Saturday, October 24, 2009

Yuck!

Conversation overheard.

Lelaki Berangan : Jadi, memang macam ni ye. Ada tak (tak dengar apa diminta - tapi dalam nada berangan)

(Awek dok muka bangga laki so forceful)

Waitress : (Tak dengar, tapi explaining something)

Lelaki Berangan : Owh macam tu... ok ok.. takpe. Mintak bil.

Lima minit kemudian, pelayan kembali dengan bil. Si lelaki buat aksi keluarkan wallet, penuh drama, hands over a RM50 note, dan pandang kiri kanan untuk pastikan orang perasan kemewahannya.

Waitress : Encik... bil...

Lelaki Berangan : Here... keep the change (sambil senyum bangga)

Awek senyum bangga lagi dan berdua keluar restoran sambil bangga.

Matilah ko! Aku malam tadi gi melantak Kenny Rogers Roasters, meja sebelah tu feeling drama swasta sangat. Mamat tuh memang nampak nak show off sangat ngan awek dia, sampai entah dari kebun mana dia amik cuti, dengan bangga nak exclaim loudly... nampak sangat jarang kuar ke public places.

Bangga RM50 ko, bagus la. Hasil titik peluk ko sendiri. But perlu ke nak show off camtuh. Aiyo!

Yang si awek lak melayan laki poyo dia. Lagik encourage ngan perangai. Euwwww!!!


Banyaknya dua orang ni makan dating.. memang mewah! Patutlah bangga!


Jamban sangat perangai orang camni. Eh jap... sebut jamban, ada something related.

Petang tadi gi Aeon Bukit Tinggi nak lepak. Point was to grab a quick latte, dok wat keja sikit sambil watch people go past for inspiration sebab konsep writer's block, nak abihkan keja, sangkut sangkut sebab otak jem.

Tu yang episod atas terjadi time tu, before we moved to Starbucks to lepak.

Anyway, much later, gi balai polis sebab si Ed esok ada shooting kat Sarawak. Mangkuk tuh lak ilang IC hari tuh, tak wat polis report.

So takot sangkut tak balik balik, or worse still, tak dapat masuk Sarawak kang kalao IC takde, dia ajak temankan kat balai.

I headed for the loo, sebab memang the call of nature was getting pretty hard to ignore.

Balai polis Klang ni memang renovate nampak grand lah. Tapi bab toilet, fail! Ni bukan toilet yang dalam process renovation ok. Ni memang functioning toilets sedia ada yang nan ado!

Sinki atas lantai, I can deal with.


Clogged toilets, yang penuh ngan erm... memacam yang dah KERING dan KERAS... I can't


Balai Klang. Ada duit nak wat block baru cantik gila. Toilet cleaner tak mampu ke?


Harap harap takde sesapa yang tengah makan sambil layan entry ni. Kalao ada, sorry ek kalao rasa loya. Sila alamatkan apa apa aduan ke Balai polis Klang.

Euwwwwww!!!! Aku rasa nak muntah... tapi sebab takde tempat yang nak muntah, rasa loya tuh reverse masuk balik tak jadik kuar.

And that, my friends, was my eventful Saturday.

Eventful la sangat...biasa la kalao nak bertapa kat rumah kuar dekat-dekat je sebab malas jalan nak abihkan keja...

3 comments:

haiyo! apsal kalo bab tandas je selalu saja hancur.


haha mamat dgn awek tu perangai cam budak sekolah je...

haha.. RM50 also bangga..
and hey, why you snap pics at the toilet??? lol.. =P

kenwooi.com

edzlin : tu la pasal on both counts.

kenwooi : had to la. it was that disgusting that i eeded proof! LOL!