Showing posts with label entiti 666. Show all posts
Showing posts with label entiti 666. Show all posts

Sunday, July 08, 2012

School of horror

Selepas berhenti reheat minum setelah selesai ekspedisi ke Mimaland, kami di bawa orang kampung ke satu lagi lokasi meka recommend. Sebuah 'institusi pengajian' yang telah di abaikan.

Institusi itu telah pun di pindahkan ke sebuah lokasi berdekatan, tapi bangunan besar lama itu masih nampak baru. Mengikut check kat Internet, tempat tu buka sekitar lewat 90an dan berpindah pertengahan 2000an.

Sampai sahaja, bulu roma aku da naik semua. Seb baik cukur... kalau tak entah bulu apa lagi naik. Matilah ko sempat lawak hambar.

Kami pun mendaki jalan yang curam naik bukit di mana bangunan tu berada. Sampai saja, kami nampak tempat tu bahaya dengan kaca pecah dan memacam lagi benda bersepah. Ni keja budak mana ke druggie entah yang strip metal and wiring from the structure lah ni.


We walked through this place, and sumpah, I kept hearing... sounds. Bunyi jenis apa? Well ketika lulu kelas dan asrama... setiap bilik, dengar saja bunyi benda tersepak... pergerakan... macam ada saga yang mengintai kami lulu setiap bilik.


There were several floors to explore and memang since this area is off limits dan tak penah di jelajahi, walaupun oleh kumpulan paranormal lain (orang kampung kata meka mintak izin tak dapek), I won't name the place. But fuck... memang keras gila tempat ni.

Orang kata Mimaland tu ni... aku gi tak rasa pe pun. Lom masuk sini da menggila aku... aku sumpah nervous dan berusaha tidak terpisah dengan kumpulan sebab seram sejuk semacam. Broke out in cold sweat... and kept hearing movements... noises and my senses picked up we were being 'followed' and 'watched'.


Apart from debris and broken glass, there was faces everywhere. Taik kelawar ke apa...

"Jin suka lah tempat macam ni... kotor" Alamak.. siapa wat statement tu... dang!


The first real place I freaked out at was this spot.


Kami tengah lalu corridor bila perasan a part of the suspended ceiling dah gave way, revealing a hall/room/corridor on top. Tapi takde jalan naik. Ketika kami nak balk tu salah naik tangga, we came across a stairway yang was boarded up tak bagi kita access the top floor.

I was sitting resting a bit away from the corridor, facing the spot, looking up that corridor. Mazidul bersama beberapa orang slightly further off, exploring some rooms at the end. Adam dan beberapa orang turun tangga ke bawah.

For some reason aku rasa something there... suddenly ada bunyi benda 'jatuh'. Ke dicampak... dari atas.

Terkejut gak aku.. tapi aku diam. Sebab sebelum ni banyak benda aku dengar cam takde sapa tegur.

"Apa bunyi tu? Joe... ko sepak benda ke?"

Rupanya Mazidul dan beberapa orang tu pun dengar that sound. No explanation... we kept exploring.


The place was like a maze! Gila siot.. camna students cari japan meka. Psycho abih tempt ni memang leh wat rumah hantu ke set filem seram.

Salah seorang guide kami, dan Adam and I turun sini.


Aku jadi serabut. Serious cam tak tentu arah. Sebab aku paling belakang, dan torchlight aku dah hado... aku panggil Adam jangan jalan laju sangat. Lantai basah... bocor ke sebab hujan ntah. Dark Water sangat. I felt something behind me... 

When we got to the end of the corridor and we met the team again, they decided to come and join us in the area. Apparently they thought it was a good location to set up for the 'test'.


Again they had a 'communication' session. Memang betul... tempt tu keras. Benda yang cakap tu memang marah... jahat... dan seperti di sangka, dia bukan sorang. Dang!

Dia refuse nak cakap apa selain mengiyakan, menidakkan pertanyaan Adam... serta meludah dan menghalau kami.

The team carried out temperature readings, and I saw the meters myself how drastically the temperature went up. Gila...

This, and that Adam saw someone cross a corridor, entering a 'doorway' which was really a stone wall.. was not the most pleasant of experiences.

Entah apa visual dan rakaman yang team Entiti 666 dapat, but tak sabar tengok. It's going to be interesting if they managed to catch anything. This place is a mindfuck, and it kind of reveals why they just abandoned the whole building and locked it up.

Oh by the way.. ni masa balik aku snap.


Entah siapa punya pacat tertinggal. Aku nya kot.. tapi masa aku check pas kat kedai minum tu takde... so tatau aa siapa lagi kena. Kenyang gila rupanya...

So we left the place after a few hours. My senses drained me working overtime. I hate that place. It's an evil feeling that came with it... 


Again kalau korang nak tau lebih, check out nanti update dari Mazidul atau Entiti 666. Join us for the next trip - seriously... pictures and words.. don't summarize the feelings you get on these paranormal expeditions. Kalau nak tau lebih, tanya aku hat Comments, or tweet me at @klubbkiddkl atau let tanya gak kat @Adamvai

Saturday, July 07, 2012

Mimaland - I'm back

Semalam memang malam aku takkan lupakan.

Istimewa nya... sebab buat kali pertama secara sahnya, aku mengikuti ekspedisi paranormal kumpulan Entiti 666, atas pelawaan Adam.

Sebelum ni banyak borak je pasal pengalaman dan pandangan... aku bab ni bukan expert. Jauh agi...tak secubit pun pengetahuan ramai orang keliling aku tang bab ni.

Tapi kira korang baca blog aku, kalau penah khatam dari mula, tau lah aku ni jenis leh nampak benda dan banyak kali alami benda-benda camni.

Aku penah singgah masa meka wat ekspedisi ke rumah terbiar di Klang.. penah blog pun kan?

Tapi kali ni secara sah aku menjadi sebahagian kumpulan mereka seramai lapan orang in total.

Dan destinasi kami?



Erm... tengok papan tanda pun confirm tak hirau kan? Tapi suasana malam gelap dalam hutan, aku pakai Blackberry aku saja nak snap pics, so jangan expect gambar tahap Power Rangers tahap DSLR la. Apapun, kami tiba pas melalui jalan yang kalahkan Camel Trophy (retro reference gitu).

Walaupun destinasi kami sebuah tempat yang banyak kenangan bagi aku... sungguh berubah sudah kawasan persekitaran sehingga kalau campak aku sana tanpa bagitau mana pun aku takkan cam.

Dengan bantuan orang kampung sana... kami pun tiba di... 



...Mimaland. Taman tema pertama di Malaysia yang dibuka sekitar lewat 70an dan bertahan sehingga awal 90an. Memang vogue aa zaman tu. Sunway Lagoon? Tak wujud pun... dan kira Mimaland ni pada yang tatau, memang advanced gila for its time. Tu yang ramai suka shooting sana.. dari Gila Gila Remaja... ke Mekanik kalau tak silap aku.

Sebab tutup? ... selepas kejadian seorang pelancong Singapura meninggal di kawasan kolam renang (dengar bab slide tu) dan kemudian diikuti tempatnya yang jadi mangsa tanah runtuh... diikuti saman dari pelbagai pihak - dengar khabarnya mereka terus bungkus saja. Tempat tu sekarang milik Magnum Corporation.

Di luar, sebelum jejak masuk, tambah sikit cerita 'urban legend' dari orang kampung sana. Memacam la... nak senang A to Z ada saja cita orang nampak/mengalami benda. Ini selain cerita yang tersebar di Internet.

So kami melangkah masuk dengan mixed expectations.

Personally for me - it was homecoming. I nearly drowned in Mimaland.

Umur aku ketika itu mungkin 8 atau 9 tahun. Naik slide paling tinggi. Kawan keluarga nya keja lah paksa aku. Bila aku landing dalam pool, the impact tu gila babiks... dan aku terhantuk pala kat lantai ke dinding kolam and momentarily passed out sehingga ada yang tarik aku keluar. Memang masuk air la...impak sampai hari ni aku masih leh rasa that moment.

Tu antara sebab aku nak join expedition malam semalam. Nak sangat see the place I had happy.. and a traumatic experience.

Anyway sambung cita.. masuk je.. ni benda pertama nampak dekat kawasan guardhouse.


Van terbiar ni banyak ada gambar kat Internet sudah. Tapi tak penah ada shot malam - sehingga sekarang that is.

And aku tengok kebanyakan gambar di Internet di ambil di Mimaland sekadar di pintu masuk dan kawasan berdekatan itu. Besar wo tempat... tapi mesti ramai tak berani menjelajah. Ye lah... masuk pun bukan sebarangan. Nak curi masuk? Cari nahas. Kang tak keluar.

Anyway... kami dibawa orang kampung untuk menjelajah.


Sejuk saja tempat... tapi segalanya ditutupi hutan yang 'memakan' tapak Mimaland ni. Memang most of the structures hidden by the growth da. The moon was bright though and everything was bright. We started dalam tengah malam.. dan menjelajah selama dua jam lebih.

Kami berjalan ke kawasan tasik yang dulu naik bot kayuh... (nostalgia sat sebab penah naik). Dekat 30 tahun tak jejak... cam tak caya tengok tempat ni dah hancur camni.

Juga ke kawasan dewan/skating rink yang dikatakan keras. Secara peribadi aku tak rasa apa-apa pun. Tenang sebenarnya di Mimaland ni. 'Radar' aku tak berbunyi langsung. 

Tapi aku kebelakangan ini dapat rasa yang betul betul kuat saja, atau yang tidak elok. Dan di sini, aku rasa kami 'diperhatikan' tapi tiada perasaan takut. Adalah perkampungan di sini kot... tapi bukan yang buruk buruk...

The Entiti 666 team later explored the old chalets. Ada satu bilk dikatakan ada pelancong berbangsa Cina ditemui mati dalam katil. Kata orang kampung... So kumpulan pun masuk untuk meletakkan equipment untuk test paranormal activity there. Ni luar kawasan bilik...  masuk pun kena redah semak samun.





The last pic tu, bed frame katil yang di mana katanya pelancong tu was found dead.

Anyway, sambil mereka memasan peralatan, aku dan dua tiga lagi orang kampung gerak beberapa ratus meter kehadapan. Ada main office chalet lama.


Kira mahal lah ni zaman tu. Kira four or five star punya harga gak lak. Ingat... zaman tu, nasi lemak sekolah pun 50 sen je, air sirap ke apa baru 20 sen sama dengan kuih semua. Harga wayang pun RM3 (masuk Mimaland pun sama harga untuk dewasa kot).

Anyway... I joined up back with them selepas meka siapkan rakaman untuk mengesan aktiviti. Ketika tu, mereka bersiap nak teruskan 'berkomunikasi'.


Nak pendekkan cerita, seperti di sangka.. takde lah benda 'buruk' di sini. Keras di Mimaland dakwaan ramai, memang rasanya tak berasas. Berpenghuni - yes. Berhantu? No. Ada beza.

Anyway, ni lah souvenir yang aku dapat - cuma sedar masa gi minum pas kami selesai.


Siot nya pacat (kot lah pacat). Sedar sedar (tak rasa apa pun) kaki aku berdarah... tapi... luka tak ada. Kesan gigitan? Ada kot... mmm... entah.

Banyak lagi gambar dan insiden di rakamkan, tapi rasanya aku biarkan kumpulan Entiti 666 dan Mazidul je explain lebih terperinci dalam blog meka. 

Personally for me, I felt a sense of happiness, peace and calm. And surprisingly... sadness. A whole lot of sadness. Emotionally because of nostalgia perhaps. But then again, it was overwhelming in another way. Entah kenapa emosi macam tu yang aku dapat rasakan dari tempt orang selalu katakana keras dan serum. Tak pernah...

Psychologically, seram sebab hutan.. gelap... dan kawasan tertinggal. Tu je. Tapi that's just in the head. Paranormal wise, jujur aku cakap, aku rasa seperti kalau aku duduk sana malam-malam pun, aku takkan takut. Bukan cakap je.. cuma... yang aku takut satu je. Yang aku tak nak tinggalkan tempat tu. Yang faham... faham lah...

Aku simpan niat nak jelajah Mimaland lagi kalau di beri peluang - tapi kali ini nak ketika siang. Aku tak dapat ke kawasan kolam renang dan gelungsur mana aku hampir lemas sebab jauh, dan the whole area memang too heavy growth da nak tembus dalam satu malam. Juga kawasan Maze dah tak wujud... dan Dinosaur Park ke haper yang ada dulu pun banyak da covered by the forest.


PS - Selepas Mimaland, kami ke satu lagi lokasi. Babiks horror walaupun tak sangka tempat tu camtu. Sat aku update.


PPS - Untuk lebih info ekspedisi paranormal termasuk penjelajahan di Mimaland dan banyak lagi tempat, usha blog Mazidul Akmal dan Entiti 666. Nak join pun leh...