Korang nak sangat kejutan,...best tak kejutan untuk Diari Akademi Fantasia hari pertama?'
Pada sapa yang tak tonton...rugi!!!! Memang kejutan yang tak disangka!
Kejutan pertama, yang patut ditayang Diari bahagian pertama, tak muncul muncul. Bila tengok program yang on, cam familiar.
Lor, rupanya Tirai Akademi Fantasia bahagian kedua yang ditayangkan ari sebelumnya, dok kena repeat.
Pas 10 minit berjalan, baru ler ada pemberitahuan yang Diari akan keudara kul 10 malam, sejam lambat dari timing asal.
Tu takpe lagik...ada lagik kejutan. Kejutan kali ni lagik best. Dalam nak penghujung Diari bahagian pertama, masuk iklan.
Abih iklan je, terus start program X-Tuned. Er....apa cita nih?
Kejutan haper nih? Perlu ke...haiyo!!! What the **** is going on??!!!
Empat musim Akademi Fantasia sebelom ni tak penah pon kena camni....ni baru Diari pertama dah cam #$%^& da wat hal...
No explanation....aku tengok, tunggu...cam sial. Panggilan demi panggilan dibuat...tak dapat jawapan apa apa pun. Yang cuma aku dengar, pihak produksi tak mampu buat editing in time.
Itu yang delay first episode. Apa cita kenapa takde penghujung, dan kenapa takde bahagian kedua...memang misteri nusantara.
Lawak cipan, tapir, tenuk tol...
Anyway daripada apa yang sempat ditayangkan, permulaan tuh aku nak komen.
Yeay!! Aznil pakai balik Armani Exchange. Amik ko endorse A/X ok!
Sib baik dia tak pakai baju Jorja Chooi seperti dia pakai dalam Tirai Akademi Fantasia. Azab sungguh wardrobe dia ketika tuh. Ni baru nampak stylo....
Sebab kali ni Akademi Fantasia berkampung kat gudang kat Shah Alam lagi sekali (sapa penah baca entry aku tahun lepas bila aku gi melawat sana amik pcis bebanyak akan ingat), apa kat kamera tuh almost familiar.
Almost sebab apa yang aku nampak, meka tak banyak ubahsuai keadaan Akademi, serta hostel.
Cuma new paintjob dan beberapa decoration baru je. Which makes it a lot better actually. Different lah.
Start dari hostel pompuan yang da pink pelbagai. Nampak ler usaha meka nak cantikkan perumahan budak budak ni, walaupon bukan banglo mewah seperti musim pertama dan ketiga.
The boys dorm tuh pun da makeover, tapi tak se extreme dak pompuan nya dan tak secantik.
Ala kadar je.
Sebab tempat tidur memang kecik, nampaknya keadaan diubahsuai bila dua double decker beds were put into the room untuk accomodate budak budak ni punya sleeping arrangements.
Merasalah kalao muatan yang berat tidur bahagian atas, dan ada yang terpaksa tidur bawah dia. Konperm mimpi ngeri dalam sedar risau something comes crashing down in the middle of the night. (cam kesial statement nih)
Anyway, tahniah abang Askrul yang kembali jadik warden tuk musim ni...kalao korang tak ingat, Askrul ler pelakon terbaik Akademi Fantasia ketika musim ketiga.
Ingat time meka nak wat trigger, 'tertinggalkan' keputusan undian konsert sebelumnya nak dedahkan peratusan bebudak secara tak sengaja.
And then Askrul lak mai tanya if they'd seen it by saying, "Ada tak korang nampak kertas A4...ada official letter" blah blah blah....
Heh....cam lakonan pementasan sekolah rendah (ampun Askrul!!!!)
Balik soal decor, nampaknya bukan je hostel tapi the whole Akademi dah refurbished.
Memang lawa...tapi bercelaru konsepnya.
Area masuk tuh, cam set Rockstar Supernova lak ngan chandelier, dan carpet dan Persian rugs. Very eccentric touch.
Ruang legar lak ala ala club lak ngan disco balls and star dangling with the black and white motif in the kitchen. Confirm disponsored SSF nak lakukan barang meka ni...ye terima kasih Eric kerana hiasan yang kurang practical.
Nampaknya bukan decor je amik idea dari program lain.
Siap ada confessional tuh...bilik mengadu.
This is so America's Next Top Model...even Idol pada peringkat auditions pun ada confessional nih.
Masuk je Akademi nampak ler ada sekor dua yang gedik teramats. Yang laki semua cam blur.
Si Dekna tuh...mak aih dik oi...melaram tak hengat pakai eyeshadow Fanbo pakai calit jer....cam nak wat show terus.
Sempat dengar ler sora sorang dua. Ebi has a nice tone, and at least sebab dia dan beberapa dak laki tuh jamming, nampak ler dia reti sikit pasal notes, walaupon aku rasa dia ni self-trained kot.
Sapa pelajar pompuan yang nyanyi Teman Tapi Mesra tuh??!!! HANCURRRR!!!!!
Walaupon dalam main main.
Tak larat sket bila tengok adengan meka jumpa faculty.
First of all masa nak salam ngan tenaga pengajar, kenapa Roslan Aziz cam sombong semacam?
Si Dr Love, Azahari tuh lak kenapa feeling overdose...support punya faculty tapi beriya nak speaking dulu. Boo!!!!
Again...I don't see a need for the motivator. Be done with that position lah. Keji lah....
Tu lom Najmi...or "Mr Najmi or Sir". Ek eleh....
Despite the need for emphasis on the importance of English, I really don't see a need for you to open that trap more than necessary. In other words, we hardly care as you're not the star of the show and should be kept to a bare minimum.
Bilakah si perunding fesyen Jasmi tuh nak ajar Najmi ni nak trim sikit misai dia yang berserabut tuh.
Seb baik ada kak Fati dan abang Dee...
And this is the point where the show just ilang...pas commercial terus masuk X-Tiuned.
Tak larat...nak tidur dulu....bosan nak tunggu kemunculan Diari misteri yang tak ditayangkan.
In other news (cam real je....) peminat Mukhsin will be happy to know that Mukhsin telah berjaya mencatat kutipan melebiihi RM700,000 dalam empat hari tayangan je.
In other news (cam real je....) peminat Mukhsin will be happy to know that Mukhsin telah berjaya mencatat kutipan melebiihi RM700,000 dalam empat hari tayangan je.
Amik ko!!!
Aku ada update sikit pasal Mawi dan Aduh Saliha tapi later je la pas aku bangun tidur ek sebab ngantuk abih ni....
PENGUMUMAN : Diari Akademi Fantasia Episod 1 selama sejam (entah la termasuk misteri Diari episod kedua yang bunian tuh atau tidak) akan ke udara 12.30pm ke 1.30pm ari ni.
0 comments:
Post a Comment