Saturday, July 07, 2012

Mimaland - I'm back

Semalam memang malam aku takkan lupakan.

Istimewa nya... sebab buat kali pertama secara sahnya, aku mengikuti ekspedisi paranormal kumpulan Entiti 666, atas pelawaan Adam.

Sebelum ni banyak borak je pasal pengalaman dan pandangan... aku bab ni bukan expert. Jauh agi...tak secubit pun pengetahuan ramai orang keliling aku tang bab ni.

Tapi kira korang baca blog aku, kalau penah khatam dari mula, tau lah aku ni jenis leh nampak benda dan banyak kali alami benda-benda camni.

Aku penah singgah masa meka wat ekspedisi ke rumah terbiar di Klang.. penah blog pun kan?

Tapi kali ni secara sah aku menjadi sebahagian kumpulan mereka seramai lapan orang in total.

Dan destinasi kami?



Erm... tengok papan tanda pun confirm tak hirau kan? Tapi suasana malam gelap dalam hutan, aku pakai Blackberry aku saja nak snap pics, so jangan expect gambar tahap Power Rangers tahap DSLR la. Apapun, kami tiba pas melalui jalan yang kalahkan Camel Trophy (retro reference gitu).

Walaupun destinasi kami sebuah tempat yang banyak kenangan bagi aku... sungguh berubah sudah kawasan persekitaran sehingga kalau campak aku sana tanpa bagitau mana pun aku takkan cam.

Dengan bantuan orang kampung sana... kami pun tiba di... 



...Mimaland. Taman tema pertama di Malaysia yang dibuka sekitar lewat 70an dan bertahan sehingga awal 90an. Memang vogue aa zaman tu. Sunway Lagoon? Tak wujud pun... dan kira Mimaland ni pada yang tatau, memang advanced gila for its time. Tu yang ramai suka shooting sana.. dari Gila Gila Remaja... ke Mekanik kalau tak silap aku.

Sebab tutup? ... selepas kejadian seorang pelancong Singapura meninggal di kawasan kolam renang (dengar bab slide tu) dan kemudian diikuti tempatnya yang jadi mangsa tanah runtuh... diikuti saman dari pelbagai pihak - dengar khabarnya mereka terus bungkus saja. Tempat tu sekarang milik Magnum Corporation.

Di luar, sebelum jejak masuk, tambah sikit cerita 'urban legend' dari orang kampung sana. Memacam la... nak senang A to Z ada saja cita orang nampak/mengalami benda. Ini selain cerita yang tersebar di Internet.

So kami melangkah masuk dengan mixed expectations.

Personally for me - it was homecoming. I nearly drowned in Mimaland.

Umur aku ketika itu mungkin 8 atau 9 tahun. Naik slide paling tinggi. Kawan keluarga nya keja lah paksa aku. Bila aku landing dalam pool, the impact tu gila babiks... dan aku terhantuk pala kat lantai ke dinding kolam and momentarily passed out sehingga ada yang tarik aku keluar. Memang masuk air la...impak sampai hari ni aku masih leh rasa that moment.

Tu antara sebab aku nak join expedition malam semalam. Nak sangat see the place I had happy.. and a traumatic experience.

Anyway sambung cita.. masuk je.. ni benda pertama nampak dekat kawasan guardhouse.


Van terbiar ni banyak ada gambar kat Internet sudah. Tapi tak penah ada shot malam - sehingga sekarang that is.

And aku tengok kebanyakan gambar di Internet di ambil di Mimaland sekadar di pintu masuk dan kawasan berdekatan itu. Besar wo tempat... tapi mesti ramai tak berani menjelajah. Ye lah... masuk pun bukan sebarangan. Nak curi masuk? Cari nahas. Kang tak keluar.

Anyway... kami dibawa orang kampung untuk menjelajah.


Sejuk saja tempat... tapi segalanya ditutupi hutan yang 'memakan' tapak Mimaland ni. Memang most of the structures hidden by the growth da. The moon was bright though and everything was bright. We started dalam tengah malam.. dan menjelajah selama dua jam lebih.

Kami berjalan ke kawasan tasik yang dulu naik bot kayuh... (nostalgia sat sebab penah naik). Dekat 30 tahun tak jejak... cam tak caya tengok tempat ni dah hancur camni.

Juga ke kawasan dewan/skating rink yang dikatakan keras. Secara peribadi aku tak rasa apa-apa pun. Tenang sebenarnya di Mimaland ni. 'Radar' aku tak berbunyi langsung. 

Tapi aku kebelakangan ini dapat rasa yang betul betul kuat saja, atau yang tidak elok. Dan di sini, aku rasa kami 'diperhatikan' tapi tiada perasaan takut. Adalah perkampungan di sini kot... tapi bukan yang buruk buruk...

The Entiti 666 team later explored the old chalets. Ada satu bilk dikatakan ada pelancong berbangsa Cina ditemui mati dalam katil. Kata orang kampung... So kumpulan pun masuk untuk meletakkan equipment untuk test paranormal activity there. Ni luar kawasan bilik...  masuk pun kena redah semak samun.





The last pic tu, bed frame katil yang di mana katanya pelancong tu was found dead.

Anyway, sambil mereka memasan peralatan, aku dan dua tiga lagi orang kampung gerak beberapa ratus meter kehadapan. Ada main office chalet lama.


Kira mahal lah ni zaman tu. Kira four or five star punya harga gak lak. Ingat... zaman tu, nasi lemak sekolah pun 50 sen je, air sirap ke apa baru 20 sen sama dengan kuih semua. Harga wayang pun RM3 (masuk Mimaland pun sama harga untuk dewasa kot).

Anyway... I joined up back with them selepas meka siapkan rakaman untuk mengesan aktiviti. Ketika tu, mereka bersiap nak teruskan 'berkomunikasi'.


Nak pendekkan cerita, seperti di sangka.. takde lah benda 'buruk' di sini. Keras di Mimaland dakwaan ramai, memang rasanya tak berasas. Berpenghuni - yes. Berhantu? No. Ada beza.

Anyway, ni lah souvenir yang aku dapat - cuma sedar masa gi minum pas kami selesai.


Siot nya pacat (kot lah pacat). Sedar sedar (tak rasa apa pun) kaki aku berdarah... tapi... luka tak ada. Kesan gigitan? Ada kot... mmm... entah.

Banyak lagi gambar dan insiden di rakamkan, tapi rasanya aku biarkan kumpulan Entiti 666 dan Mazidul je explain lebih terperinci dalam blog meka. 

Personally for me, I felt a sense of happiness, peace and calm. And surprisingly... sadness. A whole lot of sadness. Emotionally because of nostalgia perhaps. But then again, it was overwhelming in another way. Entah kenapa emosi macam tu yang aku dapat rasakan dari tempt orang selalu katakana keras dan serum. Tak pernah...

Psychologically, seram sebab hutan.. gelap... dan kawasan tertinggal. Tu je. Tapi that's just in the head. Paranormal wise, jujur aku cakap, aku rasa seperti kalau aku duduk sana malam-malam pun, aku takkan takut. Bukan cakap je.. cuma... yang aku takut satu je. Yang aku tak nak tinggalkan tempat tu. Yang faham... faham lah...

Aku simpan niat nak jelajah Mimaland lagi kalau di beri peluang - tapi kali ini nak ketika siang. Aku tak dapat ke kawasan kolam renang dan gelungsur mana aku hampir lemas sebab jauh, dan the whole area memang too heavy growth da nak tembus dalam satu malam. Juga kawasan Maze dah tak wujud... dan Dinosaur Park ke haper yang ada dulu pun banyak da covered by the forest.


PS - Selepas Mimaland, kami ke satu lagi lokasi. Babiks horror walaupun tak sangka tempat tu camtu. Sat aku update.


PPS - Untuk lebih info ekspedisi paranormal termasuk penjelajahan di Mimaland dan banyak lagi tempat, usha blog Mazidul Akmal dan Entiti 666. Nak join pun leh...

Peluang keemasan

Baru nak lelapkan mata. Hajat untuk berkongsi pengalaman ekspedisi paranormal terbantut sebab mengantuk sangat.

Malam semalam, sehingga pagi tadi, saya menyertai kumpulan Entiti 666 yang termasuk Mazidul Akmal dan Adam untuk menjelajah dua lokasi.

Memang saya dari kecil mampu untuk 'melihat' pelbagai ciptaan Tuhan... tapi tak pernah saya mengalami apa yang saya alami semalam/pagi tadi.

Ini salah satu antara dua destinasi yang di kunjungi.



Sudah hampir 30 tahun saya tidak menjejakkan kaki ke sini. Tak kenal? Jika anda lahir 90an, memang takkan kenal.

Nanti saja saya kongsikan cerita bila da bangun siang nanti.


Friday, July 06, 2012

Studio time

Sejak aku 'kembali' ke pangkal jalan (gituh), dan mengambil keputusan nak berhenti dari bidang penulisan selepas 16 tahun, hidup aku kian hari penuh dengan bermacam venue lain untuk show, ataupun studio untuk persiapan.

Malam semalam sama aa konsep. Mula-mula gegas ke studio di Taman Tun Dr Ismail, ada sesi latihan bersama Atilia untuk Amir.

Esok, ada majlis 15th Anniversary San Francisco Coffee di Publika, dan Amir di undang menyanyi bersama Atilia. Last minute prep, gegar sikit. Sebelum ni Amir bukan duet ke collaborate ngan orang pun.

Yang ada setakat ini pun betul-betul untuk show, dia gabung dengan Sheila On 7 (pengalaman pertama dia) dan juga Aizat (untuk Go Gerila) selain show di Bandung bersama beberapa penyanyi dan seniman serantau.

But it's an honor to be performing with Atilia so wajib lah tak miss.


Selepas habis, bajet nak ke Blackberry party di Zouk, tapi ada sesi studio di Kasi Gegar, bersama tuan producer Anas Amdan.

Melampau sejak dua menjak studio lengkap untuk rakaman ni, si Anas tambah sibuk. Merasalah, kau mampu nak dua MacBook Pro sekali jalan?


Kesian Anas kena fitnah ngan aku. Milik Ruvi satu lagi tu.

Anyway, I've been having some awesome ideas lately, dan setakat ini ada empat plan besar aku doa akan terlaksana sebum penghujung 2012.

Aminkan  saja lah...

Thursday, July 05, 2012

On the road

Aku banyak habiskan masa di jalan. Ke hulu hilir. Sejak umur aku 17 lepas habis sekolah, kerja aku memang turun naik KL dari Klang.

Sampai hari ni, aku memilih duduk di Klang, even though aku ada tempat sendiri di Mont Kiara. Demi manja dan tugas aku sebagai seorang anak untuk menjaga kedua orang tua aku nya pasal.

So anyway... bila da kat jalan, aku belajar hiburkan diri aku. Biarlah meroyan di Twitter ke (korang selalu layan tahu lah perangai aku ni) atau pun keja snap pics benda-benda pelik nak gelakkan.

Ini antara benda aku rasa pelik.


Biar betul number plate keta ni. Kena kopek ke abjad dan angka tu bang oi. Takkan satu abjad je kot. Ke memang keta ni keluar zaman 50an gitu. Heh! Takkan time tu sudah ada Kancil kot.

But bend camni pelik aku suka tengok...

Benda yang sakitkan mata, antara nya trend aku penah blog dan tweet - gejala bebudak gantung teddy bear bahagian belakang keta kat bawah dekat ekzos. Bongok nak mampus!

Dan ini satu lagi trend sesungguhnya aku tidak akan faham rasional sebalik tindakan seperti ini.


Ko rasa cantik ke kalau kereta ko da elok-elok letak sticker/decal warna warni kat lining tingkap/tempat pam minyak dan kat number plate tu. Aiyo!

Keta ni nya siap aku tengok dekat-dekat, dia tampal yang Angry Birds. Ampun sapa wat camni... just aku memang tak paham WHY people do this to their cars.




Wednesday, July 04, 2012

Cassettes are cool


My much awaited package finally arrived after just over a week!

Am super happy because memang tak sabar. What do you guys think?


No they're not real cassettes, bukan aku wat album.

These are my new business cards. Got them designed, printed and sent from the States via online.

Aku nak wat kat sini lembab nak mampus, pastu mahal lak. Ni all in lagi murah dan cantik dari beberapa tempat aku usha kat lembah Klang. Pastu laju lak dapat dalam seminggu tanpa nak keluar rumah hulu hilir nak gi kedai.

Tak sabar nak order yang baru lagi pas ni abih. Ni test design je. Pakai stock paper. Pasni nak way pakai transparent plastic lak bagi nampak lagi real!


Yang pentingnya, takyah nak business card holder mahal mahal. Pakai cassette case recycled dah ken a stall. Cun!

Tuesday, July 03, 2012

Jalan-jalan cari makan

Jom makan-makan nak?

Heh... korang ingat aku bergurau ek!

No, I'm serious!

Aku nak bawak korang makan. Kalau masih adalah korang yang singgah blog aku yang dah ala retro ni update baru nak mula balik.

Sekali - aku nak hadiahkan DUA smartphone Blackberry 9220 dan voucher KFC bernilai RM50 SETIAP HARI!


Caranya simple gila.

1. Masuk website Stop Missing Out

2. Ikut arahan di sana, dan hantarkan gambar anda pose bersama Blackberry kesayangan anda! (bukan bergambar guna Blackberry anda, tapi BERSAMA Blackberry anda seperti gambar contoh di bawah)


Manja gila tak pic tu (yeay, Spain menang!!!) Dan tu Blackberry kesayangan aku. Blackberry No 4 aku selepas Blackberry Bold 9700, Blackberry Bold 9780, Blackberry Bold 9900 dan kini - Blackberry Porsche Design P'9981 yang limited edition (dan dengar khabar sudah sold out di Malaysia di pengedar sah pada harga RM6,388).

My P'9981 hadiah istimewa advanced hadiah harijadi. I like! Check my previous posting to see more of it.

Anyway... sambung...

3. Selepas attach gambar, bila and a telah mengisi nama penuh anda, letakkan dalam kurung (KLUBBKIDD) di hujung nama anda. Secara automatic, korang akan di masukkan for consideration. Dua entry bersama Blackberry anda yang PALING kreatif - akan memenangi Blackberry Curve 9220 yang di taja oleh pihak Blackberry sendiri. Penyertaaan paling kreatif harian akan memenangi voucher KFC bernilai RM50 tiap hari!

Senang je kan? Tapi ingat... ni tuk pemilik Blackberry saja.

Kalau tanak makan-makan ngan aku pon, banyak lagi pilihan disediakan. Ada sesi karaoke bersama Liyana Fizi, photoshoot majalah bersama Fazura, dating wayang ngan Jehan Miskin...atau futsal bersama Bunkface dan banyak lagi.

So good luck to you guys... dan cuba cuba cuba!

PS - Baca syarat penyertaan kat website betul-betul. Tiap Blackberry ada jumlah penyertaan lain-lain. Ada yang melayakkan lebih dari satu penyertaan so leh cuba menang sesi lepak ngan semua teman-teman BBM.

Saturday, June 30, 2012

KL on Foursquare

Lama tak update blog. Sudah semakin bersawang di sini. Bukan lagi kemalasan nak menyerang ke apa... tapi sesungguhnya I prefer to tweet.

So kalau korang on Twitter, cepat lag follow saja. My ID in case korang mash tatau, is @klubbkiddkl.

Hari ni nak share berita sikit.

Beberapa hari lalu, saya dapat confirmation dari Foursquare yang badge Kuala Lumpur sudah nak siap.

Saya dihubungi untuk menetapkan design yang telah pun disediakan oleh pihak Foursquare sendiri, hasil info aku berikan berdasarkan aesthetic design guide yang mereka berikan pada aku.

Dan hasilnya? This is how it's going to look like!!!


Simple kan? Tapi sememangnya aku pilih bunga raya untuk badge Foursquare pertama milik Malaysia.

Hope you guys like it, and yes ini sudan dipersetujui selepas beberapa email, this is the final design untuk badge kami!

So watch out for the badge, dan auk akan beritahu macamana unlock nanti.

Hopefully this is only a start, and maybe there'll be other badges for Penang, Johor Bahru, Ipoh, Kuching, Kota Kinabalu and lots more soon.


Thursday, June 28, 2012

Style!

I got an early birthday present. Lebih due minggu before my birthday! So happy!

Let me introduce you to - my new Blackberry. The Blackberry Porsche Design P'9981 - retail price hat Malaysia RM6,388. Memang awesome!







Bertambahlah koleksi Blackberry aku...

Wednesday, June 27, 2012

V

We all have childhood memories... and this is mine.

Memang aku rajin layan cartoon dan TV series 80an. You name it, I can sing you the theme song, remember all the characters names and so on.

And since masa kecik, banyak tak mampu, sebab kos, sebab tak ada Internet... ni da besar panjang ni rajin jalan kat eBay lak.

This arrived last week.


Nak tau apa dia? Ni aku bagi satu clue. Jangan scroll selagi lum teka. Tapi kalau ko memang jenis tak reti benda-benda dari 80an ni takyah main guess la...



So any guesses? Ketara sangat jawapan dah kut. Ni dia apa aku beli.




Pada siapa yang tatau apa ni... ni satu-satunya mainan yang dijual untuk miniseries dan TV series 'V'. Dua tahun lalu meka ada kuarkan versi baru. Ni from the original 80s series. Kalau tatau, tanya la abang ke kakak ke... pakcik makcik mak ayah. Confirm meka ingat!

I am so happy! I got a piece that represents my childhood. Dulu tayang je aku dok melangut depan TV.

Pada siapa yang tak pernah tengok, ni aku letak Youtube intro theme for V. By the way, this toy is from 1984, so yes, it's probably older than most of you reading this. Tapi mint condition - cam baru lagi.


Tuesday, June 26, 2012

Coming soon

Pada siapa yang selama ini menyokong Go Gerila, dan juga Amir Jahari... it's gonna be fun.

Minggu ni memang keja kat studio nak abihkan single Go Gerila, Hadiah yang korang dapat layan masa kat finale Versus - Konfrontasi Terakhir. Recording dah nak siap, dan tak lama lagi berkumandang di radio!


Pada siapa yang tak pernah melayan Hadiah - ni single pertama Go Gerila yang bakal keluar.


And bakal menyusul - album Go Gerila jua.

Dengar khabar album Versus juga akan disiapkan secepat mungkin dengan kompilasi semua band, termasuk Hujan, Black & Parallax, Sofazr dan 6ixth Sense.

Selain tu, minggu ni sibuk dalam studio rakaman album single Amir Jahari yang kedua, Gelisah, dan juga album dia. Single dan album Amir akan diterbitkan oleh Anas Amdan, dan Kasi Gegar selaku syarikat rakaman.

Tanpamu, versi original akan dimuatkan, dan juga versi baru acoustic that was performed in Versus final as well, menampilkan halatuju Amir selepas setahun lagu tu berkumandang.

Ni versi final Versus lagu Tanpamu. Hope you guys like it.


Doakan segalanya jalan dengan baik. Dan teruskan menyokong evolusi muzik Malaysia.

Monday, April 30, 2012

Help the search for Nayati


Sunday, April 29, 2012

Bersih 428

Ok... this is one of those rare blog entries. Rare because since I tweet so much, I hardly have time to blog.

Technology has so taken over us, I'm spending time between Twitter, Facebook, my blog, Instagram, Foursquare...

Experts have already noted that it's virtually impossible to healthily maintain more than two social networks at once, so yeah... I get a spurt of energy once in a while to update ALL - but trust me, it can't be done on a daily basis.

Today's entry - is about Bersih.

Before you close this window, no, I am not going to debate for or against Bersih. I will leave my personal opinions in the ballot box when I cast my vote in the next general election.

What I am going to share is this.

I tweeted a joke that read like below.


Ok... so what's so blog-worthy about this? Look at the number of times it was retweeted. I am proud since this is my most retweeted tweet EVER! 788 times in 24 hours is pretty impressive, don't you think?

ESPECIALLY since the picture I tweeted to go with the tweet was this.


Yes, it was meant to be funny. Since everyone was so tense before the whole Bersih thing began, I wanted to lighten up everyone's mood. And I'm glad a lot of people found it funny. 

788 times. Times the potential number of followers of EVERYONE who retweeted me, we're talking about hundreds of thousands of you out there who saw this. Don't deny it. You did.

Considering Twitter recognizes only SPECIFIC forms of retweets (this differs on device and apps), I am sure more retweeted it, but hey... the satisfaction didn't come from the numbers alone (though I admit I felt good seeing it)... but the knowledge I made people laugh... or at least smile.

On Favstar, I tracked this, and yes, it was my most highly retweeted tweet ever. 


60 favourited it! Of course, again, Favstar too tracks tweets differently so it shows only 598 retweets.

Still - again - I made people smile or laugh.

And in times like this, we all need to just learn to do either.


PS - it's been retweeted a few more times since I screen capped it, and the tweet remains the MOST popular tweet if you search the word Bersih.

Tuesday, April 17, 2012

Bandung

Dah lama tak update blog sebab kemalasan dan juga (always the same reason). So memandangkan baru balik Bandung, nak gak update sikit sebab day lama takde pics jalan-jalan.

Was in Bandung membawa Amir sebagai wakil Malaysia untuk acara 4th Marketplace of Creative Arts anjuran World Islamic Economic Forum. Memang best, tapi kesibukan sana akibat kepadatan jadual persembahan dan aktiviti memang membatas kan nak jalan-jalan sikit.

Dah lah duduk di hotel Sensa, right in the heart of Jalan Cihampelas. Rugi gila... sampan hati Jumaat sudahpun malam. Sabtu dan Ahad sudah penuh, bukan sahaja dengan Amir membuat persembahan (yang dengan bangganya aku katanya dia dan muzik dia diterima masyarakat tempatan) tapi aku juga menjadi speaker untuk berkaitan topik social media dan bagaimana aplikasi menggerakkan dunia seni.

Sempat la gak jalan Jalan Cihampelas sikit, tapi sana banyak jeans dan t shirt selain barang-barang pelik saja. Tak dapat nak lari ke kawasan-kawasan lain kawan-kawan semua war-warkan seperti Dago dan sebagainya untuk shopping. Sayang seribu kali sayang...

Ni je sempat snap.


Jalan sana memang pack. Berapa kali nyaris dilanggar mobil dan speda. Heh!

One unique thing about Cihampelas (siapa penah go mesti tau), kedai kedai di Jalan Cihampelas (atau Jeans Street) semua pakai memacam comic book characters lariskan kedai. Copyright owners tak saman ke? Merasalah...tengok je pics.







Anyway... balik acara 4th Marketplace of Creative Arts, bangga sebab Amir memang meninggalkan kesan di sana dengan muzik dia. Also, he was one of the youngest. Selain did, Aziz Harun (Brunei) dan juga Nisa yang juga berasal dari Kuching yang masih boleh digelar teenagers. Borneo power!


Ni gambar kenangan dengan chairman WIEF Foundation - Tun Musa Hitam. Bangga dapat jumpa borak panjang dengan bekas timbalan Perdana Menteri kita.



Memangh seribu satu kenangan dalam masa beberapa hari sana. Perancangan seterus nak tembus pasaran Indonesia untuk muzik Amir ada... jadi dengan itu, minta-mintalah datang dengan peluang lebih kerap jalan-jalan di sana. Hik.

Dengan itu juga kot aku lebih rajin update blog. Matilah... kena alasan camtu baru nak update.

Friday, March 30, 2012

My pride! Malaysia Boleh!

Aku tau aku da lama malas update blog. Ampun sangat! Sejak migrasi ke Twitter ni, aku sumpah lebih aktif sampai kalao wat blog posting, sehari leh 50 entries kat blog ni punya panjang.

Still, hari ni hari istimewa, sebab hari ni - kita buktikan MALAYSIA BOLEH!

What do I mean?

Sebab aku kaki Foursquare, more than two weeks ago aku perasan meka ada wat 'contest'. Ruangan Foursquare Cities yang menawarkan badge, buka ruang untuk lebih bandar seluruh dunia tersenarai.

In our region setakat ini, cuma Singapore tersenarai. Dan memang Foursquare sudah umumkan, Bangkok dan Jakarta turut akan tersenarai setelah terpilih menyertai senarai bandar-bandar seluruh dunia yang menarik.

Dengan itu, aku memulakan senarai INI - dengan nama Colors of Kuala Lumpur.

Dengan kuasa Twitter, ramai yang tolong menyebarkan senarai ini untuk join the list dan beri sokongan kempen kami untuk dapatkan Foursquare untuk senaraikan Kuala Lumpur.

Dan beberapa jam lalu aku dapat tweet ni!

Gila tak menggigil aku! Aku da bajet tak dapat da. Tambah lagi sebab sokongan berbelah bahagi sebab ada pihak yang masukkan dua lagi senarai Kuala Lumpur lepas aku. Adoi.

Lepas aku buat, ramai lak yang pasang hajat sama. Tapi sebab da sayang masa tu dekat 100 lebih orang dah follow, lebih dari yang lain, aku teruskan usaha kempen saja.

Syukur, senarai aku compile untuk highlight tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur berjaya tarik perhatian pihak Foursquare dan my entry won!!!!



Tuh dia! Nama Kuala Lumpur tersenarai! Nak baca penuh KLIK SINI!

Dengan kemenangan ini, dengan sahnya Kuala Lumpur akan disenaraikan dalam Foursquare Cities DAN akan mendapat badge sendiri untuk di unlock khas di Kuala Lumpur! Bangga sial!

Lepas ini, hopefully kita akan dapat listkan banyak lagi bandar menarik di seluruh Malaysia termasuk Penang, Melaka, Johor Bahru, Ipoh, Kota Kinabalu dan Kuching to begin with.

Usaha ini sememangnya tak akan bermakna kalau bukan kerana sokongan Twitterjaya dan Foursquarers Malaysia - so dengan itu, WE DID IT! Malaysia BOLEH!

Friday, March 02, 2012

#TwtUpJohor

Ok aku tau aku malas update, but ni something worth updating for. Esok #TwtUpJohor I'll be giving away A LOT of stuff. Value beribu-ribu Ringgit, so kalao korang turun ke IMIC, Danga Bay, Johor Bahru esok antara 2pm ke 11pm this is what I'm giving away.

First of all - contest for giveaways aku semua akan dilakukan via Twitter @klubbkiddkl - kena follow, kalao tak, tak layak. Heh! Also, to win the individual prizes (setiap hadiah SATU pemenang), kena follow gak my sponsors (aku da bagi tweet handle meka so pepandai).

Everything will be done online - tapi ko kena ada hat #TwtUpJohor tuk layak

A. Here's the first prize on my list of things to give away. SEVENTEEN (17) individual session three-hour jamming session di Tune Studios. Studio in memang canggih dan serbs lengkap dan ramai orang industry pon berkeliaran sana. So memang untunglah kalau dapat. 17 sesi tu, dibahagi pada 10 bilk biasa, 5 bilk medium dan due bilk KHAS! Sila follow @tunestudios - tuk lebih info, usha meka di Facebook.


B. Hadiah seterusnya GEMPAK gila. We know @Sum41 (kena pakai Twitter handle senang) akan turun ke KL untuk showcase istimewa April 12 ni. Aku akan memberikan SEPASANG - that's ONE pair of VIP tickets worth RM241 EACH. Jangan lupa follow meka di @RockawayFest dan skodeng Facebook meka untuk lebih maklumat.


C. Suka muzik indie? Mesti penah dengar Laguna Music kan? Meka akan memberikan hadiah seleksi istimewa CD dan merchandise dari meka. Cuma follow meka di @Laguna_Music atau risik khabar kat Facebook meka ek.


D. Minat muzik? Tema hadiah-hadiah aku music related, so tak suka, memang apa nak wat kan. Tapi this is awesome too. More than 100 CDs immediately for your collection courtesy of the beautiful people at Warner Music Malaysia. Follow meka hat @WMMalaysia atau usha Facebook meka ek.


E. Minat muzik Aizat? Minat Amir Jahari? Kasi Gegar Entertainment dengan besar hatinya telah menyediakan album Aizat dan juga single Amir Jahari - Tanpamu, serta merchandise Aizat tuk korang kat #TwtUpJohor - follow @KGegar @MuhdAizatAmdan dan @AmirJahari sekarang atau usha kat Facebook.


F. And last but not least, is my favorite independent clothing line, Morning Rocket. Meka akan ada booth nanti hat #TwtUpJohor - tapi aku akan memberikan baju-baju dan topi Morning Rocket buat yang bernasib baik. Follow mereka di @MorningRocket sekarang atau like Facebook mereka.


Suka hadiah-hadiah ni? Then turun ke #TwtUpJohor esok!

Beberapa perkara korang kena ingat untuk menang.
1. Contest giveaways strictly melalui Twitter. Yes you need an account and you need to stalk my timeline dari 2pm ke 11pm. Anytime je aku let bagi.
2. Ko kena follow aku dan sponsors aku - contoh kalao ko menang merchandise @MorningRocket tapi ko tak follow samada aku atau meka, disqualified.
3. Pastikan your handphone charged up sebab kena tahan lama. Kalau tak bak charger. LOL!

So that's it. See you guys there. If you guys nak hadiah lebih, follow my friend @Hazrey - he's giving away some amazing 5 star hotel stays bernilai ribu Ringgit. Semua senang je nak menang.

Jom #TwtUpJohor !!! Gerek seyh!