Monday, February 20, 2006

Akademi Fantasia IV - Auditions - Day Two

Aku nak update my blog semalam, tapi malas semacam walaupun online pas balik dari Astro (again tengah malam past midnight).

Supposedly, this time around lepas singgah kat Astro nak observe again what was going on for my report tuk article aku, patutnya gi Planet Hollywood for M. Nasir punya show lepak ngan tokei funfair...tetapi apakan daya....kemalasan menguasai diri ala Garfield. Yerlah...tambah lagi hujan turun ngan lebat...suasana sejuk, so it was quite comfortable to have a snooze.

Lagikpun...SPF 6.5 pun tak gi sebab abih gi tengok Puteri Gunung Ledang - The Musical sekali lagik so malas ler kalao tak cukup korum. Erm...iklan sat ek...

Sambung lak...another reason why I wanted to hang around was because bangga sebab ada member yang aku kenal, bekas anggota kumpulan 'anak didik' vocal yang berjaya lepas stage 3, so aku nak tengok ler lepas ke tak last stage. Tu aku cita later.

Anyway, again for this round...haus gak. Campor dua ari punya audition, sejumlah 1,005 yang menjalani ujibakat. Quite a few folks isi borang gak, tapi sebab aku dengar Astro limit jumlah penyertaan dalam sehari kali ni, nasib korang ler kena go for the next audition sebab tak sempat.

Tu lah...lain kali kalao nak audition, bersungguh ler bangun awal. Jangan bila orang nak tutup kedai, nak close shop jer baru nak terburu-buru nak register. Perlu ke.

No surprise, tapi geng rempit tetap menguasai hari ni .

Horror tul! Sampai je Astro da agak mesti tengah break sebab da 7.45pm, so aku head ke cafeteria where bumped into abang Adi, Aman, Syafinaz, Ajai, Deja dan Umi tengah berehat have a bite before resuming the auditions.

Aiyo! Bermacam cerita horror lagik aku dengar pasal contestants yang memacam perangai.
It's extremely scary to think that no matter what happened the first day, the second day reflected a truth that was inevitable. That rempit akan terus menguasai audition Akademi Fantasia.

Mintak-mintak laa apa pun faktor yang menjadi pendorong warga rempit audition, tidak akan menghampakan mereka yang betul-betul berbakat datang untuk mencuba nasib, cause I really wanna see some real talent audition.

By the way...aku letak posting yang terakhir tu mengenai how to face the auditions tu untuk membantu sesiapa saja yang ingin mempersiapkan diri untuk menghadapi proses ujibakat....so I hope for those who are really keen to try out...they take my advice as it will indeed help them.

Contohnya cam adik sorang ni yang aku jumpa. Si Araf...(jangan marah ek dik jadik test case abang nak sebut kat sini).

Nampak dia kat stage 3, tapi dia gagal masuk stage 4. Sembang ngan dia automatically aku da dapat tangkap apa kelemahan dia. Sembang cam tak bermaya tak makan...and memang ler dia letih dan lapar. But still...personality tu penting!

You have to maintain your composure no matter how you feel, cause this is one chance for you to prove you're worth it.

Lagik skali aku cakap...kalo ko rasa ko letih tak larat...bagaimana laa rasanya juri yang mengadili audition berejam terpaksa tahan sampai berdarah telinga tapi tetap maintain professionalism.

Anyway, Araf...aku really hope you try again.

budak lepak tunggu giliran kat stage 3, aku perasan bekas ahli kumpulan anak didik aku, si Nobi. Dok lepak-lepak sembang ngan dia, aku yakin dia mesti lepas kerana confidence dia memang impeccable.

I don't know how far he will go, but I know his singing ability quite good, so bangga ler bila finally dia muncul ngan borang tuk diisikan...iaitu berjayanya dia masuk short list! Ni pic sebelah tu Nobi (tu nama timangan dia) yang aku curi dari blog Juan, yang rajin menjadi paparaazzi malam tu.

Kalau dia layak...jangan lupa AFUNDI dia ek! Aku skang doa bagik dia dan Najeeb je qualify as I think they have the complete package to make it.

Siang tadi masuk keja, dengan semangatnya habihkan keja sikit sebab entah kenapa keletihan melarat. I really feel beat and want to get some sleep for tonight. So no activities to keep me up!

Lagik pun nak conserve energy sikit sebab ujung minggu ni banyak yang aku kena wat. Selain kena wat liputan Anugerah Bintang Popular-Berita Harian hari Ahad kang, Sabtu aku kena rush ke Danga Bay, Johor bak Nikki tuk show Kosmo!.

So I definitely akan keletihan gila babas kang...better conserve energy!

Ni nak tidur da ni. Mata da berat...tapi tanggungjawab nak memblog ni (nak ilangkan malas and get in shape for bermulanya Akademi Fantasia nanti) memang kena dilaksanakan.

Anyway...sebelum aku mengundurkan diri for this posting...ni ada pesanan penaja sekejap...sapa nak gi apply, kalao dapat nanti bagik aku komisen ek!


ASTRO akan mengadakan ujibakat untuk mencari usherettes (pengiring) bagi program Anugerah Seri Angkasa 2005 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada 100 & 11 Mac 2006.
Kepada yang berminat, sila datang untuk ujibakat :
Pada : 26 Februari 2006 (Ahad)
Masa : 10 pagi hingga 6 petang
Di : North Lobby, Pusat Penyiaran Asia (Astro), Bukit Jalil.
*Terbuka untuk wanita sahaja (yang ori dan tulen jer kot)
Jangan lepaskan peluang anda untuk bersama-sama memeriahkan majlis anugerah yang hebat ini!

Until tomorrow kiddos...

0 comments: