Where do I start.... ok korang start ngan results and pics dulu lah sebelom aku meroyan on some irrelevant tangent.
Filem Terbaik
Magika
Magika
Pengarah Filem Terbaik
Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)
Pelakon Lelaki Terbaik
Bront Palarae (Belukar)
Pelakon Wanita Terbaik
Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan) (Pemenang)
Lakon Layar Terbaik
Jumaatun Azmi (Haq)
Jumaatun Azmi (Haq)
Cerita Asal Terbaik
Ahadiat Akashah (Lagenda Budak Setan)
Sinematografi Terbaik
Raja Mukhriz (Niyang Rapik)
Penyunting Terbaik
Hisham Jupri (Evolusi KL Drift 2)
Skor Muzik Asal Terbaik
Edry Abd Halim (Magika) (
Filem Animasi Terbaik
Buas
Er... ok so now on to my comments. Nak cakap camna.
Tahniah la pada semua yang menang. Everyone, every film - semua orang work hard kan? SO takde isu 'aku menang, aku keja keras'. Takde gak isu dengki ke, haper ke... sebagai alasan bila orang kritik. So lame.
I mean, immediately aku dengar beberapa orang defensive mode sebut pasal 'ni lah orang Melayu nak dengki etc hasil keja orang sendiri' or 'we worked hard for this' or 'suka tau ada bangsa sampahkan hasil keja orang lain' etc.
Excuse me? Masuk industri di mana hasil keja ko akan dinilai - pe halnya nak camtuh? Stupid, moronic mentality tol bila camtu. Nama nak iktiraf yang TERBAIK?
Kalao da ada yang BUKAN yang terbaik perlu ke.
I have been dissatisfied with nominations dari start. Muallaf, Ice Kacang Puppy Love dapat consolation prize la kiranya ngan Anugerah Khas Juri. Merasalah la kan... tak layak bertanding kononnya sebab not enough content dalam bahasa kebangsaan. Nama FESTIVAL FILEM MALAYSIA. Siapa yang wat filem-filem tuh? Orang asing ke? Does it make those two films any less Malaysian - sedangkan filem-filem tu gak angkat nama Malaysia at an international level?
I think Shamsul and Lisa are very talented, but I think it's not their time yet. There were more people yang lom recognized yet.
Magika as Best Film? Interesting... but no valid reason. Kenapa? Sebab fantasi yang promosi watak mitos/fiksyen local? Sebab CGI? Oh well... lantak la.
Camni je la. Aku tak suka dunia seni baik filem atau muzik, dipolitikkan. Dan aku tak suka kalao this ends up being JUST a business. Mana penghargaan nilai estitika hasil seni?
Ok... da la meroyan bab tuh. Letih. Sepanjang malam, and the last two weeks memacam da dengar dan bertukar dari mulot ke mulot. FFM SUCKS. Period.
About the event itself - ni pemerhatian aku sendiri, dan juga kompilasi complaints dari artis dan orang industri sendiri. Sapa nak terasa ke haper ke, stop being a defensive idiot. Nak wat better kan? Learn from your mistakes. And you can only learn when you admit the mistakes.
*Majlis penuh dengan orang entah siapa pon, tak kenal. Kata ni ibarat Raya orang filem. Tapi kenapa ramai jemputan nan hado? Datang lak cam kereta berhias lak...bad fitting suits and cheap, skanky dresses.
*Nampaknya 'silent boycott' menjadi. Tak ramai artis nama top meletop muncul including nominees. Yang mai KEBANYAKKANNYA either penyampai, or artis suam-suam kuku je nak promosi diri.
*SACC sungguh tak glam dan tak sesuai nak feeling jadi home pada majlis yang konon prestij. Kecik dan semak ala Kompleks PKNS.
*Dah la venue kecik, tak bagi orang masuk dewan kena berlegar kat luar, sampai tiap rongga SACC diisi pelok sakan sekor-sekor.
*Red carpet glamour trafik jam sebab jalan pendek nak penoh berapa interview, pentas bagai. Last-last, stop sana stop sini, red carpet lom abih, majlis da start mengakibatkan artis ada yang sangkut luar kena jeling masuk lambat.
*Hezrey tu menyemak. Ngan rambut pacak senget penuh glitter, merapu je staff RTM ni. Sharifah Shahira dan Zizan meletop tapi dicacatkan oleh penyertaan sekor tuh.
*Opening Hikayat Merong Mahawangsa. Motif promosi filem KRU akan kuar? Apa relevance? Tarian tu not our culture ke haper pon as it's a work of fiction. Unless ada something I missed and Merong tuh dance musical yang nak diketengahkan.
*Performance semua haus! Shamsul as a rapper? Really? Nyemak je dia dan ensemble dia. Radhi lak tenggelam.
*Performance best - Angkatan Pemuda Indie atau API (AJ - Popshuvit, Lan - Azlan & The Typewriter, MonoLoque, Jipie - Pesawat, Greg Henderson, Din - Estranged) paling meletop. Appallam pun best. Dayang dan Lan ok la. Lain - erm.. production RTM typical.
*Penyampai trofi semua - entah asal usual planet mana. Up sikit dari penyampai trofi puteri bunian kat pre-awards jek.
*Pas abih event konon ada post party. Hado? Makan-makan kat luar lobby jek.
*Press conference takde. Juri semua ilang dan tidak dapat dikesan media tuk ditanya soalan.
*Sekuriti tak dibayar overtime kot semua pon sama ilang. Orang luar semua masuk, kesian artis da la berasak makan minom sparuh mati pas event hado... kena layan peminat.
*Dalam kesempitan SACC dan keadaan kelam kabut, cam pasar malam da. Kesian yang feeling pakai kain panjang kena pijak bagai.
*Ramai artis dan berangan artis tak tahan keadaan lantas angkat kaki berkompol mamak-mamak. Glamer sungguh mamak Shah Alam malam tadi.
Ni bukti post part hado.
Aku pon ciao ngan kengkawan nak makan dan wat post mortem. Kesian ada kawan sorang ni. Asik wat keja, tak sempat melantak dalam huru hara, sampai kena nasi ayam banyak ni nak isi tangki.
And that, my friends, is how films are judged in Malaysia - in a presitigious manner katanya. Walaupun...
2 comments:
Kalau dorang kata Muallaf, Ice Kacang Puppy Love and Tiger Woo Hoo tak boleh tercalon kerana isu bahasa, kenapa filem THE DEADLY DISCIPLE and THE 3rd GENERATION boleh tercalon kat FFM before this.
3rd Generation siap menang pelakon harapan terbaik lagi untuk Carmen Soo.
jangan lupa the red kebaya - vanidah imran menang kan?
entahla konon kena at least 50% bahasa malaysia. tak paham camna meka sukat dan requirement yang outdated sungguh.
kata 1malaysia...
Post a Comment