Friday, March 30, 2012

My pride! Malaysia Boleh!

Aku tau aku da lama malas update blog. Ampun sangat! Sejak migrasi ke Twitter ni, aku sumpah lebih aktif sampai kalao wat blog posting, sehari leh 50 entries kat blog ni punya panjang.


Still, hari ni hari istimewa, sebab hari ni - kita buktikan MALAYSIA BOLEH!

What do I mean?

Sebab aku kaki Foursquare, more than two weeks ago aku perasan meka ada wat 'contest'. Ruangan Foursquare Cities yang menawarkan badge, buka ruang untuk lebih bandar seluruh dunia tersenarai.

In our region setakat ini, cuma Singapore tersenarai. Dan memang Foursquare sudah umumkan, Bangkok dan Jakarta turut akan tersenarai setelah terpilih menyertai senarai bandar-bandar seluruh dunia yang menarik.

Dengan itu, aku memulakan senarai INI - dengan nama Colors of Kuala Lumpur.

Dengan kuasa Twitter, ramai yang tolong menyebarkan senarai ini untuk join the list dan beri sokongan kempen kami untuk dapatkan Foursquare untuk senaraikan Kuala Lumpur.

Dan beberapa jam lalu aku dapat tweet ni!

Gila tak menggigil aku! Aku da bajet tak dapat da. Tambah lagi sebab sokongan berbelah bahagi sebab ada pihak yang masukkan dua lagi senarai Kuala Lumpur lepas aku. Adoi.

Lepas aku buat, ramai lak yang pasang hajat sama. Tapi sebab da sayang masa tu dekat 100 lebih orang dah follow, lebih dari yang lain, aku teruskan usaha kempen saja.

Syukur, senarai aku compile untuk highlight tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur berjaya tarik perhatian pihak Foursquare dan my entry won!!!!



Tuh dia! Nama Kuala Lumpur tersenarai! Nak baca penuh KLIK SINI!

Dengan kemenangan ini, dengan sahnya Kuala Lumpur akan disenaraikan dalam Foursquare Cities DAN akan mendapat badge sendiri untuk di unlock khas di Kuala Lumpur! Bangga sial!

Lepas ini, hopefully kita akan dapat listkan banyak lagi bandar menarik di seluruh Malaysia termasuk Penang, Melaka, Johor Bahru, Ipoh, Kota Kinabalu dan Kuching to begin with.

Usaha ini sememangnya tak akan bermakna kalau bukan kerana sokongan Twitterjaya dan Foursquarers Malaysia - so dengan itu, WE DID IT! Malaysia BOLEH!

0 comments: