Sunday, October 16, 2011

Tanpamu

If you've been following my Twitter, you would have noticed aku asyik promote Amir Jahari. Siapa Amir Jahari?


Aku kenal Amir masa dia ujibakat untuk Akademi Fantasia 9. Of course dia masuk tapi digugurkan. I was against it, but hey... it's just a TV show and it's not a measure of one's talent.

Amir ni memang talented, and memang for those of you don't know, dia juga top three protege Noh untuk Mentor yang lepas, tapi terlepas. This was before Akademi Fantasia.

So once abih Akademi Fantasia, aku memang nak prove yang dia ada talent, so aku pun sign him on to my management. Sebelum ni, aku penah naikkan Nikki dan Hazami (for those of you who know, tau la keja sbalik tabir aku ngan ramai termasuk Ning Baizura, Misha Omar... and event non-singers like Fazura.

Selepas lapan tahun tak scout talent bebetul, aku pon take on Amir as a challenge. Challenge sebab first step, tanak pakai nama 'AF' balik nama dia. So Amir Jahari it is.

Aku start grooming in terms of music, vocals and communications and bak dia merata tuk witness how it is to be in the industry.

And then we signed on to Kasi Gegar, for the production of Amir's first single, yang ditulis sepenuhnya oleh diri sendiri. It was a gamble, tapi aku yakin pada bakat Amir. Seriously, dak ni old soul when it comes to music. Baru umur 19, kalau ko dapat tengok proses dia cipta lagu, memang... amazing.

My choice of Kasi Gegar, pas consider Anas dan Aizat sendiri nak produce the single. Skali ngan Datuk Amdan, yang pujuk kami join Kasi Gegar, aku pon stuju pas discuss ngan Amir.


So he put the finishing touches to the song, Anas did more arrangement on it, and they laid the tracks. Jap...iklan, ni pic dia with a singer-songwriter I respect, and I blogged about too in Lee DeWyze.


And then, we got down to work. Ni Anas, Ully dan Amir kat studio Kamar Seni milik AG.



Ni some pics behind the scene of the recording process. Aku thank semua orang yang terlibat - termasuk Anas, Aizat and their wonderful band in Pito, Mizzie, Ruvi...and everyone else yang sessioned for the recording.

Layan gambar bebudak menggila kat studio.








Dari work in studio, aku yakin the whole way sebab memang Amir focused, and everyone involved in production memang support gila babiks because they believe in his talent.


And the last three months (tolak bulan puasa and a couple of weeks sebab Raya) it has been amazing. Tanpa promosi, Tanpamu telah berjaya menawan hati ramai. Sapa lom dengar, layan ni...
The song sudah pun masuk carta XFM, Era FM - and juga carta harian Hot FM (baru start dimainkan) manakala Suria FM pon da start.

Amir has been invited for performances in TV programmes over RTM (Hello On 2), TV3 (tamu Muzik Muzik yang baru tayang hari ni), ntv7 (Bella) as well as radio programmes on XFM dan juga sebagai tamu Carta Era FM.

Mereka yang di Sabah Sarawak dapat tengok Amir perform single dia masa baru release ketika opening Borneo Tour Aizat Amdan. Siapa yang tak dapat tengok, ni yang aku rakam ngan Blackberry Playbook aku. Ni masa kat Kuching.



By the way, Amir ni friend of Blackberry. Heh... kira dia duta la.

Kalau korang minat, sokong lah Amir ngan request lagu atau undi kat semua stesen radio kegemaran anda. Memang happy response has been good, despite us being independent and with very little promotion.


Kalau korang minat, Khamis ni Amir akan perform di Moonshine anjuran Reza Salleh di Laundry Bar. Come! Also Pada 21hb hari Jumaat dia akan perform kat wedding sebuah rakan artis (rasanya kalao sapa tau tarikh ni tau sapa nya wedding), Sabtu dia akan perform kat October Tweet Fest (sapa hantu Twitter mesti tau gathering Twitterers Malaysia terbesar di Malaysia) dan Ahad dia akan perform kat Konsert Muzik Fiesta Indonesia.


The only local artistes performing for the konsert is actually Jinbara dan Kristal yang wat opening. Amir nya slot lain sket... dia akan wat penampilan khas collaboration ngan... *drumroll please* SHEILA ON 7! Amik ko... yeay! Teramat happy.

Meanwhile pada sapa yang da jadi fan Amir, dia akan bermula rakam lagu untuk album Altimet dan DJ Fuzz yang mintak lagu dari dia tuk recording bersama dalam bentuk acoustic hip hop. Also dia tengah siapkan lagu untuk runut bunyi filem baru Hans Isaac yang akan datang. Adibah Noor pon da mintak nak collaborate, so memang happy lah ramai da mula minat bakat Amir.

Meanwhile kami sudah pun ada tiga baru Amir untuk dipilih mana satu jadi single kedua.

Untuk single kedua, aku tak tentukan dengan pihak mana aku nak berkerjasama kerana aku dan Kasi Gegar agree on mutual agreement deal by single. Sebolehnya aku nak kembangkan bakat Amir dan push him to another level supaya dia leh jadi generasi baru singer-songwriter.

And by the way, siapa sokong kerjaya Amir leh join page dia kat Facebook (CLICK HERE) atau follow blog dia (CLICK HERE) or even follow him on Twitter (CLICK HERE). I leave you guys with a nice fan cover of Tanpamu. Keep supporting Amir ye... ada rezeki ada satu agik talent aku akan kenalkan (sebab tetiba rasa cam nak ubah kerjaya full time carik talent lak... tengok camna).

4 comments:

Gitu kisahnya pasal si amir ni ye. iols jatuh hati dengan muzik dia pon masa pegi tengok konsert si aizat di KK hari tu. terus gigih di youtube nama dia. semoga dia dimurahkan rezeki. =)

thanks. keep supporting him. memang syukur stakat hari ni carta era naik agik ke no 31, carta xfm naik no 3. carta harian era dan hot pon dia da masuk top 3.

hopefully ni start of a great career for him

Oh.kira untunglah kepada sesiapa yang pergi konsert borneo tour Aizat hari tu sebab boleh dengar AMir nyanyi lagu single dia.Yes he is very talented guys.Tak mustahil dia boleh pergi lebih jauh.He just look like Aizat. :)

seriously bro! aku langsung tak tahu sape Amir Jahari... tapi, bila lagu dia masuk AJL27.. baru aku beria-ia google cari siapa dia.. rupanya... haha!!... aku ingat masa AF9 dulu.. ade someone ckp dia silap masuk reality show... but, now! Amir Jahari da buktikan bakat yang ada pada dia.... Salute laa kat ko bro... berjaya buktikan bakat yang ada pada Amir Jahari...