OK...aku rasa benda ni wajib tuk discussion as it's quite a pertinent issue.
Sebelum apa-apa, dan sesiapa nak hentam aku tak pasal-pasal kerana komen aku sat agik ni, know that my PERSONAL preference yang masih ada dalam Akademi Fantasia kini ialah Mawi, Felix, Marsha dan Amylea (walaupun dia gedik, perkembangan terbaru di mana dua minggu berturut-turut dia bagi good show mengakibatkan dia mengganti Ekin sebagai calon final aku).
Personal preference aku is of course personal, but it is NOT based on sentiment (Kalau ikut sentimen aku masih meluat kegedikan Amylea), but my professional evaluation. Kalau ada yang persoalkan sapa aku tuk mengkritik...terpulang ler. Again - like everyone I have an opinion (dan malas aku terangkan bab ni da).
Isu berbangkit aku mengenai Mawi dan peminat Mawi.
Discussion ni lahir hasil dari topik yang lahir dari luahan rasa aku kat
Juan Danza, yang juga seorang member media dan fellow blogger (and of course peminat No. 1 Mawi).
Terus terang di sini aku nak katakan aku TAK puas hati tul dengan peminat Mawi yang melampau (Kepada yang anti-Mawi lak, dok diam sebab aku hentam pun bukan nak jatuhkan dia). Bukan sebab aku sahaja nak hentam or to condemn, sebab aku anggap diri aku pun sebagai seorang peminat Mawi. Lagipun, dia adalah pilihan favourite aku pun bersama Felix selepas 20 orang diperkenalkan kepada media sebelum Konsert Prelude diadakan.
Sibuk dok aku mengamuk, mencarut dan merengek bila dia terkeluar, dan sibuk dok aku menasihati dia apa nak wat bila masuk Akademi saat aku tau saja ada kemasukan pelajar. Untuk apa? Because I believe he has talent!
Tapi hanya kerana dia pilihan pelajar aku untuk succeed, perlu ke aku nak butakan diri aku! Aku tak ingin lihat dia menjadi artis mee segera!
Terus terang kalau sesuatu persembahan tu tak diusahakan nak tahap professional, walaupun saat di peringkat belajar - bila lagi? Persembahan Mawi di konsert lepas memang aku anggap improvement - tapi peningkatan nya secara bila dilihat keseluruhan tak justify kedudukan dia. Felix juga. Tapi saya nak tegur bab Mawi sebab peminat yang ada terlampau taksub.
Bukan semua (benda ni tak ditujukan ke Mawi FC - tapi peminat Sdn Bhd yang syiok sendiri)
Satu sentimen aku setuju ngan
Juan Danza ialah, aku TAK ingin melihat Mawi mendapat undi simpati sebab background keluarganya, undi empathy sebab 'kealimannya', undi 'getek' kerana ada yang suka kat dia sampai tahap harap nak kuar terus beli tudung nak wrap up for him. Abih, kalau camtuh ler basis nak sokong dia, ada ka itu bermaksud bila dia da kaya dan femes kang, ataupun da kawin (ataupun sejak rahsia dia tunang keluar) adakah ini bermaksud dia tak layak disokong?
So far - dari forums, blogs, @15 dan juga ternyata dari yang ada di stadium, peminat taksub mengeruhkan suasana dengan perangai mereka yang extreme.
Juan Danza telah pun memaklumkan kat aku yang Mawi FC sendiri tidak akan membuat sebegitu, congratulations to them sebab mereka pun tak ingin menjadi seperti Mas FC tahun lepas yang mengundang orang meluat mereka because of their self-righteous stand yang over.
Aku malu tul masa pengkritik seperti Afdlin dan Syafinaz bila nyatakan tiada apa yang menarik pasal Mawi dan bagaimana mereka tidak faham kenapa populariti Mawi sebegitu, mengundang kemarahan peminat over! After all, they are professionals. Mereka tidak soalkan populariti dari segi ikutan, tapi the actual substance and technical quality of the performance.
Kalau sokong Mawi kerana sebab-sebab yang betul - kerana inginkan lihat dia perbaiki diri dan juga persembahan, takkan nak marah...dia kan tengah belajar! Apalak nak sokong buta-buta, sampai kalau dia wat salah takleh tegur.
Aku lagi risau, Mawi yang selama ni humble - mungkin naik besar kepala pula sebab dia tahu peminat dia ramai, dan keyakinan dia melampau dia akan menjuarai Akademi Fantasia sehingga dia malas nak usaha buat yang terbaik. He is only human, and that can happen.
Aku tak faham kenapa peminat Felix yang juga tak kurang ramai tak dikutuk - sedangkan Mawi FC ada je yang nak attack. But it's obvious it's simply because peminat Mawi ni takleh terima teguran. Dan terlampau taksub. Aku seru semua yang nak menggelarkan diri peminat Mawi - please register with Mawi FC - dan ikutlah nasihat mereka on how to carry yourself.
Memang hak individu nak buat apa saja - tapi kalau anda menggelarkan diri anda sorang peminat kepada Mawi - apa anda lakukan bukan saja leh naikkan Mawi - tapi leh gak jatuhkan dia.
Sekuat mana sokongan terhadap Mawi - aku tidak ingin lihat dia tersingkir mengejut. Mustahil? Dulu Mas pun orang yakin ke final sebab kekuatan peminat dia kan? Hanya kerana orang sudah meluat ketidak inginan peminat menerima teguran membina terhadap idola mereka. So please... think before you act.
Seriously, aku macam malas ngan trend dan sentiment kali ni - because aku rasa Akademi Fantasia sudah menjadi competition. Even though that's what the structure of the show is all about - I always took it as program 'pendidikan' dimana AFUNDI adalah biasiswa tuk mengekalkan seseorang tu to have an pportunity tuk belajar basic in the industry. That the talents would be fairly awarded with the right rewards.
Tapi dahler kali ni ada je students tak cam family...bukan cam musim pertama dan kedua. Aku rasa kalau sampai tahap competition pun, tak guna langsung. Sebab aku rasa seteruk mana pun persembahan Mawi dan Felix, dan sebagus mana pelajar yang lain - takkan ada perbezaan dari sedi kedudukan AFUNDI. Bukan sahaja ini tidak adil - tapi ia akan memalukan nama Akademi Fantasia.
Walaupun aku ada pelajar pilihan aku yang disokong - kalau yang aku tak sokong lebih consistent, lebih peningkatan, dan lebih quality in terms of performance and potential, aku rela favourites aku tak menang.
Aku ngaku aku sendiri mampu dibuai sentiment - aku dari suka Elliza dari Konsert Prelude sebab persembahan memukaunya wat Mengapa, membencinya kerana perangainya yang masa tu aku anggap mulot jamban. Tapi - tuk aku - tu sentimen yang perlu diamik kira sebab aku tanak seseorang sebegitu diletak sebegitu tinggi, pada tahap jadi artis...but still...
Tapi sentiment where it COUNTS.
Ikut bakat ler sebelum sentiment! Elliza dan Fuad...kuar pasal bab sentimen aku tak bising. But yang dok dalam diam-diam takut kena singkir tapi tak berbakat terlepas! Hish! Because orang cam meka terlepas because of the 'system' of hate....we now see another talented mangsa in Idayu leaving. Like I said...whatever I think of these three...memang bukan masa mereka keluar awal sangat pada peringkat ini!
Damn idiots who vote don't know the difference after all these years of reality TV and watching the trash it more often than not turns out when talentless buggers make it this far!
Contoh seperti Aidil dan Kefli. Aku bukan meluat apa ngan meka kecuali kenyataan yang mereka berdua TAK BOLEH menyanyi. And the sentiment of disgust disebabkan they're simply talentless...dan hanya Kudsia Kahar saja yang rasakan mereka boleh...so no comment.
Ramai mengatakan karisma, personality and character penting, dan aku setuju, Tapi bukan tu saja ukuran dia sampai melampau jarak beza AFUNDI. Kalau Mawi dan Felix dok 20-30% kat atas...yang lelain tuh dok 2-6%...adakah itu mengambarkan kebolehan mereka dari segi persembahan? Nak katakan, penilaian dari semua segi tu penting...tapi aku rasakan tak wajar dan memang kelakar ler pemikiran orang. Sampai ada peminat seorang dari dua pelajar teratas - membuat kenyataan di @15 mengatakan "Mari kita naikkan lagi AFUNDI ******* sampai cecah 100%!" Adakah itu melambangkan pemikiran yang waras yang pentingkan quality?
So this is NOT a singing competition...fair enough. You need a package...but I think the problem is ramai tak dapat terima bila dibuai sentiment (because of the top two punya charisma, personality, character dan personal details) sampai penilaian dibutakan kepada aspek lain diri mereka.
Then we have the problem of justification. Kalau da suka...mana ada yang buruk kan. Yang busuk tu pun kata wangi. Well - justify all you want. Ideally...be honest in your own evaluation. Kalau minggu tu seseorang tu burok persembahan dia...perlu ke 'diselamatkan'? Itu kan trend Akademi Fantasia? Tu sebab kita semua tahu yang dok bawah takkan dibuang...
This in one reason why ramai jadi anti-Mawi.... Memang menyedihkan, tapi aku rasa peminat Mawi yang over yang mengundang benci pada Mawi sendiri dari sekelompok orang dengan defending persembahan hambar Mawi masa Konsert pertama, pastu letak dia tinggi sangat dalam kedudukan undi sampai over 50%.
At the end of the day - ramai akan meluahkan tidak puas ati dengan mengatakan kritikan aku tidak wajar kerana itu duit mereka dan suka ati meka nak AFUNDI sapa tahap gaban. Tu memang betul, tapi aku merayu ni tuk semua bertindak rationally sebab aku tidak ingin melihat adik-adik dilabel artist mee segera kerana hanya menang kerana populariti dengan bakat yang tidak sampai lagi tahap yang sepatutnya dan dilaungkan peminat fanatik.
Ambil ler persembahan Zahid, Farah, Jac dan Dina di Anugerah Industri Muzik 2005 sebagai pengajaran. Walaupun mereka gah di atas pentas sendiri - bila mereka diserap masuk dunia hiburan sebenarnya - mereka tenggelam, bukan sebab mereka baru, tapi sebab mereka belum sampai tahap professional. Tapi peminat lak kat auditorium yang peminat melalak over. Aku berat nak katakan tu sebab tiga dari empat orang yang dinamakan tu aku rasa memang mampu pun nak lebih jauh - but THAT is the realiti yang oranhg selalu tak amik kira.
Apa salahnya memberi sokongan? Seperti tak habis-habis chorus WORLD kat Stadium Malawati at the last stadium? Perlu ke ketika pengkritik tengah cakap....tu kurang ajar namanya...Sokong punya sokong, adab jangan lupa. Pengkritik tu hadir tuk MENOLONG pelajar-pelajar ni dengan menunjukkan apa kekurangan mereka so mereka boleh perbaiki apa yang patut.
Lagi pun...sokongan tu lain dari meracau kalau persembahan mediocre ataupun hambar pun nak melalak.
So kalau menang AFUNDI ngan jumlah besar - ingat sahaja kenyataan dan hakikat dunia sebenar. Skang nak sokong seorang pelajar - leh abihkan beribu tuk AFUNDi pastikan dia naik dalam ranking. Tapi bila keluar album nanti - kuantiti tu akan sama ke? Kalau betul beratus ribu dah album Zahid dan Farah terjual...begitu juga Jac dan Dina (Kalau dia dah ada album ler)
Kalau anda sanggup abihkan beribu Ringgi tuk AFUNDI - sanggup kah anda menghabiskan jumlah tu juga ngan beli CD diaorang bebanyak. Beli pun satu (tu pun kalao beli yang original ataupun tak curi download kat Internet).
My argument is - berapa lama mereka nak bertahan. SEPATUTNYA program seperti Akademi Fantasia melahirkan bakat-bakat baru sebagai pelapis industri kita. Bukan artis-artis majalah yang gah publisiti kerana 'populariti' yang tidak akan menjual album.
My closing comment is, jangan lah jadi mangsa pihak tertentu yang menjual sentiment tuk mengaut keuntungan, bila peluang diberi anda tuk memilih bakat yang akan menghiasi persada seni kita.
And if that doesn't open your mind...then all I can say is...you deserve what you get.
For the moment still...aku rasa Marsha dan Amylea rocks with their quality of showmanship and performance yang aku feel anytime leh turn pro. Aku sokong meka dan akan terus mengAFUNDI mereka. Yang masih akan di AFUNDI aku ialah Felix dan Mawi, tapi aku tetap kena nyatakan kekecewaan aku terhadap persembahan mereka yang nampaknya tidak dapat improve untuk sebaris ngan kekuatan tahap AFUNDI mereka. I mean that the standards that they're performing does not justify their peratusan...
Entahlah...sorry lah kalau ada yang tersinggung. Tapi aku harapkan semua baca ni with maturity and consider what I say...
*
PERHATIAN!!! Konsert Akademi Fantasia minggu kelima akan diadakan di Dataran Putrajaya. Masuk adalah percuma.