Tuesday, April 17, 2012

Bandung

Dah lama tak update blog sebab kemalasan dan juga (always the same reason). So memandangkan baru balik Bandung, nak gak update sikit sebab day lama takde pics jalan-jalan.


Was in Bandung membawa Amir sebagai wakil Malaysia untuk acara 4th Marketplace of Creative Arts anjuran World Islamic Economic Forum. Memang best, tapi kesibukan sana akibat kepadatan jadual persembahan dan aktiviti memang membatas kan nak jalan-jalan sikit.

Dah lah duduk di hotel Sensa, right in the heart of Jalan Cihampelas. Rugi gila... sampan hati Jumaat sudahpun malam. Sabtu dan Ahad sudah penuh, bukan sahaja dengan Amir membuat persembahan (yang dengan bangganya aku katanya dia dan muzik dia diterima masyarakat tempatan) tapi aku juga menjadi speaker untuk berkaitan topik social media dan bagaimana aplikasi menggerakkan dunia seni.

Sempat la gak jalan Jalan Cihampelas sikit, tapi sana banyak jeans dan t shirt selain barang-barang pelik saja. Tak dapat nak lari ke kawasan-kawasan lain kawan-kawan semua war-warkan seperti Dago dan sebagainya untuk shopping. Sayang seribu kali sayang...

Ni je sempat snap.


Jalan sana memang pack. Berapa kali nyaris dilanggar mobil dan speda. Heh!

One unique thing about Cihampelas (siapa penah go mesti tau), kedai kedai di Jalan Cihampelas (atau Jeans Street) semua pakai memacam comic book characters lariskan kedai. Copyright owners tak saman ke? Merasalah...tengok je pics.







Anyway... balik acara 4th Marketplace of Creative Arts, bangga sebab Amir memang meninggalkan kesan di sana dengan muzik dia. Also, he was one of the youngest. Selain did, Aziz Harun (Brunei) dan juga Nisa yang juga berasal dari Kuching yang masih boleh digelar teenagers. Borneo power!


Ni gambar kenangan dengan chairman WIEF Foundation - Tun Musa Hitam. Bangga dapat jumpa borak panjang dengan bekas timbalan Perdana Menteri kita.



Memangh seribu satu kenangan dalam masa beberapa hari sana. Perancangan seterus nak tembus pasaran Indonesia untuk muzik Amir ada... jadi dengan itu, minta-mintalah datang dengan peluang lebih kerap jalan-jalan di sana. Hik.

Dengan itu juga kot aku lebih rajin update blog. Matilah... kena alasan camtu baru nak update.

0 comments: