Thursday, November 09, 2006

Read all the way down

Aku lega sikit tadi lepas cakap ngan Halim dan orang rumahnya. Halim (atau lebih dikenali sebagai hantu Apollo - read the previous entry pasal penemuan kat laci dia) memang keja night shift, so selesai je dia, aku pun da settle keja...we went for a drink. Many drinks. Alah...bukan minum yang haram pun.

Just three Cokes, two Milo ais and one kopi ais.

Talked a lot...and it eased my mind about my supposed significant other. Got a lot of things off my chest.

I don't know...I'm just so messed up I don't know where to start unloading the hurt.
Every bloody relationship is a gamble for me. And no matter how it hurt each time, it doesn't hurt less the next time.

So I'm wondering at this unGodly hour....apakah salah aku. Adakah aku bersalah dalam keadaan ini? Atau patut kah aku salahkan hati seseorang itu yang sendiri indecisive...masih tertanya-tanya diri sendiri samaada ingin mencinta dan mencintai.

Aku ketepikan seseorang demi dia, tapi walaupun dalam segala kesungguhan dia... aku diketepikan oleh naluri impulsive dia.

Aduh....

Sakitnya... I don't know what went wrong...but this is the very reason aku sibukkan diri aku dengan kerja. I am just so over people playing the scene...thinking it's all that to be a player... been there..done that.

And what do I have to show for it right now? Lots of stories to brag about, but more hurt than I can handle over failures in my past.

Arghhhh.... f***k love!

I wanna go back to being a playa on the scene where at least I didn't get hurt. A little lonely on nights when I couldn't find someone to be with me.... but at least not that AND this bullshit about getting my f*****g heart ripped out of my ribcage.

Jika tak mengenal, kenapa ada rasa suka,
Jika tak memiliki kenapa ada kerinduan,
Jika ada cinta, mengapa ada pengkhianatan
Dan
Jika Hidup itu indah, mengapa airmata selalu menemani...
Oh Tuhan,
Jadikan aku orang yang sabar, tulus dan ikhlas tuk mengharungi perjalanan hidup...

Ika Wati Ramdan

Bullshit....that's what love is at this moment for me.

Entahlah...I don't even think it's matured and blossomed to become love pun before it turned stale like this.

We both made a promise to each other. I'm keeping it. You're not. If you want to end it, then let me know so I can move on with my life. Don't flatter yourself. It's easier than you think it is.

F**k!!!

Dahler....malas nak pikirkan. Baik aku update entry blog aku daripada merapu and pass it off as intelligent rantings like some people would have their past time be.

Tarik nafas sat....hmphhh....

So... erm.... on Tuesday, aku nak ucap tima kasih kat Mawi sebab ajak lepak kat opis baru Mawi World. Sebenarnya janji nak melantak kat mamak jer nak sembang pasal bab keja sikit. Dia pun free...tapi last last dia ajak mai opis dia jer. Uwaa...siap ada opis sendiri da.

Si Nasser jumpa aku kat mamak minom sat sebelom kami gerak bersama...yerlah aku bukan tau jalan. Rupa-rupanya opis dak botak ni dekat kat Taman Desa jer. Lor...dekat je 7-Eleven (bosan ngan nama tuh da) yang luar rumah Haziq dan bebudak batch AF4 yang penah aku sampai dulu.

Call ajak peminat nombor satu Mawi tuk lepak sekali, sebab lewat sikit pastuh kami ada nak gi event kat Shah Alam, dan kami cadang nak gerak sekali. Dia sampai later.
Mawi played host ler. Sekali ada, si Man dan DIn yang aku tak ingat ke tak aku penah jumpa ke tak.

Si Nasser balik awal, tak lepak lama sangat. Yerler...orang tuh masih layak bergelar penganti baru...so...erm...ada ler tanggungjawab dia nak settlekan (terbatuk sat)

Sok sek lepak lama gak, pekena susu cekelat ngan Cadbury (apa hal semua chocolates je...abih ler naik lagik berat badan - is this gorging sebab kecewa soal cinta...aduh!).

Then dapat the grand tour ler dari Mawi (ok tak pose macho aku snap candid?)

Kalau sesapa lum penah ke opis baru yang memang lum siap hias lagik pun, ni ler pic aku amik izin dari Mawi nak postkan kat sini.

Besar gak tempat dia....merasalah cuma meletihkan sikit nak sampai sebab dia tingkat paling atas sekali (ada yang tumbang akibat sesak nafas kang).

Takyah lif, Mawi oi...pasang je escalator...ko pun da mampu (matilah aku kena carut kang Mawi baca nih - ampun pak!!! Gurau aje!!!)

Apapun thanks for your time ler Mawi sebab leh ajak lepak tunjuk opis baru.

And thanks for that MW polo shirt. Kalau nak tau, tuh ler merchandise Mawi World Sdn Bhd.

Jangan risau....takde yang harga sejuta Ringgit nya...(bersiap sedia larikan diri sebelum Mawi campak selipar jepun kat muka aku sebab carut dia).

Scattered about, were paintings and fan gifts to Mawi, selain banyak lukisan dan ayat-ayat yang lum tergantung.

Also one wall yang da dihiasi, was the numerous platinum awards yang ditima oleh Mawi tuk penjualan album dia.

Terpegun...lama-lama...sekali tengok...banyak gak ek ko dapat, wi...

Tunggu piala-piala je masuk (bukan piala yang menang tuk bola kat kampung...yang tuh simpan kat banglo ek)

Lepak punya lepak...dah lewat da, kami rush ke Intekma Resort kat Shah Alam (aku ngan Tumirah) tuk Raya celebrations Faizal punya fan club. LEpak pun tak lama sebab kena gerak lak kemudiannya nak abihkan kerja lagi.

Tak sempat amik pic, tapi ada time nih...masa Faizal tengah makan...ada bebudak usik usik dia.

Aku tengok dia ni selamba je layan bebudak tu. Penyabar gak dak ni. Kalao time aku sumbat muka kena kacau....dah sah penyepak ajaib kuar satu.

But he was cool about it...and then tetiba, atas teguran si Juan, aku terperasan lak.

Alamak...anak sapa lak ni...comelnya. Chubby chubby gituh....mesti banyak makan."Itulah Fiebie time muda," carut Juan.

Aku tergelak besar....sempat ler snapped a couple of shots of this kid. Tapi aku amik pic ni sebab nampak cute sikit. Yang lain nampak horror.

Tak nak ler nanti Fiebie kata aku saja kutuk dia letak pic muka horrific... bagilah dia feeling comel sikit.

Ampun sapa mak bapak dak ni...anak makcik pakcik memang kiut miut. Hah...siap jadik star aku feature kat sini ok.
Selain dak tuh, there was this other kid. I found her extremely comical.

For some reason terbayangkan Sheila Rusly time younger lak. Dia cam pandai tarik perhatian orang.

Cuma dua benda je aku pelik. Satu rambut dia yang ala perm da. The other was the almost eerie fact that she appeared to speak to herself.

Ala...bebudak, aku pikir. Biasalah tuh...so just ignore jer (grandma, keep those knives and objects real far now).

Tapi yang aku suka, dia ni leh masuk ler America's Next Top Model kang besar nanti (ader ker lagik - terbayang Tyra naik kerusi rosa rambut uban masih pose maut).

Posing sakan.

Aku pesan sekali je, "dik...posing tuk abang", terus dia senyum. Dari dok kangkang, terus she offered this smile. She also struck a couple of other poses, tapi rasa over lak amik banyak-banyak pic...kang orang ingat paedophile lak.

Merasalah twisted minds.

Rushed after that....psychosis aku balik lagik...aduh. Didn't get much sleep.

So that started the most horrible day of the week for me.

Pening masaalah peribadi terbawak from the last few days, which escalated with time, aku berkejaran tuk assignments...

To make things worse, had to put up with this idiot trying to get his back on me at work (gi mampos ler ko).

Later...everything kind of looked better (I suppose things always look better after a nice meal and a cigarette and some friends who bother about you).

Tu yang masuk balik online tuk nak post kan entry ni.

Rajin ler katakanya... yeah well.

Aku akan close this entry with beberapa pics masa PC Anugerah Bintang Popular Berita Harian siang tadi. Malas amik bebanyak. Lima orang artis je yang hadir...iaitu bekas pemenang anugerah Bintang Paling Popular sebelum ni, iaitu M.Nasir )kak Marlia pun hadir - rindu lama tak jumpa), Ziana Zain, Siti Nurhaliza (walaupon sudahpun bergelar Datuk, tetap rendah diri dok lepak ngan kita sambil makan), Rosyam Nor dan Mawi.

Abang Nasir, Siti dan Ziana nyanyi, Rosyam cuma berucap. Sampai turn Mawi ingat dia nyanyi, tapi awal-awal dia da bisik kat aku yang dia demam dan selsema.

Akibat hari sebelum nya mandi ujan ketika photography cover album dia kat area nak gi Bukit Beruntung ker something like that.

Last last dia berucap gak je...get well ler wi...dahler recording malam tadi terpaksa nak cancel.
Enjoy the pics guys...

Beberapa pics nak share kan. The first is Ziana dan Rosyam tengah time nak photoshoot. Second Mawi posed shot. Bawah tuh Siti tengah makan sambil sembang mesra ngan teman wartawan, then pose for me, and last Mawi tension ke tuh kena terjah ngan Melodi?

By the way...last call sebelum end this entry.

Esok ada pengumumuan tiga puluh lagu yang berjaya ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik untuk kategori Pop Rock, Balada dan Irama Malaysia.

Aku bagi clue je atas tiga lagu yang aku tau dapat masuk.

Of course, first, and not too unexpectedly, semua wakil pink dan orange leh berpesta!!!! Jangan lupa separuh akhir datang beramai-ramai ok sokong meka!

Then aku juga dapat tau, Mawi pun dapat dua....leh cakap tak?

Dengar Kian layak tuk kategori Balada, dan Lagu Jiwa Lagu Cinta tuk Pop Rock.

Kita tunggu dan lihat sapa kena...sapa yang dapat masuk ek.

Aku update entry ASAP.

For now..I need my beauty sleep. Judging from the face staring back at me in the mirror....lots of it too.

Patutlah sampai skang solo....aduh....

PS
Kat Zam, lupa nak wish kat blog happy birthday. Thanks for your hospitality masa birthday ko last Saturday ok. Pening ramai orang...but one of the best times I've had in a long time in the category of good, clean fun (mampu ke bab aku ni)


0 comments: