Showing posts with label azwan ali. Show all posts
Showing posts with label azwan ali. Show all posts

Thursday, October 07, 2010

Beraya ada berani

Daripada menu ni, sila teka aku beraya ke rumah sapa.






Aku rasa dari nama memeningkan menu yang ada (ni tak lengkap pon aku snap), da leh teka sapa kan. Of course, none other than Azwan Ali la.

Ni pic ngan tuan rumah. Sebenarnya kena paksa snap pic ngan dia nih sebab nak tweet katanya. Yela....da makan kekenyangan. Da cam ular sawa... nak snap pic lak. Sempat capai cushion nak cover perot!


Aku borak panjang ngan Linda je keja. Ni snappy pic dia ngan Noniswara skali.


Aku melekat skali ngan dia ada sebab. Dia da keluarkan iPad kisahnya nak lawan aku! Heh! Hebat la gak kalao belek iPad dia kalahkan Umie Aida, Erma Fatima dan iPad beberapa selebriti so far. Kira berisi la gak. Tapi skali aku kuarkan aku nya... nangis dia. Kalah gak kan Linda?

Heh... ni snappy dia share photos ngan Rebecca.


Aku dok selama yang mampu. Tapi pastu kena gegas lokasi rahsia sebab kena kerah ngan Erma Fatima tuk majlis rahsia. Banyak persiapan kisahnya for this little get together she's planning (jadik kita lak ngan kengkawan nak tolong).

Seronok... can't wait to see everyone's faces. Lokasi? Tengah KL but quite isolated. I like!


Friday, September 24, 2010

Sengkuang

Umie wat open house tadi. Mati mati aku ingat kecil-kecilan. Sampai-sampai je ramai da berkumpul. Sofea Jane, Zahida Rafik, Melissa Saila dan ramai da ada.

Masa tu kat open air kat laman area. Suddenly, ujan lak. Aduh... gerak la kedalam segalanya.

Semakin ramai sampai. Korang layan je la pics. Ramai ku tak sempat snap. Fahrin, Ziela Jalil, Alia dan Zekri... mana taknya asik kena sakat ngan Umie, Erma akibat penganiyaan Azwan (matilah mengadu kat Ziela!). Heh... but memang fun gila. Ni masih lepak umah ni sambil blog.

Pas abih open house, ramai da balik, kami segerombolan gerak atas ke rumah Umie for coffee. Seperti sesi lepak biasa, kecoh la.

Apapon, tima kasih kak Erma bagi DVD Airmata Nur Salina yang aku terlepas tayangan kat TV3 arituh. Tak sabar layan.








Bila ramai-ramai kumpul camni kan, memang we all get closer and a bond of trust is there. Aku lebih relax bab event tak formal camni di mana benda-benda ni bukan nak promosi ke nak jual apa but memang just to borak-borak kosong.

It's chilling with friends which allow us to get close. Dah keja satu industri, takyah guna-menggunakan. Ikhlas. Memasing ada tugas dan misi dalam mencari rezeki. Yang penting ikhlas.

Bukan cam sparuh artis, ya ampon... kalao jumpa jilat sampai melecet. Tapi belakang? Hado! Mengata je keja. Takpe la... rezeki memasing kan?

Meroyan la aku. Dah... nak sambung anyam ketupat.

Friday, August 27, 2010

Croccy

Suka sangat trivia kebelakangan ni semua pasal kasut Gucci kan. Mai aku wat kelainan sikit.

Mai teka bag Hermes limited edition ni milik artis mana. Comel sungguh ek that little crocodile peeping out of the bag. Tu la yang tinggal probably after it got skinned to make this bag. Heh!


Ni kat event Yok Sahur Murai.com.my. Last stopover pas wat kat Gombak dan Setapak. Malam ni kat Klang lak. Kampung ku! Bangga ku.

Ni some snaps yang aku sempat amik.








Maapkan si Akim yang tiba-tiba feeling pakai apron sponsor nih. Heh... menggila dak tuh. Si Shahir sampai last. Letih sungguh nampak dak tuh.

Bebudak Nowseeheart pon ada yang best. Lama tak jumpa meka da. Bertahun. I love them! They're my favourite nasyid group sebab their vocals and harmonies are amazing. Dua pengiktirafan untuk dua album for Best Duo/Group Vocal Performance is testimony to their abilities.

Yang bestnya, dengar meka working on a new album. Meka skang signed bawah Hafiz Hamidun. Da ada pon single dalam compilation 12 Cinta - Cinta Ilahi Cinta Insani.

Ok ok.. malaih post panjang. Da teka ke sapa tuan punya beg Hermes yang cantik tuh?

Ni dia jawapannya...


Hah! Kelas Datuk Sharifah Aini! Walaopon mai grace the event, tetap rambut kepuk-kepuk, make-up flawless ok! How come artis-artis yang da senior ni penampilan sentiasa flawless, sedangkan artis skang ni cam tak cukup grooming. Erm...

Ok la.. until the next entry...

Friday, August 20, 2010

Raya!!! Raya!!! Raya!!!

Iyolah ko pepandai je nak headline entry raya katanya. Posa pon lom sparuh jalan feeling nak raya. Maksud aku raya... semalam ke rakaman Melodi Raya wat kat PWTC.

Jap... arituh da skodeng kasut Gucci Mawi, ari ni kita wat sesi skodeng kasut Gucci artis agik.

Sapa leh teka sapa. Jawapan ujung entry ni as always.


Masuk je Dewan Tun Hussein Onn, amik ko... decor ala kampung. Teringat 'Kampung Nikmat', perkampungan yang diwujudkan tuk wedding Ning Baizura. Cuma Melodi Raya ni takde kambing dan ayam hidup je.


Yang pentingnya...dalam dewan... selamat datang ke Melaka!!!


Matilah aku allergic tengok lampu lip lap. Teringat Melaka je. Anyway, ni some pics kengkawan aku snap. Enjoy the pics!



















Hah! Cukup tak aku snappy. Banyak tuh! By the way jangan terkejut ada kumpulan Nico. Meka wat reunion performance masa Melodi Raya.

And by the way... pic awal kasut Gucci. Da dapat jawapan? Kasut tu adalah milik....
Yer... Fizz Fairuz!

Seronok gak Melodi Raya kengkawan ramai. Cuma sesak sangat sebab ramai yang tak perlu dan tak dijemput sibuk menyelit.

Pas abih Melodi Raya, gi Yok Sahur Murai kedua sama gak. Sesak... yang tak dijemput pun wat kemunculan. Tu takpe lagik...

Yang artis sendu nan hado pon sibuk bak enam orang perhal?

Macam-macam lah... penganjur beradab tak sampai hati nak refuse entry, tapi kesian penganjur kedua majlis kena layan orang tak reti malu semua nih. Konon pose sana pose sini gila glam nak makan free bagai.

Oh well... busuk la nama sendiri.

Apapon, to the TV3 family as well as Murai - you guys did good. Happy sangat malam ni.. it was fun indeed.

Tuesday, August 17, 2010

Noya sungguh


Hari ni tak noya. Jalan clear je. Jalan kat ibukota sedap sangat nak travel!

Kata kau!!!! Pastu terjaga dari fantasi aku yang nan hado! Dah la ujan. Paham je la kalao ujan camna kat KL ni. Terus semua jalan kat bandaraya tukau jadik parking lot terus tanpa sebijik pon keta leh gerak.


Terkenangkan jemputan si Azwan Ali ting tong tuh, aku redah gak nak gi event buka puasa dan pelancaran buku dia - Selamat Jalan Dunia Pondan (sapa yang ucap slamat jalan tuh... ko ke Wan?... matilah aku!)

Terkenangkan kalao tak gi hazab neraka la laharan dia aku pun gigihkan diri.


Tuh dia. Tokei batu katanya. Baju tu kain ringan selembut sutera bagai, terus berkilo beratnya akibat segala embellishment yang ditempek bagai.

Apapon, aku suka lokasi launch event dia. Kat Tamarind kat Ampang. Dua kali je penah sini. Skali masa tiga empat tahun lepas tuk event National Geographic, dan the next pastuh, private wedding dinner Ning pas dia kahwin (sebab da lepas lama da leh cita)

Tapi kan... satu je aku gelak cam tak kena wat buka puasa sini. Sebab Tamarind ni tak silap aku aesthetic Vietnamese, Laotion and Cambodian, bersepah la patung Buddha. Tak kisah agik... ni atas meka patung gajah (walapon hiasan) seram aku.


Terus aku menjadi badut tuk nyanyikan kat kengkawan, "Kau lah... dewa yang aku puja". Matilah rosakkan lagu orang. Jadi tema pemujaan lak katanya.

But still it was well organized walaopon bingit sikit. But sapa tak kenal Azwan.. kan. Matilah carot. Da la kaki propah!

Tengok ni buku yang dilancarkan.


Hah.. tu covernya. Tapi nak tengok isi dalam Selamat Jalan Dunia Pondan? Mai aku kongsi rahsia buku nih.

Sebenarnya... tajuk penuhnya - Selamat Jalan Dunia Pondan...


...Najib Razak???

Matilah buku mock up je katanya. Motif pilihan nama Najib Razak. Gila! Heh!

Merasalah pas ni ada yang ngadu katg Azwan aku carot dia. Pas tu lagakan, terus kami perang supaya ramai lak jenguk blog lahar melahar. Feeling! Heh... saja je. Da pon awal-awal lahar Azwan.

Still - dia memang kebal nok. Kulit lining beg Gucci ku pon kalah. Amik ko!

Still, anyway, Azwan, congrats on the book launch. Ingat ek... tone down la sikit pasnih.