Monday, March 24, 2014

Merak kuning lambang kebanggaan!


Sabtu lalu, dengan Stadium Shah Alam buka pintu kembali - dan aku pun turun la nak layan Selangor lawan Kelantan.

Bersemangat sebenarnya. Tapi kekadang sebab dah lama tak layan bola, rasa out of sync.

Jujur kenal pun beberapa player je dalam Selangor ni. Haven't been following them as I used to. Tapi minat tetap.

Kalau dulu ikut jersi, posisi, stats setiap pemain dalam kepala. Which goal, how, what drama - on field or off... semua amik pot.

Dah nak 15 tahun or so tak amik pot sangat, aku turun untuk match semangat berkobar jugak lak.

Tapi nak masuk stadium saja sudah rasa sedih...

Sedih - kena lalui go karting course yang patutnya lokasi di tempat lebih strategik. Ni antara car park dan stadium... jalan kaki kena redah sepak tayar bagai. Ye lah... beribu ribu manusia nak lalu...

Sedih - kebab kat luar berleluasa jual jersi fake. Ada yang akan kata ada yang tak mampu... biarlah. For me, if you love something so much, you will make the effort. Sama cam kes piracy music, and illegal downloads. Sokong apa kalau tak beli? Beli pun sebab quality kan? Ni konon sokong tapi tak pakai licensed merchandise. Baik takyah... bail beli saja t shirt ori yang tak semahal jersi tapi nyatakan sokongan. Sapa rasa tak betul takpe la...lantak pi.

Sedih - sebab nak masuk stadium, luar tu aku rasa rugi saja meka tak wat some activities. Dah paling tidak 10,000 ada tu... banyak leh wat. Banyak sponsors leh ajak tuk meriahkan... good for business, and good for fans to be entertained, kan? Bukan setakat ala pasar malam mini saja.

Sedih - Hall of Fame kat Stadium Shah Alam... dah lah cam pindah tengah malam nya rupa... nampak kosong je. Lampu tak pasang, pintu tak bukak. Match day kot... banggalah dengan Red Giants yang kaya dengan sejarah bolasepak yang mempengaruhi the game for our country. Bila lagi peminat muda nak belajar sejarah team kita? Lain lah kalao ko wat cam EPL - siang-siang bukak pintu leh tour facility semua demi sayangkan team... tu kalao wat pun ok la gak.

Sedih - Seating. Tahu lah stadium baru bukak balik... tapi seats kotor gila. Obviously ngan jerebu baru lepas and dust...da ada one thick layer of dirt. Ni tambah lak taik burung bagai... takde orang bersihkan ke? Korang maintainence memang cibai sangat?

Sedih - refreshments. Siapa tak kenal 'burger stadium'. Skang lagi sedih sial! Daging pun takleh cam, nampak mentah, takde sayur ke apa ke dengan dua keping roti. Air karbonat campurkan dengan air supaya nampak banyak (lepas tu campak masuk ice, bila da cair - katalah sebab ais cair)

Sedih - Ultras. Ok... bab ni mesti ada yang marah. Aku actually kagun semangat bebudak Ultras. Tapi bila masuk bab state clubs, aku rasa Ultras ni, tak perlu (bergantung pada situasi). Maksud aku, contohlah... Selangor. SSFC sudah lama wujud. Aku dulu bertahun ikut meka semua home and away. Semangat kami tahap Ultras gak... kenapa kena ada fan faction baru? Kenapa tak gabung saja dengan SSFC. Pecah belahkan peminat saja. Kat stadium riuh tu best - tapi aku lebih gemar cara SSFC yang kecoh waktu perlu. Ultras ni tak ada off switch. Bagi semangat bila perlu... ni masa announce nama pemain bagai nyanyi melalak. Give some respect to the team.

Ada one part tu...nampak la peminat Selangor ni masih pandang pada siapa for fan leadership. Ultras konon nak lead cheer. Section meka je kecoh. Sekali gendang SSFC berbunyi... satu stadium, bergema. Ini baru betul.

Tapi Ultras aku respek satu benda sangat masa perlawanan dengan Kelantan. Lepas berkumandang Negaraku, mereka nyanyikan lagu negeri Selangor. The rest of the Selangor fans beridiri nyanyi sekali. Hah! Camtu best lah...

All in all... aku da cam semangat balik nak all out for Selangor again. Cuma aku rasa kali ni nak berjumpa pihak FAS untuk berbincang some possibilities that I have in mind. We'll see...


PS - Aku hairan kenapa lagu Merah Kuning tak lagi berkumandang di Stadium Shah Alam... ke aku miss (am sure I didn't sebab sampai awal dan balik at the very end)

0 comments: