Sunday, July 10, 2005

Semakin bijak...




Akhirnya, Aidil had to call it quits!

First of all, kalau ada yang kata aku benci ngan dia - again - hey! Kita semua love Akademi Fantasia and at the end of the day, it's important to realise it's all TV!

So I despise Aidil's character - memang ler aku tak gemar langsung watak dia dalam akademi, poyo smacam. Let's not forget to talk about his dance...perlu ke?

But I have to admit one thing - there was change in his performance, but like with most of them yang keluar with maybe the exception of Amy dan Reza yang memang tersingkir ketika wat their worst performance, Aidil did show a slight improvement. He didn't sound so monotonous as he usually does. Kuda kepang tetap akan dirindui - sapa lagi ler kita nak kutuk kalau wat salah kan...

But whatever it is - again - the bitching stops here.

After all - suka ke tak suka Aidil - mamat ni irritating pun - he has enough sense of humour to laugh at himself.

Kelakar gak when Aznil announce nama dia, rebah terus dia!

Bebudak lain panic max! They started crowding around him. In the stadium (tatau ler nampak kat TV ke tak), Aidil's mom pun terbangun worried abih! It turned out he was just pulling a fast one on everyone.

Walaupun ada yang panik, seriously I thought he was just being a drama queen - true to himself to the end. Apapun - it was laughable I have to admit.

It was even laughable bila dia jadi the first contestant in history to be eliminated TWICE in one show!

Yerlah...dah si Aznil pun panik skali - wat cool balik kata..."Abang pun ada kejutan etc...pelajar yang sebenarnya terkeluar ialah (dramatic pause)...Aidil!"

Tergelak aku sampai nak jatuh kerusi. Adus....

Apapun, let's now focus on the remaining characters. Lagipun, kena conserve energy nak focus kat si Kefli sengau lak. If we're lucky - following the order ketika undian ditutup, Akma ler pasni yang next to go (no surprise because it was definitely antara dia atau si Aidil anyway tonight) followed by Kefli.

So the top five looks almost set - but then again, knowing Akademi Fantasia - the unexpected always happens, sometimes not always for the best of reasons.

Whatever it is - perlu diakui untuk empat minggu berturut-turut - dua orang tetap menguasai the stage. No, not Mawi...not even Felix. The most consistent and powerful two performers yang tak tercabar selama empat minggu untuk aku ada duo Marsha dan Amylea. Semalam, they put on another excellent performance!

The best performers di Konsert Akademi Fantasia minggu ke-6


Kalau diikutkan, they are undeniably the best performers with the overall package in Akademi Fantasia. Sayangnya, undian tidak menggambarkan kebolehan kedua mereka. I hope the voting trend changes. Bukan aku dengki atau nak jatuhkan sesiapa, dan bukan aku tak faham konsep reality TV. It's just that at the end of it - aku nak product hasil kelahiran Akademi Fantasia boleh dibanggakan walau ke tahap apapun.

But we know that's wishful thinking...

So did they do? Ni evaluation aku.

Yazer - Cinta Kilat (Broery Marantika)
He definitely can sing. And he definitely can perform. And unline Akma, he has the x-factor. Jadi apa yang kurang pada Yazer?
Entahlah. Tu sesuatu yang aku cuba jawab lately. Perhaps it's his attempt to portray himself as rock. Kalau tuk aku, he wants to try and be so rock, despite the comparisons to Bo Bice - I think of him more as a Constantine Maroulis who doesn't try too hard. Sebab at the end of the day - all I get from him are poser vibes. Should that be taken into account? Terpulang ler sapa undi dia kan...

Marsha - Destiny (Jim Brickman/Misha Omar)
Aku begitu yakin dengan kebolehan Marsha sebelum she began. And thnkfully I was not disappointed. Kalau aku nak critical abih, aku hanya mampu katakan her tempo was little off. Tapi bab tu aku rasa insignificant, because even professionals lack that ability kekadang nak coordination. Main piano sih!
Her overall focus kat vocals, expression, as well as playing the piano was just astounding. Other than that, her vocals were soulfully blissful! Memang aku dibuai lagu tu sampai cam terasa pendek lak lagu tu. It was definitely a high point for her, and she definitely improved and made it her best performance so far. Orang luar tengok memang leh impress gila ler Akademi Fantasia ada bakat camni.
Cuma aku nyampah ler Astro nak bagik tunjuk dia ni cam pompuan gatal. Bagi lagu yang seperti tu, fine. But I mean c'mon. Trying at every single step of the way nak portray her like that is ridiculous.

Kefli - Kenang Daku Dalam Doamu (Tan Sri SM Salim)
Kalau sesiapa yang rasa minggu lepas Kefli dah improve, dan mengatakan aku ni setakat anti dia, then minggu ni terbukti kata-kata aku yang dia ni sengau dan tone deaf.
Memang aku akui lenggok Asli ni bukan senang, and in fact aku da katakan pada diri aku kalau dia bak cukup makan pun aku leh salute ngan dia. Walau bagaimanapun, aku rasa his grasp of teknik cam tak cukup segalanya.
Tak flow langsung vocals dia, plus he seems to have a problem distinguishing apa tu dynamics dan apa tu volume. Ekspresi dia tak jadi sebab his play of dynamics instead turned ot to be shouting senselessly.
Still singing through his nose as far as I'm concerned, dan memang antara dia dan Akma jer ler berlawan minggu depan tuk tengok sapa tarik beg.

Amylea - Hati Ini Telah Dilukai (Kris Dayanti & Ajai)
Aku tak paham Astro. Seperti Marsha...dia ni one of the best performers. Tapi sepanjang minggu lepas, highlight je drama airmata yang mungkin bagi orang nyampah. Pastu - wat lagu duet tuk dia lak! I mean aku pun suka Felix, dan aku rasa gandingan mereka quite good. Tapi aku tak nampak keperluan untuk lagu ni menjadi duet (walaupun Felix tak overshadow dia).
The spotlight was Amylea's and she held it well on her own. Sepatutnya, benda ni ujian tuk dia - and the song should have been Biarkanlah - bersi Kris Dayanti yang solo.
Apapun, Amylea was spectacular. Meremang bulu roma aku....dan seperti Marsha terpaku aku mendengar! Lagi satu kebangaan Akademi Fantasia! Aku harap lepas ni orang akan mengundi ikut bakat dan persembahan ler...bukan lagi sentimen sebab consistency pelajar seperti Amylea dan Marsha selama empat minggu is proof they should be at No.1 dan No.2.

Ekin - Warna (Sheila Majid)
Mungkin sebab Ekin keluar after Marsha, dan directly lepas Amylea, terus show dia cam hampeh kalau dibandingkan dua orang pelajar perempuan before her.
Whatever it is, aku dah mula rasa bosan ngan persembahan Ekin. Stereotype. Sejak Mimpi Sedih, aku tak pernah nampak dia rise to the challenge. Ada package, tapi dia jenis masuk mould penyanyi one hit wonder yang layak satu it pastu ilang terus tanpa dikesan.
After Kefli dan Akma dah heret beg, dia dan Yazer leh tarik rambut sapa lak nak heret beg sebelum final. Yang pentingnya, terima kasih buat wardrobe department Astro kerana memberi kami lihat pakaian dalam Ekin ek.

Ganti je laa sesapa jaga wardrobe department tuh!



Mana taknya. Setiap kali dia angkat tangan, nampak tali bra. Corset dia lak nampak cam setakat hugging her with no support dan either akan slip down ataupun burst open.
Akibatnya, bila pusing je belakang, bukan je nampak strap bra habis akibat terturunnya corset dia, sekali gus (kalau tak silap sebab rasanya nampak), terkeluar seluar dalam lak bila corset nya naik lak.
Yang pentingnya - kalau pakai ler yang cantik sikit takper.
Ni cam BeeDees atau Triumph RM10 tiga pasang jek (takder ek yang sale RM10 tiga - ok ler then pasar malam nyer ler). Tapi...ni kes tima kasih pada wardrobe Astro skali lagik. Dahler bontot pun tiba-tiba ada riben riben lak!

Felix - Smooth (Santana featuring Rob Thomas)
Some people say I'm not fair in my evaluation sebab favourites aku tak penah kena carut.
Well...you're about to see me do it!
Aku sebenarnya memang dah support Felix dari mula lagi...tapi semalam...persembahan Smooth dia HANCUR!
Lagi teruk ler lagu tu kena steamroll mampos dari kalau dibandingkan masa Mawi ngan Beautiful Maria minggu lepas.
It was the most dreadful display of amateurism that I've ever witnessed and heard! Bukan sahaja kekurangan dari segi lupa lirik (dengar radio.blog bebetul), penguasaan bahasa dan comprehension....segalanya dari melody hingga ke tempo out gila babas!
Memang ler aku ngaku seronok tengok dia - as a performer. But he sounds like some two bit dangdut lounge singer nak wat lagu omputeh wat kali pertama lagu setelah mendengar lagu tu melalui player rosak.
Aiyo!
By the way - salah siapa. Nama lagu Smooth (as in licik ler bab nak tackle cintan cintun ni)...tapi aku tengok tak smooth langsung. Cam go-go boy kat Patpong siot! Mana tak Aznil pun terpikir nak cakap bab Thailand. Mintak-mintak ler Felix jangan ulang lagik keburukan teramat dia minggu depan because kalau ikutkan dia ler worst performance malam konsert keenam - dia yang patut tersingkir malam semalam.
Out of a scale of 10 - Felix scored a 0. Nasib baik penah tengok dia consistent selama ni - so leh maafkan sikit. Kalau tak dah sah golongkan dia dalam kategori Atie dan Mas.
Still...he's got charm....damn.

Aidil - Matahari (Amuk)
Macamana lagu rock ler kalau tiba-tiba di popkan. Thanks to Aidil, now we know. Kalau tahun lepas Bob berjaya membawa lagu Amuk, tahun ni Aidil tak dapat langsung sahut challenge genre. Dahler ni sepatutnya rock ballad....tukau lak jadi jiwang leleh punya lagu.
Apapun - I have to say there is a slight improvement in delivery dia dari segi tak se-flat selalu. He does apply more control and use of dynamics banding usually. Still....it was long overdue.

Mawi - Memori Cinta Luka (Nassier Wahab)
Aku seriously tak faham kenapa Astro selalu letak Mawi antara yang terakhir. Minggu sebelum ni pun second last. Kalau tak, kena last...takut orang tanak tengok ke kalau Mawi dah abis?
Apapun - minggu ni memang Mawi menunjukkan improvement. Kalau for me, in trms of vocals and performance, Mawi rank ketiga bawah kedua perempuan.
Yang pentingnya - dia berjaya connect to the audience (ketepikan nyamuk-nyamuk fanatik yang bising sepanjang lagu) and that is what being a performer is all about.
Mawi yesterday revisited to us the reason why he's such a charismatic figure onstage dan memang nothing shirt of amazing at his best.
Still - aku tak nampak kenapa peratusan dia (tau...tau....sebab dia popular) patut tinggi sangat sedangkan persembahan dia belum sampai pun tahap 'World'.
Yang pentingnya - disini aku nak amik kesempatan nak katakan, "Belahlah!!!" pada fanatik-fanatik yang tak reti hormati majlis malam semalam.
Tak salah bersorak...tak salah menyokong...ko nak mencarut pun lantak ko ler.
But it is nothing short of rude bila orang lain nak dengar kritikan yang diberikan ataupun note dia nak sampaikan, tapi tak dapat sebab bising nyamuk-nyamuk!!!
Masa Felix kena komen pengkritik pun, aku perasan ada gak yang bising-bising mintak pengkritik komen lebih teruk. Memang aku setuju Felix patut ditegur lebih....tapi look...I don't want to hear you saying it. At the end of the day, you're nobody.
Walaupun sah ada pihak akan katakan suara-suara tu bukan milik Mawi FC - aku rasa fan club kena kaji elok-elok dan jangan salahkan peminat fanatik yang diluar bidang kuasa Mawi FC saja kerana aku rasa antara anggota pun sama je 2x5. Lagikpun suara-suara sama yang tak habis-habis chorus "World!!! World!!! World!!!" gak yang kedengaran waktu perli, kutuk dan bising non-stop sampai Aznil pun kena laser sedas mintak meka wat masa commercial break je.
You want respect? Then you bloody earn it. Macamana orang nak hormat dengan fan club camni? Perlu ke aku ingatkan lagik pasal Mas FC dulu? Apa bezanya Mas FC dan Mawi FC?
Kerana panas sangat ngan bisingnya nyamuk-nyamuk, sampai aku ilang control lak masa pengkritik tengah komen, aku toleh kebelakang tuk sembur Ridsect cap carut aku ngan jerit balik, "Wei! Diamlah! Bodoh!".
Malu sat gak sebab I sunk that low...tapi dah geram sangat.
Aku sokong Mawi as one of my choice finalists - even though dia tak consistent. Tapi aku nyampah peminatnya yang da mula taksub, mostly buta seni...and terlampau ikut perasaan.
Kalau blog aku kena serang yang peminat Mawi selepas ni pun - aku tak heran sebab lagi aku bahan bukti (best lak dapat tunjuk Mawi bila da abih Akademi kang).
Apapun - perangai fanatik dikalangan peminat Mawi terlampau dan telah ditegur berapa kali...trust me...every action has an equal and positive reaction.
Jangan Mawi jadi mangsa tak pasal-pasal dah.

Akma - Hati Keliru (Misha Omar)
Seperti persembahan Akma, komen aku pun da jadi stereotype and repeat performance. Takder x-factor. Malas komen lebih sebab sakit jari pas komen panjang-panjang pasai Mawi. Dah sah minggu depan dia atau Kefli akan kuar.

Nak tengok pics eksklusif mereka yang tersingkir menghadiri konsert semalam? Apa lagi? Masuk lah ke [klubbkidd's rave] - The fotopages! Yang pentingya JANGAN LUPA vote/undi untuk aku kat Malaysian Topblogs.

Kalau ada peminat Aidil, tinggalkan pertanyaan, tinggalkan diruangan Comments untuk interview aku ngan dia Isnin ni.

Sila ingat aku akan cuba paparkan jawapan, hanya kalau soalan tu bernas, dan tidak berbau sentimen anti sangat ler. After all, dia pun dah dok luar da...

Ok...be blogging soon.

*EXCLUSIVE INFORMATION*
Untuk peminat Akademi Fantasia saja.

Nak tau album sapa akan keluar? Sudah pastinya Adam akan keluar dalam bulan September dengan KRU dengan album solonya. Kaer bawah Broadway dalam proses akan memulakan rakaman.

Meanwhile, last Friday gi office Maestro. Dah memang tau Maestro akan release album Linda mungkin awal August diikuti penghujung bulan tu ngan album Bob dan Zarina.

Jumpa Linda setelah berapa lama dia bercuti balik Ranau.

Masa tu dia tengah meeting ngan abang Aman pilih lagu tuk masukkan dalam album. Juga serempak ngan Reza skali.



Untuk Akademi Fantasia III - Elliza sudahpun habis merakamkan singlenya, manakala Fuad akan masuk studio tuk merakan lagu barunya juga dalam minggu ni. Ini diikuti ngan Idayu, Reza dan Amy (And I guess Aidil too soon).

Support/Sokong [klubbkidd's rave] and/dan VOTE/UNDI

0 comments: