdelah tahap sampai angsa... tapi memang namoak dia semakin ketinggalan ngan Stacy. She could have made this song her major comeback, and gunakan tuk menempah tempat lebh secure for the final... but she didn't.



RIZ
Rock Around The Clock
Again, out of his safe zone, Riz gagal nak carry a song/ I'm not a big fan of Riz (and you guys know thats an understatement) tapi aku nak tengok dia mara dari Toi or Nubhan kerana dia lebih consistent. At this rate however... its pretty sad to see him two weeks straight of substandard performance.



BEFORE PROCEEDING FURTHER, AWAS PERSEMBAHAN SETERUSNYA ADALAH LINTASAN ANGSA
NUBHAN

Tapi Bukan AKu
There are some seriously deaf people in this country kalao ada yang kata version dia sedap. Sure he's got tone... but what else can he do apart fron growl off tune. Seriously fed up. He is now officially the most overrated in the Akademi.

Sumbang terlampau banyak sangat sangat walaupun ramai merembes kata bagus... walaupun...



TOI & STANLY
Lagu Jiwa Lagu CInta
Can anyone deny this is the PERFECT pair? Siapa berani kata pasangan nih tak sesuai aku bantai! They were the musical equivalent of Cumi dan Ciki (sapa bawah umur 25 konperm tatau)

Cam karaoke kat tapak Uptown Cheras jerk aku tengok.




NADIA & RIZ
Endless Love
It wasn't as spectacular as I hoped for, but better than I expected. Sepanjang malam haus semacam takde yang betul betul besh, this was worth watching and listening. Both Nadia dan Riz worked well together vocally. Good effort.



NUBHAN & STACY
Thank goodness Nubhan tak MENYUMBANGKAN that much to the song, because Stacy opened it so beautifully. Ada chemistry antara meka, though I doubt the cinta part. At times, ramai kat dewan lebih fokus pada merpati yang kena ikat kaki dipaksa dok kat bangku tuh, but the magic of this performance was undoubted.

The best for the night!



And that's it... memang sebenarnya aku malas nak tulis lebIh pasal konsert nih, sebab walaupun audience smangat nak go into the finals da, the sho was rather lemau for the ninth concert. It wasn't as good as I harapkan it would be to build apa semangat for next week.

And the results? Ok ok je... nothing to celebrate. Stanly should have been out much earlier. Nanti jer la aku cita lebih pasal concert n the next entry. Will also post speculation and gossip on the finals mana yang mampu.

But before I forget, congratulations to the production for the tribute segment, I also have to say congratulations pada Faizal, Aizat, Velvet dan Sahri for the moving performance in their tribute to arwah Loloq... it was so touching, I was CRYING (ada gak guna tisu Premiere yang disponsor nih) And I mean literally crying sebab it was beautiful and meaningful.

Ok.. cukup meroyan. Ni some pics from last night....

Shafiq - RA paling ramai peminat... dan anti (kecian dia)


Nizam Zakaria (penulis dan pengarah Gaia) control macho sambil Tam aka Hamdan ngumpat.Cantik kan tan minah depan tu? Pose maut!


After show punya sesi ngumpat


Tu candid shot.. ni semua pose baik


Sarimah tetap nak solo shot


And another...


Siti Hajar jadik saksi sesi ngumpat Syafie dan Sarimah


Sesi ngumpat mami Fati dan umi Fauziah takde saksi.. tapi the proof is in the picture!


Haziq and his new hairdo


Kefli, Alam, Fitri and Farish.. geng Gempaq

Wednesday, March 21, 2007

K-I-S-S-I-N-G


TIba kat Dewan Sivik awal tadi. Best lak kali ni sampai awal sebab kebetulan ramai kawan kawan yang datang untuk show minggu ni

Memula sampai, si Bob ada ngan PA dia si Shuib. Lamanya tak jumpa!!!

Apa lagi...anyam ketupat ler pasal tuh nih.

Then baru nak lebih intense je gossip, si Marsha dan Kefli tiba, chaperoned by Kefli punya manager.

Yang pentingnya, ni gambar meka bersama..bagi sesapa yang minat Marsha dan Kefli (sorry ler...wat kali terakhir, Marsha dan Mawi cuma kawan rapat maa...)

Matila pasni lebih speku. Tapi thanks kids sebab sporting nak posing, walaopon terpaksa kuar pembaris tamao amik pics dekat dekat tau mengundang kontroversi katanya! Yang pentingnya, visually, I think they maku such a good couple.

Matilah pas gambar Yasmin Hani semalam, blog ni jadi papparazi tuk pics pasangan bercinta lak!

Jangan lak pasni semua nak request aku amik pic Mawi dan ikin da! No requests please!!! Pics as and when available je ok!

Amacam...do they make a cute couple or not? So kami reramai lepak ler kat this corner of the parking sambil sorang sorang sampai. Rupanya patut ada some promo bintang Akademi Fantasia and meet the fans session, tapi cancelled. Tu yang ramai lak bebudak mai.

Selain Bob, Marsha dan Kefli, si Rosma pun ada! Pas kejap, si Nana dan Reza (accompanied by his mum), Edlin then followed by si Fitri. Aduh! Kecoh.

Yang pentingnya wakil semua musim Akademi Fantasia ada kecuali musim keempat. Kenapa?

Aku pun tatau....

By the way, saja nak sebut, respek si Mawi sebab dia pon follow gak program Akademi Fantasia walaopon sibuk. Arituh masa PC Aduh Saliha, si botak tegur pasal aku dalam Debat Akademi Fantasia minggu lalu.

"Tapi tu lain...Mawi boleh nyanyi, ek" gelak si botak.

Siot je...kembang lobang idong ler tuh aku puji. Heh! Tu masa kami kat event tu ramai ramai nyanyi Angkat Kaki feeling Fatin (rugi korang tak dapat tengok botak feeling jadi Fatin)

Dalam lepak...noticed lak tiga keta Kia tak silap aku pull up kat driveway of Dewan Sivik complete ngan poster 3 Diva.

Rupanya, pecah lobang meka nak wat trigger panggil the three divas onstage.

Seronok dapat jumpa Kris Dayanti sebab Ruth dan Titi memang aku tak kenal and KD has been ever so sweet everytime we meet.

Janji bila kak KD nampak aku dia terus, "Eh!!! Kamu da kurus!!!"

Matilah rasa turun 50 kilo teros kena pujian ngan dia pujaan!!!!

Didn't get to speak much to her....and seronok jumpa kak KD pas lama da (last was that konsert they had in Mont Kiara masa dia ngan Melly) tak teringat nak amik pic for memories.

Takper...banyak peluang jumpa dia agik.

We hung outside until time dewan nak buka. Kang aku update agik...meanwhile enjoy the pictures yang aku sempat snap.



Monday, March 20, 2006

So much work..so little time

Aku tak leh wat entry panjang sebab nak rushing kerja sikit pagi ni. Pas curik tido berapa jam, kena ikut si Nikki pilih baju tuk Anugerah Planet Muzik nanti.

Habis tu je, kena berkejar ke KLIA sebab pergi ke Kuching, Sarawak untuk launching album Bob.

Balik je Rabu belah malam, Khamis kena rush column, sebab Jumaat dah kena gerak gi Singapore for Anugerah Planet Muzik. Memang minggu ni hectic sikit...but if I have time and can get an Internet connection, I'll update my blog from all these locations.

Apapun..first thing aku nak cakap...mampos laa sapa tak puas hati apa aku komen pasal AIM. If you don't like what I have to say...then bugger off. Cause it's my blog and people like me and sultanmuzaffar have to put up with comments from idiots who think they know it all....senang je jawapan aku...tak suka? Leh gi mampos...(gelak sat terbayang something)

Anyway...ni...to exorcise my blog...aku letak penunggu...dipersilakan...encik Baha!!!

Hah!

Tau pon takut...muka garang tuh!
Kang kalau kena tengking ngan dia baru tau camna rasa terkencing dalam seluar akibat horror teramat (terima kasih Baha kerana jadik model aku tuk segmen menghalau molot molot lahar)

Tak takut? Hah! Kalau korang nak tengok impak maksima carotan Baha...ni buktinya...nak kena?

Hasilnya jadik cam Marsha ni kang, ting tong je... (terima kasih kat Marsha jadik model tuk rupa langau kena laser hamunan power Baha)

So if you have no taste in music, have no clue on what to argue about...or just wanna waste my time with your senseless and unimportant rantings...go elsewhere!

Like I always say...ignorance is bliss....so I'll leave you to your sanctuary.
Anyways...on with this posting. Just to catch up on what happened Saturday night.

Went for the Konsert Kemuncak Akademi Fantasia. Bosan lak tengok Stadium Putra. Baru semalam jejak sini...tapi one thing about this location is..banyak nostalgia final Akademi Fantasia musim kedua. Dari arena dia...sampai ke VIP room.

Terbayang babak-babak dari final masa melalak sampai hilang suara....terus konsert malam tu cam hilang seri. I don't know...tapi aku susah nak elak dari compare ngan musim kedua.
Walaupun aku cuba menghayati usaha kuarga Akademi Fantasia for the Konsert Kemuncak this time around...it just didn't work for me.

Untuk seminit dua masa lagu Menuju Puncak berkumandang memang ler aku semangat...but after that cam downhill. Banyak abihkan masa borak dan melayan hisap rokok.

Tambah lagi beberapa kali retake. Intro saja empat kali. Ni lah akibatnya kalao recording...malas tul.

Crowd lebih sikit...but still not up to mark like the last time. Still, kalau banding ngan malam sebelum...world of a difference.

A lot of incidents, again which you can read in Fiebie's blog.

But I think none can eclipse that of the excitement of Fiebie nak jkumpa Yazer for the first time. Sampai peluh tu...

Moments like this make me appreciate people I work with more. Sebab aku da biasa jumpa orang yang bergelar orang seni ni...dah seriously tak heran. Aku cuma akan nervous in front of international stars yang memang aku minat gila. Cam dulu...Jewel...Linkin Park....Pink...Slipknot...those were the ones that aku sampai gigil. Apa lagik kalau aku dapat interview Madonna....*shudder*

The concert zoomed past, with the highlight being Mawi's performance of Perempuan. Kami semua then lagi sekali seperti malam sebelum kumpul kat bilik VIP tuk sekali ngan bebudak Akademi Fantasia jumpa pemenang Hotlink meet the fans session. Sebab aku tau ramai tak dibenarkan amik pics...here are some pics for all of you, termasuk mereka yang tak hadirkan diri.

Kalau perasan...ada 11 orang je kan? Tolak Aidil dan Fuad yang da keluar Maestro...dan Elliza yang aku tak kuasa nak amik gambar dia (memang tak penting langsung)

Pose Yazer ni khas aku dedicate kan Fiebie yang aku rasa suka Yazer gila babiks sampai kalao time Yazer angkat ketiak camni pon...mesti terciom bau wangi jerk.

Amik ko...second attempt, dapat gak dia jumpa Yazer. Serempak dua tiga kali asik peloh je keja...motif?

Yang pentingnya pas abih tu, kita satu group gi makan...Along pon join. Pastu tetiba sorang-sorang join termasuk Adi dan Sahri (happy birthday to you to bro...sorry tak dapat mai...keja gi Anugerah MACP semalam).

Then pastu satu lagik keta lak sampai yang termasuk Felix, Yazer dan Ekin. Kena lagik si Fiebie.

Mampos ko kena usik ngan Ekin (padan muka...nak kaco depan-depan ek!)

Balik teros KO...selepas berbalas berapa mesej ngan Fiebie yang masih merembes jumpa Yazer (ya ampun! gelak besar!!!!)

Siang bangun letih...memang kalau ikutkan malas nak keluar...tapi sebab tugas kena gak naik Kuala Lumpur. Had to cover the damn Anugerah MACP...no mood to talk about that....

Stopped by the office...abihkan one cover story...and update blog je nak balik tido sat sebelom kuar lagik. Rasa nak pengsan camni....dapat ler aku rehat sikit kat Kuching kan...By the way...sebab tak sempat kot jumpa my guardian angel, here's a cute little picture for you abang Bad!

I know you have this thing for cats...tapi aku takder ler kucing kat rumah (I actually detest cats for their laziness and lack of loyalty). Apapun...ni aku post kan pic aku amik siang semalam of my pup Mickey. Dia ler yang paling jahat sekali....and greedy tu. Ni time dia da kena marah...pastu dia lompat atas sofa dok diam.

I buried her under a load of cushions sambil dia dok merajuk....

Eh...ok ler. Dah cerah kat luar...Kluang Man nak balik tidur sat. A busy day ahead for me...
Will blog as soon as possible...by the way...again...kalau see my collection of pics, go to [klubbkidd's rave] - the fotopages!