Letih gila babas...baru lepas habis makan, after the end of the first day of auditions untuk ujibakat Akademi Fantasia IV.
And so how did it go? Not too good if you ask me.
Kalau nak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya, haus ler!
If before this, out of a group of 20 people, ada at least tiga empat orang yang aku leh dengar ada basic talent, kali ni...kalau dapat seorang yang kira cukup syarat pun dah bagus!
This time around, a lot of people who showed up, nampaknya suka-suka jer, and didn't take things seriously...and for me this is the biggest insult to an opportunity...kerana ini satu peluang untuk betul-betul bakat anda untuk dinilai secara profesional.
Memang ler setiap orang berhak nak mencuba...tapi aku rasa ramai orang perlu nilaikan diri sendiri...but deep down inside you know whether you can sing or not. The funny thing about chances like this, biasanya yang leh nyanyi ler yang susah nak pujuk mai audition. Yang pekak badak punya tone deaf lak....takyah ajak beriya-iya nak mencuba nasib.
On to how my day was for today.
Mula-mula cadang kul 11.30 ler paling lewat nak ada kat Astro da. But sebab bangun lambat, aku arrived there about two hours later than planned.
Kesian aku nya taiko tunggu nak jumpa!
Lepak punya lepak...terserempak lak ngan ramai member-member yang memang vocal power yang audition sekali. Ada beberapa orang member aku memang tahun lepas pun dah short list tapi takde rezeki masuk yang mencuba nasib lagi...termasuk Najeeb dan Adi.
Diana yang layak Konsert Prelude dulu tapi tak berjaya masuk Akademi ada gak skali...dia lepas stage 4...kira shortlist. Melihatnya, aku teringat lak si Isa SMS aku tanya patut ke dia masuk. Pada mereka yang minat sora Isa (dia ler first person kenalkan Kata dari Hazami pada ramai orang), doa ler mamat tu dapat kali ni.
Selain tu...erm...awal-awal tu...ada ler beberapa orang kengkawan pembaca blog yang tegur...tima kasih ek...and walaupun aku tatau nasib korang...I wish you guys the best ler!
Yang penting...ari ni pakai uniform (apa lah!) t-shirt with three quarter sleeves yang chest dia embossed with a purple (with pink outlike) K. Ala ala short for klubbkidd ler...tapi sebenarnya baju Kipling yang aku entah berkurun tak pakai (yang diendorse Kris Dayanti ok!)Aku lepak dari tengahari sampai skang! Amik ko!
So sesiapa yang dapat masuk Akademi Fantasia nanti, nak carut aku kata usaha meka blah blah blah...pengorbanan meka...etc aku tak paham...gi mampos ler.
Aku last year pun masa audition kat Astro aku turun dua hari. First day start petang je....lepak sampai habis, while second day aku dari pagi temankan kengkawan yang audition. Member-member semua yang daftar 10 pagi habis pun sampai 11 malam. Masa siap temankan mama dan papa Zahid tunggu adik Zahid si An masuk audition, yang stage 2 baru start kul 12.30. Haiyo!
This year, there was a noticeable increase in perserta laki (faktor Mawi ni). Dari lebih kurang 150 orang, hampir 90 yang pilih lagu Aduh Saliha.
Understandably, majoriti yang muncul ari ni adalah rempit yang memang aku memang rasa vocal...ADUH!
A total of 500 audition siang tadi...sebab jumlah limited by Astro...so bayangkan ler berdarah bernanahnya telinga juri yang terpaksa berdepan meka yang perform lagu sama. Bukan nak kutuk lagu tu...cuma ramai yang pilih lagu tu, memang tak sesuai ngan lagu tu, tambah lagi....ramai yang pilih Aduh Saliha nak cuba tiru gaya Mawi...siap ada yang opening silat. Tak caya tengok kang @15.
Orang nak cakap Mawi camna...tapi jangan samakan je sebab background sebab at least dia leh nyanyi. Pening the Mawi wannabes. Original ler sikit beb!
Which means lagu paling popular kat audition ialah Aduh Saliha, diikuti ngan Pupus (faktor Mawi gak!)
Tahun ni tak azab sangat ler sebab aku wat hal aku je kehulu hilir satu Astro perhatikan proses ujibakat.
Yang penting, untuk lebih memahami proses kali ni...aku ada partner in crime yang temankan aku lepak sampai habis (tapi dia sampai pun about kul 5 lebih)
Siapa lagi kalau bukan Mr SPF 6.5!
Selang-selang tu...ada member lelain yang muncul tuk lepak ngan kita seperti Botak, Huzaifa...Reza pun ada sekali belah malam.
Anyway...ni aku ada beberapa things aku nak kongsi dengan mereka yang nak gi audition (kalau bukan ari ni...hari Ahad - kat lokasi lain-lain.
Sebelum apa-apa...ni ler peringkat yang korang kena lalui untuk peringkat ujibakat. Ada four levels to the audition and here's my breakdown and explaination of what the levels are.
Stage 1
Peringkat ni simple...dan confirm ramai yang lepas kecuali memang bangap!
Kalau nak senang....print out borang dan bak sekali supaya takyah leceh berejam nak isi borang.
Kat sana pun leh...but better if you download the form HERE and get it done earlier. Preparing for things earlier is always good!
Jangan lupa gambar berukuran 3R dan kad pengenalan. Please...please make sure you are between 18 and 27 by 1 January 2006. Pastikan anda warganegara Malaysia...and please oh please be able to speak English dan juga Bahasa Malaysia.
Hah...kan senang...kira layak da ke peringkat seterusnya.
Stage 2
Here's where it gets tricky.
Peringkat kedua...peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan, Team A dan Team B.
Juri Team A adalah Ajai dan Syafinaz manakala Team B akan diadili oleh Sham Kamikaze dan Deja Moss.
Disini, vocal, presence dan kebolehan memberikan persembahan yang menarik secara keseluruhan penting.
Tapi kalau anda mampu membuktikan anda mempunya vocal yang bukan sahaja menarik dari segi tone suara, tapi juga kebolehan basic mengawal pitching dan tempo...dan TAK SUMBANG, then you're in.
Pada mereka yang serious, sila sediakan pilihan lagu sendiri kalau-kalau pengadil mahu mendengar sesuatu kelainan dari anda untuk lebih menilai your vocals secara acapella, atau tanpa music, untuk lebih meyakinkan mereka.
Please take this stage seriously sebab aku perasan ramai yang main-main jer time ni. Takkan untuk tak sampai seminit takleh wat preparation betul-betul kan?
Sila ingat video yang diamik tu bukan setakat tayangan kat @15 tau, tapi akan digunakan untuk penilaian juri kemudia kalau anda lepas stage 4 untuk decide whether or not anda akan jadi pelajar Akademi Fantasia.
Stage 3
If you've made it this far, congratulations. It means there is something about your voice that people do bother with, and you're more than just penyanyi longkang bertemankan kapok.
Cabaran seterusnya diadili oleh dua lagi set pengadil.
Team A akan diadili oleh executive producer Akademi Fantasia abang Adi, head of talent untuk Maestro Talents & Management Aman Ali dan Fatimah Abu Bakar (seb baik korang ada dia sebab dia rilek sikit)
Team B lak akan diadili oleh producer Akademi Fantasia iaitu abang Adnan, Osman dari Maestro (semalam, tapi setakat mengganti Baha dari Maestro) dan juga Fauziah Nawi (umi ni baik...tapi jangan menjawab, kalau tak naya je!)
Peringkat ni melibatkan interview untuk discover your personality. Peringkat ni, selain dari tu, anda mungkin diminta menyanyi lagi, ataupun menari untuk menyakinkan juri anda layak.
Seperti mana stage 2, please note that sesi ni juga divideokan, walaupun bukan untuk tayangan, tapi untuk tontonan juri sebagai sebahagian proses evaluasi.
Stage 4
Semakin ler cerah masa depan anda (sial jer statement ni) kalao da sampai peringkat ni kerana anda telah dishortlistkan.
Kalau ikutkan tahun lepas, kurang dari 200 orang je dari beribu yang sampai ketahap ni.
Pada mereka yang lepas stage 3....samaada anda akan diberitahu...terima kasih...apa apa nanti we call you...dan ditunjuk pintu keluar...ataupun anda akan mendapat borang.
Mengisi borang tu adalah peringkat seterusnya. Jangan perlekehkan peringkat ni walaupun nampak simple.
Apa yang anda isi dalam borang tu, akan memainkan peranan juga dalam bab pemilihan.
And then what? Kalau anda da berjaya sampai tahap isi borang...the only thing you can do is wait, and hopefully, the sessions videotaped will have something that will yakinkan para juri anda layak menjadi pelajar Akademi Fantasia.
Untuk membantu korang...ni aku wat guide tuk korang supaya korang lebih bersedia menghadapi ujibakat. Print this out if you have to, and make a check list, untuk pastikan anda ikut guide ni.
This will really help you...so laugh if you must, but take it seriously if you are going for the audition.
*Pastikan anda membawa segala dokumen dan gambar yang diperlukan. Also bring along a CD player tuk nak layan lagu yang anda akan perform during the audition. Practise makes perfect...and daripada anda membuang masa termenung...baik berlatih. Bring along a book too in case the waiting takes too long, and bekalan minuman (ataupun member atau ahli keluarga yang leh jadi 'runner' tuk dapatkan bekalan makanan dan minuman seandainya lapar atau haus. Persiapan ni akan memastikan anda tak lari-lari kemana, takut nombor dipanggil lak entah kemana...it doesn't give a good impression to be late for your audition.
*Pastikan you're dressed to be impressed. Takyah terlampau fashionable, sebab kalao packaging meletop tapi isi tarak pun tak guna. It's only one of the ingredients...looking good... Dress to impress, but don't overdo it. Make sure you look as good as you sound. Choose a look that goes with your personality, tapi pastikan pada masa yang sama anda selesa, ok, as the audition process could take very long. Kalau baju ke seluar baru, kang gatal-gatal ke tak selesa lak kang...but it's always worth investing in doing something to your hair, like getting a cut. Guys, pastikan jangan rupa serabai jer while girls...don't look like hookers...make up sampai kalahkan opera Cina. Like I said, preparations help. Kalau anda bukan antara batch yang awal, you may have to wait for up to 12 hours, based on my experience.
*Tunjukkan minat anda. You're one of thousands, dan naya je bukak mulot je, juri da kata tima kasih leh cuba tahun depan. Jangan terlampau bodek...kang nampak bodoh lak bakat tak sampai tapi yer yer nak butter up the judges. It will NOT work...trust me. Say what is necessary while maintaining an honest representation of yourself. Jangan lak nak tipu ngan berlakon menjadi something else nak impress. Professionals can see through your acting. I mean it. Dan control your nervousness. Jangan membebel atau meracau. Taking a breath before you say anything. It'll calm you down. No chewing gum ke apa apa. Nampak kurang ajor da.
*Anda tidak akan didiskriminasikan. So jangan ingat ada apa pun pasal diri anda yang akan menjadi bahan tuk juri memandang serong at you. As long as you're decent in every way, you'll get the same respect from the judges.
*Panik? Buang masa...baik takyah audition. Pada yang beragama Islam...erm...tauler what you have to do kan. Yang other religions pun can say a short prayer before you start. Calm yourself down, and jangan stress. Fokuskan your energy of being afraid yo prepare yourself. Jangan torture diri sendiri. Kalau anda cukup bersedia, anda takkan menghadapi sebarang masaalah, so kenapa nak risau?
*Bayangkan kenapa anda audition in the first place. Kalao ko takde sebab...padan muka ler. Kalao ko cuba nasib sebab yakin anda ada bakat...then you will have no problems. Focus on making it. Maintain keyakinan anda dan sentiasa pastikan diri anda tenang, supaya tak affect persembahan anda. Pastikan ada keseimbangan dalam personalii dan suara anda. Don't let one outshadow the other.
*Pilih lagu yang sesuai untuk anda. INI TERAMAT PENTING! Jangan pilih lagu cam Aduh Saliha hanya kerana minat Mawi, kerana anda bukan Mawi. Pilih lagu yang bersesuaian ngan suara anda. Juga yang mampu anda persembahkan tanpa sora ke laut. Interpretasi adalah penting. Jangan nak fotostat lak! Tak guna kalao lenggok sebijik nak ikut CD. Wat pe? Kalau anda klon terhebat sekalipun, peluang anda immediately kurang da.
*Kalau suara power, jangan lak sampai menjerit nak robohkan Astro. Impress with your vocals, tapi jangan sampai berserabut sehingga melody pun da takde. Pada mereka yang tak mampu, jangan ler nak melalak. Suara yang kuat, lantang atau nada tinggi tak semestinya sedap! Banyak lagi faktor yang menjadi pertikaian. Show what you have....but remember...don't overdo it...dan ikut kemampuan...
*Paham tak apa tu emosi? Kalau bak lagu sedih, jangan sengih cam kerang busuk! If it's an upbeat song you're singing, look happy, have some energy. If you're crooning a love ballad, do it with feeling so you embody the words coming out of your mouth. Kalau tak mampu nak hiburkan setakat dua anggota juri dan teman teman seperjuangan...camna nak menghiburkan Malaysia?
*Body language is important too. Jangan lak tengah nyanyi tu, tangan tergantung cam mayat je...ataupun nak wat aksi garu tempat tak patut. Choreography is not just about dancing. You already chose your song awal-awal. Jadi persembahan anda dari segi gerakan anda patut dirancang juga supaya ko tak dok setempat sambil tenung spotlight, ataupun jalan kehulu hilir nak merentas desa sebab gementar tatau nak wat apa.
*Be honest. The judges want to see you! Bukan lakonan semula video clip mana ko tengok yang ko nak over-over lak nak tiru. Feel the song and concentrate on delivering it.
*Dalam menunggu giliran (kecuali nasib ko ler jadik yang first) sembang ngan teman-teman sekeliling. Find out what they're singing. Pastu, kalao ada yang nyanyi lagu sama, compare notes. Mana tau, ada idea ko leh curi sana sini to adapt to your presentation.
*Your attitude is important. Samaada ko leh wat perangai yang elok, dan memikat hati juri, atau wat perangai yang bagi orang meluat atau menyampah dimana juri akan terus mintak ko berambos! Lack of confidence is another thing yang sering menjadi penyebab kegagalan. Yakin pada diri anda dan kebolehan anda (masaalahnya ada lak yang terlebih confidence tapi kekurangan bakat!)
*Pada saat anda akan membuat persembahan, cari sesuatu dalam diri anda sebagai motivasi! *Don't let anything or anyone intimidate you. Kalau takut sebab tak penah nyanyi pakai mic ke apa, buat-buat je cam ko kat karaoke (tapi nyanyi jangan ler camtuh...style sambil lewa!) Kalau takut judges...wat pe...meka bukan nak marah ke nak gigit ke. Kalao ada contestant yang ko dengar sora power, so what? Rilek and do your best. The best voice is not the only thing necessary and just think that the person might not have something you do.
*Ini adalah rancangan televisyen. X-factor adalah penting. Find out what is yours, or if it is too late, confidence will be enough to fake it for the moment. *Your best-selling point has to be something in you. And if you try too hard it will always work against you. You want to be yourself, but at the same time, you want to have something that distinguishes you from someone else. Jangan jadi sesiapa kecuali diri anda sendiri. Be yourself.
*Which brings us to...be honest. Jangan nak kelentong kata pandai wat lenggok asli ke R&B kalau it's not your thing. Admit your kelemahan so the judges know and you don't make a fool out of yourself.
*Be patient. Kalao ko ingat dok 12 jam baru dapat nyanyi 30 saat stressful sangat...dok rumah je ek. Ramai lagi sanggup. Jangan terbawak your impatience or your unwillingness tuk bersabar into the audition. It makes you look really ugly. Lagipun kalao ko ingat tension dok tunggu berejam...bayangkan ler pening dan stressful nya tuk juri nak layan lalakan meka yang pekak badak!
*Kalau anda mempunyai banyak masa, jangan habiskannya ngan melalak. Practise is fine. Tapi aku perhatikan yang datang satu group mai lalak tak abih-abih...tapi masuk studio ilang sora. Ko datang tuk ujibakat...bukan sesi jamming.
*Jangan skali wat alasan tuk your lack of ability to sing. It turns the judges off. Alasan paling original aku dengar dari one of the judges yang told by one of those yang ujibakat, "Saya takleh nyanyi sebab da malam. Saya malam memang takde sora." Kepala hotak ko!
*I cannot stress enough the need to be confident! Tapi...kekadang...untuk sesetengah yang aku tengok....aku kena gak cakap...jangan lak overconfident!!!
*Have fun! That's the first thing before you can have confidence, and also the much needed ingradient that will make you look more like a pro (doesn't make you sound like a pro, but at least it won't affect your voice if you're nervous)
Based on my experiences...this are the best tips I can think of to help you. So...apa lagi. Start working on it if you are going for auditions after today. Tapi meka yang wat audition siang ni....work on it anyway, ok.
Aku akan ke Astro kang tuk hari kedua ujibakat, so kalao korang nampak aku...tegur je kalao ada apa-apa nak tanya. Just call me and said I offered you the help in my blog. I understand how memeningkan kekadang auditions ni, and I don't mind helping out by giving a little advice here and there.
Anyway....at the end of Day 1, I'd like to wish congratulation pada mereka yang lepas stage 4, and I wish korang all the best!
However, if you ask me...so far...lum ada yang impress aku...the best is yet to come!
Apapun...congratulations Najeeb sebab lepas stage 4, buddy! Ni aku letak pic dia as a tribute to your second time masuk short list. Hope kali ni ko ada rezeki beb!
Alamak...SPF pun enter frame masuk pic! (Mampos aku kena maki pas ni!)
See you guys tomorrow kat Astro!
Dan ingat...
Satu harapan....satu impian....satu destinasi....(terdengar lak sora Juwita Suwito ngan iringan piano..."pasti berjaya....di Akademi Fantasia)