So you guys already know the result. Perlu ke aku nak ulas lebih sebenarnya?
Ok, aku ngaku. Cam aku katakan awal minggu, sapa-sapa yang keluar pun aku akan menitis airmata... and I did. Aduh... kutuk la aku nih. Zalim nya korang! Aku semakin rapat ngan bebudak, smakin aku tak sampai hati rasanya nak tengok meka keluar Akademi.
Semakin sunyi kat dalam. Tu yang aku tambah emo. Dari awal aku masuk ke sana sesi ngan bebudak nih, kecoh sangat ngan empat belas orang. Now tinggal enam. It's so quiet now....
Sebelum aku nak wat ulasan ke apa, aku nak talk about a few things.
Satu, soal AFMASUK. Jangan harapkan lah ada AFMASUK. Tu je. And untuk aku rasa tak perlu pun, sebab sapa nak ngadu sapa keluar ke haper, patutnya awal-awal korang AFUNDI puas-puas tuk elak bebudak tersingkir.
Secondly, ada yang noya (paranoia lah) kata Marsha penyebab Aril terkeluar. I think that is so unfair! Marsha dijadikan RA tuk seminggu sebagai gimik saja je for entertainment purposes for the Diari. And memang dia managed to spice up things pun. Kalau mereka yang tengok Diari, camna leh timbul soal Marsha penyebab lak? After all, bukan ke banyak gak scene Marsha dan Akim? Bukan ke Aishah pun nampak mengelak Marsha... and so on.
It's about drama, people! Haven't you got the concoept of the show yet?
And finally, nak sebut bab orang pandang rendah kemampuan Aril, pada yang persoalkan kenapa orang kecoh dia terkeluar. Tuk aku, sapa yang tutup mata, telinga dan hati mereka pada persembahan dak tuh je yang akan rasakan he's overrated, cause he's not. I am proud of Aril sebab dia manage to sahut every cabaran. Nakal tu rock and dangdut fused together Forte dia sangat ke? Lagu Adam tu forte dia ke? He has managed to overcome his personal preference to deliver performances which are impressive and for that, he deserves the praise.
And on that note... mai aku teruskan ngan ulasan. Minggu ni aku rasa nak meroyan sikit. Sebab aku disappointed with a few students kerana tak apply apa yang diajar oleh tenaga pengajar, as which I myself stressed on for their performances.
Before I go on, as usual... the warning.
SESIAPA YANG HENDAK MENGAMBIL APA PUN GAMBAR DARI SINI, silakan. TAPI, anda tidak dibenarkan crop atau edit membuang watermark dari gambar-gambar disini. Hakmilik tetap kepada blog ini, dan sebarang penggunaan mana-mana gambar ini dalam bentuk telah disunting dan dibuang watermark, di dalam mana website, blog atau forum akan dikenakan tindakan yang sepatutnya. And I mean it... so don't fuck with me. Ada je bintang perangai suka mencuri hak intelek dan kreatif orang.
Sebarang penggunaan gambar-gambar ini dalam laman, blog atau forum juga perlu memberikan kredit dan link kepada blog ini.
First of all, thank goodness lah Adibah Noor dibawa kembali mengkritik. Selain Adlin, aku rasa kak Dibah nya komen bernas dan kena pada tempat tanpa melalut. I so want to hear critics like this who know what they're talking about, and point out the necessary for the kids to take note of serta memberikan pendapat bagaimana untuk mengatasi kelemahan yang membelenggu persembahan mereka.
Ni baru conducive environment di mana tenaga pengajar dapat rectify dan betulkan apa yang kureng pasal bebudak nya performance, kan?
Jangan la melalut tuk puas hati kuar TV jerk. Tugas tu bukan dok pose je. Me likey kak Dibah, and I hope she will be brought back as pengkritik. AFMASUK Adibah Noor!
Pelajar Lelaki - Fiona (Lagu Bonus)
Rating : ****
Sebelum nak komen.. saja nak tanya. Korang suka tak trigger AC kena kejutkan dapat piring hitam dari bebudak?
Heh.. hasil borak-borak ngan orang ni, pas bebudak request ngan aku Khamis lepas tuk CD nak pakai, ilham nak bagi AC laser disc gebadak pun muncul.
Masa aku rushing ke konsert (sampai maki ada polis trafik yang memang serous kurang ajar jaga kat persimpangan nak ke Endah Parade tu kerana kecoh konsert skali clash ngan bola Selangor lawan Kelantan), risau je sampai lambat bak LD tuh. Dalam tuh, aku bak le record vinyl satu. Saja je piring hitam jadik option... and production suka sangat, so layan! Aku gelak pecah perut puas hati sangat.
Anyway, on the boys, aku bangga cause ALL OF THEM berjaya bring it together for Fiona, vocally and visually.
It was definitely a good opener.
Walaopon aku memula cam tak suka lagu ni jadik lagu tugasan sebab Amirul da penah wat time musim keempat, siap dibawa 4U2C atas pentas, tapi I think the boys did such a good job that aku leh layan je show meka.
Aril - Nakal
Rating : *** 1/2
One thing for sure, walaopon Aril tersingkir, he went out with a bang! Memang performance dia dari start sampai habis, it was definitely overall, his BEST performance so far.
One thing about Aril ni, dia ni not just about vocals, stage presence dan showmanship dia memang menyerlah.
And one thing aku suka Adlin point out, about his attitude and all, when he brings that to stage, tu yang nampak dia star. He stands out because he's able to take on any role masa performing tuh tanpa nampak kekok.
Yang pentingnya, naik pentas golek skali masih leh maintain nyanyi tuh.
Did Aril deserve to go out? Depends ko tanya tu dari segi apa.
Dari segi AFUNDI, memang nak wat camna... da kurang, so dia terkeluar lah. Tapi dari segi kualiti persembahan, for me, he was one of the best of the night! No doubts. Even Aril haters can say what they want, but fact remains that it was one helluva show!
Claudia - When Ur Gone
Rating : ***
I don't think she did as bad as the other girls. Honestly, Claudia has the vocal chops. Kemampuan dia nyanyi memang terbukti da.
And this week, walaopon pengkritik kata tak sampai, I think it's a step up for her sebab dia mampu nak deliver that emotion of the tune. Memang lah dia masih simpan sikit tuh, tapi mungkin sebab aku tau the story behind her delivery aku leh feel.
Kira pada orang yang tatau dia nyanyi lagu tu tuk sapa maybe tak sampai kot. But she did quite well, and I think this week, nampak jelas peningkatan dia and I hope this is the beginning of the momentum for her to go all out and buktikan to everyone she deserves a spot in the final.
She has something unique about her - which I can't quite put my finger on. Cuma aku harapkan dia dapat buktikan cepat sebab kesuntukan masa memandangkan the competition is getting more heated.
Akim - Situasi
Rating :*** 1/2
Masa dia perform Aurora, aku nampak usaha Akim nak break out of his shell. Sebab dia mempunyai kekurangan dari segi penguasaan body language dia, serta lack of focus, minggu lepas vocal dia pun tak sebagus.
This week, bab vocal ada improvement, walaopon aku tetap sakit jiwa with lower notes, and also lack of stamina dia yang mengakibatkan dia semput time all out.
Tapi as a package, he has improved vocally enough, to be tied with Aril for second best performance of the night.
Yang penting, aku nampak dia da mula understand the meaning of showmanship and it's coming more naturally to him now. Tak nampak rehearsed sangat, and tiap pergerakan dia nampak lebih 'ikhlas' and bukan cam dia disuruh ingat.
Major improvement, tapi cam Claudia, perlu a sense of urgency minggu akan datang tuk buktikan dia layak untuk konsert akhir.
Aishah - Flora Cinta
Rating : **
This is without a doubt, persembahan Aishah yang paling teruk. I am so disappointed with her.
Mana taknya, lepas minggu demi minggu consistent, tiba-tiba bukan sahaja dia hilang tenaga dan kesungguhan berminggu sebelum ni.
Dia seolah terus mengalah dan malas diatas pentas, walaopon berkali-kali tenaga pengajar tegur dia tuk perbaiki apa yang kurang lagik.
Vocally it was ok ok saja, tapi masuk beat jer masa lagu tuh pick up nak rancak, she sounded so disjointed - seperti tak masuk ngan muzik langsung. She had no groove as I worried about and for some reason, dia cam wat persembahan tahap cukup syarat ada show je.
Aku tatau apa masaalah Aishah. Cuma aku sedih dia tak rise up to the challenge like the others. Memasing da pick up, aku tanak tengok dia drop camni.
When someone's performance at this stage, minggu ketujuh, boleh dianggap azab banding ngan minggu pertama punya usaha, something is seriously wrong. And I hope Aishah bucks up FAST!
Yazid - With Or Without You
Rating : **** 1/2
The best performance of the night, without a doubt, and definitely one of the most memorable shows of the whole season for me.
Love or hate Yazid, korang kena akui kesungguhan dia kali ni. I mean seriously, vocally, feel and presentation dia memang mendalam dan sampai.
Mungkin ada yang tak rasa - but aku berani bertaruh, siapa yang kata he doesn't deserve the recognition as the best of the night, samaada tak suka character dia yang ditonjolkan dalam Diari (thus blocking him out totally) atau memang jenis tak layan lagu U2.
Bottomline, ni persembahan terbaik Yazid, and while a lot of students remaining in the Akademi da macam mendatar je graf kualiti persembahan, he is picking it up and I just hope he takes this, and brings it on to the next show.
Yazid is now a serious contender - and sejujurnya pendapat aku, aku rasa sepatutnya dia dapat mention pelajar cemerlang for his effort and also result of his performance. Not just some complimentary 'special mention'.
Hafiz - Kau Yang Punya
Rating : ** 1/2
The whole thing, wasn't bad... and it wasn't good either.
At the end of the day, aku tak kisah la apapon drama, the final result atas pentas yang penting.
And Hafiz disappointed me, being the second student after Aishah tuk underperform malam smalam.
Mana taknya. Tuk aku, aku kecewa dia tak aplikasikan teknik yang ditekankan dalam persembahan dia. It was not rap... it was just random shouting.
Breathing, phrasing, tempo... everything I feel tak applied to his show despite being stressed upon endlessly.
If he was judged on memorising alone, he didn't do too well either, no to mention he allowed Najwa to overshadow him.
But, one bad week is not enough to take away the glory from Hafiz after weeks of good performance. But my concern is his lack of ability to adapt and take on a challenge. Keeping my fingers crossed for something spectacular to cover this week's weak showing.
Isma - Tak Mungkin Kerna Sayang
Rating : **
I don't know whether dia complacent ke apa, tapi dia da mula slacking. This is not the Isma I know.
Yang aku tau, Isma nak sahut cabaran to find her x-factor, but yesterday's performance, like Aishah, was her worst.
Tatau nak cakap apa... she has to do better this week sebab aku upset kerana macam bebudak lain kalao tak deliver, tuk aku dia hampakan orang-orang yang paling penting - peminat. Peminat yang sanggup keluar wang Ringgit nak pastikan bebudak ni diberi peluang tuk terus dalam Akademi.
Entahlah.... hoping Isma akan show her real prowess onstage sebab I know she can do better than this.
Pelajar Perempuan - Untukmu (Lagu Bonus)
Rating : **
Extremely disappointing! Walaopon lagu da besh nak layan, tapi bebudak cam tak kena je.
Memasing wat hal sendiri, cam takde latihan langsung dalam persembahan mereka. Memang betul kata kak Dibah. The girls all seem preoccupied with whatever thoughts they have perap dalam pala mereka sampai allow their focus to be robbed.
I just hope things will get better this week. Kalau tak... entahlah...
Overall... this concert was one of the best so far. Memang dengan pilihan lagu (walaopon ada yang peminat nan ado meroyan), it was fun, and despite a few below par punya persembahan, bebudak masih put on show worthy of mention.
Tapi yang penting aku rasa aku kena puji choreography Menuju Puncak yang nampak semakin meletup! Also, compared to last week yang hancus, this week, tarian Menuju Puncak aku nampak tight gila.
My only complaint would be I'm not hearing everyone sing. Ada ke yang curi tulang?
So that was what I thought of the concert. It was good, with a lot of highs and a few lows. But going into minggu kelapan da, my nerves are frayed dah.
I'm hoping for the best from each student.
And guys out there... kalao korang tanak tengok your favourites tersingkir, vote like crazy.
I don't want to tell you how close undian is at this point. But let me just say, the differences are very small. Da dua minggu, pelajar tersingkir ngan second last student tu, siki sangat jurang perbezaan.
Every AFUNDI does count. So start sending it now. Ok la... panjang meroyan. Korang layan Diari INT kat bawah ni dulu.
37 comments:
Aku sokong, Marsha tak bersalah....
thnks joe...no afmasuk..
marsha sucks! wat2 sedey konon..ur mission dah berjaya kan!
3x aku dengar Yazid nyanyi 1st half low note sumbang...4 1/2 is too much I think he desrved around 2 and 1/2. I think Hafiz did very well .....remember he sang all the verses by himself and even the great Bob need Zahid and Adam to complete the song....credit to Hafis and rightly so pelajar cemerlang...
me...
uiii hafiz sengih lebarrrr
Anon : apa lak salah marsha? hish!
Qaud : hafiz did ok. but kalao ko nak nit pick, yazid still did way better. and not too much cause none of them could have that feel. technically i still say he did better. and bob has 3 1/2 pages of lyrics. compare. and no, i still don't think hafiz deserved it cause he like you say, SANG, and forgot to rap. tu honest opinion aku sebab aku nak the best from him... and he didn't make the mark this week. sebelom nak marah.. just in case, read my last line.
kelabkid...kami semua nak tengok ko perform lagu malique tuh kat youtube..boleh ke tak...
hafiz tk rap..dia baca jer...
pelajar cemerlang tu utk amik hati mulut fans hafiz je...takut dok pokpek2...len kalik suap je mee kolok bnyk2 klu bnyk songeh sgt..komplen memanjang!
arituh tengok entry ko kata tengah hafal lirik malique tuh..tak sabar rasanya tengok ko perform macam maner...i hope your music measurement is ok and deliver a nicely flowing rap
yes it is decent. but reminder am i running for AF? kalao fan pon, guna la akal sikit. baca abih review aku sebelom melatah.
sob sob sedihnye aril dh out...x berseri dah diari..mcm xmo lyn diari dah :(
although i do not entirely agree with your review, you got some valid points. imho, the ONLY ONES who can make an impact on the industry are hafiz and aril. i love claudia but the people nowadays tend to not appreciate talents like her. i wish her the best nonetheless.
by the way, i think adibah noor would be the perfect choice for next year's pengetua AF.
i think aishah is not that bad..!!!
Isma lagi teruk sumbangnya..!
and Hafiz is better than yazid... yazid tu utg sebab lagu memang makanan dier..!
Joe,
Jgn layan org2 yang suka provoking tu.... saya minat gila ngan hafiz tapi saya terima yang best performance was (to me) Yazid. Hafiz did well but not as well as he did in the previous weeks. Overall, all the boys sangat bersungguh2. I was very sad to see Aril being eliminated. As mush as I want to see Hafiz to be the champion, I would really like to see Aril the first runner up.
Remember Joe.... jgn layan org2 yang negative!
weh bila ko nak perform weh...siapa yang melatahnyer..ko dah hafal lirik ke belum..ader aku kutuk org lain kat sini?
joe...
dis might be my last comment here since aril was eliminated
however, i'll alwiz visit ur blog everyday!!!!!!
all d best for ARIL
joe, take care & hv fun with the remaining 'kids' ya.. errr
afout hafiz ngan fans dia yg poyo!
kadang2, sebab peminat boleh buat orang tak suka hafiz...
just my opinion..
hai joe,
i suka sangat kat aril...walaupun i dah tahap untie....but aril is realy good ...i faham kerenah budak kl...because i am a teacher in kl..... budak kl...memang cam tu....dia happenng.....mereka just react cam biasa....lincah, nakal, enjoy life dan tak fikir sgt tentang apa org nak kata ..... so...perangai ini memang susah nak diterima oleh masyarakat kampung ..... cam anak-anak i juga...bila balek kg ...sure mereka dianggap out spoken ...tapi... bukan bermakna kurang ajar ......
so.... boleh tak u kasi i blog atau web aril untuk i follow....... email kan ker .... yang kat formal blog tu...tak best......jarang update....
I tak sokong afmasuk ...sebab kalau ada afmasuk ...sure lagi banyak kutukan untuk aril ....lebih besar lebel aril ini anak emas cikgu ...so... biar aje rezeki aril di luar.
Cuma jangan terkejut jika aril boleh jadi lebih menyerlah dari juara af7 .....kemungkinan besar itu ada.
pondan gemuk, bapuk gemuk, siapa yang punuya.. hahahaha... Hafiz yang punya..
hafiz best tapi peminat poyo
kk,
-serious lah aku tak puas hati pasal debat bout isu pelajar besar kepala tu (sorry, lupa lak nama show tu).. apsal asyik tunjuk clips akim je? macam lah dia sorang je yg menjawab.. adalah tunjuk yazid skali kalau tak salah.. its like mcm diaorg berdebat bab akim je.. dah jd bab isu umur lak.. x best lah cam tu.. kena adil lah klu bercakap bab random isu cam tu, takleh fokus (refer to every clips shown) kat sorang je..
-aku pun cara adibah noor kritik.. bg dia stay situ sampai final pun ok..
brp org ke final this year?
thanks...
dah xde harapan ke afmasuk nih..sob2..hope ARIL perfom kat final nant ye JOE..uwaaaaaaaaaa
WISE MEN speak because they have something to say; FOOLS.. because thay have to say something :D
My 2 cents view,
AF is a competition where viewers make a choice. For me the performers need to have a good voice,dynamics and really happenings. Lyrics,language and interpretation is not so important.
Thats why kat malaysia ni ramai peminat scorpion, Iron Maiden, metalica, Akon etc padahal sepatah harampun dia tak paham....sebabtu bila Hafiz performed sepatah harampun aku tak faham maksud kalau dia belasah pun aku tak kisah...backup dancers pun aku tak perasan...in the end he really deserved a standing ovation...what a perfomance, next to Zahid where is the love.
Hi Joe,
Maybe the award "pelajar cemerlang" tu patut ditiadakan la. Kesian la kat fan yang bergaduh2 kat luar. And it also kind of irritating to read review from bloggers who were not agreed with the faculty's decision. Like the first four concerts, semua pengkritik vote for hafiz for the best student award and the faculty gave to somebody else (except for 1st concert of course). And this week,the award went to Hafiz and most of the viewers feels that it should go to someone else.
I think Joe, the criteria for pemilihan tu kena betul2. Banyak yang tak kena la bro. Then, fanatics yang bengong2 ni mula la bergaduh tak tentu pasal.
And one more thing, since you close to the production, dah nak abis pengajian ni, tunjuk la benda2yang membina sajer in the diary. Banyak misconception la Bro..like what happened to Aril. Kesian budak tu..tak pasal2 jer kena kutuk..
Just my two cents. nano.
1st point, kenape bg lagu yang mcm tak patut jd lagu pertandingan? Nak tgk lagu mcm Farah waktu AF2, Zahid dulu nyanyi yang memang power2. Apa halnye bagi lagu flora cinta? Wtf? It is a nice song but not a competition song.
Come on la, pemilihan lagu penting!! Ini bkn masenye nk pilih lagu sbb lgu tu sedap tp bcause lagu tu mmg a song for competition! Pls take note abt this
joe
mmg pelik kriteria pemilihan pelajar cemerlang..bile hafiz perform best masa konsert tp tak dipileh pelajar cemerlang korg cakap cbb yg dipilih tu bersungguh2..NOWW
Hafiz dpt pelajar cemerlang korg cakap dia tak deserve la apa..cbb ade student lain perform better mase konsert? aik..bukanke pelajar cemerlang waalau tak bagus mase konsert janji bersungguh2 mase dalam akademi???mane satu nihhh???
watever lah..keBIASan itu TETAP ADA! why??? just bcoz HAFIZ IS FROM *******? ...
soo saddd :(
yess joe...marsha tak bersalah..dalam diary pun nampk bebudak suka jer ngan marsha...aril n yazid pun ngaku suka marsha ada dlm akademi...
sabar! sabar! ...
1st of all, kiter kena ingat, tuan punya blog can blog anything he wants.
secondly, pasal pelajar cemerlang, kiter (termasuk klubbkidd) kena ingat, pelajar cemerlang bukan dianugerahkan kepada PERSEMBAHAN terbaik dalam konsert, ia diberikan kepada pelajar yang memberi PENINGKATANnya sepanjang minggu ... so HAFIZ DESERVED IT! Cant argue with that. So it doesnt mean Joe was wrong to only awarded Hafiz with **1/2 ... since it's based on PERSEMBAHAN only (right Joe?)
Typical of Hafiz, he didnt back off from the assignment. Dia tak marah pun pada pihak Production nor to the tenaga pengajar ... tengok balik the diari INT, he was angry at himself for not being able to memorize his lyrics ... which is humanly. Please ask Malique if he could memorize that kinda lyrics within 5 days ... be realistic! So, credits to Hafiz for being BRAVE enough to come on stage and perform as well as he did even if only got a **1/2 rating from KlubbKidd ...
After all, thisis just KlubbKidd's point of view. We all gotta respect that.
Whateva it is ... I still
AFUNDI10 HAFIZ :)
Joe's opinion about Hafiz doesnt influence me ... as I am a TRUE FAN OF HAFIZ. And, I am not here to kutuk Joe for giving Hafiz a low rating. Coz, Hafiz would have just looked at it POSITIVELY, remember?
Ikon’ diperlukan kini tersingkir
Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my
PERSEMBAHAN Khairil Azam Pilus (Aril), 24, saban minggu dinantikan penonton setia Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) untuk melihat aksinya di pentas. Malah juri memujinya dan mengatakan Aril ikon yang diperlukan dalam dunia hiburan.
Datuk Khatijah Ibrahim berkata, inilah bintang diperlukan untuk menyemarakkan dunia hiburan yang seakan-akan lesu kerana Aril kreatif dan mampu mewarnakan persembahannya.
“Dia berani mencuba perkara baru dan mempunyai pakej yang diperlukan sebagai penghibur. Persembahannya sangat bagus dan berjaya menyampaikan lagu dengan baik dan gaya seksi menggamit perhatian penonton.
“Inilah persembahan yang saya tunggu daripadanya. Aril bintang paling bersinar malam ini (kelmarin),” katanya.
Namun, pujian itu tiada maknanya kerana Aril yang menunjukkan peningkatan saban minggu dan paling menonjol pada konsert mingguan ketujuh, akhirnya terpaksa mengucapkan salam perpisahan kepada penonton program realiti itu, Sabtu lalu.
Itulah yang berlaku apabila berjurikan jari manusia menerusi undian SMS. Apa yang seharusnya penonton saksikan di AF7 sudah disingkirkan.
Apa gunanya transformi yang menjadi ‘trademark’ kebanggaan produksi dan pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina dan tenaga pengajar jika penonton masih tidak dapat menilai antara kaca dengan intan?
Bukan saja penonton yang memenuhi Dewan Sri Putra, Bukit Jalil terkejut dengan pengumuman dilakukan pengacara AC Mizal malah juri terpaku serta terdiam seketika.
Meskipun sukar meramal siapa akan ‘duduk’ di kerusi juara, ramai ingin melihat Aril mara ke peringkat akhir yang hanya tinggal dua minggu lagi untuk menyaksikan AF7 sampai ke kemuncaknya. Ramai menantikan persembahannya setiap minggu, tetapi selepas penyingkiran itu bererti hampalah harapan mereka.
Adibah Nor dan Adlin Aman Ramli yang menjadi pengkritik bersama Khatijah, mengatakan Aril adalah ikon yang diperlukan dalam dunia hiburan dan setiap minggu persembahannya ditunggu.
Namun, apabila kuasa memilih terletak pada jari manusia, setakat itu sajalah perjuangan anak muda berbakat besar itu.
Adibah pula menyifatkan undian SMS penonton sangat tidak adil terhadap Aril dan mereka patut menilai peserta dengan akal fikiran waras dan bukan mengikut perasaan.
“Aril dilahirkan untuk berada di pentas hiburan. Persembahan Aril mantap, profesional dan sangat menghiburkan. Saya kesal bakat sebagus Aril tersingkir pada malam ini (kelmarin),” katanya
Adlin turut memuji Aril kerana berjaya membuat persembahan pembukaan yang hebat dan sangat sporting di pentas.
“Aril berani menyahut cabaran dengan membuat sesuatu di luar dugaan dan persembahannya dinamik. Dia mampu menyanyi sambil menari dengan bagus serta mempunyai sikap seorang superstar,” katanya.
Namun, sebaik mana pun persembahan Aril kelmarin dengan lagunya Nakal (Gigi) apalah yang dapat dilakukan kerana kata Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, itulah ‘permainan’ ditetapkan akademi yang bergantung sepenuhnya pada undian SMS.
“Saya tahu ramai tidak berpuas hati dengan penyingkiran Aril, namun itulah kehendak pengundi. Kita terpaksa reda dengan keputusan itu dan semoga selepas ini penonton dapat mengundi dengan bijak. Inilah konsert AF yang paling menghiburkan,” katanya.
Mengenali rentak program realiti terunggul ini, apa saja boleh berlaku termasuk mengadakan undi masuk. Meskipun Khairul Mizan membayangkan perkara itu tidak mungkin berlaku, peraturan ini manusia yang buat.
Sebelum ini pun Astro pernah mengadakan undi masuk apabila pelajar yang paling diminati ramai tersingkir. Ini kerana drama dan gimik juga sebahagian permainan AF.
“Kami harus mengikuti peraturan yang ditetapkan namun juga sedia mendengar pandangan pelanggan Astro. Sudah termaktub setiap minggu ada penyingkiran, jadi kami terpaksa mengikut apa yang sudah ditetapkan.
“Apa yang bagus pada konsert kali ini, semua pelajar mendapat peratusan markah yang dekat dan tidak jauh jurangnya. Ternyata pertandingan ini mempunyai bakat terserlah.
“Melalui transformasi yang dilakukan, kami mahu semua peserta berjaya, tetapi nampaknya pengundi lebih suka memilih peserta ‘underdog’ sehingga mereka terlupa mempertimbangkan mereka yang benar-benar berbakat.
“Mengenai Aril, dalam setiap konsert dia jarang berada dalam kelompok lima pelajar teratas. Biasanya dia akan berada di tempat keenam, ketujuh atau kelapan. Mungkin sikap dia tidak berjaya memikat hati semua penonton.
“Walaupun dengan ketiadaan Aril, saya yakin konsert mingguan ini kekal hebat kerana bakat pelajar lain terus menyerlah,” katanya.
Tiara berkata, dia dan tenaga pengajar tidak langsung membayangkan Aril akan tersingkir kerana dia pelajar paling rajin dan berbakat. Inilah ikon yang mereka mahu lahirkan dalam persada seni.
“Dia ada pakej lengkap yang sangat diperlukan industri, tetapi sistem undian SMS gagal merealisasikannya. Meskipun Aril tersingkir, saya yakin dia akan tetap jadi ikon,” katanya.
Berkongsi rasa dengan Aril, dia terasa akan tersingkir namun pada ketika yang lain dia cuba menafikan perasaan itu.
“Ada rasa macam hendak terkeluar, tetapi saya memujuk hati mengatakan tidak. Saya terima keputusan ini kerana penyanyi yang baik seperti Rubisa pun terkeluar lebih awal.
“Walaupun sedikit kecewa dengan penyingkiran ini, saya masih seronok kerana apabila satukan pengalaman luar dengan proses pembelajaran di akademi, akan menjadikan saya lebih matang.
“Saya terima kritikan Adlin mengatakan saya poyo, sombong dan sebagainya di pentas, tetapi itulah pesona yang diperlukan penyanyi apabila membuat persembahan. Kami belajar menonjolkan pesona sebagai penghibur, tetapi saya masih boleh seimbangkan ‘attitude’ yang ada pada saya itu ketika di pentas,” katanya.
Kata Aril, dia minat genre muzik seperti diperjuangkan kumpulan Padi, tetapi katanya tidak salah jika dia ingin membawakan genre muzik lain.
“Kalau saya hendak jadi ikon AF, saya mesti mencuba semua genre muzik. Saya juga boleh menari, tetapi Cikgu Aris (guru tari dan pereka tari AF7), membantu mengasah lagi bakat tarian saya. Ke mana hala tuju kerjaya saya selepas ini terpulang kepada AESB (Astro Entertainment Sdn Bhd),” katanya.
Berbeza pula dengan Ismaliza Ismail, 30, dan Mohd Hafiz Mohd Suip, 19, yang sering mendapat undian tinggi, tetapi belum ada ‘X-factor’ yang akan menjadikan mereka insan seni yang hebat.
Berada di zon selesa, persembahan Ismaliza tiada beza pada setiap minggu. Yazid ada sedikit peningkatan pada persembahannya kelmarin walaupun masih lagi penyanyi yang terlalu kedekut untuk mempamerkan emosi.
Afiq Hakim Ahmad (Akim), 18, ada keberanian untuk berubah. Manakala Claudia Fray Geres, 24 dan Siti Aishah Bujang, 18, masih terbelenggu dengan diri masing-masing.
END
thank you to real fans of hafiz who understood my average rating was judging by performance. for the rest yang nak meroyan.. lantak la. your emotions speak through your choice of words. suddenly everyone's an expert
Dear all Hafiz Fan,
Joe is right, last week performance was not Hafiz's best performance. Aril and Yazid were better performers last Saturday and are more derserving of the best student title.
This is what I meant in my earlier comment. I don't understand the criteria for the title. The award "pelajar cemerlang" should actually means "cemerlang" in all aspects. In the faculty and on stage. The final consideration should be how the student performed on stage.
Don't give the title for the sake of giving. Being a Hafiz fan, I feel insulted when he got the title that he does not deserved. The faculty gave him the title for "Hafiz's effort for the past week", come on weh..other students also gave effort ok... For me it is not fair..
Give credit when the credit is due, not to please "some" people (who the faculty shouldn't be bothered to listen to).
And to all Hafiz Fan.. be rational, be realistic.. Hafiz is a human and he is not perfect!!
-nano-
Aloha,
To those yg baru nak berjinak2 ngan AF kornag mungkin tak leh nak analysis trend mengundi....
Based on my analysis after AF 3, undi bagi bebudak AF ni bukan lagi bergantung pada kesungguhan fans, ianya lebih bergantung pada sape yg pengundi kat luar nak vote, depa ni voters yg duk atas pagar an depa ni biasa nya akan cuba selamatkan student yg tercorot & based on their performance.
Biasanye sebelum undi tutup sape student yg dok kat tgh2 tu yg dlm keadaan bahaya coz voters yg duk atas pagar ni terlupe nak vote for him eventhough performance dia dah bagus. Voters yg atas pagar ni harapkan Arilnye fans will vote all out for him. And it showed that Aril nye die hard fans tak besa aaa....
Cam mane AF2, bebudak tu dah ada fan base yg besar so, fans depa will all out vote, AF3 mawi nye fans beso gile sampai org dah malas nak vote, coz sah2 tau mawi nak menang...
Pikir2 kan lah....
Aloha
KJ...
takyah ar AFmasuk.... haku tak kisah pon kalo takde...sbb aril ttp best wpon tak digelar jore AF...
sayang aril ketat2 ..wakakakaka
Nie cuma pandangan aku je laa yer..
isma nye persembahan agak kureng mybe time video kejutan utk dia tu, bukan sbb suami dia tp sebab anak2 dia..biasa laa beb hati seorg ibu kalo anak sorg dua x terasa sgt tp nie 5..mau x meroyan rindu gile ngan anak2..lagi2 ank2 dia masih kecil..lepas gak ridu dia kat ank2 walaupon tgk kat video jer..kat knsert x leh bwk budak2..
tapi kan nape aku rasa best jer persembahan dia time nie.berbeza lak dgn pandangan orang lain huhu.
Hi Joe,
I strongly agree with what mentor_hafiz wrote in the previous comments. And thanks for your kind compliment to that comments too.
The fact is, not all Hafiz are so-called "meroyan"...we hate it when we are being stereotyped as rude fanatics fans of Hafiz.
But then I came to think that people always remember the bad deeds rather than the good ones. But somehow there are also a lot of Hafiz fans out there that are as humble and as intellectual as Hafiz (it shows in http://hafizfc.blogspot.com/). In this blog we are not allowed to "kutuk" other students.
We do appreciate your comments and accept it as we know that there are even bigger challenge for Hafiz in the real Malaysian music industry.
To all Hafiz fans, we beg you to stop all this nonsense/bad comments. Just accept it when people condemn Hafiz, instead fight back with your AFUNDI10 HAFIZ.. =)
~HaPeace~
Bosan giler tu asik dgr hafiz hafiz hafiz....
Post a Comment