Wednesday, November 24, 2010

Randomness

Memacam akademi ada.. merasalah ni akademi yang baru ke? Spotted masa kat hotel siang tadi kat Holiday Villa Subang Jaya.


Kelas kan? Lembu, kambing dan ayam kampung pun kena dilatih tau. Bukan semua binatang perangai gitu semulajadi. Aku kenal ramai binatang pun yang perangai gitu semulajadi je. No training required. Matilah...

Anyway, sebenarnya tadi gi for the first press conference for Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.


Tuh dia barisan artis yang hadir. Tak umum pe sangat pun. Pasal voting, senarai panjang, dan launch online pasai voting je.

Ini snappy some pics nak share.


Si Shahir ni nampak letih gila. Don't you guys think he needs a shave? Da scruffy sangat camni.

Ni pic tuk peminat Datuk Siti Nurhaliza. Yang pentingnya dia touch up tu pakai brand sendiri, SimplySiti ok. Bukan cam sparuh artis tuh, endorse bagai tapi pakai brand yang vogue yang mahal-mahal je. Salute Siti.


Jap... usha kasut dia sat. Motif kasut Siti pun nak snappy. Ye la.. dari orang nak blog letak pics yang pose biasa-biasa, biar ku letak pic yang ikut suka aku jek.


Hah.. ni si Lan. From Azlan & The Typewriter ler. Tengok mata tuh lebam. Akibat arituh masa Shout! dia stagedive terlanggar makcik mana ntah, lobam jadiknya. Smakin teruk mata tuh. Kesian lak... all in the name of rock and roll katanya.


This week is so packed and I have so much to juggle...

Tuesday, November 23, 2010

Kopek!

Tadi gi layan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Panjang gila dan ngarut title, kan?

Tapi sumpah, the sequel to Zombi Kampung Pisang is awesome. Kalau ko enjoy Zombi Kampung Pisang ko akan suka la ngan Hantu Kak Limah Balik Rumah. I absolutely love it - and I think it rocks socks, sebab dalam celah lawak cam gampang - ada gak messages inserted, so you can watch it in a popcorn manner, or you can just intellectualize it. Matilah katanya...


I don't want to give away anything about the film, but it's DEFINITELY worth a watch - especially tang hantu kopek muncul. I like! The first ten minutes semua da gelak guling gila babiks da - bukan menggigil cam tengok 2 Alam (bak kata dDR Rozmey lah...)

Aku impressed with how they did it - sebab aku masa gi shooting ada nampak potential in a lot of the scenes, tapi risau gak merapu gak kekadang.

Pas abih PC sempat kita semua lepak borak-borak. I love creative minds like Afdlin Shauki dan Mamat Khalid because sitting down and talking to them is simply inspiring.


Ok... sometimes like Afdlin they give me weird pictures to dok pelik korek hidung to post in my blog - but hey... ok pe.

Anyhoo, ni lak si kak Vee. Tambah cantik. Tapi tengok balik pic aku snappy ni cam Fauziah Latiff lak rupanya. Anyway next year da la nak ganti Maya Karin tuk Nona, ni lak dia bagitau pasal dia akan jadi antara pengacara Anugerah Skrin. Semakin meletup!


Ni some random snaps of Wanda dan Opie, member wartawan pala gila. Love preview belah malam ni sebab dapat rilek semua tak kejar masa sangat - unlike most previews yang wat pagi buta.


Sempat snappy Pekin yang ada small role too. Da potong rambut ni nampak cam Ijoy lak, laki kak Shirah.


Sebut soal rambut... korang leh teka tak sapa ni?


CAK! Tuh dia, rambut konsep Goldilocks bagai dari Awie. Ni ngan Fiza, wartawan tuk DIVA kat RTM. Anyway happy birthday Awie who turns (umur dirahsiakan gituh) at the stroke of midnight!


Going for long mamak session pas ni nak borak pasal banyak benda. Biasalah kalau semua dalam bisnes ni kumpul mesti ada tukar-tukar cita.

Toodles, all.

Monday, November 22, 2010

Backstage

Hari ni the day they decided on sapa layak Anugerah Juara Lagu 25 lepas the final semifinal. Aku separuh akhir ni, layan persembahan semua dari belakang pentas, nak amik feel camna debaran semua.

And also sebab dapat gosip dan lepak ketika show, borak-borak ngan semua kengkawan.

And here's your peek at what happens backstage.


Propkesayangan ramai ni. Kaki ala ala Upin dan Ipin ni da kena basuh la berkali bebudak pakai. Heh! Si Black dan Hafiz dan macam kembar Siam melekat kat badan da.


Sempat snappy si Tomok dan Black bersama... sebelum Tomok dihalau untuk tugasan dia... iaitu...


Tuh dia. Tugas Tomok? Nak jadi aerial bagi satu-satunya TV yang hado kat belakang pentas ni, yang bergantung live feed. Reception lak hado, so azab la semua kena harap reception ok. Ni si Tomok kena dera sebab dia berdiri sebelah TV tetiba baru ada gambar dan sound. Merasalah dia dipaksa jadik aerial demi kepuasan semua menonton backstage.


Comel tak kak Dibah pose dok rileks je. Si Ana dan Yuna pon ada, sempat snappy pic ni just before meka panggil semua onstage.


Belakang pentas lak ramai berkumpul. Ni snap pic API - Angkatan Pemuda Indie, three members at least ngan Din (Estranged), Loque (now known as monoLoque dan AJ (Popshuvit) sekali ngan Sam dari Bunkface.


And some others in Lan, Stacy, Adira, Ana dan Shahir.


And then - the announcement. Well, not yet. Ni masa semua tunggu ketika nak umum. Sempat agik tuh main-main atas pentas. I like this year sebab all the performers (most of them anyway) can get along and mesra, performing for the fun of it - and rileks je. Takde feel competition sangat sebab semua tak tekankan soal bersaing.


And finally - ni semua yang layak.


And ni full list semua yang layak. Especially pada anak-anak muda yang singer-songwriters yang represent the future of the music scene. You guys rock!

Sofea Jane - Black / Shah Kamikaze & Iswandy / Farril
Pelita - A.P.I / Loque / Loque
Cinta Sempurna - Yuna / Yuna / Yuna
Tolong Ingatkan Aku - Ana Rafali / Ana Rafali / Ana Rafali
Ku Ada Kamu - Adira / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim
Hanyut - Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
Jahat - Stacy / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim
Kebahagian Dalam Perpisahan - Shahir / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim
Mencari Konklusi - Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
Selamat Malam - Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
Drama King - Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja
Extravaganza - Bunkface / Sam Bunkface/ Bunkface
Noktah Cinta - Hafiz / Ajai/ Shah Qalam
Berlari - Tomok / Audi Mok & Shahzee Ishak / Tomok

And yes, aku malas nak komen apa-apa lebih about what happened. Biarkan. Orang lain dapat nilai. Diam tak bererti mengalah, sama seperti mengkritik bukan bererti dengki atau menuduh. Cuma kadang-kadang ada pihak yang menjadi penyampai tak bertauliah - but que sera sera.

Still - it was a happy night, save for Aizat takde which cam lacking lak with the whole gang. It's going to be a great AJL - here's hoping for the best jury to make the right choices when the show is on next year (cam lama sangat padahal sebulan lebih je)

Sunday, November 21, 2010

Jalang-jalang carik makang

Hari ni pas keja, da plan ngan kengkawan nak makan ramai-ramai. Sesi melantak katanya. So we finally decided on Wau Penyu at Solaris Dutamas. Authentic Terengganu cuisine katanya. Tak penah try, so jejakkan kaki sana nak have a go.


Ni menu dia. Classy! Siap ada sejarah sikit-sikit pasal asal usul owner kedai ni or something like that la.


Tuh dia. Bukan je makanan Terengganu je, tapi ada makanang orang puteh katanya. Heh!


Cepat adik-adik. Apakah maksud senek. Maksudnya ala ala senak ke? *gelak sorang diri sat* Comel la menu dia.


And here's some of the stuff we ordered. Kerepok lekor, cucur udang, laksam, nasi lemak ayam goreng, murtabak daging... tak ingat semua, ataupun harga, sebab aku tak curi menu yang class tuh wat koleksi. Matilah!







Not a bad meal. Authentic yes, sedap - had better before. Price? A bit too much, but ok kot.

Sekiang, liputang jalang-jalang carik makang.

Saturday, November 20, 2010

Make me wanna shout!

Had so much fun at the Shout! Awards malam tadi. Thanks to everyone over at 8TV as well as the Media Prima family for the improved hospitality this year. Slight glitches here and there but a pretty impressive show nonetheless.

I didn't focus on much and had too much fun to recount anything else. Heh...

The post party was whacked though as it was too packed and hot. Didn't snap too many pics.


That's Nora Danish dan Betty Rahmad. Cantik kan dua-dua? Sujud! Natural beauties. I can't stand women who pile on too much make-up and I think both of them memang au naturel pon lawa gila.

Jap.. mai main teka teki sikit. Kasut artis manakan ini? Tinggi wo! I think we're talking five inches easily (could be more)


Sambil korang jawab, ni snappy pic Vanessa dan Moots dari Popshuvit. Can't wait for this happy couple to get hitched next year.


Funnyman of the night - Zizan. Orang nak kata lawak kampung ke haper ke, he was easily the funniest man of the night and spontaneous!


Dah dapat jawapan kasut sapa tadi? Ni dia, supermodel of the world gituh pose sakan! Congratulations to Yuna for being the big winner of the night.


Apart from her music, I applaud Yuna because she does have good fashion sense. In fact, I think girls in tudungs can now feel stylist because of someone like Yuna yang tutup abih, tapi tetap maintain rupa stylo and edgy.

Not the easiest of a mix, but still it so works!

And finally, last but not least - 6ixth Sense. They won for Mobile Artist of the Year. Tang download tuh meka memang vast!


The full list of winners are as follows.

SHOUT! AWARDS 2010
Break Out Award (The Ultimate Shout! Award) - Yuna
Rockstar Award - Bunkface (also in 2009)
Popstar Award - Yuna
Power Vocal Award - Faizal Tahir
Flava Award - Mizz Nina
Music Video Award - Prom Queen (Bunkface)
Best On Screen Chemistry Award - Afdlin Shauki & Liyana Jasmay (Papadom)
Fresh TV Series Award - Nur Kasih
Breakthrough Feature Award - Lagenda Budak Setan
Favourite TV Program - Showdown 2010
Favourite TV Personality Award - Zizan Raja Lawak (Raja Lawak 4)
Coolest Radio Announcer Award - Phat Fabes (Fly FM)
Favourite Radio Show Award - Hot FM AM Krew (Fara, Faizal & AG)
Hot Chick Award - Scha Al-Yahya
Hot Guy Award - Henry Golding
Mobile Artiste Of The Year Award - 6ixth Sense (Tanpa)

Left the post-party early. It was too crowded with too many people bringing an entourage, Iyaz was a bore and tried to get everyone's attention (oh well) and it was hot! Still got to catch up with friends though (especially to laugh at THAT thing that's been talked about the past week).

Oh well... time for some sleep.

Friday, November 19, 2010

Zany

Da lama kan korang tak dengar cita Anuar Zain?

Aku malam tadi gi port lepak tempak makan (ni memang kalao leh aku tanak sebut nama sebab tempat tu nice, cosy lepak area yang da jadi port aku) kat Jalan Ampang. Tujuan nak ajak si Yaya makan, nak belanja sebab birthday dia.

Miscommunication si Yaya tak penah ke sana, dia ilang, aku tengah sibuk cari dia lak kat dalam. Tiba-tiba ada yang panggil aku. Anuar rupanya.


Alamak gelap lak pic. Anyway dia ngan member dia, so I joined up and lepak before Yaya pon join skali later.


Hah ni baru pic terang sikit.

Biasalah kalau da jumpa Anuar, lepak borak panjang la. Masa tu dalam 10 lebih malam kot. Banyak la cita kongsi nak catch up, tengok-tengok orang da nak tup kedai da as it was 2am!

Dalam jalan kuar sembang tak henti, lepak luar tu - until 6.30am! Aiyo! Apakah?!

Still it was good catching up with Anuar to get his insight on some stuff, and being someone I respect in this business, aku salute pemikiran dia. Ni baru kata anak seni bila pentingkan hasil keja - balanced with surviving.

Takde kompromi soal kualiti. I can't wait for album dia to finish up and be released soon.

Geez... look at the time. I gotta sleep. Ada keja agik pagi ni. Berapa jam pun jadik la...

Thursday, November 18, 2010

Obsessing


Ok, so I'm obsessing again about the Blackberry Playbook. Found this video uploaded a couple of days ago on comparisons of web fidelity between the Blackberry Playbook and Apple iPad. And the Playbook kicks ass! I like!

Already the Samsung Galaxy Tab is no where close to competing against these two, and seriously, having an iPad, I am so looking forward to the Playbook. Can't wait for it to be release. I am so going to be among the first to use it here!

Never been so excited about a gadget!

So kalao aku da beli Playbook, iPad aku nak wat apa? Pakai dua-dua sekali lah. Orang pakai hanpon pon dua, apa salahnya tablet pon dua. Heh!

Wednesday, November 17, 2010

Juling

Having fun working. Or trying to convince myself, at least. Heh! That makes times pass so much faster.

Not really lah. Sebenarnya, I don't have enough hours in a day for all the meetings and jobs I have to get done in a day.

Ni tengah malam pon dok opis agik nak siapkan keja. Pening. I so need a holiday soon but I think paling soonest I can get some time off pun is going to be middle of next year, more or less.


Ni mangsa snappy ku seperti biasa, si Dayang tengah wat layout page story aku. Aku dok temankan dia (kaco hidup dia sebenarnya)

Ok lah guys... gotta get back to work.

Tuesday, November 16, 2010

What is this?

Wow! Gila advanced skang barang mekap! Ke aku yang ketinggalan zaman?

Ni ada member dok tayang, dalam makan kat mamak pon mampu nak pasang lipgloss (nak kata lipstick bukan sebatang camtuh). Ke lip colour...

Anyway dia dok nak tayang, unscrew the top... merasalah... ada lampu dalam cover!

Tajuk lagunya, kalao dalam gelap pon, lampu tu mampu menerangi hidup anda (bahagian mulut where it's directed actually).


Aku tatau brand apa, so pepandai la korang carik. Tapi interesting. Cuma kebarangkalian nak pakai benda camni dalam gelap ngan keperluan lampu ni - aku rasa kureng sikit la in reality.

Kecuali kalao keja pelacur jalanan nak touch up pas dapat customer. Matilah aku!

Monday, November 15, 2010

Banana leaf and song

Since I've been updating so much about food, and some really yummy choices at that - malam tadi melantak banana leaf.


Sesuai dengan konsep pratonton filem Appalam! Sebenarnya singgah je, tak sempat tengok pon sebab kena gegas ke Muzik Muzik sepatuh akhir kedua. Saja drop by to give moral support katanya.

Antaranya pada tuan director, Aflin. Comei tak anak dia.


Also, was there to catch up jap ngan Jac. Suka la dia pakai saree. She looks good in anything, but I think pakaian tradisional orang kita the best, tak kira la bangsa apa pon.


Pastu, gegas ke Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. Celah layan persembahan backstage, melepak ngan kengkawan yang membawa lagu-lagu yang tercalon. So what happens backstage?

Well... ada yang pose sakan tuk photos camnih...


...ada yang sibuk bersiap...


...ada kengkawan menggila main ngan props yang tertinggal belakang pentas...


...ada pas bersiap, sempat camwhore ngan kengkawan...


...ada yang mesej tunang... (pandai je aku speku)


...dan ada yang bagi candid shot gila...


It was a fun seminfinal show, and the suspense is going to be thick next week. Tak sabar.

Sunday, November 14, 2010

It's a wrap!

Cuba teka, ni fesyen apa ni? Diperagakan kan khas oleh Dayang, dak graphic artist yang penah 'dikapankan' (kalao korang ingat entry team buiding kat Port Dickson tuh).


Iniah fesyen orang gila yang tak reti bak sweater, tapi tak tahan sejuk dalam opis! (gelak cam lahanat!*

Ada ke bubble wrap tu dia pakai nak panaskan badan. Ok, so maybe it sort of works, but it's pretty crazy looking if you ask me. Maybe Lady Gaga would buy into that look kot.

Despite it being a Sunday, merajinkan diri masuk opis nak settle down, and also hantar keja.

Pas abih semua - it's time for Japanese! Sesi melantak ngan bebudak.