Sunday, June 12, 2005

Oh gumbiraaa!!! Bye Elliza!!!

Walaupun sangkaan ku tidak sebegitu menepati dalam mengatakan Elliza was only in the danger zone, I'm happy! Malam ni bukan sahaja menandakan penyingkiran pertama hasil pemilihan ramai, tetapi juga yang aku setujui!

Akademi Fantasia is for the better without Elliza, dan peminat-peminat si gedik tu yang nak kutuk aku kerana aku katakan sebegitu, silakan je! So what? Kenyataannya dia da unceremoniously disepak keluar! Don't let the door smack that ass on your way out...



Credit to Dah Demam? untuk pic ni - check out link ke Dah Demam?,one of the best Akademi Fantasia blogs in the links section.

Memang aku akui kalau dari segi vocal, she is not the worst, malah selamat lagi kalau dinilaikan dari segi bakat - tetapi jangan lupa! Dari beribu yang audition untuk masuk ke Akademi Fantasia, suara bukan sahaja kiriteria pilihan!

Elliza menjadi korban malam ni bukan sebab kekurangan segi vokal (tu tetap si Aidil dan Kefli), tapi perangai dia yang aku da kata cam public jamban DBKL!

Masaalahnya, kalau Elliza berada dalam rancangan Survivor, dia mungkin leh hidup sebab gedik sangat beberapa orang nak mewujudkan pakatan yang dapat selamatkan dia dari diundi keluar.
Sayangnya ini adalah Akademi Fantasia...dan perangai Elliza mengumpat, mengata orang tuh - dah terbukti bagi orang teramat meluat!

Ye lah - nak tau apa keja Elliza dalam Akademi...ada bahan buktinya - ngumpat, ngata dan perasan besh je keja. File mp3 Xtra aku dapat dari pembaca setia blog aku, shopgirl yang menhantar file ni kat aku. .

Tapi aku rasa file ni is not even half of what she did! Selain apa aku dengar sebelum masuk Akademi masa meka berkampung di Holiday Villa - sampai apa kita tengok in the first week...she's such a bitch! Apapun, aku linkkan tuk download - tapi ada problem - so...sorry guys.

Kalau aku online korang mintak kat aku aku emailkan ek!

OK...anyway...celebrate dia kuar ...celebrate gak..review tetap!

But just before that (banyak road block!), saja nak cakap. Best gak dapat tengok Nana, Zahid dan Farah naik pentas (tapi perluke layak hanya sebagai back-up dancer saja). Whatever it is check out [klubbkidd's rave] - The fotopages! kalau nak tengok pics lain Nana, Zahid dan Farah semalam (special tuk blog readers aku) dan jangan lupa (korang cam lupa jek!) teruskan ngan voting/undian untuk aku kat Malaysian Topblogs. Thanks guys...

Happy family!!! Nana, Zahid dan Farah!



Sebelum aku mulakan (ada agik!), ni ada agik satu perkara. Jumaat jumpa si Fitri. Ni aku tambah pics dia bagik peminat dia yang nak tengok sangat pesen rambut pendek dia yang baru.

Pada semua peminat dia, dia kem salam tercinta meka yang tatap blog ni (Jangan tatau - dia pun dah usha sini da!)



OK, let's start...ni all very brief sebab aku rasa malas nak panjang lebar. Kalau korang suka review aku, suka gak, kalau tak suka tetap gak kan? The number of words won't change your comprehension dan kebolehan kamu dalam menilaikan kesahihan komentar aku.

Idayu : Superstar (Jamelia)
Boring! High note dia pakai tu (don't say that's ala Mariah Carey sebab itu bukan teknik whistling ye!) tak kena tempat dan tak mampu menyerlahkan persembahan hambarnya! Aku rasa samada dia kena diet sooner or later (mungkin bukan pasai dia tembam sangat dia letih berat kaki tu - aku rasa pakaiannya menyebabkan dia malas nak usaha lebih to move on the stage). Whatever it is... good try...but average performance. Dia belum convince aku dia patut ke final.

Kefli : Mungkin (Anuar Zain)
Ya ampun! Hancus lagu aku suka sangat tuh! Kalau Anuar nyanyi aku leh nitis air mata kesayuan, ni aku nitis air mata kesedihan ada gak yang try so hard to spoil the song! You name it...he did it! dari tertinggal bar - tempo lari asik slow satu dua bar stiap kali...sampai ke lari pitching gila babiks! And the ugliest part was not only having to listen to all the mistakes...it was having to see it too! Gelia ku tengok muka dia masa melalak high notes. So0meone tell him ada beza singing and screaming! Maximum dua minggu agik ler budak ni...nangis ler Kudsia....

Elliza : Aku, Dia dan Kamu (D-Va)
Tolonglah! Thank God she's out! Melompat cam beruk kena buasir! At least D-Va nyanyi sumbang pun showmanship meletop! I mean, I loved her vocals masa Konsert Prelude, but since then, she keeps pissing me off with her performance, not only on stage but in the daily Diari. Mungkin orang kata aku biased. in this case - all I can say is - kalau muka da burok (tanpa make-up Mas pun agik cantik), sora burok (tak jaga sebab terkinja-kinja), and perangai burok...buruk ler ko! She wasn't the worst...but she wasn't the best for the night either. And taken into account dia bagik orang meluat sangat kat dia ngan prangai dia masa Diari - sesuai ler kena bye-bye baby...Kena mintak baca surat wasiat orang tiga kali - last-last surat wasiat ko le yang pertama dibaca!

Fuad : Puteri (Zainal Abidin)
Aku geram sebab mulanya turun key. But I suppose since semua pelajar pun ubah key lagu sebab tak sampai ke tak comfortable, I guess I'm ok with it. Vocally dia did quite well, aku rasa melampaui expectations a lot of people who thought he couldn't sing. Problem with this boy is - he tries too hard and last-last orang tak nampak kebolehan dia. Sayang...tapi aku paham rasa orang meluat ngan dia kadang-kadang , sebab mimik muka dia...sheesh! Overdose! Part tu memang turn off abih! If he slows down sikit...mungkin dia leh tahan. Kalau tak, dia pun in the same league as Kefli tunggu masa je. Since he is one of my favourites, here's hoping dia akan sedar sebelum terlewat...
Anyway - ni bonus tuk peminat Fuad yang risaukan dia. Masa sebelum mereka di usher backstage, aku sempat panggil Fuad. Walaupun dari jauh sikit (cam lagu Bette Midler From A Distance...) sempat jerit mana patut dan signal kat dia. Kira takler jauh sangat pun. 10 feet? Anyways, ngan sora dan gerak tangan, sempat puji sora dia, but at the same time ala ala marah dia, mintak dia jangan over. I hope he understands he is really overdoing it. For his sake...Fuad cam paham ler...and then dia angguk, and bagik thumbs up. Jangan ok ok je dik oi. Buat!

Amy : Sesalanku (Ezlynn)
I can summarize her performance with one word. KAYU! Takde expression langsung. Macam kena paksa nyanyi. Sora dahler tak spectacular...perlu ke nak berdiri seolah tak ada balance jerk. Budak-budak ni cam tak diajar lak menggunakan pentas kalau nak dinilai dari persembahan Amy. I hope she goes out soon. Dia aku tengok no potential at all in the final.

Yazer : Sejati (Wings)
Malas aku nak komen budak ni. Skema jek persembahan dia. Tak teruiji. In the same genre jek. And tuk aku, if my comment were needed, it would be the same as since Konsert Prelude, sebab takde perubahan. Another no-brainer when it comes to predicting whether or not he'll be in the final. But I would have to say depending on how he performs next week (tu pun kalau lagu tugasan tak in his favour as it seems to be so far). Again, kalau perasan, another of Kudsia punya favourite.

Amylea : Asmara (Anneka Gronloh)
Kira the first performance aku leh groove along to. Tapi tu sebab lagu ni (tak kisah versi Anneka ke versi Gerhana Ska Cinta pun) memang aku suka abih! It's a catchy, sexy tune...and I think Amylea didn't do too bad. But takder ler sampai juri puji abih camtuh! There are possibilities with her....just that whether she will discover it in time or not to make each week and ultimately the finals.

Aidil : I Don't Wanna Miss A Thing (Aerosmith)
Waste of space nak komen lebih. Two words summarize his performance (actually every week sama jek - tengok je usaha lebih tapi hasil? Ado?) And the words are FLAT and DULL! Nuff said...this boy may have toned down dan tak wat sangat perangai menyampah dia like in the first week, and I think that's good but he still sucks big time onstage! Steven Tyler would have thought of suicide as an alternative!

Ekin : Joget Sayang Disayang (Anita Sarawak)
Ekin ni misteri abih ler. I mean, she has all it takes, but somehow I don't feel an emotional connection to her. The only time aku rasa her voice and performance touched me was masa dia perform Erti Cinta. Memang ler interesting show dia sebab siap ada Felix lagik - but I can't help but feel that it's still not her best. Jatuh standard banding minggu lepas. It was good - but I know with Eki, she has the potential to make it fabulous! A shoe-in for the final barring any upsets.

Felix : Berjuta Batu (Alleycats)
So mungkin ada yang kata vocal Felix ni nothing special...and I agree. But then again - no one ever said Felix ni penyanyi yang bagus pun. BUT he does have a certain something yang memang orang lain tak ada. Aku pun tak paham camna nak cakap. Nak kata sebab dia lawak ke apa ke...lebih dari tu sebenarnya. Dia ada x-factor yang mampu buat orang tersenyum (kecuali mungkin orang yang anti dia je lah). He is, in short...a potentially amazing entertainer. I ise the word potential sebab I still don't know how he will turn out. Let's see how he fares in the next eight weeks, sebab there is no way dia tak akan ke final.

Akma : Cahaya (Kris Dayanti)
This is the X-Files of Akademi Fantasia. She was perhaps one of the better performers malam semalam. But AGAIN - as in true Akma fashion - no matter what she does, macam ada je yang tak kena. Kalau aku rasa Marsha ke Ekin ke buat cam dia - dah kira tahap letupan Nagasaki da! But somehow because it's Akma...it was just....acceptable. She really needs to learn how to impress on that stage, for her sake. As much as she's not my favourite for the final - aku rasa minah ni actually more deserving than a few others BASED on talent.

Marsha : Ingin Bersamamu (Syafinaz)
Aku geram ngan Marsha satu benda je. Dia tak go all out, tapi aku rasa sebab suara dia dalam proses pemulihan, so forgiven.
But no matter what anyone wants to say, aku anytime leh cakap dia leh makan any of the others.
She is a star, and even though she has much to learn, aku rasa dia, selain Felix, Ekin dan Mawi sudahpun menempah tempat di final Akademi Fantasia III KALAU berdasarkan populariti dan bakat yang ada. Cuma, aku rasa as far as Astro is concerned, the damage is done pasai meka highlight bab sensitiviti agamanya terhadap beberapa makanan yang kira haram bagi dia yang takleh dimakan, tapi dijadikan isu. Hope orang kita ni tak berfikiran sempit dan masih mampu menilai yang elok.

Reza : Terhangat Di Pasaran (KRU & Adam)
Dah lagu KRU, tambah agik featuring Adam, vocally how difficult can it be, kan? But Reza seemed to have a hard time nak deliver this tune. Aku rasa maybe it's cause he's such a technical person, that he forgets the basics of singing. Lagu candyfloss pop cam ni - kena straight up and he was trying to hard to make a party anthem a masterpiece. A bit distracting - and even though aku support dia - he has to be one of the worst performers for the night.

Mawi : Dari Kekasih Untuk Kekasih (Hattan)
Mungkin aku juga akan dicarut oleh peminat Mawi selepas menyuarakan pendapat aku, tapi pada mereka yang mengikut blog aku dari awal, dan tau aku sokong Mawi sejak mula - mesti faham ini adalah teguran wajib. Mawi terlampau confident malam tu sampai the impact made his performance one of the WORST for the night. Benda tu susah nak dimaafkan - sebab gambaran yang dia berikan yang tanggungjawab dia di Akademi tidak seberat mana sebab dia nampak selamba. Hakikatnya, mungkin Mawi da melupakan tanggungjawabnya. Lirik tak hafal seeloknya - pastu tak reti nak cover using the same tone, tak ubah or adlib to improvise supaya leh cover. Memang sokongan Mawi kuat (penghujung konsert tengok melonjak sampai 54%!) tapi - he has to justify the belief of his fans. Kalau tak at the end of the day - semua bazir kredit tuk AFUNDI. Kita tunggu dan lihat ada improvement ke tak. He has the talent undoubtedly...but will he use it?

14 pelajar Akademi Fantasia III : Menuju Puncak
Aku terpaksa review ni kali ni sebab kecewa layanan lagu tema dari bebudak 14 ekor ni. Overall the concert was way below par. Kalau minggu lepas konsert pertama seolah konsert final meriahnya - yang minggu ni bukan sahaja turun abisan standard, lagu Menuju Puncak, lagu tema Akademi, tidak dilayan dengan kehormatan sepatutnya! Lagu pembakar semangat ni aku dengar di layan cam ada takder jek ngan bebudak ni. Suara ramai tak kedengaran (miming jek keja bebudak ni!), ramai yang curi tulang, and worse still - choreography yang BURUK dan MUDAH tu pun takleh hafal. Aku terpaksa tegur cam Mawi sebab buat kali pertama dalam sejarah Akademi Fantasia, para penonton gelakkan aksi bebudak ni nari Menuju Puncak. Overconfidence Mawi juga terbayang sebab dia tersengih je masa silap. Aku bukan nak focus dia saja sebab ramai gak slow, terlepas dan terlupa step, tapi aku sedih lagu tu seolah tak dilayan dengan respect yang perlu. It was horrible, and disgusting. Tapi kalau peminat Mawi nak bom aku pun - aku tak ada ler sampai setuju komentar M.Nasir yang mengatakan Mawi yang patut terkeluar dan bukan Elliza. Untuk aku - camni je... budak-budak rata-rata masih main-main dan tak amik serious peluang di Akademi. Aku cuma leh cakap ni je. Bagi semua yang AFUNDI...sila ingat. Bebudak yang korang akan menangkan akan dapat lebih RM250,000 in cash and prizes. Meka akan dapat kerjaya yang menjanjikan populariti dan kekayaan...layak ke mereka? Kelayakan tu bukanlah dari segi bakat atau latarbelakang sahaja. Kriteria utama sebenarnya adalah USAHA dan HASIL yang dipamerkan. Again I say...kalau you guys wanna waste your money based on sentiments...go ahead. Tapi esok lusa kalau pelajar pilihan anda menjadi bintang, tanpa usaha ataupun hasil yang memuaskan - sesuai ler ngan pilihan korang tuh.

Inilah kedudukan jumlah undian untuk keempatbelas pelajar sebelum dan selepas Konsert Akademi Fantasia III minggu kedua

Sebelum Selepas
Felix - 19% Mawi - 20%
Mawi - 19% Felix - 19%
Idayu - 6% Reza - 6%
Amy - 6% Marsha - 6%
Ekin - 6% Amylea - 5%
Marsha - 5% Ekin - 5%
Akma - 5% Amy - 5%
Yazer - 5% Idayu - 5%
Elliza - 5% Yazer - 5%
Aidil - 5% Kefli - 5%
Fuad - 5% Akma - 5%
Amylea - 5% Aidil - 5%
Kefli - 5% Fuad - 5%
Reza - 5% Elliza - 4%

Aduh! Ok ler smuer. Ngantuks gila babas! Da almost 10am! tak tidur dari semalam, start online about almost 3am to blog, and download MP3s and convert and shit, to upload skali ngan pics tuk update. Anyway, hope you guys like the radio.blog! Tak rugi ler aku berjaga nak buat. Tengok muka aku! Sempat nak amik gambar pakai webcam bangang ni sbagai bukti stress abih carik mp3 nak covert (Sial laa servers di #mp3brunei!)- (By the way pada sapa yang masih tatau - rambut aku merah dan masih merah skang)

By the way, sebelum sign out - pada mereka yang ada soalan (yang tak lucah dan tak berunsur TERLAMPAU negatif - light light leh laa), tinggalkan kat ruangan comments sebab aku akan interview Elliza esok, pagi Isnin di Astro - a ritual event everytime ada penyingkiran di Akademi Fantasia.

Ok ler ...good night...eh good morning all...

0 comments: