Setelah jalan-jalan for the past few days, finally I'm back in good 'ol Kuala Lumpur.
Semalam sampai jer rumah, beshnya rasanya dapat bantal bucuk sendiri....kat bilik sendiri...tidur tetap paling lena kalao at home...
Anyways, starting the story on Friday...aku masuk opis dulu, sebab cadang tanak take the bus with the rest of the kids to Melaka.
Aku patutnya ada meeting ngan the section and the new boss at 4.30pm, so budget cukup ler masa nak sampai sebelom show meka start lebih kurang 8 lebih malam kang.
Sampai 4.15pm, boss masih ada prev ious meeting on, aku da risau. Mana taknya...jam beb!
Dahler ari Jumaat....waktu peak hour lagik tuh. Hish...
So mintak izin to be excused from the meeting, gerak dari KL about 4.30pm.
Drive sorang ni...besh gila sebab leh layan pala. Road trips are fun in a group with your best friends. But taking one on your own rocks because you work on your own schedule without anyone nagging you that it's running late...that you took a wrong turn...etc.
So bertemankan CD Republik Cinta dari Dewa, Maharani dari Nikki dan juga album Ratu & Friends, I set off.
Sampai Melaka, call ler adik aku tanya mana lak hotel budak-budak menginap. Kami dok kat Grand Continental...tak susah sebenarnya lokasi hotel tu sebab da beribu kali lalu sana. Tapi sebab tak ingat...dan sebab adik aku bagik salah direction, setengah jam pusing cam orang gila mencari tempat tu. The best thing is aku pusing pun area tuh gak. Damn!!!
Sampai jer aku check in ler...bilik aku satu floor ngan bebudak semua...so dalam perjalanan nak masuk bilik, serempak ngan Yazer, Felix dan Ekin.
Cuci muka tuka baju je, turun balik bawah tuk ikut bas tuk membawa kita ke Melaka Raya. Sampai tu aku disappointed sikit sebab crowd tak semeriah masa tour Akademi Fantasia II kat lokasi sama.
Kalau dulu melimpah sampai keluar ke jalan, kali ni cam ala kadar je...ramai lak merungut sebab Mawi takde sebab ada show kat KL, dan Marsha lak tak leh ikut sebab tak sihat.
Terus tak semangat. Dahler tempat belakang pentas kali ni sempit dan panas...so aku lepak jalan-jalan kedai, last-last melantak ais krim je ngan Along dan bebudak dancers.
Lepak ngan adik angkat aku si Aidil dan awek dia skali...sampai abih show.
When we were done, adik aku hantar girlfriend dia balik rumah, then joined us lepak at the hotel. Sekali ngan geng bebudak Maestro dan security Astro kuar makan kat mamak berdekatan. Sampai jer balik hotel, hantar barang-barang yang dikirim Amylea ke bilik dia.
Last-last...keluar sekali lagi ngan dia, Ekin dan Reza gi 7-Eleven beli bekal sikit.
Spent the remainder of the night lepakking in bilik Maestro ngan the gang before balik tidur.
Pagi, semua bangun lambat...letih siot! Travelling ni memang memenatkan walaopon bukan tuk jarak yang jauh.
After breakfast, (yang semua cam zombie...semua pakai spek itam je nak cover eyebags) kami semua gerak serentak. Aku drive dalam setengah jam, ngantuk sangat, stop by rest stop kat highway dan tidur sat. What was supposed to be a short nap, lasted about an hour!!!
Sambung journey aku to JB...called a few friends for directions nak ke M Suites mana kami menetap. Senang je rupanya...dekat Danga Bay je. Nyesal lak takde yang bagitau kat area sana, sebab ikut highway kuar kat JB exit. Lagik senang kalao ikut exit Senai.
Bangap! Buang masa je.
Aku sampai bak beg semua je, rupanya tour pun sampai baru kejap. Lor rupanya takde ler meka lead sangat sebab meka pon sempat stop beberapa kali.
Campak beg dalam bilik lepak sat tengok area. Had a shower then kuar with Along dan Mukhlis gi shopping. Bukan shopping apa sangat...terus gi attack bundle kat area depan je ngan City Square.
Aku ni memang hantu bundle...cause you really never know the kind of stuff you're gonna get there.
Beli gak sepasang jeans Ralph Lauren tuk RM12. Cutting cantik siot. Pastu redah City Square, aku beli sepasang kasut Nike (ala...under license nya) tuk just RM80. Yang aku suka pasai kasut ni...memang unique ler...very the Colours of Rangoli!!! Sponsored by Alagappas lagik!
Nak gerak balik hotel, kami bertiga berkumpul...rupanya masing-masing banyak gak beli barang.
Went back to M Suite, then got ready to go out for the night's show in Plaza Kota Raya.
Masa berkumpul kat lobby, baru serempak ngan Mawi. Rupanya dia pun baru sampai dari KL naik flight. Dari Senai, direct ke hotel bersiap. Sempat sembang jap before we all got on the bus.
Sampai kat Plaza Kotaraya, we all were escorted ikut pintu belakang ala loading bay.
Ramai gila rupanya berkumpul kat area belakang pun. Cam tau je kami ikut jalan tuh....
Masuk je terkejut beruk sebab ya ampun....nak roboh rasanya Plaza Kotaraya! Ramai gila orang siot. Sampai bermacam haruman dapat dicium. Reminder : go buy an additional bottle of perfume for the night.
Yang sialnya...backstage area dia organiser tak kemaskan. Semak! Last minute baru nak clear kan. Dressing room lak cukup muat stakat enam or tujuh orang...kena muatkan bebudak tuh, dancers, make up artistes, aku...bebudak Maestro. Aiyo!
Aku apa lagik...amik kesempatan merayap ler go shopping one more round. Tapi tengok-tengok Plaza Kotaraya ni sodih ler...takder benda pon nak shopping ke haper. Bukan nak kutuk, tapi cam tempat tu pathetic ler sikit for shopping. Plaza MPK kat Klang pon ada lebih benda (and that's REALLY sad!)
Yang aku paling kelakar sekali...episod yang terjadi, si Mawi sakit perut. Mamat tu da nak lepas da load dia. So security kena laa kelam kabut siapkan jalan bak dia ke bilik air. Aku jadik ler scout usha lokasi bilik air, pastu lepak sana je (sebenarnya alasan nak isap rokok...sebab mula-mula takut nak isap rokok dalam kompleks)
Masa meka bak Mawi, nak tergelak aku. Seperti biasa, ada peminat ler yang overdose sampai marah-marah bila tak dilayan, "Mawi sombong!"
Rilek ler kak...kang budak tu terberak dalam suar dia camno nak wat show kan?
Pas kejap, Kefli pon join kat bilik air...rupanya dia pon emergency.
Masa meka bak bebudak balik, aku lepak je kat belakang sambil gelakkan aksi bebudak yang melampau tarik-tarik baju Mawi.
Sempat ler wat lawak ngan bebudak Maestro, ni jap agik mesti ada peminat masuk bilik air, carik 'sample' yang ditinggalkan Mawi. Samade wat koleksi (tahap gaban punya fanatik) atau gunakan sebagai sample DNA (mana tau anak dia leh masukkan DNA tu supaya serta merta ada aura)
Lepak balik kat dressing room, bosan abih...tunggu show abih.
Melvyn mintak marker dari aku sebab ada budak nak sangat autograph Mawi. Aku pas amik balik marker aku...pass kat Mawi mintak dia tinggalkan kenangan ler kat dinding dressing room yang da memang ada graffiti.
So aksi vandalisma bermula. Ni ada sample-sample apa yang ditulis bebudak. Pas Mawi abih, si Felix lak gatal nak gak scribble on the walls. Followed by Yazer, Reza, Ekin, Amylea, Elliza.
Aku pun join sekali aksi vandalisma...ala...sebagai kenangan...lain kali kalao gi sana siap ada tarikh...leh ingat penah gi sana kan...kalau sempat, usha ler dressing room belakang pentas utama concourse area Plaza Kotaraya. Kami semua gelak tengok Mawi nya...bukan sebab apa.
Terbayangkan kang mesti ada yang mai kopak dinding dressing room sebab ada autograph Mawi.
Anyway...it was nice sebab jumpa sorang pembaca blog aku, si Ekin and member dia yang mai tegur. Cool! Seronok dapat jumpa-jumpa kengkawan, nakaltitude dan Linkeen, yang membaca blog aku ni yang tak seberapa.
Sempat ler sok sek ngan meka...skali ngan amik pic tuk Linkeen. Kalau nak tengok pics bebudak sekali ngan mereka berdua ni, drop by their blog. Tu aku dah linkkan...nice meeting you guys!!!
Abih show, kami di minta naik ke tingkat atas. Organiser kata ada makan. Kami da was-was. Biasalah kalao kata bab makan-makan ni....kalau sepanjang tour, tak penah ada yang dengan niat kesiankan bebudak sebab tak makan.
Masuk je ruang makan...terbukti kerisauan. Rupanya organiser da panggil kaum keluarga dia tuk private meet the fans session.
Apa lagik...bebudak pon tak dapek ler makan sangat. Mawi yang paling teruk keadaan...baru nak jamah jer...ada yang sibuk, nak amik gambar laa...pose ngan anak ler.
Bebudak lain sorang-sorang pon kena. Bukan apa...nak autograph...leh....nak gambar...leh....tapi tunggu ler orang makan.
Tak ke kurang ajaonya tengah orang makan menyemak mai kaco. Walaupun peminat ada hak pun...bertempat lak. Budak-budak tu manusia gak...tau lapar. Thankfully...it didn't last long.
Stayed about 15 minit je then terus gerak for the bus. Happy banget dapat be on the way back to the hotel. Malas tul...aku nak tolong sorang akak tu, amik pic dia bersama Yazer, lelebih lak mintak aku ikut dia..."tolong akak...amik pic akak ngan Mawi...pastu ngan Felix..." Amboi!!! Banyak cantik muka! Ko hengat aku photographer peribadi ko ker, kak oi!
Sampai hotel malam tu, lepak bilik sebelum decided nak party kat bilik bebudak Maestro.
Next day, tengahari kami da gerak ke Kulai. Aku mintak maap kalao ada yang terasa...tapi slama ni aku memang ingat Kulai ni very the kampung.
And it's partly true....seriously because of the crowd who seemed to be gawking at my piercings. But ohmigawd....gila babiks punya beso gak IOI Kulai ni. Again....don't think much of the retail outlets...
Sampai jer...aku head to KFC nak melantak sebab kebulur tak makan breakfast or lunch agik. Pastu jenjalan kedai-kedai sana sambil menunggu show bermula.
Whole show aku lepak backstage isap rokok je. Bukan apa...tapi sebab aku da kerap ikut bebudak...maybe their show da tak happening lagik bagik aku sebab tu.
In and out onstage they went....and celah sapa tak perform tu, kami naik gila amik gambar memasing, as well as gambar sendiri. So each person keluar ler handphone memasing nak photo session! Then it was the finale...and then the autograph session.
Ada satu benda aku nak tegur...kalao peminat over...ok ler...nak salahkan sapa kan? Tu yang disediakan security tuk bebudak...to protect them kalao fans overreact, which they usually do. Tapi camno lak kalao security sendiri teruja sangat sampai lupa tugas.
Kesian gak security pun...ada yang minat dan semestinya nak amik pic kenangan ke pe per kan...tapi kekadang overdose. Kat Johor ler paling teruk. Security bukan menolong...malah menyemak! Yer yer halau orang pastu meka laa yang dok sibuk nak gila glam. Haiyo!!!
Ni ada pic satu akak RELA ni...aiyo...keja kak...keja...
Kesian bebudak Maestro dan security Astro nak layan....
Again, we were told ada makan-makan dari organiser.
Katanya meka tutup Marrybrown, buat majlis jamuan tuk krew Akademi Fantasia kat sana. Tapi bila sampai...penoh lak dalam Marrybrown tuh! Tukang sponsor nama je wat jamuan, rupanya bukan private function!
Siap caj RM25 semeja of four people! Penoh gila babiks dalam Marrybrown tuh.Kesian lak meka bayar...tapi memang takde business arrangement seperti yang organisers janjikan konon RM25 tu makan minum dan dapat bergambar dan mintak autograf bebudak Akademi Fantasia.
Lagik satu kes orang amik kesempatan...
Ada peristiwa kelakar laa terjadi masa kat Marrybrown ni. Fastfood ni ada mascot ala ala beruang A&W...so mascot meka ni, which is a man in a bear suit, go around ler promosi brand name Marrybrown salam bebudak. Masa dia gi belakang Amylea, melompat budak tu larikan diri. Rupanya, si Amylea ni phobia sikit benda benda cam people in animal suits. Aiyak...sampai nak nangis dia dibuatnya.
Later, masa dia ngadu sebab bebudak lain buli dia kata dia ngada, she told me masa dulu dalam Akademi pun, time mascot rimau Maybank2u masuk sana pon dia horror sampai nangis. It's a phobia people...
Masuk bas was an adventure sebab packed sangat tempat tu all the way out. People were just spilling from the entraces and exits. Seriously...Kulai punya crowd happening gila!!! Da macam konsert da...
Aku rasa jumlah orang yang turn up kat IOI Kulai...adalah antara yang terbesar setakat ni kat memana tour punya location. I don't know... I could be wrong...but it looked kinda scary!!!!
Masa kami nak gerak tuh, aku da cucuk Melvyn Maestro Records tuk bawak kami semua gi audition kat hotel di mana ujibakat Akademi Fantasia dijalankan. Sekali dapat mandat dan persetujuan Mawi...Felix...Amylea...Yazer...apa lagi...
Whole crew ler pegi.
Masa kami naik lif jer...kami semua kecoh-kecoh sebab rasa seronok energy of the auditions.
Rasa cam kami lak nak audition. The whole gang siap carik counter nak register diri. Ngada tul...
Ingat mula-mula ajak bebudak gi sana nak bagik semangat meka yang audition...aduh...ni kena serbu lak. Sampai terpaksa aku pun tolong tarik bebudak sekoq-sekoq ke tepi dari kena mob dengan yang nak audition ni.
After awhile kami pon masuk ke ruang ujibakat join Deja dan Sham yang jadik judges.
Dengar kata, dekat 700 lebih audition. Dari lebih 700 tuh...majoriti dari Kulai!!! More than 300 dari Felda Taib Andak. Aiyak!!!
Kalau jumlah tu sikit...ni kira da banyak da untuk dua ari. Tu pun lebih 700 permohonan nak ujibakat ditolak sebab kesuntukan masa.
Anyway, kami semua dok settle in tengok ler audition. Ramai ler yang memang kelakar nak melayan...sumbang sora...perangai ngda...berangan tak bercermin...memacam...
Contoh cam sorang ni bernama Rosemary. Muka Jowo...tapi Rosemary ler namanya. Phillipines mari kot...(ada ker Pinoy muka Jawa???)
Anyway...harap pakai je seksi...masa nak nyanyi leh tergamam, staring into space. Muzik Awan Yang Terpilu sampai tiga kali ulang tak follow-follow gak dia. Pas nak kena halau...dia merayu...bila tak diberi peluang, ngamuk lak!
Kalau sebelum tu speaking London, kali ni the real her came out bila dia demand, "I WANT TO BE SONG NOW". Aiyoh!!!! It's 'I want to sing now' laa girl...
Pastu da ler bagik peluang lagik dia nyanyi lagu Siti lak, Bukan Cinta Biasa. Damn...even I sing better than that...and that's not saying much for her! Thank God dia kena sepak kuar bilik gak in the end.
Mawi ler paling feel at home...sebab dari 10 orang....lebih separuh orang kampung dia...
Kami dok dekat sejam lebih gak. Last-last kami nak gerak tu, kami singgah stage 4 punya bilik sat dimana Aman, kak Fati dan Aznil tengah sibuk judging. Ni kali pertama aku tengok stage 4 punya personality level sebab memang sebelum ni orang luar, termasuk war tawan, tak penah dibenarkan follow.
Masa tu interview sorang ni bernama Nita tak silap aku. Sora leh tahan...walaupon English dia horror sikit.
After going through the rounds, judges nak tengok dia nari, so dia bukak ler something yang kak tangan dia. Reza, yang geli ngan ular pegang aku sambil menunjukkan lengan budak tu,
"Eh..ular...gelinya aku!"
Aku ingat benda tu hairband...so aku gelak jer dia. Tengok-tengok pas dia tanggalkan benda tu, dia pass kat budak production...aiyak! MEMANG ULAR HIDUP!!!
Damn!
Aku terkejut...si Mawi dan Reza yang dok sebelah aku pon da naik geli!
Anyway...audition diteruskan dan ramai-ramai keluarga Akademi Fantasia menari skali ngan Nita ni...meriah!!! Bertuah si Nita ni dapat audition diberi semangat ngan bekas bekas pelajar.
Yang kelakarnya...time semua nak menari tu, si Amylea leh selamba angkat ular tu, leh main-main benda tu.
Mawi terus shiver..."Apa punya orang...orang pakai baju beruang dia takut sampai nangis..ngada tul...ni pegang ular lak boleh...eeee..geli aku!!!"
Aku gelak walaopon nervous sikit. Pastu Amylea balas dendam bebudak ejek dia pasal phobia dia tu...dalam time semua menari ngan Nita tu, dia kejo si Reza ngan ular tu.
Apa lagik...kelam kabut laa Reza meluru ke pintu sambil menjerit. Mawi yang dok sebelah aku pon...bila aku toleh da ilang. Lajus gila babas bebudak ni.
Aku yang horror tak sempat menjerit pon meka da ilang!!!
Pas Reza larikan diri...si Amylea kejo si Mawi lak...Mawi sampai lintang pukang jadiknya larikan diri.
Aku gelak sakit perot...last last ular tu disimpan balik dalam beg....and Nita got the green card!
Yeay!!! Dia dapat isi borang menandakan dia di short listkan. Good luck gurl!!!
Plan asal, malam tak kuar, tapi malas punya malas, tak jadik ler. So kami again beramai-ramai party in the hotel room jer. Esok nya bangun, da lewat.
Shit...patutnya aku gerak balik KL dan sampai by 10am...sebab da janji nak join surprise birthday party tuk Ayu of Garasi. Memang tak sempat ler. I left JB by 12, and reached KL by 2.30pm. Terus gi Berjaya Megamall tuk another event, this time with xfresh. Yeah yeah...Zahid ada...lepak ngan dia dalam bas. Aduh...kena thrashing ngan Zahid main NBA on PS2.
Abih event lak, rush ke Astro untuk rakaman Tanya Linda. Patutnya Fazura dan Rosyam yang jadik pihak nak fight against wartawan, mewakili artis...tu semangat ler sebab dedua scandalous. Ni lak last minute semua tak jadik, Hattan dan Aishah (sampai lambat dia) yang slotted in.
It was fun, tapi kalao you saw the programme, memang tak panas sangat ler sebab kami baru nak warm up. Tak sempat nak laser kuar api da abih da show. Aiyak...tapi ada part yang edited tau dari programme tu...apa dia? Cannot say la....ada ler yang gossip sensitif yang disebut. (Gelakkan Linda sat....kecian ko gurl...)
Ngantuk sangat balik terus KO!!!
The next day cam zombie...semalam memang very the memboringkan tak semangat nak kerja. And today? Sama gak...ok ler...nak update blog ni berejam keja...adus...tapi sebab tanggungjawab da...kalau tak tertangguh ntah sampai bila la...ok ler...hopefully by tomorrow aku ok ler...now feeling lethargic. Patut gi Singapore ujung minggu ni...seb baik ler boss cancel kan.
I need sleep...
Tapi sebelum tu...ni ada dua pics bagik korang decide. Yang mana pose paling macho?
For the full collection of photos, head over to [klubbkidd's rave] - The fotopages! Enjoy guys...and be blogging soon!!!
0 comments:
Post a Comment