Thursday, January 14, 2010

Pencuri!

Selepas kes hantu, yang bersepah gambar aku diedarkan dalam email, blog, website dan forum, aku ingat betapa berhemahnya blogger-blogger sekarang. Kalao nak reference pon, tak buang watermark aku yang menunjukkan hakmilik aku... siap link.


Hah.. ni la baru beradab. Dah amik hak orang, tak mintak kebenaran, at least kredit dan link.

It's called intellectual property rights.

Tima kasih pada bebanyak yang wat camtuh.

Tapi in one of my entries pasal pic Hafiz straighten rambut, one of my readers alerted me pada website pencuri nih.

Dasar blog yang nak wat duit, cedok benda kiri kanan satu hal. Tu ko nya pasal la. But aku memang bengang sebab setelah sekian lama aku warning binatang-binatang spesis nih, jangan memain ngan blog aku, ada gak bangsa tak sedar diri.

If you guys ingat my posting pra-AJL pasal rambut Hafiz straighten, you would remember this pic. So camna lak ada bangsat main tempek watermark dia atas watermark aku lak?

Pada binatang berkenaan, sila ingat ni. I can track you down. Jangan sampai aku lepas geram ni. Buang pic tuh, or acknowledge where you took the pic from before I get pissed. Jangan sampai kena baru nyesal.

Moving on. Ni isu pasal ada gosip hari ni katakan Akim da besar kepala. Kononnya dikatakan dia jawab ngan angkuh dan sombong sekali masa preparation Anugerah Juara Lagu bila ditanya pasal saingan dengan rakan-rakan dia dari show sama dalam AJL.

Konon dia cakap jangan samakan Akademi Fantasia ngan AJL sebab Akademi Fantasia tidak apa apa.

Hasil tuh dia dituduh kacang lupakan kulit. Well put it this way. Bukan ke betul? Apa sangat Akademi Fantasia kalao nak dibandingkan dengan pentas Anugerah Juara Lagu. Lain ok pentas reality show dengan pentas industri sebenar di mana semua nama gak akan membuat persembahan.

I mean really... how can this be misconstrued as as arrogance?

Pastuh, sambungan konon kat another launch dia, dia ditanya tak takot ke kalao takde orang beli tiket tuk show, dan dia jawab kalao sorang je datang pon dia kena hiburkan. Ni pon kena kutuk kata lupa diri. Aiyo! Honestly.

Dah memang betul... tugas performer is to deliver to an audience, no matter how big or small the audience is.

Camna lak ni kata besar pala lak.

Aku tatau la apa agenda penulis, atau kenapa dikatakan sebegitu. Point is kenapa marah dia tak bagi jawapan cliche yang diharapkan, bimbang segala pasal turnout and all?

I'm not saying Akim was right, but berdasarkan apa aku baca, I just think there is nothing wrong dengan jawapan dia. Perbandingan dilakukan antara Hafiz dan Akim, because Hafiz dikatakan lemah lembut dan sopan santun berbanding.

Kedua mereka student aku ketika dalam Akademi. And memang perangai meka berbeza. Hafiz is soft spoken, and memang jenis berhemah amat ketika menjawab. And he knows the right answers. Akim pon sama.. dia tau apa nak jawab. But dia memang straightforward, takde nak bodek bodek tak kena tempat.

So the point here is, ada ke yang harapkan layanan istimewa? Gosip berbentuk teguran, dan yang hanjengkan terus is just weird. I make it a point never to criticise my fellow media friends. But kengkadang ada yang emo tak bertempat. For me la.. kalao katakan kawan yang pass cita, bukan first hand news, and then nak tekankan 'cara jawab kasar' atau pakai nada yang kasar and so on, walhal jawapan straightforward je... it really confuses me.

Macam-macam...

Moving on... ujung minggu depan (the weekend after this) aku akan ke Sarawak for ujibakat Akademi Fantasia kat sana. So jumpa la kengkawan blog kat sana ek. Ni first time rasanya aku gi ujibakat kat sana. tak sabar tengok bakat-bakat Sarawak. Selalunya Sabah and Sarawak ni memang banyak potential.

Which reminds me, esok last day before ujibakat kat Johor dan Penang. So mereka yang kat Johor, jangan lupa Sabtu dan Ahad gi The Zon, Johor Bahru dan yang kat Penang ke Redbox Gurney, Plaza Gurney lak on the same days.

Yang kat Sabah dan Sarawak, remember ko ada just over a week before the auditions kat Hotel Promenade di Kota Kinabalu dan Merdeka Palace di Kuching.

Esok aku kuar basic tips camna nak ujibakat so maybe it'll help you guys. A revamped guide based on criteria of judging for this year.

Eh ok la.. nak gi layan movie jap. Lama tak ke cinema.

8 comments:

did u know the pics of siti's 40k tu ada kuar kat sini: http://louisvuittonlover.blogspot.com/2010/01/siti-nurhaliza-with-monogram-brocade.html

tu tak kisah agik walao tak kredit tak kurang ajar buang watermark aku. thanks for the info anyway mate

tang entry ni - pemilik blog tuh da minta maap. aku terima. so case closed...

blog ko makin mantap laa.. makin ramai org jenguk.. sejak ko terlibat ngan AF7 makin top ko joe.. AF8 ni ko telibat lagi ke joe... amik laa aku ni jd peserta...

bagus ko naikkan isu nih. sstgh org pandang ringan isu copyright nih. kalau ko tak letak watermark, lain cite la kan. tp kalau org tu dah letak watermark maknanya dia dah claim sbg hakmilik dia.

Anon no 1 : aku tak terlibat ngan AF8. masa AF7 pon aku bukan juri. aku cuma tenaga pengajar tambahan.

Anon no 2 : tu la pasal. ada yang masih tak reti nak hormat hak orang lain.