Showing posts with label paranormal. Show all posts
Showing posts with label paranormal. Show all posts

Sunday, July 08, 2012

School of horror

Selepas berhenti reheat minum setelah selesai ekspedisi ke Mimaland, kami di bawa orang kampung ke satu lagi lokasi meka recommend. Sebuah 'institusi pengajian' yang telah di abaikan.

Institusi itu telah pun di pindahkan ke sebuah lokasi berdekatan, tapi bangunan besar lama itu masih nampak baru. Mengikut check kat Internet, tempat tu buka sekitar lewat 90an dan berpindah pertengahan 2000an.

Sampai sahaja, bulu roma aku da naik semua. Seb baik cukur... kalau tak entah bulu apa lagi naik. Matilah ko sempat lawak hambar.

Kami pun mendaki jalan yang curam naik bukit di mana bangunan tu berada. Sampai saja, kami nampak tempat tu bahaya dengan kaca pecah dan memacam lagi benda bersepah. Ni keja budak mana ke druggie entah yang strip metal and wiring from the structure lah ni.


We walked through this place, and sumpah, I kept hearing... sounds. Bunyi jenis apa? Well ketika lulu kelas dan asrama... setiap bilik, dengar saja bunyi benda tersepak... pergerakan... macam ada saga yang mengintai kami lulu setiap bilik.


There were several floors to explore and memang since this area is off limits dan tak penah di jelajahi, walaupun oleh kumpulan paranormal lain (orang kampung kata meka mintak izin tak dapek), I won't name the place. But fuck... memang keras gila tempat ni.

Orang kata Mimaland tu ni... aku gi tak rasa pe pun. Lom masuk sini da menggila aku... aku sumpah nervous dan berusaha tidak terpisah dengan kumpulan sebab seram sejuk semacam. Broke out in cold sweat... and kept hearing movements... noises and my senses picked up we were being 'followed' and 'watched'.


Apart from debris and broken glass, there was faces everywhere. Taik kelawar ke apa...

"Jin suka lah tempat macam ni... kotor" Alamak.. siapa wat statement tu... dang!


The first real place I freaked out at was this spot.


Kami tengah lalu corridor bila perasan a part of the suspended ceiling dah gave way, revealing a hall/room/corridor on top. Tapi takde jalan naik. Ketika kami nak balk tu salah naik tangga, we came across a stairway yang was boarded up tak bagi kita access the top floor.

I was sitting resting a bit away from the corridor, facing the spot, looking up that corridor. Mazidul bersama beberapa orang slightly further off, exploring some rooms at the end. Adam dan beberapa orang turun tangga ke bawah.

For some reason aku rasa something there... suddenly ada bunyi benda 'jatuh'. Ke dicampak... dari atas.

Terkejut gak aku.. tapi aku diam. Sebab sebelum ni banyak benda aku dengar cam takde sapa tegur.

"Apa bunyi tu? Joe... ko sepak benda ke?"

Rupanya Mazidul dan beberapa orang tu pun dengar that sound. No explanation... we kept exploring.


The place was like a maze! Gila siot.. camna students cari japan meka. Psycho abih tempt ni memang leh wat rumah hantu ke set filem seram.

Salah seorang guide kami, dan Adam and I turun sini.


Aku jadi serabut. Serious cam tak tentu arah. Sebab aku paling belakang, dan torchlight aku dah hado... aku panggil Adam jangan jalan laju sangat. Lantai basah... bocor ke sebab hujan ntah. Dark Water sangat. I felt something behind me... 

When we got to the end of the corridor and we met the team again, they decided to come and join us in the area. Apparently they thought it was a good location to set up for the 'test'.


Again they had a 'communication' session. Memang betul... tempt tu keras. Benda yang cakap tu memang marah... jahat... dan seperti di sangka, dia bukan sorang. Dang!

Dia refuse nak cakap apa selain mengiyakan, menidakkan pertanyaan Adam... serta meludah dan menghalau kami.

The team carried out temperature readings, and I saw the meters myself how drastically the temperature went up. Gila...

This, and that Adam saw someone cross a corridor, entering a 'doorway' which was really a stone wall.. was not the most pleasant of experiences.

Entah apa visual dan rakaman yang team Entiti 666 dapat, but tak sabar tengok. It's going to be interesting if they managed to catch anything. This place is a mindfuck, and it kind of reveals why they just abandoned the whole building and locked it up.

Oh by the way.. ni masa balik aku snap.


Entah siapa punya pacat tertinggal. Aku nya kot.. tapi masa aku check pas kat kedai minum tu takde... so tatau aa siapa lagi kena. Kenyang gila rupanya...

So we left the place after a few hours. My senses drained me working overtime. I hate that place. It's an evil feeling that came with it... 


Again kalau korang nak tau lebih, check out nanti update dari Mazidul atau Entiti 666. Join us for the next trip - seriously... pictures and words.. don't summarize the feelings you get on these paranormal expeditions. Kalau nak tau lebih, tanya aku hat Comments, or tweet me at @klubbkiddkl atau let tanya gak kat @Adamvai

Saturday, July 07, 2012

Mimaland - I'm back

Semalam memang malam aku takkan lupakan.

Istimewa nya... sebab buat kali pertama secara sahnya, aku mengikuti ekspedisi paranormal kumpulan Entiti 666, atas pelawaan Adam.

Sebelum ni banyak borak je pasal pengalaman dan pandangan... aku bab ni bukan expert. Jauh agi...tak secubit pun pengetahuan ramai orang keliling aku tang bab ni.

Tapi kira korang baca blog aku, kalau penah khatam dari mula, tau lah aku ni jenis leh nampak benda dan banyak kali alami benda-benda camni.

Aku penah singgah masa meka wat ekspedisi ke rumah terbiar di Klang.. penah blog pun kan?

Tapi kali ni secara sah aku menjadi sebahagian kumpulan mereka seramai lapan orang in total.

Dan destinasi kami?



Erm... tengok papan tanda pun confirm tak hirau kan? Tapi suasana malam gelap dalam hutan, aku pakai Blackberry aku saja nak snap pics, so jangan expect gambar tahap Power Rangers tahap DSLR la. Apapun, kami tiba pas melalui jalan yang kalahkan Camel Trophy (retro reference gitu).

Walaupun destinasi kami sebuah tempat yang banyak kenangan bagi aku... sungguh berubah sudah kawasan persekitaran sehingga kalau campak aku sana tanpa bagitau mana pun aku takkan cam.

Dengan bantuan orang kampung sana... kami pun tiba di... 



...Mimaland. Taman tema pertama di Malaysia yang dibuka sekitar lewat 70an dan bertahan sehingga awal 90an. Memang vogue aa zaman tu. Sunway Lagoon? Tak wujud pun... dan kira Mimaland ni pada yang tatau, memang advanced gila for its time. Tu yang ramai suka shooting sana.. dari Gila Gila Remaja... ke Mekanik kalau tak silap aku.

Sebab tutup? ... selepas kejadian seorang pelancong Singapura meninggal di kawasan kolam renang (dengar bab slide tu) dan kemudian diikuti tempatnya yang jadi mangsa tanah runtuh... diikuti saman dari pelbagai pihak - dengar khabarnya mereka terus bungkus saja. Tempat tu sekarang milik Magnum Corporation.

Di luar, sebelum jejak masuk, tambah sikit cerita 'urban legend' dari orang kampung sana. Memacam la... nak senang A to Z ada saja cita orang nampak/mengalami benda. Ini selain cerita yang tersebar di Internet.

So kami melangkah masuk dengan mixed expectations.

Personally for me - it was homecoming. I nearly drowned in Mimaland.

Umur aku ketika itu mungkin 8 atau 9 tahun. Naik slide paling tinggi. Kawan keluarga nya keja lah paksa aku. Bila aku landing dalam pool, the impact tu gila babiks... dan aku terhantuk pala kat lantai ke dinding kolam and momentarily passed out sehingga ada yang tarik aku keluar. Memang masuk air la...impak sampai hari ni aku masih leh rasa that moment.

Tu antara sebab aku nak join expedition malam semalam. Nak sangat see the place I had happy.. and a traumatic experience.

Anyway sambung cita.. masuk je.. ni benda pertama nampak dekat kawasan guardhouse.


Van terbiar ni banyak ada gambar kat Internet sudah. Tapi tak penah ada shot malam - sehingga sekarang that is.

And aku tengok kebanyakan gambar di Internet di ambil di Mimaland sekadar di pintu masuk dan kawasan berdekatan itu. Besar wo tempat... tapi mesti ramai tak berani menjelajah. Ye lah... masuk pun bukan sebarangan. Nak curi masuk? Cari nahas. Kang tak keluar.

Anyway... kami dibawa orang kampung untuk menjelajah.


Sejuk saja tempat... tapi segalanya ditutupi hutan yang 'memakan' tapak Mimaland ni. Memang most of the structures hidden by the growth da. The moon was bright though and everything was bright. We started dalam tengah malam.. dan menjelajah selama dua jam lebih.

Kami berjalan ke kawasan tasik yang dulu naik bot kayuh... (nostalgia sat sebab penah naik). Dekat 30 tahun tak jejak... cam tak caya tengok tempat ni dah hancur camni.

Juga ke kawasan dewan/skating rink yang dikatakan keras. Secara peribadi aku tak rasa apa-apa pun. Tenang sebenarnya di Mimaland ni. 'Radar' aku tak berbunyi langsung. 

Tapi aku kebelakangan ini dapat rasa yang betul betul kuat saja, atau yang tidak elok. Dan di sini, aku rasa kami 'diperhatikan' tapi tiada perasaan takut. Adalah perkampungan di sini kot... tapi bukan yang buruk buruk...

The Entiti 666 team later explored the old chalets. Ada satu bilk dikatakan ada pelancong berbangsa Cina ditemui mati dalam katil. Kata orang kampung... So kumpulan pun masuk untuk meletakkan equipment untuk test paranormal activity there. Ni luar kawasan bilik...  masuk pun kena redah semak samun.





The last pic tu, bed frame katil yang di mana katanya pelancong tu was found dead.

Anyway, sambil mereka memasan peralatan, aku dan dua tiga lagi orang kampung gerak beberapa ratus meter kehadapan. Ada main office chalet lama.


Kira mahal lah ni zaman tu. Kira four or five star punya harga gak lak. Ingat... zaman tu, nasi lemak sekolah pun 50 sen je, air sirap ke apa baru 20 sen sama dengan kuih semua. Harga wayang pun RM3 (masuk Mimaland pun sama harga untuk dewasa kot).

Anyway... I joined up back with them selepas meka siapkan rakaman untuk mengesan aktiviti. Ketika tu, mereka bersiap nak teruskan 'berkomunikasi'.


Nak pendekkan cerita, seperti di sangka.. takde lah benda 'buruk' di sini. Keras di Mimaland dakwaan ramai, memang rasanya tak berasas. Berpenghuni - yes. Berhantu? No. Ada beza.

Anyway, ni lah souvenir yang aku dapat - cuma sedar masa gi minum pas kami selesai.


Siot nya pacat (kot lah pacat). Sedar sedar (tak rasa apa pun) kaki aku berdarah... tapi... luka tak ada. Kesan gigitan? Ada kot... mmm... entah.

Banyak lagi gambar dan insiden di rakamkan, tapi rasanya aku biarkan kumpulan Entiti 666 dan Mazidul je explain lebih terperinci dalam blog meka. 

Personally for me, I felt a sense of happiness, peace and calm. And surprisingly... sadness. A whole lot of sadness. Emotionally because of nostalgia perhaps. But then again, it was overwhelming in another way. Entah kenapa emosi macam tu yang aku dapat rasakan dari tempt orang selalu katakana keras dan serum. Tak pernah...

Psychologically, seram sebab hutan.. gelap... dan kawasan tertinggal. Tu je. Tapi that's just in the head. Paranormal wise, jujur aku cakap, aku rasa seperti kalau aku duduk sana malam-malam pun, aku takkan takut. Bukan cakap je.. cuma... yang aku takut satu je. Yang aku tak nak tinggalkan tempat tu. Yang faham... faham lah...

Aku simpan niat nak jelajah Mimaland lagi kalau di beri peluang - tapi kali ini nak ketika siang. Aku tak dapat ke kawasan kolam renang dan gelungsur mana aku hampir lemas sebab jauh, dan the whole area memang too heavy growth da nak tembus dalam satu malam. Juga kawasan Maze dah tak wujud... dan Dinosaur Park ke haper yang ada dulu pun banyak da covered by the forest.


PS - Selepas Mimaland, kami ke satu lagi lokasi. Babiks horror walaupun tak sangka tempat tu camtu. Sat aku update.


PPS - Untuk lebih info ekspedisi paranormal termasuk penjelajahan di Mimaland dan banyak lagi tempat, usha blog Mazidul Akmal dan Entiti 666. Nak join pun leh...

Wednesday, January 13, 2010

I was like uhm...

Sebelom apa apa... nak cita sikit.

Dua benda sebenarnya.

Firstly... rupanya kecoh gak aku post pics benda asing yang berada atas pentas kat Anugerah Juara Lagu. Kat forum Cari, aku da paste sana tuk discussion - rupanya sampai 60,000 views in just over three days.

Lom lagik beratus-ratus komen all together from various blog sites, forums and also Facebook dan Twitter accounts yang bersepah post the pictures I took.

Tak sangka aku ramai sangat suka cita paranormal nih. Pergh! Patutlah orang kata Mastika majalah nombor satu in the country. Walaupun...

Anyway, aku terpanggil untuk ulas sikit lagi pasal benda ni sebab ramai menyangkal apa aku jelaskan (obviously ada yang tak pandai baca.. so baca slow-slow ek.. aku taip perlahan-lahan tuk ko!)

Ini some pics yang da muncul - the first two dalam Facebook fan page Faizal Ismail and the last dalam forum Cari (tatau nak kredit sapa so aku kredit Cari forum sebab da paste sana - tuan punya sila bagitau kalao ini hang punya so aku kredit hang).

Tengok elok-elok.

Ketiga-tiga gambar memperjuangkan teori penari Faizal yang kami lihat, dan berjaya snap dalam dua pics.

Aku malas nak ulangi lebih - so usha my previous entry by CLICKING HERE where I explain so many things.

Now tengok balik pics aku. Like I said - the first pic aku amik (memula nak amik sebab ingat penari Faizal so nak blog kan wat lawak... until aku balik aku tengok balik pic tuh teringat balik banyak tak kena). Masa amik tuh, blur, so I took a second one. Masa nak amik the third, in the space of just seconds, benda tuh dah hilang.

So here's the pics, including the first pic aku tak penah posting, and the zoomed in one. Again, banding with the pics above.




Now... as I said before. MASIH JELAS (merasalah promo lagu Hafiz) yang benda tuh berada JAUH ke depan (bukan bahagian tengah stage) daripada tempat penari Faizal turun.

On top of that, it's too high - bukan pada scaffolding erected by TV3 for lighting (which was where penari Faizal berada). Kira kalao ko nampak dalam pic - benda tuh berada lebih tinggi dari the video screen box thingie dah.

I wish some people wouldn't terus kata tuh nih cam aku penipu, sebab siap ada yang katakan aku photoshop the pics. I have the original photos in my camera and anyone yang nak menyangkal kata aku touch up these photos, you're welcome to check my camera.

Ada yang katakan lighting - pantulan cahaya dan sebagainya. Which would have been fine if benda tuh muncul dalam gambar SAHAJA! How do you explain that lima orang dari tempat duduk media (different angle) nampak benda sama.

Aku mewakili The Malay Mail buat liputan, selain itu turut menyaksikan adalah Izwan Mohd Dan dari Metro Ahad dan Farihad Shalla Mahmud dari Berita Harian, selain dua orang teman lagik.

We saw the 'person' moving.

We noticed it looking at the audience, with minimal movements (aku nampak cam lambai).

We also noticed it disappearing.

So kalao sapa nak menidakkan.. pikirlah dulu. Aku bukan kata benda ni seharusnya yang siap berjubah ke berkain kapan ke haper. Walaopon sebenarnya nampak cam seseorang berambut panjang, berjubah dan membawa anak (matilah ko pepandai lagik add on).

But whatever it is - it is not a figment of our imagination, it is not lighting, it is not a camera trick, it is not photoshop and it sure as hell is NOT a lie.

Ehem... secondly... aku nak lepas geram ada yang tak puas lagu Pergi Pete Teo dan Amran Omar menang. Memacam spekulasi.

Now I know people will always have differing opinions.. which is ok sebab taste memasing.

Tapi yang geram bila orang menidakkan lagu ni sebab kata lemau dan sebagainya.

I chose this song as a possible winner in my prediction. And when it won and orang tak puas, aku malam tadi siap borak sorang anggota juri - who told me the vote was SEBULAT SUARA - UNANIMOUS yang Pergi was more than deserving.

Ada la bongok nak kata lagu ni lemau la takde dinamik la tak uji vokal la...

Kenapa orang kita nih nak glorify sangat lagu-lagu yang kena menjerit? Kat Malaysia nih, zaman 80and dan 90an kita disajikan dengan memacam lagu - lagu ballads and also rock yang sampai kuar anak tekak atau pecah kaca punya mengilai, menjerit, memekik dan yang sewaktu dengannya.

It's 2010 people!

Move on!

Pergi won because of the so many things - bukan sahaja kekuatan melodi, susunan struktur lagu tu dari segi komposisi, kesinambungan kandungan lirik dengan muzik, and the fact that ia jenis lagu bukan semua yang dapat sampaikan.

It's a song that many can sing - but few can emote, or menjiwakan.

And it was done well by Aizat.

Benci tol orang kata patutnya lagu A menang padahal lagu very the lagu 20 tahun lepas, lepas tuh performance tak kena langsung sebab ala ala nak bunuh orang dari mempersembahkan mesej lagu tu tang cinta.

Or lagu B tuh hanya kerana dapat memekik melolong sampai benda atas pentas tuh pun lari (or terbang) ketakutan!

Or C - hanya kerana comel la si drummer (motif??? ni dedicate kat si Chi yang menggedik)

Or even D sebab ramai kata lagu tu selalu keluar radio.

Hello, people. This is not a damn popularity contest. Kalao nak sangat have your say yang bijak pandai, then tengok Anugerah Bintang Popular. Tu bagi peminat kuasa memilih (time tu kalah lak kata stakat populariti takde kredibiliti lak).

The two most pretigious competitions dalam negara ni adalah Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Juara Lagu.

Bab Anugerah Juara Lagu - it's about COMPOSITION. Pasal LAGU! Bukan samaada hang suka ka... laku ka... jual berapa ribu unit ka... mak ko kata sedap kat halwa telinga ka...

This is voted for by the industry - for the industry. PERIOD!

But AJL ni ada something different. It allows for the relevancy of popularity and also credibility.

Minggu demi minggu, peminat vote so it can go semifinal. Sampai semifinal one more vetting by jury, tuk ke final. Then baru sampai juara. So you had your damn say who deserved in. Kalao hazab la sangat tak layak Pergi, tak masuk pon.

Aku kalao korang nak carot lagu lain menang aku paham. But there are about five songs dari empat belas yang bertanding, which I thought had the POTENTIAL to win. And the strongest was Pergi. So deal with it.

Bosan la ada yang melalut lagi. Yang best nya ni pengkritik kedai kopi yang feeling tau segalanya. Cam pakcik pakcik yang melalut dari pagi ke petang cita pasal politik kat kedai kopi seperti meka la tau apa meka leh wat tuk selamatkan ekonomi dunia.

Grow up. Realise la sikit.. it's a competition. The noted best was recognised.

Camna la industri muzik kita nak grow kalao peminat sendiri kat tahap lama? Jangan nak demand artis dan syarikat rakaman je update sikit. Peminat pon. Ni tak.. banyak bunyi last last HADO beli album? Download MP3 haram je keja - kononnya freedom of information. Matilah ko piracy ko halalkan sesuka hati tak hormati intellectual rights orang.

Dah... malas.. bab kreativiti nih... aku ada one more thing to share.

I used to like American football a lot. My fave teams were Dallas Cowboys. Then there were the Buffalo Bills. Tapi kan sebelom aku merapu, this entry is not really about American football.

Ni pasal one of the players in the Buffalo Bills now.

His name is Ellis Lanksder and he kicks ass big time. Even though tak follow sangat da, kalao catch his play memang bagus la dak nih.

Tapi kan, he has one SERIOUS problem. He is a massive stutterer! Gagap! Merasalah Stacy muncul nyanyi lagu dia terus.

Tengok je video ni dulu of a press conference. This is the most "I was like uhm..." you will head in a two minute period.



Now.. the real reason for this entry.

To show how creative some people out there are - that I wish were here. Some dude out there, took this footage, and made his own remix! Don't believe me? Check it out.. it's pretty good.



Creative, imaginative.. and rajin gila dowh nak dok edit on top of making the music to make it flow. Genius! I wish there were more people who thought out of the box in this country.

We need ideas to develop.

Or at the end of the day - Cam Tun Mahathir penah cakap.. kita ni just first world infrastructure, tapi tetap third world mentality!


PS - Got my Astro b.yond semalam. Best tuh best... worth it. Just pening dok repeat program sama. Tak sabar meka add extra channels.

Tuesday, January 12, 2010

Kisah paranormal di AJL

Ok so I posted this pic smalam. I didn't say much about it... and most of you yang baca sini tak amik pot sangat pon pasal pic tuh.

Tapi pas aku paste kat forum, and ramai discuss about it, and aku risik sikit agik... banyak persoalan timbul - just a picture of WHAT did I take?

This is the original photo. Click on it to see a bigger version.


I asked you guys if you saw anything. Try looking at the second 'b' in my watermark.

The facts of the case. Aku ngan kengkawan what looked like a person up there, tengah-tengah lagu Aizat - Kau Aku, sebelum Bencinta. I didn't think anything about it, neither did anyone sebab kami ingat penari Faizal Tahir yang turun pakai harness tuh.

But yesterday morning after I posted it more as a joke... so much was said about it, aku besarkan pakai Photoshop and cleared up the pic a little.

And this is the close-up.


The facts now are this.

1. Five of us saw the 'figure', and yes it wasn't an illusion of the light or anything. Because I was using a simple camera with not much of a zoom - you can't really see anything but a cloudy blurrd figure.

2. Among the movements were a sort of movement, like a wave. It also stared down at the audience.

3. Aku da bertanyakan orang kuat production TV3 dan setelah gambar dikaji, memang sesuatu yang pelik sebab -
a. Bahagian beam dia dok tuh, terlalu jauh dari tempat bebudak penari Faizal yang pakai harness gayut. They came down in the middle of the stage area, above the pit that had hydraulics to lower or raise performers. This was right above the front end of the stage near the audience.

b. Tidak kelihatan kelibat pon orang lain - dan tak mungkin dancer unsupervised alone kalao betol. There had to be a technical/production person to act as a spotter and there was none. Besides, point a. pon da buktikan it's not a dancer.

c. Tempat itu terlalu jauh kedepan, memandangkan dia da keluar zon pentas, dan tidak ada staff production yang akan ke sana sebab tak ada kena mengena atau fungsi. On top of that - orang production akan pakai warna hitam sahaja.

d. Memang juga disahkan itu bukan pakaian penari Faizal.

So balik soalan nya. What is that in the picture? Bukan ilusi cahaya, kain terbang, penari Faizal yang gayut dari atas pentas mahupun ahli production. Renungkanlah.

The whole of last night borak ngan kengkawan yang da tengok pic ni and everyone tried to rationalise it.

Seb baik dua orang kawan yang nampak benda tu malam AJL ada sekali so meka pon backing story aku cakap what they saw.

And no one had an answer... a real answer. Spekulasi memacam.

Question is now - what did we see that was in the photographs?