Thursday, May 04, 2006

Transkripsi

Aku jarang sekali nak review album...

Bukan apa...tapi aku rasa malas sebenarnya.

Tak pernah aku review album Siti Nurhaliza...

Bukan apa tapi sebenarnya aku tak pernah anggap diri aku peminat setia, walaupun aku memang suka antara lagu dalam himpunan keseluruhan usahanya dalam bertahun dia bertakhta sebagai the queen of Malay pop.

Mungkin kerana kerja aku...timbul salah faham yang pernah wujud antara aku dan pihak pengurusan Siti sendiri menjadi sebab aku tidak mahu kelihatan terhegeh-hegeh untuk membantu orang dengan memberikan publisiti yang mungkin bagi mereka kelihatan tidak seberapa...

Mana taknya....selama ini, memang sokongan diberi tidak pernah dihargai...tapi bila ada yang mengusik ditulis, terasanya teramat pula.

Kejadian tu sudah bertahun lalu. Aku tak menaruh dendam, malah, aku tumpang bangga sekali apa sahaja kejayaan Siti.

And trust me, it is a source of pride when somelike like Siti Nurhaliza becomes the bearer of the Malaysian flag.

Teringat lagi masa dia duet ngan Gareth Gates kat MTV Asia Awards dulu. Omputeh kat sana semua tengangang mendengar suara merdu Siti, sekali terpukau ngan kecantikannya.

"Who is this girl?" bersuara salah satu daripada krew production MTV. Meka memuji tak abih. Tapi selepas beberapa bulan kebangaan aku tercatat, timbul pula sejarah hitam di mana pengurusan, dan Siti sendiri mengaku 'terguris' ngan salah satu hasil tulisan aku.

Mmmm...susah betul. Kalau asik dok puji je, tak professional...tambah agi...orang mula tuduh kita memacam lak cam makan suap. Bila kia bersuara secara jujur, orang lak tuduh kita saja nak naya ler...kita ni tak pikir orang lain la...

Secara jujur nya...bagaimana pula dengan pihak artis atau pengurusan yang tak pernah pun mengucapkan kata kata semudah terima kasih?

Apapun, that was in the past. I have decided to come up with another first, by reviewing Siti's latest album, Transkripsi.

The reason?

It is definitely, so far, the best album of 2006 and it is one of the few local albums that can inspire me to hope for a better music industry in the near future.

Kalau diikutkan apa yang aku baca mengenai album Transkripsi, album terbarunya ni adalah luahan perasaan Siti...etc.

But seriously, after hearing the whole album berpuluh kali over and over again, to analyse every bit of the production, aku dapat rasakan ada yang tersurat dan tersirat disebalik setiap luahan kata Siti.

Kalau ramai yang menggangap Transkripsi memperdengarkan luahan cinta yang kini dialami Siti setelah menemui seseorang yang, seperti kata dirinya sendiri, "amat disayangi", I beg to differ.

Sebab apa yang aku rasakan, Siti banyak berkongsi perasaan suka duka, pahit manis percintaan, daripada sebuah kehidupan yang ramai tidak pernah mengetahui. The feeling of love, found and lost, and the ecstacy and despair following each episode is apparent in song, and kerana itu, I think this is Siti's most personal album to date.

Dengarkan sahaja setiap kata dalam lirik albumnya, aku rasa album ni is more of a celebration of the demons of Siti's past, and freeing herself to move on to another level in terms of matters to do with love and relationship. Kalau betul tekaan aku, tahniah kepada Siti kerana berjaya dengan begitu effective in being able to translate the whole thing to a musical venture.

One of the many meanings of to transcribe, is to dictate, to put to paper one's notations, and this again, I think is reflective of how much Siti has poured into the album emotionally and the title is most suitable walaupun mula-mula bunyi Transkripsi tu kelakar sikit.

Dengan terlibatnya Siti dalam menggubah dan menulis lagu sendiri, it brings the album to a whole more personal level, which reaffirms my point.

Apapun, korang get a copy of Transkripsi dan dengar lah sendiri kebenarannya. The album is wonderfully produced, and setakat ni, one of the best recordings from her. The quality of tunes inside pun, aku rasa setakat ni setakat dua filler sahaja paling kuat yang aku rasa memang buang masa ler rakam. Tapi sebab ada total 13 track, tak rugi ler gak.

So how does the album rate? Ni ulasan aku...delayed ler sikit sebab aku baru kembali dari Port Dickson tuk corporate training and brainstorming session, so hope you guys enjoy it. Aku dalam masa terdekat ini akan menambahkan gambar pada ulasan AIM yang lepas...nak cari masa terluang ni...

1. Siti Situ Sana Sini (Damian VE/Cham VE)
A mid-tempo track, lagu ni quite easy listening. Aku tak minat sangat sebab it's very run of the mill pop track wih R&B leanings.

It's not a bad song, leh groove gak, but not very exciting for me.

Some of the lyrics however paint the picture of what some people want to believe that the album is about Siti's current affection for someone.

"Impikan kau hadir di sisi" sets the imagination running wild...

Kelakar sikit tajuk dia, but I suppose like the title...if you give it a chance, you may like it...

2. Biarlah Rahsia (Melly Goeslow/Siti Nurhaliza)
Sentuhan Aubrey Suwito tidak cukup untuk menghidupkan lagu ini. Walaupun production memang top notch, still, dari segi arrangement lagu, I find it too simple and doesn't maximise the potential of this haunting ballad.

Kira cukup makan je hasilnya, dan walaupun ramai terpukau oleh lagu ini, me, myself, I find this song just a little above average sebab aku rasa Siti tak berjaya menjiwai liriknya sendiri.

Memang sedap secara technical vocals, tapi entah kenapa, apa yang dinyanyikan...doesn't come across.

Lagi satu, bab lagu Melly ni, bukan kekuatan vokal yang menjadi ukuran, tapi the feel yang dilahirkan suara sendiri sudah cukup untuk menhidupkan lagu ilhamnya. Dalam bab ini, Biarlah Rahsia is not exactly one of what I would say a killer tune in this album.

Senikata lagu ini memang mendalam, dan memang hasil daripada Siti yang membanggakan. Tidak terlalu merupakan ratapan bangsawan, the lyrics give an insight into Siti's love life, for me. But like I mentioned earlier, everything seems to be said in the past tense.

Not too bad...but could have been better to make it a monster hit!

3. Destinasi Cinta (Lin Li Zhen/PSNN)
It's a circa nineties pop rock song yang memang fun and infectious. Li Zhen penulis lagu ini adalah penulis yang menghasilkan Awan Yang Terpilu, but it's miles different daripada Awan Yang Terpilu.

One of my favourite tracks, dan lagu pertama melekat kat kepala lepas kali pertama abih memperdengarkan Transkripsi, Destinasi Cinta is a light fun outlook at retro pop.

"Kini menuju ke destinasi, puncak cinta tertinggi, aku mengunggumu. Aku takkan jemu, kerna cinta itu termanis bagiku".

Mmm...sapa PSNN yang menjadi penulis lirik ni? Kalau kata kata ini ditulis Siti sendiri under a pseudonym, memanglah ia the best reflection of her in love.

Tapi entah kenapa...terbayangkan Ziana Zain nyanyi lagu ni lak...

4. Cuba Untuk Mengerti (Tengku Shafiek)
Aku dengar je irama lagu ini, sudah jelas lagu ini memang Indonesian writer. Tengok publishing house Tengku Shafiek ni pun PT Aquarius. Sah orang seberang.

Aku rasa lagu ini mengundang airmata bagi mereka yang mengikuti kisah cinta peribadi Siti melalui pelbagai gosip cinta yang melandanya.

"Mengapa pertengkaran selalu ada, antara kita, dan begitu mudahnya kau ucap kata ingin berpisah. Seharusnya kau tahu, takkan semudah itu, bila memang kau tulus mencintaiku."

This is another one of my favourites though I feel tak cukup umphh! dari segi susunan lagu. It could have been a big ballad yang mengusik jiwa, but it falls just slightly short of being a masterpiece.

5. Hidup Penuh Bicara (Yasin/Eena Houzyama & Yasin)
Very jazzzy fusion tune with a slight Arabic twist and sof ambient leanings. Tak berapa minat, kecuali kalau lagu ini di remix sebagai lagu dance.

Lebih tertarik stare at the CD inlay time lagu ini sebab Eena, bini Yasin ni, dulu wartawan gak yang kerja sebumbung, so sibuk teliti hasil kerja dia ni.

Lagu ni memang boleh dijadikan live set, sebab there's an energy about the song, tapi terlalu trademark Yasin dah, dan senang senang boleh dibayangkan si Waheeda ker Bienda ker menyanyikan lagu ni.

6. Bila Harus Memilih (Glenn Fredly)
From the start, this is one song that sounds so different!

One of the best songs in the album dengan sentuhan Glenn. Mereka yang biasa ngan the structural composition of Glenn's ballads, can expect the same here, walaupun the treatment from Mac Chew tak cukup menyengat.

Susah kalau bab lagu orang seberang ni, di arrangekan orang kita. Hilang feel asal.
Tapi dari segi vocal, ini lagu pertama dalam Transkripsi yang menonjolkan kebolehan vokal Siti yang tak pernah diperdengarkan.

It is very impressive and definitely Siti should be pushing herself to the limits more like she did in this song. A five star effort!

Walaupun peminat fanatik Siti tak minat sangat lagu ni, aku rasa ini adalah permulaan seseorang Siti yang baru dan matang dalam seni suara.

Tapi satu je...Siti kena belajar the skill of using the voice to translate those emotions from the words and the music.

7. Pastikan (Melly Goeslaw)
Walaupun lagu ini tidak sekuat Biarlah Rahsia, it does present a better melody.

Could have been better if there was a play of the tempo sebab lagu ini seolah static.

A lot of potential from the melody, dan kalau Siti nak buat rerelease atau repackage album ni, ini pun salah satu lagu yang harus given a different treatment to make it a bigger tune.

8. Hati Berbisik (Siti Nurhaliza & Aubrey Suwito/ Siti Nurhaliza)
Daripada segi kata-kata yang menarik perhatian aku, this has to be the most honest luahan perasaan from Siti.

Read through the lyrics and be touched!

Lagu ini berbau My All Mariah Carey for several lines, but there is a strength in the structure of the composition.

Another one of the better songs in the album, though I have to say the strings section tak menyerlah sangat and wasted here.

9. Rupanya Kita Serupa (Cat Farish)
Initial reaction for this...it sounds like something from Sheila Majid's album. It's smooth and groovy.

Tapi kan...this is another song that reveals a side to kemampuan vocal Siti yang tak pernah diperdengarkan dalam usaha-usaha Siti sebelum ini.

There is a natural feel and distinctive natural vocal direction.

Lyrically, it's a fun 'I'm in love' type of song.

One of the songs you MUST listen to in Transkripsi. A definite WOW and continuation for a new Siti to come!

10. Tanpa Dendam Di Hati (Erwin Gutawa/Habsah Hassan)
Melody sounds a little too Celine Dion, but one of the songs that caught me from the start. Again, another song that banyak reflects an insight into Siti's past loves.

Lirik mengarut sikit ler mula-mula ala ratapan bangsawan, but beyond the first verse, it begins to flow.

The strings section here is simply amazing and I have to say arrangement yang dikreditkan kepada Lee Sze Wan memang one of the best in the album.

11. Intrig Cinta (Siti Nurhaliza/Loloq)
Tak minat sangat monologue sebelum lagu ini dan awal lagi sekali dua sebelum ni, but I suppose the fans will like it. The song has a nice feelgood mood to it, tapi it's an average filler that sounds like its been done in another Siti album before this.

It's fun...but patutnya mereka ubah sound big band direction they wanted for the this, and focused more on the Indian strings they had in the mix, which would have made the song more uniquely interesting.

I guess this album shows that arrangements were not as experimental as some of the composition or lyrics when it comes to implementation here.

12. Impianku Nyata (Abdul Rahim Bachik, Rauf & Firdaus Mahmud/Rauf)
Lagu yang paling tidak dapat aku hayati dalam keseluruhan album ini.

Dari semua sudut, lagu ini inferior, dan tak ada standard ataupun mahupun direction dibandingkan dengan semua lagu lagu lain dalam Transkripsi.
Melody seolah cut and paste seribu lagu yang pernah ada sebelum ini, dan lirik berterabur.

13. Bisakah (Aubrey Suwito/Teshh RS)
Sounds like something that was played on the radio in the late Eighties, early Nineties.

Lyrically again, it offer a window into Siti's past.

Not exactly great, tapi kira selepas lagu Impianku Nyata sebelum ni, jauh langit dan bumi taraf komposisi.

Lagu-lagu yang patut diperdengarkan kerana leh tangkap feel : Biarlah Rahsia, Destinasi Cinta, Cuba Untuk Mengerti, Bila Harus Memilih, Pastikan, Hati Berbisik, Rupanya Kita Serupa, Tanpa Dendam Di Hati.

Lagu yang patut di 'skip' kan kerana bosan nak mampos : Impianku Nyata

Dari segi teknikal : This is one of, if not Siti best album so far. Production and musicianship top notch, cuma arrangement ada ketika kurang experimental dan tidak inspiring. Tapi keadaan tu jarang sekali, and there are more hits than misses.

Kulit album : Gambar di cover Transkripsi memang cantik gila babas! Tapi artwork pada bahagian belakang album, dan juga dua gambar hitam putih pada inlay CD belah dalam buruk kerana menampakkan Siti berusia dan doesn't reflect her more usual sweet bubbly nature.

Photography standard ler pakai Bustamam yang merupakan favourite ramai artiste, tapi aku rasa cam stale, takde improvement dari segi photography. Artwork kurang direction sikit.

Patutkah dapat album Transkripsi? : Kalau anda hanya mampu membeli satu album dalam masa enam bulan pertama tahun ni, beli Transkripsi yang original sebab memang tak nyesal!

Untuk ulasan lebih mengenai Transkripsi, sila ke blog peminat nombor satu Siti yang paling fanatik dan tak bias.
For more information on Siti Nurhaliza, sila ke SitiZone : laman rasmi Siti Nurhaliza

0 comments: