Friday, November 25, 2005

Anticipation

Tengah nak wat posting ni, for some fishing reason, blogdrive naik psycho and I lost my entry.
So what happened? I had to rewrite again everything...malas. Too lazy to retype a tediously long entry, so setakat mana aku leh je lah ni.

Since Saturday I was plagued by a slight fever, cough, cold...the works complete with a runnynose and all (can't take the amount of phlegm!)

Anyway, ok sikit (though the phlegm is still horrible...I'm ozzing bucket loads by the minutes).
Amik ubat pun cam takde affect pun...not so much cause my body seems immune to Panadol (you have to love the Solubles...suka tengok dia dissolve)...but I think more because this was one of the spells where I just had to weather. Ye lah...kekadang sakit yang long lasting and susah nak sembuh...kekadang yang ringan-ringan saja, which is gone with a flash.

This was a bubbling one...where it was there, never got worse...but yet at the same time, never got better.

So, Monday tahan...masuk keja. Selasa da tak tahan, called in sick. Wednesday was off too, and Thursday (but masuk sebab nak masukkan column)

Dalam amik cuti sakit, Tuesday night aku kena gak haul ass to go to Azwan Ali's open house. Ye lah. orang dah jemput....

So lebih dua jam ler teperangkap in the jam from Klang to Ukays Perdana. Dengan hujan lebat and all...traffic was so fishing bad!

Dahlah aku tak tau jalan...gamble punya gamble main redah...kejap je da jumpa.
Sampai...terus tak nyesal dok lelama. Sempat ler jumpa beberapa orang yang da lama tak meet up.

First person I bumped into was Maya Karin, tapi sempat hi hi bye bye je sebab dia da nak balik. Yelah orang da dok lama kita baru nak sampai. Another person on the way back was Sarah Raisuddin. Tambah comel dia tu...

But the shrieking began masa baru nak settle down je....si Azizi, Fitri, Edlin, Zarina dan Mas muncul. Rupanya meka tengah sibuk tour rumah...baru sampai gak tuh.

So sat down ler gossiped. Sadly enough I had to rush off after a while sebab ada meeting lain...tak sempat jumpa Umie Aida yang on the way.
Sempat ler take a few pic...teringat last minute sebenarnya...

My fave pic yang first tu of si Edlin tengah suap Zarina sambil si Mas posing ngan ayam dia...lawak punya pose ler meka ni.





Moving on...I don't have really much to post. Mana taknya...dok rumah je kerja. Ingat dalam demam tu nak enjoy gi tengok wayang, talipon pun talipon...nak booking tiket ke Harry Potter asik booking penuh. Mangkuk jamban punya TGV dan GSC. Malas lak nak gi sana nak beratur...tunggu subside sikit crowd yang gi tengok... But for those of you who have been waiting...here's the deal on Nikki.

Her album will be out Isnin ni!!!

Cassettes will be RM15.90....biasa je. Tapi cita CD dia yang besh! It will be RM29.90 for a double CD!!!

Titled Maharani, Disc 1 will feature the album yang ada 12 lagu (semua baru ek!) Disc 2 lak will feature another 12 tracks, which is remixes dan minus one. Yang pentingnya....hah! Ada hidden track as a an added bonus (rugi kalao tak dengar hidden track dalam CD tu,..ada surprise!)

That makes it 25 tracks for RM29.90!

Later today ada pre-listening album tuk para media...so it'll be great to finally have the whole album unveilved before the album is available on Monday.

Aku percaya single pertama bertajuk Pinta, yang ditulis oleh Hazami dengan lirik dari Imran.

Dengar-dengar, era.fm akan memulakan exclusive play of the song before any radio station...Banyak aku korek pasal proses recording of the album and all, so for read on. Nikki ni sekarang anak didik Ning Baizura. Aku reveal more info as they inform tomorrow of the technical details.

What I do know so far is that when she was taken under Ning's wing, immediately she was ushered for vocal training.

Bukan sebarangan lak yang menjadi mentor dia. Sebagai permulaan...Siti Chairani herself handle vocal lessons. Siti being the Indonesian diva responsible for Ning, Syafinaz and Siti Hajar.

And then pastu, Nikki is now continuing vocal sessions with Ning herself as well as Hazami.

Ni gambar-gambar dari training sessions ngan Siti beberapa bulan lalu yang aku baru dapat dari handphone kawan as well as shot dari practise ngan Ning di studio.

By the way...pada sesapa yang tak pernah tengok Siti Chairani...dia yang dok kat piano tu tengah guide Nikki. Abih kena dera si Nikki ni rupanya...posture pun kena maintain betul masa nyanyi!!!

Enjoy the pics guys...aku akan upload some more kalau aku dapat amik pics later at the pre-listening session.

By the way...before I leave you guys...aku diberitahu, dia da ada website. So time to play a little game...untuk sesapa yang dapat cari url website dia (which will be launched open on Saturday tak silap aku) gets a free CD delivered to them! First to leave the answer (korang pepandai ler surf carikkan) kat Comments area wins! Tapi kena laa secepat mungkin sebelum Sabtu...so good luck and surf like you've never surfed before!

I will be posting authorised samples of the songs in the radio.blog soon...so look out for that.




Monday, November 21, 2005

The one about Badrul and the Kancil Awards

Berita gembira kala tengah demam dan selsema!

In the storm of the current situation of clashing opinions and lost friendships, there was something to celebrate after all.

Last weekend, janji ngan Badrul nak go out for dinner. Yelah sebab nak celebrate kan adaler recognition yang diraihkan oleh dia melalui kemenangan kedua-duanya entrynya yang dinominate kan for the The Kancil Awards 2005 organised by the Association of Accredited Advertising Agents Malaysia.

Hah! Thanks to the win, dapat ler aku merasa Badrul belanja makan kat Madam Kwan's kat Bangsar (have to make a big deal of this ma, kalau tak ko kata aku tak appreciate lak).

So a few hours feasting later (in between the sniffles and loads of complaints were spents expectedly to talk about lots of stuff except for the win which dominated all but 15 seconds of the win (sorry ek Bad)

However it wasn't such a waste as we got to go on and on about everything (and anything) including the innocent patrons of the eatery around us.

Tambah lagi bila Jolyn sampai lagi lah! Siap entertained by one of the staff that uncannily resembled and sounded like Raymond Goh yang pembaca TV3 dulu!

Aku nak cari pic Bad during his victorious moment nak kongsi kat sini but surfing around, the closest I got to finding his pic was gambar seorang mamat ni yang menang that could be mistaken for him on a veru dark, foggy night without your contact lens on or your specs fogged up!

So...sorry ah Bad...that's the best pic I could put up as a tribute to you win.

*Sekadar gambar hiasan, bukan Badrul yang sebenar!



Hah...apapun, nak mintak maap kat geng kat Yazer FC. Dalam demam dan tak sihat, tak lak aware of the Ceria Raya bersama Yazer yang dianjurkan semalam.

Pergi pun last minute sebab Badrul dengki gila ngan aku takleh tahan tau aku leh dok tidur berehat kat rumah! (hamik ko!) So rush ler dari Klang ke Ukays...

Anyway sempat sampai not too late. Sampai je si Zahid on the way back dah. Talked to him awhile before joined the event. Nampaknya Yazer cam tambah erm...gembira je.

Dah naik sikit badan...(mana cermin nak check diri sendiri ni) Tapi tetap ok lagi ler...
Nothing much to post on last night punya event sebab tak sihat tak larat lak nak amik pic pelbagai.

Ok lah...nak sambung layan Panadol sat...

Saturday, November 19, 2005

Burger King awaits

F i n a l l y !
T i m e
t o
r e l a x ! ! !

Lepas segala kekusutan yang berlaku beberapa hari ini, not helped by my hectic schedule since Monday - I am so glad everything's over!

Yeah!

Kerja bertimbun lum agi berukurangan buat at least datelines semua da aku overcome!
From now until tomorrow...at least ada ler masa off sikit.

Sayang though sebab hari ini kena masul lagi nak wat kerja atas last minute request banyak lak rumah terbuka tak dapat aku gi (tak tahulah kalau sebelah malam sempat)

Dahlah tak sempat gi tengok abang Wan Maestro naik pelamin (akhirnya gak ek!) walaupun Marsha dan Ekin pergi sekali. Aduh...

And then janji Akma nak gi rumah terbuka dia tak sempat lak. Tu tak termasuk invitation dua lagi open house dari kak Maznah as well as kak Jezz.

Sorry guys...I really am. After today ok ler sikit!

Anyway - ni update sikit (sebenarnya basi...aku da bagitau sebelum ni kot). Nikki's album will be out on Nov 28, kira in just over a week.

Aku tak dapat shot album apa...tapi apapun, ni korang leh have a look at what the back cover at least will look like! (tengok belakang wat pe Vernon...bagilah depan punya cover)

Aku dapat ler details about the album tapi takleh cita agik sebab under wraps still...so pepandai ler ek tunggu update aku.

Apapun...aku tengah kebulur ni...malas nak update panjang-panjang...guys...by the way...aku nak tukar lagu kat radio.blog sebab mood Raya pun cam da kureng (walaupun still in bulan Syawal) so...nak tanya korang apa lagu korang nak mintak...tak janji akan tunai...tapi kalau ok...aku tunaikan je...

Friday, November 18, 2005

Photo day!

Seperti saya katakan, the last week has been hectic!

Mana taknya, on Monday, ada 'open house' kat office. Selasa, Rabu dan Khamis ada separuh akhir Muzik Muzik 20. Throw in beberapa function lagi where I'm required to work, today is the most free I've been the whole week.

Saya rasa purata tidur sehari I've been getting is about 3 hours a night!

Ok...time to catch up with my blogging.

Let's see - secara ringkas lah ek. Isnin wat open house, secara kecil-kecilan sebenarnya. Tapi seronok ler sebab Kaer, Idayu and Akma sudi hadir ditemani Adi dari Maestro.
To cut a long story short, let the pictures speak for themselves!







Sempat ler mini photo shoot gitu kan...tuk mereka yang rindukan mereka bertiga ni.
Habis je tu, bergegas ke Malam Karyawan di PWTC.

Pening memikirkan kena lari balik ofis tengah malam lepas tu nak wat story lak. Tapi at least terhibur kat event tu. Top five of Akademi Fantasia III hadir. Terhibur gak hati melayan gelagat masing-masing. Time camni kekadang lupa lak that you're on duty because you're actually having fun. Again...in pictures...here is what happened.









Apapun, kerana aku pernah buat koleksi tribute bagi ramai budak-budak kan...kali ni aku focus kat Felix sebab dia yang buat muka-muka paling kelakar sepanjang malam. Ada je idea dia nak pose tuk gambar! Dari pose berangan ala ala YB, sampai menguap tak cover ke pose ayu...and finally to favourite pose Beyonce...this is just some of the pics...Felix...Felix...(gealk tengok pose Beyonce...cam real je!)







Malam tu gak...sempat catch up ngan Nasha Aziz. Dah lama tak bump into her. She is such a sweet person...not too hard to get close with, though for some people, perhaps...a little hard to understand.

Apa lagi...in pictures!





The havoc really started the next day sebab separuh akhir Muzik Muzik 20 dah bermula. Selasa of course ler separuh akhir Etnik Kreatif dan Irama Malaysia. Ok ler...walaupun rasa rugi tak masuk ler Senang Tari.

Yang penting, for the genre, happy Kak Ani...and of course, kak Ana masuk. Ingat lagi zaman sekolah Rohana Jalil perform on TV...she is such a cool person!

Sebab tak penah amic pic ngan dia walaupun kerap jumpa kat many events, so took an opportunity to get a shot of us together.

Seperti mana orang lain, I have to admit, saya mempunyai pilihan yang saya rasakan patut mara ke Anugerah Juara Lagu 20, tapi petang tu, ada interview dengan para juri yang terdiri dari A. Ali, Zubir Ali, Lukhman S. (my favourite jury!), Khairil Johari Johar dan Ooi Eow Jin. It was then that after tau the specifics of the judging criteria baru sedar why they made the choices they did. And that helped me understand the next two days punya selection dimana antaranya aku rasa, shouldn't have gone on.

Malam tu...abih je separuh akhir, gegas dari Plaza Alam Sentral kat Shah Alam balik office to file the story. Then rushed to Bora Ombak in Ampang for Tanyangan Unggul's open house.
Kali pertama (not really lah) gi open house aku melantak tak ingat. Mana tak nya...dari pagi lari sana lari sini tak sempat makan. First meal of the day past 9pm!

Lepas makan, lepak kat ada couch area jadi ular sawa. Ngantuk campur sakit sakit badan. Last-last hang out sana, joined by Kak Fati...err...Fatimah Abu Bakar ler...along with her husband and her daughter (ari ni sorang je. Malam sebelum kat Karyawan dedua bak jalan tour)

Of course kak Fati's daughters are Sharifah Aleya and Sharifah Amani.

Together, cam aku bagitau kak Fati...meka ni cam Sure Heboh on their own. Family leh bak tour. Mana taknya...mom nya orang kenal from Akademi Fantasia (aku kenal kak Fati masa aku join NSTP mana dia keja dulu), along with Leya yang da familiar face everywhere and Nani who echieved fame, I think more recently on Yasmin Ahmad's Sepet.

Dok sembang ler ngan kak Fati manjang and her husband about Akademi Fantasia and what's happening. Banyak takleh ler tulis sini. P&C!

First time I had a talk of any sort with Nani...and found both she and Leya are exactly like their mom...so friendly, well mannered and intelligent. Really...upbringing does make a lot of difference!

The next day Ballada punya ketegori happening gila but I have to admit didn't meet up to my expectations dari segi persembahan artis. Dari lebih kurang tujuh lagu favourite, most of them did not perform to the standards I had hoped they would. Camna pun aku rasa Ning dan Jac je betul-betul up to mark and stood out from the rest.

Yang paling rugi Laingit Ke 7 Syarifah Zarina...wish she had made it. The song is absolutely haunting! Walaupun aku setuju Jac layak ngan Gemilang, tapi Wajah is such a crappy tune!!!

Anyway - malam tu ke event kat PWTC yang orang dok kecoh kecoh tu...malas nak ulas lebih.

Lebih suka kalau tak ada debat isu tu disini kerana kalau buka kang...kawan pun leh jadi lawan.

Lack of sleep in the few hours I had to spare, the next day was the Pop Rock semifinal lak...which is an absolute yawn kalau nak compare pada Balada punya competition. Terkejut Adam dapat cause Tak Tahu is such a kiddy ditty...personally wish Zahid had made it...but nice to see V.E. as expected, layak dengan Pop Ye Ye (kan da kata, Cham!)

Ok ler...nak gi dinner sat...

Monday, November 14, 2005

Beraya di Klang...

I promised a long entry...so here goes. Banyak sangat isu dan incidents nak sebut dalam entry kali ni lepas 'menyepi' akibat bosan dengan isu yang panas dan kesibukan kerja.

Anyway fast forward sikit after the last entries, Friday night, gi Liquid for the launching of Madonna's latest album Confessions On A Dance Floor (which is released nationwide tomorrow on November 15!!!).

I have to admit to being a huge M (Madonna ah...bukan Mawi) fan, so memang best lah!
Everything was awesome! I mean, I don't know how to mention the album (dah dengar about five songs including the first single Hung Up yang favourite gila babiks besh) without referring to a thesaurus for other alternatives to just fantastic amd awesome.

Apapun, if you haven't heard the first single off the album, Hung Up, go to Madonna.com to not only listen to the audio tapi at the same time tengok video dia sekali! Power! Retro disco circa early 80s is back in vogue with a vengeance! Yang pentingnya aku ari ni gak nak kuar beli, malas nak tunggu complimentary copy dari Warner Music. I only buy stuff aku bebetul gila minat (Smashing Pumpkins is the only other act aku commit to buying without even listening to ascertain how it is).

Lepas event, keluar dengan member wartawan lain ke City Garden tuk makan. Jemput adik angkat aku dari Melaka tuk join.

Lepas tu balik tidur mati sebab tiga hari tak cukup tidur punya pasal. Pagi esok nya kena jaga awal lak. Nak hantar adik ke Puduraya sebab dia nak balik Melaka awal because of last minute meeting.

Pikir nak balik sambung tidur, but decided against that and forced myself to do something I've wanted to watch a movie on my own.

Tengok wayang sorang diri ni kekadang best sebab I get to really evaluate a film without bloody commentary dari kiri kanan aku.

Problem is, aku tengah nak enjoy The Exorcism of Emily Rose, the irritating habit of Malaysian cinemagoers tested my patience enough. Dengan deringan handphone, loud whispered conversations, couple minah tudung dan rempit yang beromen belakang aku sambil berbunyi "slurp! slurp!" indusing images of drooling menggangu my concentration.

At the end of the movie masa nak keluar, terserempak dengan seorang blogger, Mimirinie yang lum pernah aku jumpa, tapi dia tegur sebab dia cam. Kebetulan memang dah rancang jumpa Juan tuk window shopping so it was great we all got to meet up. Lepak punya lepak sampai malam, we went to Naili's to be later joined by anggota Bloggers United lain like Sultan Muzaffar dan Badrul (Congratulations ek my best friend on the new job position!). Also joining us were Fiebie dan Leez. Also ada tamu jemputan lain tapi takleh sebut sebab nanti undang agi debate kat comments column.

Sorry ler elkapitan sebab dengar ko ada exam, so tak invite...jangan marah ek. Ko baby of Bloggers United so semua kena protective sikit! (Kelentong je...sebenarnya malas nak tunggu warga Subang Jaya sampai entah kul brapa)

Hung out till late...aku balik dalam perjalanan ingat ikut ler highway NKVE balik ke Klang. Time lalu Damansara, singgah stesen Caltex dekat kawasan IBM, parking tidur. Sedar-sedar dah pukul 9 pagi!!!

Huh! Panik aku...mula-mula tak ingat aku kat mana. Ingat dah sampai Klang (camna leh sampai ler...tak logik.Tidur tak sedar keta leh gerak sendiri ke). But when I realised I was still in Damansara, zoom balik Klang. Sebab dah janji kul 10 pagi kat Astro nak ikut ke rumah pemenang AFRAYA beraya bersama Mawi, Felix dan Amylea.

Balik rumah, mandi, sempat sarapan sikit, gegas terus ke Astro. Bas terus gerak. Rupanya semua tunggu aku. Si Mawi missing in action sebab dengar flight dia land 10.30 pagi.

Khabarnya he will join us only kat highway.

Dalam bas, cerita ler panjang ngan Amylea, because I never really got a chance to talk to her much before this.

Kalau betul-betul heart to heart talk, only masa Coke punya event dulu kat Carcosa Seri Negara je sempat bual.

Banyak ler isu peribadi di discusskan...and I'm proud of Amylea if nothing else because she really is a strong woman.

Celah-celah tu, si Felix yang dok belakang aku kena usik tak habis-habis. Mana taknya...sibuk SMS je kerja! Siapa lagi ler...kalau bukan A (bukan nama sebenar). Spekulasi je....Felix bukan nak ngaku (podah lah!)

Usik-usik, kecoh-kecoh...tengok-tengok dah sampai balik kat 'kampung halamanku' di Klang. Kami stop kat tepi highway Shapadu nak gi Meru/Kapar. Lepas kejap, si Mawi pun tiba dalam keta si Apis.

Seronok gak trip dalam bas tu. Bukan apa....paham aje lah, aku nama je dok Klang, tapi sebab kesibukan kerja manjang, dah banyak lose contact aku ngan kawan-kawan yang dok Klang, kecuali ler yang jenis lepak KL manjang cam aku.

Lalu Pekan Meru rasa nostalgic lak sebab dulu port lepak sana gak dekat rumah member time study.

Aku jadi tourist guide ler dalam bas because of my familiarity throughout the route.
Sampai je tempat yang kami tuju, terkejut kami semua dalam bas, yang termasuk beberapa orang wartawan lain sekali ngan orang Astro dan production crew Trek Selebriti (ye...Jimmy Shanley pun ada).

Sampai semua terbangun dari tempat duduk memasing nak intai luar tingkap in total disbelief!
Mana taknya, jalan nak masuk area kampung, tapi ada Rela dok jaga.

Masuk dalam 100 meter kami semua da pening. Ingat gi beraya rumah orang dalam diam, tengok-tengok cam pergi kenduri! Satu kampung hadirkan diri. Paluan kompang mengiringi kemasukan je yang tak ada!

Pemenang AFRAYA (hah...nama dia Azean - mesti korang da tau...glamer dia masuk semua paper ari ni) kata meka tak jemput, tapi sebab orang da tau semua wat muka tembok mai serang rumah dia.

Bukan apa...kesian gak...'hadiah' dia terpaksa dikongsi. Dahler dia wat makan untuk 50 orang tapi tengok dekat 1,000 orang yang hadir (uninvited).

Bawah panas terik matahari, kami semua pun masuk ler kawasan rumah family Azean ni.
Pengalaman yang kelakar ialah bila lepas Azean diperkenalkan pada Mawi, Felix dan Amylea, she later turned to be and asked, "klubbkidd ek??"

Lor...rupanya si Azean ni kaki rayap kat blog, termasuk ke blog Sultan Muzaffar dan Juan.

Dalam pening sebab dah lah panas, sesak...meriah gak sebenarnya - walaupun sakit hati sikit lah sebab orang lain seperti tak menghormati hak si Azean ni nak enjoy beraya ngan bebudak Akademi Fantasia yang datang.

Hello?

She IS the winner...not you guys...bagi lah dia chance. Ni tak...sebelum dan selepas event wat meet the fans nak sign autograph la...nak pose gambar ngan anak kecik masing-masing lah (which for me is pretty disgusting when you have ugly babies or they look like they haven't been changed or bathed - not all babies are cute ok!)

Sebab mereka semua ni mengambil ruang sangat, dan demand sangat sampai bebudak ni yang tak makan breakfast ni nak bernafas pun takleh, maka it was suggested that we move the session masuk rumah family Azean ni. At least, leh la Azean ni dapat spend time ler ngan meka together with her family members. Private time laa katakan...tapi tu pun ada yang menyemak muka tembok masuk selamba badak.

Yang aku sakit ati tu, bangsa fans yang tak hormat ni, sampai dah lah not only trespassing, mereka insist meka ni dapat layanan tip top.

Dari pemerhatian aku, kurang masa Mawi, Felix dan Amylea habiskan with Azean and family than they could because of these people.

Last-last bila pengacau-pengacau dah berjaya dihalau keluar cara terhormat oleh Rela dan security Astro, dan shooting tuk Trek Selebriti dah settle, kami semua dok bersila ler makan.

Malu gak...sebab baru paham rasanya keadaan mereka bila nak dok makan, orang lain tanak makan tengok je ko makan. Segan!

Lepas makan, sesi mencari tisu!

Peluh sebab panas...ramai sangat bersesak masuk rumah sampai menjadikan the house macam oven.

Toleh tengok budak-budak tu, lum lagi habis makan.

Camna nak habis makan, kejap-kejap ada je yang nak ambil gambar lah...nak tu lah nak ni lah.

Memang tak salah makcik, pakcik, akak, abang, adik oi....tapi biarlah budak-budak tu yang dari pagi tak makan...tak elok wat camtu tau!
Azean camna pun sporting gila aku tengok. Majlis dia kena invade pun dia relax je (very the independant woman!)

After the kids were done, meka lepak jap (suka shot Amylea kacau Felix - tapi jangan pikir yang bukan-bukan ek!) before again they went out layan peminat skali lagi ngan sesi autograph dan amik pics.

So more smelly babies shoved about and sweating women yang make-up empat inci giggling away.

Apapun, as we boarded the bus, I have to say, congrats again Azean...and sebab ko pembaca blog aku...dan sebab ko sporting gila walaupun majlis ko kena ceroboh pun ko tak merungut...ni tribute aku kat ko.





So after all that excitement, semua KO dalam bas. But not before we realised ada peminat mengekori bas (haiyo! amik gambar bontot bas pun jadi ke)

Bila da sampai Astro, tengok si Jimmy KO abih! Hah! tengok lah Trek Selebriti to see what happened! Kesian Jimmy jadi mangsa...(gelak sat)

Anyway...aku nak end this entry with a few thoughts.

Blogs - Kebebasan bersuara semakin dipertikaikan. Bloggers seperti kami di caci, hamun, perli dan maki bila tidak memerikan pendapat yang tally with that of the popular concensus. Please, again, remember...we are just saying what we feel and based on what WE know.
Kalau nak katakan orang mengfitnah ataupun mempunyai agenda, that is YOUR prerogative, so tak payah lah nak bangkang sampai meroyan.
Whether or not you are influenced by what we say - you do not have to sink as low as indulge in personal attacks. That really takes the credibility of your arguments - especially when stakat name calling. Comment....as you wish. But remember proper and simple courtesies of being in someone else's domain. You do not have to agree, but you do have to respect.

Capitalising - Ada beberapa blogs yang da take advantage of that situation. May I remind you guys that blogs reflect opinions. And ada satu blog ni, nak gila glamer punya pasal, amik kesempatan isu ni tuk kutuk je sesapa. Yerlah...tukang jawap ramai kan. So dia harapkan kot market ni masuk blog dia yang sebegitu lama tak laku...mana tak nya setiap posting ada je kutuk seseorang atau sesuatu!
Because of these people. I feel proud of Bloggers United. Memang, kadang-kadang kami membuat statement panas...but we don't do it endlessly nak gila glamer ke apa ke...
And at least...pembaca tahu dan kenali rupa kami, nama kami dan pekerjaan kami serta lebih lagi butiran peribadi kami. This is because WE take responsibility for what we write!

Emotional - Kenapa ramai sangat yang melatah. Kalau aku menyindir sekalipun, siapa yang lebih-lebih kalau bukan tukang komen yang membedal je kerja without any substance to their posting. Mawi ok je ngan aku. Aku pun kalau kritik atau komen dia, bukan dia tak tahu. In other words, we're professional. Yang fanatik dan taksub yang emo je yang terasa lebih! Kami tegur menegur walaupun kekadang kasar seperti adik beradik. Yang nak melatah tanpa tahu hal sebenar tu kenapa?

Choice - Sekasar separuh comments aku terima, I can accept almost all, even from the likes of guracus and REM who both have different approaches. I may not accept or agree with these comments but if they're made without personal attacks or a basic respect for being in my blog, I am ok with it. Untilmately, sila ingat ni ye, kalau tak setuju dengan pendapat saya sampai tahap kiritikal, then leave.
Tak payah masuk, kutuk, tapi tetap dalam menghina, nak juga baca atau curi gambar dari sini. Cakap lebih, tapi in the end, still depend on my blog for information, But wait a minute, if you already don't like it, da rasa buruk sangat...tak yah lah masuk ek...I AM SELF INDULGENT! THIS IS MY BLOG!

Debate - Kalau ada isu yang naik seperti isu Mawi baru-baru ni, please be intelligent in commenting about it. Malas nak layan komen-komen yang not fact based but emotionally driven
While I welcome feedback and all, sampai satu tahap, aku rasa kalau da melalut sangat emo komen, senang je takyah feedback, which is something I hope will not happen because I do love reading the more intelligent (though at times unagreeable) comments to my postings.

Ok lah...panjang lebar da posting aku. Apapun, ingat je.

Kalau korang tak puas hati dengan komen aku pun, segala tulisan di sini, I have taken responsilibity for, so those cynical have NO capacity to question or judge me. The parties involved in my comments, the individuals who become the focus of my postings are very well aware of what I have to say - and I don't see why total strangers need to menyibuk nak judge people.

Yes, I am judgemental to an extent in my blog. But at least I'm honest, and not hiding behind anonymity. Why is that important?

Because again...I take responsibility for everything in my blog. Apapun, aku tetap sayang keluarga Fantasia. But because kami tak mempunyai pertalian darah like family members, I too can put a boundary seperti abang Burn, president Mawi FC katakan, iaitu, 'SELAGI berada di landasan yang betul'.

There is nothing wrong with that statement and I think people yang tak setuju kata-kata tu, memang sudah lama membutakan dan memekakkan diri to all reason.

"Kami tak gaduh kan?"

Siapa nak lagakan? Kenapa ada yang nak komen lelebih sedangkan tak ada kena mengena dan tak tahu menahu pasal apa yang berlaku among the parties actually involved.

Sunday, November 13, 2005

Wrap those presents!

I actually have some stuff to post about how I spent the weekend, which was quite different from most weekends I've spent...sebab kurangkan keluar malam, lepak siang, actually went for a movie as I have been planning to for a long time (beli tiket ek...bukan complimentary) - on my own at that...and some other stuff that took place.

Malas sikit to post much nak tunggu this whole thing about Mawi reda...sebab aku rasa aku cakap apa pun sekarang people nak je connect with him.

So...I'm going to post some stuff only tomorrow.

I've been planning however to do this since I got this e-mail from Shawn and Michele Londoh, brother-in-law dan sister Marsha, tapi because of my business tak sempat lak.

So this deserves the focus of this posting...see you guys tomorrow.

Remember...for more information of the Marsha birthday bash countdown and launch event, surf over to MarshaLondoh.com.

Thursday, November 10, 2005

Hmm...

So most of you read the front page of The Malay Mail semalam...

Aku malas cerita anything more...people will take the story how they choose to.

If they bother to read...bagus lah. Kalau nak jump to their own personal conclusions...go ahead gak.

Ada yang ingat sampai tahap aku nak fitnah lah tu lah...Mawi jawab benda tu camtu...

Nak dengar recording press conference smalam baru puas hati ke?

But then...semalam I had a rude awakening to how some fans taksub dan fanatik sangat...

Tak payah cerita camna...sedang press conference pun di 'kacau' oleh dua anggota media yang merupakan fanatik...apa lagi yang peminat kat luar sana.

Apapun...I thank abang Burn...Juan Danza, Awie, kak Maznah...abang Azahar...sapa agi ah...seluruh lah keluarga Mawi FC who made me feel like one of them. I salute them for their effort, walauapapun orang cakap. From outside looking in, memang segala usaha nampak senang lah...it's not the critics among the fanatics who spend the time making all this happen...

Apapun - extra salute to abang Burn yang berucap...dengan ayat penutup...Mawi FC akan terus menyokong kerjaya seni Mawi SELAGI Mawi berada di landasan yang betul.

Lepas semalam dengan sesi 'panas' tu...petang tadi, after Freddie Fernandez set semalam, jumpa lah dia, Aman dan Mawi kat Maestro.

Isi kandung perbincangan? Malas cakap...yang elok pun leh salah tafsir...yang buruk lagi lah kena. Cukup lah aku rasa ada pembaca-pembaca blog aku yang ada kat Sentral semalam nampak aku dengan Mawi ok je kan?

Entahlah...itulah mentaliti orang kita...

Bila tegur sikit...orang lain lak lebih kuah dari sudu melatah mengutuk...all I can say is...silakan.

Kubur masing-masing...aku tahu apa yang aku buat. Tu yang penting. I can live with myself for it.

To those who want to put me down...can you?

Anyway...pada mereka yang nak tahu sambungan cerita Mawi tu...The Malay Mail hari Khamis (today ler...)

Monday, November 07, 2005

Back at work!

Start balik kerja! Seronoknya...bukan apa...tapi sebab semua orang cuti, aku tak cuti (kira ikut public holiday Thursday Friday dan Sabtu Ahad je tak keja seperti biasa)...so it's kind of fun that now everyone's sharing the torture of being back to the grind as usual.

First things first - pasal release date of Mawi's album.

Semalam aku gi Angkasapuri tengok yang Glamor Aidilfitri then seperti yang ramai-ramai tahu...Mawi yang tak hadir (sebab star, walaupun pemenang tak boleh habis cuti seawal Akma, Aidil dan Amy yang menghadirkan diri) ada sebut dalam phone interview yang album dia tak jadi keluar 7hb iaitu hari ni.

Saya pun tanyakan ler sumber-sumber Maestro dan sewaktu dengannya...

Jawapannya?

The release of the album HAS been delayed...AGAIN.

So bila release? Dengar sumber, unconfirmed agi!

Mana taknya, printing lum wat, sih!

Yerlah...dah kelam kabut...pastu masuk Deepavali then Aidilfitri...
So the tentative date (keep that in mind mana tau postpone agi) is 14th November. Paling lewat mereka kata 16hb.

Moving on to other topics....

Semalam best gak Glamor Aidilfitri...kalau ikutkan, bakat yang dilonggok below par ler banding last year (RTM ada wat for the first time the same thing last year for the first time). Sapa tak tengok...they had all the reality TV winners on the show (well...almost all the winners lah....Mawi kan superstar!!!)

From Audition (ya ampun-masih hidup???...kesian lak budak-budak tu) Gracie (decent voice), Razali (geli teramat mamat perasan macho ensem sora bergetar pergerakan cam kayu), Eyza (scary!) and Endy Maya Zeqhty (similarly scary!!!).

Then Bintang RTM - Felis, Min, Zizie, Amin Din and Farah.

From Mentor - Fo3 (Nana hancus!!!)

Dari Akademi Fantasia - Amylea, Akma (paling cantik, vogue and pro of all the performers for the night!))dan Aidil.

Dari Malaysian Idol - Daniel (sat...nak gelak!), Nita (she still should have won!) and Farah (yuck!).

Then from Astro Talent Quest - Chan Kwok Fai and Wong Kee Ming.

Ni yang besh skali!

From Astro Vaanavil Paadhalthiran Potti - Jerry John (the most happening malam semalam!!!)
Rata-rata - memang kalau banding lepas RTM wat benda ni - ampehs ancus because production haram @#$%^ walaupun talents meletop!

Kali ni...terbalik...talents semua biasa...tapi Glamor Aidilftri - for an RTM production was quite slick!

I like!

Eh...ok lah..nak sambung keja...ni jap agi nak gi bank nak bayar keta. Nanti tak sempat lak.

Wednesday, November 02, 2005

Selamat Hari raya Aidilfitri!


Sebenarnya, I have so much to post, tapi sebab nak extendkan rehat saya, saya pasti will come back with more posts after the Raya weekend (tapi jenguk-jenguk ler mana tahu aku ubah mood)

Apapun - first of all - to get everyone into the Raya mood, kesemua lagu dalam radio.blog telah diubah untuk yang lebih sesuai ngan the season's celebrations. Of course, pada mereka yang recognise, lagu-lagu itu adalah daripada album Salam Raya Akademi Fantasia I dan III.

Secondly, bawah daripada radio.blog, belah kiri blog, mesti korang dah perasan, there are little window thingies there kan. Those are a collection of Petronas adverts that have successfully brought tears everytime they were aired (aku tengah dok nak letak sini pon nangis sendiri-sendiri...feeling sih!).

To watch, click the play icon in the middle of the chosen advert. Kalau nak tengok balik, just scroll saja play bar kat bawah tu to the start, and then tekan play kat ujung kiri bawah skrin tu ek.

Kalau tak paham...tak dapek nolong. Nak letak besar sikit susah lak...

And finally...ni something from me...and my dearest friends...

Bagi pihak Bloggers United (Juan Danza, Sultan Muzaffar, Badrul dan elkapitan.. have a great Raya (and Deepavali!)

Aku sendiri rasa perlu nak ucap selamat hari raya Aidilfitri...maaf zahir batin pada semua especially my blog readers...(kecuali bangsat reject Akademi Fantasia III yang perasan di Dublin membazirkan duit mak bapak lagi).

To you guys who matter...maapkan ler ek kalau ada salah silap terkasar bahasa...dah tu prangai aku ada je terlaser...(golak agik!!!)

To my Bloggers United family...love you guys...can't wait to be together again!

Kepada semua...makan ketupat, lomang, rendang dan sebagainya tu...ingat sikit! Jangan nyesal lak kang after effect dia! (Gelak tak abih!)

And most importantly, guys...be safe, ok! Go home safe and come back safe...