Hah...semalam tak posting sebab tak sempat. Jangan lak spekulasi apa-apa aku tak muncul online.
Tengahari semalam, sampai petang, join rombongan media melawat ke Akademi yang terletak di kawasan perindustrian Hicom kat Shah Alam. Of course it wasn't the first time aku gi (kali pertama secara sah sebab first time tuk curi amik gambar tuk kerja), so aku drive sendiri dan tunggu rombongan sampai.
Bebudak of course takder ler kat sana time tuh, so dapat ler kami tour keseluruhan kediaman mereka.
Setibanya bus daripada Astro dengan kengkawan media lain, kami pun masuk ke perkarangan kawasan Akademi Fantasia. Kat pintu masuk, sedia menerima kehadiran kami was the production team. Salam punya salam dijemput ler masuk.
Pas sembang sana sini, ni ada cita sikit. Jumpa Dr Eveready...oops... Fazley.Anyway, baru sempat bertanya khabar, Fazley pun kata, "Hi Joe... I read your blog."
Reaksi aku? Erm... takder ler terkejut sebab memang ramai pun tau pasal kewujudan blog aku. Takut atau malu? Tak gak... sebab aku daripada awal bersedia mengambil tanggungjawab atas apa yang aku komenkan kerana kebanyakan komentar aku on the basis of the fact that I have been a fan, like a lot of people of the show from musim pertama.
So like most fans, I expect the show to remain true to the principles it set and propogated.
Anyways, talked a bit, and I just suppose I shrugged in response and stupidly asked Fazley, dah baca ler komen aku.
One thing I have to say for Fazley is, I know for a lot of people truth hurts but he took it well.
Lord knows, dalam pengalaman aku wat talent scouting, pernah aku orang kata takde tuh ler takder nih ler nak spot talent. My ideas banyak kena shoot down simply because I was no one, didn't have the bank of experience then, nor the financial resources or connections to make things happen.
But everything that happened in my life, aku anggap for a reason, and I keep trying.
So I never see a reason why people should have things easy. Sama cam bebudak dalam Akademi tuh.. manja abih selama 10 minggu dok dapat segala kemewahan... at the end of it meka dapat memacam. Dan orang yang tegur meka demi kebaikan di caci peminat nagn memacam benda.
Should I care?
So, Fazley's reception towards my blog? Aku kena salute. He said at least it was an honest opinion and that it was a different perspective. And aku rasa aku hanya mampu senyum.
If anything I felt slightly uncomfortable... bukan sebab apa. Aku cuma kekadang tatau orang leh tima ke tak kritikan nih, dan aku tanak bagi reaction sehingga I know sebagaimana someone tuh memberikan reaksi pada kritikan aku.
But for me, kalao aku dapat kritikan (not everyone may react like this), then I appreciate more kalao orang tuh memuji, sebab akan lebih ikhlas kalao dok tiap ari memuji langit dan bumi.
So for Fazley - kalau ko baca ni (sekiranya sanggup lagik masuk blog mencarut tak abih ni - gelak sat...) then you know what, Dr Eveready - keep working hard. No one can ever take anything away from you if you deserve it. There will always be people who don't agree with you, but at least we can agree to disagree. Kalau input aku ada apa-apa value to you, you know how to find me and have a chat.
Gambar Fazley kat atas tuh diamik masa balik. Fazley mula-mula berat nak amik pic.
"Tanak la.. nanti ko kutuk aku dalam blog ko."
I think he was only half-joking. But anyway, thanks Fazley for being a sport!
Sambung balik tour... kita memula dibawa ke asrama pelajar perempuan, and then ke asrama pelajar lelaki. Kalau nak diikutkan, memang tinggi kos pembinaan tuk the whole thing.
Cuma untuk aku, sebab dah tengok bebudak Akademi punya tempat duduk dari musim pertama hingga ketiga, I think in terms of kemewahan, not as grand as the others la. Sebab ni dalam gudang that was modified, so of course bound to be quite different.
Aku tak amik banyak pic cuma yang ni jer, which is the ruang tamu tuk asrama pelajar laki.
Banyak ler cita dan lawak masa time lawat asrama tuh, tapi mmm... entah kenapa katil Faizal gak menjadi tumpuan. (By the way, kalau sapa nak tau, Lotter dan Faizal tuh katil sebelah menyebelah - and I have no idea why I just shared that information)
Masuk kawasan dapur jer, ya ampung... cam stok takut world war ke haper. Makanan cukup nak maintain tiga keluarga selama enam bulan kot.
Tapi semua junk food ler. Biskut dan barangan Mamee dan sebagainya. So much for pakar nutrisi kan. We can see how relevant he is.
The real interesting part of the trip however was going around the Akademi. For some reason, sebab musim-musim sebelum ni aku da pusing satu Akademi sebelum mula, mungkin sebelum ni aku lebih paham konsep layout Akademi dengan senang.
Musim ni aku cam tak grasp the layout.
And pas tour, aku finally paham how everything is laid out.
For some reason, aku rasa layout kali ni kurang berserabut, and very centred.
Everything is nearby but yet gives a false sense of illusion yang Akademi ni besar with a lot of nooks and crannies to hide.
Kamera tersembunyi sebalik cermin two way ni lebih kemas mounting dia kali ni berbanding sebelum.
Dan walaupun warna yang digunakan, kelihatan 'mati' atau pudar on the TV, still, being there, it's a wonderful earthy feel when you're actually there.
Sebaik masuk je Akademi yang terletak di tingkat atas (asrama lelaki dan perempuan yang dipisahkan di tingkat bawah), pelawat masuk ke this lounging cum reception area. Kat sini Mr Bola Bola ker ntah haper nama mascot of Akademi ni greets the visitors. Kawasan ni cam kosong sikit. Mungkin kerana sponsors yang lain kali ni, takder ler mesin atau peti sejuk Coke yang menunggu.
Abih ler.. no sugar rush for me. Immediately on the right is the dance studio atau the multi purpose area yang lengkap ngan cermin, throw pillows and cushions and your basic audio visual equipment.
Immediately after that was the bilik pengetua. Entah kenapa, but it didn't really have a lived-in feel.
Again, aku nak tegaskan aku masih tak berpuas hati kerana kehadiran Ramli Sarip tidak dirasa di Akademi Fantasia musim ini.
Kerana masih awal musim ni, harap-harap ler pihak production dapat perbanyakkan sikit aktiviti yang melibatkan pengetua yang sepatutnya guide them more in a more hands-on fashion.
Anyway, the room has a warm feeling, and the fact that the location is smack center of everything is definitely very well planned.
Apart from the basic requirements in the room, it was really quite bare.
Yang satu benda pelik aku perasan, dan korang pun leh notice if you look really hard time meka tunjuk shot bilik pengetua (which is not very often) is that there is a table pencil sharpener. Ni yang jenis the ones we used to have yang you kind of lock down on the table, with a little drawer for the pencil shavings.
What's so strange about it being there? Probably because there were no pencils around, dan stationary dalam office of the principal yang ada pun pen saja.
One of life's mysteries, I suppose.
Bilik sebelah bilik pengetua yang paling lain sekali dari semua. Simply because of the colours I suppose which strikingly obvious in this garishly bright red. Hotlink obviously... ni ler bilik yang ngan kerusi urut yang korang dok tengok aksi santai, lawak, takut kaki tersepit...takut kejutan elektrik.
Bilik ni juga tempat aku melepak paling lama sepanjang tour. Pas ada jamuan makan kat area dapur, aku terus gerak ke sini merehatkan badan melayan diurut kerusi yang bebudak melayan. Mmm... dapat facilities camni pun tak improve-improve lagi?
Pas aku gerak ke pengurut kaki, ada lak binatang gila melayan kerusi OSIM tuh. Aku sempat amik pic dia. Siap wat photography ngan Nokia dia sekali sebab dia nak feeling amik gambar kaki kangkang ala Faizal yang konon kaki takut tersepit. Sabar jerlah....sebenarnya aku pun gak tapi sebab kaler kemerahan sangat dalam bilik tuh, akibatnya reflected light tuh mengakibatkan muka aku jadi lobster di kukus, terus tak jadi.
Nuts! Rugi jer a perfect moment to be recorded for the books.
Takperler...amik gambar orang lain pon jadikler...
Sepanjang the short corridor outside bilik pengetua and bilik beriadah ni adalah Hall of Fame Akademi yang menampilkan gambar-gambar dari ketiga musim Akademi Fantasia. Aksi konsert dan sebagainya... ni ler area paling aku suka sebab aku rasa nostalgia just washing over me staring at each and everyone of those photos.
Antara semua gambar, I like this poster on the top right. Ada orang tuh ada pic ni tapi dia tanak bagi sebab kemut, so terpaksa ler aku amik gambar poster ni jer tuk tempek kat sini.
Ni ler satu-satu gambar aku tengok mereka bertiga yang dikatakan bukan di super-imposekan.
Mmmm...
Vince, Zahid dan kemudian Mawi... adakah juara akan seorang lelaki lagi tahun ni? Kalau ye sapa ek...kalau diikutkan, ketiga-tiga mereka menang ketika umur mereka 24 tahun. Tahun ni lak yang paling senior 23 tahun, so pecah tradisi ler.
The next room is of course the vocal studio. Aku suka studio ni banding ngan the studio for vocal training yang sebelum ni, sebab lebih dilengkapi, with a small assortment of instruments selain ambience dia because of the colours which are calming.
Pretty straight forward and functional Of course knowing me, sebenarnya nak jer run amok sebab I feel like a kid in a candy store. Teringat zaman belajar, studio ler tempat paling bagai syurga di bumi ler. For some reason.Fazley ajak mainkan drumkit. Lor... tatau lor. But masa semua ke dapur dan ruang makan melantak, aku masuk balik bilik sengsorang sebab cuma nak dapat feel.Tengok assignments meka semua tuk minggu ni. But somehow, aku lebih fikirkan seseorang yang aku amat risau akan tersingkir... iaitu Farhan. Aku fokus berapa lama menatap lirik Sayang Di Sayang. Memang sayang ler kalau bakat dia tak dihargai...
Hanya kerana tidak mempunyai rupa yang people can say as gorgeous, or perangai gedik, or wat kecoh... orang seperti tak perasan kehadiran dia dalam Akademi padahal secara vocal dia yang terbaik. Sedih lak.
Sempat ler depan papan tertempeknya assignments meka, I said a little prayer for her hoping she'll stay on.
Lama gak lepak kat Akademi, makan...borak dan sebagainya. Pas gerak, aku terus masuk highway ingat nak kembali ke Astro sebab patutnya jumpa someone for dinner, tapi tak jadi.
Terus pick up Hatta dan ke rumah Nikki dan Yanie. Later joined by member media yang lain seperti Farihad dan Zul dari Berita Harian, Fida from New Straits Times, kak Jah from Utusan, Syazwan from Kosmo dan Fendi, Rudy dari Harian Metro. Vernon was of course there, sekali ngan abang Badrul and Rozie and then nak tengah malam baru Muzaffar join.
Saja kumpul makan-makan, tengok Diari beramai-ramai, sambil membuat ulasan masing-masing. Amik laa ko...kalau aku sorang dah teruk commentary. Ni berapa orang ler wartawan hiburan sekali... apa agik... riuh rendah!
After that - kami menonton preview music video Caramu dari Nikki yang baru siap, featuring Zahid. Best! Tunggu je akan datang dalam seminggu dua ni di Muzik@Ria.
Aku rasa tak banyak ler (sebenarnya tak larat) nak komen diari semalam.
Aku nampak improvement dari Zila, Haziq nampak struggling nak mampos tuk nyanyi cam biasa tanpa lenggok overdose. Aku risau bila Karen had quite an issue with pitching problems, while Faizal dalam semangat World Cup, nyanyi ala Piala SUMBANGsih.
More drama, from Haziq bila Lotter confront dia pasal perangai dia. Faizal apparently Mr Sensitive and Haziq ni overdose berangan. Oops... tell me something I don't know.
"Kira aku ni jahatlah" kata Haziq. Bukan jahat... a lot of words I could think of...and jahat doesn't fit it.
Masa later meka kiss and make up, tergelak sat aku si Faizal kata "Saya sayang dia". Mmm... element programming yang mempunyai unsur yang baru ni. Gelak tergolek lima puluh kali ni!
Haziq tu kenapa la overdose nak abih tu... banjir lak dia nangis.
Most touching scene?
How sisterly Karen dan Farhan. Tersentuh... mesti aku nangis ala Haziq kalau antara meka tersingkir.
Tapi aku rasa yakin, esok, penyingkiran ada lah seorang pelajar lelaki. Kenapa?
Kalau ikutkan sejarah, memang wajib seorang pelajar perempuan menjadi mangsa pertama. Ini diikuti oleh pelajar lelaki.
Still, history can be changed, and aku setakat ni rasa paling bahaya, dan tak patut disingkirkan is Velvet, Farhan dan Karen.
Bab mereka yang favourites lain seperti Faizal and gang...aku tak risau. Sebab undian mereka terlampau kuat dan tak mungkin affected.
Apapun, aku akan top up abis abisan....asalkan Farhan tak terkeluar. Kalao korang sayang aku blog, cepat undi habis habisan untuk Farhan kalau tak aku terus tak blogging seminggu dok nangis (ikut gaya orang gila)
Lawak...lawak...
Ok ler...nak bersiap. Nak keluar makan malam ngan seseorang...malam ni nak jumpa member ramai-ramai. Jarang tengah musim Akademi Fantasia ni ada peluang untuk beriadah pada malam minggu. Esok posting aku sebelum 5 petang untuk ulasan konsert kedua.
Eh... dah lewat ni....
0 comments:
Post a Comment