Showing posts with label 23. Show all posts
Showing posts with label 23. Show all posts

Sunday, October 24, 2010

FFM 23

Where do I start.... ok korang start ngan results and pics dulu lah sebelom aku meroyan on some irrelevant tangent.

Filem Terbaik
Magika

Pengarah Filem Terbaik
Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)

Pelakon Lelaki Terbaik
Bront Palarae (Belukar)

Pelakon Wanita Terbaik
Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan) (Pemenang)

Lakon Layar Terbaik
Jumaatun Azmi (Haq)

Cerita Asal Terbaik
Ahadiat Akashah (Lagenda Budak Setan)

Sinematografi Terbaik
Raja Mukhriz (Niyang Rapik)

Penyunting Terbaik
Hisham Jupri (Evolusi KL Drift 2)

Skor Muzik Asal Terbaik
Edry Abd Halim (Magika) (

Filem Animasi Terbaik
Buas









Er... ok so now on to my comments. Nak cakap camna.

Tahniah la pada semua yang menang. Everyone, every film - semua orang work hard kan? SO takde isu 'aku menang, aku keja keras'. Takde gak isu dengki ke, haper ke... sebagai alasan bila orang kritik. So lame.

I mean, immediately aku dengar beberapa orang defensive mode sebut pasal 'ni lah orang Melayu nak dengki etc hasil keja orang sendiri' or 'we worked hard for this' or 'suka tau ada bangsa sampahkan hasil keja orang lain' etc.

Excuse me? Masuk industri di mana hasil keja ko akan dinilai - pe halnya nak camtuh? Stupid, moronic mentality tol bila camtu. Nama nak iktiraf yang TERBAIK?

Kalao da ada yang BUKAN yang terbaik perlu ke.

I have been dissatisfied with nominations dari start. Muallaf, Ice Kacang Puppy Love dapat consolation prize la kiranya ngan Anugerah Khas Juri. Merasalah la kan... tak layak bertanding kononnya sebab not enough content dalam bahasa kebangsaan. Nama FESTIVAL FILEM MALAYSIA. Siapa yang wat filem-filem tuh? Orang asing ke? Does it make those two films any less Malaysian - sedangkan filem-filem tu gak angkat nama Malaysia at an international level?

I think Shamsul and Lisa are very talented, but I think it's not their time yet. There were more people yang lom recognized yet.

Magika as Best Film? Interesting... but no valid reason. Kenapa? Sebab fantasi yang promosi watak mitos/fiksyen local? Sebab CGI? Oh well... lantak la.

Camni je la. Aku tak suka dunia seni baik filem atau muzik, dipolitikkan. Dan aku tak suka kalao this ends up being JUST a business. Mana penghargaan nilai estitika hasil seni?

Ok... da la meroyan bab tuh. Letih. Sepanjang malam, and the last two weeks memacam da dengar dan bertukar dari mulot ke mulot. FFM SUCKS. Period.

About the event itself - ni pemerhatian aku sendiri, dan juga kompilasi complaints dari artis dan orang industri sendiri. Sapa nak terasa ke haper ke, stop being a defensive idiot. Nak wat better kan? Learn from your mistakes. And you can only learn when you admit the mistakes.

*Majlis penuh dengan orang entah siapa pon, tak kenal. Kata ni ibarat Raya orang filem. Tapi kenapa ramai jemputan nan hado? Datang lak cam kereta berhias lak...bad fitting suits and cheap, skanky dresses.
*Nampaknya 'silent boycott' menjadi. Tak ramai artis nama top meletop muncul including nominees. Yang mai KEBANYAKKANNYA either penyampai, or artis suam-suam kuku je nak promosi diri.
*SACC sungguh tak glam dan tak sesuai nak feeling jadi home pada majlis yang konon prestij. Kecik dan semak ala Kompleks PKNS.
*Dah la venue kecik, tak bagi orang masuk dewan kena berlegar kat luar, sampai tiap rongga SACC diisi pelok sakan sekor-sekor.
*Red carpet glamour trafik jam sebab jalan pendek nak penoh berapa interview, pentas bagai. Last-last, stop sana stop sini, red carpet lom abih, majlis da start mengakibatkan artis ada yang sangkut luar kena jeling masuk lambat.
*Hezrey tu menyemak. Ngan rambut pacak senget penuh glitter, merapu je staff RTM ni. Sharifah Shahira dan Zizan meletop tapi dicacatkan oleh penyertaan sekor tuh.
*Opening Hikayat Merong Mahawangsa. Motif promosi filem KRU akan kuar? Apa relevance? Tarian tu not our culture ke haper pon as it's a work of fiction. Unless ada something I missed and Merong tuh dance musical yang nak diketengahkan.
*Performance semua haus! Shamsul as a rapper? Really? Nyemak je dia dan ensemble dia. Radhi lak tenggelam.
*Performance best - Angkatan Pemuda Indie atau API (AJ - Popshuvit, Lan - Azlan & The Typewriter, MonoLoque, Jipie - Pesawat, Greg Henderson, Din - Estranged) paling meletop. Appallam pun best. Dayang dan Lan ok la. Lain - erm.. production RTM typical.
*Penyampai trofi semua - entah asal usual planet mana. Up sikit dari penyampai trofi puteri bunian kat pre-awards jek.
*Pas abih event konon ada post party. Hado? Makan-makan kat luar lobby jek.
*Press conference takde. Juri semua ilang dan tidak dapat dikesan media tuk ditanya soalan.
*Sekuriti tak dibayar overtime kot semua pon sama ilang. Orang luar semua masuk, kesian artis da la berasak makan minom sparuh mati pas event hado... kena layan peminat.
*Dalam kesempitan SACC dan keadaan kelam kabut, cam pasar malam da. Kesian yang feeling pakai kain panjang kena pijak bagai.
*Ramai artis dan berangan artis tak tahan keadaan lantas angkat kaki berkompol mamak-mamak. Glamer sungguh mamak Shah Alam malam tadi.

Ni bukti post part hado.


Aku pon ciao ngan kengkawan nak makan dan wat post mortem. Kesian ada kawan sorang ni. Asik wat keja, tak sempat melantak dalam huru hara, sampai kena nasi ayam banyak ni nak isi tangki.


And that, my friends, is how films are judged in Malaysia - in a presitigious manner katanya. Walaupun...

Wednesday, October 20, 2010

Alam dan manusia

Ok... where do I start this entry. Mesti ada yang marah pas baca ni. So let me start with something silly. Tadik lepak kat Q Bistro ngan kengkawan. Yang kat Curve dan Tesco tuh.

Azab tak?


Matilah ko! Internet cafe skang pon da caj RM2 tuk sejam, ni baru nak pakai letrik je camtuh. Gila ke haper.

Anyway, tadi gi pelancaran Festival Filem Malaysia 23 (FFM).

Hah.. tu da nak undang pelbagai carotan. Sapa follow Twitter aku tau, aku memang tak stuju banyak benda pasal kali ni. Mana taknya. Organization hampeh - ramai sangat complain, termasuk anak-anak seni yang sendiri dipinggirkan dalam apa yang sepatutnya majlis meraikan hasil keja mereka.

Mualaf leh tak capai walao sat pencalonan pon, tapi filem cam Pulau Asmara? Matilah ko again gituh.

Ok.. tolak tepi soal tu. Sebenarnya tak kuasa nak gi, tapi pergi sebab ni jek.


Yer.. filem 2 Alam yang dikompangkan akan mengaut RM40 juta. Katanya... walaupun... takpe. Aku cuba objektif dalam menilai pas tengok.

Tengah makan layan akak Ziana yang baru sampai.


And it was on to the show. Pelancaran FFM 23 dan pengumuman beberapa pemenang dulu pra-malam Kemuncak.

And here's where all the problems begin.

Persembahan artis - kenapa pembukaan ngan Zehra Zambri? Very Citrawarna versi takde bajet. Selain tu, mic Hafiz masa nak perform technical issue, and yang pentingnya semua lagu yang dipersembahkan aku tak nampak relevance to the event.

The nominations memang aku ada problem sikit. Magika dalam kategori filem komedi? Fazura untuk pelakon pembantu tuk Lagenda Budak Setan dan buka pelakon wanita terbaik dalam Pisau Cukur?

Shamsul dalam pelakon lelaki terbaik?

So many things wrong kan?

Tapi kembali pada majlis.

It was held at Cineleisure, kat e-Curve. Ada ke patut majlis konon prestij, walaopon cuma pra-anugerah, di adakan di shopping mall? Yang sempit lak tuh.

Dah la memang tak eksklusif camtuh, lokasi pon tak kena.

On top of thatm, kelam kabut, bising, dan no traffic control

Soal jemputan? Leh tak Afdlin Shauki dan ramai anak seni tak dijemput - walaopon merupakan past winner yang meletup?

Yang ramai? VVIP dan VIP yang tajuk albumnya - SIAPAKAH?


Ada pihak akan kata - banyak la rungutan ko! Hakikatnya - it's true that there are so many problems with FFM 23, da hilang da any prestige to the awards yang sepatutnya tahap Oscar tuk Malaysia.

Aku dapat senarai juri malam ni. Gila.. lima orang? And mereka yang menentukan terbaik dalam industri kita? Seriously?

Patut lah 'bagus sangat' hasil.

Inilah masaalahnya bila seni dipolitikkan.

And the results? Ni keputusan malam tadi.

Filem Komedi Terbaik
1. Adnan Sempit
2. Kapoww
3. Magika
4. My Spy
5. Pisau Cukur

Pengarah Harapan
1. Edry Abd Halim (Magika)
2. Farid Kamil (V3: Samseng Jalanan)
3. Jason Chong Chia Shien (Belukar)
4. Jor Chee Leong (Haq)
5. Rosihah Zain (Hooperz)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
1. Bront Palarae (V3: Samseng Jalanan)
2. K.S Maniam (Estet)
3. Que Haidar (Lagenda Budak Setan)
4. Shaheizy Sam (Evolusi KL Drift 2)
5. Zul Suphian (Santau)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
1. Lisa Surihani (V3: Samseng Jalanan)
2. Norliana Shamsudin (Adnan Sempit)
3. Nur Fazura (Lagenda Budak Setan)
4. Raja Farah (Haq)
5. Ziana Zain (Magika)

Pelakon Harapan Lelaki
1. Kamal Adli (Niyang Rapik)
2. Redza Minhat (Pisau Cukur)
3. Remy Ishak (Evolusi KL Drift 2)
4. Shashi Taran ( Estet)
5. Sheikh Bolkiah Sheikh Ahmad (Pulau Asmara)

Pelakon Harapan Wanita
1. Daphne Iking (Belukar)
2. Nik Adrea Nik Abdullah (2 Alam)
3. Nur Ashiqin Kamal (Lagenda Budak Setan)
4. Putri Mardiana (Santau)
5. Shasha Arsheela (Pulau Asmara)

Pelakon Kanak-kanak Terbaik
1. Amirul Adli Mohamed Norin (Haq)
2. Ammar Adli Mohamed Norin (Haq)
3. Farisya Fatin Faisal (Santau)
4. Fimie Don (Magika)

Penataan Seni Terbaik
1. Anuar Paharudin/Johan Lucas (Magika)
2. Irwan Idris (Lagenda Budak Setan)
3. Irwan Mazwan Ibrahim/Johan Lucas (Jin Notti)
4. Sapri Ibrahim (Estet)
5. Shah Aznan Zainun (Evolusi KL Drift 2)

Penataan Bunyi Terbaik
1. Brian Ng (V3: Samseng Jalanan)
2. Brian Ng (Santau)
3. Brian Ng (Adnan Sempit)
4. James Baun 9Evolusi KL Drift 2)
5. Edry Abd Halim/Amaluddin Syukri/Mohsin Othman (Magika)

Lagu Tema Asal Terbaik
1. Edry Abd Halim/Penyembuh Rindu (Magika)
2. Farish Ramli/ Syurga Seketika (Niyang Rapik)
3. Edry Abd Halim/ Menggegar Dunia (My Spy)

Pereka Kostum/Busana Terbaik
1. Rosada Abd Hamid (Haq)
2. Hasnan Yaacob (Jin Notti)
3. Hasnan Yaacob (Magika)
4. Shen Imageneering (My Spy)
5. Zarina Abu Sidik (Santau)

Poster Terbaik
1. Belukar (Preston Zaidan)
2. Estet (Naga VXS)
3. Magika (KRU Studios)
4. Pisau Cukur (Primeworks)
5. V3: Samseng Jalanan (MIG Production)

Tu dia. Pemenang highlighted. Do I agree? Penting ke aku setuju ke tak.

Just orang industri tahu - tiap tahun kalao ada pihak yang ada kena mengena dengan penganjuran, ada je keputusan yang menyebelahi pihak tertentu. Takyah la cita. Everyone knows... some things in this business are open secrets.

So for FFM 23? Ni baru pelancaran camni... I shudder to think of Sunday.

Now on to 2 Alam.


Ok. First of all you have to admit mamat Rozmey ni memang genius dua benda.

Dia berjaya nak brandingkan diri dia, biar sut dia yang warna-warni pelangi ala Paddle Pop ke apa, ke rambut dia yang begitu vogue - he has established himself as a brand.

Second bab dia genius - dia berjaya yakinkan orang yang 2 Alam worth watching ngan berangan nya mengatakan leh RM40 juta kat box office.

So... aku bagi can. Aku nak tengok kehebatan 'fenomena dDR' as dia sendiri kata.

Alamak.. siap bagi soundtrack pree katanya masa premiere. Owh yeah... aku masuk premiere 2 Alam, sebab the other movie is Estet dari abang Mamat Khalid. Aku pilih 2 Alam bukan sebab 2 Alam lagik bagus - tapi kerana aku sanggup bayar tuk menonton hasil kerja Mamat Khalid yang terbukti kualiti.


Alamak... ni bagi prepaid card apa lak ni? Branding sakan kaw kaw...



Sebelom pe-pe... kononnya tiket premiere 2 Alam habis, kan?

HADO?!

Panggung 2/3 kosong hawau! Beriya je cakap tiket abih, tiba-tiba tiket bersepah. Tayangan Estet betul-betul penuh sampai takde ruang masuk. 2 Alam cannot even fill the seats masa premiere. Camna tuh? Marketing strategy kata penuh - walaupun? Pastu terus update Facebook konon riuh orang nak tengok - sampai penuh. Propah sungguh demi marketing.

Hasilnya?

Inilah antara filem paling SAMPAH aku pernah tonton in my whole life.

Why?

Segi teknikal - hancus! Visual berterabur, siap ada banyak shot out of focus dan kabur. Editing choppy, sampai menggangu storytelling. Impak dan elemen kejutan meka cuba ketengahkan hado menjadi kerana tu dan juga adunan audio yang level tahap orang psycho keja kan ngan fluctuate sana sini. Hanya beberapa babak cinematography aku leh maapkan, but even then not original.

Segi lakonan - hancus! Lakonan kayu dari kebanyakan cast yang over. Tahap drama RTM 80an. Bayangkan ada satu scene nak rogol... ada ke watak tu gesel anu dia, "Boss aku la dulu boss... air tak tahan naik pala ni... biar lah aku main dulu" or something like that. Apakah???

Storytelling - hancus! No plot development, and no character development. Bayangkan, Aaron Aziz je la aku sanggup tengok - tapi tu pon hanya satu scene je yang meka cuba nak ikat watak dia pada watak si Amy. Apakah? At the end of the day, ko tak rasa pe pe pon bagi any of the characters. No emotion.

So many things wrong it will take forever kalao nak go on.

Bayangka camni je kalao ko nak imagine 2 Alam camna. Bayangkan music video karaoke Audio One yang paling hazab (betol ni.. siap ada scene music video cliche karaoke dalam kolam), campor soft porn 3GP yang censored, dan drama paling hazab ko penah tonton. Itu lah 2 Alam.

At the end of the day - Rozmey may be a good businessman, but dia bukan anak seni dan dia harus akur, produk ini bukan sesuatu yang leh dibanggakan.

2 Alam adalah bahan gelak dunia seni Malaysia. And God help us kalao Rozmey nak pakai duit dia hantar festival bagai. Malu dowh!

Perlu ke filem tunjuk adengan nak kuburkan, pastu scene main, kubur, main, kubur, main, kubur, main.. tu je.

Menggunakan the worst cliches dunia kaum ketiga - bayangkan fokus pada front page Kosmo! yang watak Amy ni sebenarnya asal seorang lelaki. Familiar? Or scene wedding Amy kahwin Mat Salleh di England ala style gereja siap pakai gaun putih yang takde kena mengena jalan cita. Familiar?

All these have made the papers before.

It's one big cliche.

And badly executed at that.

Malu gila! Aku dari gelak sebab kebodohan filem ni jadik marah in the end.

Sumpah ranah aku kenapa orang memperbodohkan industri perfileman negara kita. Memang betol la apa diperkatakan selama ni. In this business, yang ada duit - hado sense of making proper films, dan mereka yang kreatif lak - nak carik modal tuk fund their productions struggle gila.

Hmphhh.. sapa nak gi tengok 2 Alam, gi lah. Aku rasa baik korang derma RM10 lagik baik. Ada gak berkatnya dari mengalakkan kebodohan camni.

Status 2 Alam? Sama pangkat ngan filem filem sampah seperti Misi 1511, Mendam Berahi, Pulau Asmara dan Lembing Awang Pulang Ke Dayang.

Again. SAMPAH!

Dah panas-panas.. korang layan la pic Aaron.


And with his beautiful wifey (kalao ada sequel nak ke tima? AHAHAHAHAHAHAHA), Diyana Halik.


By the way, Diyana and I had the same penchant for accessories. Check out our ring.


Abih je, kita semua ramai-ramai ke Rasta. Ramai orang kuat pembikin filem skali. We all talked and laughed about this. Here's hoping Rozmey akan menggunakan duit dia dengan cara betul, salurkan pada anak seni yang betul-betul mampu melahirkan hasil membanggakan.


By the way, I'd rather keep my money and watch banyak lagi filem Afdlin (Misteri Jalan Lama) dan Mamat Khalid (Estet, Kak Limah Pulang Ke Rumah - sekuel Zombi Kampung Pisang) dari layan filem SAMPAH!

Friday, January 16, 2009

Syukur

Harini aku ada berita baik, tapi tanak bagitau pe pe kat sini. Cukup aku bersyukur kerana peluang nampaknya da terbuka tuk aku mengambil selangkah lagi dalam mengembangkan bakat aku ke disiplin lain dalam bidang hiburan sekarang.

But it was a good day today and aku kept busy with some stuff. Again takleh bagitau apa.

What I CAN share with you is something unrelated. Besok memang busy gila. I got to rush to TV3 to pick up something. Then make a dash to Kompleks Suka Bukit Jalil nak tengok ujibakat Akademi Fantasia, hari pertama. Then pas urusan peribadi sikit and a spot of shopping with Faz, nak ke Stadium Putra seberang jerk tuk layan rehearsal Anugerah Juara Lagu 23.

Following which I got to dash off to Damansara Perdana tuk pelancaran butik Belicious milik Umie Aida dan Betty. Da janji ngan Faz and Liyana to meet up so should be quite a night.

Definitely a lot of pics to post, so look out.

Apapon, back to cita Anugerah Juara Lagu on Sunday. Aku dengar pagi esok at 11am, bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama, the final voting will be going on. Aku dikhabarkan senarai mereka yang menjadi juri. Setuju sangat hampir semua nama termasuk penyanyi, pencipta lagu dan sebagainya. Cuma dua nama je aku rasa very the tak perlu. But oh well. Let's just hope for the best.

Ada ke keputusan bocor. Eeee... tak mungkin. Kalao aku tahu pun (cam sebelom ni penah jadik) aku diamkan jerk.

But on bab Anugerah Juara Lagu 23 nih, aku baru sedar aku lum wat predictions. So here they are.



So ni lagu-lagu yang akan bertanding Ahad nanti di Stadium Putra Bukit Jalil, secara langsung menerusi TV3 pada jam 9.00malam hingga 11.30malam.

CALON JUARA LAGU (Lagu/Kategori/Artis/Penulis Lagu/Penulis Lirik)
1. Bukan Di Sini (Pop Rock/Sofaz/Sofaz/Sofaz)
2. Lagu Kita (Balada/Aizat/Aizat/Aizat)
3. Dusta Berkalang (Etnik Kreatif/Aiman/Hafiz Hamidun/Ahmad Fedtri Yahya)
4. Cuba (Balada/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
5. Yang Pernah (Pop Rock/Estranged/Estranged/Estranged)
6. Bila Nak Saksi (Balada/Spider/Tam Spider/Loloq)
7. Doa Dalam Lagu (Etnik Kreatif/Zahid dan Heliza/Ajai/Loloq)
8. Sampai Syurga (Balada/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
9. Hanya Di Mercu (Balada/Ayu/Aubrey Suwito/Habsah Hassan)
10. Aku Stacy (Pop Rock/Stacy/Intan Norul Azlin Intan/Norul Azlin dan Laila Ismail)
11. Dingin (Balada/Ziana Zain/Azlan Abu Hassan/Azalea)
12. Kalis Rindu (Pop Rock/Elyana/Aidit Alfian/AD Samad)
13. Persoalan Cinta (Etnik Kreatif/Farawahida/Julfekar dan Ku Seman Izza Rosley)
14. Lagu Untukmu (Pop Rock/Meet Uncle Hussain/Taja dan Tass/Taja, Tass dan Lan)

So what are my predictions sapa akan menang? Ok let me just say this first. A good song - is a subjective matter indeed. So mungkin apa sorang suka, sorang agik tak suka kan?

For me, the kriteria of judging should not be based on the definition of best as in the technical approach of things, because there is no way to ascertain that. Those are following factors that should apply.

For me - what makes a song good - will be the uniqueness and fresh appeal of a tune. Does the song sound tired and a repeat of something that may have been done before, and it's relevancy to the business today. Subjective again perhaps - but a more reliable measure to judge by.

On that note, my predictions.

ETNIK KREATIF
Honestly... korang nak aku buang masa predict ke? Ok.. senang. Doa Dalam Lagu. Not because it's that good. But it's the best of the worst. Ngan competition dari lagu-lagu camni, baik buang je kategori ni sebab memang this category drags down the standards of the whole competition.

Bagi meka yang kat stadium ke kat rumah, time persembahan lagu-lagu ni memang tak mustahil penonton gunakan tika ni tuk gi jamban ke haper jer.
PREDICTED WINNER : Doa Dalam Lagu (Etnik Kreatif/Zahid dan Heliza/Ajai/Loloq)



POP ROCK
This is where the competition gets a lot tougher. Baru nampak sikit saingan.

For me secara jujur lagu paling lemah sini lagu Aku Stacy. This is followed by Bukan Di Sini.

Tuk kategori Pop Rock, it's a three cornered fight antara Yang Pernah, Kalis Rindu dan Lagu Untukmu. And I think Kalis Rindu yang pertama tercicir if it boils down to this.

So we have two bands who rock the house being the possible winner here. Both from the new school of Malay rock. It could go either way in terms of the overall compositions and their updated take of the genre today.
PREDICTED WINNER : Yang Pernah - tapi menang photo finish ni. Sengit gila.



BALADA
Ni lagi satu kategori yang memang gila babiks nya tough fight. Tolak tepi lagu Dingin dan Hanya Di Mercu for sounding like something that was released 10 years ago - and nothing spectacular at that (trivia time - lagu haper la yang leh layak ngan lirik dengam perkataan CECITA... meletups!)

Also tolak tepi Bila Nak Saksi. No offence, but tuk aku, again kalao lagu Mabuk, mungkin Spider stand chance. But not on this song.

So again three cornered fight. Of which I think Cuba will fall by the wayside first, walaupon aku rasa tu personal favourite aku.

So the fight will be between Lagu Kita and Sampai Syurga.
PREDICTED WINNER : Sampai Syurga pas juang habis habisan ngan saingan in a simple but beautifully written Lagu Kita.



JUARA LAGU
Honestly aku tak berani pilih walaupon tuk prediction. So my guess, depending on whether the judges are all above 35 or not, will be Yang Pernah or Sampai Syurga. Yes, their age and background have everything to do with it too.

When things get too hard - look at who the judges are and you may guess their choices right.

My guess is Sampai Syurga may just win this. But again - I'm saying if both songs indeed win their category as I predicted Yang Pernah stands the best chance to make it a second win for Estranged again. Just knowing the judges, I doubt it.

For Best Vocal Performance aku dapat rasakan Aizat, Estranged and Faizl Tahir stand the best chance, though I really don't know sebab tak tengok rehearsals lagik tuk judge. Just guessing based on their past record.
.
For Best Performance, Stacy, Estranged, Faizal Tahir stand chance walaopon aku guessing again. Will let you guys know if I change my mind pas tengok rehearsal esok.

Anyway... kita tengok je kang ek.