Tuesday, March 28, 2006

klubbkidd tak kisah...

I know I've been bloody lazy in not updating my blog. Memang takde alasan...memang malas gila babas nak tulis per per dengan segala kesibukan over the past week. Bukan takde benda yang aku nak posting...but everytime aku online...somehow takde mood nak update. But anyway, I will try and recap how the last few days have been.

Let's begin...

Friday
Aku tak tidur the night before...so memang again as usual, swollen eyebags. Sebenarnya ngantuk kekurangan tidur sudah beberapa hari ni...but takut nak tidur sebab terlepas rombongan ke Singapore for Anugerah Planet Muzik.

Kalau orang lain naik kapalterbang, kami yang dibawa oleh Mediocorp Singapore hanya disediakan bas jer...ok ler tuh.

So kompol ler depan MUI Plaza, office Warner Music yang lama. The label dijadikan local organiser, appointed tak silap aku by Beyond DDB tuk jaga kami ke sana.

Patutnya kami lepas kul 7am, but because ada ler bangsa lambat tiba, we only left by almost 8.30am.

Naya je aku lari cam orang gila tuk catch a cab dari office, where I left my car.

Dahler dok teksi tu...aiyo....seriously!!! Why do they put those cheap perfumes la. Pening tau! rasa loya pon ada...

The trip was ok...slept some parts of the way, and mengumpat the rest, so before we knew it, dah nak sampai.

The worst part was masa in the city da, sakit perot lak. And for the first time, I saw my first traffic accident in Singapore, yang menyebabkan traffic jam manjang menjalar.

Great...at a time when aku rasa my ass is about to spurt the past few meals.

In the end, sampai je aku lari masuk. Eeee!!! Mencinya Singapore! Toilet paper only!!! Erm...sori ek...but my grandma memang ajar chebok jer. (Ni pun jadikan bahan posting ke???!!!)

By the time check in, dok tak panas bontot pon, it was time to get ready to go to the venue sebab takut kami dari Furama, our hotel tu, tak sempat kang with the jam and all. Vernon sekali ngan Nikki dan sorang agik kawan dari Singapore jenguk kat bilik, sempat ler wish good luck.

When I got down, the first batch of Malaysian artistes (delegasi artis dan wartawan Malaysia dok hotel sama) dah berlepas.

The second group naik satu bas ngan kami...so sekali ler ngan Fazley, Vince, M. Nasir dan Marlia Musa...ramai ler.

I slept almost the whole journey, bila terjaga je, found out the bus had taken a wrong turning. Masa tu dah kul 8pm. We had half hour to get to the venue, which was actually only five minutes away, tapi sebab sesat amik salah jalan...Lord knows bila kami nak sampai.

Tiba-tiba semua jadik ler navigator. Abang nasir, kak Marlia, si Mat dari Warner, Aman dan Mahen dari Maestro....aiyo...aku dok celah semua orang kat depan sekali yang naik pening.
Finally we get there, dan turun backstage. Antara orang pertama aku serempak sana bebudak Peter Pan (YEAH!!!), Ratu, V.E., Ahli Fiqir...ramai gak...

We make a dash for the seats to watch the show.

Aku takkan ler review show cam pakar analisis, but I will make several comments berdasarkan pemerhatian apa yang berlaku kat sana ek bagi mereka yang hanya tonton di TV saja.

First of all, sound memang HANJENG kat sana. It was horrible, no thanks to the bad acoustics of the hall itself. Memang sound engineer punya nightmare siot! Kalau aku kena set up tempat camtuh, aku bunuh diri terus, Bergema satu expo hall tuh.

Ramai artis pon mengadu monitor speakers (ni speaker yang kat pentas tuk artistes hear themselves) ada problem. Tu yang ada performer yang mungkin tenggelam timbul atau tak dapat memberikan persembahan sepenuhnya. Ini bukan alasa tuk kata Nikki did well, tapi kerana kekurangan pengalaman....memang lum agi arif nak budget vocal dia.

Rossa, Ratu, Salma....ramai yang menghadapi masaalah yang ramai mengutuk mengatakan kekurangan.

Sometimes I guess you have to consider the problems with the set up. Lain lah kalau JATUH microphone ke, tukau rap pakai lagu Mengerti ke...(aiyo...sorry Adam)

But all in all, aku rasa performance malam tu semua bagus walaupun ada cacat cela. Even Ratu pun aku enjoy walaupon meka sumbang....kelebihan mereka ler tuk aku is their dressing.

Memang ler ada yang kata tak sesuai ler...buruk ler...but the harajuku inspired look was a thumbs up for me. Kalau Gwen Stefani ker Pink ke Christina Aguilera ke wat...we love it. Tapi sebab two girls from Indonesia wat...kenapa ler nak kutuk. Hish...double standards....

But the very reasons orang menci their show...were the ones that made me like it!

Even part yang "ah ah ah ah aaaaaAAAHHHHH!!!" Memang hanjeng tapi kelakar...

Oh, korang perasan kan trofi Ello jatuh kan? Let me tell you a secret.

HAMPIR SEMUA artis punya trofi tanggal siot globe tuh. Abang Loloq kan menang dua, satu tuk Lifetime Achievement and one more for Aduh Saliha skali ngan abang Nasir. Aku jumpa dia kat belakang, dia tengah pegang globe je while dia punya kawan pegang kedua tangan. Gelak siot...

Yang kelakar nya...memang trofi dia murahan. Globe tu, paperweight sebenarnya yang di sombat celah tangan tuh, both of which are made of plastic. Adus...pathetic!!!

And it gets worse....sampai abih event tu, kami pon gi ler send story balik kat Kuala Lumpur tuk berita....sekali ngan kawan-kawan dari Berita Harian, Harian Metro, Kosmo! dan Utusan...

Pastu kami gi ler post party. What the f**k!!! The worst post party ever. Tak pernah aku gi post party tuk artist dan media yang setakat curry ayam dan cincah roti putih sekali ngan air gula (must have been some cordial...tapi takde rasa kecuali sugary!!!)

Gelak laa camni.

Still kalau orang pertikaikan kewibawaan APM, rilek la. Ada yang kata tak prestigious sebab Mawi tak menang...rilek!!!! Sebelum tu, semua semangat kata kalau menang bangga...takkan kalah nak kutuk. Rezeki masing-masing....

Sampai kat paper pun, ada yang sibuk kata anugerah nyamuk. Hanya sebab Mawi tak menang. So kami tau ler fanatik ni bukan je dari golongan peminat tapi yang kononnya profesional.

Kalau difikirkan secara positif, I would say Mawi did good at APM, so kenapa peminat nak marahkan APM sebab dia tak menang paling popular. Janji show dia, and sekali ngan Taufik, memang one of the best shows of the night.

Yang penting...walaupun Nikki tak dapat pencalonan dari AIM, juri dari tiga negara iaitu Malaysia, SIngapura dan Indonesia tetap iktiraf dia Artis Wanita Baru Terbaik.

Benda that made it more special, kak Adibah Nor, mai backstage je, peluk Nikki ucap tahniah. I know Dibah...dia honest about her feelings, and for her to come up and hug and tell Nikki she deserves it...and lantak laa apa pun orang nak cakap atau buat sebab dia tetap berbakat....it was so touching. I hope Dibah sweeps AIM sebab dia sorang je aku rasa layak gila babas come this round yang penuh ngan ...!!! You go Deebs...we're there to cheer you on!!!
By the way... aku nak thank EVERYONE yang SMS me the congratulations for Nikki's win as Best New Female Artiste.

Sorry ler...aku try balas sebanyak yang boleh, tapi ngan satu SMS RM1 kerana roaming, and masuk lak berpuluh, aku tak sempat balas semua, SO THANK YOU EVERYONE FOR THE KIND WISHES!!!!

So anyway, pas jamuan yang memang SEDIH tuh, kami balik hotel. Dari sana, gerak sekali ngan Vern, his friend and Nikki, Rohila dan Anuar Zain, member aku Rudy...and sorang agik aku tak ingat (sapa ek??) gi carik makan. Tempat kami tuju tutup, so we headed to Arab Street, dekat Mustaffa Centre sebab tempat tu je senang cari makanan halal.

Serempak ngan geng wartawan lain dan team Warner Music. Pas makan, jalan kat Mustaffa beli-beli barang. Aku memang budget tanak beli apa-apa sebab semurah kat sana pun, aku tau mana lagi ada barang yang more discounted kat Singapore.

Lepas jalan sampai sakit kaki, we lepak for a drink, sampai 5.30am. Aiyo...berat kepala aku...tapi seronok....aku paksa meka semua balik hotel sebab aku cadang nak bangun awal. Saturday is my mom's birthday, and aku nak balik ngan hadiah yang aku nak cari kat Orchard Road. Sampai je kat hotel...KO!

By the way...sori tak banyak amik pics sebab kelam kabut kerja dan kejar masa...

Saturday.
Janji ngan abang Bad nak jumpa dia kat Orchard Road kul 10am pas aku breakfast kat hotel. Kira sempat sebelum dia naik flight tengahari and aku gerak dari hotel bersama rombongan at 2pm.

Tapi segala perancangan terpaksa diubah pun da. Aku dikejutkan my boring room mate kat hotel tu 1.15pm!! F**k!!!!

Terus lompat bangun, campak semua baju dalam beg, packing...and then mandi and cuci muka and got ready.

Was at the lobby by 1.30pm untuk mulakan 'Amazing Race' aku nak beli present mak aku yang aku cadang perfume.

Kat keta, baca mesej abang Bad dua tiga tuh....aduh...rasa bersalah, tu laa pasal kalau mai hotel kejutkan kan senang (mati lah aku kena maki ngan abang Bad!)

Sampai Scotts Road, belakang Orchard Road at about 1.38pm. Terus lari lintang pukang ke tempat (rahsia) yang aku beli perfume selalu.

Tengah pilih perfume, tengok jam...ya ampun!!! Dah 2.08pm! Patutnya kami jumpa kat lobi hotel nak bertolak balik Kuala Lumpur at 2pm. Tapi with excellent timing...ada orang panggil aku. Lor!!! Ahli rombongan aku semua pun kat sana!!!!

Meka pon shopping perfume sana rupanya....so aku terus relax ler. Syazwan join aku, manakala yang lain gerak balik ke hotel. Ada ler masa nak shopping lebih.

I ended up buying two bottels of Boucheron Jaipur yang memang takleh dapat kat KL lagi for S$40 each yang 100ml, one Paco Rabbane XS 100ml for my sister at the same price, and one Hot and one Cold from United Colours of Benetton for S$9 and S$10 respectively. Also got one Ralph Lauren travelling bag (ori ok!) for only S$16!!!

All in all aku belanja S$155 atau lebih kurang RM355 and got five bottle or perfume and a travelling bag! Hah! Kalau harga tu, kat Malaysia, Boucheron Jaipur tu (kalau ikut harga dulu kat KL) pun da lebih for one bottle.

Pastu aku dan Syazwan lari ke one more mall (nama tempat dirahsiakan lagi) untuk beli tali pinggang yang Aznil pakai tu. Aku da lama da target benda tu, tapi sebab Aznil da pakai, geram tengok...nak gak no matter what. Found the shop thanks to the directions from a Singaporean friend malam sebelum, and beli. Tali pinggang LED tu leh program and store sampai six messages, each up to 255 characters.

Harganya? S$65 atau lebih kurang RM150. Murah gila! Sebab dia sekali bagi tali pinggang leather, dua pasang bateri dan juga manual tuk programming the belt.

Dari sana, we jumped into a cab back to the hotel. Would have loved to shop some more tapi da memang lewat.

Sampai kat hotel, ada yang marah, sebab lambat...tapi sebenarnya jeles je sebab meka tengok kami masing-masing sarat ngan beg shopping (Syazwan bak Zara lagik ok!)

Perjalanan kami was ok...but I spent most of the time programming the belt. Reached back KL about just before 11pm, took a cab back to the office, grabbed my car and sped back home.

Sempat jumpa my parents before meka tidur, and gave my mom her two bottles of Boucheron Jaipur.

Went out for a drink ngan orang kurang siuman dan kak Kiah untuk cita pasal trip Singapore, and then balik KO!.

Sunday
Bangun lambat, changed and went out to buy a brithday present tuk Akma.

Rush ke Marriott Putrajaya where the party was being held.

Ikut hati nak terus sambung tidur, tapi sebab takut neglectful parent dan angklung da ada kat sana by the time aku sampai Puchong, there was no turning back.

Yang pentingnya keduanya posing je kat luar ballroom masa aku sampai. Nak marah ler tuh.

Apa lagik...aku teruskan kuasa aku!!! Terus tekan ON switch kat tali pinggang yang terus mengeluarkan kata-kata "HAPPY BIRTHDAY AKMA - FROM JOE @ KLUBBKIDD -> HTTP://KLUBBKIDD.BLOGDRIVE.COM"

Tapi puji dua saat je, pastu kena carutan sebab promosi blog (jeles nya meka ni)

Then perasan, abang Bad bak anaknya yang glamer, siapa lagi kalau bukan AIMAN!

Korang selama ni dengar je kan suara Aiman...kecuali kalao korang selalu baca blog Bad, you would not know how Aiman looks like kan? So here's Aiman ngan daddy dia....dan dua uncles dia, sorang yang sama comel cam dia, dan sorang agik yang perasan muda.

Yang pentingnya, harus laa "Aiman tak kisah...uncle pierce cam orang gila". Gelak tul kalau dia cakap camtuh kan...but of course he didn't lah...but unlike most kids, he wasn't freaked or even cared about the piercings or my tattoo. Cool kid! Patut ler dia dapat jadi centre of attention. Sapa star skang? Harus ler tiba-tiba jadik function Aiman je. (gelak gelak gelak)

Tapi ada lak yang capitalise atas kepopularitian Aiman gaks.

Si Muzaffar lak, erm...pandai lak...bak Aiman ke hulu hilir cam uncle baik...erm...rupanya umpan tarik perhatian sebab budak tu lebih star dari dia. Muahahahaha....matilah aku kena ketukan angklung!!!

Yang pentingnya kan ada gambar 'happy family' kan, you all? Kalau nak tau gambar tuh, caption dia patut, "Aiman tak kisah...tapi kalau nafas busuk tetap...aiyooo!!!". Muahahahaha....ampun Tuanku....beribu ampun!!!

And selepas those pics, kena laa ada gambar proud father yang rajin usung anak (tapi tak gunakan budak tu tuk populariti sendiri - ampun Tuanku!!!)

Kalau nak tengok pics atau baca story pasal Aiman, ni official page Aiman FC, yang dikelolakan oleh papa dia sendiri. (aiyo...gelak sampai sakit perot nih...)


Sori ler kalau ada yang tegur aku tak kenal sangat, tapi ramai sangat warga online ni sampai kekadang cuba nak ingat pun takleh....tapi bukan atas dasar umur ok! Apapun, pose ayu dari dua orang sebelah ni ngan Akma dan ern...yang posing sembelit ke bisol terpicit kat sebelah for all of you.

It was a fun, pink, red and white bash. Thanks so much to Akma FC, keluarga Akma and Akma sendiri for the great time. Hope this birthday brings about another year, filled with success.

Aiman was sent home while moi, abang Bad dan Muzaffar went to have a drink kat IOI Mall. Aku terpaksa gerak awal sebab nak rush balik ofis hantar story Anugerah Planet Muzik untuk entertainment lak.

Selepas habis, keluar ngan member makan sat, then back in the office by about 3am. Sambung kerja until about 10am.

Pas complete semua balik KO!!!

Dapat panggilan belah malam, Nikki akan on air kul 11 malam kat xfresh fm. So headed over to Astro after dinner.

Sampai jer sana, serempak Zahid dan Aypol tengah borak ngan geng RuffEdge. Zahid baru lepas kat ERA while RuffEdge baru abih interview kat xfresh.

Borak sat, then we all gerak. Zahid kata dia nak lepak congratulate Nikki tapi sebab dia kena rush balik dia mintak aku je kirim salam dia.

Aku lepak sat online kat lobby, Vernon and Nikki pun sampai. Terus kami naik studio. Lalu studio ERA, nampak bukan je si Nila dan Reza seperti biasa, si ZZ pun tengah lepak sekali. Masuk kecoh jap, pastu gerak jumpa si Adi dan si Julia lak kat xfresh.

It was quite a great interview, and better sebab Zahid yang tengah on the way balik rumah (ke dah sampai) leh call up. Tapi kita semua tatau tu dia, dia kepit suara, dan kata nama dia Ahmad, umur 36 tahun. Memang suara psycho!!!

Tergelak sampai tergolek kat lantai bila dia gelak tiba-tiba kami cam.

Setan punya budak...ihik. Siapa yang dengar xfresh semalam dapat ler dengar meka duet live, ngan Nikki kat studio dan Zahid dalam keta (ke rumah).

Gi ler ke site xfresh kalau nak tengok pics geladat masing-masing dalam studio time tuh. Aku sempat ler take a few pics...tuh si Julia posing ngan tropi APM...meanwhile yang Adi skali ngan Nikki tu...since Adi takde trofi, amik ko penggantinya botol air mineral.

Leh jadi duta mineral water ler pasni...

Abih je, kami gerak ke ABC kat Desa Petaling. Nila dan abang dia, Julia, ZZ, aku dan Juan.
Jeles ZZ dengar pasal shopping kat Singapore. Yerlah ZZ....lain kali ikut aku. Ko feeling nak aku mai carik ko ajak perhal. (Muahahahaha)

Balik KO terus....seperti biasa (but not before tengok America's Next Top Model!)

Tuesday
GAJI LUM MASUK LAGIK!!!

Damn....nak wat keja pun tak semangat. Ni update blog dulu....nak ciao. Patutnya hari ni lepas ke Jakarta nak interview Ada Band, Dewa, Gigi, Padi, Cokelat, Ari Lasson dan Ungu untuk show Pesta Malam Indonesia pada 15hb nanti di sini...tapi lum confirm lak si organisers dan sponsors ni.

Bangang...nak gi Jakarta!!! Rindunya!!!!!

Okler...esok aku update lagik...juling aku nak baca..apa lagik korang...

0 comments: