Showing posts with label aidil. Show all posts
Showing posts with label aidil. Show all posts

Sunday, October 23, 2005

Did you know...

Ok...aku janji ada benda surprise aku nak bagitau kan...well...this is it!

Some of you have already gotten the hint. Cita ari ni...pasai Nikki. Nikki tahun lepas penah masuk Malaysian Idol, dapat top six jer sebab undian SMS tak membenarkannya lebih jauh. Da rezeki ler katakan. Anyway - dia kini bawah pengurusan United Artists, which is run also by Ning & Associates. Kalau nak details lebih, baca Harian Metro cover story hiburan semalam pasal dia dan Ning.

Kalau pada mereka yang da baca...then I'm sure you would know by now that on Caraku, one of the songs, ada featuring Zahid!

Beshnya! Memang dari dulu da berhajat nak gandingkan my baby sister ngan my baby bro!
And on Friday night - we had the studio session for just that! Nikki had already done her vocals. Tunggu dalam just before 11pm, Zahid muncul ngan Nissan baru dia (makan ati!) with Epul.

So they then started work in the studio with Nikki and the song's producer Audi Mok (yang wat Zahid punya Wo! gak). Tanak ler bagitau lebih details pasal tu, but seriously...aku da dengar...pergh! All I can say is, you really have to take a listen...

Ni ada beberapa pics exclusively for Nikki as well as Zahid fans time meka in the studio ngan Audi Mok.

More details on Nikki's upcoming release when I can tell you guys ok!





Anyway, masa tu ngan Vernon...then Ning dropped by. Then pastu si Juan Danza dan Iqram sama ngan editor meka sampai. Rupanya, meka baru lepas lepak kat Sri Hartamas dengan Marsha selepas habis photoshoot for their next feature for URS.

It was nice to see Marsha, and especially nice dia dapat lepak sekali tuk recording process album Nikki because memang meka punya family pun memang rapat. Sabah is apparently a smaller place than we would think!

Hah...so sesapa pas ni nak doubt, these two are my baby sisters...lantak ler ko! Tanya meka sendiri!

Masa meka sampai tu, meka reach in tiga bijik keta...ala ala convoy! I was surprised...tapi tengok-tengok...lor...si Sultan Muzaffar dan elkapitan pun rupanya ada sebab lepak skali ngan mereka makan tadik.

Puas rasanya si elkapitan dapat abihkan time ngan Marsha ada! (konperm, tak tidur malam tu!!!) Lepak punya lepak until it was quite late...meka pun gerak. Puas gak ler sebab recording sempat dihabiskan malam tu gak bagi part Zahid. Kalau nak tau camna lagu...hah! Tunggu!!!

Ni baru tergerak nak update sebab nak clear stock posting nak elak skali letak, panjang lebar!!!
Tadi earlier ada buka puasa Chatterz Club @15 yang diadakan at Saloma Bistro. Memang planning nak gi dah awal-awal. Picked up Ted and we headed ke Saloma. Sampai je tengok dah penuh. Si Juan lak call kata lewat sikit sampai.

Masuk je nampak ler muka Sultan Muzaffar dan Badrul senyum cam kerang busuk! Ceh! Mentang-mentang ler sampai awal! Dahler dua-dua pakai baju melayu nampak ala ala grand gitu!

Went pass their table dok satu agik mana ada beberapa kawan press dok sebab tengok skali Marsha pun dok sana. So sat next to her sebab Marsha tarik seat sebelah dia for me.

Tengok-tengok si Amylea dan Kefli pun ada semeja! Later masa Juan sampai, dia dok sekali ngan aku dan Ted. Takde maknanya Sultan Muzaffar dan Badrul sentap dengan aku nak naikkan blog mereka sebab aku tak dok sekali! After all Badrul sibuk kat sana nak keep an eagle eye on anak buah dia lak dua orang tu...pasangan merpati sejoli, si Akma dan Felix. Pening tul function camni!

Bukan apa...bila ala ala free for all...kes orang gila sangat nak amik gambar and autograph sampai they forget their manners.

Masuk je time buka...abih je Mawi jadi radio tuk kita melaungkan azan (I hope that's the right term), ada yang meluru terus to all the Akademi Fantasia kids.

Bukan apa...but at least have common courtesy. Orang nak buka puasa...ni tak! Sampai about 10 minutes havoc camtu. Last-last kena wat announcement...tu pun...huh! Ada agik yang asik turun naik mencuba nasib (kesian ramai budak-budak Fantasia setakat cukup alas perut).

What was perhaps worse, dahler bebudak tu tak makan sangat torture lepas posa sehari...they had to perform after that immediately. Ada je Mawi ke Marsha ke...ramai-ramai meluru ke depan pentas. Kalau setakat nak amik gambar, I suppose that's fine. Tapi ada yang sibuk sampai buat video clip nak rakam semua (bakal pengeluar VCD haram), ada yang rasa sekeping dua gambar tak cukup (nak bebanyak pic nak buat wallpaper bilik kot) dan ada yang rasa badan mereka kicik (padahal badan tu mengakibatkan gerhana man-made!)

Cantik sangat lu punya bontot nak sombat depan muka orang yang nak tengok show! Huh!
Tapi yang besh was after the event.

Nak interview sikit...so ngan sekali beberapa kawan press dan bloggers, atas ihsan Astro (tima kasih Jolene for playing sheperd) hung out with them belakang. Ni yang betul-betul havoc mula!

Memang kalao ikutkan, perangai aku suka sangat record pics of the kids candidly...mengejut! Baru nampak au naturel gitu.

Si Amylea ni muka mengejut entah kenapa...Aidil lak pose ngan props we found backstage...ala Sarawakian warrior haper entah. Tapi yang paling rajin offer pose gila malam semalam was Ekin!

Amik ko beberapa shots...ada yang surprise candid shots ala kes naya!

Kelakar gak masa balik I managed to get this one pic of her...sibuk reading Lord knows what atas motor kapchai!



Tapi of course, pose wajib yang paling cun sekali...bila digandingkan dengan pasangan yang (kononnya) secara kebetulan berpakaian sedondon in orange!

They obligingly posed (masa tu Akma da balik - sorry Jiwang United! Tak dapat nolong)

After getting a shot of them together, amik ler pic datu si Yazer posing cam boyband member!
But one of the funniest episodes backstage was this. Si Marsha was sitting on one of the plastic chair yang flimsy tu. Lepas tu, si Amy datang ler nak dok atas riba sebab manja ngan Marsha.

Aku baru nak amik pic, si Amylea pun nak masuk sekali lah katanya dok selit kat celah dua orang tu atas kerusi. Kerusi tu aku rasa kalao leh nangis...dah melolong da!

Anyways, dari posing dua, jadi posing tiga. Last-last ditentukan 'gimik' pose meka tu berakhir bila mereka nak bangun da, ketiga-ketiga tersungkur bila kerusi tu terbalik!

Padan muka! Kerusi tuk sorang...nak main-main ek dok bertiga! Ambik ko! (gelak jahat ni)


Also in top form semalam was Felix. Abih dia pose lelebih lak. Wat lawak tak habis as usual dia tu.



The important thing is the first pic atas tu! Kalau nak tau, that pic was recorded masa dok merempit posing atas motor sapa entah yang kat luar backstage area!

That's what happens when Akma's not around to observe sikit Felix! Jadi bebudak lak...
Speaking of tak ada, semalam tak full le mereka semua tak complete.

Sekoq dah berambus memang admitted. Pastu Idayu entah mana tak hadir.

Mawi balik awal lak lepas event tanpa pengumuman, which si Reza played host.

Sebenarnya it was still one of the most lepak times I've had with the kids so far...seronok!

Alamak...si Amy tau ke aku tengah amik pic bebudak ni?

Nak gak maintain depan cermin time aku nak cepat. Anyway, tu je pics aku nak kongsi for this posting. Ngantuk tul. Esok ada lak buka puasa event bersama Marsha. Nanti aku posting agik ek...selagi cuba meng'update'kan radio blog ngan lagu Raya yang dijanjikan!

Sunday, July 31, 2005

THE BEST! Thank you Malaysia!



Dah terbukti! Satu Malaya akhirnya mengiktirafkan the best four in Akademi Fantasia.
Begitu bersyukurnya kami kat stadium. Berdebar jugak masa Aznil nak announce result.
But after Yazer was called, out, we knew Kefli da takder harapan.

The day started out hectic sebab nak agih-agihkan tiket pada semua. Ramai lak time nak dekat masuk final ni. Mula-muka tergelak baca kat website Astro pasal kata tiket sold out.

Yelah...every week kata nak habis, tetap berlambak ruang kosong kat stadium tu.

But tonight - it was different.

Memang padat! Perghh!

Sampai stadium 7.20pm pun da penuh parking. Nak letak keta kat celah belakang stadium seperti biasa lak kali ni, kena halang. Adus! Katanya tuk Astro je. No amount of sweet talking could help.

So we parked kat entrance nak masuk balik ke jalan besar. First time jauh sangat.

Masuk je, syukur lah semua yang kena amik tiket ngan aku sampai awal. By 8pm semua da settle, masuk tempat duduk pun da booking. Dok belakang Farah dan parents dia with Mas. Apa lagi...sempat la mengumpat sikit.

Sekali ngan my best friend, si Ted along with fellow bloggers Sultan Muzaffar dan Juan Danza and teman wartawan lain cam si Farihad dok ngan kengkawan dari Astro cam Norizan and all.

Biasalah...lepas ni tak dapat laa nak carut lagi persembahan budak-budak. Masuk final, suka ke tak suka (later found out semua aku suka kan) I am still supportive.

It was fun...because I suppose everyone had this apprehension of whether a mistake was going to be made.

But there was a certain party atmosphere sebab tak kisahlah risau mana pun - we knew this had to be it!

Mawi, Felix, Yazer & Kefli - Lagu bonus - Medley Ghazal Untuk Rabiah (Jamal Abdillah dan Nasir), Apokalips (M.Nasir), dan Ekspres Rakyat (Kembara)
Apa nak katakan ek. It was decent. I have no idea why it was called a tribute. Too self-indulgent for me. Nothing great about the boys' medley...kira biasa-biasa saja. Kefli looked and sounded really out of place in this one.

Yazer - This Love (Maroon 5)
I have a feeling that Yazer didn't have a clue what the song was about, and how to go about performing it. Kelakar to see him gyrating away...they might as well as given him a real dance tune cause he didn't seem to get into the funk of things.

And what the hell was he wearing? It seems that somehow he was wearing a sweatshirt inspired top ala karung guni that made him look heavier walaupun Aznil kata dia lost weight. He didn't have a sense of coordination in his little dance routine and vocally was so out of breath - he might as well be shagging jer. Terbayang lak ngan bunyian dia so out of breath, images from Putrajaya masa peluh meleleh tak henti-henti. And his diction was horrid, and I was straining to see if he forgot any of the words to the tune. Thank God it was finally bye-bye Yazer!


Marsha - Ku Pendam Sebuah Duka (Khatijah Ibrahim)

Aku da sediakan tissue Premier yang disponsor tuk meleleh airmata pada this one. But somehow...her fumbling with the lyrics didn't seem to help. So it was a slow start yang memang horrifying, especially at this stage of the competition to screw up....Memang kita semua cringing gila babiks ler takut sangat Marsha tak mampu bak lagu.

But into the second verse dia pick up habis and ended it proving she was one of the better vocals for the night. And yes...I dedicated the song to someone and habis juga dua pack tissue Premier.

Definitely one of the highlights of the show as usual!

Felix - Anak (Freddie Aguilar)

Aku cam bengang sikit the way they tried to put the spotlight on Yazer for backing him on guitar. Nak gorengke nak solo ker skali ngan Sham, buat lah masa lagu sendiri. Dahler sebelum tu Yazer da di promo lebih-lebih oleh Astro bab rumah orang tua tu (nak undi simpati ke). I mean...why couldn't all the kids have been taken. Anyway - another thing about the backing, perlu ke mintak Mawi backing juga kalau setakat tambourine.

Still - Felix managed to hold on to his spotlight walaupun lagu tu simple and easy listening.
And yes, I think he had the right expression for the song throughout. Simply captivating! Makes up for the past few weeks of horror from Felix.

Kefli - Tak Tahu (Adam)
Ni apa kes ni??? Teruk sangat ke sampai tertonggeng?

Setakat choreography - minimal and nothing to shout about. Vocally - he did everything! Wrong that is....

Bukan sahaja lupa lirik - dahlah bukan sekali. Ni lari tempo...pitching...key...tc. Everything was just so wrong. And the sengau was stilll as irritating as ever!

The joke is - it's only lagu Adam. Takder ler challenging mana pun! Aku rasa masa lagu ini dipilih dulu, they were trying to get something easy for him. Well, apparently mereka tak sedar easy is not in Kefli's vocab. After all - he still has trouble trying to figure out how to breathe and sing at the same time! And the trying to walk like Mawi thing was hardly cute! It was him being insistently irritating as usual...

Aku enjoy this show only because of Mawi (boleh tahan ler rap dia walaupun aku rasa Yazer ni ada hidden potential nak rap ngan groove dia).

Mana tak nya, si Mawi asyik buat second voice, "Yo! Yo! Ya-ah-ow! Ya-ah-ow!". Adus...pecah peruts!

Amylea - Gemilang (Jaclyn Victor)
So I would be the first to admit Amylea's version tak se power Jac's.
But WOW! She made it hers! Lagu tu jadi lain sangat ngan improvisation dia yang just nice, tak overboard.

She lost some steam mid-way due to the limitations of her voice, cracking a little here and there, but like Marsha, picked up and rocked the house!

Standing ovation dari kita!

Puas juga seeing a real performer like her, announced the qualifier over si sengau Kefli tu. I mean really! In a world that had any values of fairness, she wouldn't have been in contention against someone like him in the first place!

Suka pic ni... tengok muka Kefli torture nak maintain muka diplomatic over penyingkiran dia! Padahal, nampak sangat dia tahan sentap tu.

Seriously Kefli...

Did you really, actually think you stood a chance???

Mawi - Pergi Tak Kembali (Rabbani)
Mmm...this one aku tatau camna nak comment. Ok would be it. Bukan sebab Mawi tak bagus ke...ada kesilapan ke...ataupun aku tak hendak memberikan dia credit for doing his best.

Perhaps for one thing the song cam tak power. Also, since it's his forte, kekuatan dia pada irama nasyid, aku rasa cam biasa je dia sampaikan. Memang bagus dan bersahaja, tapi susah nak feel apa-apa sebab ala kadar je.

The funny thing is - seperti seseorang bloggers mengatakan - kalau orang lain surprise macam-macam kejutan, adakah Mawi pada mata Astro hanya layak untuk dibacking by kumpulan nasyid kampung dia je ke? (Tu pun off gila babas! Mencacatkan persembahan Mawi je)

But - Mawi at least maintain consistency dia dan tak slack ler.

Still, I think Pupus dia punya strongest performance so far.

Amylea & Marsha - Lagu bonus - Medley Jerat Percintaan (Siti Nurhaliza), Bunga-Bunga Cinta (Misha Omar), Tangisan Dalam Kerinduan (Farah) dan Gubahan Rindu Puisi Syahdu (Fauziah Latiff)
Wow! Kalau lah dua orang ni terus final wat camni! Adus! Ni baru standard boleh dibanggakan! Farra masuk pun takder effect.

The best thing is - kalau empat orang pelajar lelaki kena layan tiga lagu bonus, the two girls took on four songs! You have to respect that! Plus they did it their way. Again, a little few hiccups here and there - but deserving of another standing ovation!

Menuju Puncak was ridiculous. I mean...takkan Astro tak sedar hambar semacam je choreography musim ni! Dari konsert pertama, semua bising kata sedih sangat tarian tuk lagu tema Akademi Fantasia ni - and sill no change has come about!

Nine weeks later, we're still served with the same pathetic fare!



Yang peliknya kali ni - bila the final pose - kenapa Mawi seorang tu keluar dari the whole set-up. I mean, looking at the picture - it simply doesn't make sense. Sensitif ke kalau dia bersentuhan dengan pelajar memana? Ke takut cam sebelum ni dimana Kefli 'menunggang' Mawi in the last pose sampai tak reti henti meraba (usha balik replay of the last concert).

Whatever it is - Menuju Puncak has been taken to new heights of silliness!

By the way, the final tribute with semua yang tersingkir was touching - only sadly it was for AFVOKAL more than anything else.

Kalau nak sangat wat AFVOKAL, bagik laa memasing kuar lagu sendiri ke pa. Ni tak. How you suppose to judge them individually from a group song. You're talking about everyone singing on a different key and all.

Plus, everyone has their set piece for a solo, so there's bound to be seorang dua yang lebih kan?



Whatever it is - consolation prize or not - AFVOKAL (which is Anugerah Vokal Popular - sebab diundi dan bukan Anugerah Vokal Terbaik seperti didakwa Astro) should go to only among Idayu, Fuad, Amylea, Amy, Marsha or even Aidil (seriously?). Why do I say that? Well - from their unique vocal tone - to their much polished appearance now since their introduction, I think these few yang menyerlah overall.

Yes, even Aidil didn't sound as bad as he did when in Akademi ketika mempersembahkan Didn't We Almost Have It All in the group performance. Elliza was the most horrible, screeching like pontianak mengilai kena buasir (boleh ke?)

Anyway, back to the show...

And the result?



Apa lagi? The four best performers, who have been consistently delivering for weeks now! Thank God Malaysia got it right! Teringat musim lepas masa Bob diumumkan masuk and aku terpikir how the SMS votes were right for the first time the whole season!

And this time - Malaysia got it right. Mungkin aku masih tak setuju peratusan antara empat pelajar tu jauh sangat, but still - they are in the final!

Aku sekarang tak kisah siapa duduk di tangga mana. Sebab untuk aku - cukup lah keempat-empat mereka layak, teramat layak untuk masuk final!

Habis saja pengumuman - berpuluh SMS aku terima on all three mobile numbers aku! Sampai habis bateri phone siot!

Bergegas ngan bebudak tuk amik kek kat keta - lari ke belakang production area di mana dah janji ngan Idayu & Co. nak celebrate birthday Fuad. Sayang Bob tak ada kerana outstation tuk show kalau tak leh celebrate skali.

Anyway, a BIG happy birthday to both Bob dan Fuad!!!



Lama gak tunggu meka nak masuk ke area production tempat makan crew - but sampai-sampai saja, Idayu, Reza, Amy, Aidil, Elliza, Akma (Ekin tak nampakl lak) nyanyi Happy Birthday tuk Fuad. Separuh tenaga pengajar pun masih ada nak wish skali termasuk abang M.Nasir, kak Marlia (thank you for staying back, babe) and a few more.

Abih tu sembang-sembang ler kengkawan sana. Puas jugak result. And rata-rata most of us hardly care how the final turns out because buat kali pertama, statement Vince 'tiada pengalah' makes sense'.

I was told by friends that there is a possibility that dia sentimen mungkin digunakan sesetengah pihak dalam kempen tuk AFUNDI masuk final ni.

And they are the two most sensitive things that anyone could harp on. So I hope we all can pull together and vote for who we believe is talented - and not bother with these two issues which some extreme fans mugnkin menggunakan.

Sentimen pertama of course mengenai dua pelajar dari Borneo and dua pelajar dari Semenanjung. I say, so what? We're all still Malaysians kan? Biar kita banggawith the best we have to offer without caring which state or side of the country we're from!

The second is a more sensitive issue. Sudah pasti Mawi dan Amylea beragama Islam while Felix dan marsha are Christians. Again, aku merayu semua dalam keghairahan mengundi pelajar tersayang, supaya jauhi diri dari sentimen sebegini. We are voting for talent - and that's all that counts. Kita masyarakat muhibbah - and there is no difference between us all - race, religion, creed or any other distinguishing factors. Remember...blur the lines that seperate us, and only allow talent to shine through!

After all - pelajar-pelajar Akademi Fantasia telah membuktikan kami lah a community which prides itself ont he unity our nation is so proud of -maybe we could learn something from them!



Ok laa...letih siot...from the excitement and anticipation (and I suppose the subsequent partying) but thank you to everyone who voted for the girls to make sure they got into the final!

Nak habiskan update radio.blog ngan lagu-lagu serta beberapa pics dari konsert semalam sebelum KO sat. Pagi kena bangun awal sebab nak gi Desa Waterpark for the @15 Chatterz Club Family Day with pelajar-pelajar tersingkir. See you guys there!

Sunday, July 17, 2005

AFKELUAR KEFLI!!!



Sakitnya hati aku! Nak naik angin rasanya!

Apa pekak ke pengundi-pengundi tuk Akademi Fantasia kali ni???

Yesterday night - Ekin keluar - which is fine by me. Memang tunggu masa gak dia akan make an exit.

I just didn't like the way and timing it was done.

Sepatutnya - Kefli yang eliminated yesterday night. Again he was the WORST performance (dia kalau tak worst - musti bawah-bawah tu gak ler slalu) tapi sebab undi simpati, dan undi-undi mangkuk kerana konon rupa comel - Ekin yang keluar dulu.

Aku rasa nak campak my RM500 Heelys onstage when I saw Kefli's smug look of still being in there.

Tak puas ati, sih!

Based on the order of merit, Kefli deserved to bugger off. Tapi tak apa... aku nak tengok kekuatan AFUNDI dia sampai mana.

Baik jadik student yang keluar awal secara bermaruah - dari dok lama-lama kat dalam tu kena keji. Biarlah dia sampai final kalau tu kehendak pengundi-pengundi pekak badak dia - tau ler kejian dia akan hadapi pastu.

Simply stupid!

Yesterday night's performance was hardly stimulating.

Aku tatau kenapa - tapi aku rasa tak ada satu pun show yang meletop unlike previous weeks where Amylea dan Marsha confirm hangatkan suasana.

My choice for best performances for tonight were all four of my top choices - which is Amylea, Marsha, Mawi dan Felix.



Why you may ask. Well, they weren't outstanding - any of them for individual reasons - but keempat-empat ini are special. Amylea dan Marsha dah memang in a league of their own.

As for Mawi dan Felix - their charisma and charm driven popularity cannot be argued, suka atau tak suka.

Here's my rundown for konsert semalam di Stadium Malawati.

Kefli - You To Me Are Everything, (The Real Thing)
Someone smack me real hard cause I really don't believe this is happening!

Camana laa mamat ni masuk Akademi Fantasia let alone survive these past few weeks!

Lawak bangang tul ler the fact he's still in.

Minah-minah gersang mana la vote dia ni sampai dia masih maintain ni???

Ada ler pas ni kuar kes kat suratkhabar pasal underage girls running up a high phone bill in their desperate attempts to save him week in and week out.

Semput ngan tarian go-go boy tak jadik dia (at least Felix wat tuh naik ghairah lagik audience), dia bukan sahaja lupa lirik dan tak reti cover langsung, he was off tune.

Nyanyi cam dipaksa ala berak with buasir gitu and it was monotonous! It's supposed to be a groovy number and aku tatau ler interpretasi groove dia camna.

Kalau dia tak keluar minggu depan aku tatau ler.

Pasni, based on sapa yang tinggal in the Akademi - the difference is so enormous in the quality of performers that people HAVE to see dia ni lebih elok dok luar je!

Akma - Bertakhta Di Hati (Farahdhiya)
Aku ngaku this is one of her better performances. Tapi seriously, considering the fact that Akma ni tak penah out derailed cam Kefli, it's hard to tell.

Pasal bab x-factor - stuju sangat Zainal Alam Kadir.

Masuk je dua baris lagu ni, aku pon sedar that she really is playing too safe.

She doesn't know how to turn it on with a song - dan nyanyi terlalu direct and straightforward.
At the end of the day, she really is nothing but a karaoke queen.

Nothing wrong with that - as she does has decent vocals and average showmanship.

Tapi tu gak masaalah dia sebab dia camna pun tak outstanding.

Minggu ni, tuk aku, di diselamatkan oleh pilihan lagu yang kuat dan juga kehadiran Felix.

Aku tak paham kenapa two weeks in a row meka pakai Felix wat back-up. Kesian mamat tu.

Mintak ler Kefli wat back-up kalao rasa dia layak sangat nak dok Akademi tu. Ke Yazer kalao yakin dia mampu more than stakat poser rock attitude dia.

Mentang-mentang ler Felix tu jenis rupa tak berperasaan, meka wat dia cam props lak.

Sebahagian keluarga Akademi Fantasia yang hadir di konsert mingguan ketujuh Akademi Fantasia







Amylea - Penawar Rindu (Datin Orkid Abdullah)
Aku dapat hayati lagu ni atas sebab-sebab peribadi, but this song did nothing for me apart from that.

Bukan apa - somehow walaupun Amylea did put up a good show, tak ada ummpphh! kali ni. Still it was miles better than the rest of the performers outside the top four I mentioned.

I am however glad lagu ni menjadi pilihan production because it does show that she's not urbanised dan mampu carry a good accessible tune like Penawar Rindu.

Yazer - Nazraku (Spider)
Apa lagi lah aku nak komen. Tak ada cabaran langsung bagi mamat ni.

Mungkin orang kata tu bagus, tapi aku rasa NOT FAIR langsung Astro asik bagi dia lagu, kalau bukan rock, atau rock ballad, yang irama lari sikit jer but within vocal scope dia.

Tak macam pelajar-pelajar lain.

Aku tak kisah apa orang cakap, aku rasa cam ada konspirasi ngan ada orang-orang dalam yang suka kat mamat ni dan nak tolong dia sangat sebab tau limitations dia.

The proof?

Kejutan dia semalam dimana Mas dan ayah Yazer sendiri - followed by the surat for Ekin by his parents tu, took up so much airtime.

Cam nak lebihkan dia saja.

Sheesh!

Pastu tengok aa wardrobe dia. Walaupun aku nak gelak baju-baju koyak sendat denim tak habis-habis repeat performance - at least compared to other students, dia dapat gak baju-baju yang nampak stylo sikit. Tengok Ekin tu...asik dapat kain perca la...baju tak muat la...baju tak lengkap la...

Aku in a way kesian mamat ni. Aku rasa dia lengkap karisma, showmanship dan bakat vokal...cuma tak ada peluang nak tunjukkan sebab 'di manjakan'.

I agree with the critic that there is a sense of honesty pasal Yazer ni - that he is being himself - tapi at the end of the day - is he really honest ke...ataupun is there all there is to him that it's so transparent?

Ekin - Maafkan Kepergianku (Ruth Sahanaya)
Masih memakai kain perca orang dan pinkish red. Apa laa...ada yang suka Yazer sangat dengki kat Ekin ni ke? Burok manjang pakaian dia.

Tapi kan...vocal dia tenggelam ler bab low notes yang si Kudsia puji-puji tu. Tak paham Kudsia kata kekuatan dia padahal tu kelemahan.

Vocals dia boring, even though lagu tu kuat bagi aku tuk dia tonjolkan apa yang patut (selain dari apa yang sering tertonjol akibat baju-baju sendat). In fact, I found throughout this song, Amylea, Marsha dan Akma punya backing lebih menarik dari dia.

Cuma second last line tu je aku dapat rasakan something.

Baru nak hayati dah end lagu.

Apapun ok ler dia keluar ngan lagu ni - final nanti orang leleh nitis airmata kalau dia wat lagu ni -

Takper Ekin - kami maafkan pemergianmu...Kefli jer kena kang....

Mawi - Oh Fatimah
Aku tak setuju Kudsia and agree with Alam. Mawi shouldn't dance. Bukan buruk ke apa sebab memang ada improvement. Tapi meremang bulu roma sat sebab bila dia menari dia suka wat ala ala sotong.

Kelakar pun ada - but I want to take his ability to dance more seriously than that.

Aku rasa vocals dia ok...but dia suka slurring senikata dia - which means cam meleret ler.

Sebutan not one by one. But it was a safe effort - and was good enough to be in my top four performance for the night. Tapi tetap like the rest, was not outstanding.

Marsha - Jambatan Tamparuli
Aku rasa segment trigger dia kind of funny - to see V.E. doing their thing with Marsha's kiddy tune. Tapi at the same time, aku rasa cam meneruskan menghina cara sebutan orang Borneo.

I mean - once is forgivably funny. Tapi it gets tiring.

Apapun - aku nyampah tul si S. Atan sebab komen dia ntah apa-apa. Sampai tahap ni merapu je kata semua bagus ler (dok ngan budak wartawan lain - S. Atan dapat gelaran 'Dasyat!').

The folk song is kind of flat in terms of the beautiful melody with no peaks or climax - but hey...it's a folk song....not a Celine Dion ballad. Rilek ler mamat!

But Marsha did quite well - and I think we got to see another side of her like Amylea - dimana penguasaan mereka terbukti bukan setakat lagu omputeh jerk.

Felix - Fantasia Bulan Madu (Search)
Nak terkencing aku suspen! Dia nyanyi key tinggi sangat - sampai chorus da shrill da.

Aku dok at the edge of my seat sebab the melody in the orchestral version was more held, but takut dia pecah jer falsetto dia.

But he pulled through quite well and established vocal control dia memang bagus, perhaps the best among the boys.

Sayangnya, he did it without that punch...again takder umpphh! Still - he redeemed himself enough from that horrible rendition of Smooth minggu lepas.

Lagu kumpulan - Anekaragam (Black Dog Bone)
Aku panas hati betul!

Masa sebelum masuk lagu tu - aku perasan Marsha cam looking backstage. Something was wrong. And when the song started, baru aku perasan.

Rupa-rupanya, mangkuk hayun mana entah tak bagi dia mic.

Lain-lain da pakai headpiece - dia lak takder. Aku risau bila camtu orang ingat ada kekurangan pada dia tak pasal-pasal.

Tapi strangely enough aku tengok ramai, termasuk pengkritik memang tak perasan langsung dia nyanyi tanpa mic.

Apapun, persembahan lagu kumpulan pertama tuk musim ni had its ups and downs.

The positive was as pointed out, mereka ada unity in their performance and they did appear to have fun - which is extremeloy important.

Sayangnya....

Masa the boys did the intro...it was HORRIBLE! No harmony...nothing.

Kefli sounded the worse going off a couple of times or more. The girls sebab nyanyi kurang seorang cam tak power sikit - but I suppose production leh take cue and make that NEVER happens again!

Overall - aku harap tul ler Kefli out minggu depan. Tak larat da! Memalukan ler tengok dia mara sampai tahap ni tapi ngan tone deaf dan sengau nya.

For the first time - abih je konsert aku terus gerak, tak semangat dok ikut Imbasan or even lepak sebab cam panas hati sangat.

Anyway - going a little off the konsert....tension earlier in the day sebab blogdrive punya server gila sikit as most of you may know. Thank you Marla sebab SMS aku bagitau - masa tu aku tidur. But I did know of the server problem and blog aku cam sangkut.

Anyways - that's all for the review - kang aku upload more pics in the fotopages of who was there at the konsert. Ramai gak anggota keluar Akademi Fantasia dari musim pertama dan kedua menghadirkan diri memberikan sokongan.

By the way - pada mereka yang tatau - yang pegang sign ngaku dia Fatimah tu, dia ni regular blog reader aku skali ngan beberapa bloggers lain. 'Aweks'! Ni tribute aku kat ko!

Kreatif sungguh minah ni!

Ni nak pecah rahsia dia ni.

Kalau dulu dia chat pakai nick AwekSahri....skang dia pakai nick AwekMawi.

Paling tadah ek, Aweks!

Kang aku report kat Sahri (kalau nak top mulot aku bak birthday present elok sikit)

Apapun - Aweks jenis fans aku respect sebab dia menunjukkan minatnya pada pelajar pilihan without going overboard.

Which leads me to one observation I made about last night which I have to share.

Sudah beberapa minggu - bermacam teguran bukan saja dari Aznil sendiri kat venue, but also in all mediums about gelagat peminat Mawi yang overdose melalak masa majlis, bukan saja nak tunjuk support, tapi melampau lak kekadang mengganggu event.

Yesterday however, I was really surprised!

Laungan "World!" masih jelas....tapi lebih sopan dan bertempat, dan tidak menggangu perjalanan majlis ataupun menyakitkan hati orang ramai.

All in all, things went so well - that if the students had put up a better performance, this concert would have been the best, most fun and yet well-conducted showcase. Tahniah Mawi FC for controlling bukan saja anggota-anggota kelab, tapi juga nyamuk-nyamuk fanatik.

Unfortunately biasalah kan...mesti ada lagi yang terlepas. Tapi ni bukan problem Mawi FC. Kali ini the irritating nyamuks were from Yazer FC.

Ya ampun! Entahlah rempit-rempit mana ler. Dari luar stadium sampai masuk - tak abih-abih "Rocksteady!". Pening dibuatnya. Camler meka saja reti support.

Wei nyamuks! Mawi FC beradab tu - bukan bagi peluang korang melalaks tau!

One more thing - ni dua lagu yang diumumkan terpilih melalui AFLAGU yang akan menjadi pilihan persembahan berkumpulan minggu depan.

No.

Lagu tugasan berkumpulan

Penyanyi Asal

Status
1

Seri Langkat

Jamal Abdillah & Amelina

Dipilih
2. Ladki Badi Anjani Hai Kumar Sanu / Alka Yagnik (OST-Kuch Kuch Hota Hai)

Dipilih

Ok...that's all for now...last but not least - I am 29 today. Should I feel happy?
Let's see how the rest of my Sunday goes.

Thursday, July 14, 2005

Attention!

Pelajar-pelajar tersingkir dari Akademi Fantasia setakat ni iaitu, Elliza, Fuad, Idayu, Amy, Reza dan Aidil akan mengadakan persembahan dan juga 'meet-the-fans' session.

Sesi bertemu peminat akan diadakan di KL Tower, Terrace Deck pada 15 July, Jumaat pada pukul 8 malam.

Untuk peminat pelajar-pelajar yang ingin turut serta (setiap fan club hanya dibenarkan sampai 30 ahli berdaftar sahaja) sila hubungi kelab peminat masing-masing.

PERJUMPAAN INI KHAS BAGI KELAB PEMINAT SAHAJA!

Untuk peminat Fuad, sila telefon 013-6026006 untuk sebarang pertanyaan dan juga untuk mendaftarkan diri dengan segera. Tempat-tempat terhad, jadi dafterlah dengan segera.

Sunday, July 10, 2005

Semakin bijak...




Akhirnya, Aidil had to call it quits!

First of all, kalau ada yang kata aku benci ngan dia - again - hey! Kita semua love Akademi Fantasia and at the end of the day, it's important to realise it's all TV!

So I despise Aidil's character - memang ler aku tak gemar langsung watak dia dalam akademi, poyo smacam. Let's not forget to talk about his dance...perlu ke?

But I have to admit one thing - there was change in his performance, but like with most of them yang keluar with maybe the exception of Amy dan Reza yang memang tersingkir ketika wat their worst performance, Aidil did show a slight improvement. He didn't sound so monotonous as he usually does. Kuda kepang tetap akan dirindui - sapa lagi ler kita nak kutuk kalau wat salah kan...

But whatever it is - again - the bitching stops here.

After all - suka ke tak suka Aidil - mamat ni irritating pun - he has enough sense of humour to laugh at himself.

Kelakar gak when Aznil announce nama dia, rebah terus dia!

Bebudak lain panic max! They started crowding around him. In the stadium (tatau ler nampak kat TV ke tak), Aidil's mom pun terbangun worried abih! It turned out he was just pulling a fast one on everyone.

Walaupun ada yang panik, seriously I thought he was just being a drama queen - true to himself to the end. Apapun - it was laughable I have to admit.

It was even laughable bila dia jadi the first contestant in history to be eliminated TWICE in one show!

Yerlah...dah si Aznil pun panik skali - wat cool balik kata..."Abang pun ada kejutan etc...pelajar yang sebenarnya terkeluar ialah (dramatic pause)...Aidil!"

Tergelak aku sampai nak jatuh kerusi. Adus....

Apapun, let's now focus on the remaining characters. Lagipun, kena conserve energy nak focus kat si Kefli sengau lak. If we're lucky - following the order ketika undian ditutup, Akma ler pasni yang next to go (no surprise because it was definitely antara dia atau si Aidil anyway tonight) followed by Kefli.

So the top five looks almost set - but then again, knowing Akademi Fantasia - the unexpected always happens, sometimes not always for the best of reasons.

Whatever it is - perlu diakui untuk empat minggu berturut-turut - dua orang tetap menguasai the stage. No, not Mawi...not even Felix. The most consistent and powerful two performers yang tak tercabar selama empat minggu untuk aku ada duo Marsha dan Amylea. Semalam, they put on another excellent performance!

The best performers di Konsert Akademi Fantasia minggu ke-6


Kalau diikutkan, they are undeniably the best performers with the overall package in Akademi Fantasia. Sayangnya, undian tidak menggambarkan kebolehan kedua mereka. I hope the voting trend changes. Bukan aku dengki atau nak jatuhkan sesiapa, dan bukan aku tak faham konsep reality TV. It's just that at the end of it - aku nak product hasil kelahiran Akademi Fantasia boleh dibanggakan walau ke tahap apapun.

But we know that's wishful thinking...

So did they do? Ni evaluation aku.

Yazer - Cinta Kilat (Broery Marantika)
He definitely can sing. And he definitely can perform. And unline Akma, he has the x-factor. Jadi apa yang kurang pada Yazer?
Entahlah. Tu sesuatu yang aku cuba jawab lately. Perhaps it's his attempt to portray himself as rock. Kalau tuk aku, he wants to try and be so rock, despite the comparisons to Bo Bice - I think of him more as a Constantine Maroulis who doesn't try too hard. Sebab at the end of the day - all I get from him are poser vibes. Should that be taken into account? Terpulang ler sapa undi dia kan...

Marsha - Destiny (Jim Brickman/Misha Omar)
Aku begitu yakin dengan kebolehan Marsha sebelum she began. And thnkfully I was not disappointed. Kalau aku nak critical abih, aku hanya mampu katakan her tempo was little off. Tapi bab tu aku rasa insignificant, because even professionals lack that ability kekadang nak coordination. Main piano sih!
Her overall focus kat vocals, expression, as well as playing the piano was just astounding. Other than that, her vocals were soulfully blissful! Memang aku dibuai lagu tu sampai cam terasa pendek lak lagu tu. It was definitely a high point for her, and she definitely improved and made it her best performance so far. Orang luar tengok memang leh impress gila ler Akademi Fantasia ada bakat camni.
Cuma aku nyampah ler Astro nak bagik tunjuk dia ni cam pompuan gatal. Bagi lagu yang seperti tu, fine. But I mean c'mon. Trying at every single step of the way nak portray her like that is ridiculous.

Kefli - Kenang Daku Dalam Doamu (Tan Sri SM Salim)
Kalau sesiapa yang rasa minggu lepas Kefli dah improve, dan mengatakan aku ni setakat anti dia, then minggu ni terbukti kata-kata aku yang dia ni sengau dan tone deaf.
Memang aku akui lenggok Asli ni bukan senang, and in fact aku da katakan pada diri aku kalau dia bak cukup makan pun aku leh salute ngan dia. Walau bagaimanapun, aku rasa his grasp of teknik cam tak cukup segalanya.
Tak flow langsung vocals dia, plus he seems to have a problem distinguishing apa tu dynamics dan apa tu volume. Ekspresi dia tak jadi sebab his play of dynamics instead turned ot to be shouting senselessly.
Still singing through his nose as far as I'm concerned, dan memang antara dia dan Akma jer ler berlawan minggu depan tuk tengok sapa tarik beg.

Amylea - Hati Ini Telah Dilukai (Kris Dayanti & Ajai)
Aku tak paham Astro. Seperti Marsha...dia ni one of the best performers. Tapi sepanjang minggu lepas, highlight je drama airmata yang mungkin bagi orang nyampah. Pastu - wat lagu duet tuk dia lak! I mean aku pun suka Felix, dan aku rasa gandingan mereka quite good. Tapi aku tak nampak keperluan untuk lagu ni menjadi duet (walaupun Felix tak overshadow dia).
The spotlight was Amylea's and she held it well on her own. Sepatutnya, benda ni ujian tuk dia - and the song should have been Biarkanlah - bersi Kris Dayanti yang solo.
Apapun, Amylea was spectacular. Meremang bulu roma aku....dan seperti Marsha terpaku aku mendengar! Lagi satu kebangaan Akademi Fantasia! Aku harap lepas ni orang akan mengundi ikut bakat dan persembahan ler...bukan lagi sentimen sebab consistency pelajar seperti Amylea dan Marsha selama empat minggu is proof they should be at No.1 dan No.2.

Ekin - Warna (Sheila Majid)
Mungkin sebab Ekin keluar after Marsha, dan directly lepas Amylea, terus show dia cam hampeh kalau dibandingkan dua orang pelajar perempuan before her.
Whatever it is, aku dah mula rasa bosan ngan persembahan Ekin. Stereotype. Sejak Mimpi Sedih, aku tak pernah nampak dia rise to the challenge. Ada package, tapi dia jenis masuk mould penyanyi one hit wonder yang layak satu it pastu ilang terus tanpa dikesan.
After Kefli dan Akma dah heret beg, dia dan Yazer leh tarik rambut sapa lak nak heret beg sebelum final. Yang pentingnya, terima kasih buat wardrobe department Astro kerana memberi kami lihat pakaian dalam Ekin ek.

Ganti je laa sesapa jaga wardrobe department tuh!



Mana taknya. Setiap kali dia angkat tangan, nampak tali bra. Corset dia lak nampak cam setakat hugging her with no support dan either akan slip down ataupun burst open.
Akibatnya, bila pusing je belakang, bukan je nampak strap bra habis akibat terturunnya corset dia, sekali gus (kalau tak silap sebab rasanya nampak), terkeluar seluar dalam lak bila corset nya naik lak.
Yang pentingnya - kalau pakai ler yang cantik sikit takper.
Ni cam BeeDees atau Triumph RM10 tiga pasang jek (takder ek yang sale RM10 tiga - ok ler then pasar malam nyer ler). Tapi...ni kes tima kasih pada wardrobe Astro skali lagik. Dahler bontot pun tiba-tiba ada riben riben lak!

Felix - Smooth (Santana featuring Rob Thomas)
Some people say I'm not fair in my evaluation sebab favourites aku tak penah kena carut.
Well...you're about to see me do it!
Aku sebenarnya memang dah support Felix dari mula lagi...tapi semalam...persembahan Smooth dia HANCUR!
Lagi teruk ler lagu tu kena steamroll mampos dari kalau dibandingkan masa Mawi ngan Beautiful Maria minggu lepas.
It was the most dreadful display of amateurism that I've ever witnessed and heard! Bukan sahaja kekurangan dari segi lupa lirik (dengar radio.blog bebetul), penguasaan bahasa dan comprehension....segalanya dari melody hingga ke tempo out gila babas!
Memang ler aku ngaku seronok tengok dia - as a performer. But he sounds like some two bit dangdut lounge singer nak wat lagu omputeh wat kali pertama lagu setelah mendengar lagu tu melalui player rosak.
Aiyo!
By the way - salah siapa. Nama lagu Smooth (as in licik ler bab nak tackle cintan cintun ni)...tapi aku tengok tak smooth langsung. Cam go-go boy kat Patpong siot! Mana tak Aznil pun terpikir nak cakap bab Thailand. Mintak-mintak ler Felix jangan ulang lagik keburukan teramat dia minggu depan because kalau ikutkan dia ler worst performance malam konsert keenam - dia yang patut tersingkir malam semalam.
Out of a scale of 10 - Felix scored a 0. Nasib baik penah tengok dia consistent selama ni - so leh maafkan sikit. Kalau tak dah sah golongkan dia dalam kategori Atie dan Mas.
Still...he's got charm....damn.

Aidil - Matahari (Amuk)
Macamana lagu rock ler kalau tiba-tiba di popkan. Thanks to Aidil, now we know. Kalau tahun lepas Bob berjaya membawa lagu Amuk, tahun ni Aidil tak dapat langsung sahut challenge genre. Dahler ni sepatutnya rock ballad....tukau lak jadi jiwang leleh punya lagu.
Apapun - I have to say there is a slight improvement in delivery dia dari segi tak se-flat selalu. He does apply more control and use of dynamics banding usually. Still....it was long overdue.

Mawi - Memori Cinta Luka (Nassier Wahab)
Aku seriously tak faham kenapa Astro selalu letak Mawi antara yang terakhir. Minggu sebelum ni pun second last. Kalau tak, kena last...takut orang tanak tengok ke kalau Mawi dah abis?
Apapun - minggu ni memang Mawi menunjukkan improvement. Kalau for me, in trms of vocals and performance, Mawi rank ketiga bawah kedua perempuan.
Yang pentingnya - dia berjaya connect to the audience (ketepikan nyamuk-nyamuk fanatik yang bising sepanjang lagu) and that is what being a performer is all about.
Mawi yesterday revisited to us the reason why he's such a charismatic figure onstage dan memang nothing shirt of amazing at his best.
Still - aku tak nampak kenapa peratusan dia (tau...tau....sebab dia popular) patut tinggi sangat sedangkan persembahan dia belum sampai pun tahap 'World'.
Yang pentingnya - disini aku nak amik kesempatan nak katakan, "Belahlah!!!" pada fanatik-fanatik yang tak reti hormati majlis malam semalam.
Tak salah bersorak...tak salah menyokong...ko nak mencarut pun lantak ko ler.
But it is nothing short of rude bila orang lain nak dengar kritikan yang diberikan ataupun note dia nak sampaikan, tapi tak dapat sebab bising nyamuk-nyamuk!!!
Masa Felix kena komen pengkritik pun, aku perasan ada gak yang bising-bising mintak pengkritik komen lebih teruk. Memang aku setuju Felix patut ditegur lebih....tapi look...I don't want to hear you saying it. At the end of the day, you're nobody.
Walaupun sah ada pihak akan katakan suara-suara tu bukan milik Mawi FC - aku rasa fan club kena kaji elok-elok dan jangan salahkan peminat fanatik yang diluar bidang kuasa Mawi FC saja kerana aku rasa antara anggota pun sama je 2x5. Lagikpun suara-suara sama yang tak habis-habis chorus "World!!! World!!! World!!!" gak yang kedengaran waktu perli, kutuk dan bising non-stop sampai Aznil pun kena laser sedas mintak meka wat masa commercial break je.
You want respect? Then you bloody earn it. Macamana orang nak hormat dengan fan club camni? Perlu ke aku ingatkan lagik pasal Mas FC dulu? Apa bezanya Mas FC dan Mawi FC?
Kerana panas sangat ngan bisingnya nyamuk-nyamuk, sampai aku ilang control lak masa pengkritik tengah komen, aku toleh kebelakang tuk sembur Ridsect cap carut aku ngan jerit balik, "Wei! Diamlah! Bodoh!".
Malu sat gak sebab I sunk that low...tapi dah geram sangat.
Aku sokong Mawi as one of my choice finalists - even though dia tak consistent. Tapi aku nyampah peminatnya yang da mula taksub, mostly buta seni...and terlampau ikut perasaan.
Kalau blog aku kena serang yang peminat Mawi selepas ni pun - aku tak heran sebab lagi aku bahan bukti (best lak dapat tunjuk Mawi bila da abih Akademi kang).
Apapun - perangai fanatik dikalangan peminat Mawi terlampau dan telah ditegur berapa kali...trust me...every action has an equal and positive reaction.
Jangan Mawi jadi mangsa tak pasal-pasal dah.

Akma - Hati Keliru (Misha Omar)
Seperti persembahan Akma, komen aku pun da jadi stereotype and repeat performance. Takder x-factor. Malas komen lebih sebab sakit jari pas komen panjang-panjang pasai Mawi. Dah sah minggu depan dia atau Kefli akan kuar.

Nak tengok pics eksklusif mereka yang tersingkir menghadiri konsert semalam? Apa lagi? Masuk lah ke [klubbkidd's rave] - The fotopages! Yang pentingya JANGAN LUPA vote/undi untuk aku kat Malaysian Topblogs.

Kalau ada peminat Aidil, tinggalkan pertanyaan, tinggalkan diruangan Comments untuk interview aku ngan dia Isnin ni.

Sila ingat aku akan cuba paparkan jawapan, hanya kalau soalan tu bernas, dan tidak berbau sentimen anti sangat ler. After all, dia pun dah dok luar da...

Ok...be blogging soon.

*EXCLUSIVE INFORMATION*
Untuk peminat Akademi Fantasia saja.

Nak tau album sapa akan keluar? Sudah pastinya Adam akan keluar dalam bulan September dengan KRU dengan album solonya. Kaer bawah Broadway dalam proses akan memulakan rakaman.

Meanwhile, last Friday gi office Maestro. Dah memang tau Maestro akan release album Linda mungkin awal August diikuti penghujung bulan tu ngan album Bob dan Zarina.

Jumpa Linda setelah berapa lama dia bercuti balik Ranau.

Masa tu dia tengah meeting ngan abang Aman pilih lagu tuk masukkan dalam album. Juga serempak ngan Reza skali.



Untuk Akademi Fantasia III - Elliza sudahpun habis merakamkan singlenya, manakala Fuad akan masuk studio tuk merakan lagu barunya juga dalam minggu ni. Ini diikuti ngan Idayu, Reza dan Amy (And I guess Aidil too soon).

Support/Sokong [klubbkidd's rave] and/dan VOTE/UNDI