Wednesday, January 17, 2007

Syaitan... yes I'm speaking to you.

Arini kelam kabut sikit wat keja ari ni. Bukan apa...otak tak straight. Sebab aku dok selsema. Yerlah...smalam my sayang da *sroot* *sroot* hidung dia yang ala ala Rudoplph the red nosed reindeer merah semacam.


Ni lak aku punya turn. Mula mula terasa gatal sikit jer. In the end, it became horrifically irritating and then...voila! Selsema. Sampai office, aku abih kan sedikit keja, sambil planning update blog (sebenarnya nak publish kan entries yang da buat, tapi tak publishkan.

Then realised I had to go ke Mid Valley Megamall sebab ada pra-tonton filem Syaitan.

Tujuan pegi nak interview Rosyam yang star of the movie, as well as at the same time, nak confirm kan time nak presentation design kerana Nizam wat baju dia tuk Anugerah Bintang Popular (tengok entry yang lepas).

But once got there, decided to stay on since member Tayangan Unggul ajak lepak tuk tonton filem tuh. So decided to give it a go ler.

Lepak sekali ngan kengkawan media including Farihad (Berita Harian), Syazwan dan Marlia (Utusan), Min (Bacaria), JD (Mangga), Emma (Hai!) in one row. As you can see from this picture, sebelumnya bermula majlis pra tonton ni, ada bacaan doa,

Lihat ler kengkawan berdoa meminta filem ini tidak keji dan mereka tidak terhasut nak mencarut lebih lebih (keji kan statement....)Syaitan....

Mmmm...apa aku leh cakap pasal movie nih ek.

Well...it is quite intelligent. Kira ada standard gak ler filem nih sebab tak membodohkan penonton ngan storyline yang tak menyuap sebijik sebijik, cuma I think some parts of it kabur sangat, yang jenis malas pikir time masuk movie nih tidak akan tertarik ngan misteri nusantara ni (gituh...) akan turn off. Plot developmentnya startingnya attempts to come across as a horror flick, when it's actually a psycho thriller kinda flick.

First of all credits filem Syaitan.

Syaitan diterbitkan oleh Tayangan Unggul Sdn Bhd. It's directed by bade Hj Azmi and stars Rosyam Nor, Lis Dawati, Que Haidar, Zul Huzaimy, Lyana Jasmay, Kusyairy, Norkhiriah, Azri Iskandar dan juga Ellie Suriarti. Lain details korang nak tau ker....takyah la kan?

Sinopsis nya?

Cita ni pasai Muslim (Rosyam Nor) dan Dalila (Lis Dawati) yang baru berkahwin dan pindah ke apartment di mana mereka sajalah penghuni dalam kawasan baru ni. Citanya, Dalila ni telah dipaksa berkahwin ngan Muslim bila dilamar, atas paksaan keluarganya. Bermacam peristiwa pelik terjadi dalam apartment yang hanya diduduki mamat security, si Adam (Zul Huzaimy) dan juga anak nya yang down syndrome bernama Ana (Lyana Jasmay) yang disorokkan. Muslim mula syak pada Dalilah yang dirasanya mempunyai hubungan sulit ngan ex nya si Saad (Que Haidar), tapi dinafikan Dalila.

Lain jalan cerita korang kena tafsirkan sendiri dari babak babak seterusnya.

Oh by the way, filem ni akan mula ditayangkan pada 25 January 2007, iaitu hari Khamis, dalam seminggu dari ari ni.Simpang dekat RM1 sehari pun sempat agik tengok kat panggung. Tiada alasan tau nak terlepas!

What's good about Syaitan?
10 sebab kenapa anda HARUS tonton Syaitan.
*Cinematography, camera work dan lighting, bagus ler kalao ikutkan. Don't judge it by standard filem cam Gangster ke...Castello ker. Ni jauh lebih elok.

*Jalan cerita nya memang thinking movie ler. Takde ler semua disajikan. Kena pikir la gak. I like the kekusutan scene sikit sebab sebenarnya angle seolah dari pandangan Muslim...kusut dan mengelirukan...dapat ler mendalami perasaan Muslim kononnya.

*Lakonan mantap dari semua, especially Ellie dan juga Que Haidar yang meletop...(walaupun aku tak penah gemar hasil kerja Que sebelum ni)

*Set yang menarik dan lokasi yang simple but menjadi dalam menghidupkan cerita Syaitan nih.

*Konsep tak cluttered. Simple premise and storyline with layers untuk cantikkan storyline yang agak bagus.

*Tiada styling feeling drama swasta yang tidak perlu. Maksud nya takder ler cam terbitan telemovie yang gadis kampung tapi make-up empat ini, tampar jerebu, nak touch up balik melambung harga tepung. I noticed in most parts, make-up was good, as were the costuming. Takder ler over.

*Kesinambungan ada...walaupun the story is chopped up with scene mostly randomised (sapa minat konsep cita cam Saw familiar ler ngan konsep ni)

*Pas kuar panggung, tetap rasa nak berdebat pasal apa yang berlaku and what each scene meant, and you will have fun piecing the storyline together. Kira misteri ler nih nak solvekan.

*Kejutan memang menjadi...banyak part gak aku melompat..though not all I agreed as sesuai. Yang main thing, terkejut ler aku...sikit sikit.

*Aksi-aksi yang ngeri yang simple menjadi seperti free falling dalam scene mana Rosyam jatuh dari tingkat tujuh. Yang bab keta Muslim dirempuh lori pun not too bad too, tapi kalao ko jenis peminat Final Destination, ko menguap ler. Still it's quite good no matter what.

What's sucky about Syaitan?
10 sebab anda MUNGKIN akan rasa menyesal menonton Syaitan.
*Jalan cerita kekadang mengusutkan fikiran, and at times appears too pseudo intellectual, trying too hard at times nak mysterious, tapi tak jadi. Bagus orang berfikir, tapi kekadang menghampakan sebab dalam terlampau berfikir, you don't understand the story fast enough nak pick up jalan cita dan tak dapat hayati. It's also a little undecided whether it want's to be a supernatural horror or suspense thriller movie at the start.

*Abuse of (terlalu banyak penggunaan) elements and triggers of kejutan. Yerlah...cam sound effect tetiba, scene kelibat...benda atau orang lalu...too much. Terlalu cuba nak menakutkan. Once too often orang (bukan aku ek...ehem) kerana menjerit melatah terkejut for no reason pun), Not mention some of the devices used to create shock, a little too cliched for a horror movie.

*Lakonan Rosyan ok...walaupun dalam first 15 minutes geram tengok dia, ala ala Jalaludin Hassan lak gayanya nak feeling drama TV cara cakapnya. Tapi Lis Dawati nih memeningkan sebab almost throughout the whole movie dia cam tak betui je...ting tong. In fact, instead of making her the usual suspect, they could have cloaked it in more mystery bagik orang rasa simpati ngan dia sebab terpaksa kawen Rosyam. Ni aku kesian Rosyam lak sebab kawin betina tak betui cakap lak cam Fasha Sandha punya gaya. Cam mabuk je kalau ikutkan...

;*The movie jalan slow sangat! Developement lembab!!! Aku ada part sampai nak tertidur akibat jalan cita yang ada bahagian nya cam snail's pace.

*Stunts yang diwar-warkan Lis Dawati wat sendiri tak gempak pun! Dari permulaan cita aku usha je swimming pool, ingat dia akan wat aksi stunt dalam kolam renang lagik (aku carut kerana kena hasutan Syaitan..jangan salahkan aku). Instead, scene nak masuk end of the movie kena langgar keta je. Tension aku tengok...malah tergelak pun ada sebab nampak sangat keta tuh jalam slow nak mampos (walaupun slow motion), and the Lis Dawati lak nampak sangat bukan akibat kena langgar dia thrown up on the car, tapi seolah dia bergolek dari depan sampai belakang keta....keji tau!!! Teringat video clip Feminin yang Kini (konon camera pusing keliling tapi rupanya meka ngan keji 'manually' pusing ngan step) Dahler satu je scene..tapi cakap wat stunt sendiri beriya...

*Ada characters yang tuk aku tidak perlu. Cam Doktor Helmi lakonan Azri Iskandar. I don't see the need for his character langsung. While other characters are so underdeveloped.

*Casting ada yang tak kena. Zul Huzaimy sebagai Adam ok... tapi aku rasa lakonan dia underutilised. Si Kushairy as Mahmud bosan because he didn't bring anything to the character. Lis Dawati memang tak sesuai role dia as Dalila kecuali layak cantik je ler....Ellie dan Que punya watak as Fatimah dan Saad lak underdeveloped.

*Overdramatization of characters. Kira overacting tul some scenes. Bab yang sebelum Lis Dawati kena langgar tuh nak tunggu berejam looking at each other tuh kenapa....waste of time and film je.

*I'm still wondering camna Saad leh usha si Mahmud. What was he doing kat hospital ek ketika dia approach Mahmud nak kenai tuh? Takkan kebetulan sangat kot?

*Penggunaan elemen tidak kena. Dari poster aku ingat filem seram, sebab sampai font pun pakai ala Sanskrit. Apa kena mengena? Cam menipu lak padahal psycho thriller gituh.

Fakta menarik mengenai Syaitan
*Syaitan cost RM1.4 million. Majoriti pada bukan pada quantity of the stunts but the quality. I'm still impressed with the freefall scene. Scene keta remuk kena langgar lori...scene ketika Muslim diserang dalam rumah dan barang barang tajaan SSF di pecah kan...nampak ler real gak. Worth the money ler...daripada Puteri Gunung Ledang...tak berbaloi. Proven that good movies don't need to cost that much (and I don't care for the period piece costs more excuse)

*Scene dalam rumah tuh, semuanya set dalam studio ok...bukan kat apartment yang ditunjukkan. Shot dari luar semua lokasi, yang selebihnya dalam rumah semua adalah set yang dibina Kelas ka?

*Tiada lembaga bertudung merah dalam filem ni untuk memaparkan watak yang seram (gelak sorang) Ada Lis Dawati pakai telekung lah...

Berbaloi ke tengok Syaitan nih?

Yes. And it's a convincing yes.

Aku bagik tiga setengah bintang (tolak setengah bintang kerana Lis Dawati yang banyak mengundang kekejian dari aku)

Kecuali kalau ko tak suka berfikir ketika menonton wayang, sebab dia berunsur heavy drama gak dalam suspenseful nature nya.

But for RM10 nak tengok kat panggung, untung ler gak. And kira ni filem yang tak malu ler nak ngaku produk Malaysia walaupun ada sikit kelemahan sana sini sikit. Not too much hype, and yet exceeds expectations for Malaysian thriller movies. Sokong ler ngan tengok kat panggung dan jangan ler kayakan penjual VCD/DVD haram anda jer ek.

Pada mereka yang da tonton Syaitan dan nak jawapan pada beberapa perkara yang menjadi kekeliruan utama, dibawah aku ada list kan tafsiran beberapa confusing scenes. Pada meka yang nak nonton tapi tanak terasa bangang sebab tak paham, this is a good guide not to get lost in the thickness of the developement of the story.

POTENTIAL SPOILER WARNING!!!
JANGAN BACA DARI SINI SAMPAI TAHAP YANG DI NYATAKAN DENGAN BOLD DAN MERAH SECARA JELAS DI BAWAH UNTUK TIDAK MENGETAHUI JALAN CERITA FILEM INI YANG MUNGKIN MENGANGGU KESERONOKAN MENONTON ANDA.

Walaupun ni melibatkan key scenes and aid for you guys nak paham what goes on, ini juga adalah antara bakal spoiler.

So jangan baca daripada sini untuk elakkan pecah lobang...atau tau beforehand how the story will end.

Pas fikir berkali kali, ni yang aku dapat explain kan kat korang.

Of course, aku rasa daripada sekali, ni je aku mampu tangkap. Kang korang da tengok korang lak bagitau ler kalau I left anything out ek. Aku address issues yang aku rasa aku mula mula keliru jer...

Kalau ada apa apa yang keliru pasal jalan cerita, tanya ler kat sini gak dalam ruangan comments.

Kira bookmark ler posting ni sebagai reference kalao korang nak rujuk kembali setelah nonton kat panggung ataupun VCD haram (tak elok tau..)

a) Gambar passport si Muslim, watak Rosyam Nor - awal dalam Syaitan, ditunjukkan konon si Muslim nak bagik bini dia pi dia ler...konon lama da nikah and then bini takde lak simpan pic laki dia. This scene is a device actually, sebab antara babak terakhir menunjukkan si Muslim keluarkan pic tuh dan letak kat bedside table kat hospital, sambil lafaz cerai talak tiga kat Dalila. Kalau tak paham, dia sebenarnya nak penonton nyoal kot...ke mana ilang pic tuh, dan kenapa ilang, and camna si Muslim leh dapat balik (lihat b) untuk jawapan.

b) Apa dalam sampul yang diberi oleh Jamilah, si bini Mahmud yang cuba membunuh Muslim ketika dia pergi menerangkan keadaan pada si Muslim?Bagaiman Mahmud leh cari dia?
The only conclusion is, selepas Jamilah terangkan kat si Muslim yang Mahmud baik dan tak penah bunuh semut sekali pun (exagerration semata mata nak drama kan explaination aku), dan dia explain kat Muslim Mahmud sebenarnya diupah untuk membunuh Muslim, dia memberi kan bukti dalam sampul.

So apa dalam sampul tuh? My guess is passport picture si Muslim, yang di amik oleh Dalili awal-awal sebelum Muslim sedar untuk dipassingkan kat Saad. Saad lak in turn telah memberikan benda tuh kat Mahmud, sebagai cara nak kenalpasti rupa si Muslim. Spekulasi je ler.. but that is most logical if you ask me.

c) Kenapa si Dalila ni keja dia membancuh air je? Sikit sikit gedik-gedik, "Abang nak air?"..."Abang nak minum?",,,"Ala...saya belum sempat buat air untuk abang". So challenging for an actress of Lis Dawati's calibre...

Ceritanya yang si Saad dalam satu scene kan ada tunjuk yang dia mintak bubuh benda dalam minuman Muslim?

So konon nak tunjuk ler kekerapan kalau diingat balik episod episod dok sibuk nak bancuh air ler...as a result...tuh yang si Muslim nih kuat halusinasi konon ler.

d) Siapa wanita ngan anak in the last scene yang jadik bini si Muslim bila dia tuh da dok ceraikan Dalila yang cantik tapi ala ala ting tong?

My guess, yang di iyakan oleh produksi...Fatimah dan anaknya Aman tulah bini pertama si Muslim. Spekulasi mula mula...tapi confirm da...so fact ler...is that si Dalila sebab sayang sangat family, walaupun bantah ketika di lamar oleh Muslim, dalam turut kata ayah dia (ada ditunjuk ketika flashback), memberontak because Muslim sudahpun berkahwin ngan ada anak.

In other words, memang even central character si Muslim ni takder ler baik sangat pun...gatal ngan pompuan cantik. Nak kawen terus. Tu yang meka pindah rumah baru tuh...

Untuk yakinkan anda, Saad dalam satu scene (yang aku tafsirkan sebagai imaginasi atau khalan Muslim, ada Saad sebut kat Muslim, "Siapa keluarga ko?" pastu ada menoleh kat Dalila sambil kata, "Dia milik aku" sebab al-kisahnya, memang Saad lover Dalila yang di celah bedah oleh si Muslim.

e) Apa scene yang tetiba semua go haywire, tetiba sampai Muslim jatuh bangunan and then accident lak...? Banyak kekeliruan timbul dari scene ni....but what I gather is, kalau korang perasan about that time, scene tuh, everything tiba tiba jadik kaler merah light light.

Spekulasi aku, accident pastuh kan dia masuk koma or something like that. Well, walaupun scenes not in order, actually si Muslim ni khayal ketika dalam koma.

Call it his guilty conscience illustrating the scenes. Kalau tak pun, akibat halusinasi campur perasaan bersalah dia naikkan such halucinations. Whatever it is...memang guilt dia hanuts him sebab pas dia jatuh dan mampos, dia nampak Fatimah dan anak dia (tapi pelik dalam mati mata terbeliak pun nampak ek)

These five key pertanyaan ler akan main kat pala korang ketika nonton Syaitan...ada beberapa scene timbulkan tanda tanya, tapi aku tak ingat sangat. And ada yang tak terjawab...seperti penting ke TV no signal pastuh esok lusa nya ada? Takkan mystery person tu nak watkan???

Let me watch it again...kena tengok balik kaji ler. Would I see it again? Maybe...for the sake of studying the key elements and devices yang actually quite pandai yang ditanam throughout the movie oleh Bade. Cuma sayang, these details tenggelam ngan over-dramatisation of the scenes yang aku rasa memurahkan movie nih.

Why Syaitan?
Nama filem itu dipilih untuk menonjolkan unsur yang tak banyak diketengahkan. Menurut Bade, selalu orang wat filem hantu dan sebagainya...kira ada unsur unsur tahyul. Tapi his movie nih deals with a real issue, which is hasutan syaitan.

Katanya dalam Al-Quran takde pun sebut pasai hantu dan sebagainya, tapi ada reference pada syaitan....dan dia nak highlightkan how real that horror is. Itu sebab sampai watak Que Haidar, iaitu Saad yang berupa alim dan berkopiah pun leh teruji keimanannya.

Kira setiap orang terbuka pada hasutan syaitan. Senarainya seperti demikian (uwaa...siap list kan nih...)

Muslim : kena hasut nak tinggal kan bini pertama dan anaknya kerana gatal bijik sangat nak kawin ngan pompuan lebih muda dan cun melecun.
Dalila : Di hasut untuk mengikuti perancangan evil Saad tuh sebab hati memberontak nak sangat gatal bijik ngan Saad, tapi terpaksa kahwin ngan Muslim akibat ketaatannya pada kehendak keluarga.
Saad : Terhasut syaitan selepas kecewa nak gatai bijik ngan Dalila tapi dikebas Muslim.
Kushairy : Sebab sayangkan keluarga (dan sedap kot gatai bijik ngan bini) sanggup wat apa saja demi anak nya yang sakit jantung berlubang (yang terhasil akibat gatai bijik gak) dan perlukan rawatan mahal.
Adam : Security yang sanggup jaga anaknya sebab sayangkan walaupun susah terima kenyataan anaknya (hasil gatai bijik gak) insan intimewa. Terhasut untuk mendera anaknya...aku rasa akibat gersang dan gatai bijik kot. Sexual frustration is so underrated.
Jamilah : Bini Mahmud ni takde ler terhasut apa...tapi sanggup wat per saja kerana nak gatai bijik ngan laki nya. Yerlah...kalau masuk penjara akibat attempted murder nak gatai bijik ngan sapa??
Dr Helmi : Takde kena mengena...tapi aku rasa cam dia ni perlu gatal bijik kot. Anal retentive je dia...sexual frustration is so underrated!
Fatimah : Terlampau setia...tapi gatai bijik gak sebab sanggup terima kepulangan Muslim pada dirinya.
Ana : Lum lagik reti gatai bijik.
Wartawan-wartawan yang menonton : Tak dihasut tapi gatai bijik nak mencarut elemen elemen yang tidak memuaskan hati tul pasal movie nih. Keji kan??? Jangan...semua nih gurau semata-mata. Kira ala halusinasi Muslim je. (lawak keji!!!!)

Moral of the story: Semua orang terbuka pada hasutan syaitan. Dan juga orang nak wat filem gatal bijik sebenarnya tapi Lembaga Penapisan Negara strict sangat so kena sub-text ler uols. Paham paham jer da...matilah andaian gila aku akibat over creative lak aku kan???

END OF SPOILER ALERT YOU CAN RESUME READING FROM HERE SEBAB TAKDE UNSUR UNSUR PECAH LOBANG JALAN CERTA SUDAH

Alamak...panjangnya...da lama tak wat review movie camni.
So this is testimony that Syaitan is worth the money ler to watch.

Aku nak wat this 'little' ulasan pun berapa lama...half of which, was done in Starbucks Mid Valley Megamall over a Cafe Mocha with whipped cream and several Marlboros, sambil menjalankan beberapa phone interviews untuk my work.

Dont' you just love the mobility technology offers you? Yes...thanks to my new toy in my HP Compaq.

Pasni...silap-silap time nak posting terus pakai handphone jer ler kalao jadik plan nak amik sponsor ek...(dalam perancangan...proposal tengah disiapkan)

Eh...one more thing. Kalau korang nak tau...ada suggestion, sebab dari halan cerita Syaitan nih, ada ler ruang tuk sequel sebenarnya...yerler ngan Dalila diceraikan da (alamak...lupa bagik spoiler warning)...dan komperm akan pulih dari kecederaannya (pecah lobang agik). Tuh lum agi Si Saad yang dok dalam penjara pas kena tangkap (er...lupa warning agik ker?) yang kalau kuar leh balas dendam dalam sequel.

Tapi kengkawan suggest ni sebagai sequel.

Aku nak kreditkan idea sapa pun orang tuh tanak aku sebut nama dia...(tak berani ek ngaku)
Bade...amacam kalao wat sequel nih.

Ok ler...nak larik tidur da...ni entry of the year ni aku rasa...sebelum aku kena carut sebab poster promosi Syaitan 2 di bawah baik aku undur diri. Goodnight all. Esok ke PC Cit Cat Azwan. Banyak ler pics dan story mory kat sana.

Sampai di sini saja buat sekarang...majulah sukan untuk negara...

For other reviews of Syaitan, click the links below :
Sensasi Selebriti (formerly budiey)
Dari Catatan Kash

0 comments: