Monday, June 27, 2005

Pengakuan Idayu...

Tadi jumpa Idayu. Biasalah...hari Isnin ni tuk jumpa mereka yang tersingkir untuk their first real interview with the media as bintang Akademi Fantasia.

Idayu memang nampak pro abih. She looked calm and composed. Dalam ati aku, terbisik, "Tunggu ko...sat agik tunjuk Diari...bacaan wasiat ko...meleleh ler airmata."

Time tu...tergelak ler dalam hati.

Sebab tu aksi wajib disaksikan setiap ari Isnin bagi setiap pelajar tersingkir from Akademi Fantasia.

Mana taknya...tu kali pertama melihat Diari of the season they're part of.

Mesti rindu melanda....

Tapi Idayu nampak control. And masa aku interview. Masuk soalan kedua je...Idayu dah start meleleh airmata dengan soalan tu...

Soalan aku...semestinya pasal Marsha.

Idayu memberitahu sebenarnya - walaupun terkejut sebab tidak sangkakan akan tersingkir, dia memang amat sedih tapi bukan atas penyingkiran mengejutnya...tapi sebab terpaksa meninggalkan Marsha.

"Aku tahu dia tu kuat...tapi dia masih memerlukan seorang untuk dia sandarkan. Kita banyak bercerita dan berkongsi masaalah, dan saya tahu apa yang dihadapinya."

Kami terpaksa hentikan seketika interview sebab aku lak start menitis airmata (memang aa tak rock - tapi aku bukan hati batu siot!), sebab selain Idayu, mungkin saya je faham hati Marsha selepas luahan hati dia yang aku ceritakan dalam last posting.

Banyaklah Idayu ceritakan.

Dia meluahkan betapa tidak wajar orang menilai dia tak layak duk kat Akademi sebab dia kan anak orang berada.

"Sepatutnya bakat dinilai....dan bukan daripda segi lain. Apa bezanya Idayu yang mereka kenal, dengan Idayu mereka kenal sekarang dengan latarbelakang keluarga saya?"

Aku memang tak target Idayu in the final...tapi tambah geram pas interview dia - masa tu abih Diari je ada ulangan Konsert minggu pertama - si Aidil dan Kefli perform sumbang mahram sora!

Hish!

Aku geram sebab bakat camni patutnya dinilai lebih elok.

Perlu ke yang konon ada rupa tapi suara haus! Apa nak jadi dengan yang menggelar pengundi bijak?

Kalau camni - seriously aku harap semua yang berbakat keluar je lah...bar yang suara-suara sumbang je dok final. Baru puas kot penghancur-penghancur industri muzik negara kita ni yang dok AFUNDI rupa, bukan suara.

Kalau tu bukan kriteria nya. abih apa yang Aidil dan Kefli masih ada dan terselamat dari penyingkiran? Apa lagi yang pengundi-pengundi ni nampak atau dengar. Kalau suara Aidil dan Kefli ni menarik sangat - biar sajalah aku mengaku pekak!

Apapun, saya ucapkan selamat berjaya kepada Idayu - dan terima kasih kerana sudi memberikan ucapannya pada semua pembaca blog saya. This one's for all of you...

Pesanan Idayu untuk semua peminatnya

0 comments: