Wednesday, April 15, 2009

Caramel

Aku da lama tak gi tengok wayang. Well, not that long ago, but since I can't remember (not a sign of old age tau tapi tanda kesibukan ya amats), so anggap je la lama tak gi nonton.

Tu lah aktiviti terbaik tuk lepaskan stress, ataupun untuk menjauhkan diri dari anasir-anasir negatif. Merasalah escapism.

So abih keja, terus gerak tadik pick up si Juan, and then ke 1 Utama jumpa Jue dan Faz yang baru abih shooting promo tuk Anak Wayang. Merasalah ko Faz masih moka bersolek pas shooting. Hah... just saja iklan, sapa nak jumpa Faz, jangan lupa ujung minggu ni Sabtu dan Ahad, ujibakat terakhir kat SACC Mall di Shah Alam. Datang beramai-ramai ek.

Tolak tepi pesanan penaja.

So we watched Caramel, a movie I knew nothing about. Tengok moka blur memasing senyum beria padahal tatau apa apa pasal filem ni apart from the fact that it won something at Cannes in 2007.




Note to self! Lain kali nak cam whore, jangan pegang camera dongak ke bawah camtuh sebab nampak double chin melampau lak! Aiyo! Nangis tol pic ni! So anyway, the movie started and what can I say... seriously, it was a Lebanese chick flick... but not too light, with many layers of emotions that strips away if you actually decide to do some thinking.



Caramel or سكر بنات, is a story about five women who are all connected, who have to deal with unconventional love (Layale is in love with a married man), tradition dan taboos (Nisrine is no longer a virgin, and worries about it when she's about to get married), sexuality (Rima is a budding lesbian), definition of beauty in the public eye when it comes to age (Jamale is desperately trying to be an actress and constantly worries about the effects of her age), and familial duty (Rose, an elderly woman who finally find love but is bound by duty to choose that or care for her mentally unstable (and extremely funny) elder sister).

This is the type of movie that you can kick back and relax to, but may need just a little bit of thinking compared to the average movie. Definitely would go and see again, though the start may be a little slow-paced. Come on and be like yogurt and have some culture in you, people! Memang kena layan subtitles, but it was worth it.

Tapi seronok, pas melantak kat Chilli's then movie, then Pelita. Dapat ler unwind. Terlalu benda negatif yang effect aku pun tak guna.

One thing I am happy about is, while dulu aku dulu shuttle between two homes, kat Klang ngan orang tua aku, and skali ngan my sis kat Bangsar, aku bakal ada alamat baru!

Since akak aku da kembali dari Jakarta lepas bertugas sana untuk lapan bulan, dia pun da beli condo kat Mont Kiara, belakang je dari Mont Kiara. Actually ujung minggu lepas on Friday da gi usha, and me likey! Besau gila dan kawasan condo mewah dalam kawasan expat. Me extra likey! Merasalah housewarming da kena plan dari skang - matilah aku!!!

Yang penting, tempat lepak semua dekat. Seberang jalan je ke Hartamas Square, so pasnih mungkin Kelab Pelita akan tukar lokasi kot. Matilah! Ok la gak sebab Uncle Don lama da kena takeover by Pelita!!! Amik ko!

View of the neighbouring condo dari balcony bilik aku


Seberang jalan da lepak area


Aku tak sabar pindah masuk sebab akak aku planning dalam Mei 1 nak move in. Yeay yeay! Kita da plan memacam. Seb baik aku ngan dia memang pala sama, so no hal la.

Ari ni gak meeting date tak dapat set ngan client sorang dari syarikat televisyen satu agik sebab pala kat Manila, so kena tunggu dia balik. But anticipation sangat. Ada rezeki, ok jerk.

Also rancangan tuk side business pun da mula mengambil bentuk. Planning memang pas Akademi Fantasia nak cuti, tapi tatau sempat ke tak. Banyak sangat benda lak nak take place pastuh. Sah company akhirnya akan terbentuk tak lama lagi selepas kena tunda disebabkan memacam complications.

Anyway balik je melekat terus layan Diari.

Heh... kan aku da cakap ngan korang, ulat air jadik fokus hari ni. Kesian gak bebudak. Meka tak de la pengotor ke apa. Tanyakan mereka, stoking tukar tiap hari, ubat pakai... tapi tetap infection bagai. Yerlah pakai kasut sampai 11-12 jam kekadang dalam keadaan air-con, kering, tapi peluh kaki sampai benda lain yang mula tumbuh dalam tuh. Bau takyah cakap la... ewwww!!! Especially when da luka ke melecet sebab rehearse nonstop.. apa agik.

Aku masa layan meka tengok kaki memasing nak pitam!!! Nangis! Semua dak laki da kena. Yang si Hafiz je selamat.. sikit. Sebab dia pun da kena, tapi baru nak start.

Apapon, apa orang nak cakap kan... dari segi semangat aku rasa cam da final da. Meka ni kali ni, seriously semangat kalahkan SEMUA musim Akademi Fantasia lepas. Cikgu Syafie dan Cikgu Siti Hajar pun kagum ngan semangat kesemua lapan pelajar kat dalam Akademi bila sembang ngan meka tadik as we watched the kids practise the new choreography tuk Menuju Puncak.

Eh aku meroyan apa lak nih. Anyway tadi ada tamu ke dalam Akademi tau. Tunggu esok nak tau sapa. As usual ada pics, so wait for that ler.

Ok ler... korang layan Diari kalao lum tengok. Aku nak layan ubat dan tidur sat supaya leh recover. Badan sengal smacam.


PS - Masih jeles gigi Aishah dan Claudia.

PPS - Some people ni hati batu. Apa yang dikongsi kat Diari meka masih pikir burok walaupon some of the sharing there is to enlighten fans who these kids are.


4 comments:

naperlah diari tu asyik tunjuk citer yazid jer seolah olah yazid sorang jer kt lam akademi tu ..
tunjuk citer bdk lain lak xder la boring ....skrg dah mls nk lyn diari yazid tu .

morning Joe, nak tgk latihan MP pls, smlm tak sampai seminit pun ....

prolly becoz derang tak menarik utk ditonjolkan atau kl tunjuk cite derang bosan kot? but thats just my humble opinion.
jgn melatah.
joe, plis...aku dari tak nyampah ngan hafiz (i voted for him u know..), dah nak jadi nyampah becoz of some morons yg ckp cikgu2 pilih kasih.
im sure they are not!..
aku skt je lagi ni naik meluat ngan pengurus yg ada dua orang artis yg agak suam2 kuku dah tu. dia dok kasi panasssss je.

sabar je la. dari dulu AF sama je... orang yang mencarut je berubah. dan musim ni berubah pada yang tatau pe2 pasal AF, jual sentimen murahan, dan memang ada agenda. sabar je la ek...